Bergayut ala Spiderman
23 April 2012
Ketika ditahan, lelaki berusia 33 tahun itu memberi alasan singgah
makan di bilik sewa teman wanitanya di sebuah rumah kedai, di sini, pada
jam 5.30 pagi.
Pegawai Masjid Al-Azim, Ahmad Nawi Othman berkata, siasatan mendapati
lelaki itu telah berkahwin dan mempunyai seorang anak, manakala teman
wanitanya berusia 36 tahun itu adalah bekas pekerja di sebuah kelab
malam di sekitar Lembah Klang.
“Difahamkan, lelaki berkenaan menjalin hubungan sulit bersama janda
yang mempunyai seorang anak itu sejak dua tahun lalu. Wanita itu juga
dipercayai mengandung empat bulan,” katanya.
Ahmad Nawi berkata, bertindak atas maklumat, sepasukan anggota penguat kuasa agama menyerbu premis itu.
Menurutnya, ketika serbuan seorang wanita membuka pintu dan dia memberi alasan tinggal seorang diri di bilik itu.
“Kami mendapati lelaki berkenaan berpakaian lengkap, manakala wanita
itu berpakaian baju tidur ketika serbuan dijalankan,” katanya.
Dalam operasi berasingan yang dijalankan bersama Ikatan Relawan Rakyat
Malaysia (Rela) itu, dua pasang kekasih yang berusia dalam lingkungan 20
hingga 29 tahun turut ditahan di sebuah rumah kedai di Pandan Indah.
“Kami menahan dua beradik itu bersama pasangan masing-masing di rumah
sewa mereka. “Difahamkan mereka dipercayai bersekedudukan di rumah itu
sejak dua bulan lalu,” katanya.
Ahmad Nawi berkata, operasi itu dijalankan mengikut Seksyen 29, Enakmen
Jenayah Syariah Jais 1995, jika disabit kesalahan boleh didenda RM3,000
atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali.
22 April 2012
KUALA DUNGUN – Perbuatan tidak bermoral seorang pelajar perempuan
sebuah institut kemahiran tempatan yang memadu asmara bersama teman
lelaki di hotel murah, menerima padah apabila dia didenda RM2,800, atau
dua bulan penjara kerana berkhalwat.
Pelajar berkenaan, Nurul Akmal Aishah, 19, dari Besut Terengganu menghadapi pendakwaan mengikut Seksyen 29 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Terengganu 2001.
Dia dicekup sepasukan pegawai penguat kuasa syariah, bersama teman lelakinya, di sebuah bilik di rumah tumpangan, dekat sini, kira-kira jam 1.30 pagi, 10 Februari lalu.
Ketika serbuan dilakukan, Nurul Akmal ditemui dalam keadaan terbaring tanpa pakaian dalam selimut.
Lelaki terbabit, dikenali sebagai Mohd Firdaud Wadu, 30, pula, hanya memakai jeans tanpa baju ketika membuka pintu bilik.
Soal siasat mendapati mereka tiada hubungan muhrim.
Pasangan terbabit juga mengaku telah melakukan persetubuhan sebelum itu.
Turut dirampas, pakaian dalam milik Nurul sebagai bahan kes.
Kedua-duanya yang mengaku bersalah selepas fakta kes dibacakan di hadapan Hakim Syarie, Shamsuddin Ngah kemudiannya menjelaskan denda masing-masing untuk mengelakkan dipenjara.
Dalam kes berasingan di Mahkamah Rendah Syariah, seorang pemandu lori, Md Zaid Abdullah, 33 dari Kuala Abang Dungun berhadapan satu waran tangkap kerana kegagalannya hadir untuk menghadapi pendakwaan pertuduhan khalwat.
Dia ditangkap pegawai penguatkuasa syariah ketika berada di sebuah bilik hotel di Jalan Baru Pak Sabah bersama seorang wanita bukan muhrim jam kira-kira 1.05 pagi, 10 Februari lalu.
Pasangannya, Noor Aishah Osman, 29, bagaimanapun hadir untuk mendengar pertuduhan lalu didenda RM2,700 atau dua bulan penjara setelah mengaku bersalah atas kesalahan mengikut Seksyen 31 (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Takzir Negeri Terengganu 2001.
Pendakwaan akan dijalankan semula terhadap Md Zaid pada 11 Jun depan.
PILU…Asma di sisi jenazah anaknya, Muhammad Muaz, semalam.
DUNGUN: “Adik sanggup dermakan apa saja asalkan abang selamat,” kata
Muhammad Muaz Yusof, 13, kepada ibunya sebelum dia meninggal dunia di
rumahnya di Kampung Molek, di sini, semalam, akibat paru-paru berair
selepas dua hari mendermakan darah dan sum-sum tulang belakang kepada
abangnya yang menghidap leukemia.
Muaz yang juga pelajar tingkatan satu Sekolah Menengah Sultan Omar, di sini, berkata demikian kepada ibunya, Asma Ismail, 51, beberapa minit sebelum memasuki bilik rawatan di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur, Sabtu lalu, untuk menjalani proses pemindahan darah dan sum-sum tulang belakangnya.
Asma berkata, anak kelimanya, Mohd Munawar, 21, disahkan menghidap leukemia sejak empat bulan lalu dan sering mendapatkan rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, Kelantan, sebelum diarah doktor menemui pakar di HUKM.
“Pakar mengesahkan Munawar memerlukan darah jenis A- termasuk sum-sum tulang belakang dan arwah mempunyai darah jenis sama dengan abangnya sebelum kami sekeluarga ke HUKM untuk menjalani proses pemindahan darah dan sum-sum tulang belakang,” katanya.
Katanya, sebelum memasuki bilik rawatan itu Sabtu lalu, dia bertanya arwah sama ada takut atau tidak, namun arwah berkata, dia sanggup dermakan apa saja demi menyelamatkan nyawa abangnya itu.
23 April 2012
Dicekup bogel dengan nelayan
22 April 2012
Pelajar berkenaan, Nurul Akmal Aishah, 19, dari Besut Terengganu menghadapi pendakwaan mengikut Seksyen 29 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Terengganu 2001.
Dia dicekup sepasukan pegawai penguat kuasa syariah, bersama teman lelakinya, di sebuah bilik di rumah tumpangan, dekat sini, kira-kira jam 1.30 pagi, 10 Februari lalu.
Ketika serbuan dilakukan, Nurul Akmal ditemui dalam keadaan terbaring tanpa pakaian dalam selimut.
Lelaki terbabit, dikenali sebagai Mohd Firdaud Wadu, 30, pula, hanya memakai jeans tanpa baju ketika membuka pintu bilik.
Soal siasat mendapati mereka tiada hubungan muhrim.
Pasangan terbabit juga mengaku telah melakukan persetubuhan sebelum itu.
Turut dirampas, pakaian dalam milik Nurul sebagai bahan kes.
Kedua-duanya yang mengaku bersalah selepas fakta kes dibacakan di hadapan Hakim Syarie, Shamsuddin Ngah kemudiannya menjelaskan denda masing-masing untuk mengelakkan dipenjara.
Dalam kes berasingan di Mahkamah Rendah Syariah, seorang pemandu lori, Md Zaid Abdullah, 33 dari Kuala Abang Dungun berhadapan satu waran tangkap kerana kegagalannya hadir untuk menghadapi pendakwaan pertuduhan khalwat.
Dia ditangkap pegawai penguatkuasa syariah ketika berada di sebuah bilik hotel di Jalan Baru Pak Sabah bersama seorang wanita bukan muhrim jam kira-kira 1.05 pagi, 10 Februari lalu.
Pasangannya, Noor Aishah Osman, 29, bagaimanapun hadir untuk mendengar pertuduhan lalu didenda RM2,700 atau dua bulan penjara setelah mengaku bersalah atas kesalahan mengikut Seksyen 31 (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Takzir Negeri Terengganu 2001.
Pendakwaan akan dijalankan semula terhadap Md Zaid pada 11 Jun depan.
‘Berkorban demi abang’
Oleh Rosli Ilham
am@hmetro.com.my
am@hmetro.com.my
PILU…Asma di sisi jenazah anaknya, Muhammad Muaz, semalam.
Muaz yang juga pelajar tingkatan satu Sekolah Menengah Sultan Omar, di sini, berkata demikian kepada ibunya, Asma Ismail, 51, beberapa minit sebelum memasuki bilik rawatan di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur, Sabtu lalu, untuk menjalani proses pemindahan darah dan sum-sum tulang belakangnya.
Asma berkata, anak kelimanya, Mohd Munawar, 21, disahkan menghidap leukemia sejak empat bulan lalu dan sering mendapatkan rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, Kelantan, sebelum diarah doktor menemui pakar di HUKM.
“Pakar mengesahkan Munawar memerlukan darah jenis A- termasuk sum-sum tulang belakang dan arwah mempunyai darah jenis sama dengan abangnya sebelum kami sekeluarga ke HUKM untuk menjalani proses pemindahan darah dan sum-sum tulang belakang,” katanya.
Katanya, sebelum memasuki bilik rawatan itu Sabtu lalu, dia bertanya arwah sama ada takut atau tidak, namun arwah berkata, dia sanggup dermakan apa saja demi menyelamatkan nyawa abangnya itu.
Kes Sri Wani: Hujah isu DNA 25 Mei
23 April 2012
KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi Syariah menetapkan 19 Jun ini untuk
memberi keputusan sama ada pengusaha kosmetik, Sri Wani Abdullah perlu
menjalani pemeriksaan jantina atau tidak.
Pendaftar Mahkamah Nurul Wazeera Ahmad Dahlan menetapkan tarikh itu
berikutan Hakim Syarie Abdul Walid Abu Hassan yang menghakimi kes
berkenaan berada di luar daerah atas urusan rasmi.
Sri Wani yang berpakaian sedondon merah jambu hadir ditemani ibu saudaranya Connie Chee, 47, dan peguam syarie Boestaman Ahmad.
Mereka dilihat masuk ke pejebat pendaftar pada jam 9 pagi dan beredar kira-kira setengah jam kemudian.
Bagaimanapun, suaminya Bahrom Sunagi, 61, dan peguam Muhammad Hafiz Ab Rashid tidak kelihatan di mahkamah hari ini.
Sri Wani berkata, prosiding hari ini sepatutnya ditetapkan untuk keputusan mahkamah sama ada dia perlu menjalani ujian jantina atau tidak.
"Saya ada dapat mesej mahkamah Jumaat lepas yang menyatakan prosiding hari ini tangguh. Saya datang ke mahkamah untuk proses wakalah iaitu melantik peguam untuk mewakili saya dalam kes ini," katanya.
Sri Wani berharap media memahami situasinya ekoran Bahrom turut memfailkan injunksi mahkamah bagi menghalangnya dari mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan kes terbabit.
Sementara itu, Boestaman memberitahu, mahkamah menetapkan 25 Mei untuk kedua-dua pihak mengemukakan hujahan akhir berkaitan isu ujian DNA yang difailkan Bahrom.
Sri Wani, 37, menjadi tarikan umum apabila suaminya, bekas dekan universiti memfailkan permohonan membatalkan perkahwinan kerana mendakwa dia lelaki.
Bahrom turut memohon mahkamah memerintahkan DNA dijalankan bagi mengesahkan jantina isteri ketiganya itu, yang dinikahi pada 19 Ogos 2009.
Susulan itu, Sri Wani memfailkan bantahan awal dengan alasan dia dianiaya.
Sri Wani turut memfailkan injunksi ‘ex parte’ (sebelah pihak) terhadap dua madunya agar tidak mengganggu dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadapnya.
Mengulas mengenai isu saman malu yang pernah disuarakan Sri Wani sebelum ini, Boestaman berkata, mereka sedang mengumpulkan bukti dan akan memfailkannya dalam masa terdekat.
HANGUS...deretan motosikal yang musnah dalam kebakaran awal pagi semalam.
KUALA LUMPUR: Sebanyak 21 motosikal hangus dijilat api dipercayai
angkara perbuatan khianat di Flat Seri Selangor, Jalan San Peng di sini,
awal pagi semalam.
Kejadian kira-kira jam 1.30 pagi itu yang ketiga berlaku sekitar ibu negara selepas Ahad lalu, enam motosikal milik penduduk dilaporkan terbakar kira-kira jam 8.30 pagi di Bandar Baru Sentul, dua jam selepas kejadian sama membabitkan dua motosikal di Flat Seri Tioman 2, Wangsa Maju.
Suri rumah, Zaleha, 46, berkata, tiga motosikal milik suami dan dua anaknya gagal diselamatkan di tempat letak motosikal perumahan itu meskipun mereka meluru ke lokasi kejadian sebaik terdengar jeritan jiran.
“Saya terkejut dan sedih kerana baru saja melangsaikan ansuran satu daripada motosikal berkenaan, malah ia adalah kenderaan keluarga untuk berulang-alik ke tempat kerja dan menghantar anak ke sekolah,” katanya.
Dia yang kerugian kira-kira RM15,000 mendakwa ada penduduk melihat kelibat sekumpulan lelaki mencurigakan yang mundar-mandir di kawasan berkenaan sebelum deretan motosikal itu terbakar.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Khirudin Drahman @ Hussaini, pihaknya menerima panggilan kecemasan membabitkan kebakaran motosikal jam 1.32 pagi di Blok 1, flat berkenaan.
“Dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Pusat dan Pudu diarahkan ke lokasi kejadian dan tiba lima minit kemudian.
“Api yang marak menyebabkan 21 motosikal hangus dan menjulang setinggi tingkat tiga blok berkenaan, namun berjaya dikawal dan dipadam sepenuhnya jam 1.43 pagi,” katanya. Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut berhubung motif sebenar kejadian yang membabitkan keseluruhan 29 motosikal terbakar.
“Kami masih siasat sama ada ketiga-tiga kejadian yang berlaku dalam
tempoh 24 jam itu dilakukan kumpulan sama atau berasingan,” katanya.
Menurutnya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kebakaran atau bahan letupan dengan niat menyebabkan kerosakan.
SAKIT...Suraya menunjukkan kulit badan Noor Ashikin yang melepuh dan berdarah.
SUNGAI PETANI: “Saya sedih melihat keadaannya kerana setiap hari dia
(Noor Ashikin) memohon kepada Tuhan agar ambil saja nyawanya kerana
tidak tahan menanggung derita akibat kegatalan pada badannya yang
dialami sejak Julai tahun lalu,” kata Suraya Maidin, 45, ibu kepada Noor
Ashikin Mohd Irwan, 17, yang kulitnya melepuh dan berdarah tanpa
diketahui puncanya.
Keadaan itu menyebabkan pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Kebangsaan Khir Johari (SMKKJ) di sini, tidak ke sekolah kerana sukar memakai pakaian berikutan kulit badannya tertanggal dan berdarah sehingga tidak mampu menahan kesakitan.
Suraya yang berniaga nasi lemak berkata, penyakit Noor Ashikin mula dikesan selepas dia mengadu gatal seluruh badan sepulang dari sekolah dan apabila membuka baju, mendapati seluruh kulit badannya menggelembung dan selepas itu pecah.
Menurutnya, sejak itu seluruh tubuh anaknya sentiasa berdarah dan Noor Ashikin tidak boleh terdedah kepada keadaan panas kerana kulitnya akan kembali menggelembung dan pecah serta berdarah menyebabkannya meraung kesakitan.
Noor Ashikin masih menerima rawatan susulan di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) sejak awal bulan ini.
Suraya yang juga ibu tunggal dan tinggal di Flet Paya Nahu di sini berkata, sejak mengalami penyakit itu, Nor Ashikin sudah beberapa kali dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar dan HSAH bagi menerima rawatan, tetapi doktor pakar gagal mengenal pasti penyakit anaknya.
“Sebelum ini, dia pernah dirawat selama sebulan di HSB dan rawatan susulan di HSAH selepas penyakitnya didapati berkurangan. Bagaimanapun, selepas seminggu keluar hospital, penyakit itu datang kembali menyebabkan anak saya dimasukkan semula ke hospital.
“Terbaru, 8 April lalu apabila dia dimasukkan ke HSAH akibat kulitnya tertanggal dan seluruh badannya berdarah.
“Dia kini masih dirawat di HSAH dan keadaannya semakin beransur
pulih, tetapi beberapa bahagian tubuh yang tertutup seperti ketiak,
pinggang dan kedua-dua paha masih berdarah.
“Saya sedih melihat keadaannya yang menanggung penderitaan. Tidurnya juga tidak lena kerana sakit, malah tempat tidurnya perlu dilapik dengan plastik bagi mengelak kulitnya yang tertanggal, melekat,” katanya ketika ditemui di sini, kelmarin, yang memohon sesiapa saja membantu mencari cara menyembuhkan penyakit anaknya itu.
Sri Wani yang berpakaian sedondon merah jambu hadir ditemani ibu saudaranya Connie Chee, 47, dan peguam syarie Boestaman Ahmad.
Mereka dilihat masuk ke pejebat pendaftar pada jam 9 pagi dan beredar kira-kira setengah jam kemudian.
Bagaimanapun, suaminya Bahrom Sunagi, 61, dan peguam Muhammad Hafiz Ab Rashid tidak kelihatan di mahkamah hari ini.
Sri Wani berkata, prosiding hari ini sepatutnya ditetapkan untuk keputusan mahkamah sama ada dia perlu menjalani ujian jantina atau tidak.
"Saya ada dapat mesej mahkamah Jumaat lepas yang menyatakan prosiding hari ini tangguh. Saya datang ke mahkamah untuk proses wakalah iaitu melantik peguam untuk mewakili saya dalam kes ini," katanya.
Sri Wani berharap media memahami situasinya ekoran Bahrom turut memfailkan injunksi mahkamah bagi menghalangnya dari mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan kes terbabit.
Sementara itu, Boestaman memberitahu, mahkamah menetapkan 25 Mei untuk kedua-dua pihak mengemukakan hujahan akhir berkaitan isu ujian DNA yang difailkan Bahrom.
Sri Wani, 37, menjadi tarikan umum apabila suaminya, bekas dekan universiti memfailkan permohonan membatalkan perkahwinan kerana mendakwa dia lelaki.
Bahrom turut memohon mahkamah memerintahkan DNA dijalankan bagi mengesahkan jantina isteri ketiganya itu, yang dinikahi pada 19 Ogos 2009.
Susulan itu, Sri Wani memfailkan bantahan awal dengan alasan dia dianiaya.
Sri Wani turut memfailkan injunksi ‘ex parte’ (sebelah pihak) terhadap dua madunya agar tidak mengganggu dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadapnya.
Mengulas mengenai isu saman malu yang pernah disuarakan Sri Wani sebelum ini, Boestaman berkata, mereka sedang mengumpulkan bukti dan akan memfailkannya dalam masa terdekat.
Kerja khianat
Oleh Asmah Rusman
asmah@hmetro.com.my
asmah@hmetro.com.my
HANGUS...deretan motosikal yang musnah dalam kebakaran awal pagi semalam.
Kejadian kira-kira jam 1.30 pagi itu yang ketiga berlaku sekitar ibu negara selepas Ahad lalu, enam motosikal milik penduduk dilaporkan terbakar kira-kira jam 8.30 pagi di Bandar Baru Sentul, dua jam selepas kejadian sama membabitkan dua motosikal di Flat Seri Tioman 2, Wangsa Maju.
Suri rumah, Zaleha, 46, berkata, tiga motosikal milik suami dan dua anaknya gagal diselamatkan di tempat letak motosikal perumahan itu meskipun mereka meluru ke lokasi kejadian sebaik terdengar jeritan jiran.
“Saya terkejut dan sedih kerana baru saja melangsaikan ansuran satu daripada motosikal berkenaan, malah ia adalah kenderaan keluarga untuk berulang-alik ke tempat kerja dan menghantar anak ke sekolah,” katanya.
Dia yang kerugian kira-kira RM15,000 mendakwa ada penduduk melihat kelibat sekumpulan lelaki mencurigakan yang mundar-mandir di kawasan berkenaan sebelum deretan motosikal itu terbakar.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Khirudin Drahman @ Hussaini, pihaknya menerima panggilan kecemasan membabitkan kebakaran motosikal jam 1.32 pagi di Blok 1, flat berkenaan.
“Dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Pusat dan Pudu diarahkan ke lokasi kejadian dan tiba lima minit kemudian.
“Api yang marak menyebabkan 21 motosikal hangus dan menjulang setinggi tingkat tiga blok berkenaan, namun berjaya dikawal dan dipadam sepenuhnya jam 1.43 pagi,” katanya. Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut berhubung motif sebenar kejadian yang membabitkan keseluruhan 29 motosikal terbakar.
Menurutnya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kebakaran atau bahan letupan dengan niat menyebabkan kerosakan.
‘Ambillah nyawaku’
Oleh Omar Osman
am@hmetro.com.my
am@hmetro.com.my
OHO
SAKIT...Suraya menunjukkan kulit badan Noor Ashikin yang melepuh dan berdarah.
Keadaan itu menyebabkan pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Kebangsaan Khir Johari (SMKKJ) di sini, tidak ke sekolah kerana sukar memakai pakaian berikutan kulit badannya tertanggal dan berdarah sehingga tidak mampu menahan kesakitan.
Suraya yang berniaga nasi lemak berkata, penyakit Noor Ashikin mula dikesan selepas dia mengadu gatal seluruh badan sepulang dari sekolah dan apabila membuka baju, mendapati seluruh kulit badannya menggelembung dan selepas itu pecah.
Menurutnya, sejak itu seluruh tubuh anaknya sentiasa berdarah dan Noor Ashikin tidak boleh terdedah kepada keadaan panas kerana kulitnya akan kembali menggelembung dan pecah serta berdarah menyebabkannya meraung kesakitan.
Noor Ashikin masih menerima rawatan susulan di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) sejak awal bulan ini.
Suraya yang juga ibu tunggal dan tinggal di Flet Paya Nahu di sini berkata, sejak mengalami penyakit itu, Nor Ashikin sudah beberapa kali dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar dan HSAH bagi menerima rawatan, tetapi doktor pakar gagal mengenal pasti penyakit anaknya.
“Sebelum ini, dia pernah dirawat selama sebulan di HSB dan rawatan susulan di HSAH selepas penyakitnya didapati berkurangan. Bagaimanapun, selepas seminggu keluar hospital, penyakit itu datang kembali menyebabkan anak saya dimasukkan semula ke hospital.
“Terbaru, 8 April lalu apabila dia dimasukkan ke HSAH akibat kulitnya tertanggal dan seluruh badannya berdarah.
“Saya sedih melihat keadaannya yang menanggung penderitaan. Tidurnya juga tidak lena kerana sakit, malah tempat tidurnya perlu dilapik dengan plastik bagi mengelak kulitnya yang tertanggal, melekat,” katanya ketika ditemui di sini, kelmarin, yang memohon sesiapa saja membantu mencari cara menyembuhkan penyakit anaknya itu.
No comments:
Post a Comment