NEGARA
Maya Karin kini janda
KUALA LUMPUR - Pengesahan nikah yang dibuat pelakon dan pengacara Maya Karin serta suaminya, Muhammad Ali dua minggu lalu gagal menutup kemelut dalam rumah tangga pasangan itu apabila mereka disahkan bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam.
Menurut sumber mahkamah, Maya, 31, dan Muhammad Ali atau nama sebenarnya, Steven David Shorthose, 41, dilihat hadir di mahkamah secara berasingan untuk bercerai secara baik.
Hakim Syarie, Mohd. Amran Mat Zain memutuskan pasangan itu sah bercerai selepas berpuas hati dengan keterangan kedua-dua pihak.
Bagaimanapun butir-butir lanjut mengenai perceraian mereka tidak diketahui memandangkan pasangan tersebut mengambil pendekatan berdiam diri dan merahsiakan daripada media.
Peguam syarie, Norhusniah Husin hadir bagi pihak Maya manakala Muhammad yang juga seorang guru Matematik di sekolah antarabangsa tidak diwakili peguam.
Perceraian tersebut semalam menjawab teka-teki berhubung tindakan pasangan itu yang hanya memohon untuk mengesahkan nikah mereka setelah dua tahun berkahwin baru-baru ini.
Status rumah tangga pasangan itu kembali menjadi bualan setelah mereka hadir di mahkamah pada 24 Jun lalu memohon untuk mengesahkan nikah di Itali dengan 7 Julai kemudian, Hakim syarie Shaiful Azli Jamaluddin mengesahkan pernikahan tersebut
No comments:
Post a Comment