Lepas geram pada jiran
Oleh Amir Abd Hamid
amir@hmetro.com.my
amir@hmetro.com.my
INI DIA...Amin menunjukkan kesan darah Azlina yang ditoreh budak lelaki berusia 12 tahun.
Dalam kejadian jam 6.30 pagi semalam, Azlina Ahmad, 24, cedera di tangan kiri dan muka serta menerima 14 jahitan selepas ditoreh kanak-kanak berkenaan di tempat letak kenderaan di rumahnya di Seri Era Apartment, Desa Latania, Seksyen 36 di sini.
Ketika ditemui semalam, Azlina yang masih trauma dengan kejadian tanpa disangka itu berkata, sewaktu kejadian dia hendak ke tempat kerjanya di Jabatan Keselamatan, Kesihatan dan Pekerjaan (JKKP) di Subang.
“Saya nampak budak itu di belakang kereta saya. Dia memakai seragam sekolah menunggu bas ke sekolah. Kemudian dia menghampiri saya yang ketika itu mahu menghidupkan enjin kereta.
“Budak itu bertanya sama ada saya mengenali tukang urut kerana ibunya sakit. Saya kata, nanti saya cuba tanyakan. Tiba-tiba saya nampak dia mengeluarkan sesuatu dari poket belakang sebelum melibas-libaskan benda itu terhadap saya,” katanya.
Sorok mayat dalam almari
Oleh Raja Noraina Raja Rahim
rnoraina@hmetro.com.my
rnoraina@hmetro.com.my
Difahamkan, penuntut terbabit melahirkan bayinya sendirian Selasa lalu dan bayi itu dipercayai mati sejurus dilahirkan.
Bagaimanapun, mungkin tidak tahan diselubungi rasa bersalah, penuntut itu akhirnya menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya di sini, kira-kira jam 12 tengah hari semalam, sambil membawa mayat bayinya yang dibalut tuala.
Sumber berkata, selepas polis merakamkan percakapan gadis itu, kes berkenaan diserahkan ke IPD Cheras di sini untuk meneruskan siasatan kerana kelahiran bayi itu berlaku di daerah itu.
“Ketika gadis itu datang ke balai polis, dia membalut mayat bayinya menggunakan tuala. Pada mulanya anggota polis bertugas menyangka dia menjadi mangsa kes jenayah dan mahu membuat laporan.
Pelajar cedera dakwa dibelasah 6 guru
HULU LANGAT – Seorang pelajar sebuah sekolah di Jelebu, Negeri Sembilan mendakwa dibelasah hingga cedera oleh sekumpulan guru lelaki di sekolah itu pada Selasa lalu.
Muhammad Noor Azim Ajis, 17, mendakwa, kejadian bermula ketika dia sedang menduduki peperiksaan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kertas Bahasa Melayu sebelum seorang guru datang dan memintanya ke bengkel sekolah.
“Apabila tiba di bengkel, ada enam guru lelaki lain. Tiba-tiba mereka menumbuk, menendang dan memijak saya hampir setengah jam,” dakwanya ketika ditemui Kosmo! di rumahnya di Kampung Jawa, Batu 18 di sini semalam.
Selain menjadi mangsa sepak terajang, dia juga mendakwa dipukul dengan objek keras pada kejadian pukul 8.30 pagi itu.
Akibat serangan itu, Muhammad Noor Azim terpaksa mengambil cuti sakit kerana cedera di muka, kepala dan badan serta tidak berupaya menduduki peperiksaan.
Dia mendakwa, kumpulan guru itu mengarahkan dia bersujud dengan kedua-dua tangan dilipat ke belakang sebelum dipijak dan ditendang.
Tomok pilih pramugari
Oleh Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor
mohdhelmi@hmetro.com.my
mohdhelmi@hmetro.com.my
JODOH ...Tomok dan Siti Rahayu berkenalan secara kebetulan.
Tomok berkata, dia mengenali Siti Rahayu sejak lapan tahun lalu dan memilih 1 Julai ini sebagai tarikh akad nikah yang akan berlangsung di Dewan Serbaguna Datuk Keramat di sini.
Penyanyi yang kini popular dengan lagu Merentas Masa itu berkata, dia mengenali bakal isterinya itu secara tidak sengaja pada 2003 sebelum bertukar-tukar nombor telefon.
“Ketika itu Tomok terbabit dalam satu set penggambaran telemovie bersama New Boyz di Cheras. Kebetulan, Siti Rahayu melalui kawasan penggambaran itu dan kami bertegur sapa selain bertukar-tukar nombor telefon sebagai peminat dan artis,” katanya.
Menurut Tomok, dia tidak menyangka hubungan persahabatan dijalin bertukar menjadi cinta sehingga membawa ke jenjang pelamin.
“Kami sebenarnya merancang mendirikan rumah tangga sejak tahun lalu lagi namun kerana sibuk dengan kerjaya, urusan perkahwinan terpaksa diuruskan sedikit demi sedikit sehingga tarikh sebenar dipersetujui Julai depan,” katanya.
Tomok berkata, kad jemputan perkahwinannya sudah siap ditempah dan akan diedarkan dalam masa terdekat.
Menurut Tomok, selepas majlis akad nikah, kenduri sebelah pengantin perempuan akan diadakan di dewan yang sama keesokan harinya.
Siti setuju sertai Wataniah
KUALA LUMPUR - Penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin dijangka menyertai Rejimen Askar Wataniah pada masa terdekat.Menurut Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Siti bersetuju menyertai pasukan tersebut selepas direstui suami, Datuk Khalid Mohd. Jiwa.
"Siti bersetuju menyertai Askar Wataniah atas sokongan suaminya," katanya pada majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2010 Jabatan Latihan Khidmat Negara dan Pemakaian Pangkat Kolonel Kehormat kepada Ketua Pengarah jabatan itu, Datuk Abdul Hadi Awang Kechil di Kementerian Pertahanan di sini semalam.
Seorang lagi penyanyi, Jaclyn Victor dan bekas pengacara TV3, Maznah Zolkifli turut melahirkan hasrat menyertai pasukan sukarelawan itu.
Tambah Ahmad Zahid, dia turut mengajak beberapa pelakon lelaki untuk menjadi askar wataniah.
Sesiapa yang menyertai Rejimen Askar Wataniah perlu menjalani dan menamatkan latihan 39 jam dalam masa setahun mengikut kelapangan masing-masing sebelum ditauliahkan.
Pelajar cedera dibelasah dalam kelas sendiri
|
|
KUALA TERENGGANU – Seorang pelajar tingkatan dua terpaksa menerima tujuh jahitan di telinga selepas dia mendakwa dibelasah seorang pelajar lain dalam kejadian di sebuah sekolah dekat sini kelmarin.
Kejadian pada pukul 1 petang itu berlaku ketika mangsa, Abdul Rahman Abdul Ghani, 14, berada di dalam kelasnya bagi memulakan pembelajaran sesi petang.
Difahamkan, mangsa kemudian didatangi 20 pelajar lain dari kelas lain dengan seorang daripadanya bertindak menyepak pipi mangsa sambil disaksikan oleh rakan-rakan pelajar yang bertindak ganas itu.
Semasa kejadian, guru belum masuk ke kelas dan selain mangsa dipercayai terdapat beberapa rakan sekelas mangsa yang menyaksikan kejadian itu.
Akibat tindakan itu, mangsa yang berasal dari Kampung Kandis dekat Bukit Tunggal di sini rebah ke tepi tingkap dengan telinga kirinya terkena cermin kaca tingkap menyebabkan ia luka dan berdarah.
Pelaku video seks disiasat
KUALA LUMPUR - Polis semalam mengesahkan pihaknya menyiasat pelaku di dalam rakaman video seks yang didakwa membabitkan seorang lelaki mirip seorang pemimpin pembangkang dengan seorang pelacur di sebuah apartmen di ibu negara yang didedahkan kepada sekumpulan wartawan pada 21 Mac lalu.Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar (gambar) bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai skop siasatan pelaku dalam video seks tersebut termasuk identiti pelakunya itu.
"Memang kita siasat (pelaku) sebab kita sudah kenal pasti dia," kata beliau pada sidang akhbar di Bukit Aman di sini semalam.
Menurut beliau, kertas siasatan yang lengkap berhubung kes rakaman video seks telah diserahkan kepada pihak Peguam Negara pada minggu lalu dan menunggu maklum balas daripada jabatan itu untuk tindakan selanjutnya.
Difahamkan, kertas siasatan di bawah Seksyen 292 Kanun Keseksaan iaitu memiliki dan mengedar bahan lucah itu sebelum ini pernah dipulangkan semula oleh Peguam Negara sebanyak dua kali kepada polis untuk siasatan semula.
Pada 1 April lalu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mengesahkan rakaman video seks berdurasi selama 22 minit bermula pukul 10.23 malam, 21 Februari lalu adalah rakaman tulen selepas disahkan oleh pakar.
Hilang telinga ganggu isteri orang
NIBONG TEBAL - Gara-gara mengganggu isteri orang, seorang peniaga mendapat padah apabila kehilangan kedua-dua belah telinga selepas diserang suami wanita itu di Taman Kasawari, Simpang Ampat di sini semalam.Dalam kejadian pada pukul 8.05 pagi itu, mangsa yang berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan cedera parah dan terbaring di dalam longkang berhampiran rumahnya di Taman Kasawari.
Kejadian tersebut dikatakan berlaku apabila suspek pergi ke rumah mangsa di kawasan tersebut sebelum bertindak menyerang dan memotong telinga lelaki itu dengan menggunakan senjata tajam.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Supritendan Shafien Mamat berkata, siasatan awal polis mendapati kejadian tersebut bermotifkan cemburu.
No comments:
Post a Comment