Sunday, September 9, 2012

MENJAGA KEAMANAN...TAPI TERLIBAT DENGAN DADAH DAN SKANDAL BINI ORANG....NI KESAN BILA AGAMA TAK DIUTAMAKAN

Padah potong kiri, penunggang motosikal maut digilis treler
NUR FARHANA ABDUL MANAN
9 September 2012
Inspektor Rasha Azrul Shafii
Mangsa yang digilis di bahagian kepala maut di tempat kejadian.
RAWANG – Tindakan seorang penunggang motosikal memotong sebuah treler di bahagian kiri jalan membawa padah apabila dia maut dalam keadaan tragis dengan isi kepalanya terburai dilanggar kenderaan 18 tayar itu, lewat malam kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam itu, mangsa, warga Pakistan, Zulfiqar Ali dikatakan menunggang motosikal jenis Yamaha Lagenda dari arah Rawang menghala ke Country Homes.
Sumber berkata, ketika berada di Jalan Sungai Dua berhadapan pejabat Tenaga Nasional Berhad (TNB) Rawang, mangsa yang berusia 28 tahun dikatakan cuba memotong sebuah treler jenis Nissan yang berada di depannya.
Katanya, tindakan mangsa memotong dari bahagian kiri itu berdepan detik malang apabila dia dikatakan terlanggar konkrit pembahagi bahu jalan.
Menurut sumber,  akibat daripada itu, motosikal ditunggangi terbabas dan menyebabkan mangsa tercampak ke atas jalan.
“Mangsa yang bekerja sebagai penjual tudung tidak sempat bangun menyelamatkan diri menyebabkan kepalanya digilis oleh treler cuba dipotongnya sebelum itu.
“Isi kepala mangsa terburai dilenyek tayar bahagian belakang treler yang membawa muatan batu konkrit sebelum disahkan meninggal dunia serta merta,” katanya.
Beliau berkata, pemandu treler warga tempatan berusia 51 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan dan memaklumkan memberhentikan kenderaan dipandunya sebaik merasakan tayar belakang terangkat.
Katanya, hasil pemeriksaan turut mendapati treler yang terbabit dengan kemalangan tidak mengalami sebarang kerosakan namun motosikal mangsa mempunyai kesan calar di bahagian kanan.
“Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan di parah dikepala,” katanya lagi.
Kes dibuka dan disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih dijalankan.
Sehubungan itu, saksi yang melihat kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak,  Inspektor Rasha Azrul Shafii di talian 03-61262273 atau 03-61262257.
Premis urut batin diserbu
NORAFIZA JAAFAR
9 September 2012
Anggota penguatkuasa MPS
Anggota penguatkuasa MPS menjalankan kerja penyitaan di rumah urut didakwa menyediakan khidmat urutan batin.
RAWANG - Sebuah rumah urut haram terletak di Bandar Baru di sini diserbu anggota penguatkuasa Majlis Perbandaran Selayang (MPS) selepas menerima aduan terdapat aktiviti meragukan.

Ketua Operasi, Megat Ainul Fadzlil Ainul Fadzil berkata, siasatan awal mendapati premis itu tidak mempunyai Lesen 2012 bagi sesi tahun kedua.

Menurutnya, rumah urut itu juga dipercayai menyediakan khidmat urutan batin kepada pelanggannya menyebabkan MPS  menggantung pemberian lesen.

“Aduan dibuat oleh Bahagian Perubahan Tradisional dan Komplementari di bawah Unit Kementerian Kesihatan terdapat aktiviti meragukan di premis itu.

“Sewaktu serbuan mendapati pekerja yang juga merupakan warga Thailand sedang melayan seorang pelanggan,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Katanya, premis didapati bersalah di bawah Undang-Undang Kecil 3, Undang-Undang Kecil Kecantikan dan Penjagaan Kesihatan MPS 2007 dan tindakan  sita barangan dilakukan membabitkan tilam sofa urut kaki.

Dalam operasi berasingan MPS turut merampas kusyen kereta (tempat duduk) di sebuah premis atas kesalahan tiada permit dan mengganggu kawasan pejalan kaki.

“Sebanyak 20 kusyen telah disita di bawah Seksyen 46 (1) d, Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 kerana tidak mempunyai kebenaran menjankan perniagaan tambahan di luar kedai.

“Tindakan peniaga itu menyebabkan orang awam sukar melalui bahagian luar kedai itu dan MPS turut menerima banyak aduan berhubung perkara itu,” katanya.
Posted on the September 9th, 2012 under Artis by admin
MASIH teguh dalam usaha mendekatkan diri dengan ilmu agama, penghijrahan Abby Abadi dalam dunia politik (Pas) mengundang pelbagai reaksi.
Abby bukan saja semakin pandai berkata-kata mengenai ilmu agama, bahkan juga semakin berani mengkritik orang di sekelilingnya. Abby kembali memanaskan ‘alam maya’ apabila membuat pengakuan ada individu menuduhnya menjual badan dan muka semata-mata untuk parti.
Abby menerusi Twitternya bagaimanapun pantas mempertahankan dirinya; “Saya tidak pernah terlintas untuk berbuat sedemikian. Fitnah bertebaran, dosa berpanjangan,” katanya ringkas.
Pengemis mundar-mandir
Wartawan Sinar Harian
9 September 2012
Antara peminta sedekah warga asing yang cuba meminta simpati pengguna jalan raya.
Antara peminta sedekah warga asing yang cuba meminta simpati pengguna jalan raya.
JALAN MERU - Bermodalkan muka sedih sambil merayu-merayu meminta simpati, warga asing meminta sedekah daripada orang awam terutamanya pemandu kenderaan di beberapa lokasi di sini.

Tinjauan Sinar Harian di beberapa lokasi di Klang, mendapati perbuatan meminta sedekah semakin menjadi-jadi.

Kebanyakan golongan peminta sedekah berusia sekitar 40-an hingga 70-an itu menjadikan persimpangan lampu isyarat sebagai lubuk rezeki ketika pemandu kenderaan berhenti semasa lampu merah.

Dengan berpakaian ala islamik, mereka akan bergerak dari sebuah kenderaan ke kenderaan lain sambil mengetuk cermin kereta sambil memohon simpati supaya diberikan wang.

Pengguna, Suraya Izhar, 28, berkata, kegiatan meminta sedekah itu semakin berleluasa di persimpangan lampu isyarat terutamanya Bandar Bukit Tinggi, Klang Parade dan Jalan Meru

"Peminta sedekah pula bukan seorang tetapi ramai tidak kira lelaki atau wanita. Mereka akan berdiri di tepi jalan tanpa mengira masa sekalipun panas terik.

“Saya perhatikan ada pemandu kenderaan yang bersimpati dengan mereka memberikan wang dan tidak kurang juga sebaliknya," katanya.

Bagaimanapun katanya, tindakan pengguna memberikan wang mendorong lebih ramai peminta sedekah muncul di kawasan itu.

"Bersimpati memang bagus tetapi biarlah pada tempatnya, jika tidak ia hanya akan menyebabkan aktiviti meminta sedekah semakin menjadi-jadi.

“Sikap masyarakat yang terlalu pemurah dan mudah bersimpati mendorong aktiviti itu berleluasa,” katanya.

Dalam pada itu, Suraya menggesa pihak berkuasa menangani aktiviti tidak sihat itu yang dilihat menjadi rutin harian sebagai cara mudah mendapatkan wang.

"Mereka mengambil kesempatan dengan sikap pemurah masyarakat dan ia perlu ditangani kerana secara tidak langsung aktiviti meminta sedekah itu menjejaskan imej sesebuah kawasan.

"Jangan biarkan peminta sedekah yang sihat tubuh badan boleh mencari rezeki dengan bekerja menjadikan aktiviti meminta sedekah sebagai kerjaya," katanya.

Difahamkan, peminta sedekah juga semakin berani menadah tangan daripada orang awam di restoran dan gerai makan, bagaimanapun mereka terdiri daripada kanak-kanak yang menjual tisu serta pelekat ayat suci al-Quran.
'Redha abang pergi dahulu'
HAZELEN LIANA KAMARUDIN
Foto: azura mohamad

9 September 2012
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gual Periok, Mohamad Awang (kanan)
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gual Periok, Mohamad Awang (kanan) melihat mayat mangsa di Hospital Pasir Mas, semalam.
RANTAU PANJANG - Adik mangsa bunuh di Kampung Rahmat pagi semalam, terkilan hasrat menghantar arwah Mohd Yusof Zakaria, 41, menunaikan umrah Mac depan tidak kesampaian.

Kamaruzaman Zakaria, 39, berkata, polisi syarikat di bawah jagaan beliau menggalakkan kira-kira 40 pekerja menabung.

Sebagai penghargaan untuk pekerja, syarikat akan turut membantu menghulurkan bantuan kepada kakitangan yang menjalankan kerja di Bukit Kwong itu.


Arwah seorang yang pendiam

Menurutnya, dia pasrah dan redha dengan ketentuan Ilahi abangnya pergi dahulu.

Katanya, mangsa anak  sulung daripada tiga beradik itu seorang yang pendiam, dan tidak menyuarakan sebarang masalah kepadanya.

“Sebenarnya kelmarin kami tiga beradik bersama arwah dan seorang lagi adik ke Mentakab atas urusan kerja.

“Ketika itu kami banyak bersembang tentang hal berkaitan keluarga, dan abang seperti biasa lebih banyak berdiam,” katanya.

Kamaruzaman berkata, sebaik sampai kira-kira jam 12 malam, dia terus menghantar mangsa ke rumah sewa terletak tidak jauh dari tempat kerja yang baru beroperasi kira-kira sebulan lalu.


Tak tahu punca abang ditikam

Menurutnya, dia dimaklumkan kejadian menimpa abangnya pagi semalam, dan terus ke Klinik Kesihatan Rantau Panjang dan mendapati abangnya sudah meninggal dunia.

“Saya mengenali suspek dan mereka bekerja serta tinggal bersama-sama tidak jauh dari tempat kejadian.

“Saya tidak mengetahui punca yang menyebabkan abang ditikam,” katanya.

Kamaruzaman berkata, abangnya meninggalkan seorang isteri, Norfadilah Zainal, 21, yang baru dikahwininya, dan belum dikurniakan cahaya mata.

Bagi perkahwinan terdahulu arwah mempunyai empat anak yang masing-masing dua di Johor, dan seorang di Kemaman dan Pahang.

Menurutnya, jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rantau Panjang, sebaik selesai bedah siasat.

Rakan yang juga adik angkat mangsa, Abdullah Mohd Nor, 27, berkata, suspek dipercayai datang ke tempat kejadian mencari mangsa dalam keadaan marah dan mengeluarkan kata-kata kesat.


Lihat arwah tekup dada

Menurutnya, ketika itu mangsa bersama isterinya yang bekerja sebagai kerani di syarikat yang sama berada di kantin.

“Tidak lama selepas itu saya tengok arwah menekup dadanya yang berlumuran darah, dan meminta pertolongan daripada saya.

“Selepas itu saya segera mendapatkan kereta arwah dan membawanya ke klinik bersama rakan, ketika itu dia masih bernafas,” katanya.

Abdullah berkata, pagi kejadian dia tidak sempat menemui arwah kerana terus ke pejabat setelah sampai di tempat kerja.

Katanya, dia agak rapat dengan arwah sejak mengenalinya sekitar 2007 di kolam dekat Jeram Perdah.

Menurutnya, arwah pantang dicuit pada bahagian pinggang, tetapi dua hari lepas dia boleh berbuat demikian dan tidak menduga itu antara petanda dia akan kehilangan abang angkatnya itu.

DBKL gempur kelab malam
HIDAYAH HAIROM
9 September 2012
Saravanan (kiri) bersama pegawai DBKL
Saravanan (kiri) bersama pegawai DBKL ketika pemeriksaan lesen premis hiburan kelab malam di ibu negara awal pagi, semalam.
KUALA LUMPUR - ‘Ketenteraman’ aktiviti beberapa premis hiburan kelab malam di ibu negara awal pagi semalam ‘tergugat’ apabila Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melakukan operasi pemeriksaan lesen ke atas lebih 30 hiburan di tiga lokasi berasingan di Lorong
Doraisamy, Jalan Changkat Bukit Bintang dan Jalan P Ramlee selama dua jam bermula 12.30 pagi, semalam.

Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk M Saravanan yang turut menyertai operasi berkata, hasil pemeriksaan DBKL ke atas kelab malam berkenaan mendapati terdapat premis mengingkari syarat ditetapkan.

Menurutnya, terdapat premis yang hanya mempunyai lesen untuk restoran dan bar sahaja, tetapi disalah gunakan dengan turut memainkan muzik dengan kuat.

“Bagi premis ini, kita telah ambil tindakan sita alat muzik berkenaan.

“Ini sebagai satu titik permulaan untuk DBKL lebih tegas dalam melaksanakan penguatkuasaan bagi premis hiburan kelab malam di ibu kota,”katanya kepada media selepas tamat operasi semalam.

Sinar Harian difahamkan, 16 sitaan melibatkan tujuh penjaja siar kaki tanpa lesen, empat alat muzik tanpa lesen, dan lima kes halangan siar kaki (kerusi meja milik premis hiburan), dilakukan di ketiga-tiga lokasi berkenaan.

DBKL turut menunda dua kenderaan mewah di Jalan Changkat Bukit Bintang termasuk, mengalihkan lapan ‘kon pakir yang mengganggu lalu lintas di Jalan P Ramlee.

Lesen minuman keras juga menjadi antara diperiksa dalam operasi yang berakhir kira-kira jam 2.30 pagi itu.

Dalam perkembangan berkaitan, DBKL memberi arahan tutup serta merta terhadap kelab malam di mana lokasi kes tembak dua bauncer pada 28 Ogos lalu setelah didapati beroperasi tanpa lesen.

Saravanan berkata, tiadanya tindakan penguatkuasaan  oleh DBKL  yang  konsisten terhadap  premis  hiburan kelab malam menjadi punca pihak tidak bertanggungjawab, mengambil kesempatan seterusnya menimbulkan masalah.

“Jadi, selepas ini DBKL akan melakukan operasi secara berterusan memastikan premis hiburan kelab malam di ibu negara berada pada tahap yang memuaskan, termasuk tindakan siasatan oleh anggota penguatkuasa dengan pakaian preman,” katanya.
Rumah kedai dirempuh kereta dibaiki
Wartawan Sinar Harian
8 September 2012
Abdullah Yusoff
Peserta Ladang Rakyat Dun Kelaboran dan Pengkalan Kubur berganding bahu membantu membaiki rumah kedai Abdullah.
KAMPUNG DALAM RHU – Rumah kedai yang dirempuh kereta Mercedes dipandu seorang lelaki yang terlelap Selasa lalu mula dibaiki secara gotong-royong, semalam.
Gotong-royong ini melibatkan peserta Ladang Rakyat Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelaboran dan Pengkalan Kubur.
Bahan binaan seperti simen dan bata adalah sumbangan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kelaboran, Mohd Zaki Ibrahim melalui pejabat Dun Kelaboran.
Pemilik rumah kedai itu, Abdullah Yusoff, 60, berkata, akibat rempuhan kereta terbabit, rumahnya tidak selamat untuk didiami kerana dinding konkrit rumahnya pecah.
“Alhamdulillah ada pihak membantu membaiki rumah ini secara gotong-royong, hanya ini sahaja rumah yang kami ada untuk berteduh,” katanya.
Rabu lalu dilaporkan, sebuah kereta Mercedes merempuh rumah kedai hingga meragut nyawa seorang kanak-kanak dan cederakan ibunya dalam kejadian di Kampung Dalam Rhu.
Akibat rempuhan itu, rumah itu hampir ranap. Mangsa yang terkorban, Adam Firdaus Syukri, merupakan cucu Abdullah.
Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang, mangsa sedang bermain di ruang tamu sambil diperhatikan oleh ibunya, Nik Salwani Abdullah, 26, yang menemani anak sulung dan anak keduanya menyiapkan kerja sekolah.
Tinjauan Sinar Harian mendapati kerja gotong-royong itu hampir siap apabila dindingnya mula dibina baru.
Asrama tempatkan 25 pelajar tahfiz Kuala Ibai terbakar

9 September 2012
KUALA TERENGGANU - Tingkat dua sebuah bangunan yang menempatkan asrama dihuni 25 pelajar Maahad Tahfiz Assyifa di Kampung Kolam, Kuala Ibai di sini, terbakar dalam satu kejadian pada kira-kira 1.20 petang tadi.
 
Pengetua maahad tahfiz itu Ahmad Syarifuddin Ibrahim berkata ekoran insiden tersebut, semua peralatan pelajar seperti tilam dan katil gagal diselamatkan.
 
"Ketika kebakaran, saya sedang solat zohor bersama pelajar di surau berhampiran, tetapi saya dikejutkan dengan teriakan ibu saya Limah Awang, yang ketika itu berada di tingkat bawah menjerit ada api di tingkat dua bangunan.
 
"Mendengar teriakan itu, saya terus keluar dan melihat api sedang marak membakar bangunan tingkat dua. Saya bersama orang kampung serta pelajar cuba memadam kebakaran dengan menggunakan sumber air terdekat bagi menggelakkan kebakaran merebak ke tingkat bawah," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.
 
Beliau berkata maahad tahfiz, yang menempatkan 50 pelajar tingkatan satu hingga lima, baharu diduduki tahun lepas setelah dibina semula hasil sumbangan orang ramai kerana terlibat dalam kebakaran pada awal tahun 2011.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Md Ridzuan Hasan berkata pihaknya menerima panggilan kira-kira 1.25 petang dan tiga jentera bersama 28 anggota dikejarkan ke tempat kejadian.
 
"Kita mengambil masa kira-kira 11 minit bagi mengawal keseluruhan kebakaran dan mengelakkannya daripada merebak ke tingkat bawah," katanya.
 
Beliau berkata tidak ada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan, dan punca sebenar kejadian serta nilai kerugian masih disiasat.
 
Dalam perkembangan berkaitan, Pengerusi Penyelaras Dewan Undangan Negeri Batu Buruk Wan Kamal Wan Ismail berkata pihaknya akan memberi bantuan keperluan asas seperti tilam, selimut serta peralatan lain kepada pelajar terbabit dalam masa terdekat. - Bernama
Pegawai polis dicekup khalwat
Wartawan Sinar Harian
9 September 2012
PADANG BESAR - Hasrat seorang pegawai kanan polis yang ingin bermadu kasih bersama kekasih gelapnya yang juga isteri seorang pegawai polis musnah selepas dia diserbu Bahagian Tatatertib Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Suspek juga disahkan positif mengambil dadah.

Suspek yang berpangkat Inspektor berusia 30 tahun itu dicekup ketika sedang berdua- duaan kira-kira jam 3 pagi dalam keadaan mencurigakan di rumah isteri rakan yang berusia 38 tahun di sebuah taman perumahan di sini.

Difahamkan, serbuan yang dilakukan bersama Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis itu juga mendapati suspek positif dadah selepas membuat saringan air kencing ke atasnya.

Ujian sama juga dilakukan kepada teman wanitanya itu, namun disahkan negatif dadah.

Sementara itu, Ketua Polis Perlis, Senior Asisten Komisioner Zull Aznam Haron ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian berkenaan.

Menurutnya, suspek berpangkat Inspektor di Bahagian Pengurusan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padang Besar itu kini direman polis bagi tindakan selanjutnya.
Motor terjun dalam parit
NOOR’AINON MOHAMED YUSOF
9 September 2012
Polis mengangkat mayat mangsa untuk bedah siasat di Hospital Parit Buntar.
Polis mengangkat mayat mangsa untuk bedah siasat di Hospital Parit Buntar.
KERIAN – Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya terjunam ke dalam parit di Kilometer 122, Jalan Ipoh-Butterworth, Simpang Tiga di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Fauzi Mat Nayan berkata, mangsa, Ang Poon Kee, 33, menunggang motosikal bersama rakannya dalam perjalanan menuju ke rumah mereka di Tanjung Piandang.

“Dalam kejadian kira-kira jam 6.45 pagi itu, mangsa dipercayai hilang kawalan ketika mengambil selekoh lalu terbabas sehingga tercampak ke dalam parit menyebabkan mangsa maut di tempat kejadian.

“Mangsa mati akibat kecederaan parah di kepala manakala rakannya berusia 33 tahun pula mengalami cedera parah di bahagian tangan kiri,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, di sini.

Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Parit Buntar untuk bedah siasat manakala rakannya mendapat rawatan di hospital sama.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Bayi terbakar meninggal dunia
Wartawan Sinar Harian
8 September 2012
Abdul Rahman Ibrahim
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Abdul Rahman Ibrahim
BUTTERWORTH - Selepas 23 hari bertarung nyawa di Hospital Pulau Pinang, bayi berusia enam bulan yang terbakar hampir 70 peratus badannya ketika ditinggalkan pengasuh dalam buaian meninggal dunia malam semalam.
Dalam kejadian pada 15 Ogos yang lalu, Y Meysshvin, anak tunggal pasangan, A Yogeshwaran dan Ranjita Kaur, masing-masing berusia 30-an, difahamkan gagal diselamatkan kerana mengalami kecederaan teruk hampir keseluruhan badannya.
Sepanjang berada di unit rawatan rapi (ICU) hospital itu, dia bergantung kepada mesin sokongan hayat semata-mata dan tidak menunjukkan sebarang tindak balas biarpun diberikan pelbagai bantuan.
Mayat bayi berkenaan dikebumikan di Tanah Perkuburan Hindu di Jalan Siram di sini, pagi semalam.
Terdahulu, dalam kejadian jam 10 pagi 15 Ogos lalu itu, Meysshvin terbakar hampir keseluruhan badannya semasa ditinggalkan berseorangan tidur di dalam buaian di rumah pengasuhnya di tingkat empat, Flat Mak Mandin di sini. 
Semasa kejadian, pengasuhnya, G Sarojh, 48, dikatakan turun ke kedai membeli barangan dapur dan hanya menyedari rumahnya terbakar selepas dimaklumkan jirannya.
Biarpun api yang dikatakan berpunca dari tokong kecil di dalam rumah itu berjaya dikawal oleh jiran namun mangsa didapati mengalami kecederaan teruk dan terpaksa dikejarkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut.
Pengasuh itu kemudian direman selama dua hari sebelum dituduh di bawah Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 atas tuduhan menyebabkan kecederaan fizikal ke atas bayi yang berada di bawah jagaannya.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Abdul Rahman Ibrahim yang dihubungi mengesahkan kematian itu namun pihaknya enggan mengulas lanjut kes berkenaan sementara menantikan siasatan susulan dilakukan selepas kematian bayi berkenaan.
“Apa-apa pun keputusannya sama ada untuk menukar pertuduhan kepada Seksyen 302 Kanun Keseksaan akan hanya diketahui selepas perbincangan dengan Pejabat Pendakwa raya dilakukan.
“Orang ramai diminta tidak membuat spekulasi dan biar pihak berkuasa menjalankan tugas bagi mencari keadilan yang sepatutnya,” katanya kepada Sinar Harian.
Warga asing cedera kepala dihimpit kereta
Wartawan Sinar Harian
9 September 2012
JUNJUNG, Kedah – Seorang lelaki warga asing berumur 30-an cedera di kepala dan badan apabila motosikal ditunggangnya bergesel dengan kereta Perodua Kancil di Pekan Junjung kira-kira jam 7.30 petang kelmarin.

Menurut saksi yang berada di tempat kejadian, ketika kejadian mangsa menunggang motosikal di sebelah kiri jalan sebelum dipotong oleh kereta Perodua Kancil dari arah belakang.

“Bagaimanapun, tayar kereta Perodua Kancil itu meletup dan menghimpit mangsa sehingga terjatuh,” katanya.

Suspek dipercayai lelaki berumur 20-an cuba melarikan diri tetapi berjaya dihalang oleh penduduk kampung sebelum dibawa ke Balai polis.

Mangsa yang cedera dibawa ke unit Kecemasan Hospital Kulim dengan bantuan ambulans Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).
Timba tembaga antik dicuri
Wartawan Sinar Harian
8 September 2012
Mohamad Husin
Seorang ahli Jawatankuasa Masjid Haji Ishak menunjukkan kepada Mamat (tengah) dan Mohamad (kanan) melihat tempat timba berusia 80 tahun itu disimpan.
KAMPUNG DENGIR- Sebuah timba tembaga berusia lebih 80 tahun, milik Masjid Haji Ishak, kampung ini didapati hilang dipercayai dicuri pihak tertentu.
Pengerusi Jawatankuasa Masjid, Mohamad Husin berkata, timba tembaga antik seberat kira-kira 30 kilogram yang disimpan di dalam bilik imam masjid tersebut, disedari hilang oleh Imam Masjid, Mamat Taib pada jam 7 malam, minggu lalu.
Menurutnya, timba berkenaan sudah tidak digunakan lagi tetapi ia menjadi bahan sejarah kerana ia pernah digunakan untuk mengambil air perigi masjid lama puluhan tahun lalu.
“Tembaga itu memang berat dan mempunyai nilai sejarah tinggi buat masjid ini, apatah lagi pada zaman dahulu dikatakan hanya tiga buah masjid sahaja di daerah ini yang mempunyai timba seperti ini, antaranya Masjid Kuala Besut,” katanya.
Mohamad berkata, pencuri dipercayai masuk melalui pintu tingkap bilik tersebut, sebelum melarikan timba yang berada di atas meja di sudut penjuru bilik itu.
Menurutnya, sudah puluhan tahun timba berada di masjid itu tetapi tidak pernah menjadi sasaran pencuri sebelum ini.
“Kalau jual besi buruk memang harga timba itu tidak begitu bernilai tetapi sekiranya dijual sebagai barangan antik ia dianggarkan bernilai lebih RM5,000,” katanya.
Sementara itu menurut Mamat, dia menyedari kehilangan timba tersebut ketika masuk ke biliknya untuk berehat sebelum memaklumkan tentang kehilangan itu kepada Mohamad.
Satu laporan polis dibuat di Balai Polis Kuala Besut dan Mohamad berharap sesiapa yang melihat timba tembaga bersaiz besar tersebut agar melaporkan segera kepada pihak polis.
Ketua Polis Daerah, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan tersebut dan siasatan sedang dijalankan.

No comments:

Post a Comment