Murid ditarik depan sekolah
Oleh Mohd Firdaus Ibrahim dan Hellinie Sina
am@hmetro.com.my
am@hmetro.com.my
Dalam kejadian jam 9 pagi itu, suspek dipercayai gila seks menculik mangsa dengan tujuan merogolnya, namun mangsa terselamat apabila penjenayah terbabit melarikan diri selepas menyedari beberapa orang awam melalui kawasan semak tempat dia melarikan kanak-kanak berkenaan.
Sumber polis memberitahu, sebelum kejadian mangsa dilaporkan keluar dari kelasnya untuk ke tandas sebelum disapa suspek yang berada di luar pagar sekolah berkenaan.
“Apabila mangsa menghampiri suspek, lelaki dipercayai berusia 30-an itu segera memegang tangan mangsa dengan kuat. Dia melilit badan mangsa menggunakan kain pelekat sebelum mengangkat mangsa keluar melepasi pagar sekolah.
“Ketika itu, mangsa menjerit ketakutan, namun tidak didengari sesiapa. Suspek kemudian meletakkan mangsa di atas motosikalnya dan membawa kanak-kanak itu ke satu kawasan semak di Jalan Semarak, kira-kira dua kilometer dari sekolah,” katanya.
Rintihan anak dalam api
Oleh Kasdi Ali
kasdi@hmetro.com.my
kasdi@hmetro.com.my
HANGUS...keadaan rumah yang terbakar
SEBAK...Ida Murni (tengah) ditenangkan ahli keluarga.
Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi itu, Mohd Yunus hanya mampu mendengar jeritan anak sulungnya meminta tolong disusuli rintihan kesakitan apabila api semakin marak sebelum ia bertukar sayu lalu perlahan-lahan senyap. Mayat Muizzuddin ditemui dalam keadaan hampir rentung di bahagian dapur rumah neneknya yang hanya dikenali sebagai Som, 83, selepas anggota bomba dan penyelamat memadam kebakaran kira-kira jam 10.15 pagi.
Mohd Yunus berkata, sebelum kejadian Muizzuddin yang lebih mesra dengan panggilan Muiz berada bersama neneknya dalam rumah itu yang bersebelahan rumah keluarganya. Menurutnya, dua adik perempuan Muiz, berusia empat dan dua tahun pula, berada di rumah mereka bersama Mohd Yunus manakala ibu mereka, Ida Murni Hassan, 26, bekerja di sebuah kilang di sini.
“Saya pula berehat di rumah selepas penat bekerja syif malam sebelum dikejutkan dengan jeritan adik saya (Mohamad Zulkifli, 23) mengatakan rumah ibu terbakar.
“Saya bergegas keluar kerana tahu Muiz berada di rumah itu dan terkejut melihat api sudah menjilat sebahagian rumah. Saya baling pasu untuk memecahkan pintu dan dapat menyelamatkan ibu, namun gagal menyelamatkan Muiz.
“Zulkifli juga masuk ke dalam rumah, namun gagal menyelamatkan Muiz. Akibatnya dia melecur teruk dan kini dirawat di Hospital Taiping, begitu juga ibu,” katanya.
Mohd Yunus berkata, hatinya cukup pilu apabila terdengar jeritan meminta tolong dan rintihan Muiz, namun tidak mampu berbuat apa-apa. Sementara itu, Ida berkata, dia bergegas pulang sebaik diberitahu kejadian itu dan hampir pitam selepas mendapati sebahagian besar rumah sudah hangus.
“Hanya Tuhan tahu perasaan saya ketika itu apabila diberitahu anak terperangkap di dalam rumah sebelum mayatnya ditemui anggota bomba dan penyelamat selepas api dipadamkan.
Jenazah Muiz selamat dikebumikan bersebelahan pusara datuknya di Tanah Perkuburan Islam Kampung Jambu, dekat sini, petang semalam.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Taiping, Hasna Rashid berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira jam 9.52 pagi dan seorang pegawai, 15 anggota bersama tiga jentera dikejarkan ke tempat kejadian sebelum tiba tujuh minit kemudian.
Menurutnya, setiba di lokasi kebakaran, hampir 80 peratus rumah berkenaan sudah musnah dan pihaknya mengambil masa kira-kira 10 minit untuk memadam kebakaran.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Yusuf Mohd Diah ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan berkata pihaknya masih menunggu laporan siasatan bomba bagi mengenal pasti punca kebakaran.
Tertembak kaki
Oleh Mohamad Danial Mohamad Saad
am@hmetro.com.my
am@hmetro.com.my
CEDERA...Azwan menunjukkan kaki kanannya yang cedera selepas terkena tembakan pistolnya.
Dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi itu, peluru pistol menembusi buku lali mangsa yang ketika itu sedang membetulkan kedudukan senjata api itu.
Difahamkan, sebelum kejadian, Lans Koperal Azwan Anas, 33, memberhentikan kenderaan polis yang dipandunya bersama rakan setugas selepas mengalami kerosakan sebelum dia turun memeriksanya.
Mangsa dikatakan masuk semula ke kenderaan sebelum memandu dan ketika itu dia membetulkan kedudukan pistol dan secara tiba-tiba tertembak sehingga mengenai buku lali kaki kanannya.
Rakannya yang terkejut mengambil alih tempat duduk pemandu sebelum membawa mangsa ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk mendapatkan rawatan.
No comments:
Post a Comment