Tuesday, July 13, 2010

ANAK LELAKI NI CARI NAHAS DERHAKA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA...SEBAB MENYUSAHKAN DAN MENGECILKAN HATI MEREKA

Tuntut nafkah 2 cucu

Oleh Mohd Nasif Badruddin
mnasif@hmetro.com.my
2010/07/14

KUALA TERENGGANU: “Saya terpaksa buat begini kerana ini saja cara untuk bertemu semula dengan dia,” kata Mustafa Ismail, 64, yang memfailkan permohonan tuntutan nafkah ke atas anak kandungnya di Mahkamah Rendah Syariah di sini, semalam.
TUNTUT HAK ...Mustafa pada perbicaraan tuntutan terhadap anak lelakinya di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Terengganu.
TUNTUT HAK ...Mustafa pada perbicaraan tuntutan terhadap anak lelakinya di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Terengganu.
Mustafa selaku plaintif membuat tuntutan terhadap Nasrun Mustafa, 37, supaya membayar tunggakan nafkah penjagaan dua cucunya yang juga anak defendan, sejak dia menjaga dua beradik itu tujuh tahun lalu sebanyak RM20,000 serta bayaran nafkah RM800 sebulan secara potongan gaji.

Dalam tuntutan difailkan melalui peguamnya, Fazru Anuar Yusoff, warga emas berkenaan menyatakan Nasrun meninggalkan seorang anak perempuan berusia enam tahun dan anak lelaki berusia sembilan tahun kepadanya selepas bercerai dengan isteri pertama pada 30 Disember 1998 sebelum kedua-duanya berkahwin lain.

Nasrun yang berkhidmat sebagai pengurus di sebuah syarikat cari gali minyak di Kuala Lumpur dengan pendapatan RM17,000 sebulan gagal dihubungi bapanya menyebabkan Mustafa yang tidak bekerja dan bergantung kepada wang simpanan nekad memfailkan permohonan tuntutan di mahkamah.

Hakim Kamarulazmi Ismail menasihatkan kes berkenaan diselesaikan di luar mahkamah dan menetapkan 24 Ogos depan sebagai tarikh sebutan semula.

“Kita tunggu sajalah 24 Ogos ini, dia (Nasrun) ada masa dan saya harap masalah ini dapat diselesaikan dengan baik,” kata Mustafa ketika ditemui Harian Metro di rumahnya di Kampung Beladau Kolam di sini, semalam.
Mustafa berkata, dia buntu memikirkan masa depan dua cucunya dan terpaksa memilih jalan terakhir dengan membawa perkara itu ke mahkamah bagi membolehkan dia bertemu Nasrun.

Pesara syarikat cari gali itu berkata, dia sudah tidak bekerja, malah kesihatannya juga kurang baik kebelakangan ini menyebabkan dia tidak mampu menyediakan kewangan mencukupi untuk dua cucu kesayangannya itu yang masing-masing kini bersekolah dalam tingkatan satu dan tiga.

“Saya hanya mahu dia pulang supaya kami dapat bertemunya. Selama tujuh tahun dia tidak pernah menjenguk kedua-dua ibu bapanya dan dua anaknya... dia tidak pernah memberi nafkah kepada anaknya. Kami mahu dia menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang anak dan bapa dengan baik,” katanya.

Sementara itu, isterinya, Mariam Abdullah, 54, berkata anak sulungnya itu berkahwin dengan isteri pertamanya yang berasal dari Kampung Batu Hampar, Telemong, Hulu Terengganu pada 1994, sebelum bercerai pada 1 Julai 1997, dan perceraian mereka disahkan pada 30 Disember 1998.

Katanya, selepas pasangan itu bercerai, dua cucunya dijaga bekas menantunya sehingga 2004, manakala anak lelakinya tidak pernah mengambil tahu perihal anak mereka. Bagaimanapun, selepas berkahwin baru, bekas menantunya menyerahkan penjagaan cucunya itu kepada dia dan suami.

“Anak lelaki mak cik pun berkahwin lain. Entah di mana silapnya, sejak itulah dia berubah, tidak pernah menjenguk kami dan anak-anaknya. Malah, perbelanjaan anaknya juga tidak pernah diberi. Mak cik bukan nak memuji, tapi sebelum berkahwin kali kedua, Nasrun seorang anak yang sangat baik.

“Bercakap dengan mak ayah pun sopan santun, sembahyang tidak pernah tinggal, malah sebagai anak sulung dan abang kepada enam adik, dia sangat mengambil berat hal keluarga. Siapalah yang tidak sedih bila perkara begini terjadi pada keluarga...tanya hati masing-masinglah,” katanya sambil mengelap air mata dengan tudung dipakainya.



MANA ADA DERHAKAN MODEN DERHAKA KUNO..DERHAKA..DERHAKA LAH...MASUK NERAKA LA...


Derhaka moden'

Oleh Faizatul Farlin Farush Khan
ffarlin@hmetro.com.my
2010/07/15

KUALA LUMPUR: Perbuatan anak tidak bertanggungjawab hingga memaksa ibu bapa membawa kes ke mahkamah semata-mata untuk bersua muka adalah satu antara ribuan contoh derhaka ‘moden’ yang semakin melingkari generasi masa kini.
Pakar motivasi dan penceramah bebas, Zawawi Yusoh berkata, seorang anak berdosa kerana mengabaikan tanggungjawab kepada kedua-dua ibu bapanya dan apabila dia derhaka, ia mengundang kemurkaan Allah.
Katanya, apabila Allah murka disebabkan derhaka kepada ibu bapa, maka kehidupan seseorang itu sukar bahagia walaupun mungkin bergaji besar atau mempunyai status sosial tinggi dalam masyarakat.

“Apalah ertinya kehidupan kita di atas muka bumi ini jika Allah sudah murka sedangkan semua yang ada di dunia ini termasuk tanah yang kita pijak dan udara yang kita sedut milik Allah,” katanya ketika dihubungi semalam.

Semalam, Harian Metro melaporkan seorang warga emas, Mustafa Ismail, 64, memfailkan permohonan tuntutan nafkah ke atas anaknya, Nasrun Mustafa, 37, di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Terengganu dengan harapan dapat bersua muka dengan anaknya itu.

Dalam tuntutan difailkan melalui peguamnya, Fazru Anuar Yusoff, warga emas berkenaan menyatakan Nasrun meninggalkan seorang anak perempuan berusia enam tahun dan anak lelaki berusia sembilan tahun kepadanya selepas bercerai dengan isteri pertama pada 30 Disember 1998 sebelum kedua-duanya berkahwin lain. Nasrun yang berkhidmat sebagai pengurus di sebuah syarikat cari gali minyak di Kuala Lumpur dengan pendapatan RM17,000 sebulan gagal dihubungi bapanya menyebabkan Mustafa yang tidak bekerja dan bergantung kepada wang simpanan nekad memfailkan permohonan tuntutan di mahkamah. Zawawi berkata, tidak salah untuk ayah itu membuat tuntutan melalui mahkamah kerana ia haknya selain secara tidak langsung sudah mengambil langkah menuntutnya di dunia sebelum anaknya dituntut di akhirat kelak.

“Seorang lelaki pernah mendatangi Nabi Muhammad saw pada suatu hari dan bertanya mengenai kehendak bapanya yang mahukan hartanya, nabi menjawab ‘kamu dan harta kamu adalah milik ayah kamu’,” katanya.

Katanya, jawapan itu cukup untuk menunjukkan seseorang bapa itu mempunyai hak terhadap harta anaknya, maka tidak salah untuk seorang ayah membuat tuntutan di mahkamah supaya anaknya itu bertanggungjawab bukan saja terhadap ibu bapanya tetapi kepada anak-anaknya sendiri.

Zawawi berkata, pelbagai bentuk derhaka berlaku sekarang dan ia bukan semata-mata melukakan hati ibu bapa malah sikap sesetengah anak mengabaikan tanggungjawab menjaga anak sendiri dengan menyerahkan kepada ibu bapanya juga adalah sesuatu yang tidak sepatutnya dilakukan



Bapa saman tiga anak RM2 juta

Oleh Syah Rul Aswari Abdullah

2010/07/15

SHAH ALAM: Seorang warga emas berusia 85 tahun menyaman tiga anak lelakinya sebanyak RM2 juta selepas mendakwa dikurung dan dipaksa menandatangi satu surat pembahagian harta puska.
Baharom Long yang kini masih trauma memfailkan saman itu menerui peguammya Mohd Azmi Talib di Mahkamah Tinggi Sivil, di sini pagi ini.




Saman RM2j

Oleh Syah Rul Aswari Abdullah
srul@hmetro.com.my
2010/07/16

SHAH ALAM: Seorang bapa melahirkan kekesalan terhadap perbuatan tiga daripada lima anak kandungnya sebagai tidak wajar kerana memaksanya menandatangani pada surat pembahagian harta pusaka, selepas didakwa mengurungnya dalam rumah, tiga tahun lalu.
SEDIH...Baharom tidak dapat menahan sedih ketika menfailkan saman, semalam.
SEDIH...Baharom tidak dapat menahan sedih ketika menfailkan saman, semalam.
“Tindakan ketiga-tiga anak saya itu tidak kena pada tempatnya. Saya masih hidup, mereka paksa saya tandatangan kerana mahu rampas harta saya,” kata Baharom Long dengan linangan air mata ketika ditemui di luar Mahkamah Tinggi Sivil di sini, semalam.

Terdahulu, dia yang menyambut hari jadi ke-85 semalam, memfailkan saman tuntutan ganti rugi berjumlah lebih RM2 juta terhadap tiga anaknya yang didakwa mengurung dan memaksanya menurunkan tandatangan pada satu surat berhubung pembahagian harta pusaka, pada 2007.

Baharom, bekas pesara Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) memfailkan saman itu menerusi peguam Muhd Azmi Talib & Co.

Dia menamakan anak sulungnya, Md Hanafiah, 55, pesara tentera sebagai defendan pertama, manakala Zakariah, 52, dan Musa, 50, kedua-duanya bekerja di bahagian kargo syarikat penerbangan, masing-masing sebagai defendan kedua dan ketiga. Baharom mempunyai dua lagi anak, Roslan, 48, dan Azizan, 44.

Dalam penyataan tuntutannya, Baharom mendakwa, defendan kedua berjumpanya di Masjid Selayang di pinggir Kuala Lumpur, sekitar November 2007 dan membawanya ke rumah defendan pertama sebelum mengunci pintu dan tingkap kediaman itu
Di situ, Baharom mendakwa dipaksa menandatangani surat yang tidak diketahui isi kandungannya sekiranya mahu berkahwin kali kedua.

Menerusi salinan surat yang diterimanya kemudian, plaintif mendapat tahu ia surat akuan bersumpah berhubung pembahagian dua lot tanah di Selayang Baru dan Kampung Nakhoda di Batu Caves, milik dia dan arwah isterinya

Oleh itu, plaintif mendakwa semua defendan secara bersama atau berasingan menipu dan memanipulasi kedudukannya memaksa dia menandatangani surat akuan bertarikh 3 Disember 2007.

Selain itu, dia mendakwa defendan secara agresif memaksanya menyerahkan geran kedua-dua tanah terbabit tanpa persetujuan atau kerelaannya.

Akibat tindakan defendan, plaintif mendakwa dia mengalami trauma serius sehingga sentiasa hidup dalam ketakutan terutama tinggal berseorangan di rumah.

Dia mendakwa mengalami kemurungan teruk kerana bimbang kejadian sama berulang sehingga memaksanya mengambil ubat khas bagi mengawal masalah itu.

Selain itu, plaintif mendakwa perlu berulang-alik ke hospital bagi menjalani rawatan psikologi akibat trauma daripada peristiwa berkenaan.


Ayah tenat mahu bertemu nenek



2010/07/16

KUALA LUMPUR: Seorang anak yang kini tenat dan terlantar di hospital menyimpan hasrat untuk bertemu ibu tercinta sebelum menghembuskan nafas terakhir selepas lebih dua tahun terpisah.
Salleh Abd Hamid, 64, kini terlantar di sebuah hospital swasta di Shah Alam akibat komplikasi jantung dan paru-paru manakala doktor meramalkan harapan untuk pulih tipis.
Anak Salleh, Ahmad Fadhli, 34, berkata bapanya selalu memanggil nama nenek, Che Gayah Awang, 82, membuatkan dia ingin mencarinya walaupun nenek hilang sejak 2008.

“Kami sekeluarga giat berusaha mencari nenek di rumah saudara-mara, pusat kebajikan dan rumah orang tua, namun sehingga sekarang belum berhasil,” katanya ketika ditemui bersama isterinya, Nur Saniah Abdul Wahab di sini, semalam.

Ahmad Fadhli berkata, neneknya itu sudah nyanyuk dan mula tinggal dengan bapanya di Klang sejak 1997 selepas datuknya meninggal dunia.

“Pada hari kejadian, nenek keluar rumah sehelai sepinggang termasuk tidak membawa pengenalan diri, wang serta sebuah diari yang selalu dibawanya,” kata Ahmad Fadhli.

Menurutnya, laporan polis juga sudah dibuat adiknya sebelum ini di Klang berhubung kehilangan terbabit.

Ahmad Fadhli berharap orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai neneknya itu memaklumkan kepada balai polis berhampiran

No comments:

Post a Comment