Thursday, March 1, 2012

SURAU DAN MASJID LAMA DIROBOH DIGANTI BARU ITU BIASA...KAABAH PUN DIPERBAIKI SEMULA..JANGAN KITA SIBUK HAL INI SEBAB POLITIK BERBEZA...DAN KITA BUKAN PENGUNJUNG KERAP KE SURAU ATAU MASJID...ALLAH TAHU SAPE KITA....

Kotak meletup, gadis cedera


ANGGOTA polis menyiasat lokasi kejadian sebuah kotak meletup di Ramuan China Besar, Alor Gajah semalam.


ALOR GAJAH – Tindakan seorang gadis mengangkat sebuah kotak yang diletakkan di luar pagar rumahnya di Ramuan China Besar di sini semalam mengundang padah apabila kotak tersebut meletup dan mengeluarkan api sebaik barang itu disentuh mangsa.
Akibat kejadian pukul 8.45 pagi itu, mangsa Norasyikin Md. Esa, 27, melecur teruk pada kedua-dua belah kaki, tangan dan perut. Kotak berisi bom buatan sendiri itu bukan saja mengeluarkan bunyi letupan kuat malah menyebabkan api menjulang setinggi lima meter.
Sebelum kejadian, Norasyikin menemui kotak kecil warna putih di luar rumahnya ketika mangsa mahu ke tempat kerja di sebuah pasar raya di Masjid Tanah.
Di atas kotak tertera nama abang sulung mangsa, Saiful Eszwan Md. Esa, 35, yang bekerja sebagai kontraktor pembersihan.
Namun, kotak itu meletup sebaik Norasyikin yang merupakan anak keempat daripada enam beradik dan bekerja sebagai juruwang mengangkat kotak tersebut.
Adik bongsu mangsa, Ahmad Mustafa Md. Esa, 20, berkata, dia yang baru keluar dari bilik air terkejut mendengar satu letupan kuat.
“Saya kemudian menjenguk melalui tingkap dan terkejut melihat badan kakak yang sedang berdiri tiba-tiba berasap sambil kakak menjerit-jerit kesakitan,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian semalam.


'Papa, mama... tolong saya!'

SUBANG JAYA – Para ibu bapa yang mempunyai anak-anak bersekolah dinasihatkan supaya tidak terjerat dengan panggilan telefon “papa, mama... tolong saya!” kerana itu hanya taktik penjenayah yang cuba mendapatkan wang tebusan tanpa ada mangsa diculik.
Sindiket penipuan itu dikesan masih berterusan dan sepanjang tahun lalu Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang menerima 10 kes dengan empat mangsa tertipu membabitkan kerugian berjumlah RM57,000.
Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Komersial IPD Serdang, Asisten Superintendan Azani Saupi berkata, siasatan polis daripada kes-kes culik palsu itu mendapati sindiket jenayah terbabit didalangi warga tempatan yang akan menghubungi ibu bapa mendakwa anak mereka diculik.
“Penjenayah ini kemudian menggunakan suara kanak-kanak menangis yang dirakam menyebabkan ibu bapa yang menerima panggilan itu akan panik dan mengikut arahan penjenayah itu kerana mahu menyelamatkan anak mereka,” kata beliau pada sidang akhbar di sini semalam.

Lelaki telan 191 kondom dadah


ZAINUL ABIDIN (kanan) menunjukkan sebahagian dadah yang diisi dalam kondom yang dirampas di KLIA, Sepang semalam.


SEPANG - Taktik tiga lelaki warga asing yang cuba menyeludup masuk dadah dengan menelan syabu yang dimasukkan ke dalam kondom terbongkar setelah Jabatan Kastam Diraja Malaysia berjaya mengesannya melalui alat pengimbas.
Penolong Ketua Pengarah Kastam (Bahagian Penguatkuasaan), Datuk Zainul Abidin Taib berkata, kesemua mereka yang berumur antara 27 dan 32 tahun itu berjaya ditangkap dalam kes berasingan antara 16 Februari hingga 26 Februari di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
"Betapa sukarnya pihak Kastam untuk mengeluarkan dadah-dadah ini yang berjaya dikesan di dalam badan dengan menggunakan alat pengimbas ketika mereka sampai di KLIA dan kemudian untuk proses mengeluarkannya.
"Namun hasil daripada pengalaman kami akhirnya ia berjaya diselesaikan," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Koyak papan iklan provokasi


SEBAHAGIAN ahli Jawatankuasa Selamatkan Madrasah Salihiah mengoyakkan papan iklan yang didakwa mengelirukan di Alor Setar semalam.


ALOR SETAR - Jawatankuasa Badan Bertindak Selamatkan Madrasah Salihiah di sini semalam membuat laporan polis berhubung papan tanda pelan surau baharu yang dianggap mengelirukan rakyat.
Pengerusi jawatankuasa itu, Mansor Ahmad yang membuat laporan berkenaan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar berkata, pemaju menaikkan papan tanda yang mempunyai lakaran pelan surau baharu dan ia merupakan provokasi yang boleh mengundang kemarahan masyarakat Islam, terutamanya anak kariah madrasah terbabit.
Mansor berkata, pembinaan papan tanda itu dipercayai tidak mendapat kelulusan daripada Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS).

Israel bina pusat perlindungan bom

SEORANG pengawal keselamatan membuka sebuah pintu kecemasan di kawasan meletak kenderaan di bawah tanah yang diubahsuai menjadi sebuah pusat perlindungan bom di Habima, Tel Aviv kelmarin.


TEL AVIV, Israel – Israel membina sebuah pusat perlindungan bom di bawah bangunan sebuah plaza dekat Teater Kebangsaan Habima di sini.
Kerja-kerja bagi membina pusat perlindungan itu kini memasuki peringkat terakhir.
Pusat perlindungan itu mempunyai tempat tinggal untuk lebih 1,600 orang.
Ia merupakan sebahagian daripada infrastruktur pertahanan di sini.
Pusat perlindungan itu mempunyai sistem penapisan bagi memastikan orang ramai yang berlindung masih dapat menghirup udara yang tidak tercemar walaupun terdapat satu serangan kimia.
Ia dibina sebagai sebahagian daripada kerja-kerja pengubahsuaian sebuah bangunan pawagam yang siap dilakukan pada lewat tahun lalu.
Jurucakap Kementerian Pertahanan, Roi Flyshman berkata, pusat perlindungan itu amat canggih.
Pusat perlindungan itu merupakan tempat meletak kereta bawah tanah yang telah diubahsuai.
“Sejumlah tempat meletak kenderaan di negara ini boleh menjadi pusat perlindungan dan kami akan mencontohi pembinaan pusat perlindungan bom itu,” katanya.
Ketua Pengarah Pusat Perubahan Sourasky di sini, Gabi Barbash berkata, sebuah tempat meletak kereta bawah tanah boleh diubah menjadi sebuah wad kecemasan dengan 1,000 buah katil dalam tempoh 48 jam.
Pusat perlindungan bom itu dibina ketika timbul spekulasi bahawa Israel akan menyerang Iran ekoran isu program nuklear. – Agensi

No comments:

Post a Comment