Thursday, March 1, 2012

BERTUAH KITA JIKA KITA DIPILIH ALLAH JADI ORANG BERTAKWA...JADI KEKASIHNYA...DAN DIMASUKKAN KE SYURGA TANPA DIHISAB....

Wafak Black Money

Oleh Muhd Izawan Baharin dan Yusmizal Dolah Aling
am@hmetro.com.my

BUKTI...beg yang mengandungi wang kertas palsu. Gambar kecil, Tunku Azwil.
BUKTI...beg yang mengandungi wang kertas palsu. Gambar kecil, Tunku Azwil.
KUALA LUMPUR: Jika dulu mereka menggunakan taktik mirip silap mata untuk membohongi orang ramai kononnya duit mampu digandakan, kini sindiket Black Money yang didalangi warga Afrika dipercayai menggunakan tangkal dan azimat bagi memperdayakan mangsa.
Pada masa sama, mereka dikesan menggunakan khidmat rakyat tempatan sebagai ‘rakan kongsi’ supaya usaha mencari dan memperdaya mangsa menjadi lebih mudah.

Kaedah terbaru dalang sindiket Black Money itu dibongkar Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) selepas menerima aduan dua mangsa yang kerugian RM760,000 selepas melaburkannya kepada seorang lelaki bergelar Datuk berusia 60-an.

Pengerusi Majlis Penasihat PPIM, Tunku Azwil Tunku Abdul Razak berkata, berdasarkan aduan dua mangsa lelaki berusia 40-an itu, pihaknya mengesan Datuk terbabit.


“Hasil pertemuan, kami dibawa ke rumahnya dan dia menunjukkan empat beg besar mengandungi ribuan wang kertas palsu dalam Ringgit Malaysia, Dolar Amerika Syarikat dan Pound Sterling dipercayai hasil kegiatan penipuan Black Money.

“Lebih mengejutkan, turut ditemui di dalam satu daripada beg itu ialah dua tangkal yang diperbuat daripada kain yang ditulis dengan potongan ayat al-Quran atau lebih dikenali sebagai wafak,” katanya, semalam.

Tuah bayi ‘melompat’

Oleh Maiamalina Mohamed Amin
maiamalina@hmetro.com.my

GEMBIRA...Catherine dan suaminya, Chan seonok  dengan kelahiran  cahaya mata sulung  mereka.
GEMBIRA...Catherine dan suaminya, Chan seonok dengan kelahiran cahaya mata sulung mereka.
ISTIMEWA...Syarifah Nurul Idayu di samping bayi perempuannya.
ISTIMEWA...Syarifah Nurul Idayu di samping bayi perempuannya.
KUALA LUMPUR: Tidak pernah merasa menjadi anak tahun lompat, namun siapa sangka melahirkan bayi pada tanggal istimewa itu, semalam sebenarnya turut menyuntik perasaan gembira dan merasa diri cukup bertuah.
Eksekutif Kewangan, Catherine Chin Derosani Atu Lolong, 28, melahirkan bayi sulung perempuan pada tanggal 29 Februari semalam berkata, saat melahirkan itu adalah pengalaman yang tidak akan dilupakannya berikutan dia sudah bertarung nyawa untuk melahirkan bayinya pada malam sebelumnya lagi.

“Saya sudah dimasukkan ke bilik bersalin pada malam Selasa, namun kerana kesukaran melahirkan secara normal, doktor memutuskan untuk menjalankan pembedahan secara Caesarean dan akhirnya dia lahir tiga minit selepas 12 tengah malam (0003) dengan berat 3.82 kilogram.
“Saya dan suami, Chan Chee Kean, 32, memang tak sangka dia ‘menunggu’ untuk dilahirkan pada tanggal 29 Februari, tahun lompat, kerana kami harap dia lahir pada 28 Februari. Apapun, kami gembira dan dia kini sangat istimewa,” katanya di temui di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), di sini semalam.

Bagi guru, Zaharah Nawi, 32, dia sukar menggambarkan perasaannya apabila selamat melahirkan bayi perempuan pada jam 5.15 pagi semalam sedangkan tarikh anaknya dijangka dilahirkan pada 4 Mac depan.

“Saya memang tidak sangka akan lahirkan anak kedua hari ini (semalam). Memang tak ada tanda-tanda nak bersalin, malah hari sebelumnya saya juga masih bekerja dan pulang ke rumah di Shah Alam sekitar 6.30 petang.

“Cuma pada malam, tiba-tiba sakit semacam dan suami, Aidil Saifan Abu Bakar, 35, terus membawa saya ke hospital dan bayi kami ini akhirnya selamat dilahirkan pagi tadi secara normal dengan berat 2.90 kilogram.

“Harapnya, dia menjadi anak yang membawa tuah kepada keluarga kami kerana kelahirannya pada tanggal yang cukup istimewa, malah sambutan hari jadinya juga setiap empat tahun sekali,” katanya.
Sementara itu, Syarifah Nurul Idayu Syed Jaafar, 24, seorang jururawat, menganggap anak sulung perempuannya yang baru melihat dunia semalam, ‘memang’ mahu dilahirkan pada tahun lompat berikutan tarikh jangkaan bersalin yang ditetapkan doktor padanya adalah 11 Mac depan. Katanya, bayi perempuan itu yang dilahirkan pada jam 7.23 pagi secara normal di Hospital Kuala Lumpur (HKL) tidak banyak meragam sejak dalam kandungan lagi, malah proses kelahirannya berjalan dengan baik sehingga dia sendiri rasa terkejut kerana kini sudah beranak.

“Tak ada dalam sejarah keluarga saya mahupun suami yang lahir pada tahun lompat, tetapi apabila anak yang kami namakan Siti Zulaikha Nor Hashim lahir hari ini (semalam), memanglah buatkan perasaan bercampur baur,” katanya.

Rentung berpelukan

Oleh Muhamaad Razis Ismail
razis@hmetro.com.my

RENTUNG...dua kenderaan bertembung sebelum meletup dan terbakar, semalam.
RENTUNG...dua kenderaan bertembung sebelum meletup dan terbakar, semalam.
KOTA BHARU: Memilukan apabila seorang guru lelaki dan anak perempuannya berusia empat tahun mati rentung dalam keadaan berpelukan selepas kenderaan mereka bertembung dengan sebuah pacuan empat roda sebelum meletup dan terbakar di sini, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 9.15 malam di Jalan Pasir Puteh, Kampung Padang Kala, di sini, mayat Che Arminudin Abdullah, 42, dan anaknya, Marissa Alma, ditemui di bahagian tengah antara tempat duduk hadapan dan belakang Toyota Rush dinaiki mereka.

Che Arminudin berasal dari Kampung Seberang Kastam, Besut, Terengganu menetap di Kampung Seri Kulim, Melur, dekat sini dan bertugas di Sekolah Menengah Teknik Pengkalan Chepa.
Berdasarkan posisi mayat ketika ditemui, dua beranak itu dipercayai cuba menyelamatkan diri dengan Che Arminudin menarik keluar anaknya, tetapi gagal apabila kenderaan dinaiki meletup dan terbakar.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, siasatan awal mendapati kemalangan itu berlaku apabila Toyota Rush yang dinaiki Che Arminudin bersama anaknya menghala ke Pasir Puteh terbabas dan melanggar tiang lampu.

Menurutnya, kenderaan itu kemudian masuk ke lorong bertentangan lalu bertembung dengan Ford Ranger dipandu Azaizurien Ahmad, 33, dan seorang penumpang, Siti Nor Azreen Md Yani, 24, yang menghala ke Kota Bharu.

“Akibat pertembungan itu kedua-dua kenderaan meletup dan terbakar. Pemandu dan penumpang Ford Ranger berjaya diselamatkan penduduk kampung.

“Mereka dilaporkan cedera parah dan dihantar ke wad kecemasan Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian untuk rawatan,” katanya.
Menurut Jalaluddin, jenazah Che Arminudin dan Marissa Alma turut dibawa ke HUSM untuk bedah siasat sebelum dituntut keluarga mereka.

Sementara itu, saksi kejadian, Abdul Razak Abdullah, 34, berkata, dia terdengar dentuman kuat ketika bekerja di Kilang Kitar Semula RD Papers di kawasan berhampiran tempat kejadian.

“Saya berlari keluar dan mendapati dua kenderaan berlanggar dan terus membantu menarik keluar dua mangsa yang berada di dalam Ford Ranger,” katanya.

Menurut warga Myanmar itu, dia cuba menyelamatkan mangsa di dalam Toyota Rush selepas melihat si bapa cuba menarik keluar anaknya yang berada di tempat duduk penumpang belakang.

“Bagaimanapun, saya tidak sempat menyelamatkan mereka kerana kenderaan itu tiba-tiba meletup dan terbakar,” katanya.

Pinjaman mati

Oleh Amir Abd Hamid
amir@hmetro.com.my

SABAK BERNAM: Hanya kerana gagal melunaskan hutang RM4,000, seorang peniaga buah-buahan bukan saja diculik, malah dipukul bertubi-tubi seluruh badan manakala kaki dipatahkan dipercayai sindiket along sebelum mangsa disahkan mati di hospital.
Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Noor Mushar Mohamad berkata, dalam kejadian bunuh jam 6 petang, 9 Januari lalu itu mangsa, Ng Seng, 53, yang bermain mahjong di kedai kopi Jalan Bahagia, Sekinchan dekat sini didatangi sekumpulan anggota sindiket berkenaan.

Menurutnya, suspek lelaki antara lima hingga enam orang berusia antara 20 hingga 27 tahun itu menyerang dan mengheret mangsa ke kereta Proton Saga berwarna biru muda yang menunggu di hadapan kedai itu sebelum dibawa ke ladang sawit di Tanjung Karang.

“Di ladang sawit itu, mangsa dibelasah bertubi-tubi dengan objek keras dipercayai kayu sehingga parah di kepala, seluruh badan, mengalami pendarahan di hidung dan telinga selain kaki kanan mangsa patah.

“Selepas membelasah mangsa, suspek mencampak mangsa di Jalan Parit 12, Sungai Nibong, Sekinchan sebelum ditemui orang awam yang melaporkan kejadian di Balai Polis Sekinchan pada jam 9 malam hari kejadian.

“Mangsa yang mempunyai empat anak itu dihantar mendapat rawatan ke Hospital Tengku Ampuan Jemaah, Sabak Bernam sebelum disahkan mati pada jam 12.10 malam keesokan harinya,” katanya dalam sidang akhbar, di sini, semalam.


Menurutnya, berdasarkan siasatan serta maklumat isteri mangsa, motif kejadian dipercayai disebabkan mangsa gagal melunaskan hutang RM4,000 dengan sindiket ceti haram di Pasir Penambang, Kuala Selangor, di sini.

Sehubungan itu, katanya, polis memburu lima anggota sindiket ceti haram yang disyaki terbabit dalam kes pembunuhan peniaga buah-buahan itu.

“Seorang daripada suspek ditangkap pada 12 Februari lalu dan dituduh di mahkamah pada 24 Februari lalu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bunuh.

“Identiti suspek yang diburu ialah Lee King Loong atau dikenali Erik berasal dari Pasir Penambang, Kuala Selangor; Lock Boon Wei (Pasir Penambang); Ong Meng Seng (Pasir Penambang); Hau Boon Sin (Jinjang Utara, Kuala Lumpur) dan Yeng Cheak How (Batu Pahat, Johor).

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kelima-lima suspek menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor M Subamaniam menerusi talian 012-3301679 atau mana-mana balai polis berdekatan.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

No comments:

Post a Comment