Monday, September 10, 2012

YANG KAYA...KAYA SANGAT RUMAH BERJUTA2...KERETA RATUSAN RIBU...YANG MISKIN ALAT KEPERLUAN BAYI PUN TERPAKSA CURI....ADAKAH PUSAT ZAKAT TAK PRIHATIN

Pesara Telekom maut terjatuh dari tingkat 12

Posted on the September 11th, 2012 under Tempatan by admin

KUALA LUMPUR – Seorang pesara Telekom Malaysia Berhad maut selepas terjatuh dari unit rumahnya di tingkat 12 Apartmen Abdullah Hukum, Bangsar di sini hari ini.
Kejadian itu disedari oleh seorang daripada anaknya pada kira-kira 8 pagi yang meninjau ke bawah dan melihat bapanya telah jatuh ke bawah, setelah mendapati jeriji pintu rumah terbuka.
Isteri mangsa, Faridah Omar, 58, tidak menyangka sarapan bersama suaminya Abd Khalid Salleh, 60, pagi ini merupakan detik terakhir mereka meluangkan masa bersama.



“Saya sempat bersarapan pagi bersama arwah sebelum menuju ke bilik air selepas bersarapan…kejadian hanya disedari oleh anak kedua saya yang melihat jeriji besi pintu rumah telah terbuka. Dia kemudiannya keluar rumah dan meninjau ke bawah sebelum melihat ayahnya telah jatuh ke bawah,” katanya ketika ditemui di rumahnya.
Faridah berkata suaminya itu demam sejak seminggu yang lepas dan telah dibawa berjumpa doktor dan diberikan ubat.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Wan Abd Bari Wan Abd Khalid berkata mangsa terjatuh kerana dipercayai mengalami masalah kemurungan.
“Bagaimanapun tiada unsur jenayah berhubung kejadian ini,” katanya.
Katanya mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk bedah siasat dan kes diklasifikasi sebagai mati mengejut. – Bernam
Anggota FRU dituduh rompak barang kemas RM40,000
Posted on the September 11th, 2012 under Tempatan by admin


Mohamad Firdaus Azmi (kanan sekali) dibawa keluar dari Kompleks Mahkamah Sungai Petani, hari ini.
SUNGAI PETANI – Seorang anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) hari ini dituduh melakukan rompakan berkumpulan melibatkan barang kemas bernilai RM40,000.
Tertuduh, Mohamad Firdaus Azmi, 22, yang bertugas di Johor Bahru sebagai anggota FRU, dituduh bersama tiga yang lain yang masih bebas kerana melakukan rompakan berkumpulan ke atas Siti Asa Ab Azizi pada 9 Mei lalu.



Dia yang dihadapkan di Mahkamah Sesyen 4 Sungai Petani di sini hari ini, didakwa melakukan rompakan lebih kurang jam 11 pagi di Kampung Banggol Lahar, Kupang, Baling.
Firdaus didakwa di bawah Seksyen 395 dan 397 Kanun Keseksaan.
Jika disabitkan kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara sampai 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan.
Di bawah Seksyen 397 Kanun Keseksaan, pula dia dituduh cuba melakukan rompakan bersenjata yang menyebabkan cedera parah atau cuba menyebabkan kematian ke atas mana-mana orang, maka tertuduh boleh dikenakan sebat selain apa-apa seksaan yang boleh dikenakan.
Hakim Norsalha Datuk Hamzah membenarkan tertuduh diikat jamin RM6,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 10 Oktober ini sebagai sebutan semula kes.
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Hasnurliza Mohd Radzi.
Sinar

Abil: ‘Saya bukan cari publisiti tapi sayang isteri’

Posted on the September 10th, 2012 under Tempatan by admin

SHAH ALAM – “Saya bukan cari publisiti.” Demikian kata Abil Fikri Ahmad, 43, yang kesal dengan tanggapan sesetengah pihak yang menuduhnya cuba mengambil kesempatan atas penderitaan isterinya, Fauziah Muhamad.
Perkara ini timbul apabila dia mula melakarkan perjalanan hidupnya menjaga Fauziah, 38, yang menderita akibat kerosakan saraf pada otak, menerusi blog sejak April lalu.
Abil menjadikan laman blog yang didaftarkan atas nama ‘abil4fauziah’ sebagai diari.



Ketika dihubungi Sinar Harian Online, Abil berkata, satu kiriman pesanan ringkas yang diterimanya sebelum ini cukup meruntunkan hatinya apabila ada pihak yang cuba menuduhnya mencari publisiti atas kesengsaraan dialami isterinya.
“Saya kecewa. Saya tak sangka ada pihak yang sanggup menuduh saya sedemikian rupa,” katanya yang tidak pernah terfikir untuk mengambil kesempatan atas keadaan isterinya.
Dia yang tinggal di Seremban berkata, SMS yang diterima lebih kurang berbunyi, “Encik Abil saja reka cerita nak cari publisiti ke? Buat blog untuk ‘promote’ diri? Nak tunggu dapat anugerah suami mithali? Supaya dapat gelaran Datuk?”
“Saya terkilan apabila ada pihak yang menuduh saya sebegitu,” katanya dengan nada penuh kesal sambil beristighfar panjang.
Ceritanya, SMS itu diterima Jun lalu daripada insan yang tidak dikenali dan dia cuba menerangkan dengan cara baik, namun gagal.
“Saya buat blog ini atas nasihat kawan, selain saya mahu apabila dia sihat nanti, blog ini dapat menjadi tukang cerita kerana memorinya hilang sepanjang dia sakit,” katanya ketika dihubungi pagi ini.
“Melalui blog yang saya kemas kini tiga hari seminggu ini juga saya dapat mengumpulkan dana untuk isteri saya. Apabila mereka membaca, sebahagian besar mereka menyumbang.
“Saya sangat bersyukur dan berterima kasih dengan kemurahan hati mereka. Dana yang saya kumpulkan untuk isteri saya tidak pernah saya salah gunakan. Semua untuk dia,” jelasnya.
Abil menambah, baju raya mahu pun kasut raya tidak dibeli sejak tahun lalu.
Katanya, baju kurung Melayu yang digunakan pada hari pernikahan mereka sekitar tiga tahun lalu menjadi baju Aidilfitri tahun ini.
“Saya langsung tidak membeli apa-apa keperluan untuk diri saya kecuali makan dan minum,” ujarnya.
Bercakap soal raya, Abil begitu teruja menceritakan kemeriahan sambutan Aidilfitri tahun ini.
“Tahun ini sangat meriah. Meskipun keadaan isteri saya begini, namun saya sangat gembira. Kami sekeluarga gembira.
“Ahli keluarga semuanya pulang ke Seremban dan memasak makanan hari raya bersama-sama. Sangat berbeza dengan tahun lalu,” katanya.
Menurut Abil, tahun lalu merupakan sejarah di mana bulan Syawal ‘diiringi’ kemurungan dan kesedihan.
Namun dia percaya ALLAH akan menggantikan kesedihan dengan kebahagiaan tahun ini.
“Orang ramai tidak putus-putus datang berkunjung untuk beraya sambil menziarah. Ada yang saya kenal tetapi ramai juga yang saya tidak kenal datang bersama keluarga.
“Bukan kawasan sini saja, ada yang datang jauh dari Kelantan dan Johor,” katanya.
Beralih kepada topik kahwin, Abil ketawa kecil apabila soalan berkaitan diajukan.
“Kahwin lain? Kalau saya suka kahwin-kahwin, dah lama saya kahwin. Tidak perlu tunggu berumur 40 tahun baru nak kahwin,” katanya.
Fauziah merupakan cinta pandang pertamanya.
Menurut Abil, ramai rakan-rakan terdekat yang mencadangkan agar dia berkahwin lain, namun dia menolak.
“Perempuan berkahwin supaya ada seseorang menjaga dia, jadi saya menjalankan apa yang diamanahkan.
“Saya tak rasa saya mampu memberi fokus kepada dia sepenuh masa jika saya berkahwin lain,” katanya yang mengakui tidak pernah terlintas untuk berkahwin lain.
Tambah Abil, sebelum ini Fauziah pernah bertanya, “kalau saya sakit tak boleh bangun, awak kahwin lain tak?”
Kata Abil, ketika itu dia tidak mampu menjawab kerana dia tidak boleh memberi jawapan.
“Kini, saya boleh jawab. Selagi dia isteri saya, walaupun rupa dia berubah, saya tetap sayangkan dia.
“Kalau saya tak sayang dia, boleh saja saya hantar dia ke kampung dan setiap bulan saya kirim duit,” katanya.
Sementara itu, Abil menolak apabila rutin hariannya itu dikaitkan dengan rasa bosan, penat dan tertekan.
“Tak ada kerja di dunia ini yang tak penat. Tak kerja pun penat. Penat itu normal.
“Saya dah tahu saya akan rasa penat, muak, bosan dan tertekan, jadi saya sudah ubah perasaan itu jadi penghibur hati sejak awal. Saya kawal hati saya,” jelasnya.
Menerima pelbagai bentuk sokongan daripada orang ramai membuatkan dirinya lebih bersemangat menjalankan rutin hariannya.
“Saya semakin bersemangat setiap hari. Ada yang SMS ada yang telefon ada yang tinggal pesanan di laman sosial. Terima kasih untuk keprihatinan anda semua,” katanya.
Orang ramai yang mahu menyumbang boleh menyalurkan bantuan kepada Fauziah melalui akaun Maybank atas nama Abil, akaun 1551-7109-4087 atau menghubungi Abil sendiri menerusi 016–2634258.

Rahsia Maha antara orang terkaya di Australia

Posted on the September 10th, 2012 under Luar Negara by admin

SIFAT berwawasan jauh sering dikaitkan dengan Maha Sinnathamby, migran dari Malaysia yang kini mencipta nama sebagai antara ahli perniagaan paling kaya dan berjaya di Australia.
Perkara ini tidak menghairankan jika diimbas kembali kejayaan beliau mengubah kawasan hutan tebal seluas 2,860 hektar 23 kilometer di barat Brisbanne, Queensland, yang tidak dipeduli sesiapa hingga menjadi sebuah Bandar raya penuh terancang paling besar milik persendirian di negara ini, yang lengkap dengan kemudahan pendidikan dan kesihatan bertaraf dunia.
Dalam tempoh dua dekad, kawasan pembangunan berkenaan yang dikenali sebagai Greater Springfield, melahirkan enam kawasan subbandar yang mempunyai 23,000 penduduk.



Kira-kira A$9.6 bilion (RM31 bilion) dibelanjakan untuk membangunkan projek ini — A$3.5 bilion (RM11.3 bilion) oleh Springfield Land Corporation dan beberapa pihak lain, A$2.5 bilion (RM8.07 bilion) oleh Kerajaan Negeri Queensland dan A$3.6 bilion (RM11.62 bilion) oleh kerajaan tempatan.
Pelaburan ini membawa kepada terdirinya enam sekolah, sebuah universiti, sebuah kolej TAFE, Mater Health Services, sebuah Pusat Data Polaris Peringkat 3+serba canggih, sebuah pusat beli-belah hijau bertaraf enam bintang dikenali sebagai Orion Shopping Centre, projek pembangunan hijau bertaraf empat bintang dikenali sebagai Springfield Tower dan sebuah padang golf hasil reka cipta Greg Norman yang memenangi anugerah antarabangsa.
Semua projek pembangunan ini mendapat pengiktirafan rasmi apabila memenangi FIABCI Prix d’ Excellence Awards bagi Komuniti Yang Mempunyai Pelan Induk Terbaik Dunia 2010 setelah bersaing dengan 54 penyertaan lain dari seluruh dunia.
Seperkara yang paling mengagumkan tentang Maha ialah segala pencapaian cemerlangnya itu tidak menjejaskan sifat merendah diri yang sentiasa menjadi amalan beliau.
Tentu ramai yang ingin tahu rahsia di sebalik kejayaan luar biasa anak kelahiran Malaysia yang berasal daripada sebuah keluarga miskin ini.
Rahsianya terkandung dalam sebuah buku tulisan pengarang Scotland bernama Karen McCreadie berjudul “Stop not till the Goal is Reached: The 10 Principles for Fearless Success that Inspired Maha to Build a City”.
Ditulis dengan kerjasama penuh Maha serta keluarganya di samping sahabat dan rakan perniagaan beliau, buku ini begitu istimewa kerana ia memberi peluang kepada pembaca untuk mengikuti kisah yang diceritakan sendiri oleh Maha, bukan saja tentang kejayaan, tetapi juga rintangan serta kegagalan yang dialaminya.
Buku ini juga unik kerana ia mengandungi biografi, kes kajian perniagaan dan panduan jaya diri.
Kunci utama untuk merungkai rahsia di sebalik kejayaan Maha terkandung dalam 10 prinsip yang dirujuk oleh tajuk buku ini.
Prinsip ini berasal daripada falsafah silam ‘Vedanta’, yang menjadi sumber inspirasi dan amalan Maha dalam melayari kehidupannya.
Buku ini merungkai dengan jelas setiap prinsip berkenaan dengan mengabadikan kisah yang diceritakan sendiri oleh Maha dan bagaimana beliau mengamalkannya dalam kehidupan seharian.
Sepuluh prinsip berkenaan ialah: Jadikan idea anda sebagai jalan kehidupan anda; bangkit, berdiri dan jangan berhenti selagi matlamat belum tercapai; bekerjalah dengan tekun; usah gentar – hadapilah semua halangan; malam paling gelita akan berakhir dengan subuh yang terang; ikhlaslah daripada segi pemikiran, kata-kata dan perbuatan; peribadi terbina melalui jatuh bangun dalam kehidupan; setiap orang memiliki kehebatan tersendiri; tetapkan matlamat sendiri; dan semua kuasa ada dalam diri anda.
Bagaimanapun, 10 prinsip tersebut sebenarnya belum mencukupi untuk memahami semangat serta keazaman yang dimiliki ahli perniagaan istimewa ini.
Satu lagi rahsia besar yang menjadi kunci kejayaan Maha ialah asal usul beliau yang serba kekurangan. Beliau dilahirkan pada 1939 di Rantau, Negeri Sembilan dan dibesarkan oleh ibu serta bapanya yang amat menitikberatkan nilai pendidikan.
Di dalam buku ini, Maha menceritakan bahawa tindakan pertama yang dilakukan bapanya setelah dibebaskan daripada kem tawanan perang tentera Jepun ialah mendaftar Maha serta adik beradiknya untuk bersekolah. Maha bersekolah di St Paul’s Institution di Seremban.
Oleh itu, tidak hairanlah apabila bidang pendidikan menjadi tumpuan Maha dalam kehidupannya dan ini terbukti apabila beliau memberi perhatian khusus terhadap pembangunan Springfield.
Maha berkata, beliau amat bangga kerana 44.6 peratus daripada penduduk Springfield terdiri daripada pelajar.
Kesimpulannya, buku berkenaan berjaya menyingkap dengan cukup menarik kisah kejayaan seorang usahawan paling cemerlang dan dinamik di Australia. – Bernama

Bomoh tahu tarikh mati, RM12,000 tebus dosa

Posted on the September 10th, 2012 under Tempatan by admin

JOHOR BAHRU: Tertipu dengan dakyah karut bomoh yang kononnya boleh meramal kematian dan menebus dosa, seorang lelaki dan keluarganya membuat pinjaman bank untuk membayar wang pengeras sebanyak RM12,000.
Lebih mengaibkan, mangsa yang mahu dikenali sebagai Jamil, 25, berkata, ibarat dipukau, dia dan ibu bapa turut membenarkan adik perempuannya tinggal bersama bomoh itu selama seminggu.
Katanya, dia terpengaruh mendapat khidmat bomoh yang dikenali sebagai Ali, 40-an, selepas lelaki itu mengakui dirinya ustaz dan menjalankan rawatan secara tradisional mengikut cara Islam.



“Saya bersama ibu, ayah dan adik perempuan berusia 20 tahun berjumpa bomoh itu bagi merawat ibu yang menghidap penyakit lemah badan dan kemurungan,” katanya ketika ditemui.
Dia berkata, bomoh itu mendakwa boleh mengubat secara ghaib, termasuk berhubung terus dengan Allah menerusi jin yang menurun dalam badan pembantu peribadinya.
Harian Metro

Jel tiga bulan curi 4 botol barangan bayi

Posted on the September 10th, 2012 under Tempatan by admin

KUALA TERENGGANU – Gara-gara mencuri empat botol barangan bayi termasuk mandian dan krim pelembut bayi bernilai RM34.60 di sebuah kedai serbaneka, seorang buruh dijatuhi hukuman penjara tiga bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam.
Mohd Azli Daud, 29, mengaku salah mencuri empat botol barangan bayi di sebuah kedai serbaneka T-Shoppe, Kampung Durian Burung, Rabu lalu, yang didakwa di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan.
Dengan itu, dia mengaku melakukan kesalahan yang boleh dibaca bersama di bawah Seksyen 511 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan dikenakan denda jika sabit kesalahan.



Mengikut fakta kes, perbuatan Mohd Azli memasukkan barang curi disedari dan diperhatikan pekerja kedai sebelum meminta pertolongan pelanggan untuk menangkapnya.
Hasil pemeriksaan ke atas tubuh badan Mohd Azli, berjaya menjumpai sebotol Johnson’s Baby Milk Bath dan sebotol Johnson’s Baby Bedtime Bath yang disorokkan di dalam kaki seluar di sebelah kiri dipakainya.
Pekerja kedai berkenaan kemudian terus menghubungi polis sebelum Mohd Azli yang memiliki tiga rekod jenayah lampau iaitu mencuri dalam bangunan itu cuba melarikan diri.
Di balai, hasil pemeriksaan lanjut turut menjumpai dua botol lagi barangan bayi yang disorokkan dalam kaki seluar sebelah kanan.
Sinar

No comments:

Post a Comment