Sunday, April 22, 2012

SERONOK TEMPAH KERETA...TAK MAU KE...TEMPAH SYURGA DENGAN BERJIHAD KE JALAN ALLAH...MENGHADIRI MAJLIS ILMU DI SETIAP MALAM DI MASJID2 DAN DISURAU....DUNIA NI HANYA SEMENTARA

Lori surat khabar pun kena rompak


DI lokasi Jalan PJS 7, Bandar Sunway, Petaling Jaya inilah lori yang membawa 5,000 naskhah akhbar Kosmo! Ahad dilarikan penjenayah semalam.


SUBANG JAYA – Sebuah lori tiga tan yang membawa muatan 5,000 naskhah akhbar Kosmo! Ahad untuk edaran di Lembah Klang lesap dilarikan sekumpulan lima penyamun bersenjatakan parang di Jalan PJS 7, Bandar Sunway di sini semalam.
Kejadian pada pukul 2.40 pagi itu berlaku ketika pemandu lori, Rassdan Daud, 36, sedang memunggah akhbar Kosmo! Ahad untuk diletakkan di hadapan sebuah kedai yang menempah bekalan akhbar tersebut.
Semasa itu, kedai tersebut belum dibuka.
Bagaimanapun, Rassdan berkata, ketika dia sibuk memunggah akhbar tersebut tiba-tiba dia dihampiri dua lelaki bersenjatakan parang dari arah belakang.
“Bimbang dicederakan, saya terus melarikan diri menuju ke hadapan lori namun sekali lagi saya terkejut apabila muncul seorang lagi suspek juga bersenjatakan parang yang sudah menunggu di hadapan lori.
“Saya yang cemas terus melarikan diri ke seberang jalan tanpa sempat mengambil telefon bimbit dan dompet yang berada di dalam lori,” cerita Rassdan ketika dihubungi di sini semalam.

Bank, suami isteri disaman RM2 juta


AHMAD RASYDAN (kiri) bersama peguam, Mohd. Nasir memfailkan tuntutan saman terhadap sebuah bank dan pasangan suami isteri di Mahkamah Tinggi Kota Bharu semalam.


KOTA BHARU - Dua peguam memfailkan saman sebanyak RM2 juta terhadap sepasang suami isteri dan sebuah bank kerana didakwa menunaikan cek bernilai RM12,000 atas nama firma guaman milik mereka tanpa kebenaran di Mahkamah Tinggi di sini semalam.
Saman plaintif, Ahmad Rasydan Abdul Rahman dan Fatimah Nuraidah Abd. Rahman difailkan melalui Tetuan Mohd. Nasir & Mohd. Haizal di hadapan Timbalan Pendaftar, Nariman Badruddin.
Plaintif-plaintif menamakan pelanggan mereka, Noor Zuraini Mohamad Yusoff, 35, sebagai defendan pertama, suami Noor Zuraini, Hasnol Hamid, 36, sebagai defendan kedua dan Maybank cawangan Tanah Merah, defendan ketiga.
Kedua-dua plaintif itu yang juga pasangan suami isteri mendakwa cawangan bank di Tanah Merah itu telah menunaikan cek bernilai RM12,000 atas nama firma guaman mereka, Rasydan & Co dengan memasukkan wang tersebut ke akaun milik Hasnol.

Lelaki mati dalam pangkuan kekasih

JOHOR BAHRU - Hajat seorang lelaki yang mahu mendirikan rumah tangga tidak kesampaian apabila dia ditemui mati dibunuh sehari sebelum majlis pernikahan mereka yang dijadualkan berlangsung di sini semalam.
Sebelum kejadian pada pukul 10.40 malam di rumah kedai di Jalan Dedap 23, Taman Johor Jaya di sini kelmarin, mangsa Indra Asrul, 29, dan tunangnya yang hanya dikenali sebagai Sharina, 26, pergi ke rumah kedai itu dengan menunggang motosikal untuk mengambil barang-barang mereka di situ.
Cerita Sharina, sebaik sampai di situ, dia dan tunang yang sedang menaiki tangga untuk pergi ke bilik yang disewa tiba-tiba diserang oleh tiga warga asing dipercayai warga Myanmar dengan seorang suspek merupakan seorang wanita.
"Tunang saya mulanya ditumbuk di muka oleh ketiga-tiga suspek itu sebelum salah seorang lelaki yang bersenjatakan sebatang besi bertindak menikam perut tunang saya berkali-kali sebelum mereka melarikan diri.
"Saya memangku Indra yang cedera parah namun dia kemudian meninggal dunia dalam pangkuan saya," ceritanya dengan memberitahu Indra terkena lebih empat tikaman di bahagian perutnya.

Maut akibat bisikan misteri


ANAK panah menunjukkan lokasi Fatimah terjatuh dari tingkat lima bangunan di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim pada Sabtu lalu.


TANJUNG MALIM - Seorang pelajar perempuan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang mendakwa diganggu bisikan misteri ditemui maut selepas terjatuh dari tingkat lima bangunan E-Learning, kampus terbabit di sini kelmarin.
Kejadian menimpa Fatimah Mina Md. Juferi, 22, dipercayai atas dorongan suara bisikan misteri yang dialami pelajar terbabit sejak beberapa tahun lepas.
Dalam kejadian pukul 5.40 pagi hingga 6 petang itu, pelajar semester empat Pendidikan Awal Kanak-Kanak (PAKK) itu dijumpai dalam keadaan tertiarap di kaki lima bangunan yang terletak tidak jauh dari Pintu Masuk Timur UPSI.
Seorang rakan sekelas mangsa yang enggan dikenali berkata, Allahyarham Fatimah sebelum ini dilihat mengalami kemurungan kerana mendakwa diganggu makhluk halus.
"Fatimah mengadu bisikan dan gangguan tersebut semakin kerap sejak beberapa bulan lalu," katanya ketika ditemui di UPSI di sini semalam.

Tukang urut dakwa dipukul polis


SUET PENG (kanan) mendakwa dipukul oleh sekumpulan anggota polis di Alor Setar semalam.


ALOR SETAR - Seorang tukang urut wanita mendakwa dipukul sekumpulan anggota polis ketika dalam perjalanan ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar di sini pada 14 April lalu.
Mangsa, Lay Suet Peng, 42, sebelum itu ditahan polis yang membuat serbuan di kedai urut refleksologi di Taman Rakyat di sini kerana disyaki beroperasi tanpa lesen.
Dalam kejadian pada pukul 5.30 petang itu, Suet Peng mendakwa dipukul di tangan, belakang dan kepala menyebabkan dia terpaksa mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini.
Dakwa Suet Peng, seramai sembilan anggota polis termasuk seorang wanita memeriksa tempat kerjanya sebelum menahan mangsa dan seorang lagi pekerja premis itu setelah mendapati ia beroperasi tanpa lesen.
"Saya kerja di kedai urut refleksologi itu sejak dua bulan lalu dan setahu saya ia mempunyai lesen tetapi pemilik premis ini dalam proses menukar nama perniagaan itu," kata Suet Peng di sini semalam.
Menurut wanita itu, ketika dibawa ke IPD Kota Setar, dia cuba melarikan diri kerana berasa curiga dengan kumpulan polis tersebut apabila hanya seorang yang menunjukkan kad polis selain kesemuanya tidak memakai uniform semasa serbuan.

Tempahan Proton Prevé kini lebih 2,800 unit


ORANG RAMAI melihat kereta Proton Prevé di salah sebuah bilik pameran Proton di Kota Bharu, Kelantan baru-baru ini.


KUALA LUMPUR - Proton Holdings Bhd. (Proton) telah menerima lebih daripada 2,800 tempahan untuk kereta global pertama yang baru dilancarkan, Proton Prevé.
Pengarah Urusan Kumpulannya, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkata, syarikat juga akan mula memasarkan kereta tersebut di Indonesia dan Thailand menjelang pertengahan tahun ini.
"Proton Prevé telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan.
"Ramai yang berpuas hati terhadap reka bentuknya dan ini memberikan kami keyakinan bahawa Proton Prevé dapat menembusi pasaran domestik dan ia juga bakal berada dalam pasaran luar negara menjelang pertengahan tahun ini," katanya.

Ramai golongan kaya Iran beli kereta mewah

SEBUAH kereta Mercedes-Benz melalui sebatang jalan raya di Teheran semalam.


TEHERAN - Golongan kaya di Iran masih mampu membeli kereta mewah walaupun terdapat sekatan yang menjejaskan ekonomi negara ini.
Menurut beberapa laporan semalam, golongan kaya itu sanggup untuk membeli kereta mewah sehingga AS$360,000 (RM1.104 juta).
"Para pembeli membeli kereta-kereta itu yang pada kebiasaannya berharga dua hingga tiga kali lebih tinggi berbanding di negara asing," kata seorang jurujual di sini.
Sebuah akhbar yang memetik satu perangkaan rasmi kastam menyatakan, sebanyak 563 buah kereta Porsche pelbagai model telah dijual di Iran sehingga Mac 2012.
Sasaran Porsche adalah untuk menjual 800 kereta di negara ini.
Sebelum ini pasaran kereta mewah negara itu dikuasai BMW dan Mercedes-Benz.
Maserati yang merupakan pengeluar kereta mewah dan dimilik Fiat turut meminati pasaran di Iran.
Ia akan membuka bilik pamerannya dalam tempoh beberapa minggu lagi.
Kereta Porsche dijual di negara ini pada harga antara AS$110,000 (RM337,369) hingga AS$360,000.
Buat masa ini, terdapat kira-kira 14 juta kenderaan di jalan-jalan raya di Iran lebih dua kali ganda daripada tahun 2005.
Iran mengalami pelbagai sekatan ekonomi oleh Barat ekoran ia melaksanakan program nuklear.
Negara-negara Barat bimbang negara ini akan mengeluarkan senjata nuklear.
Namun, Iran menegaskan bahawa ia menggunakan nuklear untuk tujuan keamanan dan bukan ketenteraan. - Agensi

Ketam berwarna ungu ditemui


SALAH seekor daripada empat spesies baharu ketam yang berwarna ungu yang ditemui di Kepulauan Palawan, Filipina.


MANILA - Empat spesies baharu ketam yang berwarna ungu ditemui di kawasan terpencil di Kepulauan Palawan, Filipina, menurut kajian yang disiarkan dalam buletin The Raffles Bulletin of Zoology.
Ketam itu ditemui oleh satu pasukan yang diketuai oleh penyelidik Hendrik Freitag dari Muzium Zoologi Senckenberg, Jerman.
Menurut kajian yang disiarkan buletin itu, ketam tersebut bersembunyi dalam lubang tanah di tepi sungai.
Ia kerap dijumpai di bawah batu dan akar pokok.
Sekumpulan saintis mula melakukan penyelidikan tentang ketam di kawasan yang sama pada tahun 1980-an. - AFP

No comments:

Post a Comment