Tuesday, September 11, 2012

APA SAJA BENTUK PENGLIBATAN TENTANG ARAK MEMANG DILARANG OLEH SYARAK...

‘Saya Hanya Buat Persembahan, Tak Terlibat Promosi Jenama Arak’

Posted on the September 12th, 2012 under Tempatan by admin
KUALA LUMPUR – Mengakui mengetahui persembahan yang bakal dijayakan mendapat penajaan dari syarikat minum keras, penyanyi Mizz Nina memberitahu dia berasa pelik mengapa baru sekarang isu seperti ini dibangkitkan oleh segelintir pihak sekarang.
“Persembahan yang akan berlangsung pada 28 September itu hanyalah pra persembahan saja. Ini adalah tahun ketiga saya terlibat dengan persembahan ini.
“Untuk majlis itu, saya hanya dijemput untuk mengadakan persembahan saja. Tidak lebih dari itu. Pada persembahan sebelum ini, saya pernah meminta kepada pihak penganjur supaya tidak menghidangkan arak dalam persembahan saya.


“Apa yang saya boleh katakan, saya hanya pergi untuk buat persembahan dan tidak pernah melibatkan diri dengan sebarang promosi yang berkaitan dengan jenama arak itu,” katanya ketika dihubungi murai.com.my.
Dalam pada itu, Mizz Nina beranggapan berkemungkinan isu ini bangkit selepas dia kini sah bergelar isteri kepada Noh Hujan.
“Saya memang tahu gambar saya ada digunakan dalam poster itu. Tapi, kenapa baru tahun ini isu ini dipersoalkan. Kalau boleh saya tidak mahu membesarkan hal ini. Mungkin isu ini dibangkitkan segelintir peminat disebabkan saya sudah berkahwin. Sejujurnya, saya sudah melibatkan diri sebagai artis undangan dari tahun 2010 dan 2011 lagi.
“Sekali lagi saya tegaskan, saya hanya datang untuk buat persembahan saja. Lagipun, keluarga saya mengetahui dan bersetuju dengan penglibatan saya,” jelasnya. (Murai.com.my)


Ayu Raudhah Anggap Rita Rudaini Bersikap Melampau?

Posted on the September 12th, 2012 under Artis by admin
KUALA LUMPUR: Pelakon Ayu Raudah menyifatkan Rita Rudaini yang membuat tuduhan kandungannya gugur pada tahun lalu adalah satu balasan Tuhan sebagai perbuatan yang melampau dan amat kasar.
Malah Ayu, 27, berkata, tuduhan melalui entri Twitter Rita itu juga telah menyebabkan orang ramai menganggap dia mengalami keguguran kali kedua sedangkan kandungannya sekarang yang berusia dua bulan berada dalam keadaan sihat dan selamat.
“Saya tak faham kenapa dia (Rita) masih lagi beria-ia nak menghentam saya. Walaupun entri tersebut tidak meyebut nama, tapi rasanya semua orang tau dia tujukan luahan itu kepada saya.


“Tambahan pula ia telah mengelirukan sesetengah orang yang anggap saya telah keguguran sekali lagi,” katanya.
Bagaimanapun tambah Ayu, dia tidak berasa tertekan dengan pelbagai tohmahan yang dilemparkan padanya, cuma masih tertanya-tanya apakah punca Rita terlalu bencikan dirinya sedangkan mereka tidak pernah berjumpa.
Sementara itu, bercerita mengenai kandungannya, Ayu begitu teruja dengan cahaya mata sulung yang dikandung malah tidak sabar mahu menunggu kelahiran bayi itu.
Ayu memberitahu dia lebih berjaga-jaga daripada segi penjagaan diri agak kejadian dia keguguran tahun lalu tidak berulang lagi.
“Saya memang teruja dengan kehadiran bayi ini. Lebih seronok lagi apabila saya mendapat perhatian lebih daripada suami (Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak).
“Terasa macam permaisuri pula kerana saya tidak dibenarkan melakukan sebarang kerja rumah walaupun hanya mahu sapu sampah. Doktor tidak membenarkan saya membuat apa-apa pun.
“Seronok juga, kerana inilah masanya untuk kita berhat sebaik-baiknya, cuma kadang-kala saya berasa sedikit bosan kerana tidak tahu nak buat apa,” selorohnya.
Dalam perkembangan lain, Ayu bakal muncul di layar perak menerusi filem Untuk Tiga Hari yang akan ditayangkan pada 20 September ini.
Kemelut Ayu dan Rita berlaku apabila Ayu dikatakan menjadi penyebab kepada keretakan rumah tangga yang dibina Rita bersama kembar kepada Zaquan Adha iaitu Aidil Zafuan
mStar
Mayat dalam rumah kosong
AZMAN CHE MAN
12 September 2012
Dzulkifli Ab Ghani
Mayat Abdul Rahman ditemui terbaring dalam bilik di sebuah rumah kosong dibawa anggota polis untuk dihantar ke hospital di Guchil 3, Kuala Krai, semalam.
KUALA KRAI - Rutin kerja seorang tukang rumah, Mazlan Mustafa menjadi igauan ngeri apabila dia menemui mayat seorang lelaki dalam bilik sebuah rumah kosong di Guchil 3, dekat sini, semalam.
Mazlan, 32, yang bekerja membaiki kediaman bersebelahan rumah kosong itu berkata, mayat dalam keadaan terbaring itu ditemui ketika dia masuk untuk mengambil peralatan kerjanya di bilik berkenaan, jam 9.30 pagi.
“Masa masuk bilik untuk ambil alatan kerja, saya nampak dia terbaring di tempat tidur dan mulanya tidak syak apa-apa kerana sebelum ini, saya pernah tengok dia tidur di situ.
“Bila rasa ada tak kena, saya masuk jenguk sekali lagi dan dia masih tidak bergerak, jadi saya terus minta tolong kawan supaya masuk tengok, baru tahu dia sudah mati,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.
Mazlan berkata, ketika ditemui, kedua-dua tangan lelaki itu berada di atas perut dan kakinya dalam keadaan bengkok manakala matanya separuh terbuka.
“Saya tidak tahu bila dia mati kerana semalam (kelmarin), kami tak nampak dia. Lagi pun, kami baru empat hari buat kerja baiki rumah di sini,” katanya.
Menurut Mazlan, dia pernah beberapa kali terserempak dengan lelaki itu sejak memulakan kerja membaiki kediaman bersebelahan rumah kosong itu, Sabtu lalu.
“Kali terakhir saya nampak lelaki ini petang, dua hari lalu, selepas tuan rumah yang kami baiki minta tolong hantar dia ke klinik kerana tidak sihat,” katanya.
Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah, Asisten Superintendan Dzulkifli Ab Ghani mengesahkan menerima laporan mengenai penemuan mayat berkenaan.
Katanya, mayat Abdul Rahman Abdul Aziz, 42, dan memegang kad pengenalan beralamat di Kampung Pertanian, Masai, Johor ditemui pekerja kontrak yang melakukan kerja di kediaman bersebelahan rumah kosong itu.
“Mayat dihantar ke Hospital Kuala Krai (HKK) untuk bedah siasat bagi mengetahui masa dan punca kematian,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.
Dalam pada itu, difahamkan, lelaki terbabit dan beberapa rakannya dipercayai penagih dadah menjadikan rumah kosong itu sebagai ‘port’ untuk melepaskan gian.
Dua hari lalu, Abdul Rahman juga dikatakan mengeluh, dia mungkin akan mati selepas seorang kawan baiknya, juga dipercayai penagih dadah meninggal dunia beberapa hari sebelum itu.
Terkejut jumpa mayat isteri
Wartawan Sinar Harian
12 September 2012
Ghuzlan Saleh
Mayat mangsa ditemui terbaring di atas lantai rumahnya.
KULIM - Seorang suri rumah warga Thailand ditemui mati di ruang tamu rumahnya dalam kejadian di Taman Kenari dekat sini kira-kira jam 11.15 malam kelmarin.
Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, sebelum kejadian, suami mangsa sedang tidur bersama anak perempuan mereka berusia enam tahun di sebuah bilik di rumah berkenaan.
Menurutnya, menyedari mangsa tidak ada bersama mereka, suaminya bangun dan mencari mangsa yang berusia 32 tahun.
"Suaminya terkejut apabila menemui mangsa yang sudah tidak bernyawa di ruang tamu rumah mereka sebelum cuba memberi bantuan rawatan kecemasan kepada mangsa.
"Suami mangsa kemudiannya menghubungi Hospital Kulim untuk mendapatkan bantuan kecemasan bagaimanapun kakitangan ambulans yang tiba di tempat kejadian mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia," katanya kepada Sinar Harian.
Ghuzlan berkata, ketika kakitangan ambulans tiba di tempat kejadian, suami mangsa sedang melakukan rawatan kecemasan terhadap mangsa.
Katanya, bagaimanapun rawatan kecemasan yang diberikan terhadap mangsa tidak berjaya dan mangsa dipercayai sudah meninggal dunia.
"Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Kulim untuk bedah siasat.
"Memandangkan polis tidak menemui sebarang perlakuan jenayah terhadap mayat mangsa, kes ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya.
Dua maut kemalangan babit tiga kenderaan
ALAUDIN MA
12 September 2012
Dua maut kemalangan babit tiga kenderaan
Kereta sewa dipandu Abdullah remuk teruk.
GUA MUSANG - Dua pemandu maut dalam kemalangan jalan raya, membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 7.9 Jalan Gua Musang-Kuala Krai berhampiran Kem Semor, dekat sini, pagi semalam.

Mangsa yang maut itu dikenali pemandu kereta sewa, Abdullah Abdul Ghani, 64, berasal dari Tanah Rancangan Fela Chiku 1 dan Che Zamri Che Long, 40, berasal dari Kampung Beta Pohon Buluh, Pasir Mas, manakala seorang lagi berusia 20-an tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kejadian itu berlaku kira-kira jam 10.30 pagi, ketika Abdullah dalam perjalanan dari rumahnya ke Bandar Gua Musang, manakala Che Zamri dari Gua Musang menghala ke Kuala Krai.

Kereta Proton Wira dipandu Che Zamri dipercayai pecah tayar depan, sebelum terbabas memasuki laluan bertentangan lalu bertembung dengan kereta sewa dipandu Abdullah.

Dalam keadaan kelam-kabut itu, sebuah kereta lagi yang datang dari arah Gua Musang ke Kuala Krai merempuh belakang kereta Che Zamri menyebabkan kereta mangsa terputus dua.

Abdullah yang mengalami kecederaan parah dan tersepit dalam kereta sewanya meninggal dunia di tempat kejadian, manakala Che Zamri yang tercampak dalam longkang selepas kereta dipandunya terputus dua meninggal dunia di Hospital Gua Musang (HGM).

Anak Abdullah, Haslan, 25, berkata, sebelum itu dia berhasrat untuk bersama ayahnya keluar ke bandar Gua Musang bagi membaiki mesin rumput yang rosak.

Dia berkata, bagaimanapun arwah ayah melarang ikut bersama ke bandar bagi tujuan itu, dan menyuruhnya menjaga ibu yang sakit di rumah selepas dibawa menerima rawatan di Pusat Kesihatan Besar Bandar Chiku.

“Saya tidak sangka larangan ayah agar dia  tidak ikut bersama ke bandar Gua Musang merupakan larangan terakhir sebelum kejadian itu dan saya sedih bila teringat kata-kata ayah itu.

“Bagaimanapun, saya terima takdir Tuhan kerana hilang orang tersayang,” katanya.

Haslan berkata, keadaan arwah juga berlainan sebelum bertolak ke bandar Gua Musang hingga tidak mahu lagi naik ke rumah, dan terus memandu kereta sewa bersendirian.

“Saya yang menerima panggilan mengenai kejadian itu terus bergegas ke tempat kejadian dan sedih melihat kenderaan yang dipandu arwah remuk teruk,” katanya.
Terkejut temui tiga peluru
Wartawan Sinar Harian
12 September 2012
Terkejut temui tiga peluru
Zaquan menunjukkan kesan peluru yang terkena pada kereta yang diletakkan di hadapan rumah adiknya.
PONTIAN- Seorang suri rumah di Kampung Permatang Duku, di sini, terkejut apabila mendapati kereta yang diletakkan di hadapan rumahnya berlubang di bahagian pintu dan cermin belakangnya pecah.

Roziwati Aspuri, 33, berkata, beliau turut menemui tiga butir peluru di dalam keretanya itu, selepas menyedari kejadian terbabit pada Ahad lalu.

“Saya amat terkejut apabila menemui peluru di dalam kereta dan cermin belakang yang pecah.

“Saya terus memanggil suami dan abang. Pada waktu itu kami mula bimbang jika ada sesuatu yang tidak elok berlaku” katanya.

Jelasnya, sebelum menyedari keretanya berlubang pada tengah hari itu, dia bersama tiga anaknya dan anak saudara sedang berada di dalam rumah.

“Saya ada dengar bunyi macam mercun dan mula berasa pelik apabila bunyi  itu terlalu lama. Namun saya tidak mengendahkannya kerana menganggap ia sebagai sesuatu yang biasa lebih-lebih lagi masih dalam bulan Syawal,” katanya.

Menurutnya, dia bersama suami,  Zainol Akmal Md Akil, 35, dan abangnya, Zaquan Aspuri, 42, segera membuat laporan polis di Balai Polis Benut mengenai kejadian tersebut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pontian, Superintenden Zahaliman Jamin mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian tersebut.

Menurutnya, hasil pemeriksaan polis mendapati sebanyak enam lubang dan dua kesan lekuk ditemui pada pintu depan dan belakang serta cermin belakang kereta jenis Perodua Kenari milik mangsa akibat terkena peluru sesat terbabit.

“Siasatan turut dibantu anggota dari cawangan Amra (senjata api),” katanya ketika ditemui Sinar Harian di Ibu Pejabat Polis Daerah Pontian, di sini, semalam.

Zahaliman berkata, pada sebelah petang hari kejadian, seorang lelaki telah menyerah diri di Balai Polis Benut untuk disiasat.

“Lelaki yang menyerah diri di Balai Polis Benut  itu membawa bersama senjata api yang digunakan iaitu senapang patah laras kembar," katanya.

Katanya lagi, hasil siasatan mendapati lelaki berkenaan mempunyai lesen memiliki senjata itu dipercayai sedang cuba menembak anjing liar yang kebetulan lalu di kawasan rumah mangsa bersebelahan dengan kebun kelapa sawit.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 39 (B) Akta Senjata Api 1960 dan polis percaya kes tiada unsur jenayah.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan pemilik senjata api berlesen menggunakan senjata api dengan betul dan berhati-hati.
Dihalau selepas tegur sikap suami
Wartawan Sinar Harian
12 September 2012
Dihalau selepas tegur sikap suami
Rohayu (kanan, duduk) bersama Amri, Jahaya (kiri) dan Amiruddin (belakang, kiri) pada penyampaian sumbangan kerusi roda di Kampung Bukit Kledang, semalam.
KOTA – Gara-gara menegur kelakuan suami yang membawa pulang perempuan lain ke rumah pada Ramadan lalu, seorang isteri dimarahi dan dihalau keluar dari rumah.

Susulan tidak mampu lagi memendam rasa dengan sikap suaminya itu, Rohayu Mohd Din, 49, terpaksa kembali menumpang kasih keluarga angkatnya yang menetap di Bukit Kledang, dekat sini sejak sebulan lalu.

Menurutnya, dengan berat hati dia mengendong anaknya yang juga orang kurang upaya (OKU), Mohd Amri Hasan, 13, dengan bantuan anak saudara pulang ke rumah ibu angkatnya, Lijah Husin, 77.

"Sehingga ke hari ini suami tidak menghubungi akak. Sedih rasanya dan akak masih berkira-kira sama ada mahu pulang semula ke Cheras atau tidak, tambahan pula Amri agak sukar untuk bergerak serta perlu didukung.

"Walau bagaimanapun akak terharu dan berterima kasih kepada kepimpinan kampung ini kerana memberikan bantuan kerusi roda bagi memudahkan pergerakan Amri," katanya ketika ditemui pada Program Penyampaian Sumbangan Kerusi Roda Parlimen Rembau di Bukit Kledang, dekat sini semalam.

Sementara itu, Rohayu berkata, anaknya itu lahir dalam keadaan normal dan mula berubah apabila diserang penyakit ketika berusia lapan tahun.

Katanya, walaupun berkeadaan begitu, anaknya tetap juga ke sekolah dan hampir setiap hari dia mendukung anaknya dari tingkat tiga kediaman yang diduduki bagi menghantar anaknya ke sekolah.

"Namun ketika Amri darjah lima, akak sudah tidak larat lagi untuk mengangkat dia ke sekolah akibat penyakit kencing manis dan darah akak yang makin kronik sehingga jari kaki kanan terpaksa dipotong.

"Bagi tujuan perubatan dan perbelanjaan anak, akak bergantung sepenuhnya kepada pendapatan Baitulmal sebanyak RM450. Sementara bagi persekolahan anak, akak mendapat bantuan sebanyak RM1800 setahun," katanya.
Isteri terkejut mayat suami tergantung depan rumah
Wartawan Sinar Harian
11 September 2012
JASIN - Seorang warga emas ditemui mati dalam keadaan tergantung di beranda rumahnya di Kampung Pondok Kempas, Kesang Pajak, petang kelmarin.
Dalam kejadian lebih kurang jam 2.30 petang itu, mangsa berusia 75 tahun ditemui isterinya yang baru pulang ke rumah selepas menghadiri kenduri kesyukuran salah seorang anaknya di Kesang Jaya.
Isteri mangsa berusia 75 tahun berkata, sebelum keluar rumah dia mengajak suaminya yang menghidap asma dan paru-paru berair untuk pergi bersama namun suaminya enggan.
Menurutnya, dia yang tidak mengesyaki apa-apa meninggalkan suaminya seorang diri di rumah.
“Saya ke rumah anak kerana dia mengadakan kenduri kesyukuran kerana akan menunaikan haji tetapi bila pulang ke rumah, saya terkejut lihat suami dalam keadaan tergantung.

"Sebelum kejadian kami tidak ada perselisihan faham. Bagaimanapun, saya reda dengan apa yang berlaku," katanya, semalam.

Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pondok Kempas selepas solat Zuhur, semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Muhd Nur Hishamuddin Hashim mengesahkan kejadian itu dan kes disiasat sebagai mati mengejut.

“Polis menerima panggilan kira-kira jam 3 petang dan mangsa dihantar ke Hospital Jasin untuk dibedah siasat.

"Pihak hospital memaklumkan mangsa mati kerana lemas,” katanya.
Pak Arab kebas RM150
Wartawan Sinar Harian
11 September 2012
Pak Arab kebas RM150
Mangsa kini bimbang didatangi individu tidak dikenali.
ALOR GAJAH - Kedatangan dua pelanggan warga Arab dipercayai sindiket Pak Arab Cepat Tangan untuk membeli 100 helai kertas hanya sekadar penyamaran sebelum melesapkan duit seorang pekerja di sebuah kedai alat tulis di pekan Masjid Tanah, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 6.35 petang itu, mangsa, Siti Khadijah Khalil, 19, berada di dalam kedai berkenaan didatangi suspek lelaki dan wanita berkenaan yang menyatakan mahu membeli 100 helai kertas namun tidak mempunyai duit pertukaran.

Menurut Siti Khadijah, suspek lelaki itu memintanya menunjukkan contoh wang kertas RM50, lantas dia ke belakang kedai untuk mengambil dompet.

“Suspek mengekori saya sementara majikan dan rakan melayan wanita terbabit di kaunter pembayaran. Sebaik saya mengeluarkan RM50, lelaki itu terus mencapainya dari tangan saya sambil membelek.

“Kemudian lelaki terbabit terus merampas dompet saya dan mengeluarkan kesemua wang,” katanya.

Katanya, dia yang terkejut terus menarik dompet itu sebelum lelaki itu merampasnya semula dan membelek setiap helaian wang kononnya mahu melihat nombor siri.

“Disebabkan takut, saya terus mendapatkan majikan di kaunter pembayaran. Sejurus tiba di kaunter, lelaki itu turut memasuki ruangan kaunter dan menarik sekali lagi dompet pada tangan saya,” katanya.

Menurutnya, dia yang takut diapa-apakan terpaksa membiarkan sahaja sebelum lelaki itu memasukkan sehelai kertas resit pembayaran.

“Menurut lelaki itu, dia akan datang semula ke kedai ini pada hari Isnin (semalam) sebelum beredar menaiki kereta Proton Wira,” katanya.

Siti Khadijah yang berasa tidak sedap hati segera memeriksa dompetnya mendapati wang RM100 dan RM50 hilang tanpa menyedari bila lelaki berkenaan melesapkannya sedangkan dia memerhati pergerakan lelaki itu.

“Saya berasa seperti dipukau apabila tidak melawan apa saja tindakan lelaki itu, malah saya hanya memerhatinya,” katanya.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin, mengesahkan laporan berhubung kejadian.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 420, orang ramai yang menyaksikan kejadian atau terserempak dengan individu berkenaan diminta menghubungi balai polis cawangan Jenayah Komersil Ibu Pejabat Polis Daerah Alor Gajah  di talian 06-5563222,” katanya.
Penyelam amat kecewa
SARINAH MAT KASIM
12 September 2012
Penyelam amat kecewa
Sauh yang dipercayai dicuri individu tidak bertanggungjawab.
Penyelam amat kecewa
Fatharullah menunjukkan surat yang dihantar kepada jabatan berkaitan bagi mengendalikan penemuan kapal karam tersebut
SEREMBAN – Seorang penyelam bebas yang menjumpai sebuah kapal karam dipercayai berusia 122 tahun kecewa apabila usaha yang dibuat selama ini dianggap tidak dihargai kerajaan Malaysia.

Fatharullah Amin Abd Wahab, 39, berkata, minatnya untuk mengkaji dan mencari khazanah bawah air itu membuahkan hasil apabila berjaya menemui sebuah kapal selam dipercayai milik British pada September 2010 lalu.

Katanya, ketika dia bersama adiknya, Ghairullah Amin, 38, menyelam di Permatang Semarang, Pulau Labuan, Sabah, mereka telah menemui sebuah kapal karam lama di dasar laut tersebut.

Menurutnya, setelah diselidik dan dirujuk kepada pakar arkeologi bawah air, ternyata bangkai kapal karam itu adalah yang terbesar pernah dijumpai di perairan negara dan mempunyai nilai artifak yang sangat penting.

“Sebaik sahaja kami menjumpai kapal karam ini, saya merujuknya kepada Perbadanan Labuan untuk diambil tindakan kerana lokasi tapak penemuan hanya 35 batu nautika dari pesisir pantai Pulau Labuan.

“Bukan itu sahaja, perkara ini juga telah diberitahu kepada Jabatan Warisan Negara, Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar serta Unesco Malaysia, namun sehingga kini masih tiada tanda yang menunjukkan bahawa pihak tersebut mahu membawa kapal berkenaan ke darat," katanya.

Fatharullah Amin berkata, sehinggalah pada 6 April lalu, dia bersama krew kembali menyelam ke tapak tersebut dan mendapati sauh kapal jenis ‘Trotman’ bersama sebahagian rantainya hilang dipercayai dicuri individu tidak bertanggungjawab.

"Saya sangat kecewa dengan kejadian ini kerana sejak penemuan kapal karam berkenaan,  tiada pihak daripada jabatan kerajaan yang sudi membawa naik kapal, bahkan membiarkan sahaja elemen penting kapal karam ini dicuri.

"Sauh adalah bahagian paling penting dan mempunyai nilai tersendiri kerana melaluinya  pakar boleh mengkaji bagaimana kapal tersebut boleh karam," katanya.

Katanya, mengikut rekod, kapal yang dibina syarikat Harland & Wollf Ltd itu adalah kapal kargo yang ketika itu membawa barangan dari Manila menuju ke Perancis, namun karam di tengah laut di Semarang Labuan.

“Bagaimana kejadian berlaku belum dapat dipastikan sehinggalah pakar arkeologi negara kita selesai membuat kajian mengenainya,” katanya.

Menurutnya, kapal setinggi 120.3 meter itu dan dikenali SS Saint Pancras adalah terbesar yang pernah dijumpai di Malaysia.

“Penemuan kapal ini seolah-olah tidak bernilai, sedangkan ia adalah tinggalan sejarah paling berharga.

“Saya merayu kepada pihak bertanggungjawab supaya dapat membantu memelihara penemuan ini agar ianya tidak terhenti begitu sahaja," katanya.

No comments:

Post a Comment