Saturday, March 26, 2011

ADAKAH KITA SUKA MENGANJURKAN MAJLIS2 DILARANG ALLAH@MAKSIAT....ADAKAH KITA NAK MENGEMBANGKAN KERJA2 DOSA YANG MEMBAWA KEMURKAAN ALLAH...ADAKAH KITA TANYA MUFTI2 MINTA PANDANGAN DARI SEGI HUKUM....ADAKAH HIBURAN BUKA AURAT SERTA BERCAMPUR GAUL SERTA MELALAIKAN DIBENARKAN DARI SEGI SYARAK....ADAKAH ORANG MELANGGAR HUKUM ALLAH NAK DIKETENGAHKAN...ADAKAH KITA TAK MENGERTI YG MANA DOSA ...DAN YG MANA PAHALA.....

‘Pinggul Fasha menggoda’

Oleh FIRDAUS SAHAT, SHAMRAN SARAHAN dan MURSHID EUNOS
metahad@hmetro.com.my

FASHA... kuasai undian dengan 14.76 peratus
FASHA... kuasai undian dengan 14.76 peratus
KUALA LUMPUR: Istilah seksi dan artis seakan tidak dapat dipisahkan dalam industri seni, sama ada di Hollywood, Bollywood atau di negara kita.
Berikutan itu, Metro Ahad terpanggil untuk menjalankan satu kajian bagi mencari ‘5 Artis Paling Seksi’ tanah air melalui laman web rasmi Kumpulan Harian Metro, MyMetro, bermula 7 Mac lalu.

Pilihan lima artis paling seksi dan panas itu membabitkan 29 selebriti wanita dalam negara. Sejak carta undian ini dikeluarkan, maklum balas yang diterima daripada peminat seni dan pembaca akhbar ini cukup memberangsangkan dengan kira-kira 2,000 pembaca melakukan undian.
Setakat ini, pelakon penuh kontroversi, Fasha Sandha masih menduduki tempat pertama carta undian. Pada minggu pertama, undian teratas mulanya memihak Rozita Che Wan. Namun, nama Fasha membuat kejutan pada minggu berikutnya apabila mendahului semua artis lain dengan rating sebanyak 14.76 peratus sehingga kelmarin.

Kedudukan carta berkenaan sentiasa berubah, namun setakat ini populariti pelakon filem Anak Halal dan Evolusi KL Drift itu masih belum dapat ditandingi. Rozita terus mengikut rapat di belakang Fasha, itupun perbezaan rating antara kedua-dua selebriti popular ini tidak jauh. Setakat ini, Rozita mendapat undian 10.31 peratus, dan hanya 4.45 peratus di belakang Fasha. Rozita satu- satunya artis berusia dan berstatus janda dalam senarai lima artis teratas.

Tiga artis lain dalam senarai lima teratas adalah Zila Bakarin, Rabecca Nur dan Jue Aziz. Rating ketiga-tiga artis ini sangat jauh tertinggal di belakang Fasha dan Rozita. Zila Bakarin menduduki tangga ketiga senarai dengan undian sebanyak 6.41 peratus. Tuah banyak menyebelahi pelakon lama ini dan lebih membanggakan Zila tidak pernah terkeluar daripada rating lima terbaik dalam carta. Agak mengejutkan, Rebecca Nur Al Islam menduduki carta keempat gadis paling seksi. Sekalipun sudah bergelar isteri kepada seorang usahawan, ternyata popularitinya masih belum merudum.

Pelakon muda berusia 25 tahun ini mendapat undian sebanyak 4.19 peratus manakala kedudukan kelima milik Jue Aziz dengan undian sebanyak 3.27 peratus.

Dalam senarai berikutnya, jika dikira mengikut rating ke enam hingga 10, pembaca MyMetro memilih Nora Danish (3.11 peratus), Nur Fazura (3.09 peratus), Ayu Raudhah (3.09 peratus), Zarina An Julie (2.91 peratus) dan Marsha (2.43 peratus).
Nama artis lain yang turut tersenarai dalam carta undian terbabit ialah Maya Karin, Faradhiya, Diana Danielle, Scha Al-Yahya, Lisa Surihani, Nita Hamzah, Nasha Aziz, Tiz Zaqyah, Natasha Hudson, Sarimah Ibrahim, Miz Nina, Mimi One Nation Emcee, Juliana Evans, Yasmin Khanif, Maria Farida, Dayang Nurfaizah, Azharina, Watie Elite dan Julia Ziegler. Berhubung penyiaran undian ‘5 Artis Paling Seksi’ ini, pelbagai reaksi dan persepsi daripada peminat dunia seni tempatan, terutama di kalangan pembaca Harian Metro dan Metro Ahad.

Menurut seorang pembaca, Fauzi Latif, 30, sekalipun Fasha tidak pernah kering dengan pelbagai kontroversi, tidak dinafikan pelakon terbabit pandai menjaga penampilan.

“Artis macam Fasha ada pakej menarik. Saya suka melihatnya ketika dia tampil di khalayak, terutama di media.

“Dia ada rupa yang cantik dan pandai pula bergaya. Mata dan pinggul Fasha memang menggoda,” katanya.

Dalam senarai lima artis paling seksi pada mata Fauzi, selain memilih Fasha Sandha sebagai artis paling sesuai dengan jolokan itu, dia turut memilih Tiz Zaqyah, Faradhiya, Rozita Che Wan dan Nasha Aziz.

Bagi Muhammad Ashraf, 36, dia meminati Fasha bukan saja kerana paras rupa pelakon berkenaan, bahkan daripada segi penampilan serta cara percakapan yang cukup menggoda dan manja.

“Apabila Fasha tampil di kaca televisyen, gaya pertuturannya berada dalam kelas tersendiri. Dia memang menggoda dan manja, lelaki yang mengenalinya mesti cair.

“Apapun, bagi pendapat saya, artis seksi tidak semestinya dinilai daripada segi kecantikan dan cara berpakaian. Seperti Nasha Aziz, dia tidak perlu berpakaian seksi tetapi dirinya itu sendiri secara semula jadi sudah seksi,” katanya yang memilih Fasha Sandha, Nasha Aziz, Maya Karin, Faradhiya dan Sarimah Ibrahim sebagai artis paling seksi.

Selain itu, Nur Farahliza Azman, 29, pula berpendapat pemilihan Fasha di kalangan pembaca Harian Metro mungkin disebabkan dengan gosip panas yang menaikkan namanya kebelakangan ini. Bagi Farah, artis paling seksi sepatutnya diberikan kepada Rozita Che Wan.

“Pada pendapat saya, Rozita lebih seksi dan tubuh badannya lebih menggiurkan lelaki. Saya yang juga seorang wanita mengimpikan untuk memiliki tubuh badan sepertinya.

“Namun, secara jujur, istilah seksi tidak terletak kepada tubuh badan dan pakaian semata-mata sebaliknya ia perlu diukur daripada pelbagai segi seperti gaya percakapan, cara berpakaian dan sebagainya.

“Begitupun, tidak semua yang berpakaian terdedah sana sini boleh digelar seksi. Bagi saya, seksi itu adalah sesuatu yang subjektif,” katanya.

MyMetro masih mengekalkan undian ‘5 Artis Paling Seksi’ dalam MyMetro. Kepada pembaca yang ingin memberi sokongan pada artis kesayangan anda, sila buat undian anda dan layari laman web www.hmetro.com.my.


Seksi anugerah semula jadi

KUALA LUMPUR: “Seksi adalah satu anugerah semula jadi,” itu maklum balas Fasha Sandha, selepas namanya diundi sebagai selebriti paling ‘panas’ dalam carta ‘Undian 5 Artis Paling Seksi’ laman web Harian Metro, MyMetro.
Aktres yang dikenali dengan perwatakan manja ini awalnya terkejut apabila mendapat tahu terpilih pelayar laman web MyMetro sebagai Artis Paling Seksi.

Di sebalik pemilihan undi berkenaan, Fasha mengakui jika ia tidak dilihat daripada perspektif luas, istilah seksi lebih cenderung kepada pesona negatif atau boleh mencetuskan kontroversi.
Pun begitu, katanya, ia tidak semestinya dianggap satu stigma yang hanya berfokus pada satu definisi semata-mata, dan melabelkan seksi itu pada konotasi negatif.

“Bukan sekadar pada aspek pemakaian atau ketrampilan saja, sebaliknya seksi itu boleh dilihat daripada pelbagai sudut pada diri seseorang wanita itu seperti gaya percakapan, senyuman, susuk tubuh, mata, rambut dan anggota tubuh yang lain.

“Justeru, usah terus memegang persepsi negatif atau memandang serong kepada seseorang pesona yang digelar seksi kerana istilah itu adalah subjektif dan luas,” katanya yang turut mengagumi kejelitaan dan simbolik seksi pada Erra Fazira, Sofea Jane dan Seniwati Saadiah.

Aktres berusia 27 tahun yang juga kelahiran Johor Bahru ini tidak menafikan dirinya memang sinonim dengan simbolik nilai seksi seorang wanita, terutama daripada pandangan peminatnya sendiri. Namun, bintang filem Cicak Man dan Anak Halal ini menyifatkan gelaran itu satu penghargaan daripada peminat dan mereka yang tidak henti menyokongnya.

“Lihat saja lakonan saya dalam drama bersiri terbaru, Samson Delaila. Ramai penonton dan peminat yang memberikan reaksi positif berhubung dengan istilah seksi yang ada pada saya. “Harus diingat juga, label seksi itu juga satu pujian yang setidak-tidaknya menghidupkan lagi rasa yakin buat diri, bukan saja untuk saya sebagai seorang aktres, bahkan wanita lain,” katanya. Bercakap lanjut soal seksi ini, Fasha percaya istilah berkenan tidak relevan lagi diletakkan pada aspek pemakaian seseorang saja, sebaliknya seorang wanita matang boleh dinilai daripada segi wajah dan gaya percakapan untuk memancing perhatian ramai. Hampir lapan tahun melayari hidup sebagai anak seni, bintang siri televisyen terkenal ini sudah puas menghiasi ratusan wajah depan majalah dan akhbar tempatan serta membintangi puluhan filem dan drama. Malah apa saja yang menggunakan wajah atau namanya, pasti menjadi perhatian utama.
“Alhamdulillah rezeki itu tidak putus. Saya percaya, lebih ramai orang yang mempertikaikan kita, Tuhan itu akan memberikan lebih ruang buat hambanya untuk menikmati kebahagiaan. “Saya begitu bertuah kerana dikelilingi insan yang tidak henti menyokong dan menyayangi saya serta peminat yang tidak penat berdiri di belakang saya. Jika saya dikatakan pelaris, terpulang pada mereka,” katanya berseloroh.

Mengakui kecantikan dan ketrampilan menarik adalah elemen penting buat seorang pelakon sepertinya, bintang jelita yang kini sibuk menguruskan perniagaannya, Chinta Saloon cukup mengambil serius soal penjagaan diri agar tidak kelihatan kusam atau tidak bermaya.

“Saya cukup mengambil berat soal penjagaan wajah, rambut dan diri. Tidak cukup dengan hanya membasuh muka setiap hari dan menjalani rawatan sekiranya tiada petua atau mengambil vitamin untuk kesihatan dalaman. Jadual kerja padat dan tuntutan tugas harian yang begitu penuh tidak sekali dijadikan alasan kepada saya untuk mengabaikan aspek itu,” katanya. “Mungkin kerana itu peminat dan mata sekeliling sentiasa melihat saya dalam keadaan sedia dan kemas,” katanya. Sementara itu, aktres jelita, Rozita Che Wan, 38, yang menduduki rating kedua selepas Fasha nampaknya masih lagi melekat di jiwa peminat seni tanah air meskipun pernah menggemparkan negara selepas kenyataannya yang ingin bersara daripada dunia seni. Sehingga kelmarin, Rozita kekal di tangga kedua senarai terbabit walaupun sebelum ini pernah mengungguli carta terbabit pada minggu pertama mengatasi 29 artis lain. Hanya 4.45 peratus undi yang membezakan kedudukan Rozita dan Fasha. Apa yang menarik, dalam lima senarai itu Rozita satu-satunya selebriti yang agak berusia dan berstatus janda, tetapi masih menjadi pilihan pembaca.

Mengulas mengenai undian itu, Rozita seperti tidak menyangka peminat dan pembaca akhbar ini masih menganggapnya selebriti seksi.

Pun begitu, aktres ini berkata, meskipun orang luar ada persepsi sendiri mengenai status seksi dirinya, dia ada tanggapan sendiri mengenai jolokan seksi itu secara peribadi.

“Seksi pada saya bukan hanya terletak pada pakaian, tetapi ia perlu dilihat daripada pelbagai sudut.

“Untuk bergelar seksi, ia membabitkan pelbagai perkara dan yang paling penting adalah personaliti, body language (tingkah laku), rupa paras dan juga bentuk badan,” katanya.



Sah hangat

Oleh SHAMRAN SARAHAN
shamss@hmetro.com.my

SESAK... warga kota memenuhi ruang di depan pentas bagi menyaksikan persembahan.
SESAK... warga kota memenuhi ruang di depan pentas bagi menyaksikan persembahan.
KUALA LUMPUR: Kemunculan artis popular dan penyampai radio stesen radio tanah air dalam acara sukaneka bagi menjayakan persembahan Karnival Konsert Terima Kasih Harian Metro (HM) di Dataran Merdeka, di sini semalam, cukup hangat.
Acara yang bermula jam 10 pagi itu diceriakan dengan kehadiran artis antaranya Almy Nadia, Joey BPR, Shahir AF, Black Mentor, Afee Utopia, Dafi, Arja Lee, Roslan Shah dan Amiza Adnan; manakala penyampai radio, Kieran, Fara Fauzana, Ag, Hanif, Feeya dan Ray.

Sepuluh pasukan yang terbabit dalam sukaneka itu mewakili Hot.FM, Sinar.FM, Era.FM, Suria.FM, KLFM, Metro Arena, Metro Rap, Hip Berita Harian dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Pengarang Kumpulan Harian Metro, Datuk Mustapa Omar berkata sokongan daripada stesen radio tanah air, termasuk kehadiran artis tempatan amat bermakna bagi sambutan karnival ini bagi meraikan Sambutan 20 Tahun HM.
“Tidak dinafikan, kehadiran mereka (penyampai radio dan artis) memeriahkan lagi sambutan karnival dan secara tidak langsung mampu menarik perhatian pengunjung.

“Saya percaya pengunjung terhibur dengan program yang kita adakan sepanjang hari dan ia adalah hadiah HM kepada pembaca selepas 20 tahun akhbar ini diterbitkan,” katanya.

Hadir sama, Pengerusi Sambutan 20 Tahun HM yang juga Pengarang Eksekutif (Berita) HM, Othman Mamat. Bagi acara sukaneka yang berlangsung, juara keseluruhan diungguli kumpulan Hot.FM, tempat kedua dari KLFM dan Hip Berita Harian di tempat ketiga. Hadiah bagi acara ini disumbangkan Primeworks Studio Sdn Bhd, Skop Production Sdn Bhd, Tayangan Unggul Sdn Bhd dan Global Station Sdn Bhd dengan pemberian pelbagai hadiah menarik dan wang tunai membabitkan sumbangan bernilai lebih RM20,000. Tidak lupa juga, Mustapa merakamkan setinggi penghargaan dengan penaja utama karnival iaitu Kumpulan Ambank dan penaja bersama Astro serta penaja lain iaitu Nestle, Digi dan TM.

“HM berbangga dapat berkongsi dengan rakan penaja menjayakan karnival konsert ini. “Apa yang kita lakukan adalah satu inisiatif kita sebagai akhbar utama negara bersama kumpulan korporat yang menaja anjuran karnival untuk mendekati orang ramai, khususnya pembaca HM di peringkat akar umbi,” katanya.

Sementara itu, tapak pameran Suria.FM agak riuh selepas dikerumuni pengunjung berikutan kehadiran pelakon popular, Maya Karin dan Remy Ishak. Selain ingin meraikan bersama sambutan karnival ini, dua pelakon popular terbabit hadir bagi mempromosikan filem, Cun! lakonan mereka yang bakal ditayangkan 31 Mac ini.
Menyentuh penganjuran konsert HM, Maya memuji pendekatan akhbar ini mendekati pembaca dengan menganjurkan konsert berkenaan secara percuma kepada orang ramai.

Maya berkata, ia adalah satu penghargaan yang pasti akan melekat pada jiwa pembaca setia HM bagi mengekalkan reputasi sebagai akhbar nombor satu negara. “Apa yang saya lihat, karnival dan konsert ini adalah medan terbaik buat HM untuk menjalin hubungan berterusan dengan orang ramai.

“Sebagai artis, saya percaya ini juga adalah ruang dan peluang untuk kami (artis) mendekati peminat yang membanjiri karnival ini sepanjang dua hari ia berlangsung,” katanya.

Mengenai Konsert Terima Kasih HM yang berlangsung malam tadi, ia dihangatkan dengan kemunculan artis popular tanah air, antaranya Datuk Siti Nurhaliza, Ramli Sarip, Ella, Lan Typewriter, Black Mentor, Stacy AF, Alyah, Ahmad Jais, Bunkface, Min Yasmin dan Shahir AF. Ia turut dimeriahkan dengan kemunculan pelawak dari Raja Lawak, Zizan dan Johan sebagai hos konsert. Sebelum konsert itu berlangsung, terlebih dulu karnival dimeriahkan dengan pelbagai acara menarik, antaranya sukaneka, persembahan jalanan 'Don't Panic Team' membabitkan persembahan kumpulan tarian, Indie, Buskers dan muzik; serta Metro Street Fashion Show. Hari ini, karnival terus berlangsung seawal jam 9 pagi dengan persembahan tarian poco-poco, persembahan jalanan (street perfomance), persembahan muzik dari kumpulan indie dan pertunjukan ‘super car’ serta ‘super bike’.


Firman Allah s.w.t:

وَلَقَدْ بَعَثْنَا فِي كُلِّ أُمَّةٍ رَسُولًا أَنِ اُعْبُدُوا اللَّهَ وَاجْتَنِبُوا الطَّاغُوتَ فَمِنْهُمْ مَنْ هَدَى اللَّهُ وَمِنْهُمْ مَنْ حَقَّتْ عَلَيْهِ الضَّلَالَةُ فَسِيرُوا فِي الْأَرْضِ فَانْظُرُوا كَيْفَ كَانَ عَاقِبَةُ الْمُكَذِّبِينَ


Dan sesungguhnya Kami telah mengutus dalam kalangan tiap-tiap umat seorang Rasul (dengan memerintahkannya menyeru mereka): Hendaklah kamu menyembah Allah dan jauhilah taghut. Maka di antara mereka (yang menerima seruan Rasul itu), ada yang diberi hidayat petunjuk oIeh Allah dan ada pula yang berhak ditimpa kesesatan. Oleh itu mengembaralah kamu di bumi, kemudian lihatlah bagaimana buruknya kesudahan umat-umat yang mendustakan Rasul-rasulnya.
(Surah Al-Nahl 16: Ayat 36)


وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنْسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ مَا أُرِيدُ مِنْهُمْ مِنْ رِزْقٍ وَمَا أُرِيدُ أَنْ يُطْعِمُونِ إِنَّ اللَّهَ هُوَ الرَّزَّاقُ ذُو الْقُوَّةِ الْمَتِينُ

Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. Aku tidak sekali-kali menghendaki sebarang rezeki pemberian dari mereka dan Aku tidak menghendaki supaya mereka memberi makan kepadaKu. Sesungguhnya Allah Dialah sahaja Yang Memberi rezeki (kepada sekalian makhlukNya, dan Dialah sahaja) Yang Mempunyai Kekuasaan yang tidak terhingga, lagi Yang Maha Kuat Kukuh kekuasaanNya.
(Surah Al-Zariyat 51: Ayat 56-58)

No comments:

Post a Comment