Sunday, September 9, 2012

MUNGKIN SUSAH...MUNGKIN TAK DE...TAPI ADA SUAMI YANG BEGINI

Mayat bayi lelaki dalam beg pakaian di surau

Posted on the September 9th, 2012 under Tempatan by admin
KUALA LUMPUR: Mayat seorang bayi lelaki ditemui dalam beg pakaian di Surau al-Falah, Danau Kota, Setapak di sini, kira-kira jam 9.30 pagi semalam.
Mayat bayi berkenaan ditemui seorang pelajar kolej yang datang ke surau terbabit untuk menyertai aktiviti gotong-royong.
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan berkata, polis yang menerima maklumat mengenai penemuan itu kemudian menjalankan pemeriksaan terhadap beg berkenaan.


“Pemeriksaan mendapati terdapat sekeping nota tertulis dalam bahasa rumi dan jawi yang berbunyi, saya…. meminta tolong pengurus masjid tolong urus anak ini.
“Turut ditemui bersama sepasang baju kurung kuning, lampin dan seluar panjang warna hitam,” katanya. Menurut Zakaria, berdasarkan keadaan mayat bayi berkenaan polis percaya bayi berkenaan berusia tujuh hari dan dipercayai sudah meninggal dunia dua hari lalu.
Difahamkan, ketika ditemui, mayat mangsa sudah reput di bahagian kepala, perut dan kemaluan selain mula berbau.
“Mayat dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk dibedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran,” katanya.
Harian Metro

Suami berhenti kerja jaga isteri koma

Posted on the September 9th, 2012 under Tempatan by admin
Abil bersama isterinya Fauziah yang koma.- Foto ihsan blog Abil
“DIA amanah saya. Saya dahan dia, tempat dia bergantung,” kata Abil Fikri Ahmad, 43 yang sanggup berhenti kerja demi menjaga isterinya yang terlantar sejak tahun lalu.
Fauziah Muhamad, 38, diserang asma sehingga menyebabkan dia mengalami kerosakan pada saraf otaknya sejak Jun 2011.


Mungkin tidak semua lelaki yang bergelar suami di dunia ini sanggup melakukan pengorbanan yang dibuat oleh Abil.
Katanya, “saya pegang amanah.”
“Apa yang saya lafaz sewaktu ijab kabul dulu, saya cuba tunaikan sebaik mungkin,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online.
Dia juga menolak untuk menerima pujian yang diberi kepadanya atas alasan apa yang dilakukannya kerana berpegang kepada undang-undang perkahwinan.
Pasangan itu bernikah pada 13 Mac 2009 dan menerima ujian yang mengubah kehidupan mereka kira-kira dua tahun selepas bergelar suami isteri.
Cerita Abil, pada 22 Jun tahun lalu, kira-kira jam 4.30 pagi, Fauziah mengalami asma sehingga mengalami kesukaran bernafas dan dalam perjalanan ke hospital, isterinya itu berhenti bernafas.
“Apabila jantung berhenti mengepam oksigen ke otak lebih 30 minit, 93 peratus otak tidak berfungsi.
“Setelah dirawat, doktor memberitahu bahawa selepas tiga hari isteri saya akan sedar, namun sehingga hari kelima, dia masih belum sedar,” katanya.
Bekas perunding kewangan dan speaker motivasi itu membuat keputusan berhenti kerja selepas berkhidmat 11 tahun itu sebaik dimaklumkan tentang keadaan isterinya itu.
“Selepas masuk hari kelima, dia (Fauziah) tidak sedarkan diri, doktor yang merawat menjalankan CT Scan dan diberitahu bahawa saraf otaknya mengalami kerosakan.
“Pada detik itu juga, saya terus mengambil keputusan untuk berhenti kerja tanpa teragak-agak,” katanya lagi.
Tambahnya, setelah dua bulan terlantar di hospital, Fauziah dibawa pulang ke Seremban sementara keluarga Abil menetap di Kuala Lumpur.
Ketika ditanya mengapa tidak memilih tempat yang lebih dekat dengan keluarganya, Abil menjawab, “saya tidak mahu melibatkan ramai orang dalam menjaga dia.”
“Biarlah mereka buat kerja mereka. Saya sudah selesa menjaga dia,” katanya lagi.
Tiga bulan pertama menguruskan kehidupan baru cukup memberi tekanan terhadap emosi lelaki ini, namun setelah bergantung kepada al-Quran, Abil akui mampu menanganinya dengan lebih tenang.
Bertahan hanya dengan wang simpanan, sumbangan orang ramai, wang pencen isterinya dan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) membuatkan dia berhati-hati dalam pengeluaran.
“Setiap bulan keperluan asas dia mencecah RM2,500 dan jika dia kurang sihat sama ada demam dan sebagainya, belanja bulanan mencecah RM3,500 hingga RM4,000.
“Dia tidak boleh menelan atau mengunyah, jadi saya perlu memberi makanan dalam bentuk cecair seperti bubur, bijirin dan susu melalui tiub saluran padanya,” kata Abil.
Berat badan Fauziah menyusut sejak terlantar daripada 70 kilogram (kg) kini hanya tinggal 30kg.
Menurut Abil, dia menerima ‘hadiah’ daripada ALLAH ini kerana tidak semua orang mendapat apa yang diterimanya.
Bercerita tentang kaedah rawatan yang dicadangkan oleh pihak pakar perubatan, Abil menjelaskan bahawa memang ada cadangan supaya Fauziah menjalani pembedahan, namun setakat ini tiada sebarang jaminan.
“Nak buat boleh, tetapi tiada sebarang jaminan. Saya boleh terima kaedah itu jika ada jaminan,” ujarnya.
Mengakui jauh di sudut hatinya berharap agar Fauziah kembali sihat seperti sebelumnya namun redha jika ALLAH mengambilnya.
“Saya memang berharap dia akan sembuh tetapi jika Tuhan mengambil dia, saya redha,” katanya.
Menurut Abil, jika berpeluang untuk bekerja semula, dia memilih kerjaya sebagai penceramah motivasi berbanding kerjaya lamanya.
Orang ramai yang mahu menyumbang boleh menghubungi Abil di talian 016-2634258.
Abil juga mengabadikan pengalamannya dalam bentul tulisan di blog peribadinya http://abil4fauziah.blogspot.com/.
Sinar

Ustazah terkejut al-Quran dibakar

Posted on the September 9th, 2012 under Tempatan by admin

Balik Pulau: Seorang ustazah terkejut apabila menemui sebahagian daripada naskhah al-Quran dibakar di atas lantai dalam kelas di sebuah sekolah menengah di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 9.50 pagi itu, wanita terbabit memasuki kelas pelajar Tingkatan Lima untuk memulakan sesi pengajaran sebelum ternampak satu naskhah kitab suci terbuka di atas lantai.
Dia kemudian mengambil naskhah berkenaan untuk disimpan di tempat sesuai, tetapi terkejut melihat tiga helaian dalam al-Quran itu terbakar selain turut menemui tiga batang mancis tidak jauh dari situ. Kejadian kemudian dilaporkan kepada polis.


Kes disiasat mengikut Seksyen 298A
Jurucakap polis berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan kerana berniat melukakan perasaan agama seseorang serta sengaja menyebabkan suasana tidak harmoni dengan siasatan awal mendapati kali terakhir kelas itu digunakan ialah 3 September lalu untuk ujian percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Hatta Md Zain, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian terbabit, namun enggan mengulas lanjut.
Berita Harian

Jadual Penerbangan Jemaah Haji Malaysia 2012/1433H

Posted on the September 9th, 2012 under Tempatan by admin
Maklumat-maklumat yang dipaparkan ini tertakluk kepada pindaan Lembaga Tabung Haji dari semasa ke semasa. Untuk keterangan lanjut dan terkini anda boleh mendapatkan maklumat di mana-mana pejabat Tabung Haji terdekat atau melalui talian Tabung Haji Contact Centre (THCC): 03-62071919 serta melalui laman web rasmi Lembaga Tabung Haji : http://www.tabunghaji.gov.my
Jadual Penerbangan Haji ( JPH ) kepada bakal-bakal haji TERPILIH Musim Haji 1433H/2012 telah mula dikeluarkan dan diposkan secara berperingkat-peringkat ke alamat bakal-bakal haji berkaitan. Buat masa ini, JPH hanya diperuntukkan kepada bakal-bakal haji penerbangan peringkat awal sahaja khususnya yang melibatkan KT 01 – KT 19 iaitu untuk tarikh penerbangan daripada 17 – 22 Sept. 2012 sahaja. JPH bakal-bakal haji untuk KT seterusnya mungkin akan dikeluarkan dari semasa ke semasa dalam masa terdekat. Hubungi TH terdekat atau melalui talian Tabung Haji Contact Centre (THCC): 03-62071919 untuk maklumat lanjut.

TARIKH-TARIKH PENTING MH 1433H/2012M… ( Tertakluk kepada pindaan TH ).
Tarikh Anggaran
KEBERANGKATAN PERGI
17 September 2012
Keberangkatan Pergi Jemaah Haji KT Pertama
19 Oktober 2012
Kerangkatan Pergi Jemaah Haji KT Akhir
25 Oktober 2012
WUQUF Di Arafah
26 Oktober 2012
Hari Nahar ( Hari Raya Haji ) – Melontar Jamrah Kubra
27, 28 & 29 Oktober 2012
Hari-hari Tasyrik ( Bermalam di Mina dan Melontar 3 Jamrah )
Tarikh Anggaran
KEBERANGKATAN BALIK
01 November 2012
Ketibaan Pulang Jemaah Haji KT Pertama
29 November 2012
Ketibaan Pulang Jemaah Haji KT Akhir

STESEN-STESEN BERLEPAS JEMAAH HAJI MALAYSIA DAN TEMPAT LAPOR DIRI
Bil.
Tempat / Lokasi Penerbangan
Tempat Lapor Diri
1. KLIA, Kuala Lumpur
Di Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya.
2. Bayan Lepas, Pulau Pinang Di Kompleks Tabung Haji Bayan Lepas.
3. Senai, Johor Di Lapangan Terbang Sultan Ismail, Senai.
4. Kota Kinabalu, Sabah Di Lapangan Terbang Antarabangsa, Kota Kinabalu.
5. Kuching, Sarawak Di Lapangan Terbang Antarabangsa, Kuching.
6. Kuala Terengganu, Terengganu Stadium Tertutup Gong Badak, Terengganu
7. Alor Setar, Kedah Penerbangan sektor Alor Setar – Jeddah melalui KLIA, untuk sebahagian dari bakal haji Kedah dan Perlis.

*Kami akan mengemaskini maklumat terbaru di sini untuk rujukan bakal jemaah haji.

Bunuh, robek jantung rakan

Posted on the September 9th, 2012 under Luar Negara by admin

CRESCENT CITY (California): Seorang pengamal seni mempertahankan diri dituduh merobek jantung dan memotong lidah rakannya – yang ketika itu khayal – mengaku salah atas tuduhan membunuh, semalam.
Menurut pendakwa, Jarrod Wyatt bersetuju membuat pengakuan itu dan memungkinkan dia menjalani hukuman penjara antara 50 tahun hingga seumur hidup.
Penghakiman rasmi ke atas Wyatt dijadual dibuat 4 Oktober ini. Wyatt mengaku salah bagi tuduhan kelas pertama dalam kejadian pada 21 Mac 2010 itu.


Pendakwa, Jon Alexander, berkata tertuduh didakwa membunuh rakan seperguruannya, Taylor Powell, 21.
“Paling awal Wyatt boleh bertemu lembaga parol (untuk mendapatkan pembebasan awal) adalah pada 2062,” katanya.
Sementara itu, peguam Wyatt, James Fallman, berkata tertuduh tidak mahu memberi keterangan dalam perbicaraan dan enggan membenarkan keluarganya dipanggil sebagai saksi. “Justeru, kami memohon persetujuan yang membolehkan Wyatt diberi sekurang-kurangnya peluang mendapat parol pada satu hari nanti,” katanya.
Kata Fallman, dipenjara selama 50 tahun hingga seumur hidup lebih baik daripada dipenjara tanpa kemungkinan diberi parol,” katanya. Persetujuan di antara Wyatt, 29, dengan pendakwa dicapai empat hari sebelum perbicaraan dimulakan. Ketika polis tiba di rumah Wyatt yang terletak di muara Sungai Klamath, mereka menemui dia berbogel dan berlumuran darah.
Dia juga mengaku membunuh, membelah dada Powell serta memotong lidah mangsa.
Polis juga menemui mayat Powell terbaring di sofa dengan dadanya terbelah, manakala jantung, lidah dan kulit mukanya hilang.
Jantung Powell kemudian ditemui pihak berkuasa rentung dalam dapur kayu di rumah berkenaan.
Dokumen dikemukakan kepada mahkamah menyatakan, bedah siasat menunjukkan organ Powell diambil ketika dia masih bernyawa. Saksi pula berkata, sebelum insiden itu berlaku, Wyatt dan Powell memakan sejenis cendawan beracun.
Saksi juga percaya mereka terbabit dalam sejenis ritual membabitkan “pertembuangn kuasa baik dan jahat.” – AP

No comments:

Post a Comment