Saturday, March 3, 2012

MAKSIAT KIAN BIAK..KIAN KEARAH TIDAK SEGAN SILU..UNDANG2 CIPTAAN MANUSIA TAK DAPAT MEMBENDUNGNYA....

Zahida Rafik terkedu

Oleh Raja Noraina Raja Rahim dan Murshid Eunos
am@hmetro.com.my

ZAHIDA...pemandu gagal dihubungi
ZAHIDA...pemandu gagal dihubungi
AMPANG: Pelakon Zahida Mohamed Rafik, 37, kerugian RM200,000 dilarikan pemandu peribadinya selepas diarah memasukkan wang berkenaan ke dalam akaun banknya.
Zahida yang popular menerusi filem komedi Anak Mami The Movie menyerahkan wang tunai berkenaan kepada lelaki berusia 37 tahun itu pada kira-kira jam 11 pagi Rabu lalu dan sejak itu suspek gagal dihubungi serta dipercayai sudah melarikan diri.

Pelakon kacukan Melayu-Pakistan itu yang menjalankan perniagaan milik keluarganya di sini turut ke rumah suspek untuk mencarinya, tetapi tidak berhasil apabila dimaklumkan lelaki berkenaan tidak pulang ke rumah dan gagal dihubungi.
Zahida kemudian membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya, di sini, pada petang hari sama.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin mengesahkan menerima laporan berkenaan dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 406 Kanun Keseksaan kerana pecah amanah.

Sementara itu, Zahida ketika dihubungi semalam berkata, apa yang berlaku mungkin kesilapannya sendiri kerana terlalu percaya terhadap pemandunya itu.

“Saya percayakannya sebab dia sudah bekerja dengan saya hampir lima tahun dan sebelum ini tidak pernah melakukan apa-apa kesalahan,” katanya.

Zahida berkata wang RM200,000 itu sepatutnya digunakan untuk membuat pembayaran kepada rakan perniagaannya di China.
“Sebelum ini sudah banyak kali dia (suspek) membantu saya dalam urusan memasukkan duit ke dalam akaun bagi urusan kerja, tapi tidaklah jumlah yang besar sebegini. “Kebiasaannya saya akan turut sama pergi dan dia hanya menemani. Namun, kali ini saya benar-benar tidak sempat kerana ibu sakit dan saya agak kelam-kabut di rumah bagi menguruskan beberapa perkara,” katanya. Menurut Zahida, dia langsung tidak menjangka pemandunya sanggup menghilangkan diri bersama wang RM200,000 itu.

“Sebelum membuat laporan polis, saya ke rumahnya. Maklumlah sudah hampir lima tahun dia bekerja dengan saya, saya kenal anak-anak dan ibunya yang tinggal bersama. “Mungkin juga dia ada masalah kewangan atau memerlukan duit, jadi saya ke rumahnya untuk bertanya dan berbincang. Namun ibunya hanya memberitahu dia sudah beberapa hari tidak pulang ke rumah. Jadi, saya tiada pilihan selain melaporkannya kepada polis,” katanya.

6 wanita kaki kelentong diburu

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin
am@hmetro.com.my

IPOH: Enam wanita turut tersenarai dalam carta penjenayah paling dikehendaki Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana terbabit jenayah penipuan khususnya membabitkan pelaburan haram dan skim cepat kaya.
Enam wanita warga Malaysia itu layak dilabel ‘ratu putar alam’ ini kerana amat licik menjalankan penipuan hingga membolehkan mereka mengaut hasil penipuan bernilai ratusan juta ringgit.
Sumber Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia, Bukit Aman memberitahu Harian Metro, keenam-enam mereka yang berusia 33 dan 51 tahun sukar dikesan kerana dipercayai sudah menyusup ke luar negara selain melakukan penyamaran fizikal dan menukar identiti pengenalan diri.

Sehubungan itu, katanya, PDRM menjalin kerjasama dengan Polis Antarabangsa (Interpol) bagi menjejak mereka, tambahan pula sebahagian daripada mereka dikehendaki polis negara lain kerana melakukan jenayah di negara berkenaan.


Menurutnya, seorang daripada penjenayah dikehendaki itu ialah Rohaniza Aladib, 33, yang disyaki terbabit penipuan ratusan mangsa termasuk beberapa artis terkenal tanah air sehingga mencecah RM400 juta.

Gelek ghairah

Oleh Muhaamad Hafis Nawawi
mhafis@hmetro.com.my

OPERASI Polis D7 IPKKL membanteras aktiviti kegiatan maksiat di OPS Pub, Jalan Metro Prima Perdana Barat 7, Kepong.
OPERASI Polis D7 IPKKL membanteras aktiviti kegiatan maksiat di OPS Pub, Jalan Metro Prima Perdana Barat 7, Kepong.
KUALA LUMPUR: Aksi 'catwalk' sambil menari dan menyanyi dalam pakaian mengghairahkan menjadi santapan mata buat pelanggan selain menyajikan khidmat seks dengan harga lumayan adalah antara tarikan sebuah pusat hiburan di Kepong.
Malah, pusat hiburan terbabit yang sudah lima tahun beroperasi didapati menyediakan pentas 'catwalk' di tengah-tengahnya sebagai tarikan kepada pengunjung melihat aksi ghairah wanita Thailand dan Vietnam.
Bagaimanapun, kegiatan mereka akhirnya terbongkar selepas diserbu sepasukan anggota Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur diketuai Pegawai Turus D7 IPK KL, Deputi Superintendan Azman Mohd Isa, awal pagi tadi.

Dalam serbuan kira-kira jam 1.30 pagi itu, 15 GRO , termasuk 14 warga Thailand dan seorang warga Vietnam berusia 20 hingga 35 tergamam sebaik diserbu polis ketika mereka leka melayan tetamu.


Malah, sebahagian daripada mereka ketika itu berada di atas pentas menyanyi sambil menari dengan pakaian mengghairahkan.

Azman berkata, pihaknya sudah mengadakan intipan di pusat hiburan terbabit sejak seminggu lalu selepas menerima aduan orang ramai mengenai kegiatan maksiat di premis terbabit.

Menurutnya, hasil pemeriksaan mendapati pusat hiburan terbabit yang sudah beroperasi sejak lima tahun lalu dan bertukar majikan tidak mempunyai lesen selepas ia gagal diperbaharui.

“Pusat hiburan ini menggunakan khidmat GRO dengan menyediakan sebuah pentas 'catwalk' di mana wanita terbabit akan menari, menyanyi dalam aksi mengghairahkan dengan pakaian seksi.

“Kita juga percaya mereka turut menawarkan khidmat seks kepada pelanggan yang memberi tawaran lumayan bergantung kepada cara mereka memujuk GRO terbabit,” katanya selepas operasi terbabit.

Beliau berkata, kesemua mereka memasuki negara ini menggunakan pas lawatan sosial dan penjaga.

Azman berkata, seorang wanita tempatan berusia 30-an turut ditahan bagi membantu siasatan.

“Kita juga akan berbincang dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) supaya tidak memperbaharui lesen premis terbabit selain akan mengeluarkan saman kepada pemiliknya,” katanya.

 FotoFoto

No comments:

Post a Comment