Sunday, September 9, 2012

JANGAN JADI ARTIS TAK TAHU HALAL HARAM...BUKA AURAT...BERGAUL BEBAS...PEGANG TANGAN...BERPELUK2 ANTARA BUKAN MUHRAM...SEMBAHYANG ATAU TAK DILOKASI PENGAMBARAN TAK TAHU LAH...JANGAN NI JADI AMALAN BENTUK DOSA...DAH MATI@DALAM KUBUR KITA DISIKSA SEBAB KEGIATAN DOSA DIAMAL ATAU DITONTON OLEH ORANG MASIH HIDUP...KITA DAH MATI

Lampu solar bantu anak Orang Asli


DARI kiri: Victor Lim dan Thuan Po daripada Kumpulan Power Root menyerahkan lampu solar kepada Jenita dan Kar Iye sebagai wakil komuniti Orang Asli.


JENITA ENGI merupakan seorang wanita berketurunan Orang Asli dan berasal dari Kampung Parit Gong, Jelebu, Negeri Sembilan. Sejak kecil, dia berasa amat beruntung kerana tempat tinggalnya sudah memiliki kemudahan asas seperti bekalan elektrik dan mudah diakses.
Namun, segala-gala berubah apabila dia menyertai Pusat Keprihatinan Orang Asli (COAC).
Menjawat jawatan sebagai penolong pusat itu, dia baru menyedari bahawa masih banyak lagi penempatan Orang Asli yang tidak mendapat bekalan asas terutamanya yang tinggal jauh di pedalaman.
“Mereka terpaksa membeli minyak tanah berharga antara RM6 hingga RM8 setiap hari semata-mata mahu mendapatkan cahaya pada waktu malam.
“Ia menyebabkan kos hidup keseluruhan lebih mahal berbanding kehidupan di bandar,” kata wanita berusia 30 tahun itu ketika ditemui di Subang Jaya, Selangor.
Keadaan menjadi lebih parah apabila mereka yang bergantung harap dengan hasil hutan. Ada yang terpaksa mengutip kayu api pada siang hari ketika luar musim buah.
Pengalaman yang sama turut dilalui oleh sukarelawan Gerai OA, Tan Kar Iye, 24, apabila dia memasuki kampung-kampung Orang Asli untuk mendapatkan barang-barang kraftangan.
Gerai OA merupakan sebuah badan bukan kerajaan yang menjual barang-barang hasil kerja tangan dan semua keuntungan dikembalikan semula kepada pembuat.
Kar Iye dan pasukannya akan masuk ke pedalaman sama ada tiga bulan atau setahun sekali bergantung pada jarak kedalaman sesebuah perkampungan.
Daripada pengamatannya, masih banyak lagi penempatan Orang Asli yang tidak dilengkapi kemudahan asas. Isu keciciran dalam pendidikan yang kerap kedengaran juga turut disumbangkan oleh faktor tersebut.
Inisiatif Power Root
Kata Jenita, ramai kanak-kanak yang apabila pulang ke rumah terpaksa menolong ibu bapa bekerja pada siang hari, manakala waktu malam mereka tidak boleh buat apa-apa selain tidur.
“Lama-kelamaan, minat belajar dalam kalangan anak-anak Orang Asli semakin berkurangan dan hilang,” katanya yang kini sedang menuntut di Kolej SEGi, Subang Jaya, Selangor dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak.
Sehubungan itu, atas keprihatinan terhadap masalah tersebut, Kumpulan Power Root menyumbang sebanyak 120 buah lampu meja bertenaga solar kepada lima buah penempatan Orang Asli yang dikenalpasti.
Penempatan yang beruntung itu terletak di Pahang (Kampung Berdut, Krau), Perak (Kampung Jaglog dan Kampung Baretchi, Ulu Woh) dan Kelantan (Pos Tohoi dan Kampung Kuala Koh).
Sumbangan disampaikan oleh Pengarah Eksekutif kumpulan itu, See Thuan Po kepada Jenita dan Kar Iye dalam sebuah majlis ringkas di Restoran Ali Cafe Tiga Rasa di Subang Jaya, Selangor.
“Kami berharap dengan sumbangan lampu meja tersebut dapat membantu meningkatkan kualiti hidup mereka kelak,” kata Thuan Po.
Lampu meja bertenaga solar itu amat penting kerana ia tidak memerlukan sebarang kos tambahan sepanjang tempoh penggunaan dan ia mampu bertahan untuk tempoh dua hingga tiga tahun.
Tidak perlu disambung pada bekalan elektrik atau bateri kering, anak-anak Orang Asli hanya perlu menjemur lampu itu pada siang hari untuk kegunaan pada waktu malam.

Rejim Kecantikan Selebriti




SELEBRITI muda ini seorang yang cukup ringkas. Bibirnya tidak lekang membutirkan kata-kata yang mengundang gelak tawa sehingga memecah kesunyian spa Tanamera yang terletak di Sooka Sentral, Kuala Lumpur.
Dia hadir dalam persalinan kaftan rona putih bertatah perincian manik dan batu permata di bahagian dada baju. Wajahnya pula dirias solekan tipis yang menggunakan pembayang mata warna coklat, pemerah pipi dan gincu palet coklat.
Namun, gaya anggun yang ditatapi sebentar tadi serta-merta bertukar ranggi apabila dia membaluti tubuh genitnya itu dengan seluar jean potongan tirus, blaus terdedah di bahagian lengan dan sepatu tinggi rona hijau gelap.
“Inilah diri saya yang sebenar. Selesa berbaju T atau blaus yang dipadankan bersama seluar jean. Saya tak suka memakai gaun atau skirt. Hanya menyarungkannya bagi memenuhi watak dan kehendak penata gaya sesi fotografi.
“Di dalam almari pun tak banyak busana tradisional dan gaun. Saya seorang yang ringkas dan lasak sebab itu meminati pakaian yang memudahkan saya bergerak,” jelas pelakon Siti Zaqyah Abdul Razak, 25, atau popular dengan nama Tiz Zaqyyah.
Mula menceburkan diri dalam bidang lakonan sekitar tahun 2007 menerusi drama Gol & Gincu, Impian Ilyana, Bernafas Dalam Lumpur dan Puaka Topeng Putih, namun popularitinya melonjak selepas menjayakan watak Nur Amina untuk drama bersiri Nur Kasih. Nur Kasih merupakan sebuah drama yang menggabungkan elemen kekeluargaan, agama dan cinta yang disiarkan di TV3 sekitar tiga tahun lalu.
Sejak itu, nama Tiz semakin laris dan dia sibuk dalam pentas seni tanah air. Dalam setahun ada saja produksi yang memerlukan khidmat lakonannya yang cemerlang. Namun kesibukan itu menyebabkan waktu rehat Tiz terhad sehingga mencuri sebahagian besar waktu tidurnya.
“Istilah tidur lapan jam tiada dalam jadual hidup saya buat masa ini. Setiap hari saya sibuk di set penggambaran dan memenuhi undangan sesi fotografi. Saya akui sesekali badan rasa tidak bermaya, malah nak berdiri pun terasa letih tetapi lazimnya saya curi-curi tidur sekitar 15 minit di set penggambaran.
“Namun, jika ada kelapangan saya akan bercuti di dalam atau di luar negara. Saya gemar meneroka destinasi yang sarat dengan kebudayaan, sejarah dan seni bina bangunan,” jelas Tiz yang menyukai Rom, Itali dan merancang untuk berkunjung ke negara itu semula.
TIZ dilantik menjadi duta sabun mandian May.


Sambil menikmati urutan yang ditawarkan di Spa Tanamera, anak tunggal itu sempat bercerita perihal dirinya. Bekas pelajar Sekolah Menengah Subang Jaya, Subang Jaya, Selangor itu memenuhi masa hujung minggunya ke spa sebagai terapi untuk menenangkan tubuh yang keletihan.
Tiz yang memiliki ketinggian 158 sentimeter menyifatkan setiap bulan dia akan mendapatkan khidmat urutan di spa. Biasanya, dia memilih spa yang berkonsepkan Thai kerana urutan yang kuat membantu melegakan otot.
Gemar ke spa
“Saya kurang gemar buat rawatan wajah kerana selesa melakukannya sendiri di rumah. Di spa saya hanya memilih servis urutan seluruh badan untuk tempoh dua jam.
“Selain ke spa, sesi mandian juga salah satu cara terbaik untuk merehatkan minda dan fizikal selepas penat bekerja. Berada di dalam kamar mandi selama 30 minit sudah memadai memberi kesegaran semula. Pada masa yang sama, saya gemar menjadikan kamar mandi tempat untuk menjiwai watak dan mengimbas memori pahit dan manis,” jelas Tiz yang menikmati sesi mandian dengan krim mandian May koleksi Diamond Dazzle.
Kata pencinta rona hitam dan putih itu, krim mandian May Diamond Dazzle membantu melembutkan kulit badan. Ia tidak melekit dan harumannya memberi ketenangan yang menakjubkan.
Jika definisi kecantikan dan keyakinan Tiz Zaqyah terletak pada terapi mandian sabun May, Nurul Huda Abdul Wahab, 35, pula memilih sesi merias wajah dengan rangkaian produk Skinz Infinite.
Isteri kepada lelaki Perancis, Eric Daniel Depp, 47, itu menjelaskan, peningkatan usia sentiasa mengingatkannya tentang kepentingan menjaga kulit wajah. Apatah lagi, pada usia lewat 30-an kulit wajah mudah rosak, kusam dan tidak bermaya jika tidak dijaga dengan baik.
Apabila kerosakan kulit wajah semakin kronik maka ia menyukarkan proses penyembuhan terutamanya setelah menginjak usia antara 40 hingga 50 tahun.
Pada usia 35 tahun Nurul masih kekal cantik dan menawan.


Rutin wajib Nurul
“Saya seorang yang cukup menitikberatkan soal tata rias wajah dan menjaga kesihatan badan. Bukan kerana saya seorang selebriti tetapi saya fikir ia antara rutin wajib yang perlu dilaksanakan dengan baik oleh semua wanita.
“Sama seperti wanita lain, saya turut mengalami penambahan berat badan. Jadi, saya menurunkan berat dengan bersenam di gimnasium dan mengamalkan pemakanan seimbang,” jelas ibu kepada Ayu Nazirah, 14, itu ketika ditemui Stailo pada majlis pelantikannya sebagai duta produk Skinz Infinite yang berlangsung di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Bercerita tentang keistimewaan Skinz Infinite, pelantun lagu Kerana Terluka itu menyifatkan produk tersebut membantu memulih dan menyerikan kulit wajahnya dalam tempoh dua minggu.
Nurul yang mula dikenali dalam persada seni tempatan selepas menghasilkan album pertama pada tahun 1995 memberitahu, sikapnya yang suka ketawa telah menyebabkan kedutan di bahagian mulutnya. Kesan kedutan itu semakin ketara sekiranya dia tidak mempamerkan sebarang reaksi seperti bercakap atau ketawa.
“Selepas dua minggu menggunakan produk Skin Infinite terutama serum, kedutan kesan ketawa itu hilang sedikit demi sedikit. Malah, rakan jurusolek saya juga menyedari perubahan ini. Lebih menggembirakan, ton kulit wajah semakin sekata dan masalah pigmentasi dapat diatasi.
“Wajah saya sentiasa disolek dan terdedah pada simbahan lampu studio serta persekitaran yang tidak menentu. Justeru, jika tidak dibersihkan dengan baik dan melapisi kulit wajah dengan sapuan krim pelembap, serum serta krim pelindung cahaya matahari maka ia akan menyebabkan masalah bintik-bintik hitam, kulit kotor dan pori-pori tersumbat,” ujar Nurul yang menyukai serum Youth Recall Skinz Infinite dan krim terapi mata Skinz Infinite.
Nurul yang menikmati roti bagi menggantikan nasi dan kurang mengambil daging menyatakan, kandungan formula Bio-Stem Cell Activator di dalam produk Skinz Infinite efektif memelihara kulit wajah Asia.

Taring Rosyam kekal berbisa

Oleh Murshid Eunos
murshid@hmetro.com.my

pix_middle
MENGENALI nama besar ini bukan bersandarkan status selebriti dan populariti�nya, dia adalah insan yang rendah diri, gemar berjenaka dan sensitif bagai seorang abang.
Hakikatnya, peluang mendekatinya yang acap kali dikatakan hero filem Malaya adalah satu ruang terbaik untuk mendengar setiap cerita, sesekali dia menitipkan nasihat daripada pengalaman lalu.

Rosyam Nor masih lagi seorang pelakon terkenal yang tidak terlepas mencetuskan fenomena menerusi sentuhannya.

Bertentang empat mata dengan lelaki berusia 45 tahun ini, berkali-kali me�ngatakan dirinya tidak lagi relevan, namun perasaan itu disembunyi bagi tidak mudah membunuh semangatnya.

Tambahnya lagi, cabaran paling sukar dilalui apabila melewati usia 40-an dan berdiri masih sebagai seorang pelakon bersaing dengan ramai wajah kacak dan muda dalam gelang�gang industri yang tidak sebesar mana.

“Mujur pengalaman dan latar belakang perjalanan kerjaya saya tidak mudah. Saya bermula dari bawah, semuanya saya lakukan daripada menggulung wayar produksi, bekerja di balik tabir hinggalah diberi peluang tampil ke depan.

“Itulah sebenarnya kekuatan yang terus menjadi semangat buat saya untuk terus pandang ke depan,” katanya.

Jelas Rosyam lagi, pelakon muda hari ini adalah cabaran buatnya untuk tampil lebih hebat dan cemerlang meskipun ia bukan tugas sembarangan.

“Jujurnya, setiap kali digandingkan dengan banyak bakat muda hari ini, terlintas rasa tercabar dalam jiwa kerana tenaga dan semangat mereka begitu besar dan kuat. Namun saya gagahkan juga diri untuk berada sebaris dengan mereka kerana saya tidak mahu tampak ke belakang walaupun ia begitu memenatkan.

“Bagaimanapun, dilihat daripada perspektif berbeza, kehadiran mereka membuatkan saya lebih bekerja keras untuk bangkit membuktikan yang bakat saya masih relevan dan sama seperti hari pertama beraksi di depan kamera dulu,” katanya yang mula dikenali dengan watak tempelan menerusi filem Gila-Gila Remaja.

Lelaki berjiwa besar yang juga anak kelahiran Kuala Lumpur ini bijak menyusun langkah. Jalannya payah namun strateginya geliga.

Perlahan-lahan, Rosyam mengintai peluang dan menyelinap masuk ke setiap penjuru ruang yang dibuka untuknya. Walaupun lewat berbanding yang lain, namanya kian mekar meniti di bibir peminat terutamanya apabila penerbit terkenal, Datuk Yusof Haslam memberinya peluang.

“Sejarah dan kisah permulaan saya adalah kronologi yang segar dalam ingatan.
Tidak pernah timbul rasa malu atau kecewa kerana lewat merasai tempias popular.

“Bayangkan, pada usia 30-an baru bakat saya menjadi perhatian menerusi filem Maria Mariana 2 yang muncul dalam lima babak saja. Kemudian, kepercayaan itu kekal dengan muncul pula filem Bara, Gerak Khas The Movie 2 dan Janji Diana yang terus memimpin nama saya ke puncak populariti.

“Alhamdulillah filem KL Menjerit yang menjadi taruhan saya pada usia 34 tahun ketika itu menjadi dan berjaya mendapat kepercayaan daripada peminat hingga mengundi saya menggenggam trofi Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2002. Itulah yang dinamakan rezeki dan percaturan Tuhan.

“Seperkara yang saya nampak dan tidak segan untuk diakui, saya berpaut pada populariti orang lain ketika itu. Saya bersandar pada nama Awie, Ziana Zain dan Erra Fazira yang lebih awal dikenali. Itulah hakikat dan alhamdulillah percaturan itu berhasil,” katanya tersenyum.

Mendengar dan meneliti setiap ideologi yang dikongsikan Rosyam malam itu, tiada apa yang pelik jauh sekali mustahil. Resipi dan rahsianya, disiplin, ikhlas dan jujur selain kekal menitikberatkan usaha serta doa.

Hari ini, selepas lebih dua dekad bergelumang dalam bidang seni, pelakon yang sinonim dengan bakat versatilnya dalam menghidupkan pelbagai watak ini sudah mampu tersenyum melihat kejayaannya.

Bukan lagi bersandar pada status pelakon, malah Rosyam juga pemenang tiga trofi anugerah Festival Filem Malaysia bersyukur kerana akhirnya berjaya merealisasikan impiannya menjadi usahawan dalam menghasilkan karya seni.

“Suhan Movies & Trading Sdn Bhd adalah bukti usaha dan kerja keras
saya. Alhamdulillah apa yang pernah saya usahakan dulu kini semuanya berjalan sempurna. Soal popular dan tawaran berlakon bukan lagi menjadi keutamaan, sebaliknya apa yang penting adalah tang�gungjawab saya kepada industri. Apa yang mampu saya lakukan kepada dunia seni adalah persoalan yang perlu saya fikirkan.

“Lantas wujudnya syarikat ini untuk terus menjadi kesinambungan kepada apa yang saya fikirkan perlu bagi menambah warna-warni dalam dunia seni lakonan.
Pelbagai drama bersiri dan telefilem sudah saya terbitkan. Malah saya berbangga kerana setidak-tidaknya pernah menghasil�kan sebuah filem, Castello, lapan tahun lalu.

“Pengalaman, ilmu dan bakat yang saya kutip sepanjang bergiat dalam bidang seni sebelum ini pula sudah berjaya saya terjemahkan dalam program realiti pencarian pelakon, Pilih Kasih yang berjaya hingga ke musim ketiga. Itu semua adalah kepuasan peribadi yang mampu saya catatkan dalam diari seni saya kerana sekurang-kurangnya ada juga usaha yang saya lakukan untuk industri.

“Namun semuanya atas kepercayaan dan rasa yakin pihak lain kepada saya. Itulah yang saya katakan, sedar diri, ruang dan kemampuan begitu penting untuk terus saya tanamkan dalam jiwa bagi memastikan ia mampu membuka mata orang sekeliling kepada apa yang saya ada,” katanya lagi.

Dua tahun lamanya menyepi selepas drama berantai, Trilogi Cinta dan filem Libas, aktor yang masih bergaya ini langsung tidak menerima sebarang tawaran sama ada drama mahupun filem.

Meletakkan sepenuhnya fokus pada syarikat dan terpaksa melupakan ba�nyak tawaran yang datang kerana tidak punya keserasian dan minat pada watak yang diberi, Rosyam bagaimanapun yakin rindu peminat�nya akan terubat menerusi filem
KL Gangster 2.

Ayah kepada lima puteri ini menyifatkan KL Gangster 2 sebagai peluang terbesar untuk membuktikan kewibawaannya, sekali gus melakar kepulangan penuh bermakna dalam karier lakonannya.

“Saya berharap peminat akan ke pawagam untuk menonton lakonan saya dalam KL Gangster 2 kerana ia satu lagi naskhah yang men�cerminkan ‘comeback’ saya. Saya percaya KL Gangster 2 akan membuatkan penonton puas dan seronok nanti,” katanya yang me�nyifatkan kembali berlakon di bawah syarikat Skop Productions milik Yusuf Haslam begitu klasik.


Balistik eksperimen terbaru

CASTELLO yang berjaya memancing kaki wayang lapan tahun lalu terbitan Suhan Movies & Trading Sdn Bhd dijadikan pengukur terbaik untuk mengundang rasa yakin Rosyam melakukannya kali kedua.

Tahun ini, Rosyam melalui syarikatnya itu mengambil risiko dengan tampil menerbitkan dua filem iaitu Isyarat Cinta lakonan Fizo Omar, Adi Putra dan Liyana Jasmay serta Balistik yang dilakonkannya sendiri.

Balistik yang bermaksud kelajuan peluru, idea penghasilannya yang diarahkan Silver Chung tercetus enam tahun lalu selepas Rosyam membintangi drama berantai CID. Hanya kini impian tertunda itu terlaksana dengan usaha sama Asia Tropical Films Sdn Bhd (ATF).

Naskhah aksi yang mengangkat tema gangsterisme dengan suntikan drama dan kasih sayang dilakonkan Rosyam di samping Rita Rudaini, Adi Putra dan pelakon kanak-kanak, Rykarl Iskandar, selain Datuk Rahim Razali, Jack Lim dan Mei Yan.

Jelasnya, Balistik satu perjudian besar yang dilakukannya baik dari aspek lakonan mahupun pelaburan selaku penerbit.

“Berhabis-habisan saya memberi tumpuan kepada Balistik kerana ia sebuah produk terbaru saya. Baik dari sudut pemba�ngunan watak dan lakonan yang saya berikan, ia dilihat antara yang terbaik dan paling kemas. Balistik menterjemahkan seribu kelainan dalam jalur filem bercorak aksi dan saya yakin ia akan menjadi kesinambungan di atas kejayaan Castello sebelum ini.

“Balistik bukan sekadar sebuah karya untuk tontonan kelompok Melayu, sebaliknya membawa keinginan untuk turut menembusi kuasa tontonan masyarakat Cina. Saya juga yakin Balistik memiliki potensi untuk dibawa ke peringkat lebih tinggi dengan menembusi pasaran antarabangsa menerusi hubungan baik ATF dengan pihak luar dalam membantu membangunkan produk tempatan ke luar.

“Insya-Allah Balistik akan memberikan kelainan kepada industri perfileman Malaysia,” katanya.

Filem yang menelan belanja sekitar RM1.2 juta ini mengisahkan perjalanan hidup Saga yang juga seorang pembunuh upahan dan suami kepada Salina. Mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Rykarl. Kegiatan aktif Saga sebagai pembunuh memaksa dia untuk berpisah dengan Salina. Namun, anaknya dibawa bersama.

Selepas sekian lama, Salina kembali muncul dalam hidup Rykarl dan Saga apabila mereka terserempak dalam satu insiden penuh drama. Namun, pada ketika itu Salina sudah berkahwin dengan Nizam yang kebetulan anggota polis.

Mulalah konflik antara mereka dan pertembungan rasa cinta lama dan wujud pula plot sengketa antara Saga dan Nizam yang bukan sekadar berpaksi pada seorang wanita, Salina, sebalik�nya terikat pada komitmen kerja dan tanggungjawab.

Walaupun filem ini mempamerkan sebuah plot cerita, aksi dan kemelut dunia gangsterisme, namun masih ada elemen cinta dan kasih sayang.

Soseh Soseh: Kenapa letak gambar gereja?



KETIKA ramai artis Melayu lain tampil untuk bertudung dan mahu mendalami ajaran agama Islam, ada pula seorang artis kita yang nampaknya tidak sensitif langsung atau tidak peka dengan perkara yang menyentuh hal-hal agama.
Artis yang SS maksudkan ini bukanlah orang baru dalam bidang hiburan tanah air, sebaliknya cukup berpengalaman dan pernah terkenal suatu ketika dulu.

Lebih daripada itu, SS sendiri pun masih mende�ngar lagu popularnya sampai sekarang.

SS dapat cerita ini daripada seorang peminat yang ternampak laman sosial milik artis berkenaan.

Kata peminat tadi, dia tidak faham apakah motif sebenar artis itu menulis status terkininya itu dengan meletakkan gambar gereja tempat dia belajar pada zaman tadika dulu termasuk menyanyi.

Dengan bangganya artis itu memberitahu kenyataan itu.

SS memang tak faham langsung motif artis itu sengaja meletakkan gambar gereja berkenaan.

Kalau ikutkan, ada juga kawan SS dulu pernah belajar di sekolah yang berasaskan perjuangan mubaligh Barat tapi mereka tidak pula menulis status yang boleh menjejaskan sensitiviti agama kerana corak pengajian pun sudah lain mengikut kesesuaian Kementerian Pendidikan.

Kalaulah tujuan artis itu menulis status sedemikian dengan hasrat untuk memberitahu semua peminat di luar sana bahawa kehebatan vokalnya itu kerana dia ada asas menyanyi ala-ala ‘gospel’, SS rasa perkara seperti itu tidak perlulah dimegahkan kerana dia bukannya di Hollywood.

Dia juga bukan Whitney Houston.

Pada pemerhatian SS, ramai lagi penyanyi kita yang ada vokal yang hebat seperti Jaclyn Victor tapi dia tidak pula menunjuk-nunjuk pernah belajar menyanyi ‘gospel’ pun.

Bagi SS, perbuatan artis terbabit melambangkan semacam jiwanya sedang kacau dan pendek akal kerana dia seorang selebriti Melayu.

Janganlah dengan sendirinya mengundang fitnah dan membuat provokasi kepada masyarakat yang meminatinya selama ini.

Nasihat SS ini pun untuk kebaikan diri artis itu kerana dia milik masyarakat dan harap dia sedar.

Soseh Soseh: Tak mengaku sudah bergelar isteri

BERKAHWIN memang diwajib�kan kepada semua umat Islam yang mampu, mengikut sunnah Nabi Muhammad S.A.W. Namun ada pula artis yang sudah berkahwin tapi masih ingin menyorokkan statusnya itu dengan memberi alasan tidak munasabah.
Kata kawan SS, artis ini memang selalu mencetuskan kontroversi demi kontroversi dan namanya naik pun kerana sebab isu panas yang dicetuskan dalam bidang hiburan.

Masalahnya, ramai orang sudah menghidu cerita dia sudah berkahwin itu tapi sampai sekarang dia masih tidak mahu mengaku sudah pun bergelar isteri orang.

Namun selepas puas dipujuk, barulah artis ini mengaku kepada rakan SS, dia memang sudah berkahwin dengan seorang juruterbang yang khabarnya bukanlah warga tempatan. Itupun dia minta jangan beritahu hal sebenar kerana dia tidak mahu orang tahu dia sudah berkahwin.

Patutlah, kata rakan SS, artis ini kerap sangat dilaporkan menjayakan fotografi hingga ke negara seberang, rupa-rupanya dah berkahwin dengan Mat Saleh.

SS tak kisah pun dia nak kahwin dengan kerabat diraja atau anak VVIP sekalipun tapi tak perlulah nak sorok macam tu sekali. Bukan apa tindakannya menyorokkan status itu boleh menimbulkan fitnah dan menjejaskan nama baiknya sendiri apabila sering dikaitkan dengan ramai lelaki.

Bagi SS, sudah-sudahlah artis itu mencetuskan kontroversi dan gosip di sana sini kerana ia bukan memberikan imej positif, sebaliknya orang makin meluat dan benci pula. SS juga berharap, artis itu segera membuat pengakuan secara terbuka berhubung dengan statusnya yang sudah berkahwin itu. Nanti jangan sampai sudah kantoi, barulah nak buat sidang media kepada pihak media dan minta maaf.

Gangnam mula ‘merasuk’

Oleh MOHD HASSAN ADLI YAHAYA
hassanadli@gmail.com

MUKTAHIR ini, masyarakat dunia dilanda fenomena lagu dan tarian dari Korea Selatan yang diberi jolokan nama ‘Gangnam Style’. Tidak ketinggalan, fenomena ini turut ‘merasuk’ masyarakat di negara kita, khususnya di kalangan muda-mudi.
Kehebatan ‘Gangnam Style’ ini dapat dibuktikan apabila video tarian yang dimuat naik di laman YouTube berjaya menarik hampir 100 juta tontonan masyarakat di seluruh dunia. Jumlah yang hampir menyamai kira-kira empat kali ganda jumlah penduduk di negara ini.

Kehebatan Gangnam mencetuskan pelbagai video ‘parody’, termasuk dari Malaysia turut dimuat naik di YouTube. Video-video itu berjaya menarik ratusan ribu atau jutaan penonton.

Justeru tidak dapat dinafikan betapa idea kreatif yang diilhamkan oleh penyanyi rap Korea Selatan dikenali sebagai PSY ini berjaya mencetuskan satu fenomena baru kepada dunia.

Tidak kurang juga ada yang kurang senang dengan kewujudan trend Gangnam ini yang didakwa sedikit sebanyak berunsur lucah serta tidak sesuai ditonton oleh kita sebagai orang Muslim.

Apapun pandangan, ada kebenarannya. Jika dari sudut negatif klip video ini menampilkan gadis Korea berseluar pendek menari lincah yang kurang sesuai ditonton oleh umat Islam.

Tetapi, itulah antara petanda akhir zaman apabila wanita yang menari di khalayak ramai dirasakan satu perkara biasa. Malah orang yang beranggapan pelik itu pula yang dipandang jumud oleh kebanyakan anggota masyarakat.

Namun, idea dicetuskan oleh PSY ini sewajarnya juga dilihat dari perspektif positif. Bukan niat saya menyokong fenomena Gangnam ini, sebaliknya saya berpendapat ada sesuatu yang patut kita pelajari terutama untuk menarik minat jutaan masyarakat dunia ini.

Ada yang mengatakan tarian ini sesuai untuk dijadikan sebagai satu rutin baru senaman. Terpulanglah kepada anda sama ada sedia atau tidak untuk bersenam umpama ‘kuda’ yang sedang berlari dan pastinya mampu menarik minat orang di taman rekreasi untuk melihat anda bersenam.

Tetapi, kesan daripada fenomena ini sebenarnya adalah bagaimana kesungguhan rakyat Korea itu dalam usaha membuka mata masyarakat dunia untuk memandang ke arah mereka.

Pada pandangan saya, usaha ini memang memperlihatkan hasilnya saban hari.

Sebelum ini, fenomena terhadap Korea tercetus apabila tersiarnya drama bersiri Winter Sonata yang pastinya menjadi antara drama terkenal negara itu.

Selepas itu pula, dunia hiburan mereka terus mencetuskan fenomena kepada dunia apabila memperkenalkan tarian daripada kumpulan penyanyi K-pop yang turut menjadi kegilaan remaja seluruh dunia.

Malah, dalam bidang sukan pula, pasukan bola sepak mereka sudah terkenal sebagai antara kuasa besar di Asia yang mampu memberi saingan di peringkat antarabangsa hinggakan ada kelab bola sepak di Eropah turut mengikat mereka sebagai pemain.

Selain itu, Korea juga tampil hebat apabila mampu menghasilkan kereta yang setanding jenama besar di dunia bukan setakat pada aspek reka bentuk terkini malahn juga keberkesanan enjin berteknologi tinggi.

Inovasi dalam bidang automotif ini menaikkan jenama kereta mereka seperti Kia dan Hyundai sekali gus cukup menimbulkan kegusaran kepada gergasi pengeluar kenderaan dari Jepun seperti Toyota dan Honda.

Di segi telekomunikasi pula, mereka kini semakin dikenali melalui pengeluaran gajet, telefon pintar dan tablet atas jenama Samsung yang mampu menimbulkan rasa gentar terhadap seteru utamanya daripada syarikat Apple yang berpangkalan di Amerika Syarikat.

Biarpun baru disaman berbilion ringgit, Samsung sama sekali tidak dilihat gentar malah terus menghasilkan pelbagai gajet canggih yang membantu mengembangkan minda masyarakat dunia.

Ketika Amerika Syarikat serta negara Eropah lain mendabik dada menobatkan bahasa Inggeris sebagai bahasa utama dunia, Korea Selatan tampil meneruskan tradisi negara Jepun yang memperjuangkan bahasa mereka sendiri.

Walaupun tidak menguasai bahasa Inggeris, ia sama sekali tidak mendatangkan masalah untuk menarik minat pelancong luar yang berbondong-bondong melawat Seoul serta Pulau Jeju atas keberanian mereka memperkenalkan negara mereka melalui lagu, drama dan teknologi.

Di negara kita, mereka juga mempunyai ‘bandar’ sendiri yang digelar secara tidak rasmi sebagai ‘Korean Town’ terletak di sekitar Kuala Lumpur. Kemampuan mereka untuk mewujudkan satu komuniti di sebuah negara asing yang bertutur bahasa asing sememangnya patut dicemburui.

Jika kita imbas sejarah, Korea Selatan 50 tahun dulu cumalah sebuah negara dunia ketiga.

Bagaimanapun, sekitar lewat 1980-an, mereka mula membina tapak untuk menonjolkan identiti Korea dan cekal bangun walaupun ada usaha-usaha berkenaan menemui kegagalan.

Mereka tidak pernah kekeringan idea kreatif yang dapat menarik perhatian masyarakat dunia. Saya juga percaya betapa fenomena Gangnam ini juga bakal membuatkan masyarakat dunia ingin tahu tentang masyarakat Korea dengan lebih mendalam lagi.

Sewajarnya, sempena sambutan kemerdekaan Malaysia, baru-baru ini, kita membuka mata dan mempelajari sesuatu daripada semangat orang Korea Selatan ini.

Kita tidak sepatutnya berasa rendah diri apabila menuturkan bahasa ibunda di majlis rasmi dan tidak perlu cepat melatah dengan terikut-ikut budaya asing tidak kira dari segi fesyen, gaya dan sebagainya.

Selagi mana kita mudah terpengaruh dengan budaya asing dan rasa malu untuk memperjuangkan budaya kita, selagi itulah kita tidak beridentiti.

Namun dalam usaha memartabatkan budaya, jangan sesekali meminggirkan agama.

Sambutan perayaan seperti kemerdekaan dan tahun baru pada setiap tahun sering kali mengundang masalah sosial.

Pergaulan bebas antara lelaki dan wanita tanpa batasan pada malam perayaan seperti itu mengundang bala dan kemurkaan Allah apabila indeks kes pembuangan bayi dan kelahiran anak luar nikah tidak pernah mencatatkan penurunan.

Semangat ‘wasatiah’ yang dilaungkan sewajarnya perlu difahami dan bukan hanya sekadar slogan.

Pembangunan sosial dan infrastruktur perlu seiring dengan agama agar kita tidak lari landasan yang sebenarnya. Islam sama sekali tidak menentang arus kemodenan, tetapi jangan sesekali membelakangkan syariat yang telah diturunkan.

Hi Style konsep K-Pop


Koleksi pakaian dan aksesori Hi Style mengambil inspirasi daripada gelombang fesyen K-Pop.


KEMASUKAN fesyen Korea ke negara ini menjadi satu fenomena yang menjadi kegilaan anak-anak muda masa kini. Permintaan yang tinggi terhadap pakaian dan aksesori seumpamanya membuatkan banyak butik memilih untuk menawarkan kepelbagaian untuk memenuhi kehendak pengguna muda negara ini.
Namun, bagi penduduk Kota Bharu, Kelantan kesukaran untuk mendapatkan pakaian berfesyen menjadikan pilihan agak terhad.
Menyedari hakikat tersebut, rangkaian butik Hi Style yang memilik 17 cawangan seluruh negara membuat pilihan yang tepat dengan membuka satu cawangan butik di pusat beli-belah utama negeri itu.
Bertempat tingkat satu, KB Mall, butik Hi Style bertepatan dengan permintaan anak muda negeri tersebut yang mahu berfesyen mengikut peredaran terkini.
Menurut Eksekutif Pemasarannya, Wendy Lee Ser Huay, kuasa membeli di negeri itu amat tinggi namun, kekurangan butik yang menawarkan rangkaian pakaian seumpamanya menjadikan pengguna memilih untuk ke Kuala Lumpur atau negeri lain untuk memenuhi membeli-belah.
“Kini pengguna tidak perlu lagi keluar dari Kota Bharu untuk mendapatkan pakaian yang mengikut cita rasa terkini pada harga yang berpatutan. Sasaran pemasaran tertumpu kepada remaja berusia antara 18 tahun hingga 25 tahun.
“Di Kota Bharu tidak banyak butik pakaian yang menawarkan fesyen-fesyen terkini, maka ini adalah peluang kepada golongan muda di Kelantan untuk mendapatkan pakaian yang mereka ingini.

BAJU-T bersama seluar pendek sesuai dipakai sewaktu bersantai bersama teman.


“Produk di butik kami juga dijual pada harga yang berpatutan dan mampu dimiliki oleh semua golongan. Kami menawarkan produk berharga antara RM19 hingga RM119,” katanya ketika ditemui Stailo di butik Hi Style yang terletak di KB Mall.
Butik Hi Style menawarkan rangkaian baju, aksesori dan juga kasut lelaki serta wanita berkonsep Pop Korea berasaskan warna-warna terang. Konsep sedemikian bersesuaian buat mereka yang meminati penampilan berani dan funky.
Setakat ini butik Hi Style beroperasi di semua negeri kecuali di Perlis, Terengganu, Pahang dan Sarawak. Justeru, bagi melebarkan sayap dalam industri fesyen tanah air, Hi Style Apparel Sdn. Bhd., menyasarkan untuk membuka 30 cawangan dalam masa dua tahun akan datang.

1 comment:

  1. Percayakah Anda dengan membuka aura seseorang bisa membuang sial dan meraih kesuksesan serta kekayaan. .

    kami punya jawabanya silahkan klik disini Cara membuka aura keberuntungan, Cara membuka aura Kecerdasan,Cara membuka aura kecantikan

    jika Anda ingin membuka Aura kami juga melayaninya GRATIS hanya di bulan ini.

    silahkan klik disini Layanan Buka Aura Gratis

    ReplyDelete