Thursday, March 1, 2012

AGAK ZALIM TAK...BERDOSA TAK...TAK MENJALANKAN HUKUM ALLAH...AKHIRNYA TIADA PENGAJARAN SERTA PENDIDIKAN...PEMBUAT JENAYAH TIDAK TAKUT UNDANG2 YANG ADA...

Untuk abang, adik merana

Oleh Yusmawati Mhd Yusof dan Arifin Salleh
am@hmetro.com.my

SIASAT...anggota Unit Forensik polis menjalankan siasatan di tempat kejadian, semalam.
SIASAT...anggota Unit Forensik polis menjalankan siasatan di tempat kejadian, semalam.
RAWAT...Norasyikin yang parah.
RAWAT...Norasyikin yang parah.
ALOR GAJAH: “Tiba-tiba saya dengar letupan amat kuat sebelum melihat adik melambung dan jatuh tertiarap dalam keadaan badannya berlumuran darah serta berasap.”
Demikian kata Saiful Eszwan Md Esa, 35, menceritakan kejadian adiknya, Norasyikin, 27, menjadi mangsa bom dipercayai buatan sendiri yang diletakkan di depan pagar rumah mereka di Kampung Ramuan Cina Besar, Lubok Cina, di sini, semalam.
Saiful Eszwan, 35, berkata ketika kejadian pada jam 8.40 pagi itu, dia membaiki motosikal di bangsal kira-kira tujuh meter dari pintu pagar rumahnya.

Menurutnya, kejadian berlaku ketika adiknya hendak keluar dari pagar rumah untuk pergi bekerja dan sebelum itu, Norasyikin memberitahu ada satu kotak bersaiz kotak kasut diletakkan di luar pintu pagar rumah.


“Saya menasihatinya supaya tidak menyentuh kotak itu. Saya tahu dia membuka pintu pagar, tetapi tidak perasan dia mengangkat kotak itu,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian di sini, semalam.

Ajal di pokok sawit

Oleh Mohd Fauzi Abdullah
fauzie@hmetro.com.my

NEWSREMUK...anggota bomba mengeluarkan mayat mangsa yang tersepit, kelmarin. Gambar kecil, Nurul Erieza, maut.
NEWSREMUK...anggota bomba mengeluarkan mayat mangsa yang tersepit, kelmarin. Gambar kecil, Nurul Erieza, maut.
ROMPIN: Dua rakan karib terbunuh selepas Proton Iswara dinaiki mereka terbabas dan merempuh pokok kelapa sawit di Kilometer 127.7 Jalan Kuantan-Segamat, dekat Felda Keratong, Muadzam Shah, di sini, petang kelmarin.
Dalam kejadian jam 6 petang itu, Nurul Erieza Sulaiman dan M aizatul Akmam Mahadi, kedua-duanya berusia 22 tahun, tersepit dan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala serta anggota badan.

Abang Nurul Erieza, Mohd Shukri, 23, berkata, kali terakhir dia b ertemu adiknya yang dipanggil Angah oleh keluarga ialah dua minggu lalu ketika mengunjungi rumah ibu bapa mereka.
“Ketika itu Angah langsung tidak menunjukkan sebarang perubahan, cuma saya pelik sejak dua minggu lalu dia akan memaklumkan kepada saya ke mana saja dia mahu pergi,” katanya.

Menurutnya, dia difahamkan ketika kejadian adiknya yang juga anak kedua daripada lima beradik dalam perjalanan pulang ke rumah sewanya di Kuala Rompin dari Serdang, Selangor.

Katanya, adiknya yang juga bekas pelajar International College of Health Sciences (ICHS), Serdang, adalah seorang periang dan ramah. Mohd Shukri berkata, adiknya bekerja sebagai pembantu tadbir di Rompin tinggal serumah dengan Maizatul Akmam yang bekerja di bandar sama.

“Mereka berkawan sejak belajar bersama di kolej berkenaan namun saya tidak pula dimaklumkan tujuan mereka ke Serdang pada hari kejadian,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Menurutnya, mereka sekeluarga menerima kejadian itu sebagai takdir dan jenazah adiknya selamat dikebumikan jam 11 pagi semalam di kampung halaman mereka di Durian Tunggal, Melaka.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Johari Jahaya berkata, kemalangan berkenaan masih dalam siasatan lanjut mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan polis meminta saksi kejadian supaya tampil di balai polis berhampiran untuk membantu siasatan.

Katanya, kejadian berkenaan dipercayai berlaku selepas kenderaan dipandu mangsa hilang kawalan sebelum terbabas dan melanggar pokok kelapa sawit.

“Ketika kejadian keadaan jalan basah selepas hujan dan mayat kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Muadzam Shah bagi membolehkan bedah siasat dilakukan sebelum dituntut ahli keluarga mereka malam kelmarin,” katanya.

Didakwa cabul 8 pelajar

Oleh Syanty Octavia Amry
soctavia@hmetro.com.my

PETALING JAYA: Seorang sukarelawan pengakap yang juga peniaga dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, semalam atas sembilan pertuduhan mencabul lapan pelajar berusia antara 13 dan 16 tahun di sebuah sekolah di Sungai Buloh, dekat sini, tahun lalu.
Tertuduh, Ho Lee Fong, 44, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Nor Afidah Idris.

Dia yang hadir memakai kemeja lengan panjang berwarna krim kelihatan tenang di dalam kandang tertuduh ketika pertuduhan dibacakan.

Mengikut pertuduhan pertama hingga kesembilan, bapa kepada lima anak itu didakwa melakukan perbuatan mencabul lapan pelajar yang berusia antara 13 dan 16 tahun di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Sri Damansara 1, Persiaran Perdana, Sungai Buloh, di sini, antara April hingga Jun tahun lalu.

Berdasarkan pertuduhan itu dia didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat, jika sabit kesalahan.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya, Saphirra Selamat menawarkan jaminan RM15,000 bagi setiap pertuduhan berserta tiga syarat tambahan iaitu pasport ditahan oleh mahkamah, tertuduh perlu melaporkan diri ke balai polis berhampiran pada setiap bulan dan harus menjauhi ke semua mangsa dengan jarak 50 meter.


Peguam bela Amrit Paul Singh yang mewakili tertuduh kemudian memohon wang jaminan dikurangkan sebanyak RM2,000 bagi setiap pertuduhan berikutan tertuduh mempunyai tanggungan lima anak yang mana semuanya masih bersekolah.

“Saya juga meminta pasport tertuduh tidak ditahan, jika tertuduh ingin melarikan diri ke luar negara sudah lama dia berbuat demikian selepas masalah ini berlaku.

“Kerjasama yang diberikan tertuduh sejak dipanggil polis pada 9 Februari lalu bagi memberikan maklumat mengenai masalah ini meyakinkan saya bahawa dia seorang yang bertanggungjawab dan tidak mungkin akan melakukan perkara seperti ini,” katanya. Nor Afidah membenarkan jaminan RM5,000 bagi setiap pertuduhan dengan dua penjamin berserta dua syarat iaitu tertuduh perlu melaporkan diri di balai polis berhampiran pada setiap awal bulan dan menjauhi semua mangsa manakala kes ditetapkan semula pada 2 April depan.

Wang jaminan dibayar isteri dan abang tertuduh yang hadir menemaninya.

Pada 16 Februari lalu, akhbar ini melaporkan seorang jurulatih didakwa mencabul lebih 10 pelajar perempuan sebuah sekolah menengah yang menyertai Pergerakan Pengakap dengan memegang payu dara, kemaluan dan punggung mereka.

Difahamkan, lelaki itu melatih pelajar berusia 13 dan 14 tahun di sekolah berkenaan sejak 2008.


Mangsa simbah asid rela berkurung di rumah



GUA MUSANG: Derita seorang remaja perempuan berusia 18 tahun yang buta serta cacat akibat disimbah cuka getah selepas dirogol oleh bapa tirinya tiga tahun lalu berpanjangan apabila dia hanya berkurung di dalam rumah malah berdepan masa depannya tidak menentu.
Remaja itu, Nor Ain Abdul Aziz, 18, juga bagaikan sudah berputus asa apabila enggan meneruskan usaha memulihkan wajahnya dengan melakukan pembedahan plastik susulan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.

Menurutnya, dia malu keluar rumah dan lebih rela bersendirian tanpa bergaul dengan orang lain.
“Bagaimanapun, saya tetap tabah menghadapi ujian Allah SWT walaupun hidup terasing dengan rakan sekampung. Sebelum ini kehidupan saya ceria bersama mereka, namun kini saya perlu reda dengan apa yang berlaku pada diri saya,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Baru Mutiara, Aring, dekat sini, semalam.

Nor Ain berkata, dirinya menyimpan impian belajar di sekolah pondok bagi mendalami ilmu agama tetapi apabila memikirkan keadaan dirinya yang cacat, dia melupakan terus impian itu.

“Dalam keadaan saya yang cacat dan buta, saya tidak mahu menyusahkan orang lain. Jika saya belajar di sekolah pondok, sudah semestinya saya memerlukan bantuan orang lain seperti memimpin saya berjalan,” katanya.

Kisah Nor Ain pernah menggemparkan masyarakat pada Ogos 2009 apabila bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Ciku, Gua Musang yang ketika itu berusia 15 tahun menjadi mangsa kerakusan bapa tirinya di sebuah kebun di Rancangan Tanah Felda Aring Enam, tidak jauh dari rumahnya.

Dia dirogol dan disimbah cuka getah sebelum berjalan keluar dari kebun berkenaan sejauh 100 meter bagi mendapat pertolongan manakala bapa tirinya membunuh diri dengan meminum cuka getah berkenaan.
Selepas kejadian ngeri itu, dia kemudiannya menerima rawatan lebih empat bulan di HUSM selain terpaksa hidup tertekan akibat kecacatan pada mukanya.

Ibunya, Nor Azizah Jusoh, 36, berkata, anaknya itu sudah berulang kali menerima rawatan di HUSM termasuk melakukan pembedahan plastik di hidung dan telinga namun membuat keputusan enggan menjalani pembedahan susulan.

“Nor Ain beritahu keadaan wajahnya tidak akan berubah dan dia sanggup menanggung derita dengan berkurung di dalam rumah kerana malu.

“Saya sering menasihatinya supaya meneruskan pembedahan tetapi dia enggan,” katanya.


Suami ganas kena tahan



MIRI: Seorang ibu dua anak tidak ubah seperti hamba seks apabila dipaksa suami melakukan hubungan kelamin dalam keadaan mabuk sejak tiga tahun lalu, selain sanggup memaparkan aksi ganas itu di depan anak yang berusia tujuh dan 12 tahun.
Lelaki berusia 48 tahun itu yang juga kaki botol, dikatakan memperlakukan isteri berusia 42 tahun sewenang-wenangnya termasuk menendang dan diterajang.

Aksi seks gila lelaki terbabit berakhir apabila wanita terbabit yang ditampar dan diugut bunuh lelaki membuat laporan di Balai Polis Pusat (CPS) Miri. Jurucakap polis berkata, lelaki berkenaan ditahan susulan laporan itu dan disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Cair ayat cinta kekasih Lombok

Oleh Wan Asrudi Wan Hasan
wanasr@hmetro.com.my

IPOH: “Kami ditinggalkan begitu saja selepas dia terkena ‘ayat pengasih’ pemuda dari Lombok, Indonesia itu,” keluh Junaliza Jamludin, 33, ibu kepada Nur Atika Mohd Zulkifli, 15, yang didakwa dilarikan seorang pemuda warga Indonesia.
Atika dikatakan menjadi mangsa perangkap cinta seorang pemuda Indonesia dikenali dengan panggilan Awaludin atau Kentoi, 22, sehingga sanggup meninggalkan keluarga untuk bersama lelaki berkenaan.

Junaliza berkata, anaknya yang hanya bersekolah setakat darjah enam dipercayai termakan pujukan sebelum meninggalkan rumah bersama lelaki itu sejak lebih dua bulan lalu tanpa ada khabar berita.

Menurutnya, Atika mula mengenali pemuda Lombok itu ketika lelaki itu bekerja di ladang kelapa sawit berhampiran kawasan Parit, di sini.


“Pada mulanya saya menganggap hubungan mereka sekadar kawan biasa, namun mula mengesyaki sesuatu apabila Atika kerap bertemu lelaki berkenaan.

Diludah tak tegur senior



KUALA LUMPUR: Gara-gara tidak menegur pelajar senior, seorang pelajar perempuan tingkatan tiga sebuah sekolah menengah di Cheras diterajang tujuh pelajar perempuan lain dari sekolah sama dalam kejadian berdekatan sekolah berkenaan, petang kelmarin.
Kejadian berlaku ketika waktu pulang sekolah pada jam 2.15 petang di sebuah lorong berdekatan sekolah berkenaan di Desa Petaling, di sini. Timbalan Ketua Siasatan Jenayah Operasi dan Risikan Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, kejadian dipercayai berpunca daripada perselisihan faham antara mangsa dengan kumpulan pelajar senior yang tidak puas hati dengan mangsa yang tidak bertegur sapa dengan mereka.

Katanya, mangsa dikatakan hanya berkawan dengan seorang pelajar di sekolah berkenaan hingga menyebabkan kumpulan pelajar senior terbabit tidak puas hati dengan kelakuannya itu.
“Pada mulanya, mereka dipercayai hanya bertengkar sebelum mangsa yang berseorangan diajak bergaduh di kawasan lain tetapi mangsa enggan kerana takut.

“Akibat naik angin, mangsa ditampar seorang daripada pelajar itu sebelum seorang lagi meludah muka mangsa,” katanya.

Beliau berkata, mangsa kemudian diterajang di perut selain ditampar beberapa kali di muka.

Katanya, selepas puas membelasah mangsa, kumpulan pelajar itu bersurai dan mangsa yang dalam kesakitan berjalan pulang ke rumahnya sebelum mengadu kepada ibunya.

Khairi berkata, ibu mangsa yang mendapati anaknya cedera kemudian membawa anaknya itu ke Balai Polis Salak Selatan Baru untuk tindakan lanjut sebelum ke klinik untuk rawatan.

No comments:

Post a Comment