Sunday, July 11, 2010

DAH TAHU BEGINI DAN SERATA NEGARA ZINA MENJADI2...HUKUM ALLAH TETAP TAK NAK LAKSANA....BESUK ORANG BERKUASA HARI INI AKAN JAWAB DIHADAPAN ALLAH....TERMASUK MUFTI2 YANG MEMANG TAU

Maksiat ketika waktu solat Jumaat


MASJID TANAH - Pantai Sungai Tuang, di Pengkalan Balak, dekat sini dikesan menjadi lokasi pasangan remaja melakukan perbuatan sumbang sehingga melampaui batas.

Lebih membimbangkan, kelakuan tidak senonoh remaja berpelukan dan bercumbuan di kerusi konkrit yang disediakan turut berlaku semasa kaum lelaki sedang menuju ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat.

Bukan setakat di tepi pantai, malah chalet-chalet sekitar pantai juga dijadikan lokasi ‘cinta sumbang’ remaja termasuk bermalam di sana bersama pasangan masing-masing yang dikesan bukan muhrim.

Kelakuan mereka itu bukan saja mencemarkan kawasan peranginan itu, tetapi turut mengundang rungutan penduduk sekitar yang tidak tahan melihat perangai pasangan remaja terbabit bersilih ganti.

Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) Sungai Tuang, Mohamad Abu Hassan berkata, penduduk kecewa dengan tindakan beberapa pasangan remaja memadu kasih di tepi pantai tanpa mempedulikan orang ramai.

Menurutnya, lebih memalukan perbuatan itu berlaku semasa solat Jumaat dan dipercayai turut membabitkan pelajar sekolah dan Institusi Pengajian Tinggi(IPT).

“Perbuatan maksiat melibatkan remaja di kalangan masyarakat setempat, pekerja kilang dan juga remaja sekolah di beberapa kawasan di pantai peranginan ini, kian meruncing.

“Sepanjang pantai terutama tengahari Jumaat, beberapa pasangan remaja kelihatan mengambil peluang untuk memadu asmara, sedangkan ketika itu khutbah Jumaat sedang disampaikan, ” katanya kepada Sinar Harian, di sini semalam.

Mohamad berkata, kejadian itu berlaku sehingga lewat petang dan adakalanya sehingga masuk waktu solat Maghrib apabila pasangan terbabit tanpa segan silu masih meneruskan perbuatannnya.

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa JKKK Sungai Tuang, Abd Kadir Mohamad Kassim berkata, bagi pasangan yang mempunyai ‘wang’, biasanya mereka akan menyewa di chalet berhampiran.

“Manakala, pasangan yang tak mampu, mereka akan melakukan asmara di tepi pantai dengan beralaskan suratkhabar.

“Tidak setakat itu, belakang kedai saya turut menjadi tempat bermadu asmara ketika tidak dibuka kerana terlindung dari pandangan orang ramai,” katanya.

Menurutnya, walaupun beberapa kali beberapa pasangan ditegur penduduk kampung, namun mereka tidak menghiraukan teguran berkenaan, sebaliknya terus melakukan maksiat.

“Kita bimbang, ada ibubapa tanpa disedari melepaskan anak remaja mereka keluar bersama pasangan mereka untuk berpeleseran,” katanya.

Sehubungan itu, Abd Kadir berharap agar pihak berkuasa terutama Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) supaya memantau kejadian itu agar tidak terus berleluasa.

Sementara itu, beberapa pekerja pembersihan pantai yang ditemui Sinar Harian turut mengakui mereka menemui beberapa keping kondom bersepah di pantai itu, selain kertas tisu dan surat khabar bertaburan ketika melakukan kerja pembersihan, membuktikan wujud kegiatan tidak bermoral itu

No comments:

Post a Comment