Ibu akui putar anak dalam mesin basuh
2010/07/15
Junko Egashira, 34, ditangkap bulan lalu selepas dia dituduh membunuh anaknya, Mone, di barat Fukuoka.
Junko mengaku berulang kali menutup mulut anaknya dengan pita pelekat, mengikat tangan dan kakinya dan memaksanya duduk dalam mesin basuh yang penuh dengan air. Dia juga kadang kala memutarkan mesin berkenaan, lapor akhbar Asahi.
Dia juga mengikat anaknya pada rak dengan kedua-dua tangan di atas dan menggantung baldi berisi air pada tangan itu selama beberapa jam.
Menurut Asahi, Junko bercerai dengan suaminya pada 2008. Penderaan terhadap anaknya semakin menjadi-jadi apabila mereka berpindah ke rumah baru Mei lalu. - AFP
Padah payu dara besar
2010/07/15
SHEYLA...mungkin hilang buah dada asli.
Sheyla yang tinggal di Houston, Texas menghadapi masalah sukar bernafas dan terlantar di katil selepas pembedahan berkenaan.
Dia terpaksa menjalani pembedahan kecemasan semalam untuk mengatasi masalah itu. Doktor dijangka terpaksa membuang implannya dan kemungkinan membuang payu dara aslinya sekali.
Sebelum pembedahan terbaru itu, Sheyla yang fasih dalam lima bahasa — Portugis, Sepanyol, Itali, China dan Inggeris berkata: Saya demam teruk dan pembedahan (bulan lalu) itu begitu menyakitkan. ‘Saya tidak boleh bernafas. Sepanjang hari saya terlantar di katil, tidak boleh bangun.” Sheyla dijangkiti bakteria selepas pembedahan bulan lalu yang kemudian merebak ke kedua-dua payu daranya.
Dia sebelum ini menjalani 30 pembedahan dengan kos £40,000 (RM200,000) sebelum memperoleh payu dara yang amat besar.
Menurut Sheyla, pakar bedah bimbang jangkitan itu merebak ke saluran darah, sekali gus membahayakan nyawanya.
Buah dadanya diakui yang terbesar di dunia oleh Buku Rekod Brazil yang setaraf dengan Buku Rekod Dunia Guinness. - Agensi
DUNIA
Bayi 9 bulan diikat hingga mati
SURABAYA - Seorang bayi lelaki berusia sembilan bulan di Indonesia, Jodi Sabrina meninggal dunia dipercayai akibat didera dengan kejam, lapor sebuah akhbar semalam.
Bayi berkenaan, Jodi Sabrina, yang merupakan anak luar nikah, mati selepas diikat dengan menggunakan tali rafia oleh ibu saudaranya, Vony Maryana Pengadi yang berumur 38 tahun.
Mangsa diikat mulai dari hujung kaki dan tali itu dililit sampai ke tangannya.
Wanita tersebut memberi alasan bahawa jika dia tidak diikat, bayi itu tersebut akan menjadi nakal.
Dalam keterangannya kepada polis Vony mengaku perbuatan tersebut dilakukan sejak bayi berkenaan berusia enam bulan.
Wanita itu yang menjaga bayi berkenaan setiap hari merupakan suspek kes tersebut.
"Ya, saya ikat (mangsa) kalau saya keluar membeli barang atau memasak. Saya takut kalau dia jatuh dari kerusi atau dihempap televisyen," ujar Vony semasa disoal siasat di sebuah balai polis di bandar ini semalam.
Menurutnya, dia berhenti mengikat Jodi sejak beberapa bulan lalu.
Namun, Vony kembali mengikat bayi tersebut setelah anak kandungnya bersekolah tadika di sini sejak Isnin lalu.
Kelmarin, sebelum menghantar anaknya ke sebuah sekolah, wanita itu mengikat tubuh Jodi dan meletakkan bayi itu ke dalam bilik di rumahnya.
Kemudian, sekitar pukul 2 petang waktu tempatan, Vony bersama anaknya pulang ke rumah dan melihat Jodi menangis.
Sebagai usaha untuk memujuk bayi itu supaya diam, dia memberikannya susu tetapi Jodi masih menangis.
Tidak tahan mendengar tangisan budak itu, Vony memukul kepala dan pinggang mangsa untuk mendiamkannya.
Mangsa tetap menangis dan tangisannya berlarutan hingga waktu malam.
Wanita itu pula berulang kali memukul mangsa agar bayi berkenaan berhenti menangis.
Tangisan Jodi itu didengari Yudi Susanto iaitu suami Vony yang berada di kamar bersama anak kandungnya, Selbi.
Yudi seterusnya membawa mangsa ke sebuah hospital berdekatan dengan menaiki sebuah motosikal.
Namun, setibanya di hospital, bayi itu sudah tak bernyawa lagi dan jenazahnya dihantar polis untuk dibedah siasat.
"Saya tidak ingat berapa kali saya pukul (mangsa). Wajahnya yang lebam itu kerana terjatuh di bilik mandi. Mungkin juga dia terjatuh ketika diikat," kata Vony.
Tubuh bayi tersebut terdapat luka, lebam kepala kanan dan kiri, terdapat bekas ikatan tali di kepala, lebam di paha kanan, cedera di tulang rusuk kiri dan melecet di bawah kemaluan.
Sementara itu, bayi tersebut bukan anak kandung pasangan Vony dan Yudi Susanto.
Sebaliknya Jodi dilahirkan oleh anak saudara Yudi, Sabrina, 17, setelah dia hamil tanpa dapat dipastikan identiti bapa bayi tersebut.
Sabrina melahirkan Jodi semasa dia masih seorang pelajar sekolah menengah.
Setelah dua hari dilahirkan, bayi itu diserahkan kepada bapa saudaranya.
Isterinya, Vony menjaga bayi itu sehingga usianya mencecah sembilan bulan.
Vony mengaku dia tidak berniat membunuh atau menganiaya Jodi.
Alasannya, Vony mengaku bahawa dia sayangkan bayi tersebut.
"Saya menyesal dan tidak ada niat untuk menganiayanya. Saya mengasuhnya dan anak saya bermain dengannya. Dia luka-luka kerana terjatuh dari kamar mandi,"
ujar Vony.
Di sebalik pengakuannya itu, polis menahan Vony sebagai suspek kes itu dan dia akan didakwa melakukan penderaan.
Suspek juga akan didakwa kerana lalai menjaga kanak-kanak sehingga menyebabkan mangsa meninggal dunia. - Agensi
DUNIA
Video Mel Gibson minta layanan seks tersebar
LOS ANGELES - Kenyataan pelakon dan pengarah filem terkenal, Mel Gibson meminta bekas kekasihnya, Oksana Grigorieva membuat seks oral tersebar di sebuah laman web, lapor sebuah akhbar semalam.
Rakaman itu didedahkan oleh laman web RadarOnline.
Satu lagi rakaman mendedahkan Gibson yang pernah berlakon dalam filem Braveheart mengadu dia tidak diberikan layanan seks oral oleh Oksana.
Sebelum ini pihak media menyebarkan perlakuan buruk pelakon itu terhadap Oksana yang berketurunan Yahudi seperti kecaman kata-kata kesat.
Gibson kini berbalah dengan bekas kekasihnya itu berhubung hak penjagaan seorang anak perempuan mereka. - Agensi
DUNIA
Anak dakwa Osama masih hidup
LONDON - Omar bin Laden yang merupakan anak pemimpin Al-Qaeda, Osama bin Laden menyatakan bapanya masih hidup, lapor sebuah akhbar semalam.
"Bapa saya berada di bumi tetapi saya tidak mengetahui di mana dia berada. Dia masih hidup. Jika orang seperti itu (Osama) meninggal dunia, anda tidak boleh merahsiakannya. Dunia akan berubah jika dia meninggal dunia," lapor akhbar The Sun.
Omar, 29, bersetuju untuk diwawancara oleh akhbar itu bagi menceritakan kehidupannya selepas dia berpisah dengan isterinya, Jane Felix-Browne berumur 53 tahun yang merupakan seorang rakyat Britain.
Jane yang memeluk agama Islam selepas mereka mendirikan rumah tangga pada September 2006 di Mesir mengumumkan perpisahan dengan Omar pada awal bulan ini.
Wanita itu yang menggunakan nama Zaina selepas memeluk Islam menyatakan Omar menghidap penyakit skizofrenia dan kerap mendengar suara Osama di dalam kepalanya sebagai alasan perpisahan mereka.
Menyentuh mengenai bapanya, Omar berkata: "Saya masih meyaya- nginya, pastinya saya sayang pada- nya. Dia adalah bapa saya.
"Saya merinduinya sebagai bapa tetapi kami saling berlainan. Saya mahukan keamanan."
Tempat persembunyian Osama tidak diketahui dengan tepat sehingga kini menyebabkan terdapat dakwaan bahawa dia telah meninggal dunia.
Namun, Osama kerap dikatakan bersembunyi di kawasan pergunungan di Afghanistan dan Pakistan.
Omar turut menyatakan bahawa dia mahu memberi nama Osama kepada bayi yang dikandung oleh se- orang ibu tumpang dari Britain sempena nama bapanya.
"Jika bayi itu seorang lelaki, saya akan memanggilnya Osama. Namun, saya berharap dia (anaknya) akan mempunyai sikap pentingkan ke- amanan.
"Adalah sesuatu yang tradisi untuk menamakan anak dengan nama datuk," katanya.
Namun, Zaina yang tidak boleh melahirkan anak mahu memberikan nama Elizabeth jika ibu tumpang ter- sebut melahirkan anak perempuan sempena nama pemerintah Britain, Ratu Elizabeth II.
Wanita itu juga mahu memberi nama William jika anak yang dilahirkan itu lelaki.
Menurut Omar, dia akan menjaga anaknya itu dengan baik termasuk wanita yang bersetuju menjadi ibu tumpang untuk anak mereka, Louise Pollard dari Britain.
Pollard hamil dengan menggunakan teknik persenyawaan tabung uji.
Menyentuh mengenai perpisahannya dengan isterinya, dia berkata: "Saya telah berkahwin selama empat tahun dan kami amat gembira.
"Namun, saya memberi- tahu dia (isterinya) saya tidak boleh meneruskan lagi. Saya mahu berpisah, saya tidak mahu kembali semula ke alam perkahwi- nan."
Omar melarikan diri dari Afghanistan pada April 2001 sebelum bapanya menjadi lelaki yang paling dikehendaki di dunia kerana didakwa menaja keganasan.
Pada Mei 1996, Osama meninggal- kan kawasan pergunungan Tora Bora di Afghanistan dan memilih Omar untuk menemaninya dan mewujudkan kem latihan pengganas.
Omar menjadi tukang pembuat teh peri- badi bapanya dan tinggal dalam pondok yang sejuk.
Semasa itu, dia yang masih remaja diberi tunjuk ajar cara untuk menggunakan raifal Kalashnikov dan belajar memandu kereta kebal Rusia.
Omar dilahirkan di Arab Saudi oleh isteri pertama Osama, Najwa.
Dalam wawancara itu, Omar menyatakan bahawa dia meminati penyanyi Madonna dan pemain bola sepak Piala Dunia Argentina, Lionel Messi.
Omar menyatakan impiannya untuk keluar bersama pelakon terkenal Hollywood, Drew Barrymore.
"Saya bujang sekarang dan dia (Barrymore) merupakan wanita paling cantik di Holly- wood," katanya. - Agensi
Dibuang tepi jalan
Oleh Rashidi Karim
am@hmetro.com.my
2010/07/16
am@hmetro.com.my
2010/07/16
MAKLUMAT...Ku Chik (kanan) menyoal Zulkarnain.
“Abang angkat membuang saya di tepi jalan dan dalam keadaan gelap, saya terpandang cahaya lampu di sebuah rumah sebelum mengejutkan pemiliknya untuk tumpang bermalam di situ,” katanya pada sidang media di Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di sini, semalam. Hadir sama, Timbalan Pengarah JKM negeri, Ku Chik Ku Md Esa.
Menurutnya, kejadian berlaku pada malam 20 Mei lalu dan selepas diberi kebenaran menumpang tidur di rumah berkenaan, keesokannya tuan rumah itu membawanya ke balai polis sebelum dia diserahkan kepada JKM.
Bercerita lebih lanjut mengenai kejadian malam berkenaan, Zulkarnain berkata abang angkat yang memeliharanya sejak kecil memberitahu mahu membawanya keluar bersiar-siar menaiki kenderaan pikap.
Menurutnya, abang angkatnya berhenti di satu kawasan gelap di tepi jalan dan memaklumkan tayar kenderaannya pancit sebelum mengarahkannya keluar untuk sementara
Zulkarnain bukan saja tidak mempunyai dokumen pengenalan diri, malah turut gagal memberi maklumat mengenai identiti keluarga angkatnya termasuk lokasi kediaman keluarga berkenaan walaupun sudah 13 tahun menetap di sana.
Menurutnya, dia langsung tidak mempunyai maklumat mengenai keluarga angkatnya itu termasuk alamat atau nama pasangan yang memeliharanya yang hanya dikenali dengan panggilan pak cik dan mak cik.
Malah, dua anak lelaki pasangan terbabit juga hanya dikenali dengan panggilan ‘abang nombor satu’ dan ‘abang nombor dua’ manakala anak perempuannya pula bernama Noriza.
“Apa yang saya tahu, semua mereka bertutur dalam bahasa Siam dan hanya menggunakan bahasa Melayu ketika bercakap dengan saya,” katanya.
Sementara itu, Ku Chik berkata, Zulkarnain kini ditempatkan di bawah jagaan JKM sejak dua bulan lalu melalui perintah jagaan sementara mengikut Seksyen 25(2) Akta Jagaan Kanak-kanak 2001 sementara menunggu tindakan lanjut.
“Kami sukar mengesan keluarga angkat Zulkarnain kerana ketiadaan pengenalan diri dan kanak-kanak ini juga gagal memberikan sebarang maklumat untuk membantu usaha berkenaan.
“Justeru, kami minta sesiapa yang mempunyai maklumat tampil membantu terutama keluarga angkat Zulkarnain untuk membolehkan JKM menguruskan tindakan sewajarnya,” katanya
Tiada peluang selamat
2010/07/18
SHEYLA tenat di hospital.
“Tetapi jika saya kehilangan sebelah, apa guna saya simpan sebelah lagi.
“Peluang untuk mengekalkan kedua-duanya ialah antara 10 atau 20 peratus.” Sheyla sebelum ini dilapor menjalani pembedahan semula di Amerika Syarikat selepas payu daranya dijangkiti kuman berikutan pembedahan di Brazil bulan lalu.
Model itu mahu payu daranya dibesarkan semula, pembedahan ke-10, selepas melahirkan anak tahun lalu.
Dia cuba melakukan pembedahan itu di Amerika Syarikat sebelum pulang ke Brazil tetapi doktor enggan membesarkan payu daranya lagi kerana undang-undang Amerika tidak membenarkan penggunaan satu gelen silikon atau lebih dalam implan.
Semalam Sheyla bertemu dengan doktor sekali lagi untuk mengetahui nasibnya. Kuman itu sudah meresap ke dalam saluran darahnya, menyebabkan dia sukar bernafas.
“Ia begitu sakit. Saya cuba mengawalnya dengan memakan ubat. Jangkitan itu seperti barah.
“Satu-satunya cara untuk menyelamatkan nyawa saya ialah dengan membuang tisu payu dara,” katanya.
Sheyla terlalu taksub dengan pembedahan plastik dan pernah menjalani proses menyedut lemak dan pembedahan untuk mencantikan hidung.
Payu daranya disahkan sebagai yang terbesar di dunia oleh Buku Rekod Brazil dan Buku Rekod Dunia Guinness. - Agensi
No comments:
Post a Comment