Monday, March 21, 2011

JANGAN AMBIK MUDAH...KADANG2 FIKIR NEGATIF@TAK BAIK ITU PERLU...LEBIH2 KES BEGINI...JANGAN CUAI...KERJA TELITI...BERIKHTIAR SECARA MAKSIMUM....INSYAALLAH BOLEH BANYAK MENGHINDAR MUSIBAH SELAIN MOHON PERLINDUNGAN ALLAH SWT...MALANG@MUSIBAH TAK BERBAU....TU LAH KADANG2 KES ZINA..ROGOL..CURI DLL KITA TAK AMBIK PUSING....KENA BATANG HIDUNG BARU TAU@SEDAR...JADI MARILAH KITA SAMA2 BERJUANG UNTUK MENEGAKKAN HUKUM ALLAH.....

Anak diculik empat jam

Oleh Arifin Salleh UNTUK MENEGA
am@hmetro.com.my

SYUKUR....Norfaizal bersama Wan Izaratul Azura mencium anak mereka, Ahmad Uqassyah.
SYUKUR....Norfaizal bersama Wan Izaratul Azura mencium anak mereka, Ahmad Uqassyah.
PERIKSA...anggota polis memeriksa kereta mangsa, semalam.
PERIKSA...anggota polis memeriksa kereta mangsa, semalam.
PORT DICKSON: “Kereta hilang tidak mengapa, tapi jangan nyawa anak jadi taruhan,” kata Norfaizal Md Nor, 31, yang terkejut selepas anak lelakinya berusia empat tahun diculik dan dilarikan bersama Toyota Unser miliknya di pekan Pasir Panjang, dekat sini, malam kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 malam itu, kanak-kanak terbabit, Ahmad Uqassyah, anak ketiga daripada empat beradik melalui pengalaman menakutkan kira-kira empat jam apabila dilarikan seorang lelaki tidak dikenali kira-kira 30 kilometer dari Pasir Panjang ke Sungai Udang, Melaka.

Norfaizal yang juga kakitangan Jabatan Kerja Raya (JKR), cawangan Pasir Panjang, berkata sebelum kejadian, dia singgah di kedai runcit di pekan berkenaan untuk membeli barang keperluan anaknya itu.
Berikutan hujan, katanya, dia meninggalkan anaknya di tempat duduk penumpang sebelah pemandu selepas meletakkan keretanya empat meter dari pintu kedai tanpa mematikan enjin.

“Tak sampai lima minit berada di dalam kedai, tiba-tiba saya dengar pintu kereta ditutup kuat dan saya ternampak seorang lelaki tidak dikenali berada di tempat duduk pemandu dan memecut menuju ke arah Kuala Sungai Baru.

“Saya cuba mengejar dengan motosikal bersama seorang lelaki, namun selepas kira-kira 500 meter mengejar, kereta itu hilang daripada pandangan dan gagal dikesan,” katanya ketika ditemui di Balai Polis Pasir Panjang, di sini, semalam.

Beliau berkata, dia panik kerana selain kereta, anaknya turut dilarikan.

“Selepas gagal mengejar kereta itu, saya menghubungi isteri (Wan Izaratul Azura Md Aris, 31) dan membuat laporan di Balai Polis Pasir Panjang.
“Saya juga memaklumkan kejadian ini kepada rakan-rakan di Melaka untuk menjejaki kereta dan anak saya yang dipercayai dilarikan menuju ke negeri itu,” katanya.

Katanya, suatu keajaiban berlaku apabila kira-kira empat jam kemudian, polis memaklumkan anaknya dan kereta berkenaan ditemui di Taman Terendak Height, Sungai Udang, Melaka, kira-kira jam 1 tengah malam.

“Kami seperti hidup mati semula dan amat bersyukur menerima berita itu. Kami terus pergi ke Sungai Udang untuk mengambilnya, tetapi sayu apabila mendapati anak kami berada dalam keadaan trauma,” katanya.

Norizan berkata, dia kesal sebab tidak membawa anaknya turun sekali kerana tidak menduga kejadian seperti itu boleh berlaku.

“Jika hendak ambil kereta ambillah, tapi jangan ambil anak saya.

“Selama ini, saya hanya baca dan dengar pengalaman ibu bapa yang kehilangan anak akibat diculik, tapi kali ini ia berlaku kepada saya.

“Saya berterima kasih kepada polis dan orang ramai yang membantu mengesan anak saya,” katanya.

No comments:

Post a Comment