Thursday, July 15, 2010

FIKIR2KAN JANGAN TAK KAJI HALAL ATAU HARAM...

SEKARANG ORANG NAK KAYA CEPAT,,,DAPAT DUIT DENGAN SENANG...TAK PENDULI SUMBER ITU HARAM ATAU HALAL...

 

 

 

NEGARA

 


Rolls Royce jadi gimik



ABD. RAZAK (kanan) memeriksa kereta Rolls Rocye yang disewa khas sebuah syarikat hartanah dipercayai untuk menipu pelabur-pelabur asing di Bandar Puteri, Puchong semalam.



SERDANG - Polis merampas sebuah kereta mewah jenis Rolls Royce bernilai RM2.85 juta yang tertera nama 'D.Y.M.M Tuanku Raja Noor Jan Shah Ibni Al-Marhum Y.A.M Raja Tuah Shah' yang dipercayai digunakan untuk menarik rakyat asing melabur dalam satu perniagaan hartanah global yang dilancarkan di Bandar Puteri, Puchong dekat sini semalam.
Ketua Polis Daerah Serdang, Supritendan Abd. Razak Elias berkata, kereta itu dirampas pukul 1.30 petang ketika ia diletakkan di tempat letak kereta di sebuah bangunan rumah kedai empat tingkat tempat berlangsungnya majlis perasmian bangunan syarikat tersebut.
"Semasa diperiksa kereta itu tiada cukai jalan, menggunakan nombor pendaftaran palsu. Siasatan mendapati kenderaan itu disewa dari sebuah kedai kereta terpakai," kata beliau pada sidang akhbar di sini semalam.
Difahamkan, kereta itu disewa dengan harga lebih RM600 sehari termasuk bayaran perkhidmatan seorang pemandu.
Menurut beliau, kereta itu dipercayai digunakan oleh syarikat tersebut sebagai gimik bahawa syarikat itu benar-benar berjaya dalam bisnes dan disokong oleh kerabat diraja Kesultanan Melaka.
Nama Raja Noor Jan mula menjadi sebutan pada tahun 2006 apabila dia muncul menuntut takhta Kesultanan Melaka. Raja Noor Jan mendakwa dia adalah pewaris sah Raja Alang Abdul Rahman yang merupakan anakanda Sultan Abdullah Mohammad 1, Sultan Perak ke-22.
Mengulas lanjut, Abd. Razak berkata, selain kereta itu polis turut menahan tiga lelaki termasuk pemandu kereta itu.
"Pemandu kereta itu merupakan pekerja kedai kereta terpakai tempat kereta itu disewa dan dia yang berusia 35 tahun didapati positif mengambil dadah syabu," kata beliau.
Dua lagi lelaki yang ditahan dipercayai menjadi penganjur majlis perasmian bangunan itu.



MANA ADA DALAM ISLAM LABUR SIKIT DAPAT BANYAK
MANA ADA DALAM ISLAM BERNIAGA TIADA BARANG
MANA ADA DALAM ISLAM BERNIAGA DIJAMIN UNTUNG BERNIAGA
MEMANG BERNIAGA ADA UNTUNG ATAU RUGI
MANA ADA DALAM ISLAM TIADA MODAL WANG MASUK BANK@DAPAT
DAN MACAM STYLE@GAYA PERNIAGAAN YANG BELUM TENTU IKUT
MUAMALAT ISLAM.....

BUKAN APA...
TAKUT PUAK2 ANTI ISLAM@YAHUDI ATAU NASRANI NAK BAGI DUIT2 HARAM MASUK DALAM PERUT KITA
MEREKA TAHU....JIKA ADA SEKETUL DAGING YANG TERJADI DARI SUMBER YANG HARAM MAKA ALLAH HARAMKAN UNTUK MASUK SYURGA....

LAH NI TREND ORANG TAK PENDULI SUMBER REZEKI ITU HALAL ATAU TIDAK .....YANG PENTING MEWAH DAN BERGAYA....ADAKAH RASULLULLAH SAW DAN SAHABAT2 BEGITU....MEREKA HIDUP MEWAH DAN MENUNJUK2 KEKAYAAN...FIKIR2KAN...JANGAN TAMAK HARTA DUNIA DAN TIDAK TAMAK HARTA AKHIRAT...DUNIA MUSNAH...AKHIRAT KEKAL.....




Umpan Rolls-Royce

Oleh Hadzlihady Hassan
hadzlihady@hmetro.com.my
2010/07/16

SERDANG: Umpan digunakan sebuah syarikat pelaburan bukan calang-calang kerana dikatakan sanggup mengeluarkan modal menyewa sebuah kereta mewah model Rolls-Royce bernilai RM2.85 juta untuk meyakinkan pelabur asing.
BUKTI
...Abd Razak (kanan) menunjukkan kereta mewah dan plat kuning pada kereta Rolls-Royce, semalam.
BUKTI ...Abd Razak (kanan) menunjukkan kereta mewah dan plat kuning pada kereta Rolls-Royce, semalam.
Selain itu, kereta mewah terbabit turut menggunakan plat kuning tertera nama DYMM Tuanku Raja Noor Jan Shah Ibni Al Marhum YAM Raja Tuah Shah, Raja Kesultanan Melaka Darul Islam diletakkan ketika satu majlis pelancaran sebuah bangunan di Bandar Puteri, Puchong kira-kira jam 1.30 tengah hari, semalam.

Bagaimanapun, gimik pihak terbabit berakhir apabila polis merampas kereta mewah berkenaan dan menahan seorang lelaki selepas curiga dengan nombor pendaftaran digunakan.

Ketua Polis Serdang, Superintendan Abd Razak Elias berkata, hasil siasatan mendapati kereta mewah terbabit sengaja dipamerkan pihak penganjur bertujuan meyakinkan pelabur asing yang hadir dalam majlis pelancaran berkenaan.

“Sepasukan anggota polis yang melakukan rondaan di sekitar kawasan berkenaan, mendapati kenderaan mewah dipamerkan itu menjadi tumpuan terutama kira-kira 150 pelabur asing dari Hong Kong, China dan Vietnam.

“Curiga keadaan itu anggota polis menghampiri kereta mewah itu,” katanya.
Menurutnya, ketika itu ada tiga lelaki berusia antara 20 hingga 35 tahun yang mendakwa sebagai pemandu dan juga penganjur majlis berada di situ sebelum polis menjalankan pemeriksaan.

“Pemeriksaan mendapati pemandu kereta positif dadah jenis ketamin dan kini ditahan untuk siasatan lanjut.

“Dua lagi lelaki dibebaskan dan polis masih menjalankan siasatan dan kemungkinan beberapa individu lain ditahan,” katanya

Menurutnya, siasatan mendapati, kenderaan mewah itu milik syarikat sebuah jualan kereta terpakai dan disewa menggunakan nama Sultan Melaka untuk menarik kepercayaan pelabur asing.

Abd Razak berkata, pihaknya akan mendapatkan keterangan Raja Noor Jan sama ada mengetahui namanya digunakan syarikat pelaburan berkenaan.

“Kita akan merujuk kes kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan lelaki ditahan itu disiasat mengikut Akta Dadah Berbahaya,” katanya



Rugi RM350,000 ditipu 2 wanita

Oleh Hamizah Badiran
am@hmetro.com.my
2010/07/17

KLANG: Seorang peniaga busana muslimah mendakwa kerugian RM350,000 apabila diperdaya dua wanita pemilik syarikat pelaburan yang menjanjikan pulangan lumayan melalui skim pelaburan mata wang asing termasuk dolar Amerika Syarikat.
Kedua-dua wanita yang berasal dari Sabah itu dipercayai sudah menipu lebih RM1.5 juta wang pelaburnya di sekitar Lembah Klang.
Mangsa, Mohamad Nor Mohamad Ali, 50, berkata beliau tertarik dengan skim terbabit selepas diperkenalkan oleh seorang rakan sebelum berjumpa sendiri dua wanita itu.

“Saya mula melabur pada akhir Februari lalu dan hanya mendapat pulangannya sekali saja iaitu pada April sebanyak RM2,500.

“Selepas itu, saya langsung tak pernah dapat balik pulangan seperti yang dijanjikannya iaitu 25 peratus hingga 50 peratus daripada jumlah pelaburan pada setiap bulan,” katanya ketika ditemui di rumahnya, di sini, semalam.

Mohamad Nor yang berasal dari Kapar, di sini berkata, selepas tidak menerima sebarang pulangan pelaburan itu, dia menghubungi wanita terbabit untuk mendapatkan maklum balas, namun pelbagai alasan diberikan sebelum dia langsung gagal dihubungi.

Berikutan itu, Mohamad Nor membuat satu laporan di Balai Polis Seksyen 11, Shah Alam, 5 Julai lalu.

Katanya, wanita pertama yang menipunya berusia 34 tahun dan menggunakan beberapa nama samaran seperti Vivi, Erlina dan Hawa untuk memerangkap mangsanya.

“Melihat kepada perwatakan lemah-lembut, bersopan santun dan kerap bercakap soal agama, tak sangka dia seorang penipu licik.

“Wanita kedua yang dikenali sebagai Pat pula berpenampilan ala ‘tomboi’ dan mereka sering bersama,” katanya menambah kedua-dua wanita terbabit mempunyai dua syarikat di Putra Height dan di Puchong Perdana, dekat sini, tetapi ia sudah ditutup.



'Sultan Melaka' nafi terlibat tipu 150

'GOMBAK – Lelaki yang mendakwa dirinya Sultan Melaka Raja Noor Jan Shah menafikan beliau menipu lebih 150 pelabur asing di sebuah majlis di Bandar Puteri, Serdang.

Katanya, beliau hadir sebagai memenuhi undangan rakannya, Datuk Seri Steven Leow Yuan Loi, yang juga Pengarah IP, untuk merasmikan syarikat.

Menurutnya, kereta mewah Rolls Royce bernilai RM2.85 juta yang tertera namanya itu hanyalah gimik pada majlis pelancaran itu dan menganggap ia satu penghargaan yang besar daripada peminat Sultan Melaka sendiri.

Katanya, kemungkinan besar juga Steven mempunyai salasilah kerajaan China yang pernah berdagang ke Melaka dan bersedia diajak ke negara itu bagi membongkar dan menambahkan fakta mengenai hubungan Kesultanan Melayu Melaka dengan kerajaan itu.

“Kereta itu hanya sebagai gimik untuk pelancaran majlis tersebut dan saya menghargai apa yang telah dilakukan Steven.

“Kereta itu saya tidak dapat dan tidak terima langsung. Saya rasa sedikit kesal dengan pihak media yang menulis fakta yang salah. Namun saya belum terfikir untuk mengambil tindakan mahkamah,” katanya pada sidang media di Balai Seri Melaka, Pusat Bandar Seri Gombak di sini, semalam.

Kelmarin, polis peronda menahan sebuah kereta jenis Rolls-Royce yang menggunakan nombor pendaftaran 'Raja Kesultanan Melaka Darul Islam' yang kononnya didakwa digunakan sebagai umpan untuk menarik pelabur asing dalam sebuah majlis di Bandar Puteri, Serdang.

Dalam pertemuan itu ‘Sultan Melaka’ berkenaan turut kesal dengan pihak terbabit yang masih mendiamkan diri dari menegakkan kebenaran bahawa dia adalah waris Kesultanan Melayu Melaka.

“Sudah lima tahun isu ini dipandang sepi dan didiamkan sedangkan daripada 2005 kita telah hantar salasilah keturunan kepada pihak berkenaan.

“Tahun ini juga kita turut menghantar bukti salasilah keturunan kepada Sultan Kedah, Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja, Perdana Menteri dan Yang Dipertuan Agong agar kesasihahan ini dapat diterima dan tidak dibantah,” katanya.

No comments:

Post a Comment