Monday, April 23, 2012

RASUAH..SEX...TIBAI DUIT...KEMISKINAN...ROMPAK...KEMALANGAN HIDANGAN BIASA DIDADA2 AKHBAR....NI MERUPAKAN BALA DARI ALLAH KERANA INGKAR PERINTAHNYA....

Shafie Apdal nafi bayar wang kepada Zahida

ZAHIDA


KUALA LUMPUR - Setelah menjadi sasaran di blog-blog hiburan tanah air, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal semalam tampil untuk menafikan dakwaan bahawa beliau telah membayar sejumlah wang yang banyak kepada seorang selebriti, Zahida Mohamed Rafik.
Shafie dalam satu kenyataan tiga perenggan semalam menegaskan, laporan polis mengenai perkara itu yang dibuat oleh Noor Azman Azemi yang mendakwa dirinya bekerja sebagai pemandu dengan menteri itu bertarikh 13 Mac 2012 adalah tidak benar.
Menurut beliau, semua yang tertera dalam laporan polis berkenaan adalah tidak benar sama sekali.
"Kenyataan-kenyataan iringan oleh individu lain yang menyebarkan salinan laporan polis berkenaan adalah berniat jahat dan berunsur politik semata-mata," kata Shafie.
Pelajar Upsi murung sebelum maut jatuh bangunan
NOR ‘ASYIKIN MAT HAYIN
23 April 2012
Noralis (kanan) menyiram air di kubur Fatima Mina dan ditemani Munira.
MUAR – “Kebelakangan ini arwah kelihatan murung dan suka menyendiri,” kata Noralis Mohamad, 22, rakan sekelas Fatima Mina Md Juferi, 22, iaitu pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi) yang terbunuh selepas dikatakan terjatuh dari tingkat lima sebuah bangunan di universiti terbabit petang kelmarin.
Menurutnya, dia tidak mengetahui punca arwah murung dan dilihat sudah berlarutan sejak beberapa semester.
 
“Arwah juga menjadi semakin pendiam apabila masuk semester empat dan pernah bertanya kepada arwah tentang masalah yang dihadapinya, tetapi dia hanya membisu sahaja.
 
“Semasa tahun pertama pengajian dia kelihatan ceria seperti pelajar lain dan difahamkan masalah yang dihadapinya berkaitan keluarga,” katanya ketika ditemui di rumah keluarga mangsa di Kampung Jeram Bukit Batu, Bakri, di sini, semalam.
 
Seorang lagi rakannya, Munira Mamud, 21, berkata, rakaman melalui kamera litar tertutup (CCTV) di Upsi menunjukkan arwah memasuki lif ke tingkat lima blok bangunan kuliah pada kira-kira jam 5.15 petang kelmarin secara bersendirian.
 
Menurutnya, insiden itu turut disedari seorang pelajar yang kebetulan­ sedang menghadapi peperiksaan di dalam dewan di situ dan mahu ke tandas lalu terlihat satu objek melayang dan jatuh ke atas ruang pejalan kaki.
 
“Pelajart terbabit memaklumkan kepada pensyarah yang kemudian menghubungi ambulans.
 
“Beberapa pelajar yang berada di lokasi sempat mengajar mengucap ketika arwah masih bernafas,” katanya.
 
Munira berkata, Fatima Mina juga menunjukkan perubahan ketara beberapa hari sebelum kejadian seperti tidak mempedulikan orang yang bercakap dengannya.
 
Sementara itu, bapa saudara mangsa Iskandar Ali, 40-an, berkata, anak saudaranya tidak menunjukkan sebarang perubahan ketika kali terakhir mereka bertemu dua minggu lalu.
 
“Arwah seorang yang rapat dengan adik-beradiknya yang lain,” katanya.
 
Anak kedua daripada empat beradik itu merupakan penuntut semester empat Sarjana Muda Pendidikan Awal Kanak-Kanak selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bakri Batu 6, tengah hari semalam.

Along ugut mahu culik



JOHOR BAHRU: “Sekumpulan along mengugut hendak menculik saya sekiranya gagal melangsaikan hutang RM17,000 dalam tempoh terdekat sedangkan baki dalam akaun bank tinggal RM1,” kata mangsa along yang mahu dikenali sebagai Nana, 31, di sini, semalam.
Menurut Nana, dia kini hidup ketakutan dan merayu bantuan mana-mana pihak kerana setiap hari, dia menerima sekurang-kurangnya 20 panggilan serta SMS daripada kumpulan along terbabit.

Nana berkata, dia bimbang along terbabit menceroboh rumahnya di Skudai selain mengancam keselamatannya serta adik perempuan berusia 23 tahun yang tinggal bersamanya.
“Semuanya bermula sebulan lalu apabila saya meminjam RM1,000 daripada seorang along untuk memulakan perniagaan.

“Bagaimanapun, saya terperangkap dengan kadar bunga tinggi sebelum terpaksa meminjam daripada beberapa along lain di bandar raya ini dan kini jumlahnya mencecah RM17,000,” katanya.

Menurut Nana, dia membuat pinjaman untuk dijadikan modal mengambil alih perniagaan makanan rakannya.

Nana yang bimbang dengan keselamatannya membuat tiga laporan di Balai Polis Nusajaya, Sentral dan Skudai masing-masing pada 20 April, 13 April serta 18 April lalu.

Sementara itu, jurucakap polis Skudai ketika dihubungi mengesahkan laporan Nana.

Ibu lari dihalang kahwin

Oleh Mary Victoria Dass
maryvictoria@hmetro.com.my

JOHOR BAHRU: Seorang ibu tunggal yang menghilangkan diri dari rumahnya di Taman Ungku Tun Aminah (TUTA) di sini, sejak 4 Mac lalu, dikatakan berbuat demikian kerana dihalang daripada berkahwin lagi oleh anaknya.
Anak wanita itu, V Sritharan, 17, berkata, ibunya, G Amirtham, 43, meluahkan hasrat berkahwin beberapa hari sebelum menghilangkan diri.

“Saya baru pulang dari pusat membeli-belah dan mendapati ibu tiada, manakala beberapa helai pakaiannya juga dibawa bersama.

“Saya berusaha mengesan ibu di kawasan sekitar selain mendapatkan bantuan daripada keluarga namun ibu gagal ditemui,” katanya, di sini, semalam.


Menurut Sritharan, bapa mereka, S Viswanathan, 40-an, meninggal dunia Ogos lalu dan beberapa bulan kemudian, Amirtham berkenalan dengan seorang lelaki.

Sritharan berkata, ibunya meluahkan hasrat berkahwin lagi namun mendapat tentangan keras.
Pemilik restoran maut tertikam pisau ketika tergelincir

23 April 2012
SANDAKAN - Seorang pemilik restoran maut selepas tertikam diri sendiri dengan sebilah pisau ketika tergelincir di dapur restorannya di Taman Yeng Seng, dekat sini hari ini.

Cynthia Tan Kian Hoon, 41, merupakan ibu kepada dua anak dari Taman Villa Permai, Jalan Sibuga di sini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Sandakan Supt Fadzil Mohd Ali berkata insiden berlaku kira-kira pukul 6.20 pagi ketika mangsa, pemilik Restoran Hello memulakan kerja memotong sayur dan bawang menggunakan sebilah pisau sepanjang enam inci.

Ketika berjalan di kawasan dapur restoran itu, mangsa tiba-tiba tergelincir lalu jatuh ke lantai menyebabkan pisau yang dipegangnya tertikam dirusuk sebelah kanan, katanya.

Fadzil berkata kejadian disedari adik lelaki mangsa dan seorang pekerja lelaki berada di depan selepas terdengar jeritan mangsa.
  
Beliau berkata mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan dari Hospital Duchess of Kent, yang dikejarkan ke restoran terbabit.

Fadzil berkata hasil bedah siasat mengesahkan mangsa maut selepas pembuluh utama darah dalam badan terputus akibat terkena benda tajam.

Katanya polis tidak mengesyaki kes itu berunsur jenayah dan menyiasatnya mengikut Seksyen 329(i)(b) Kanun Prosedur Jenayah.- Bernama
Budak lelaki bunuh bapa kerana PlayStation
Wartawan Sinar Harian
23 April 2012
RIYADH - Seorang budak lelaki berumur empat tahun di selatan Jizan, Arab Saudi, bertindak menembak bapanya selepas permintaannya untuk mendapatkan set permainan video PlayStation tidak dipenuhi, semalam.
Menurut polis, mangsa mengalami kecederaan di bahagian kepala akibat terkena tembakan.
Difahamkan, kejadian berlaku di rumah mangsa selepas dia menanggalkan senjata api daripada pakaiannya sebelum anak lelakinya mencapai dan menembak dari jarak dekat.

ESQ akur rungutan bekas peserta

MUSTAFA bersama ahli-ahli panel syariah Emotional and Spiritual Quotient Leadership Training pada sidang akhbar di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Syarikat pengendalian program motivasi Emotional and Spiritual Quotient (ESQ) Leadership Training bersetuju mengubah keseluruhan istilah yang digunakan ke atas modul latihan ESQ 165.
Pengerusi Panel Syariah ESQ, Datuk Mustafa Abdul Rahman berkata, pengubahsuaian itu dilaksanakan bagi mengelakkan keraguan orang ramai berhubung istilah yang digunakan sepanjang mengikuti program tersebut.
“Timbul beberapa keraguan istilah digunakan ketika sesi program motivasi dan kandungan di dalam buku. Benda itu tidak dikatakan salah tetapi kita ubah supaya makna yang ingin disampaikan jelas,” katanya.

Jaksa Pendamai dituduh rasuah

BAHARUN UDA ketika keluar dari Mahkamah Sesyen, Ipoh semalam.


IPOH - Seorang ahli Jaksa Pendamai dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini semalam atas tuduhan memberi rasuah kepada Penolong Pegawai Daerah Kinta pada Julai tahun lalu.
Baharun Uda Mat Jali, 66, yang juga seorang kontraktor dituduh melakukan kesalahan tersebut di Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Kinta, Batu Gajah dekat sini pada pukul 11 pagi, 20 Julai 2011.
Berdasarkan fakta kes, tertuduh yang berasal dari Kampung Tersusun Jalan Gopeng, Batu Gajah telah memberi suapan sebanyak RM500 kepada Penolong Pegawai Daerah (Tanah) Kinta, Amir Fadli Mohamed Helmi.
Perbuatan rasuah itu dilakukan tertuduh di bilik pejabat Amir Fadli yang terletak di Unit Teknikal dan Penguatkuasaan, PDT Kinta.
Ia sebagai dorongan agar Amir Fadli memberi kelulusan permohonan menukar kawasan pemindahan pasir oleh Baharun dengan hanya menggunakan permit 4C yang telah luput.

'Ulat' jam tiruan dapat RM20,000 sebulan


KEBANYAKAN 'ulat' jam tiruan menjadikan pelancong Arab sebagai mangsa di Bukit Bintang, Kuala Lumpur.


KUALA LUMPUR – Pulangan lumayan sehingga mencecah RM20,000 sebulan menyebabkan semakin ramai ‘ulat’ jam tiruan bermaharajalela di Bukit Bintang di sini sejak kebelakangan ini.
Tinjauan mendapati kehadiran kira-kira 20 daripada mereka yang dipercayai orang Sabah dan warga Filipina itu mencemari kawasan segi tiga emas negara yang menjadi tumpuan ramai pelancong luar negara.
‘Ulat-ulat’ tersebut gemar mendekati pelancong terutama mereka dari negara Asia Barat yang dikatakan mudah terpedaya dengan taktik mereka.

Keputusan DNA Sri Wani tangguh

KUALA LUMPUR - Bekas dekan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang mengesyaki isteri ketiganya seorang lelaki terpaksa menunggu sehingga 19 Jun depan untuk mendapatkan keputusan berhubung perintah menjalani ujian asid deoksiribonukleik (DNA) bagi mengesahkan jantina Sri Wani Choo Abdullah.
Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah, Nurul Wazeera Ahmad Dahlan menetapkan tarikh tersebut di kamarnya semalam di hadapan Sri Wani, 37, dan peguam yang baru dilantik, Boestamam Ahmad.
Hakim Syarie Abdul Walid Abu Hassan yang mendengar kes itu sepatutnya membuat keputusan terhadap permohonan Profesor Dr. Bahrom Sanugi, 61, namun prosiding ditangguhkan kerana dia mempunyai urusan rasmi di Labuan, Sabah.
Namun peguam syarie, Muhammad Hafiz Ab. Rashid yang mewakili pemohon dalam kes permohonan faraq ini tidak hadir begitu juga anak guamnya selepas dimaklumkan terlebih dahulu akan penangguhan tersebut.
Sri Wani yang ditemui media selepas penetapan tarikh tersebut berkata, dia hanya menyerahkan segala-galanya kepada peguam yang dilantik.
Pengusaha butik kecantikan itu mengahwini Bahrom, mantan Dekan Fakulti Penyelidikan dan Inovasi USIM di Songkhla, Thailand pada 19 Ogos 2009.

21 motosikal hangus dibakar


SEBAHAGIAN motosikal yang hangus dibakar di Flat Seri Selangor, Jalan San Peng, Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Penghuni Flat Seri Selangor di Jalan San Peng di sini gempar apabila 21 buah motosikal yang diletakkan di tempat letak kenderaan flat itu terbakar dipercayai akibat perbuatan khianat pada awal pagi semalam.
Dalam kejadian pada pukul 1.20 pagi itu, dua buah rumah di tingkat dua dan tiga di blok tersebut turut terkena kesan kebakaran apabila api yang marak menjulang sehingga sampai ke bahagian balkoni dua buah rumah tersebut.
Bagaimanapun, tiada yang cedera dalam kejadian itu.
Seorang penduduk, Mohd. Riduan Azwan Shah berkata, dia menyedari kebakaran itu selepas dimaklumkan oleh seorang jiran yang melihat api.
“Sebaik datang (ke tempat letak motosikal) saya mendapati motosikal saya telah terbakar dan tidak dapat diselamatkan lagi,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini semalam.

Hairan kereta tak lulus ujian


KIRI: MOKTHAR menunjukkan nombor enjin yang didakwa diketuk semula menyebabkan kereta tersebut gagal dalam ujian pemeriksaan Puspakom di Shah Alam kelmarin.


SHAH ALAM – Seorang ahli perniagaan meluahkan rasa tidak puas hati terhadap Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) di Seksyen 28 di sini apabila kereta Proton Wira miliknya didapati gagal melepasi pemeriksaan khas.
Ahli perniagaan itu, Mokthar Endan, 54, mendakwa, berdasarkan laporan Puspakom, kegagalan itu disebabkan nombor enjin kereta tersebut telah diketuk semula dan tidak mengikut spesifikasi ditetapkan oleh syarikat pengeluar kenderaan tersebut.
Bagaimanapun, tegasnya, sejak kenderaan itu dibeli daripada seorang rakannya pada tahun lalu untuk kegunaan harian anaknya, dia tidak pernah mengetuk atau menukar enjin sehingga pemeriksaan Puspakom dijalankan semula, Khamis lalu.
“Ketika membeli kereta ini, saya juga telah melakukan pemeriksaan Puspakom untuk proses tukar hak milik dan hasil ujian adalah lulus pada enjin yang sama.
“Namun, hasil ujian kali ini amat mengecewakan, malah Puspakom tuduh saya mengetuk semula nombor enjin asal pada enjin baharu yang mungkin dicuri bagi menutup kesalahan dan semua tuduhan ini amat berat,” katanya kepada Kosmo! di sini semalam.

Bergelandangan di rumah sendiri


ARIFFIN (kiri) melawat rumah Zamri yang usang di Kota Bharu semalam.


KOTA BHARU – Sekali pandang, kehidupan dua beradik di Kampung Binjai, Kubang Kerian di sini, tidak ubah seperti ‘gelandangan’ yang tinggal merempat di rumah kosong atau terbengkalai tanpa penghuni namun hakikatnya itulah rumah mereka sendiri.
Seandainya rumah sering dianggap sebagai tempat untuk berteduh dari cuaca panas dan hujan, rumah usang yang didiami Zamri Abdul Rahman, 37, dan adiknya, Ismail, 27, tidak mampu pun menghindar terik mentari dan tempias.
Dengan bumbung yang bocor di sana-sini dan sebahagian dinding terlopong kerana terpaksa dirobohkan kerana dimakan anai-anai, dua beradik itu masih tegar menghuni rumah itu walau hanya ditemani cahaya lilin bagi menggantikan cahaya lampu pada malam hari.
Zamri yang hanya bekerja sebagai buruh binaan dengan pendapatan antara RM15 hingga RM30 sehari tidak mampu untuk membaiki rumah keluarganya itu manakala adiknya pula tidak bekerja.
“Kami tinggal dalam rumah yang macam ini sejak lima tahun lalu. Ibu bapa dan lapan adik-beradik yang lain berhijrah ke Kuala Krai 10 tahun lalu kerana ibu bapa saya mendapat kerja sebagai penoreh getah di sana. Saya dan adik diajak ikut bersama tapi kami memilih untuk terus berada di rumah ini kerana sudah biasa di sini.
“Kemudian, setelah mereka berhijrah, rumah usang ini yang didiami keluarga kami sejak berpuluh-puluh tahun lalu semakin teruk keadaannya terutama apabila sebahagian dinding terpaksa dirobohkan kerana serangan anai-anai,” ceritanya kepada Kosmo! ketika ditemui di sini semalam.

Bola hanyut dari Jepun ke Alaska


BAXTER (kiri) memegang bola sepak manakala isterinya menunjukkan bola tampar yang hanyut dari Jepun.


TOKYO - Seorang pelajar sekolah di sini, Misaki Murakami akan mendapat kembali sebiji bolanya yang dihanyutkan ke Alaska selepas bencana tsunami melanda Jepun pada Mac tahun lalu.
Murakami, 16, kehilangan rumah dan semua barangan di dalam kediamannya semasa ombak besar menghancurkan kampung Rikuzentakata di timur laut Jepun.
Pemilik bola itu diketahui kerana terdapat contengan mesej 'semoga berjaya' oleh bekas rakan sekolahnya.
Pentadbiran Lautan dan Atmosfera Negara (NOAA) Amerika Syarikat menyatakan seorang lelaki, David Baxter, 51, menemui bola itu.
Ia ditemui di sebuah pantai di Pulau Middleton pada Mac tahun lalu.
"Nama sebuah sekolah tertera pada bola itu dan isteri lelaki itu mampu menterjemah tulisan tersebut bagi mengesan sekolah berkenaan," kata NOAA.
Isteri Baxter ialah wanita berketurunan Jepun.
Perjalanan bola itu mendapat liputan meluas di Jepun.
"Saya bersyukur kerana ketika ini saya tidak menemui sebarang barang yang pernah menjadi milik saya," katanya kepada stesen penyiaran TBS kelmarin.
Baxter turut menemui sebiji bola tampar dengan tulisan Jepun menyebabkan media Jepun berusaha untuk mencari pemiliknya. - AFP

No comments:

Post a Comment