Lima tikaman depan tunang
Oleh Siti Nadirah Hafidzin
nadirah@hmetro.com.my
nadirah@hmetro.com.my
MAUT...rumah kedai tempat kejadian. Gambar kecil, Ketua Polis Daerah Seri Alam, Roslan, mangsa ditikam bertubi-tubi.
Lebih menyedihkan, sebelum kejadian jam 10.40 malam itu, mangsa, Indra Asrul Abdul Rahim, 29, baru saja meraikan hari ulang tahun kelahirannya bersama tunang yang hanya mahu dikenali sebagai Sabrina, 26.
Tiga suspek dalam kejadian itu dipercayai rakan serumah Indra membabitkan dua lelaki dan seorang wanita warga Myanmar.
Menceritakan kejadian terbabit, Sabrina berkata, Indra yang juga operator pengeluaran di sebuah kilang di Taman Desa Cemerlang, di sini, parah dan meninggal dunia di depannya.
“Kami sepatutnya bernikah pada Ahad ini (semalam). Sebelum kejadian, kami baru keluar bersama meraikan hari jadinya. Kini, kenduri pernikahan yang sudah diatur ditukar majlis tahlil,” katanya.
Rumah dilontar batu
Oleh Malik Muhamad
am@hmetro.com.my
am@hmetro.com.my
KECEWA...antara penyokong Terengganu yang tidak puas hati dengan prestasi pasukan negeri mereka. Gambar kecil, menantu Che Mat, Khairudin Yusof menunjukkan sebahagian batu yang dibaling, semalam.
Penyokong tidak berpuas hati apabila Terengganu tewas 1-2 kepada Sime Darby pada separuh akhir pertama Piala FA mengadakan bantahan selepas perlawanan berakhir di depan pintu masuk utama Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, di sini.
Mereka juga mendesak Che Mat yang juga pengurus pasukan serta jurulatih, Mat Zan Mat Aris berundur. Berikutan itu, kedua-duanya terpaksa diiringi polis untuk keluar dari stadium dan pulang ke rumah masing-masing.
Bagaimanapun, sekumpulan penyokong dipercayai mengekori Che Mat hingga ke kediamannya. Lebih memburukkan keadaan, penyokong terbabit membuat kecoh dan melaungkan kata-kata kesat sebelum melontar pelbagai objek, termasuk batu ke rumahnya.
“Berikutan tindakan melampau itu, saya terpaksa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu untuk mengelak kejadian lebih buruk berlaku,” kata Che Mat yang berasakan kejadian itu bukan hanya membabitkan isu bola sepak tetapi ada agenda lain, termasuk politik.
Beliau yang juga Pegawai Pembangunan Dewan Undangan Negeri Batu Burok, di sini, berkata bantahan yang memintanya dan Mat Zan meletakkan jawatan agak menghairankan kerana Terengganu bukan berada di tangga tercorot liga, malah beraksi di pentas Piala FA dan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).
“Saya hairan kenapa situasi ini berlaku dan apa matlamat utama kumpulan yang membuat bantahan itu. Saya sendiri pun tidak faham. Jika dilihat soal gaji, semua pemain mendapat bayaran mengikut masanya.
“Pada pandangan saya jika peminat itu betul-betul sayangkan pasukan, cara bantahan sebegini bukanlah jalan terbaik sebaliknya boleh menjejaskan pasukan Terengganu dan tidak adil kepada pemain dan pengurusan,” katanya.
“Jika ada yang tidak berpuas hati dengan pentadbiran saya, saya harap mereka datang dan memberi pandangan yang baik kerana kami sedia mendengarnya malah akan melakukan perubahan sekiranya idea itu bernas tetapi bukannya melalui bantahan di jalanan.
“Bagaimanapun saya ingin melontarkan persoalan kepada peminat kenapa saya perlu berundur sedangkan skuad Terengganu tidak merudum.
“Letak jawatan itu perkara tidak betul dan saya meminta peminat menerima sesuatu kekalahan biarpun saya tahu sukar menelannya,” katanya. Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner K Manoharan berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 11.45 malam ketika Che Mat pulang ke rumahnya sejurus perlawanan itu berakhir.
Menurutnya, sebaik kenderaan Che Mat memasuki kawasan rumahnya, kumpulan berkenaan membuat bising dengan mengeluarkan kata-kata kesat selain ada yang melontarkan batu ke bumbung rumah mangsa.
“Bagaimanapun, pengadu tidak cedera dan satu laporan dibuat di IPD Kuala Terengganu jam 12.20 tengah malam (kelmarin),” katanya.
Menurutnya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan memiliki bahan berbahaya untuk tujuan serangan.
Mati terjun separa sedar
Oleh Mohd Husni Mohd Noor dan Rosman Shamsudin
mhusni@hmetro.com.my
mhusni@hmetro.com.my
FATIMAH...maut
Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UPSI, Datuk Dr Junaidi Abu Bakar berkata, dalam siasatan awal, pihaknya mendapati mangsa, Fatimah Mina Md Juferi, 22, mengalami masalah itu sebelum mengikuti kursus di UPSI dan masih menjalani rawatan tradisional bagi mengatasi gangguan itu.
Sehubungan itu, beliau tidak menolak kemungkinan unsur mistik menyebabkan mangsa terjatuh dari bangunan E-Learning kira-kira jam 5.30 petang kelmarin.
“Malah, saya dimaklumkan rakan serumah mangsa yang dia berkelakuan pelik sebelum ini termasuk bercakap sendirian dan menangis,” katanya yang dihubungi semalam.
Fatimah, pelajar tahun dua Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Awal Kanak-Kanak yang berasal dari Bakri, Muar, Johor, ditemui terbaring di bawah bangunan berkenaan dengan kecederaan parah di beberapa bahagian badan, termasuk patah rusuk kiri dan kanan, kaki kanan serta kedua-dua bahunya.
Mayat rentung dalam van
Oleh Muhaamad Hafis Nawawi dan Shahrul Redzuan
am@hmetro.com.my
am@hmetro.com.my
HANGUS...van yang terbakar, malam tadi.
Mayat terbabit yang masih tidak diketahui jantinanya ditemui dalam keadaan mengiring ke tempat duduk penumpang hadapan dan dipercayai gagal menyelamatkan diri selepas kenderaannya terbakar.
Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Mohamad Sani Harul berkata, bomba menerima maklumat berhubung kejadian itu oleh orang awam jam 8.20 malam sebelum bergegas ke tempat kejadian.
Menurutnya, anggota bomba dari Balai Bomba Sungai Buloh tiba di tempat kejadian pada jam 8.26 malam dan ketika itu api masih marak.
“Dengan kekuatan anggota seramai lima orang, mereka berjaya memadamkan kebakaran yang merebak dari bahagian hadapan hingga ke belakang van dalam tempoh 15 minit.
“Bagaimanapun, jantina dan identiti belum dapat dikenal pasti kerana mayat rentung sepenuhnya dan unit forensik menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca kebakaran terbabit,” katanya kepada media pada sidang media selepas operasi memadamkan kebakaran tamat.
Mohamad Sani berkata, bomba dan polis menjalankan siasatan lanjut mengenai insiden terbabit dan hasil siasatan awal tiada bukti menunjukkan berlakunya pelanggaran hingga mengakibatkan kebakaran.
Sementara itu difahamkan, van terbabit dipercayai terbakar kira-kira 200 meter dari tempat kejadian disusuli letupan kecil sebelum mangsa bertindak memberhentikan kenderaannya di tepi jalan namun gagal menyelamatkan diri.
Peragut diikat dibelasah
Dalam kejadian jam 12.30 tengah hari, peragut yang berusia 20-an dan tinggal di Kampung Chendering, di sini, cedera di muka akibat dibelasah.
Difahamkan, sebelum kejadian, lelaki terbabit yang menunggang motosikal Yamaha Nouvo berhenti di tepi jalan dan mematikan enjin sebelum berjalan menuju ke arah mangsa yang berusia 60-an. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd Jasmani Yusoff mengesahkan lelaki terbabit sudah ditangkap dan diserahkan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) untuk siasatan.
Menurutnya, siasatan awal mendapati, lelaki terbabit tidak sempat melarikan diri kerana gagal menghidupkan enjin motosikal sebelum diberkas orang ramai yang berada di tempat kejadian.
Katanya, polis menghargai kerjasama orang ramai dan berharap tindakan berani sedemikian diteruskan pada masa akan datang bagi membanteras kegiatan jenayah.
“Bagaimanapun, polis masih meneruskan siasatan berhubung kejadian itu mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana curi,” katanya di sini, semalam.
Polis buru Azhar Jusof cedera anak kekasih
Ibu empat anak berusia 35 tahun itu berkata, mereka sekeluarga rapat dengan mangsa dan ibunya, Norisah Kassim, 22, sejak dua beranak itu tinggal bersamanya sejak tiga bulan lalu.
“Saya sudah menganggap mangsa seperti anak sendiri apatah lagi mangsa yang juga anak tunggal amat manja. Malah, anak bongsu saya juga rapat dengan mangsa memandangkan usia mereka sama.
“Ketika Norisah membawa mangsa ke rumah kami yang terletak berhampiran, Mohd Danish seolah-olah berada dalam kejang. Keadaannya menyebabkan kami sekeluarga menangis sebelum membawanya ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk rawatan lanjut,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner K Manoharan berkata, pihaknya memburu suspek dikenali sebagai Azhar Jusof yang dipercayai mencederakan mangsa yang juga anak teman wanitanya.
“Identiti suspek sudah dikenal pasti dan usaha memburunya giat dijalankan termasuk mengambil keterangan daripada ibu mangsa dan beberapa ahli keluarga terdekat yang tinggal bersama suspek di rumah berkenaan.
“Mangsa yang mengalami pendarahan di otaknya selamat menjalani pembedahan semalam dan dilaporkan stabil sebelum dipindahkan ke Wad Rawatan Intensif Pediatrik dan Penjagaan Bayi HSNZ, di sini.
Semalam, Metro Ahad melaporkan seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun cedera di kepala dan dirawat di HSNZ, di sini, selepas dipercayai ditampar teman lelaki ibunya.
Rakan perasan sikap jadi pendiam
Menurut Noranis yang ditemui di rumah keluarga mangsa di Bukit Batu, Bakri, di sini semalam, dia mengenali arwah sejak dua tahun lalu dan sejak itu, mereka terus akrab.
“Sejak kebelakangan ini, kami perasan Fatimah kelihatan pendiam berbanding semester sebelumnya, namun tidak bertanyakan hal itu dengan lebih lanjut.
“Saya dan rakan lain tidak tahu apa puncanya. Kami beranggapan ia mungkin berkaitan masalah peribadi dan tidak mahu mencampurinya,” kata pelajar tahun empat Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Awal Kanak-Kanak itu.
Noranis bersama 80 pelajar UPSI termasuk Penolong Pendaftar UPSI, Musa Jaafar bertolak seawal jam 7.30 pagi dari institusi berkenaan untuk menziarah keluarga dan kubur arwah.
Seorang lagi rakan arwah, Munirah Mamud, 21, berkata, dia menyertai rombongan dua bas itu dengan harapan untuk melihat jenazah Fatimah buat kali terakhir, namun tidak sempat kerana arwah dikebumikan sebelum mereka tiba.
“Arwah sangat disenangi rakan sekelas dan sering menjadi tempat rujukan. Kehilangannya memang dirasai,” katanya.
Sementara itu, bapa saudara Fatimah yang hanya mahu dikenali sebagai Iskandar, 46, berkata, kali terakhir dia bertemu arwah ketika dia pulang bercuti, kira-kira dua minggu lalu.
Menurut Iskandar, walaupun sedih, namun keluarga mereka reda dengan kejadian itu.
Jumpa rangka ibu
Oleh Abd Rahman Adam
abdulrahman@hmetro.com.my
abdulrahman@hmetro.com.my
Rangka wanita berusia 79 tahun dan anak perempuannya berusia 49 tahun itu ditemui dalam sebuah bilik dipenuhi sarang labah-labah dan mereka dipercayai meninggal dunia sejak hampir setahun lalu.
Dua mayat itu ditemui kira-kira jam 3.30 petang oleh seorang anak perempuan warga emas berkenaan berusia 40-an bersama suami ketika mahu menjenguk ibu dan kakaknya.
Mereka dikatakan sudah lama tidak pulang kerana dihalang seorang lagi anak perempuan mangsa, juga berusia 40-an yang turut mendiami rumah itu.
Difahamkan, rumah berkenaan turut didiami anak saudara lelaki mangsa berusia lewat 30-an yang juga orang kelainan upaya (OKU).
Nenek selamba tumpas buaya
Oleh Johary Indan
hmkk@hmetro.cpm.my
hmkk@hmetro.cpm.my
Dalam kejadian jam 5 petang Selasa lalu, Luayoh Kindurus, 74, dalam perjalanan pulang ke rumah selepas selesai mengerjakan sawah sebelum kaki kirinya tiba-tiba disambar buaya, ketika melalui titi kayu untuk menyeberang parit selebar satu meter.
“Ketika melangkahkan kaki di atas titi kayu itu, tiba-tiba kaki kiri saya disambar buaya.
“Saya tidak panik sebaliknya cuba lawan buaya itu dengan memukul kepala reptilia ganas berkenaan menggunakan tongkat kayu.
“Pukulan itu mengenai mata buaya itu, menyebabkan ia melepaskan kaki saya,” katanya ketika ditemui menerima rawatan, di Hospital Kota Belud, di sini, semalam.
Tangan hancur dibaham ungka
Dalam kejadian jam 10.30 pagi itu, mangsa, Afiah Nadia Nor Azlan, cedera parah apabila daging tangan kanannya itu hancur hingga menampakkan tulang.
Ketika kejadian, mangsa bersama ibunya, Dr Nahariah Jaafar, 42, dan kakaknya, Afiah Nasuha, 16, serta seorang abangnya, Anuar Nazzif, 14, dari Bandar Baru Bangi, Selangor, berjalan menuruni tangga di sebuah taman di kawasan peranginan itu apabila dia diterkam haiwan liar berkenaan.
Menceritakan detik cemas itu, Dr Nahariah berkata, ketika kejadian dia berjalan di depan tiga anaknya sebelum terdengar bunyi seperti benda jatuh di belakangnya.
Pensyarah Kanan Universiti Multimedia Malaysia, Cyberjaya, Selangor itu berkata, sebaik menoleh ke belakang, dia terkejut melihat anak bongsunya yang berada di tengah antara dua lagi anaknya ditindih ungka yang agak besar.
“Saya menghayun beg tangan bertubi-tubi ke arah ungka itu yang ketika itu ganas menggigit tangan kanan Afiah Nadia sambil meraung meminta tolong.
“Pukulan saya menghalang ungka itu daripada terus menggigit tangan kanan Afiah Nadia, namun dia enggan melepaskan anak saya yang ketika itu berlumuran darah sebaliknya merenung tajam dengan muka bengis ke arah kami,” katanya, semalam.
Katanya, ungka yang marah itu kemudian melangkah ke depan menuju ke arahnya namun melarikan diri apabila dihayun sekali lagi dengan beg tangan dan terpandang kelibat orang awam yang bergegas ke kawasan itu.
Dr Nahariah berkata, dia kemudian menghubungi suami, Dr Nor Azlan Alias, 44, yang ketika itu sedang berkursus di resort berkenaan memaklumkan kejadian itu sebelum membawa anak mereka ke Hospital Bentong.
Menurutnya, Afiah Nadia diberi rawatan awal di hospital berkenaan sebelum dipindahkan ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas), Temerloh untuk rawatan lanjut kerana kecederaan dialaminya parah.
Lalok dalam pesta liar
Oleh Arifin Salleh
am@hmetro.com.my
am@hmetro.com.my
Ketika sepasukan anggota Cawangan Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Alor Gajah diketuai Inspektor Sobri Zakaria melakukan serbuan pada jam 2.30 pagi, difahamkan ramai peserta pesta sedang berhibur dalam keadaan khayal.
Sebahagian mereka berada di ruang tamu banglo berkenaan manakala sebahagian lagi di tingkat atas berpasangan tanpa menyedari kehadiran polis yang datang mengejut.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Umar Ali Shaifudin Saharudin berkata, antara 23 yang ditahan itu termasuk seorang pelajar tingkatan empat dan dua pelajar tingkatan lima serta seorang jururawat pelatih di sebuah hospital di Kuala Lumpur.
“Ada yang datang dari Kuala Lumpur, Johor, Negeri Sembilan dan negeri ini atas pelawaan untuk meraikan majlis hari jadi seorang rakan yang bermula jam 9 malam diiringi muzik dikendalikan deejay.
Umpan wang pesong akidah
Oleh Hayati Ibrahim
ya_t@hmetro.com.my
ya_t@hmetro.com.my
Difahamkan, gerakan itu berselindung di sebalik pertubuhan tertentu yang memperoleh dana dari dalam dan luar negara bagi membiayai usaha memesongkan akidah belia di negara ini.
Mendedahkan perkara itu, Pengerusi Islamic Outreach Abim (IOA) Kelantan, Datuk Dr Abdul Razak Kechik berkata, kumpulan itu dipercayai memujuk remaja secara tidak langsung dengan memberi bantuan kewangan, makanan dan menyediakan hiburan yang menjadi kegemaran utama golongan itu.
“Kami dapati gerakan itu semakin aktif. Sasaran utama golongan remaja bermasalah kewangan dan kesukaran hidup.
“Mereka menggunakan pendekatan pujukan halus dengan mengadakan kaunseling, memberi makanan atau membayarkan yuran pengajian di universiti bagi pelajar susah.
Tiga tahun tipu jiran
Oleh Mohd Firdaus Ibrahim dan Raja Noraina Raja Rahim
am@hmetro.com.my
am@hmetro.com.my
Penahanan pasangan kekasih berusia 21 tahun pada jam 5.30 pagi dan penguat kuasa Jais turut dibantu ahli jawatan kuasa masjid serta seorang anggota polis.
Menurut sumber, selepas sekian lama tinggal serumah tanpa nikah pasangan itu didapati melahirkan seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun.
“Serbuan dilakukan selepas pihak masjid menerima aduan daripada orang awam.
Sebaik menerima aduan, jawatankuasa masjid segera menghubungi Jais dan polis bagi melakukan pemeriksaan.
No comments:
Post a Comment