Wednesday, June 29, 2011

ACARA YANG ADA BERCAMPUR GAUL LELAKI PEREMPUAN SECARA BEBAS DAN MELALAIKAN TETAP HARAM...JANGAN SAMPAI HUKUM ALLAH KITA PERMAINKAN.....AKHIRAT TERIMA BALASANNYA



“Hargai lah apa jua yang anda miliki sekarang,kerana setelah kehilangannya anda pasti mengenangnya..”

Penyamun alam siber

Oleh Helmy Abd Rahman, Gaddafi Musli dan Shahrul Redzuan
am@hmetro.com.my

pix_middle
MAHIR...Zul dan Madi pernah aktif menggodam.
MAHIR...Zul dan Madi pernah aktif menggodam.
KUALA LUMPUR: Awas! Apabila anda mendedahkan nombor telefon atau nombor akaun bank di Internet terutama di laman jaringan sosial, anda berpotensi menjadi mangsa penggodam sehingga menyebabkan anda kerugian ribuan ringgit sekelip mata.
Modus operandinya mudah - penggodam yang sudah memperoleh nombor telefon atau nombor akaun bank yang dipaparkan, akan mencari dan mengumpulkan maklumat peribadi mangsa di Internet sebelum membuat permohonan bagi mendapatkan kad kredit menerusi Internet.
Apabila menerima kad kredit itu, penggodam akan mencari laman web menjual pelbagai produk melalui urus niaga Internet yang lemah sistem keselamatannya dengan menggunakan teknik dan kod tertentu.

Seterusnya, mereka akan menggunakan kad kredit yang belum diaktifkan untuk membeli pelbagai produk yang dikehendaki.


Taktik digunakan penggodam yang dikenali ‘Black Hat Hacker’ atau ‘Cracker’ itu didedahkan kepada Harian Metro oleh dua sahabat yang hanya mahu dikenali Zul dan Madi.

Mereka yang berusia 30-an pernah aktif menjadi penggodam sedikit masa lalu untuk mendapat keuntungan dengan cara mudah.



Pelajar dapat 7A maut di sekolah


Hao Zheng ditemui mati selepas diberi nasihat oleh guru kaunseling.


KAJANG – Ratusan pelajar Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Yu Hua disini dikejutkan dengan kejadian seorang pelajar lelaki tingkatan enam sekolah itu yang maut selepas mangsa dipercayai terjatuh dari tingkat empat bangunan sekolah.
Sebelum kejadian pada pukul 9.20 pagi itu, mangsa Nge Hao Zheng, 18, dikatakan baru berjumpa guru kaunseling lelaki sekolahnya di tingkat empat bangunan sama bagi membincangkan aduan seorang pelajar perempuan tingkatan tiga sekolah itu yang mendakwa dicabul mangsa.
Ekoran aduan itu, Hao Zheng, pelajar aliran sains tingkatan enam rendah, masuk ke bilik kaunseling kira-kira pukul 8 pagi dan berbincang mengenai perkara itu.
Sebaik keluar dari bilik guru kaunseling itu, mangsa didakwa terus memanjat tembok beranda di tingkat empat tidak jauh dari bilik kaunseling sebelum dia terjatuh.
Pelajar-pelajar lain yang sedang mengikuti sesi pelajaran di sekolah itu dikejutkan dengan bunyi objek jatuh.
Mangsa kemudian ditemui dalam keadaan berlumuran darah dan sudah tidak bernyawa di tepi bangunan sekolah.

Konsert Sweet Charity, Blues Gang ditunda gara-gara demonstrasi haram




KUALA LUMPUR - Konsert dua kumpulan rock legenda tempatan iaitu Sweet Charity dan Blues Gang di Stadium Merdeka di sini ditunda ke tarikh 1 Oktober gara-gara demonstrasi haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) pada 9 Julai ini.
Pengurus Eksekutif Netzah Productions Sdn. Bhd., Shirazdeen Karim berkata, penangguhan konsert berkenaan adalah bagi tujuan keselamatan.
Keputusan itu adalah hasil rundingan pihaknya bersama pihak berkuasa yang mahu penganjur menangguhkan sementara konsert tersebut.
"Kita bimbangkan keselamatan penonton yang kemungkinan akan datang berkeluarga ke konsert itu dan ingin mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Tertiarap depan pintu

Oleh Alias Abd Rani
lias@hmetro.com.my

BERSELERAK...rumah Walina (gambar kecil) berselerak diselongkar penyamun sebelum membunuhnya.
BERSELERAK...rumah Walina (gambar kecil) berselerak diselongkar penyamun sebelum membunuhnya.
KUMPUL BUKTI...pihak polis mengumpul bukti pembunuhan di Kampung Pelandok, Sadong Jaya, semalam.
KUMPUL BUKTI...pihak polis mengumpul bukti pembunuhan di Kampung Pelandok, Sadong Jaya, semalam.
KOTA SAMARAHAN: Hasrat seorang bapa mengadakan kenduri kesyukuran sempena menyambut kepulangan anak sulungnya hujung minggu ini bertukar menjadi majlis tahlil apabila dia ditemui mati dipercayai dibunuh dalam kejadian di rumahnya di Kampung Pelandok, Sadong Jaya, semalam.
Walina Halida, 67, dipercayai dirompak sebelum dibunuh dikatakan merancang majlis itu bersama dua anaknya, Mohd Ridzuan, 31, dan Siti Marwah, 30, namun hajatnya tidak kesampaian apabila mayatnya ditemui dalam keadaan mengerikan selepas dipercayai dipukul dengan objek keras, jam 2 petang.

Kejadian menyedihkan itu disedari selepas seorang pekerja yang menghantar kayu serta barang lain dipesan warga emas terbabit terkejut apabila melihat mangsa tertiarap dan berlumuran darah di lantai depan rumahnya.
Menurut Siti Marwah, dia menyedari kejadian itu selepas dimaklumkan saudara terdekat yang memintanya pulang ke rumah segera.

“Ketika di pejabat, saya menerima panggilan meminta saya pulang ke rumah bapa dengan segera dan dalam perjalanan, hati saya tidak tenteram kerana menyangka ada sesuatu tidak kena sebelum cuba menghubungi tukang rumah yang bekerja di rumah bapa.

“Luluh hati apabila saya dimaklumkan bahawa bapa sudah tiada lagi. Tukang rumah terbabit memaklumkan bapa saya dibunuh. Saya terkejut kerana baru saja bertemu dengannya, Ahad lalu, malah bapa sempat bergurau dengan saya dan suami.

“Beberapa hari sebelum itu, dia tidak banyak berubah, malah berbual seperti biasa. Memang kami selalu pulang menjenguk arwah setiap hujung minggu dan sepatutnya, hujung minggu ini kami bercadang mengadakan kenduri,” katanya.

Menurut Siti Marwah, arwah bapanya tinggal bersendirian sejak beberapa tahun lalu dan hanya berkebun di sekeliling rumah berkenaan.
“Ibu kami sudah meninggal dunia kira-kira 20 tahun lalu. Saya pernah mengajak arwah menetap bersama kami di Kuching kerana risau keselamatannya memandangkan dia bersendirian di rumah.

“Namun, pelawaan kami ditolak kerana arwah lebih selesa berada di rumah itu. Memang kami selalu menjenguk dan sering bertanyakan kesihatan memandang arwah berusia,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Samarahan, Deputi Superintendan Abdul Rahman Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan daripada ahli keluarga mangsa mengenai kejadian itu.

Beliau berkata, sepasukan anggota bergegas ke tempat kejadian dan mendapati mangsa tertiarap dan berdarah di kepala di hadapan pintu utama rumahnya.

“Mangsa dipercayai dirompak sebelum dibunuh, berdasarkan keadaan rumah berselerak ketika mayatnya ditemui. Telefon bimbit serta dompet milik mangsa tidak ditemui ketika siasatan dijalankan.

“Polis menjalankan siasatan termasuk memburu dalang di sebalik kejadian ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.

Lempar wang RM350 tebus talak

KUALA LUMPUR – Seorang wanita melemparkan segulung wang kertas RM50 yang kesemuanya berjumlah RM350 kepada seorang ahli perniagaan tekstil sebagai harga ‘khulu’ iaitu tebus talak selepas Mahkamah Tinggi Syariah di sini mengesahkan pasangan itu masih suami isteri yang sah.
Tindakan Yani Yuhana Mohd. Zamri, 24, itu menimbulkan sedikit kekecohan ketika sidang mahkamah berhenti seketika malah suaminya, Muhammad Kamran Babar Nazir Khan, 46, selaku plaintif terpinga-pinga dengan apa yang berlaku.
Yani yang bertindak sebagai responden dalam kes itu sempat berkata: ‘Nah, ambil ni!,’ kepada Muhammad Kamran sambil berlalu pergi dari mahkamah dengan ditemani ibu bapa dan ahli keluarga.

Kerja syif pagi risiko kemalangan


MAZNAH membetulkan topi keledar seorang penunggang motosikal pada Kempen Perjalanan Selamat ke Tempat Kerja Kebangsaan 2011 di Sepang semalam.


SEPANG - Fikiran kusut, mengejar kad perakam waktu atau tergesa-gesa ke tempat kerja dikatakan antara punca kemalangan pekerja dalam perjalanan ke tempat kerja.
Hasil statistik Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) tahun lepas pula menunjukkan pekerjaan syif pagi menyumbang kepada 68.9 peratus kemalangan ke tempat kerja berbanding syif petang (14.6 peratus) dan syif malam (16.7 peratus).
Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Maznah Mazlan berkata, peningkatan kemalangan ketika ke tempat kerja waktu pagi turut disumbangkan oleh kesesakan lalu lintas manakala ramai pekerja tidak merancang waktu perjalanan mereka.
"Pekerja keluar rumah sudah lambat, lepas itu kelam-kabut hendak sampai ke pejabat tepat pada masanya, bawa kereta laju untuk elak kad perakam waktu menjadi merah juga antara penyumbang kemalangan," jelasnya dalam sidang akhbar di sini semalam.


JAHEAIK buka fail siasat Kajol

Oleh Asmizan Mohd Samiran
mizan@hmetro.com.my

ALBUM...Kajol menunjukkan dua album irama dikir baratnya.
ALBUM...Kajol menunjukkan dua album irama dikir baratnya.
KOTA BHARU: Kontroversi membabitkan penyanyi mak nyah tersohor Kelantan, Kajol, 25, kini memasuki episod baru apabila dia disiasat Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) akibat keceluparannya mengaku bukan Islam ketika dihadapkan di Mahkamah Rendah Syariah Tanah Merah, 21 Jun lalu.
Pegawai JAHEAIK Jajahan Tanah Merah, Nik Ahmad Zuhdi Nik Yaacob berkata, tindakan itu diambil selepas mendapati penyanyi yang terkenal dengan lagu berentak Bollywood itu melakukan kesalahan serius apabila mengaku bukan Islam.

“Segala bukti mengenai pengakuan penyanyi itu sudah diperoleh dan fail siasatan mengenainya sudah dibuka dan dihantar ke ibu pejabat JAHEAIK.
“Kami mengambil tindakan segera membuka fail siasatan kerana Kajol secara sedar mengaku bukan Islam walaupun pada pengenalan dirinya menunjukkan agamanya Islam,” katanya.

Sebelum ini, muka depan Harian Metro melaporkan, Kajol atau nama sebenarnya, Mohd Hafiz Jeffri dijatuhi hukuman penjara sebulan dan denda RM1,000 atau lima bulan penjara jika gagal membayar denda selepas mengaku salah terhadap pertuduhan berperwatakan seperti wanita dan berpakaian tidak senonoh di khalayak ramai ketika mengadakan persembahan di sebuah tapak ekspo di Tanah Merah, 15 April lalu.

Bagaimanapun, hukuman itu ditangguhkan selepas Kajol merayu semua hukuman dijatuhkan ke atasnya dikemukakan semula kepada Mahkamah Tinggi Syariah untuk dibicarakan semula pada prosiding akan datang.

Kajol yang berseluar jeans biru dan berbaju panjang berwarna hitam mengaku salah atas pertuduhan serta fakta kes dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Syarie, Aris Fadhilah.

Ketika nasihat diberikan, Kajol dilihat menyampuk dengan berkata: “Saya bukan orang Islam, tetapi Orang Asli”, menyebabkan hakim bertegas kerana dokumen dikemukakan di hadapannya mengesahkan Kajol beragama Islam.
Menurut Nik Ahmad Zuhdi, beliau tidak dapat mengulas lanjut kerana kes berkaitan Kajol sedang disiasat.

“Apa yang penting, kami sudah buka fail siasatan dan penyanyi itu akan disiasat atas perbuatannya,” katanya.

Sebelum dijatuhi hukuman itu, Kajol pernah mencetuskan kontroversi apabila mengaku lebih rela mati daripada berubah menjadi lelaki sejati.

Muka depan Harian Metro pada 20 April lalu melaporkan, Kajol memberi alasan bukan sengaja mahu menjadi wanita, tapi naluri wanita memang wujud dalam dirinya sejak zaman kanak-kanak lagi.

Kajol turut mengakui dia ‘lemas’ dengan pelbagai dugaan menimpanya, termasuk ditahan penguat kuasa jabatan agama menyebabkan dia mengambil keputusan nekad untuk tidak lagi membuat persembahan di Kelantan.

“Saya manusia biasa dan tidak mahu terus terseksa. Saya sedar, saya seperti diharamkan di Kelantan. Daripada terus ditahan, lebih baik saya berhenti daripada membuat persembahan di Kelantan.

“Justeru, kepada semua peminat yang memberi sokongan setiap kali saya membuat persembahan di Kelantan, saya ucapkan ribuan terima kasih. Kita tidak akan berjumpa lagi di Kelantan,” katanya yang mendakwa mempunyai 25 album

No comments:

Post a Comment