Sham Kamikaze insaf
Sham mengejutkan ramai pihak apabila mengeluarkan kenyataan dan video menerusi laman sosial facebook miliknya serta menjelaskan ingin menarik diri daripada dunia hiburan jika dikurniakan rezeki dalam bidang berbeza.
“Saya sudah berbincang dengan ulama dan ustaz berkaitan pekerjaan dalam bidang ini. Selagi tidak menyalahi hukum syarak, tidak mengapa.
“Namun, saya turut merancang untuk meninggalkan dunia hiburan jika mempunyai peluang lain. Insya-Allah, semuanya bergantung kepada rezeki Allah,” katanya kepada Metro Ahad.
Bekas pemain gitar kumpulan rock yang pernah popular pada era 1990-an ini turut menjelaskan, perubahan dialaminya kini kerana petunjuk dan hidayah pemberian Allah.
“Hati saya mula terbuka apabila Allah menemukan saya dengan Imam Satu, Masjidil Haram, Sheikh Abdul Rahman As Sudais ketika saya merayau-rayau di utara.
“Orang kata, memang susah untuk orang biasa berjumpa imam besar itu. Sejak itulah, saya percaya ada hikmah tersembunyi yang ingin Allah berikan.
“Syukur, saya akhirnya mendapat petunjuk daripada Allah. Sekurang-kurangnya, saya tidak lagi hanyut dengan pelbagai perkara yang melalaikan,” katanya.
“Saya akui, dulu saya jahil. Dengan penampilan memakai subang dan pakaian tidak sopan serta melakukan pelbagai perkara yang menyalahi agama.
“Bagaimanapun, kini saya mula tersedar daripada lamunan. Saya memanjatkan kesyukuran dan berterima kasih kepada Tuhan kerana memberikan hidayah yang nyata adalah milik-Nya,” katanya.
Sham artis terbaru yang ‘berhijrah’ dan mengikuti jejak langkah Azmil Mustapha, Bob Loqman, Cico dan Ashraf Muslim.
Kenali Islam
Katanya, selama ini dia dikhabarkan dengan berita negatif mengenai Islam dan lazimnya, media Amerika Syarikat mengaitkan agama ini dengan keganasan.
“Bagaimanapun, apabila berada di sini, ia nyata berbeza dan saya berani mengatakan Islam adalah agama kedamaian kerana saya melihatnya sendiri.
“Tidak dapat dinafikan sebelum ke sini, persepsi saya terhadap Islam adalah buruk kerana itu yang ‘disogokkan’ oleh media, terutama selepas kejadian serangan ke atas bangunan Pusat Dagangan Dunia (WTC) pada 11 September 2001,” kata pelajar tahun akhir Ijazah Pengajian Perniagaan itu.
Dia mengagumi kepelbagaian agama dan budaya yang diamalkan di Malaysia dan walaupun wujud perbezaan, masyarakat mampu hidup dalam suasana harmoni.
Rombongan itu diketuai pensyarahnya, Prof Mark Roselli yang sememangnya ‘jatuh hati’ dengan negara ini sejak kali pertama berkunjung ke negara ini.
Katanya, Malaysia bagaikan negara Asia yang lengkap kerana pelbagai agama dan budaya boleh didapati hanya dalam sebuah negara.
“Sejujurnya, kami berkunjung ke sini untuk mendalami amalan beragama dan bukan tertumpu pada Islam saja, tetapi pelajar saya menunjukkan minat luar biasa terhadap Islam.
“Malah, mereka memberi reaksi positif apabila berinteraksi dengan sukarelawan yang memberi penerangan kepada kami,” katanya.
Penolong Pengarah Kanan MWPKL, Fathiah Abdul Rahman berkata, masjid bukan hanya untuk umat Islam kerana rumah ibadat itu tidak pernah memilih pengunjungnya.
Katanya, persepsi ramai yang mengatakan kesucian masjid akan tercemar jika orang bukan Islam mengunjunginya adalah tidak benar kerana tidak ada dalil mengenai perkara itu.
“Bagaimana orang bukan Islam dapat mengenali agama ini jika wujud halangan yang membataskan mereka untuk mendapat maklumat.
“Justeru, MWPKL mengambil inisiatif untuk menganjurkan program seperti ini bagi memberi penerangan tepat mengenai masjid dan Islam,” katanya selepas menerima kunjungan kumpulan daripada Amerika itu.
Katanya, MWPKL ialah satu daripada 36 masjid di seluruh negara yang menganjurkan program itu dan menerima ramai pengunjung, terutama dari Perancis, Korea Selatan dan Jepun.
Seniwati Mahyon meninggal
Seniwati Mahyon Ismail, 69, meninggal dunia jam 12.30 tengah hari semalam di Hospital Ampang Puteri akibat demam panas.
Allahyarham atau nama sebenarnya Mayayun Ismail dimasukkan ke hospital pada jam 10.30 malam kelmarin di wad biasa untuk menerima rawatan.
Menurut anak keduanya, Faizal, 44, sejam selepas itu melihat keadaan ibunya semakin serius, beliau dipindahkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU).
“Tiada sakit teruk dialami ibu saya kecuali demam sebelum dihantar ke hospital. Namun, dia juga ada penyakit kencing manis.
“Namun semua itu tidak dihiraukan kerana kecintaannya yang menebal dalam bidang seni sejak sekian lama.
“Pernah kami menasihatinya supaya berehat, tetapi arwah sama seperti arwah ayah yang hidup mati mereka kerana seni,” katanya.
Sebelum itu, Mahyon demam di lokasi drama ‘Serapah Darah Bulan Madu’ di Hulu Langat, minggu lalu.
Namun arwah sempat menghabiskan penggambaran drama itu. Pengarah drama itu, Lando berkata, arwah tetap menjaga disiplin untuk berada tepat pada masa di lokasi penggambaran.
Kematian Mahyon pastinya diratap hiba oleh Faizal dan ahli keluarga lain yang sebelum ini kehilangan ayah mereka, Hussein Abu Hassan empat tahun lalu.
Allahyarham yang berasal dari Selangor antara seniwati era 1960-an dan seangkatan dengan Sofia Ibrahim, Sharifah Hanim dan Rosmawati yang dilahirkan oleh Merdeka Studio di Hulu Klang.
Allahyarham mula diperkenalkan dalam filem Tun Teja arahan Datuk C Krishnan pada 1961 sebelum diambil Tan Sri P Ramlee memegang watak Nora, anak kepada Pak Maon dalam filem Nasib Do Re Mi pada 1966.
Filem lain adalah Bunga Padi Berdaun Lalang (1975) serta Senja Merah, selain Panglima Badul dan Tiada Esok Bagimu.
Allahyarham berkahwin dengan Hussien pada 1961 dikurniakan dua lagi anak iaitu Fadila, 48, dan Fairus, 46, serta lima cucu.
Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Danau Kota selepas Isyak malam tadi berdekatan pusara suaminya.
Belajar di penjara
Oleh NORAINON OTHMAN
KASIH IBU... penghuni Penjara Wanita Kajang mendakap erat ibunya pada program bersemuka dengan ahli keluarga, semalam.
“Namun, akibat kelemahan saya yang terlalu percaya pada rakan, akhirnya saya merengkuk di penjara,” kata Ima (bukan nama sebenar), 29, dari selatan tanah air yang menjalani hukuman penjara dua tahun kerana kesalahan pecah amanah.
Menurutnya, kehidupan di sebalik tembok besar tidak seburuk disangka kerana membolehkannya mengenal diri dan membentuk jati diri.
“Di sini saya peroleh kemahiran menjahit selain mendalami agama. Selepas keluar dari penjara, saya ingin memulakan hidup baru. Saya juga akan lebih berhati-hati dan tidak mudah percaya dengan rakan.
“Kesilapan saya ialah memberi pengenalan diri (ID) untuk digunakan rakan dan akhirnya disalahgunakan hingga menyebabkan saya disumbat ke dalam penjara. Daripada sembilan tuduhan, hanya tiga yang lepas.
“Saya tidak dapat membuktikan saya tidak bersalah kerana ID saya digunakan dalam kes pecah amanah itu,” katanya yang menghuni Penjara Wanita Kajang sejak 11 bulan lalu.
Ima antara 10 penghuni terpilih yang diberi peluang bertemu keluarga sempena program Hari Ibu dan Bapa Penjara Kajang bersama Maybank, di sini, semalam.
Suasana hiba menyelubungi perkarangan pejabat pentadbiran Penjara Wanita Kajang apabila 10 banduan wanita itu bertemu dan berpelukan dengan ahli keluarga.
Turut diadakan sukaneka antara penghuni dengan kakitangan Maybank.
Ros, (bukan nama sebenar), 24, dari Pantai Timur tidak dapat melupakan kejadian dia dan ahli keluarga digari polis pada malam pernikahan kerana tuduhan bersubahat dengan tunang memiliki dadah.
Disebabkan tidak mahu memanjangkan cerita dan membabitkan ahli keluarga, ibu seorang anak itu mengambil keputusan mengaku melakukan kegiatan haram tunangnya.
“Saya reda dengan takdir yang menimpa dan menganggap ia dugaan hidup. Pengajaran yang saya dapat ialah selidik terlebih dulu latar belakang bakal suami,” katanya.
Dia yang menjalani hukuman enam tahun penjara sedih kerana anak dengan bekas suami terdahulu tidak mengenalinya kerana anaknya masih bayi ketika dia ditahan.
Sementara itu, Maybank turut menyumbang dua mesin menjahit kasut, tiga unit al-Quran Digital Intelligent Readpen serta alat kelengkapan solat dan barangan keperluan bayi dan kanak-kanak.
Pengarah Penjara Wanita Kajang, Penolong Komisioner Penjara (PKP) Rohana Abdullah berkata, program tahunan kali kelima itu memberi peluang penghuni yang mempunyai prestasi baik menyertai program bersemuka dengan ahli keluarga.
Hilang cari kerja
Wanita itu, Noor Haslinda Abdullah, 32, pemegang ijazah Sarjana Muda Sains (Pemakanan dan Sains Komuniti) dipercayai keluar melalui pintu belakang membawa sebuah beg galas mendakwa mahu pergi mencari kerja.
Ibunya, Zaleha Bee Samsudin, 71, berkata sebelum kejadian, dia membuang sampah di belakang rumah dan menyangka anak tunggalnya yang berpakaian kemas mahu pergi ke rumah jiran seperti kebiasaannya.
Menurutnya, dia mendapati Noor Haslinda sudah tiada lalu bertanya jiran, tetapi mereka juga tidak tahu mengenainya.
“Noor Haslinda baru berhenti kerja sebagai pakar pemakanan di sebuah syarikat pada Mac lalu dan sejak itu dia mengalami tekanan perasaan dan sering bercakap seorang diri sambil memarahi sesiapa saja.
“Malah, doktor Pusat Perubatan Kedah (KMC) yang merawatnya pada 2008 pernah memaklumkan, anak saya mengalami kemurungan dan perlu mengambil ubat tetapi dia enggan berbuat demikian.
“Pelbagai usaha dilakukan termasuk menemui pengamal perubatan tradisional tetapi tidak berjaya,” katanya.
Zaleha yang juga ibu tunggal berkata, hubungan mereka dua beranak baik dan dia menguruskan keperluan anak perempuannya.
Menurutnya, anaknya pernah menjalin hubungan dengan seorang lelaki namun cinta mereka terputus menyebabkan fikiran Noor Haslinda terganggu hingga murung.
Katanya, Noor Haslinda kerap bercakap seorang diri termasuk menyanyi, tetapi dia tidak mengendahkannya kerana akan dimarahi jika ditegur.
Mereka yang menemuinya diminta menghubunginya di talian 016-9766532 atau balai polis berhampiran.
Suami ‘naik hantu’
Dalam kejadian kira-kira jam 12.40 tengah hari, Dua Tulis, 46, parah di kepala selain patah tangan kiri selepas suaminya, Sibin Tetobok, 46, membelasahnya menggunakan parang dan kayu.
Difahamkan, suami mangsa dikatakan berang melihat isterinya berjalan bersama lelaki lain di sawah padi kampung berkenaan lalu mengamuk, termasuk mengeliling kampung dan menjerit akan membunuh isterinya.
Beberapa penduduk yang menyedari perkara itu menghubungi polis berikutan bimbang berlaku perkara tidak diingini.
Selain itu, jiran mangsa mendakwa terdengar pertelingkahan antara pasangan berkenaan sebelum anggota polis yang tiba beberapa minit kemudian menemui mangsa dalam keadaan parah manakala suaminya menghilangkan diri.
Ketua Polis Daerah Kota Belud, Deputi Superintendan Mohan Nadasen mengesahkan perkara itu dan memberitahu, mangsa kini dirawat di Hospital Kota Belud akibat cedera parah di beberapa bahagian tubuhnya.
“Sebaik menerima maklumat, sepasukan polis menuju ke rumah pasangan berkenaan dan menemui mangsa terbaring berlumuran darah dalam keadaan nyawa-nyawa ikan di dalam rumah terbabit.
“Polis turut menemui parang dan kayu dengan kesan darah, dipercayai digunakan suspek untuk menetak dan memukul isterinya,” katanya.
Mohan berkata, pemeriksaan di tempat kejadian juga menemui jari hantu mangsa dan dihantar ke hospital untuk disambung semula, namun doktor mendakwa sudah terlambat.
“Polis kemudian menjejaki suspek sebelum dimaklumkan penduduk bahawa lelaki itu berada di sebuah pondok di sawah padi.
“Bagaimanapun, suspek yang menyedari kehadiran polis meminum sejenis cecair dipercayai racun sebelum rebah dan tidak sedarkan diri,” katanya.
Katanya, suspek dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan, namun disahkan meninggal dunia.
“Polis masih menunggu laporan bedah siasat suspek untuk mengetahui punca kematiannya.
“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan,” katanya.
Dua beranak lemas
Abdul Rahman Ammerijam, 39, dan anak sulungnya, Muhammad Adam Hafiz, 16, lemas di pantai terbabit ketika leka menjala ikan tanpa menyedari air pasang.
Difahamkan, kedua-duanya disedari lemas oleh beberapa wanita yang berkelah di tempat kejadian, namun mereka gagal diselamatkan memandangkan air pasang dengan cepat.
Sarimah yang menghidap sakit jantung dan darah tinggi berkata, dia tidak menyangka panggilan telefon yang diterima selepas Maghrib malam kelmarin membawa berita dia kehilangan anak kedua daripada 12 beradik serta cucu yang dijaga sejak kecil itu.
“Bila dapat tahu berita itu, jantung mak cik macam ditarik. Mak cik tidak mampu berkata apa-apa dan terus terduduk. Semangat mak cik hilang dan hanya mampu menangis.
“Mak cik reda dengan kehilangan mereka, tetapi terkilan apabila memikirkan anaknya yang baru berusia 60 hari tidak sempat mengenali bapa dan abangnya,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Olak Lempit, di sini, semalam.
Sarimah berkata, dia menjaga Muhammad Adam dari kecil hingga sekolah rendah memandangkan ibunya belajar, sebelum mereka sekeluarga berpindah ke Taman Sungai Emas, Banting.
“Kelmarin mak cik terjumpa baju Adam secara tidak sengaja, mak cik kemudian melipat baju itu dan menyimpannya di atas rak dengan rapi. Kini, baju itu akan menjadi kenangan buat mak cik,” katanya.
Dia berkata, jenazah kedua-duanya dikebumikan di Tanah Perkuburan Olak Lempit, di sini. Arwah meninggalkan seorang isteri, Dewi Intan Zarina Jiajuli, 30-an, dan dua anak berusia 14 tahun dan 60 hari.
fadzil ayah saya...saya anaknya..hmm..sedihnya...adam hafiz merupakan kwn saya..tak sangka dia pergi meninggalkn kami sume...rasanya baru je hari tu msg ngn dia tanya khabar...hmm....nak buat mcm mana...dah memang tiba saat ajal dia...al-fatihah buat adam hafiz dan bapanya...
ReplyDelete