Monday, February 27, 2012

TAKZIAH..MEMANG ALLAH SAYANGKANNYA...ALLAH NAK MASUKKAN KEDALAM SYURGA...UMURNYA MELAYAKKAN MASUK SYURGA..TERSIKSA TAPI BAHGIA KESUDAHANNYA...KITA BELUM TAHU...HUKUM ALLAH SAMPAI JUA..JANGAN MENGANJUR DAN BUAT PERKARA2 MUNGKAR....

Mangsa bakar merintih haus

Oleh Raja Noraina Raja Rahim
rnoraina@hmetro.com.my

TUNGGU...keluarga mangsa di luar ICU, Hospital Sungai Buloh, semalam.
TUNGGU...keluarga mangsa di luar ICU, Hospital Sungai Buloh, semalam.
HULU SELANGOR: “Sebaik saja membuka pintu rumah, saya terkejut melihat seorang lelaki hanya berseluar dalam melecur di seluruh tubuh akibat terbakar.
“Dia merintih kesakitan dan merayu diberikan air kerana kehausan,” kata suri rumah, R Selvakodi, 50, menceritakan bagaimana dia membantu Muhammad Syahirudin Mohd Shauki, 20, yang dibakar hidup-hidup, pagi kelmarin.
Syahirudin yang terbakar 80 peratus badannya kini dilaporkan berada dalam keadaan kritikal di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sungai Buloh.

Selvakodi yang tinggal di Kampung Sepakat, Sungai Tengi, di sini, berkata ketika kejadian pada jam 6.40 pagi, dia terlebih dulu terdengar salakan anjing yang kuat sebelum diikuti suara orang meminta tolong di depan rumahnya.


“Seluruh badan dan muka lelaki itu terbakar. Kulitnya menggelupas dan kehitaman, malah rambutnya juga terbakar. Dia menggigil minta diberikan air kerana kehausan.

Kucupan perpisahan

Oleh Abd Rahman Adam
abdulrahman@hmetro.com.my

RAWAT...petugas Hospital Miri berusaha memulihkan mangsa.
RAWAT...petugas Hospital Miri berusaha memulihkan mangsa.
BARAM: “Rupa-rupanya ciuman pagi tadi (semalam) adalah yang terakhir. Patutlah hati saya berat untuk turun ke sawah,” kata bapa kepada budak perempuan berusia tiga tahun mati dalam keadaan ngeri selepas ditikam bertalu-talu di dada menggunakan gunting oleh abang angkatnya.
Kejadian berlaku jam 6.30 pagi di rumah pekerja ladang sawit di Sejat, Long Bunyut, di sini, dan mangsa, Evelyn Irene meninggal dunia sebaik tiba di Hospital Miri selepas mengalami pendarahan teruk akibat tikaman di dada. Bapa mangsa, Laman Banau, 31, berkata pada hari kejadian hatinya terlalu berat keluar bekerja di sawah selepas memberi ciuman kepada anak bongsunya.

“Patutlah saya cukup berat hati untuk ke sawah. Rupa-rupanya, ia petunjuk akan kehilangan seorang daripada dua anak buat selama-lamanya,” katanya ketika ditemui Harian Metro di Rumah Mayat Hospital Miri, semalam.
Tragedi berdarah itu berlaku ketika mangsa berada di rumah bersama neneknya berusia 45 tahun, sebelum suspek berusia 27 tahun dipercayai menghidap masalah mental, menyerang mangsa menggunakan gunting.

Seorang anak lelaki jiran keluarga mangsa berusia 14 tahun turut cedera di tengkuk dan kepala apabila diserang lelaki terbabit ketika cuba menghalang suspek menikam mangsa.

Difahamkan, suspek anak angkat kepada ibu mangsa sejak kecil dan menetap bersama di ladang berkenaan, sejak beberapa tahun lalu.

Laman berkata, seperti kebiasaan dia dan isterinya mengejutkan anak mereka sebelum ke sawah berhampiran rumah pekerja berkenaan.

“Pada pagi kejadian, saya mengejutkan mendiang kerana perlu ke sawah bersama isteri. Saya sempat menciumnya, namun berat hati untuk meninggalkannya.
“Setengah jam kemudian, saya menerima panggilan telefon seorang pekerja ladang memaklumkan ada orang mengamuk di rumah.

“Saya terbayangkan wajah anak bongsu saya dan memecut motosikal pulang ke rumah bersama isteri. Sebaik tiba di rumah, luluh hati apabila diberitahu anak kesayangan ditikam bertalu-talu dengan gunting,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Marudi, Deputi Superintendan Abu Bakar Mokhtar ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan berkata suspek ditahan untuk siasatan lanjut.

Katanya, setakat ini, polis belum mengenal pasti punca dan motif serangan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302, Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Angkara rokok

Oleh Siti Na’imah Mohamed
naimah@hmetro.com.my

BANTU...Nadia membetulkan rambut suaminya, Hazil yang cedera dibelasah.
BANTU...Nadia membetulkan rambut suaminya, Hazil yang cedera dibelasah.
KUALA LUMPUR: Penerbit filem, Hazil Izham Ismail, 38, patah tulang pipi kanan dan terseliuh bahu kiri akibat dipukul sekumpulan 20 lelaki tidak dikenali yang bersenjatakan botol kaca dan kayu dalam kejadian di sebuah pusat hiburan di Jalan Sultan Ismail, di sini, awal pagi kelmarin.
Hazil yang juga suami kepada pelakon Nadia Mustafar, diserang kumpulan yang dipercayai petugas keselamatan premis berkenaan kerana mereka dikatakan berselisih faham mengenai zon larangan merokok.

Dalam kejadian jam 5.30 pagi itu, Hazil mendakwa baru tiba di premis berkenaan untuk menemui empat kru penerbitannya bagi membincangkan urusan penggambaran.
Menurutnya, mereka kemudian didatangi kumpulan terbabit yang tidak puas hati apabila seorang daripada kru penerbitannya merokok di kawasan larangan sebelum berlaku pertengkaran.

“Saya pada mulanya cuba meleraikan mereka dan mengajak mereka berbincang. Namun, seorang daripada lelaki itu memukul belakang saya menggunakan botol manakala rakan-rakannya pula memukul kru saya yang lain.

“Lelaki itu sekali lagi menghentak kepala saya menggunakan botol biarpun saya cuba menenangkannya,” katanya yang kini dirawat di sebuah hospital pakar di Bangsar. Hazil berkata, dia hanya mampu menutup muka dan kepala menggunakan tangan sehinggalah dibawa pulang ke rumah oleh kru penerbitannya sebelum isteri membawa ke hospital.

Menurutnya, dia tidak mengetahui motif sebenar kejadian berkenaan sebaliknya menyerahkan kepada pihak berkuasa bagi melakukan siasatan selepas membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi di sini.

Hazil berkata, dia mengalami patah tulang pipi kanan dan terseliuh di bahu kiri selain perlu melakukan pemeriksaan lanjut di kepalanya.

Bekas polis dijel sepanjang hayat



PUTRAJAYA: Seorang bekas konstabel polis terpaksa menghabiskan sisa hidupnya di dalam penjara selepas gagal dalam rayuan terakhirnya di Mahkamah Rayuan untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara sepanjang hayat dan 12 kali sebatan kerana mempamerkan pistol milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) ketika merompak dua kedai telefon.
Hakim Datuk Wira Low Hop Bing yang mengetuai hakim tiga panel menolak rayuan Aeleh Wahab terhadap sabitan dan hukuman setelah mendapati rayuannya tidak bermerit.

Dua hakim lain bersidang bersama Hakim Low ialah hakim Datuk Sulaiman Daud dan Datuk Seri Mohamed Apandi Ali.


‘Pelanggan’ hotel berparang

PETALING JAYA: Dua pekerja sebuah hotel bajet di Bandar Sunway, di sini, terkedu apabila premis berkenaan dimasuki dua penyamun berparang yang disangka pelanggan dalam kejadian pagi kelmarin.
Dalam kejadian jam 7.30 pagi itu, hotel berkenaan kerugian RM5,000 wang hasil bayaran sewa bilik dan deposit pelanggan, manakala kedua-dua mangsa berusia 23 tahun kerugian barangan peribadi dilarikan penyamun terbabit.

“Seorang suspek yang memakai topi keledar mengacukan parang ke arah pekerja lelaki itu dan merentap rantai lehernya.

“Manakala, seorang lagi suspek yang memakai topi besbol melompat ke dalam kaunter dan menggeledah laci meja bagi mencari wang,” katanya, semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed, mengesahkan menerima laporan dan kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana samun berkumpulan dan bersenjata.

No comments:

Post a Comment