Friday, March 25, 2011

MENGIKUT JEJAK SYAITAN LEBIH MUDAH...DITAMBAH LEMAH IMAN...BANYAK LANGGAR HUKUM ALLAH...MALAS ATAU TAK HADIR MAJLIS ILMU ISLAM....DITAMBAH HUKUM ALLAH DINAFI....JADI FULL SET...MUDAHLAH SYAITAN MEMPERDAYAKAN.....AGAR MENGIKUT JEJAK2NYA...

Premis tawar urutan gay diserbu


DUA orang lelaki menutup muka selepas ditahan polis kerana disyaki melakukan urutan gay di Pulau Tikus, George Town semalam.


GEORGE TOWN - Alasan dua pelanggan lelaki yang datang ke sebuah pusat urutan gay di Pulau Tikus di sini kononnya untuk berjumpa dengan rakan mereka di situ gagal meyakinkan polis menyebabkan mereka ditahan dalam satu serbuan semalam.
Ketika serbuan pada pukul 12.30 tengah malam itu, polis turut menahan tiga pemuda dipercayai tukang urut dan penyelia yang berusia antara 28 hingga 33 tahun.
Menurut jurucakap polis, pihaknya terpaksa menunggu lebih dua jam untuk masuk ke dalam premis tersebut kerana perlu melalui proses pengecaman wajah pelanggan.
"Kami dapat masuk premis itu selepas seorang pelanggan keluar dari pusat urut yang terletak di tingkat tujuh sebuah pusat beli-belah itu.
"Ketika serbuan, terdapat dua pelanggan lelaki dipercayai baru selesai menjalankan urutan," katanya yang memberitahu serbuan tersebut merupakan yang keempat sejak tahun lalu.
Difahamkan, pusat urut yang dilengkapi dengan kamera litar tertutup (CCTV) itu hanya membenarkan pelanggan tetap sahaja untuk masuk ke dalam dengan menggunakan sistem kod rahsia di pintu masuk.


46 jenis ubat seks dirampas


ANTARA ubat seks yang dirampas oleh Jabatan Kesihatan Kelantan di Kota Bharu baru-baru ini.


KOTA BHARU - Jabatan Kesihatan Kelantan merampas 46 jenis ubat seks pelbagai jenama dianggarkan bernilai RM2,199 yang dijual secara terbuka di sekitar kaki lima di bandar ini.
Dalam serbuan yang dilakukan baru-baru ini, jabatan itu turut menahan tiga peniaga ubat berkenaan yang sedang menjalankan perniagaan tersebut di sekitar Jalan Sultan Ismail dan Hilir Pasar di sini.
Pengarah Kesihatan negeri, Dr. Mohd. Kamil Hassan berkata, kesemua peniaga ubat berkenaan merupakan pesalah tegar dan pernah ditahan oleh pihak berkuasa sebelum ini.
"Walaupun pernah ditahan dan dihadapkan ke mahkamah, ketiga-tiga mereka ini nyata tidak serik dan masih mengulangi kesalahan yang sama.
"Semua barangan yang dirampas akan disimpan di cawangan penguat kuasa Farmasi, Jabatan Kesihatan negeri untuk siasatan lanjut dan seterusnya tindakan pendakwaan di mahkamah," katanya ketika ditemui pemberita di pejabatnya di sini semalam.


Suka-suka dorong zina



KUALA LUMPUR: “Haram hukumnya dari segi Islam,” kata penceramah bebas, Datuk Hassan Mahmud Al-Hafiz mengulas isu ‘kegilaan’ remaja lelaki termasuk pelajar sekolah terhadap permainan komputer lucah menerusi cakera padat (CD), perisian komputer dan cakera video digital (DVD.
Mereka bagai ketagih permainan itu kerana menawarkan pengalaman mengasyikkan sebagai pelakon untuk ‘memancing’ watak gadis animasi sehingga melakukan seks di alam maya.

Katanya, walaupun perlakuan itu bukan secara hakikat dan hanya menerusi alam maya, ia tetap bercanggah dengan hukum Islam dan mendorong kepada zina.
“Menontonnya boleh menaikkan nafsu dan ia permulaan kepada kelakuan lain kerana menunjukkan tanda atau jalan menuju ke arah itu.

“Kewujudan alat permainan seperti ini jelas membuktikan pengaruh baru dari negara luar sudah semakin berkembang dan ia bukti generasi kini mudah terikut-ikut,” katanya ketika dihubungi.

Justeru, kerjasama semua pihak membabitkan ibu bapa, masyarakat dan pihak berkuasa secara bersepadu perlu diperhebatkan bagi menangani masalah ini.

Muka depan Harian Metro semalam melaporkan, permainan itu digemari remaja kerana memberi keseronokan luar biasa kepada mereka untuk berusaha memikat gadis animasi cantik sehingga mengajaknya melakukan hubungan seks.

Difahamkan, pemain perlu menempuh beberapa peringkat sama seperti kehidupan seorang lelaki di alam nyata, antaranya merangkumi proses mengurat gadis maya idaman bermula sesi temu janji (dating) hingga datang ke rumah untuk mengambil hati ibu bapa teman wanitanya.
Sejurus semua peringkat itu diselesaikan, pemain diberi peluang untuk mengakhirinya di ranjang bersama gadis itu yang menayangkan susuk tubuh menggiurkan.

CD dan DVD dijual secara terbuka dengan harga RM15.

Sementara itu, tinjauan Harian Metro di sekitar Jalan Imbi dan Jalan Bulan mendapati, ramai peniaga menjual produk permainan komputer lucah itu menggunakan taktik sama iaitu menjualnya secara terbuka dengan tawaran harga sama.

Melalui perbualan wartawan Harian Metro dengan peniaga, harga itu boleh ditawar jika pembeli membeli lebih daripada tiga permainan komputer itu dan antara permainan komputer yang popular di situ ialah ‘The Sims; dan ‘7 Sins’.

Pelajar, Muhamad Helmi Hashim, 21, berkata, permainan seumpama itu mudah didapati di mana-mana dan remaja boleh memuat turunnya sendiri menerusi kecanggihan Internet.

“Penularan aktiviti ini sukar diatasi dan boleh mengakibatkan pemain ketagih serta melupakan pelajaran dan tanggungjawab lain.

“Ayat seperti mahu melepaskan tekanan hanya alasan untuk menutup perbuatan memalukan itu,” katanya.

Ketua Cawangan Bahagian Kawalan Penapisan Filem dan Penguatkuasaan Kementerian dalam Negeri (KDN) Wilayah Persekutuan, Nur Aziah Abdullah berkata, bagi Wilayah Persekutuan, operasi dan pemeriksaan secara berkala sering dilakukan dan setakat ini masih terkawal.

No comments:

Post a Comment