Sunday, July 11, 2010

KERJAYA PUN BERBENTUK FITNAH....MAKA NI LAH KESANNYA...BILA KITA TAK IKUT HUKUM ALLAH...TAK PENDULI DOSA PAHALA

Penyanyi diserang

Oleh Muhd Izawan Baharin dan Suraya Roslan
am@hmetro.com.my
2010/07/12

PETALING JAYA: Perbincangan antara rakan lelaki juara program realiti MyStarz LG musim ketiga, Tom Raja Farah dengan ahli keluarga isteri lelaki itu bagi mencari penyelesaian terhadap isu rumah tangga mereka, semalam, berakhir dengan pergaduhan apabila berlaku tumbuk-menumbuk dan sepak terajang sehingga menyebabkan penyanyi itu serta beberapa individu lain cedera.
Pergaduhan berlaku kira-kira jam 5.30 petang di tepi jalan raya berhampiran sebuah restoran berdekatan Balai Polis Damansara itu menggemparkan orang ramai termasuk sekumpulan wartawan yang dijemput ahli keluarga isteri rakan lelaki Tom atau nama sebenar Raja Farah Afzal Raja Ikram, 25.

Pertemuan itu dibuat beberapa jam selepas ahli keluarga isteri rakan lelaki penyanyi itu mengadakan sidang media di kediaman mereka bagi memberi penjelasan susulan kenyataan Tom, rakan lelakinya dan isteri lelaki itu yang mendakwa mereka difitnah dalam satu program hiburan di televisyen, tengah hari semalam.

Ketika sidang media berlangsung, suami wanita itu menghubungi seorang ahli keluarga isterinya bagi menyatakan hasrat untuk bertemu di rumah mereka, tetapi mengubah lokasi ke Balai Polis Damansara beberapa minit kemudian.

Pihak keluarga wanita itu bersama wartawan kemudian pergi ke Balai Polis Damansara tetapi Tom enggan bertemu, sebaliknya mahu berjumpa seorang demi seorang ahli keluarga berkenaan di sebuah restoran berdekatan.

Ketika ditemui di lokasi itu, Tom sempat menyatakan dia tidak menyangka ahli keluarga wanita berkenaan sanggup berkasar kerana dia menjaga anak perempuan mereka yang sarat mengandung dengan baik.

Pada awal pertemuan itu, suasana tenang apabila kedua-dua pihak berbincang dengan baik namun tanpa diduga, tiba-tiba Tom yang kelihatan sedang duduk berbual dengan seorang ahli keluarga isteri rakan lelakinya diserang oleh seorang lelaki.

Akibat serangan itu, Tom jatuh terbaring di atas jalan raya, namun lelaki terbabit masih cuba menyerangnya manakala rakan lelaki penyanyi itu bersama seorang lagi kawannya turut bergaduh dengan anggota keluarga lain sehingga menggemparkan orang ramai yang berada di situ.

Bagaimanapun, pergaduhan itu dapat dileraikan apabila beberapa ahli keluarga lain menenangkan keadaan manakala Tom bersama dua rakan lelakinya bergegas ke Balai Polis Damansara yang terletak kira-kira 50 meter dari tempat kejadian.

Susulan kejadian, kedua-dua pihak membuat laporan di Balai Polis Damansara, manakala Tom yang ditemui sejurus selesai membuat laporan enggan mengulas insiden berkenaan kerana tidak mahu mengganggu siasatan polis.

“Mungkin saya akan membuat kenyataan media secara rasmi tapi tidak tahu bila. Buat masa sekarang saya tidak mahu komen apa-apa, biar polis jalankan siasatan dulu,” katanya yang cedera di pipi kanan, perut dan paha kiri.

Terdahulu pada sidang media, bapa angkat kepada isteri rakan lelaki Tom yang enggan namanya disiarkan berkata, mereka sudah lama mengetahui ‘hubungan sulit’ penyanyi itu dengan suami anak angkatnya sejak berada di Taiping, Perak lagi.

“Kami hanya mendiamkan diri kerana sedar kami hanya keluarga angkat tapi siapa mampu menahan sabar apabila kami mendapat tahu anak perempuan yang kami jaga umpama anak sendiri sejak berusia setahun didera suami dan teman wanitanya.

“Kami cuba mengesan tempat tinggal mereka di sini tapi gagal sehinggalah mendapat tahu anak angkat saya itu melahirkan anak sulung di Hospital Sungai Buloh pada 29 Jun lalu.

“Pelbagai cerita tidak elok kami dengar mengenai apa yang berlaku antara penyanyi itu dengan suami anak angkat saya, malah anak angkat saya itu sendiri menceritakan segala-galanya mengenai dia dipukul menerusi SMS dan panggilan telefon, namun disebabkan takutkan suami, dia enggan membuat laporan polis,” dakwanya.

Ibu angkat wanita itu, Norliza Shamsuddin, 53, pula berkata hatinya terguris apabila menonton program televisyen mengenai kenyataan Tom dan suami anak angkatnya.



Tak sanggup adik didera

Oleh Suraya Roslan
surayaroslan@hmetro.com.my
2010/07/13

KUALA LUMPUR: “Saya tak tergamak melihat adik saya terus didera suaminya,” kata Azril Adzlee Ali, 30, abang angkat kepada wanita yang suaminya didakwa mempunyai hubungan intim dengan juara program realiti MyStarz LG musim ketiga, Raja Farah Afzal Raja Ikram atau lebih dikenali sebagai Tom.
Azril mendakwa, adiknya yang dipanggil Ayien, 23, sering menjadi mangsa deraan suaminya. Malah, dia mendakwa Tom, 25, yang tinggal serumah dengan pasangan itu turut mendera adiknya.
Harian Metro semalam melaporkan mengenai pergaduhan berlaku di antara anggota keluarga Ayien, suaminya dan Tom di tepi jalan raya berhampiran restoran berdekatan Balai Polis Damansara di Damansara Utama. Kejadian itu disaksikan orang ramai dan wartawan yang sebelum itu dipanggil keluarga angkat Ayien untuk mengadakan sidang media bagi memberi penjelasan susulan dakwaan Tom, Ayien dan suaminya dalam program hiburan televisyen, kelmarin yang mendakwa mereka difitnah. Dalam kejadian jam 5.30 petang itu, berlaku tumbuk-menumbuk dan sepak terajang sehingga Tom serta beberapa individu lain cedera.

Azril berkata, dia perlu memberi penjelasan mengenai kejadian itu yang didakwanya susulan daripada penderitaan Ayien yang mengadu sering didera suaminya. Katanya, walaupun berstatus adik angkat, hubungan dia dan keluarganya dengan Ayien sebenarnya seperti keluarga kandung kerana mereka menjaga Ayien sejak umurnya satu tahun.

“Ayien dan suaminya sudah dua tahun berkahwin, tapi suaminya bermasalah. Selepas berkahwin kehidupan mereka tak tentu arah. Malah, semasa Ayien mengandung, dia bekerja mencari rezeki menyara keluarga,” katanya.

Menurut Azril, kejadian Ayien sering dipukul suaminya diketahuinya selepas Ayien menghantar SMS kepada keluarga suaminya dan mereka memanjangkan SMS itu kepada keluarga angkatnya.

“Selepas dimarahi bapanya, suami Ayien bawa adik (Ayien) ke ibu kota. Sejak itu kami putus hubungan dengannya selama dua minggu. Disebabkan bimbang keselamatannya, kami buat laporan polis. “Kami makin marah dan kecewa apabila mendapat tahu suami Ayien ada hubungan dengan Tom. Keadaan adik saya (Ayien) ketika ini sekejap baik dan sekejap tidak. Saya rasa dia keliru serta trauma,” dakwanya. Bagaimanapun, Azril enggan mengulas mengenai tindakan keluarganya memukul Tom, seperti dilaporkan akhbar semalam dengan alasan dilarang bapanya daripada berbuat demikian.

“Kita tunggu siasatan polis selesai kerana saya tidak mahu mengganggu kerja polis dengan memberi komen. Apa yang saya ceritakan ini mengenai penderitaan dialami adik saya,” katanya. “Kami membuat laporan polis mengenai kejadian itu dan membawa Ayien membuat pemeriksaan kesihatan untuk membuktikan dia sememanga didera,” katanya.

Dia juga tidak memberi kerjasama apabila Harian Metro meminta menemubual Ayien dengan alasan wanita itu memerlukan rehat kerana masih dalam pantang melahirkan anak.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan polis dibuat keluarga Ayien dan laporan sama turut diterima daripada Tom.

“Kita masih menyiasat setiap laporan itu dan mengkaji motif sebenar pergaduhan itu berlaku,” katanya.

No comments:

Post a Comment