NEGARA
Julia minta cerai
AMPANG - "Saya ingat selepas selesai kes mahkamah kami boleh hidup bahagia, tapi angan-angan saya musnah apabila dia buat perangai semula."
Itu pengakuan Julia Daud, 29, isteri kepada pelakon Badrul Muhayat Ahmad Jailani, 41, yang telah memfailkan permohonan tuntutan cerai taklik terhadap suaminya itu di Pejabat Agama Islam Hulu Langat, Kajang dekat sini petang kelmarin.
Julia mendakwa, walaupun kes Badrul memukulnya selesai pada 12 Julai lalu tetapi pada hari yang sama Badrul sekali lagi mengasari dirinya dan merampas wang jaminan mahkamah berjumlah RM2,500.
Julia juga telah membuat laporan polis mengenai kehilangan wang berkenaan dan insiden pergelutan di antara dia dan Badrul.
Selepas kejadian itu, Julia berkata, dia menyesal kerana menjamin suaminya.
"Memang saya sedih kerana suami tergamak melakukan demikian sedangkan wang itu digunakan untuk saya dan anak-anak," jelasnya.
Namun, katanya, Badrul langsung tidak ambil peduli kehidupan kami sekeluarga, malah dia yang terpaksa menanggung segala hutang dipinjam suaminya.
"Dulu lagi memang saya pernah minta cerai, tapi dia enggan. Kini saya dah tak tahan dan tak akan maafkan dia lagi," ujarnya kepada Kosmo! di sini semalam.
Menurut Julia, dia telah tidak tinggal bersama suaminya itu hampir tiga bulan.
Julia dan Badrul Muhayat berkenalan pada tahun 2005 dan bernikah pada tahun 2007. Mereka dikurniakan dua anak iaitu Siti Nur Batisha, 3 dan Badrul Hidayat, 4 bulan, yang kini tinggal bersama Julia.
Sementara itu, polis sedang memburu Badrul Muhayat bagi membantu siasatan kes pukul dan curi wang isterinya yang dilakukan kelmarin.
No comments:
Post a Comment