Tuesday, May 24, 2011

NAIK TERUS NAIK....ATAU TAK NAIK LAGI....KENAIKAN MUNGKIN SAMA ATAU LEBIH LAGI...NAIKNYA ACARA2 MUNGKAR@MAKSIAT DISELURUH NEGARA....

Kasih Ibu hingga Akhir Hayat
Kisahnya perihal satu keluarga yang mengalami kemalangan ngeri. Kereta yang mereka naiki terbabas, berpusing, melanggar pembahagi jalan lalu terperosok ke dalam longkang. Dalam kejadian ini, kereta itu remuk teruk dan penumpangnya mengalami kecederaan parah. Cermin hadapan habis retak berderai. Tidak ditekankan keadaan pemandunya. Tetapi saya fikir, pemandunya menemui ajal di situ juga.     Mahu diceritakan, penumpang yang duduk di sebelah pemandu mengalami kecederaan yang sangat parah. Wajahnya habis berlumuran darah. Dahinya terkopek sehingga menonjolkan tulang tengkorak. Mungkin juga akibat terhantuk pada papan pemuka kereta ditambah dengan pecahan kaca cermin hadapan. Ajaibnya kuasa Tuhan, bayinya selamat tetapi terpelanting ke kerusi belakang. Bayi kecil yang tidak tahu apa-apa itu meraung dan menangis. Mungkin kerana kesakitan, kesedihan, terkejut dan sebagainya.     Sewaktu anggota bomba itu mengambil dan mahu menyelamatkan si kecil tadi, ibunya terketar-ketar dan menggigil sambil memberi isyarat kepada beliau. Subhanallah, rupa-rupanya si ibu tadi mahukan bayinya bagi disusukan. Diselak bajunya dengan sedaya upaya dan disusukan si kecil itu dengan penuh rasa sayu, pilu dan kasih sayang.  Si kecil senyap di dalam dakapan ibunya. Betapa nyamannya dakapan ibu itu sehingga mampu menenangkan si kecil yang ketakutan.   Dengan kuasa dan izin Allah, ibu itu tiba-tiba tercungap-cungap mencari nafas, tanda ajalnya yang semakin hampir. Lalu terkapailah si ibu dalam keadaan yang penuh rasa tanggungjawab dan kasih sayang itu. Ya Allah, betapa pilunya situasi itu sehingga merenggut ketenangan anggota bomba tadi.     Itu lah dia kasih sayang seorang ibu. Walau dalam keadaan bertarung nyawa dan menahan kesakitan, masih tidak melupakan tanggungjawab sebagai seorang ibu...menyusukan anak di saat-saat akhir hidup nya. Subhanallah...     Sebak yg amat sangat di dalam dada…betapa besarnya kasih sayang seorang ibu tadi walaupon ketika berada di hujung nyawa tetapi masih sempat menyusukan si kecil sebagai ingatan terakhir buat dirinya sebelum mengucapkan "selamat tinggal anak ku...ibu pergi dulu ye sayang".
Shah Alam: Kerajaan Pemerintah kini giat mencanang betapa kabinet hari ini terpaksa menanggung beban yang sangat tinggi akibat memberi subsidi kepada rakyat. Akan tetapi, dalam masa yang sama, kerajaan pemerintah enggan menerima pelbagai cadangan yang dikemukakan pimpinan Pakatan Rakyat yang dilihat menjamin kebajikan rakyat marhaen. Malah analisis demi analisis dibuat yang hanya menampakkan seolah- olah kerajaan pimpinan Perdana Menteri Najib Razak ini akan 'nazak' jika terus memberikan subsdidi kepada rakyat. Hari ini, firma penyelidikan pelaburan, AmResearch pula meramalkan harga RON 95 akan naik 20 sen bulan hadapan menjadikan harga bahan bakar itu mencecah RM2.10 seliter. Analisis itu turut menyebut kenaikan itu perlu berikutan harga minyak mentah dunia naik sehingga AS$99 setong daripada AS$79 setong tahun lalu. Analisis itu disambut dingin Ahli Parlimen Pantai Jerejak, Sim Tze Tzin. Beliau menyifatkan kenaikkan itu, walaupun 20 sen, akan memberi impak yang besar kepada golongan yang mempunyai pendapatan bulanan RM2000 kebawah. "Kita tahu bahawa Malaysia sekarang, rakyat yang teramai tu mempunyai pendapatan yang rendah, lebih kurang 40% rakyat Malaysia berpendapatan kurang daripada RM 2000, maka pemotongan subsidi sekarang betul-betul menyusahkan rakyat," katanya. Tze Tzin menyertai pimpinan Pakatan Rakyat yang lain, mengutuk tindakan 'liat' kerajaan memotong subsidi berjumlah RM19 bilion kepada Pengeluar Tenaga Bebas (IPP) tetapi rakus mengurangkan pemberian subsidi kepada rakyat terbanyak. "Saya rasa ini adalah masalah UMNO-BN, di mana mereka sekarang kurangkan subsidi kepada rakyat tetapi kekalkan subsidi kepada kroni-kroni mereka," katanya. Baru- baru ini, Najib Razak dalam ucapan beliau di Pusat Pengajian Islam di Oxford 17 Mei lalu menyatakan subsidi ibarat “candu” kepada ekonomi Malaysia dan perlu dikurangkan secara berperingkat-peringkat untuk mengawal defisit bajet. Kenyataan itu dibidas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pemimpim Pakatan Rakyat yang lain, sebagai tidak bertanggungjawab. "Jadi ini adalah polisi UMNO-BN langsung tidak menjaga kepentingan rakyat, 1Malaysia apa? siapa didahulukan? sebenarnya 1Malaysia, kroni-kroni didahulukan dan rakyat menjadi mangsa," katanya. Hari ini AmResearch menjangkakan harga petrol RON95 mengalami kenaikan 20 sen bulan depan, mencecah RM2.10 seliter, selepas kos subsidi meningkat tiga kali ganda kesan pergolakan politik di rantau Timur Tengah dan utara Afrika. Firma penyelidikan pelaburan itu menganggarkan Putrajaya kini memperuntukkan subsidi sehingga 90 sen seliter bagi petrol RON95 berbanding 30 sen seliter yang disasarkan selepas harga minyak mentah dunia naik sehingga AS$99 setong daripada AS$79 setong tahun lalu. Kali terakhir harga RON95 naik ialah pada Disember lalu sebanyak lima sen kepada RM1.90 seliter. RON97 yang mengalami empat kali kenaikan tahun ini dijual RM2.90 seliter sekarang. Minggu lalu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kenaikan harga petrol RON95 mungkin berlaku dan oleh itu, rakyat perlu bersedia untuk menghadapinya. Beliau berkata kemungkinan itu adalah memandangkan kajian mengenai rasionalisasi subsidi dijangka dibuat sekali lagi bulan depan. -tvsnews AmResearch: RON95 dijangka naik 20 sen bulan depan KUALA LUMPUR, 24 Mei — Harga petrol RON95 dijangka mengalami kenaikan 20 sen bulan depan, mencecah RM2.10 seliter, selepas kos subsidi meningkat tiga kali ganda kesan pergolakan politik di rantau Timur Tengah dan utara Afrika, demikian menurut AmResearch. Firma penyelidikan pelaburan itu menganggarkan Putrajaya kini memperuntukkan subsidi sehingga 90 sen seliter bagi petrol RON95 berbanding 30 sen seliter yang disasarkan selepas harga minyak mentah dunia naik sehingga AS$99 setong daripada AS$79 setong tahun lalu — hampir sama dengan paras AS$100 setong pada 2008. Kali terakhir harga RON95 naik ialah pada Disember lalu sebanyak lima sen kepada RM1.90 seliter. RON97 sudah naik empat kali tahun ini termasuk awal bulan ini untuk dijual RM2.90 seliter sekarang. Minggu lalu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kenaikan harga petrol RON95 mungkin berlaku dan oleh itu, rakyat perlu bersedia untuk menghadapinya. Beliau berkata kemungkinan itu adalah memandangkan kajian mengenai rasionalisasi subsidi dijangka dibuat sekali lagi bulan depan. Beliau berkata, kerajaan masih mengkaji untuk mengambil tindakan yang sewajarnya mengikut pasaran minyak dunia. Kalau kekal dengan keadaan sekarang kemungkinan besar dari segi unjurannya, kata beliau, subsidi akan bertambah daripada RM10.3 bilion kepada RM17 bilion. AmResearch juga berkata, subsidi petrol akan menyebabkan defisit fiskal kerajaan meningkat sehingga enam peratus berbanding 5.4 peratus jika RON95 kekal dengan harga semasa RM1.90 seliter sepanjang tahun ini. “Kesemua faktor menunjukkan ke arah kenaikan harga RON95,” kata firma itu sambil menambah, dengan mengambil kira kenaikan berterusan harga global bagi minyak mentah dan kemungkinan naik lagi pada masa depan, kerajaan kini tersepit antara mengamalkan urus tadbir fiskal seimbang dan keperluan menggambarkan ia mengambil berat tentang kebajikan rakyat. Justeru, AmResearch berkata kerajaan boleh memberi rebat dan menyusun semula skim saraan sektor awam untuk membantu kumpulan berpendapatan rendah, yang dihimpit dengan beban pemotongan subsidi. Firma itu juga menambah, ia menjangkakan bahawa kadar inflasi akan naik mendadak ke arah empat peratus dalam waktu terdekat susulan pusingan pertama impak potongan subsidi ke atas makanan, pengangkutan dan tenaga. “Secara purata, inflasi tahun ini mungkin melepasi kadar 3.5 peratus yang telah diramalkan sebelum ini,” katanya. Bagaimanapun katanya, ia akan masih rendah berbanding 8.5 peratus, paling tinggi dalam 25 tahun, yang dialami pada Julai dan Ogos 2008. Semalam, Ismail Sabri (gambar) berkata, kerajaan pusat akan mengumumkan perkembangan langkah rasionalisasi subsidi termasuk pelarasan harga petroleum minggu ini. Bagaimanapun, Ismail Sabri berkata kerajaan akan menyediakan kaedah paling sesuai untuk mengurangkan beban rakyat ekoran kenaikan itu. “Tunggulah (pengumuman) dalam masa seminggu ini... kita akan membuat keputusan sama ada ingin meneruskan subsidi petrol, diesel dan gas memandangkan jumlah subsidi yang ditanggung kerajaan terus meningkat dari RM8 bilion kepada RM18 bilion,” katanya. Dalam satu kenyataan petang semalam, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menjangkakan tarif elektrik dinaikkan bulan depan, tetapi mahu pentadbiran Najib mengkaji balik konsesi pengeluar tenaga bebas (IPP) dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB) agar tidak membebankan rakyat. Di sebalik kenyataan demi kenyataan mengenai kemungkinan pemotongan bakal dibuat oleh Putrajaya, beliau berkata, beliau sudah sekian lama menegaskan sekitar RM22 bilion subsidi gas yang diberi kepada IPP tidak memberi makna kepada rakyat, sebaliknya ia hanya memberi keuntungan kepada ahli perniagaan dan kroni rapat dengan pemerintah. The Malaysian Insider difahamkan Kabinet dalam mesyuarat mingguannya esok akan menyentuh soal itu. Ketua Umum Pakatan Rakyat ini berkata, merujuk kepada kenyataan demi kenyataan dikeluarkan oleh beberapa menteri berkaitan, kemungkinan tarif elektrik dijangka naik bulan depan. Anwar berkata, isu kenaikan tarif elektrik negara ini berkait rapat dengan perjanjian berat sebelah dipaksa ke atas TNB untuk dimeterai bersama dengan IPP terutamanya dengan pengeluar tenaga swasta generasi pertama. -TMI
Length: ‎4:24

 

Isu Kenaikan Harga Barang

Kenapa Tidak Berterima Kasih Apabila Harga Petrol, Diesel Diturunkan?
Bagaikan satu rahmat apabila perkembangan harga minyak dunia yang turun secara mendadak sejak akhir-akhir ini, membolehkan kerajaan menurunkan lagi harga runcit petrol dan diesel.
N.A.I.K    L.A.G.I........
Kita pasti ingat pada 5 Jun lalu - ungkapan "harga petrol naik lagi" diluahkan dengan emosi marah. Tetapi kenapa situasi hari ini, kita tidak menyambut pengumuman penurunan harga petrol dengan ungkapan "harga petrol turun lagi" bersama nada gembira?
Semua orang tahu, ini kali keempat kerajaan menurunkan harga runcit petrol dan diesel. Daripada kenaikan sebanyak 78 sen empat bulan lalu, kini harga runcit petrol misalnya sudah diturunkan sebanyak 55 sen menjadi RM2.15 manakala harga diesel dikurangkan kepada RM2.05 sekarang.
Sambutan dingin dan kurang memberangsangkan ini ada sebabnya. Hakikatnya masyarakat pengguna masih menunggu para peniaga menurunkan harga jualan ke paras yang munasabah atau kembali ke harga asal ketika harga petrol RM1.92 seliter .
Ketika harga minyak meningkat pada 5 Jun lalu, harga bagi hampir semua barangan naik antara 15 peratus dan 30 peratus. Kos operasi turut naik antara 30 dan 40 peratus.
Daripada barang makanan hingga kepada tambang pengangkutan, semuanya mengalami kenaikan harga atas alasan harga petrol dan diesel telah naik. Peniaga naikkan harga secepat kilat.
Tetapi kini, setelah harga petrol dan diesel diturunkan oleh kerajaan sejak lebih dua bulan lalu, terlalu banyak peniaga yang masih enggan menurunkan harga barangan dan perkhidmatan kepada pengguna.
Penurunan harga bahan api mungkin tidak disenangi oleh golongan peniaga. Mereka akan beri seribu satu alasan. Tetapi sikap tamak dan tidak bertimbang rasa kepada pengguna mungkin sukar dinafikan jika peniaga terlalu mengira dari sudut untung rugi.
Apa yang pelik, kita langsung tidak mendengar ada peniaga yang menyokong Perdana Menteri ketika pengumuman kenaikan harga minyak dahulu. Begitu juga ucapan terima kasih, tidak pun dinyatakan ketika penurunan harga bahan api diumumkan.
Sikap degil dan tidak sensitif terhadap tekanan hidup yang dihadapi oleh rakyat cukup 'meletihkan' kita.
Sepatutnya kerajaan dan pengguna tidak perlu merayu kepada para peniaga. Mereka sendiri sepatutnya sedar dan mempunyai tanggungjawab sosial dengan menurunkan harga barang secara sukarela tanpa perlu menerima desakan daripada kerajaan dan orang ramai.
Oleh kerana kerajaan telah empat kali menurunkan harga bahan api, langkah itu diharap mampu mempengaruhi penurunan harga barangan dan perkhidmatan di pasaran. Logiknya memang patut pun demikian.
Jika sebelum ini semua perniagaan yang berteraskan petroleum menaikkan harga barangan dan caj perkhidmatan mereka, maka sudah kena masanya sekarang, ia harus diteliti semula.
Bagaimanapun, penurunan harga minyak yang diumumkan kerajaan hari ini tidak memberi sebarang manfaat kepada pengguna jika harga barangan keperluan masih melambung tinggi.
Kepada pengguna, kita usah mengikut perangai peniaga yang tidak tahu berterima kasih.
Sebagai pengguna, memang ramai yang marah dan tidak berpuas hati dengan tindakan kerajaan menaikkan harga petroleum dahulu.
Tetapi sebagai rakyat negara ini, kita amat berterima kasih dengan penurunan harga tersebut yang sekurang-kurangnya dapat meringankan sedikit perbelanjaan harian.
Pengurangan harga minyak ini, membolehkan kita merancang semula perbelanjaan harian. Pasti ramai yang melahirkan rasa lega dengan penurunan ini. Malah ramai yang berharap kerajaan akan mengkaji kadar harga baru itu dari semasa ke semasa bagi kepentingan pengguna terutama golongan berpendapatan rendah.
Walaupun akan ada segelintir rakyat menyuarakan pandangan bahawa penurunan ini terlalu kecil dan gagal menangani masalah inflasi, khususnya dalam menurunkan harga barangan, tetapi ia suatu langkah yang wajar diambil daripada tiada tindakan langsung.
Kalau mengikut firasat pakar ekonomi, ketika harga minyak mentah global turun secara mendadak sejak akhir-akhir ini maka harga petrol sebaik-baiknya dikembalikan ke harga asalnya iaitu RM1.92 seliter bagi merangsangkan ekonomi negara.
Malah, lebih daripada itu, kita mengharapkan ekonomi kita akan berdaya saing dan pulih segera, walaupun kini berdepan dengan krisis kewangan global.
Reformasi Sektor Pertanian Tepis Tempias Krisis Makanan Global
kenaikan_harga_barang
JIKA ditanya apakah satu persamaan dihadapi umat manusia sejagat masa kini, jawabnya ialah kenaikan harga makanan. Pada 2007-2008 menyaksikan kenaikan dramatik harga makanan yang mencetuskan bukan sedikit ketidakstabilan politik dan ekonomi.
Pertubuhan Pertanian dan Makanan Sedunia (FAO), agensi di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyatakan bahawa 852 juta penduduk dunia hidup dalam kebuluran, manakala lebih dua bilion penduduk dunia pula dalam keadaan kekurangan makanan kerana kemiskinan.
Jumlah penduduk dunia sekarang sudah mencecah 3.3 bilion dan ini bermakna lebih separuh penduduk dunia tidak cukup makan.
Statistik lain pula menunjukkan di negara kaya, mereka hanya membelanjakan 10 peratus daripada pendapatan untuk perbelanjaan makanan. Penduduk negara membangun membelanjakan 30 peratus, manakala di negara mundur 50 hingga 60 peratus digunakan untuk makanan.
Kenaikan harga makanan akan menjadikan lebih ramai manusia miskin dan lebih ramai akan kebuluran. Ini adalah krisis yang memberi impak besar kepada tamadun manusia. Jalan penyelesaian harus difikirkan dan dilaksanakan dengan segera.
Pelbagai pendapat dilontarkan mengenai sebab kenaikan harga makanan hari ini. Antaranya adalah kerana kenaikan harga minyak dunia. Ia memberi impak kepada keseluruhan rantaian pengeluaran makanan, dari ladang dan harga baja berasas nitrogen, kepada pemprosesan hinggalah ke logistik.
Ini sekali gus menaikkan kos pengeluaran makanan yang memberi kesan kepada pengguna. Faktor ini tidak boleh dikawal selagi pemimpin dunia tidak boleh bersetuju untuk mengawal harga minyak. Dengan kata lain, satu mekanisme harus diwujudkan agar harga minyak tidak boleh dispekulasi oleh pelabur yang mahu mengaut untung cepat tanpa mengira keperitan hidup lebih dua bilion penduduk miskin dunia.
Selain itu, perubahan iklim juga dikatakan sebagai satu faktor. Bermula dengan pelepasan gas karbon dioksida yang berlebihan, akhirnya melarat kepada pengurangan hasil pertanian. Umum tahu perkara ini sudah banyak kali dibincangkan dan langkah segera mesti dilakukan untuk memastikan dunia kita masih boleh didiami. Konsep melestarikan alam sekitar adalah sesuatu yang penting untuk abad mendatang.
Ada pula yang mengatakan kerancakan dunia untuk menghasilkan ‘biofuel’ sebagai ganti bahan bakar daripada ‘fossil fuel’ (minyak yang digerudi) menjadi sebab kenaikan harga makanan. Makanan dijadikan minyak, stok makanan di pasaran menjadi kurang. Lantas menaikkan harga makanan.
Tetapi perkiraan menunjukkan penghasilan ‘biofuel’ hanya menyumbang sekitar dua hingga tiga peratus saja kepada kenaikan harga makanan. Tambahan pula, teknologi penghasilan ‘biofuel’ adalah teknologi strategik yang harus disokong dan dikembangkan untuk kita menghadapi krisis tenaga dunia.
Masyarakat dunia sudah melakukan perkara yang sama ketika krisis makanan 1972. Melalui ‘Revolusi Hijau’, hasil produk pertanian dunia ditingkatkan untuk menampung permintaan. Revolusi hijau berjaya menstabilkan harga pasaran.
Negara kita melalui Padiberas Nasional Bhd (Bernas) sudah mengambil langkah untuk menambah import beras dari negara jiran, Thailand. Selain itu, inisiatif juga diambil oleh Bernas untuk meningkatkan pelaburan dan kerjasama dengan pekilang beras di Thailand. Syabas kita ucapkan. Langkah ini serba sedikit mengurangkan kegelisahan rakyat terhadap krisis makanan.
Tetapi harus diingat, langkah ini bukan penyelesaian jangka panjang. Bayangkan jika krisis makanan terus memuncak dan Thailand enggan menjual beras kepada kita, maka kelaparanlah rakyat Malaysia.
Malaysia harus menghasilkan beras sendiri dan tidak bergantung kepada mana-mana negara jiran. Justeru, saranan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail yang mahu kerajaan mengambil langkah drastik meningkatkan pendapatan dan perolehan makanan adalah saranan yang bijaksana dan bertepatan.
Baginda bertitah supaya menjadikan pertanian sebagai sektor utama di beberapa negeri. Jika kita lihat Jepun, mereka sudah lama peka mengenai perkara ini. Jepun adalah negara yang keluasannya hampir sama dengan Malaysia, tetapi penduduknya hampir lima kali ganda dari Malaysia.
Jepun tidak mempunyai tanah luas yang sesuai untuk tujuan pertanian, tetapi tidak mengimport beras dari mana-mana negara. Malaysia juga seharusnya memandang berat perkara ini dengan mengkaji semula dasar pertanian negara agar kita dapat mengurangkan pergantungan kepada negara asing.
Seperkara yang perlu diberi perhatian dalam menangani krisis makanan adalah bukan dengan tergesa-gesa memugar hutan di Sarawak untuk dijadikan jelapang padi. Sektor pertanian sangat bergantung kepada permintaan semasa kerana hasil pertanian tidak boleh disimpan lama.
Selain itu, kita juga tidak mahu dituduh oleh pihak Barat sebagai pemusnah alam hanya kerana memugar hutan. Kita harus berupaya untuk ‘menilik’ permintaan dalam negara untuk tahun-tahun akan datang dan menghasilkan produk pertanian sebanyak permintaan pasaran.
Sebagai contoh, krisis makanan dunia sekarang kerana penghasilan produk makanan meningkat sebanyak 1.1 peratus, manakala jumlah penduduk dunia meningkat sebanyak 1.2 peratus. Di sini, jika kita menganalisis data ini lebih awal lagi, sudah tentu kita dapat mengelak ditimpa krisis makanan.
Boleh kita fahami bahawa bukan mudah untuk menghasilkan produk pertanian sekadar permintaan pasaran. Industri pertanian sangat terdedah kepada risiko. Justeru, perancangan yang teliti pelbagai agensi kerajaan sangat diperlukan. Pertanian era ini bukan saja tanggungjawab Jabatan Pertanian, malah ia membabitkan seluruh jentera kerajaan.
Kerajaan sudah lama menubuhkan Institut Penyelidikan dan Pembangunan Pertanian Malaysia (Mardi) untuk memartabatkan sektor pertanian. Kerajaan juga sudah menghantar puluhan pegawai ke Jepun dan serata dunia untuk mempelajari teknik pertanian moden.
Kita tidak memerlukan semua rakyat Malaysia menjadi petani. Misalnya pengeksport hasil pertanian, Amerika syarikat hanya mempunyai dua juta petani moden, kurang satu peratus daripada jumlah penduduk negaranya. Kita memerlukan modal insan yang komited dan teknologi tinggi untuk memajukan sektor pertanian.
Selain itu, kita mesti meningkatkan perbelanjaan penyelidikan untuk pertanian. Menghasilkan benih yang tahan penyakit melalui teknik pertanian konvensional atau pengubahsuaian genetik.
Mewujudkan sistem yang menyokong petani untuk memaksimumkan hasil pertanian mereka. Tanpa melakukan perkara ini, sektor pertanian akan menjadi tidak berdaya maju dan kompetitif.
Mungkin kita akan kehabisan tanah untuk bercucuk tanam apabila jumlah penduduk meningkat terlalu ramai. Halangannya terlalu banyak. Tetapi kita tidak ada pilihan selain memajukan sektor pertanian dan menanam padi sendiri.
Kita harus pantas bergerak sekarang, jika tidak kita bakal menjadi ‘pengemis dari negara bertanah subur’. Teringat ketika penulis masih kecil, dihiburkan oleh bonda dengan cerita Nabi Yusof AS mengumpul dan menyimpan gandum selama tujuh tahun untuk negaranya sebelum kedatangan musim kemarau panjang tujuh tahun.
Hasilnya, saudaranya yang dulu memusuhinya dan juga Ayahandanya Nabi Yaakub AS datang meminta bantuan. Juga teringat ketika bonda memberi peringatan, bertani adalah pekerjaan mulia, pekerjaan Nabi Daud AS, pekerjaan yang pasti membawa berkat. Sekarang selepas 20 tahun dihiburkan dengan cerita di atas, barulah terasa kepentingan sektor pertanian.
Malangnya, penulis bukanlah petani, hanya mampu berkongsi buah fikiran untuk tatapan dan renungan bersama. Semoga dengan berulangnya krisis makanan kali ini memberi pengajaran dan teladan kepada kita.
Penulis ialah Pensyarah, Kulliyah Kejuruteraan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia





Industri Pertanian Atasi Krisis Makanan
Kementerian Belia dan Sukan memperuntukkan RM20 juta pada tahun ini sebagai pinjaman untuk membantu golongan belia yang ingin mengusahakan industri pertanian.Menterinya, Datuk Ismail Sabri Yaakob memberitahu, golongan tersebut boleh memohon pinjaman bermula RM15,000 hingga RM50,000 itu bagi menjayakan projek pertanian mereka.
''Seluruh dunia kini menghadapi masalah kekurangan makanan terutamanya bekalan makanan ruji seperti beras oleh kerana negara-negara pembekal seperti Thailand, Myanmar, Filipina dan Vietnam berhadapan dengan masalah cuaca dan bencana alam." katanya selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-31 Pertubuhan Peladang Daerah Bera di Kompleks Rakan Muda di sini hari ini.
Tambah beliau, bagi mengatasi masalah kekurangan beras, Malaysia terpaksa mengimport 200,000 hingga 300,000 tan setiap bulan dari negara jiran, Thailand dan India.
Bagaimanapun, katanya, masalah itu dapat diatasi jika semua tanah-tanah terbiar di seluruh negara dapat dibangunkan semula dengan mengusahakan sawah padi.
Sehubungan itu, beliau berharap Pertubuhan Peladang Kawasan dan agensi pertanian mengenal pasti tanah-tanah terbiar dan turut membabitkan golongan belia secara langsung bagi membangunkan tanah tersebut dengan penanaman padi.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Bera yakin jika semua tanah terbiar dapat ditebusguna dengan mengusahakan tanaman makanan masalah krisis makanan yang melanda negara dapat diatasi.

Malah beliau yakin industri pertanian mampu menangani masalah pengangguran di kalangan belia sekali gus menghapuskan kemiskinan.
iks
Bahan Bakar Bio Punca Harga Makanan Naik
KUALA LUMPUR: Ahli perniagaan pada Forum Ekonomi Dunia Mengenai Asia Timur bersependapat mengenai peranan kerajaan dalam menangani peningkatan harga makanan dan memberi amaran lebih banyak protes akan berlaku jika tindakan segera tidak diambil.
Pengerusi Nestle Switzerland, Peter Brabeck-Letmathe, berkata dua pertiga daripada kenaikan harga makanan berpunca daripada keputusan diambil kerajaan.
"Kira-kira 10 peratus peningkatan harga makanan disebabkan peningkatan harga bahan bakar, 10 peratus disebabkan perubahan gaya hidup.
"Satu pertiga lagi disebabkan penggunaannya bagi bahan bakar bio, satu pertiga disebabkan keputusan untuk menghentikan eksport dan 10 peratus lagi adalah disebabkan spekulasi," katanya pada perbincangan forum bertajuk Kebimbangan Mengenai Makanan dan Bahan Bakar: Bolehkan Asia Menguruskan Kos Politik Inflasi' pada Forum Ekonomi Dunia mengenai Asia Timur di sini, semalam.
Ahli panel sependapat bahawa isu makanan adalah disebabkan pengaruh politik kerana harga pertanian sudah lama ditentukan menerusi subsidi kerajaan.
Brabeck Letmathe berkata, keputusan diambil negara seperti Argentina dan Kazakhstan untuk menghentikan eksport, selain tindakan Amerika Syarikat mempromosikan penggunaan bahan bakar bio menyumbang kepada ketidakseimbangan ketika ini.
"Satu pertiga daripada pengeluaran jagung di Amerika akan digunakan dalam bahan bakar bio," katanya.
Pengerusi Roux International Australia, Michael J Roux, berkata isu mengenai peningkatan harga makanan perlu ditangani secara berbeza daripada krisis bahan bakar, dengan menyatakan faktor menyokong peningkatan harga minyak adalah lebih sukar dikekalkan.
Beliau berkata, harga minyak akan melambung jika AS berdepan kemelesetan ekonomi.
"Kita sudah menyaksikan banyak tindakan diambil dalam pasaran dan kini perlu membayar harganya," katanya.
Beliau memberi contoh tindakan China mengawal harga diesel menjelang penganjuran Olimpik adalah antara tindakan jangka pendek yang menyebabkan lonjakan harga bahan bakar ketika ini.
Sementara itu, Pengerusi Sime Darby Bhd, Tun Musa Hitam, berkata faktor yang melonjakkan harga makanan adalah disebabkan pelaburan tidak seimbang dalam infrastruktur, terutama di negara membangun seperti Indonesia menyebabkan kos logistik lebih tinggi.
Beliau berkata, Asean juga perlu bekerjasama dalam mencari penyelesaian jangka panjang berbanding reaksi serta-merta yang pasti membawa kepada masalah lain pada masa depan. 



Kenaikan Harga Barang semakin mencengkam


http://buletinonline.net/images/stories/berita38/bawang1malaysia.gif- Pemimpin Umno tidak rasai, kerana mereka 'kaya raya'
KUALA TERENGGANU
- Rakyat negeri Terengganu kini mula merasai tekanan 'bahang' kenaikan harga barang dan perkhidmatan akibat pengurangan subsidi terhadap minyak dan beberapa barang keperluan utama.

Pengarah Jabatan Penerangan PAS Terengganu, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah berkata melalui maklumbalas dari kajian yang dibuat menunjukkan seluruh rakyat Terengganu kini mengalami beban kesan kenaikan harga tersebut.

"Hampir keseluruhan barangan keperluan utama mengalami kenaikan, rantaian bebanan tersebut kini sedang mencengkam kehidupan rakyat terutama golongan berpendapatan rendah, ia jelas menunjukkan kaitan antara pengurangan subsidi yang telah dilaksanakan oleh kerajaan," ujarnya ketika ditemui Buletinonline.

Menurutnya rantaian kenaikan tersebut turut memberi kesan kepada harga makanan dan minuman siap yang sediakan dikedai-kedai makan dan warong-warong.

Katanya, kesannya dirasai samada para peniaga menaikkan harga makanan dan minuman yang disajikan atau pengguna memperolehi makanan dan minuman yang berkurangan kuantitinya, atau kualitinya, kerana peniaga terpaksa 'menyerap' kenaikan harga barangan dan perkhidmatan yang berlaku.

Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan sebuah akhbar tempatan yang mendedahkan kenaikan harga keperluan utama kehidupan seharian semalam.

Sebelum ini, katanya, terdapat laporan media terhadap kenaikan harga sayur keluaran tempatan dan kenaikan tersebut kini 'sudah merebak' kepada harga sayur-sayuran impot.

Sehubungan itu, beliau berkata, ketiadaan bekalan beberapa keperluan utama rakyat akan turut diikuti dengan kenaikan harga kepada barangan tersebut.

"Ketiadaan minyak masak dan kelapa dalam pasaran tempatan khususnya di negeri Terengganu akan menyebabkan harga barangan tersebut naik, para pembekal sedang menyelaraskan harga bagi menyerap bebanan kos, terutamanya kos pengangkutan,"jelasnya.

Katanya, kos pengangkutan meningkat akibat daripada kenaikan harga bahan api utama minyak dan gas.

Oleh itu, beliau kesal dengan kenyataan beberapa pemimpin Umno Terengganu yang menolak realiti, bahawa kenaikan harga yang berlaku adalah kerana kesan kenaikan minyak dan gas.

"Pemimpin Umno tidak bercakap benar dan terus-terusan mahu menipu rakyat, kehidupan rakyat semakin tersepit tetapi 'mungkin' pemimpin Umno tidak merasainya kerana mereka sudah menjadi 'kaya raya',"ujarnya mengulas kenyataan seorang pemimpin Umno yang menuduh PAS menjadikan kenaikan minyak RON97 baru-baru ini sebagai 'satu gimik' politik PAS.

Justeru beliau menyeru seluruh rakyat Terengganu menolak Umno dan menggantikannya dengan PAS dalam pilihanraya akan datang.

Katanya, Umno yang memerintah Terengganu sejak 2004 gagal meningkatkan kehidupan sebenar rakyat Terengganu.

"Jumlah rakyat yang miskin semakin bertambah, menunjukkan ada orang yang menjadi miskin pada setiap hari kerana tidak dapat menampung bebanan hidup,"tegasnya merujuk kepada kenyataan pemimpin Umno sendiri yang mendedahkan bahawa penerima bantuan dana kerajaan semakin meningkat.


Masalah Kenaikan Harga Barang. Ke Manakah Fokus Kerajaan Sebenarnya?



Salam semua®…
Penulis mahupun orang ramai sedia maklum bahawa punca masalah ekonomi global sekarang ini yang paling nyata adalah disebabkan oleh kenaikan harga petroleum dan pengurangan pengeluaran berasaskan barangan makanan dunia.
Malaysia, bumi bertuah ini yang kaya dengan hasil petroleum dan mempunyai bumi yang subur untuk aktiviti pertanian ini tidak dapat lari daripada tempias yang meresahkan semua orang.
Pada tahun 2008, kita telah lalui pengalaman yang memeritkan apabila harga makanan naik sehingga 8.8 peratus, akibat daripada kenaikan mendadak harga minyak dan petrol. Malah selepas itupun, harga barangan dan makanan terus mengalami kenaikan dan khabarnya, sepanjang enam tahun dari tahun 2004 harga makanan telah naik sebanyak 30 peratus sedangkan kenaikan upah di negara ini puratanya sekitar 2.6 peratus dari tahun 2001 sehinggga 2010.
Tetapi, amat menghairankan penulis, sebagai negara yang kaya dengan hasil petroleum dan dianugerahkan pula oleh Allah SWT dengan muka bumi yang subur dan selain mempunyai modal insan yang cemerlang, masih lagikah kita mahu berterusan menyalahkan faktor luaran sebagai punca kepada permasalahan ekonomi negara kita? Persoalannya sampai bila ? Rakyat sebenarnya sudah muak dengan alasan demi alasan yang telah diberikan oleh kerajaan.
Cuba perhatikan negara jiran terdekat kita, seperti negara Singapura misalnya. Apa yang negara Singapura ada yang membolehkan taraf hidup rakyatnya lebih baik berkali-kali ganda daripada kita?
Pelan Jangka Masa Panjang
Adakah dengan menuruti seruan TPM baru-baru ini agar rakyat sentiasa berjimat cermat dalam berbelanja, berusaha mengempiskan perut yang telah sedia kempis selain berusaha bercucuk tanam sendiri  dapat menyelesaikan semua masalah kenaikan harga barangan ini? Adakah kita perlu kembali ke zaman batu atau ‘Flintstones’?
Kalau itulah jawapan yang dicari, ternyata kerajaan sebenarnya tidak melakukan yang terbaik untuk rakyatnya.
Kita memang akui bahawa kerajaan di bawah DS Najib sentiasa bekerja keras dan berjaya  menarik pelaburan-pelaburan besar daripada luar negara bagi meningkatkan pendapatan dalam negara. Walaubagaimanapun, kerajaan juga tidak harus terlepas pandang dari menjadikan negara kita ini sebagai negara pengeluar barangan makanan tidak kiralah sama ada ianya berasaskan pertanian atau pembuatan dalam skala yang besar sekaligus dapat mencari penyelesaian kepada kekurangan bekalan makanan dalam negara dan sikap kebergantungan kepada  barangan makanan yang diimpot.
Bumi bertuah Malaysia amat subur dan seluas mata memandang. Masih ada lagi tanah subur di luar sana yang belum diterokai sepenuhnya oleh kita. Kalaulah Allahyarham TUN Abdul Razak sendiri boleh nampak ianya  memberi munafaat kepada rakyat Malaysia dalam jangka masa panjang, kenapa tidak kita? Kita perlu mempelbagaikan aktiviti  pertanian  dan tidak perlu terhad kepada penanaman kelapa sawit dan getah sahaja. Kenapa kita perlu mengimpot barangan makanan yang berasaskan pertanian kalau dari segi teknologi terkini dan modal insan yang kita ada, kita mampu melakukannya?

Pelan Jangka Masa Pendek.
Cadangan yang boleh dipertimbangkan oleh kerajaan bagi mengatasi masalah kawalan harga barang adalah seperti berikut;
1) Kerajaan perlu bersedia mengambil-alih kepentingan pasaraya besar sebagai permulaannya dari mana-mana satu dari rangkaian pasaraya besar yang dimiliki oleh pelabur asing yang mempunyai rangkaian  yang luas di tiap-tiap negeri.
Urusan pentadbirannya pula ditadbir oleh para professional dan dikawal selia di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.
Operasinya mistilah sistematik dan berdaya maju serupalah dengan mana-mana “GLC” kerajaan yang lain.
Kebaikan-kebaikan yang mungkin diperolehi;
i) Dapat menyediakan barangan keperluan harian yang mencukupi terutamanya barangan runcit termasuklah dari sumber pertanian, barangan  keperluan dapur, barangan pembuatan, minuman dan lain-lain barangan keluaran dari PKS   pada paras harga yang munasabah dan mampu dibeli oleh rakyat yang berpendapatan rendah.
PKS juga boleh menjualnya pada harga yang menarik kepada GLC ini. Keadaan ini akan dapat meningkatkan pendapatan mereka jika dibandingkan dengan hasil dari pendapatan yang diperolehi dari pelabur-pelabur asing.
ii)Harga-harga barangan dari pasaraya besar GLC ini mestilah diselia dengan rapi oleh kementerian berkenaan mengikut kesesuaian di antara  harga  dan tempat di mana pasaraya besar GLC itu didirikan samada ianya bestatuskan pasaraya gred A, B atau C.
Katakan gred A terletak  di bandar-bandar besar, manakala gred B dan C pula di bandar-bandar kecil dan di luar-luar bandar.
Dengan cara ini rakyat yang tinggal di luar-luar bandar yang rata-ratanya berpendapatan rendah akan menikmati harga barangan yang munasabah jika dibandingkan dengan harga barangan di bandar-bandar besar.
iii) Harga barangan di pasaraya besar GLC juga sebagai indikator kepada harga-harga barangan  yang dijual di luar lingkungan  pasaraya besar GLC tadi dan juga mestilah mengikut kesesuaian di antara  harga  dan tempat di mana tempat perniagaan itu beroperasi.
Jadi, masalah perlumbaan menaikkan harga sewenang-wenangnya dari para peruncit, peniaga kecil serta pasaraya-pasaraya yang tidak jujur lainnya dapat dipantau secara sistematik serta diambil tindakan yang sewajarnya oleh kerajaan.
iv)Kerajaan juga secara tidak langsungnya boleh menjana pendapatan negara melalui pelaburan yang menguntungkan  ini.
Sikap mengkayakan pelabur-pelabur asing dalam bidang ini  amat merugikan negara dalam jangkamasa panjang kerana sikap kebergantungan berterusan ini tidak akan menjadikan Malaysia sebagai negara yang berdaya saing serupa dengan negara-negara maju yang lain dari sekarang sehinggalah pada tahun 2020.
Kaedah meninggalkan  kos kepada rakyat bagi meningkatkan pendapatan negara seperti yang dilakukan oleh kerajaan sekarang dilihat adalah tidak sesuai lagi dan boleh dianggap cara kuno yang berorientasikan ‘people as the last resort” yang kebanyakannya dibenci oleh semua rakyat tidak kiralah apa fahaman politik mereka.
2) Kerajaan perlu harus lebih berhati-hati dalam perbelanjaan pengurusannya. Sewajarnya juga, PLKN yang menelan belanja tahunan melebihi angka RM500 juta itu perlu ditangguhkan dahulu sehingga ekonomi kembali pulih atau ditukarkan sahaja kepada sebarang aktiviti tambahan yang sama di peringkat sekolah, kolej atau Universiti yang bersesuaian.
3). Menarik kembali subsidi korporat berjumlah RM19 bilion yang diberikan kepada elit  termasuklah syarikat IPP.
4). Memperkemaskan lagi  agensi penguatkuasaan kerajaan yang memainkan peranan kepada penyumbang kepada pendapatan negara. Ini semua merupakan sumber hasil pendapatan dan merupakan duit kerajaan yang perlu dibelanjakan dan diimbangi dengan berhemah oleh pihak pemerintah.

USAHA MEMBENDUNG KENAIKAN HARGA BARANG

Belakangan ini, kenaikan harga barang telah melanda negara kita. Kenaikan ini menyebabkan perbelanjaan rakyat Malaysia semakin bertambah. Bagi golongan yang hidup seperti kais pagi makan pagi, kais petang makan petang atau kurang berada ini, kenaikan ini sudah pasti menimbulkan beban kepada mereka. Terdapat beberapa langkah yang perlu diambil oleh pelbagai pihak untuk menghadapi kenaikan ini, bak kata pepatah, ingat sebelum kena jimat sebelum habis.
Satu daripada langkah yang perlu diambil untuk menangani masalah ini ialah setiap rakyat Malaysia perlulah mempraktikkan amalan berjimat cermat. Amalan ini dapat dilaksanakan dengan mengurangkan perbelajaan atau ikat perut. Sebagai contohnya, jika pada suatu ketika dahulu kita berbelanja sebanyak 100 peratus, perbelanjaan tersebut hendaklah dikurangkan kepada 50 atau 60 perataus sahaja. Wang selebihnya hendaklah kita simpan. Melalui cara ini, kita dapat mengurangkan pengaliran wang di pasaran dan seterusnya dapat mengurangkan permintaan terhadap sesuatau barangan sekali gus dapat mengurangkan kenaikan harga barang.

Selain itu, ketua sesebuah keluarga pula hendaklah merancang perbelanjaan keluarga dengan teliti. Semua perbelanjaan hendaklah dibuat berdasarkan keperluan yang sebenarnya. Hal ini bermaksud barang-barang yang tidak diperlukan hendaklah diketepikan. Sebagai contohnya, setiap ahli keluarga hendaklah menangguhkan pembelian pakaian yang berjenama mahal, peralatan perabot, dan sebagainya. Mereka hendaklah menumpukan pembelian barangan keperluan utama seperti beras, gula, tepung, dan sebagainya.

Di samping itu, semua ahli masyarakat hendaklah memboikot barang-barang di pasaran yang harganya naik secara mendadak. Dalam hal ini, masyarakat hendaklah bersatu hati seperti yang terungkap dalam pepatah Melayu, iaitu bersatu teguh bercerai roboh. Sebagai contohnya, masyarakat janganlah membeli ayam daging di pasar yang mengalami kenaikan harga yang tidak munasabah. Apabila pembeli memboikot pembelian terhadap ayam daging tersebut dalam tempoh tertentu, harga ayam tersebut akan turun kembali.

Bukan itu sahaja, pihak kerajaan pula hendaklah sentiasa membuat pemantauan dan mengambil tindakan yang tegas terhadap mana-mana pihak yang menaikkan harga barangan tanpa mendapat kelulusan daripada pihak kerajaan. Pegawai yang bertanggungjawab hendaklah mengadakan lawatan secara mengejut dari semasa ke semasa untuk memastikan penjual mematuhi peraturan yang telah ditetapkan atau tidak bersikap seperti lintah darat. Sebagai contohnya, mana-mana penjual yang menaikkan harga barangan secara sesuka hati atau cuba memasang lukah di pergentingan, mereka hendaklah didakwa di mahkamah. Tindakan ini akan menyebabkan mereka tidak berani untuk mengambil kesempatan dalam suasana negara menghadapi kemelut kenaikan harga minyak.

Kesimpulannya, kenaikan harga barang telah menyusahkan banyak pihak. Oleh itu, semua pihak haruslah bekerjasama bagai aur dengan tebing untuk menangani masalah ini. Bagi sesetengah pihak pula, janganlah bersikap seperti enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing. Semua rakyat Malaysia mestilah bertindak seperti ke bukit sama-sama didaki dan ke lurah sama-sama dituruni untuk mencari jalan bagi menyelesaikan kemelut yang berlaku. Sebagai pengguna pula, kita mestilah memboikot barang-barang tertentu jika ada pihak yang ingin mengambil kesempatan dalam situasi genting yang bagai telur di hujung tanduk ini. 

Hebat! Malaysia tangga ke 10 peminum arak teramai di dunia


PELIK tapi benar, kalau kita lihat di peta dunia, Negara Malaysia ini hanya sebesar habuk nak dibandingkan dengan negara-negara bukan Islam yang lain. Malaysia juga memiliki majoriti rakyat yang beragama Islam. Namun apa yang peliknya, negara ini menduduki "ranking Top 10" peminum arak paling ramai di dunia diulangi rangking Top 10 peminum arak teramai di dunia.

Akhbar milik MCA, The Star semalam menyiarkan statistik tahun ini yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia, WHO bahawa Malaysia membelanjakan US$500 juta (RM1.5bilion) untuk alkohol dengan kadar penggunaan per kapita sebanyak 7 liter. Penggunaan beer di Malaysia pula dilaporkan mencecah 11 liter per kapita [TheStar].


Patutlah sebelum ini Timbalan Perdana Menteri, Muhyidin Yassin begitu bangga apabila Amerika Syarikat mengiktiraf Malaysia sebagai negara Islam contoh [Negara Islam].


Tidak hairanlah Malaysia jadi antara Negara Top 10 memiliki peminum arak terbesar dunia, mana tidaknya? Anak pemimpin pun ada yang jadi tokey syarikat Arak terbesar Filipina, San Miguel, manakala bapaknya pula menghentam ulama konon dialah yang lebih pandai bab hukum hakam. Konon dialah yang paling Melayu walaupun mak bapaknya bukan Melayu almaklumlah "Melayu mudah lupa" katanya.

Di bawah ini sekadar gambar hiasan.



ReJaM© "Patutlah Amerika mahu Malaysia jadi Negara Islam contoh
"

source: http://milosuam.blogspot.com/2011/05/hebat-malaysia-tangga-ke-10-peminum.html#ixzz1NJk4tGL9


Arak: Malaysia lebih teruk dari negara bukan Islam
Aziz Muda   
KUALA LUMPUR, 23 Mei: Kemunculan Malaysia sebagai negara yang menduduki tangga ke-10 peminum arak paling ramai di dunia, jelas meletakkan Malaysia sebagai negara lebih teruk dari negara-negara bukan Islam di seluruh dunia.
Dengan kedudukan itu juga, jelas melambangkan kegagalan Kerajaan BN yang ditunjangi Umno dalam mendidik rakyatnya tentang bahaya arak agar menjauhinya.
Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Ustaz Taib Azamuddin Md Taib (gambar) berkata, kejadian itu turut menjadi satu tamparan hebat kepada umat Islam di negara ini, memandangkan negara ini adalah negara umat Islam dengan Islam sebagai agama rasminya.
Menurut beliau, dalam masa yang sama, ia turut melibatkan maruah para mufti sendiri di tanah air kerana Malaysia turut memiliki mufti yang ramai yang berjumlah 14 orang di seluruh negara.
Katanya, selain itu, ia turut memberikan tamparan hebat kepada menteri yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal Islam yang berada di JPM yang walaupun tidak mempunyai kementerian khusus, tetapi berfungsi sebagai menteri yang bertanggungjawab penuh terhadap hal ehwal Islam di negara ini.
"Memang amat mengaibkan. Dah lebih 50 tahun Kerajaan BN yang ditunjangi Umno memerintah negara ini, tetapi masih gagal mengatasi masalah ini," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Akhbar milik MCA, The Star semalam menyiarkan statistik tahun ini yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) bahawa Malaysia menduduki "ranking Top 10" peminum arak paling ramai di dunia.
WHO turut menjelaskan, Malaysia membelanjakan US$500 juta (RM1.5 bilion) untuk alkohol dengan kadar penggunaan per kapita sebanyak 7 liter, manakala penggunaan beer di Malaysia pula mencecah 11 liter per kapita.
Menurut Ustaz Taib, para pemimpin Umno sepatutnya berasa malu dengan statistik itu, memandangkan sebelum ini mereka begitu bangga apabila Amerika Syarikat mengiktiraf Malaysia sebagai negara Islam contoh.
Antara pemimpin Umno yang jelas menyuarakan kebanggaannya dengan pengiktirafan Amerika itu termasuklah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yassin sendiri.
"Jadi sekarang apakah sudahnya? Patutlah Amerika mahu Malaysia jadi negara Islam contoh. Tidakkah para pemimpin Umno malu dengan apa yang berlaku itu?" katanya sinis.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Baling berkata, walaupun secara dasarnya statistik itu melibatkan orang bukan Islam, tetapi kejadian itu tidak akan berlaku sekiranya Kerajaan BN tahu melaksanakan tanggungjawabnya terhadap rakyat.
"Sebagai kerajaan yang bertanggungjawab, Kerajaan BN tidak sepatutnya membiarkan rakyatnya begitu bebas dengan minuman arak, tetapi mestilah ada dasar tertentu yang perlu dilaksanakan bagi kawalan dan pemantauannya.
"Selain itu, kerajaan juga perlu melaksanakan dasar-dasar tertentu ke arah mendidik rakyatnya agar faham dengan bahaya minuman keras. Tetapi tanggungjawab itu ternyata gagal dilaksanakan oleh Kerajaan BN," katanya.
Beliau turut bimbang jika statistik itu juga turut membabitkan umat Islam sendiri, memandangkan di negara kita sememangnya terdapat anak pemimpin sendiri yang menjadi taukeh syarikat arak terbesar di Filipina, San Miguel, manakala bapanya pula asyik menghentam ulama kononnya dialah yang lebih pandai mengenai hukum-hakam.
Lebih jauh dari itu, katanya, walaupun umat Islam sendiri tidak meminumnya, tetapi kegitan itu juga pasti turut melibatkan umat Islam kerana persoalan arak itu sendiri melibatkan 10 perkara atau 10 pihak.
"Antaranya termasuklah pihak yang mengeluarkan lesen penjualan arak, orang yang menyediakan pembuatannya, orang yang menghidangnya dan orang yang mengangkutnya.
"Walaupun saya hanya menyebut beberapa perkara dari 10 perkara itu, tetapi dari yang saya sebutkan itu, tidakkah ia juga turut terbabit dengan umat Islam?" tegasnya.
Dengan kedudukan Malaysia di tangga ke-10 peminum arak tertinggi di dunia, jelas beliau, ternyata menunjukkan Kerajaan BN yang ditunjangi Umno tidak mengambil berat tentang perkara itu, walaupun ia akan mendatangkan kesan amat buruk kepada negara.
"Arak adalah ibu maksiat. Jika ia tidak ditangani dengan baik, ia pasti akan mendatangkan masalah besar kepada peminumnya sendiri, keluarga, masyarakat dan negara, termasuk mempertingkatkan lagi kes-kes gejala sosial," katanya.
Menurut beliau lagi, tokoh gerakan Islam, Al-Syahid Syed Qutb di dalam bukunya "Fi Zilli Quran" menjelaskan, kelebihan kepimpinan Islam antara lain akan menjaga dan mendokong kedaulatan agama, dakwah dan akhlak rakyatnya.
"Dalam Umno BN ternyata tidak ada landasan itu. Ia amat berbeza dengan PAS. Inilah yang perlu disedari oleh seluruh rakyat negara ini dengan memberikan sokongan padu kepada PAS dan Pakatan Rakyat, bagi membolehkan negara muncul sebagai negara yang diberkati Allah," ujar beliau.

No comments:

Post a Comment