(Abu Ali Al-Banjari An Nadwi)
Hari kiamat pasti terjadi,
di saat itu, langit akan pecah, gunung ganang akan berterbangan,
bumi dan seisinya akan hancur lebur ....
Sebelum itu banyak peristiwa yag akan mendahuluinya,
sebagai petanda hampit tiba saat nya .. Kemerosotan umat
Islam, para ulama berkurangan, ujian berat terhadap iman,
kemungkaran berleluasa di tengah-tengah masyarakat,
keruntuhan moral, .... gempa bumi demi gempa bumi,
peperangan demi peperangan ....
Bahkan debaran jantung dunia sentiasa akan dikejutkan oleh
peristiwa-peristiwa ganjil yang akan terjadi dari masa ke semasa....
Oleh itu, marilah kita renungkan bersama wasiat Junjungan kita Nabi
Muhammad SAW untuk kita dapat mengenali tanda-tanda golongan
yang sesat. Maka dengan itu, kita akan terselamat dari mereka dan
terus berada di garisan yag hak dan termasuk dalam golongan yang terselamat .....
(Abu Ali Al-Banjari An Nadwi)
jika hendak hidup beriman
serta mulia di sisi Tuhan
marilah kita hendak ingatkan
Wasiat Nabi di akhir zaman
Wajiblah kita menjaga diri
cabaran hidup banyak sekali
janganlah kita lupakan diri
hidup ini menuju mati
bila melihat mungkar yang nyata
maka janganlah hendak mengata
tapi bangkitlah menabur jasa
membimbing umat jadi pelita
umat Islam perlu di dakwah
nasihat baik serta berhikmah
dengan semangat serta ukkhuwah
hubungan kita tambah meriah
1. TAKWA DAN PERPADUAN ASAS KESELAMATAN DI AKHIR ZAMAN
jadikanlah takwa sebagai jalan
di dalam hidup sepanjang zaman
taat dan patuh pada pimpinan
selama Quran jadi pegangan
Sunnah Nabi dipegang teguh
Sunnah khulafa diikut penuh
mesti waspada ajaran musuh
bid'ah dholalah wajib dijauh
2. KENAPA DUNIA ISLAM MENJADI SASARAN PEMUSNAHAN
jangan biarkan umat binasa
mungkar maksiat merajalela
kita semua nanti merasa
akibat buruk datang menimpa
Dinding Ya'juj mula terbuka
tanda dunia akan binasa
walaupun ada insan bertakwa
bila mungkar sudah merata
3. SELURUH DUNIA DATANG MENGERUMUNI DUNIA ISLAM
dunia luar datang mengepung
dunia Islam sudah terkurung
ibarat buih hanyut terapung
di pukul ombak kasar menggulung
bilangan banyak tidak berguna
bila "wahan" penyakit kita
takutkan mati, cinta dunia
sangat merosak iman didada
4. ILMU AGAMA AKAN BERANSUR HILANG
ilmu agama beransur hilang
para ulama kian berkurang
ilmu dunia makin cemerlang
jadi tumpuan semua orang
bekalkan diri ilmu akhirat
untuk laksana amal ibadat
tuntutlah ilmu sebelum diangkat
negeri akhirat dapat selamat
5. UMAT ISLAM MENGIKUT LANGKAH-LANGKAH YAHUDI DAN NASRANI
langkah Yahudi jangan di turut
jalan Nasrani jangan di ikut
kenapa kita mesti melutut
kepada bangsa bersifat taghut
umat Yahudi di murka Tuhan
ilmu dituntut, amal ditinggalkan
umat Nasrani sesat di jalan
amal di buat tanpa pedoman
6. GOLONGAN ANTI HADIS
Alquran itu kalam Illahi
pedoman hidup kekal abadi
Hadis Junjungan jangan di nafi
tempat kedua pedoman suci
ulama salaf jadi ikutan
banyak mengarang berbagai "Sunan"
jadikanlah ia sebagai pegangan
janganlah ia kita abaikan
7. GOLONGAN YANG SENTIASA MENANG
setiap zaman dan juga tempat
mestilah wujud pembela umat
walau berbagai rintangan menghambat
tetap berjaya tidak tersekat
kepada Allah syukur dipanjat
memilih kita sebaik umat
penyebar ilmu, pembawa rahmat
hidup kita membawa berkat
8. PENYAKIT UMAT-UMAT DAHULU
umat dahulu banyak penyakit
kerana mewah banyak berduit
harta di himpun berderet-deret
akhirnya hidup himpit menghimpit
usah ikuti jalan mereka
jikalau kita mahu bahagia
biarlah hidup berpada-pada
dunia ini menuju fana
9. ISLAM KEMBALI DAGANG
nasib agama di akhir zaman
kembali asing dari pandangan
ramailah orang sudah lupakan
Rukun Islam dan Rukun Iman
wahai ke mana arah tujuan
bila agama sudah dilupakan
marilah kita cuba hidupkan
Sunnah Junjungan Syariat Tuhan
10. BAHAYA KEMEWAHAN
cubalah lihat para sahabat
banyak bersabar, rajin ibadat
walaupun hidup susah melarat
di sisi Tuhan selalu taat
cubalah lihat pada diri mu
semua cukup makan di jamu
ibadat kurang, suka mengadu
bekal akhirat kurang di tumpu
sabarlah kita dalam menanti
masa datangnya Nusrah Illahi
ketika itu umat Yahudi
habis semua akan di basmi
batu dan kayu turut membantu
Mujahid kita di kala itu
sehingga Islam dapat berkubu
rantau dunia menajdi satu
12. SIFAT AMANAH AKAN HILANG SEDIKIT DEMI SEDIKIT
sifat amanah nanti akan hilang
dari kalangan orang terbilang
tipu menipu tiada sumbang
nasib dunia bertambah malang
wahai eloknya bila di lihat
zahirnya cantik berkilat-kilat
hatinya curang, lidah berlipat
sifat amanah telah diangkat
13. ORANG BAIK BERKURANGAN SEDANGKAN YANG JAHAT BERTAMBAH BANYAK
anak durhaka menjadi-jadi
didikan Islam tidak di beri
anak tiada mengenang budi
ibu bapa dibuat abdi
hujan berkurang, cuaca panas
makin bertambah pelaku ganas
budaya lepak, segan dan malas
dadah di hisap, arak segelas
alim ulama tidak di hormat
ta'zim dan taat tidak di minat
banyak sekali tempat maksiat
siang dan malam meruntuh umat
14. DIMANAKAH PUNCA KEBINASAAN SESEORANG
hendaklah kita berhati-hati
dalam mencari nafkah dan rezeki
jangan ikutkan kehendak isteri
nanti membawa binasa diri
anak dididik, akhlak di beri
dengan tarbiyah agama suci
dari buaian sampai ke mati
terus menerus tidak berhenti
jangan abaikan nasihat ini
nanti kau sesal kemudian hari
betapa banyak azab di beri
kerana turutkan kehendak isteri
15. DIANTARA GOLONGAN YANG AKAN MENJADI PENGHUNI NERAKA
dua golongan pasti di seksa
jadi penghuni api neraka
golongan zalim penganiaya
tiada kasihan rakyat jelata
kaum wanita aurat dibuka
berlenggang lenggok di jalan raya
sanggul dililit bagai mahkota
tak akan mencium semerbak Syurga
16. ZAMAN DIMANA ORANG TAK PEDULI DARI MANA MENDAPATKAN HARTA
ramai orang tidak mengira
dari mana beroleh harta
halal dan haram tidak di beza
asalkan cepat menjadi kaya
memang nafsu susah di atur
cinta dunia susah di lebur
jangan biarkan hatimu kotor
nanti di seksa di alam kubur
17. HARTA RIBA WUJUD DI MERATA TEMPAT
ramailah orang berlumba-lumba
untuk mendapat faedah riba
saham dilabur di mana bursa
tiada takut akan di seksa
bukankah sudah diberi tahu
mereka akan menjadi seteru
kepada Allah Tuhan Yang Satu
siapa sanggup akan membantu
18. ORANG MEMINUM KHAMAR DAN MENAMAKANNYA BUKAN KHAMAR
khamar diminum di banyak kedai
jadi biasa bersama handai
banyak terlibat si cerdik pandai
iman di dada akan tergadai
alunan muzik ikut sertakan
biduanita turut nyanyikan
menari-nari lupa daratan
bagaikan kera di dalam hutan
19. SEDIKIT LELAKI, BANYAK PEREMPUAN DAN BANYAK BERLAKU PERZINAAN
sedikit ilmu banyak yang jahil
akibat zina banyak yang hamil
banyak terjadi perkara ganjil
di sana sini, besar dan kecil
jumlah lelaki kian sedikit
wanita ramai, berhimpit-himpit
wanita kerja mencari duit
peluang lelaki semakin sempit
20. HAMBA MENJADI TUAN DAN TERBINANYA BANGUNAN YANG MENCAKAR LANGIT
hamba berlagak sebagai tuan
di sana sini naik bangunan
sungguh tingginya mencakar awan
seolah mencabar kuasa Tuhan
badwi yang miskin kaya terkejut
baru kelmarin tidak berkasut
harta di pegang tiada luput
walaupun kaya tetap kedekut
21. AHLI IBADAT YANG JAHIL DAN ULAMA YANG FASIQ
orang yang jahil rajin ibadat
tiada ilmu, taat di buat
rasa kasihan kita melihat
mereka hanya beroleh penat
ada yang alim lupa daratan
amal ibadat malas lakukan
ilmu di dada bagai lautan
menjadi hujah di depan Tuhan
22. ORANG YANG BERPEGANG DENGAN AGAMA SEPERTI MEMEGANG API
ujian berat kita rasakan
datang menimpa menjadi beban
alangkah hebat godaan syaitan
untuk meruntuh istana iman
bersungguh kita menjaga iman
banyak cabaran di akhir zaman
iman ibarat (seakan) api di tangan
setiap masa mahu lepaskan
23. GOLONGAN RUWAIBIDHAH (BILA SI JAHIL MENJADI PEMIMPIN)
orang khianat disanjung-sanjung
orang amanah tidak di dukung
pemimpin zalim bunga di kalung
mujahid Islam di tali gantung
bangkitlah wahai Pewaris Nabi
jangan biarkan umat di uji
teruskan jihad ke jalan suci
sebar luaskan rahmat Ilahi
24. PEPERANGAN DEMI PEPERANGAN
dari timur sampai ke barat
perang terjadi semakin hebat
tiada kasihan mata melihat
bergelempangan menjadi mayat
harta dunia jadi rebutan
darah ditumpah sebagai tebusan
tidak peduli kawan dan lawan
asalkan dapat harta rampasan
25. MASA AKAN MENJADI SINGKAT
waktu yang panjang terasa singkat
amal ibadat belum di buat
bulan berlalu hari dan saat
tanda dunia hampir kiamat
kenapa kita selalu lalai
waktu di buang tidak di pakai
masalah umat berbagai-bagai
tanggungan kite belum selesai
26. MUNCULNYA GALIAN-GALIAN BUMI
galian bumi muncul mencurah
kurnia Tuhan Yang Maha Murah
hendaklah syukur moga di tambah
janganlah kufur nanti di tegah
dunia Islam tambang melimpah
galian emas, petrol dan timah
namun mengapa harta di serah
kepada kafir pemusnah ummah
27. TANAH ARAB YANG TANDUS MENJADI LEMBAH YANG SUBUR
tanah yang tandus menjadi subur
kurnia Tuhan Malikul Ghafur
air di pancut taman di atur
sehingga lupa bekalan kubur
Padang Arafah bagaikan taman
pohon di tanam sepanjang jalan
sejuk di pandang sangat menawan
Padang Mashyar jadi lupakan
28. UJIAN DASHYAT TERHADAP IMAN
ujian dashyat terhadap iman
hampir menggoncang asas pegangan
di pagi petang di kiri kanan
iman di dada jangan lepaskan
jangan dijual agama suci
walaupun harga mahal sekali
simpan lah ia di sanubari
untuk bekalan menuju mati
29. KELEBIHAN BERIBADAT DI SAAT HURU HARA
ketika dunia di landa perang
kacau dan bilau tidak terbilang
walaupun hanya engkau seorang
amal ibadat jangan di kurang
ketika itu amat berharga
pahala ibadat di lipat ganda
bagaikan kita "hijrah" namanya
bersama Nabi dalam derita
30. PEPERANGAN DI KAWASAN SUNGAI FURAT KERANA MEREBUT KEKAYAAN
di Sungai Furat di Negeri Irak
emas kan muncul laksana puncak
ramai sekali tentera yang hendak
datang berperang kerana tamak
perang berkobar bertahun-tahun
kerana merebut harta "Si Qarun"
hadir di sana berbagai lanun
untuk merompak harta bertimbun.
orang yang jahil rajin ibadat
tiada ilmu, taat di buat
rasa kasihan kita melihat
mereka hanya beroleh penat
ada yang alim lupa daratan
amal ibadat malas lakukan
ilmu di dada bagai lautan
menjadi hujah di depan Tuhan
22. ORANG YANG BERPEGANG DENGAN AGAMA SEPERTI MEMEGANG API
ujian berat kita rasakan
datang menimpa menjadi beban
alangkah hebat godaan syaitan
untuk meruntuh istana iman
bersungguh kita menjaga iman
banyak cabaran di akhir zaman
iman ibarat (seakan) api di tangan
setiap masa mahu lepaskan
23. GOLONGAN RUWAIBIDHAH (BILA SI JAHIL MENJADI PEMIMPIN)
orang khianat disanjung-sanjung
orang amanah tidak di dukung
pemimpin zalim bunga di kalung
mujahid Islam di tali gantung
bangkitlah wahai Pewaris Nabi
jangan biarkan umat di uji
teruskan jihad ke jalan suci
sebar luaskan rahmat Ilahi
24. PEPERANGAN DEMI PEPERANGAN
dari timur sampai ke barat
perang terjadi semakin hebat
tiada kasihan mata melihat
bergelempangan menjadi mayat
harta dunia jadi rebutan
darah ditumpah sebagai tebusan
tidak peduli kawan dan lawan
asalkan dapat harta rampasan
25. MASA AKAN MENJADI SINGKAT
waktu yang panjang terasa singkat
amal ibadat belum di buat
bulan berlalu hari dan saat
tanda dunia hampir kiamat
kenapa kita selalu lalai
waktu di buang tidak di pakai
masalah umat berbagai-bagai
tanggungan kite belum selesai
26. MUNCULNYA GALIAN-GALIAN BUMI
galian bumi muncul mencurah
kurnia Tuhan Yang Maha Murah
hendaklah syukur moga di tambah
janganlah kufur nanti di tegah
dunia Islam tambang melimpah
galian emas, petrol dan timah
namun mengapa harta di serah
kepada kafir pemusnah ummah
27. TANAH ARAB YANG TANDUS MENJADI LEMBAH YANG SUBUR
tanah yang tandus menjadi subur
kurnia Tuhan Malikul Ghafur
air di pancut taman di atur
sehingga lupa bekalan kubur
Padang Arafah bagaikan taman
pohon di tanam sepanjang jalan
sejuk di pandang sangat menawan
Padang Mashyar jadi lupakan
28. UJIAN DASHYAT TERHADAP IMAN
ujian dashyat terhadap iman
hampir menggoncang asas pegangan
di pagi petang di kiri kanan
iman di dada jangan lepaskan
jangan dijual agama suci
walaupun harga mahal sekali
simpan lah ia di sanubari
untuk bekalan menuju mati
29. KELEBIHAN BERIBADAT DI SAAT HURU HARA
ketika dunia di landa perang
kacau dan bilau tidak terbilang
walaupun hanya engkau seorang
amal ibadat jangan di kurang
ketika itu amat berharga
pahala ibadat di lipat ganda
bagaikan kita "hijrah" namanya
bersama Nabi dalam derita
30. PEPERANGAN DI KAWASAN SUNGAI FURAT KERANA MEREBUT KEKAYAAN
di Sungai Furat di Negeri Irak
emas kan muncul laksana puncak
ramai sekali tentera yang hendak
datang berperang kerana tamak
perang berkobar bertahun-tahun
kerana merebut harta "Si Qarun"
hadir di sana berbagai lanun
untuk merompak harta bertimbun.
No comments:
Post a Comment