Wednesday, March 23, 2011

IDAMLAH BERAPA ANAK...ALLAH TAK LARANG..TERPULANG PADA ALLAH...TAPI KITA SEBAGAI MAKHLUK JANGAN LANGGAR HUKUM ALLAH...SENDIRI INGATLAH....

KENA INGAT...JANGAN KERJAYA KITA MEWAJARKAN HUKUM...

 

‘Kami idam anak kedua’

Oleh Rudy Imran Shamsudin
imran@hmetro.com.my

ERRA...tepis gosip
ERRA...tepis gosip
KUALA LUMPUR: “Kami bersedia menimang cahaya mata kedua,” jelas pelakon Fazira Wan Cheek atau Erra Fazira, 36 sewaktu ditemui di majlis pengumuman hadiah berupa barang kemas untuk pemenang Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 (ABPBH 2010) tajaan Refflesia Pearl Centre, di sini, semalam.
Kenyataan itu sekali gus menafikan desas-desus mengatakan rumah tangganya kini sedang bergolak dan dia serta suaminya Engku Emran Engku Zainal Abidin tidak lagi tinggal sebumbung.

Erra berkata, dia terkejut kerana pertama kali mengetahui perkara terbabit dan sebelum itu ada wakil media daripada portal hiburan meminta komennya apabila Engku Emran didakwa sedang menjalin hubungan dengan wanita lain.
“Perkara itu tidak benar. Saya tidak berdalih atau cuba menyembunyikan perkara sebenar. Kelakar pun ada bila mendengar perkara ini. Bagaimanapun saya melihat cerita ini disebarkan sebagai satu ‘trend’. Maklumlah sewaktu belum berkahwin orang sibuk nak kahwinkan saya. Selepas itu sibuk tanya bila hendak beranak, dan sekarang bila sudah ada semuanya mereka sibuk bertanya bila hendak berpisah,” katanya.

Tambahnya gosip itu juga pernah dikaitkan dengan beberapa artis popular lain seperti, Ziana Zain dan Siti Nurhaliza. Bagi Erra, mungkin sekarang gilirannya untuk dicuit dengan cerita negatif itu.

“Biasanya saya tidak ambil pusing apabila cerita begini tersebar kerana saya dan suami tahu apa sebenarnya yang berlaku. Saya juga jarang membawa gosip pulang ke rumah untuk diceritakan atau meminta pengesahan kerana ia sangat tidak sihat untuk rumah tangga kami.

“Bagaimanapun soalan hari ini saya harus jelaskan kepada Engku Emran kerana bimbang pula kalau tidak diberitahu lebih awal, dia akan terkejut apabila laporan mengenainya disiarkan di akhbar,” katanya.

Menceritakan mengenai perancangan untuk memperoleh anak kedua, jelas Erra sebenarnya dia dan Engku Emran berasakan tahun ini adalah waktu terbaik untuk menimbang seorang lagi cahaya mata.
“Perancangan ini sudah dibuat sejak tahun lalu dan kami tiada halangan. Aleesya pun sudah berusia dua tahun. Sedang elok untuk dia dapat adik,” katanya.

Pada majlis pengumuman itu, Erra Fazira menggayakan hadiah bakal diterima pemenang Bintang Paling Popular di ABPBH 2010, berupa rantai dan gelang mutiara bernilai RM180,000.



Erra Fazira Tepis Gosip Suami Kahwin Lain

Erra Fazira
PETALING JAYA: Pelakon Erra Fazira, 37, menganggap gosip terbaru yang mendakwa suaminya Engku Emran Engku Zainal Abidin, 36, bakal berkahwin lain sebagai sesuatu yang lucu dan tidak benar.
Menjawab desas-desus terbaru mengenai Ketua Pegawai Eksekutif saluran berita Bernama TV itu, Erra mengakui terkejut dan baru pertama kali mendengar gosip tersebut.
"Saya sendiri sebagai isterinya pun tidak pernah pula mendengar cerita ini. Sebelum ini sudah banyak cerita tentang rumah tangga kami diperkatakan.
"Saya menerima dakwaan ini sebagai sesuatu yang lucu dan menganggap ia tidak benar sama sekali," katanya yang ditemui selepas terlibat dalam program TV3, Wanita Hari Ini di Sri Pentas, Bandar Utama, Selasa.
Mengulas lanjut mengenai cerita negatif yang melanda rumah tangganya kebelakangan ini, Erra berkata dia percayakan Emran dan sekiranya perkara itu berlaku, tentulah dia orang pertama yang akan mengetahuinya dahulu.
"Sudah banyak kes yang berlaku apabila rumah tangga artis yang aman damai pun didakwa ada masalah. Jadi saya sudah tidak kisah dengan cerita sebegini," katanya.
Cerita terbaru mengenai rumah tangga pelakon jelita itu kembali diperkatakan baru-baru ini apabila timbul pula kekecohan di kalangan petugas Bernama TV yang mendakwa Engku Emran merancang untuk berkahwin lagi.



Faezah Elai Bersanding Di Tepi Pantai Disember Ini

Faezah Elai
PETALING JAYA: Model dan pelakon Faezah Elai,29, memilih bulan Disember depan untuk melangsungkan majlis persandingan tepian pantai di negeri kelahirannya di Pulau Pinang.
Faezah berkata, pada mulanya dia bercadang untuk mengadakan majlis resepsi itu pada 3 Disember tetapi malangnya pada tarikh itu semua dewan dan hotel di Pulau Pinang telah penuh.
"Tak sangka pula pada tarikh itu ramai orang nak kahwin. Maklumlah tengah musim cuti sekolah.
"Jadi saya bercadang untuk menunda tarikh berkenaan tetapi ia tetap akan diadakan pada bulan Disember juga,” katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, Rabu.
Bekas pramugari Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) ini berkata, majlis akad nikah akan diadakan tiga bulan lebih awal iaitu pada bulan September depan yang dijadualkan di Masjid Negeri Pulau Pinang.
Katanya konsep resepsi perkahwinan tepian pantai itu merupakan satu kelainan yang ingin diketengahkan memandangkan dia merupakan anak sulung yang pertama mendirikan rumah tangga dalam keluarganya.
Faezah turut memberitahu, majlis bertunang akan diadakan serentak dengan majlis akad nikah. Bagaimanapun majlis merisik telah diadakan kira-kira tiga minggu lalu di Kuala Lumpur dengan dihadiri keluarga terdekat kedua-dua belah pihak.
Ditanya mengenai bakal suaminya, Faezah berkata dia mahu merahsiakan hal itu buat sementara waktu atas permintaan keluarga pihak lelaki.
“Saya berjanji saya akan memaklumkan bakal suami saya apabila kad jemputan perkahwinan saya sudah siap nanti,” katanya yang turut enggan mengesahkan sama ada lelaki berkenaan adakah individu yang dikaitkan dengannya selama ini ataupun tidak.
Mengenai kontroversi yang melandanya selama ini termasuklah tuduhan merampas rumah tangga orang lain, Faezah tidak mahu memikirkan perkara tersebut sebaliknya menyerahkan kepada orang ramai untuk membuat andaian.
Katanya, tidak semua orang tahu apa yang sudah berlaku melainkan dirinya sendiri.
“Orang nak kata apa pun, katalah. Depa (mereka) bukan tahu pun apa-apa pun. Saya dah telan semua benda yang orang dok kata pada saya selama ini,” ujarnya dalam loghat Utara.


Bintang Popular Pakai Set Barang Kemas RM230,000

Pelakon (dari kiri) Miera Liyana, Erra Fazira dan Fathia Latiff.
KUALA LUMPUR: Pelakon Erra Fazira, Fathia dan Miera Leyana memperagakan mutiara Rafflesia berjumlah RM230,000 di Hotel Park Royal, di sini, Rabu.
Tiga artis cantik itu memakai barangan kemas bertema klasik yang bakaldimenangi oleh pemenang bertuah semasa Anugerah Bintang Popular yang akan berlangsung di Arena of Stars, Genting Highlands, pada 3 April depan.
Erra yang mendapat jolokan primadona mengenakan aksesori termahal iaitu set primadona klasik merangkumi rantai dan gelang tangan berharga RM180,000 untuk dihadiahkan kepada Artis Paling Popular.
Sementara Fathia, bintang yang baru menyinar dalam industri hiburanmemakai set mutiara berharga RM20,000 yang bakal dimenangi oleh pembaca bertuah ABP.
Miera pula menyarungkan dua jenis rantai mutiara berharga RM10,000 dan RM20,000 untuk dimenangi oleh pemenang setiap kategori yang dipertandingkan dalam ABP.
Menurut jurucakap Rafflesia, Bill Bora, set mutiara yang ditaja oleh Rafflesia ini dihasilkan daripada mutiara asli berkonsepkan klasik memandangkan pakaian yang disarungkan oleh artis-artis pada malam itu bertemakan klasik.
Pemilihan Erra menepati gelaran primadona yang diberikan lebih-lebih lagi dia telah tujuh kali dinobatkan sebagai Pelakon Filem Wanita Popular.

No comments:

Post a Comment