Saturday, March 3, 2012

BILA SYAITAN BERJAYA MENYESATKAN MANUSIA...BILA MANUSIA LEKA HIBURAN..KESERONOKAN DUNIA..HINGGA LUPA BERIBADAH KEPADA ALLAH...LUPA KEPADA MATI...LUPA AKAN ALAM AKHIRAT...

Abang gadis mangsa bom ditahan


ANGGOTA polis bertanya sesuatu kepada Saiful Eszwan berhubung kejadian letupan bom di Ramuan China Besar, Alor Gajah kelmarin.


MELAKA – Empat lelaki termasuk kontraktor pembersihan yang sepatutnya menerima bungkusan berisi bom buatan sendiri ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes sebuah kotak meletup sehingga mencederakan seorang gadis di Ramuan China Besar, Alor Gajah kelmarin.
Timbalan Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Deputi Superitendan Abd. Rahman Jid berkata, tiga daripada empat suspek itu ditahan di sekitar Alor Gajah dan Batu Berendam petang kelmarin manakala abang kepada gadis yang melecur itu ditahan malam kelmarin.
“Empat lelaki itu saling mengenali dan siasatan mengesyaki abang mangsa meminjam duit daripada ketiga-tiga lelaki yang turut ditahan.
“Abang mangsa ditahan bagi membantu siasatan berhubung kejadian letupan sehingga mencederakan adik sendiri,” kata beliau ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Aleya, Ashraf sah bercerai talak satu

LEYA (kiri) dan Muhammad Ashraf bersama anak kembar mereka ketika saat bahagia.


KUALA LUMPUR – Tanpa sebarang desas-desus mahupun gosip mengenai keretakan rumah tangga mereka, penyampai radio popular Hot FM, Sharifah Aleya Syed Zainal Rashid, 29, atau Leya sah bercerai talak satu dengan suaminya, Muhammad Ashraf Aasimudin, 32.
Pasangan berkenaan bercerai secara baik dan mendapat persetujuan bersama dalam satu proses tertutup pada pukul 10 pagi 29 Februari lalu di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari, Shah Alam.
Leya yang mengesahkan perkara tersebut berkata, walaupun sudah bercerai, mereka tetap berhubungan sebagai kawan baik.
“Ya, kami sudah bercerai talak satu pada 29 Februari lalu. Saya tidak boleh mengulas lanjut tentang perceraian kami. Doakan yang baik-baik sahaja,” katanya.
Pasangan yang bernikah pada 8 Disember 2007 itu dikurniakan sepasang anak perempuan kembar, Aza Ameena dan Asha Ameena, yang kini berusia dua tahun setengah.
Sementara itu, Ashraf yang merupakan seorang komposer ketika dihubungi turut mengakui perceraian mereka.

Dua penumpang BMW miliki pistol, peluru


RAJA SHAHROM (kanan) menunjukkan pistol yang dirampas daripada dua lelaki di Jalan Hang Tuah, Melaka semalam.


MELAKA – Tiada siapa menduga empat lelaki yang menaiki sebuah kereta BMW dipandu seorang wanita di Jalan Hang Tuah di sini kelmarin rupa-rupanya memiliki dua pucuk pistol dan 22 butir peluru.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Raja Shahrom Raja Abdullah berkata, dalam kejadian pada pukul 6 pagi itu, polis memeriksa kereta BMW tersebut yang berlegar-legar dalam keadaan mencurigakan di Jalan Hang Tuah di sini.
Menurut beliau, hasil pemeriksaan pada seorang lelaki yang berada di dalam kereta tersebut, polis menemui sepucuk pistol jenis Heckler & Koch GMBH 9mm, kelopak berisi tujuh peluru dan 10 butir peluru.
Senjata dan peluru itu disimpan dalam beg pinggang yang dipakai suspek itu.
“Pemeriksaan pada seorang lagi penumpang kereta tersebut menemui sepucuk pistol revolver Smith @ Wesson 0.38 special serta lima butir peluru yang disimpan dalam beg sandang penumpang itu,” kata beliau pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah di sini semalam.

Wanita enggan naik motosikal cedera ditoreh


WAN MEK menunjukkan lengan kanannya yang cedera akibat ditoreh pisau di Kampung Kuala Kubang, Jabi Rabu lalu.


BESUT – Gara-gara enggan menerima pelawaan untuk membonceng motosikal, seorang wanita warga emas ditoreh sehingga terpaksa menerima tujuh jahitan dalam kejadian di Kampung Kuala Kubang, Jabi dekat sini baru-baru ini.
Semasa kejadian pada pukul 3 petang Rabu lalu, mangsa Wan Mek Wan Omar, 63, dalam perjalanan ke kebun yang terletak kira-kira 100 meter dari rumahnya.
“Ketika dalam perjalanan, suspek yang dikenali dan tinggal di kampung berhampiran mempelawa saya menaiki motosikal tetapi saya menolak,” cerita Wan Mek ketika ditemui di rumahnya dekat sini semalam.
Katanya, suspek yang berusia 36 tahun itu berlalu meninggalkannya namun berpatah balik dan menghampirinya semula.
“Saya terasa ada sesuatu yang berlaku pada lengan kanan saya tetapi saya biarkan.
“Selepas lelaki itu beredar, baru saya perasan banyak darah terkena baju-T yang saya pakai malah lengan baju pun koyak,” kata Wan Mek.
Berikutan kejadian itu, Wan Mek memberitahu, dia membatalkan hasrat untuk ke kebun dan segera pulang ke rumah.

DVD haram disorok dalam semak


WAN AZIZUL (dua dari kanan) bersama anggota penguat kuasa memeriksa DVD cetak rompak yang ditemui di kawasan semak di Taman Permai, Seremban semalam.


SEREMBAN – Bahagian Kawalan Penapisan Filem dan Penguatkuasaan (BKF) Kementerian Dalam Negeri (KDN) Negeri Sembilan merampas 1,490 keping cakera video digital (DVD) yang cuba disembunyikan di kawasan semak di Taman Permai di sini pada Selasa lalu.
Timbalan Ketua Cawangan BKF KDN negeri, Wan Azizul Hanafi berkata, sebelum penemuan tersebut, pihaknya melakukan pemeriksaan di beberapa kedai DVD di kawasan berkenaan pada pukul 8 malam.
Katanya, bagaimanapun, kesemua pengendali premis terbabit tidak melakukan sebarang kesalahan dan anggota penguat kuasa kemudian beredar.
“Bagaimanapun, ketika melalui jalan yang terletak kira-kira 100 meter dari premis terbabit, kami terlihat kelibat seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan di kawasan semak di tepi jalan.
“Lelaki tersebut terus melarikan diri dan kami menemui empat kotak berisi DVD di kawasan berkenaan,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Hotel gay pertama di New York


BILIK penginapan yang terdapat dalam Hotel The Out NYC, New York.


NEW YORK - Sebuah hotel gay yang pertama di bandar raya ini telah dibuka di 42nd Street berdekatan dengan Times Square.
Hotel The Out NYC itu dilengkapi dengan sebuah kelab malam, spa, kolam renang dan restoran.
Ia dibuka secara rasmi kelmarin dan mempunyai 105 buah bilik dengan kadar penginapan bermula pada harga AS$250 (RM750) untuk satu malam. - Agensi

No comments:

Post a Comment