Israk dan Mikraj Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas. (Dilencongkan dari Isra dan Mi'raj) Peristiwa Isra dan Mi'raj Nabi Muhammad s.a.w. terjadi pada 27 Rejab tahun ke-12 dari masa kenabian beliau, merupakan peristiwa penting yang selalu dirayakan setiap tahun oleh seluruh umat Islam. Tarikh ini bersamaan 662 M iaitu ketika Nabi berumur 52 tahun, setahun sebelum Hijrah dari Mekah ke Madinah. Tahun ini juga dikenali sebagai Tahun Dukacita kerana bapa saudaranya Abu Talib bin Abdul Mutalib dan isterinya Siti Khadijah binti Khuwailid meninggal dunia. Nabi dan anak angkatnya Zaid bin Harisah diusir dan dibaling batu oleh penduduk Taif sehingga berdarah .Peristiwa israk mikraj ini tercatat dalam surah al Isra ayat 1 (Al Quran:17:1). Surah al Najm ayat 60 juga menceritakan peristiwa ini .(al Quran:53:13-18) Perjalanan selama 3/4 malam sahaja iaitu dari jam 6 malam hingga 6 pagi Nabi kembali semula ke Mekah sebelum terbit fajar . Baginda menunggang Buraq bersama Jibril dari Masjidil Haram ke Masjid Aqsa di Jerusalem / Baitul Maqdis di Israel / Palestin kini. Arah kiblat umat Islam ketika itu ialah Baitul Maqdis. Selepas peristiwa ini , arah kiblat ditukar ke Mekah. Di Tembok Barat masjid , buraq telah ditambat di suatu tempat. Nabi mengerjakan solat dua rokaat di beberapa tempat persinggahan seperti di Madinah, Madyan dan Bukit Thursina. Di Masjid Aqsa , Nabi sembahyang berjemaah dengan makmumnya ialah Nabi Adam , Nabi Musa dan Nabi Isa. Baginda ditawarkan minuman susu atau arak. Tetapi Nabi Muhamad memilih susu sebagai minumannya. Seterusnya diangkat secara fizikal melalui mikraj (tangga emas dan perak) dari bumi ke langit ke-7 hingga ke Sidratul Muntaha dan bertemu dengan Allah di Arasy. Di Baitul Makmur, Nabi melihat malaikat bertawaf dan moyangnya Nabi Ibrahim bersandar di situ .Wajah Nabi Ibrahim persis wajahnya . Nabi juga 'dibedah' untuk kali kedua. Sebelum ini, semasa kanak-kanak , baginda pernah dibedah oleh dua malaikat semasa di perkampungan ibu susunya Halimatun Saadiah. Nabi telah bertemu dan bercakap dengan Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan Nabi Isa. Peristiwa luar biasa ini paling penting dalam kalendar Islam kerana menandakan seseorang itu Islam atau kufur. Ia sebuah mukjizat dari Allah S.W.T bagi Nabi Muhammad s.a.w. yang tidak pernah dilakukan oleh rasul dan nabi sebelumnya. Hanya Nabi Muhammad s.a.w. sajalah yang diberikan anugerah dan kehormatan oleh Allah S.W.T untuk melakukannya sebagai petanda betapa tingginya penghargaan Allah S.W.T kepada Nabi Muhammad s.a.w. Dalam perjalanan Isra' mahupun Mikraj seperti tercantum dalam buku 'Muhammad Beraudiensi dengan Tuhan karya Moch. Abdai Rathomy (1983: 53), Nabi Muhammad didampingi Malaikat Jibril dan Mikail menunggang seekor haiwan yang disebut 'Buraq'. Dalam masyarakat Islam, peristiwa ini tercatat dalam kalendar Islam. Umat Islam akan sembahyang sunat. Ceramah khas selalu diadakan bagi mengenang peristiwa tersebut. Pelbagai peristiwa dilihat Beberapa peristiwa yang terjadi selama Isra' berlangsung memberikan hikmah dan pelajaran yang sangat mendalam bagi Nabi Muhammad s.a.w. serta menjadi cermin bagi umat yang menjadi pengikutnya. Nabi memperoleh pelajaran tentang keadaan masa lalu dan masa yang akan datang yakni saat Jibril menyuruh beliau melakukan solat di Kota Thaibah (Madinah) dimana kelak Nabi akan berhijrah ke kota ini, di Thur Saina (Bukit Thursina), tempat Allah berfirman kepada Nabi Musa, serta di Bethelehem, tempat lahirnya Nabi Isa putera Maryam (Mary). Jibril juga mengajar Nabi bagaimana menghadapi Ifrit dari golongan jin yang mengganggunya dengan memberinya sebuah doa yang harus dibaca Nabi. Mengambil hikmah dari perjuangan seorang Muslimah sejati Masyitah dalam berjihad mempertahankan keyakinannya akan keesaan Allah. Mendapat pelajaran bagaimana akibatnya bagi orang-orang yang enggan solat, enggan berzakat, pemakan riba dan suka berbuat zina. Pengganggu jalan umum, pemimpin yang suka menumpuk-numpuk jabatan dan suka menjelek-jelekan orang lain. Gambaran umat yang terjebaknya dalam kemewahan dunia, perumpamaan umur dunia yang sudah tua, tamsil bermacam-macam minuman yang boleh dan tidak boleh (haram) diminum umat Nabi serta adanya pengakuan para nabi akan keberadaan Nabi Muhammad s.a.w. sebagai pemimpin utama. Dalam perjalanan Mikraj banyak pula hal yang dialami oleh Nabi Muhammad s.a.w. Namun yang paling penting adalah baginda mendapat keringanan solat fardu dari 50 kali menjadi 5 kali sehari semalam, sebuah kewajiban yang harus dikerjakan umatnya sampai kelak akhir zaman. Bantahan orang Quraisy Sekembali dari Israk dan Mikraj, Nabi Muhamad telah diragui dan ditertawakan oleh masyarakat Quraisy terutama pemimpinnya Abu Jahal dan Abu Lahab .Bagi Abu Jahal , inilah bukti Nabi Muhamad seorang yang gila dan ahli sihir kerana mana mungkin pergi ke Palestin hanya semalaman dan menjelang subuh sudah sampai di Mekah semula . Abu Jahal mempersendakan Rasulullah di Hijr Ismail di hadapan komuniti Bani Kaab bin Luay. Namun Abu Bakar adalah orang pertama yang percaya dengan cerita itu kerana baginya Muhamad adalah seorang al Amin. Abu Bakar sentiasa membenarkan khbar langit yang Rasulullah bawa. Aisyah mencatatkan ada orang Islam yang murtad selepas peristikwa itu. Setelah dicabar oleh Bani Kaab bin Luay, Nabi menceritakan keadaan Masjidil Aqsa hingga hampir keliru. Mujurlah saat itu Allah mendatangkan Masjid Aqsa dan diletakkan berdekatan rumah Uqail. Maka, mudahlah Nabi menceritakan masjid itu. Salah seorang dari mereka mengakui kebenaran gambaran itu kerana pernah pergi ke Masjidil Aqsa. Khilaf(Perselisihan) tentang tarikh Israk Mikraj Tarikh sebenar berlakunya peristiwa hebat itu masih lagi menjadi perselisihan di kalangan ulama. Ada yang berpendapat ia berlaku sebelum menjadi Nabi. Ia merupakan pendapat yang janggal. Majoriti ulama berpendapat ia selepas menjadi Nabi. Ia diperkuatkan oleh banyak hadis yang sahih. Seterusnya mereka berbeza pendapat lagi tentang tahun kejadian selepas kebangkitan Nabi sebagai Nabi samada tahun ke 13, 12, 10 atau ke 8 Kenabian. Begitu juga bulan samada bulan Safar, Rabi`ul Awal, Rabi`ul Akhir, Rejab, Sya`ban, Ramadhan, Syawal atau Zulhijjah. Menurut Ibn Sa`ad dan Nawawi serta Ibn Hazim ia berlaku setahun sebelum hijrah. Hijrah berlaku pada akhir Safar dan Awal Rabi`ul Awal. Ini bererti peristiwa ini berlaku pada bulan Safar atau Rabi`ul Awal. Menurut Ibn Jauzi, 8 bulan sebelum hijrah. Ia bererti pada bulan Rejab. Menurut Abu al-Rabi` bin Sali, 6 bulan sebelum Hijrah. Ia bererti pada bulan Ramadhan Menurut Ibrahim al-Harbi, dan ditarjihkan oleh Ibn al-Munir dalam Syrah al-Sirah oleh Ibn `Abd al-Barr, ia berlaku 11 bulan sebelum hijrah iaitu pada bulan Rabi`ul Akhir Menurut Ibn `Abd al-Barr, Ia berlaku 13 bulan sebelum hijrah. Ia bererti pada bulan Safar. Menurut Ibn Faris, ia berlaku 15 bulan sebelum hijrah. Ia bererti pada bulan Zulhijjah. Menurut al-Sudiy sebagaimana diriwayatkan oleh Tabari dan Baihaqi dan di pegang oleh al-Waqidi, 17 bulan sebelum Hijrah. Ia bererti ia berlaku pada bulan Syawal Menurut Ibn Qutaibah dan dihikayatkan oleh Ibn `Abd al-Barr serta disebut oleh Ibn Sa`ad daripada Ibn Abi Sirah, ia berlaku 18 bulan sebelum hijrah iaitu pada bulan Ramadhan Menurut riwayat Ibn `Abd al-Barr dan dipegang oleh Nawawi dalam al-Raudah, ia berlaku pada bulan Rejab Menurut riwayat Ibn al-Athir, ia berlaku 3 tahun sebelum hijrah. Menurut riwayat `Iyad dan dituruti oleh Qurtubi dan Nawawi daripada al-Zuhri, ia berlaku 5 tahun sebelum hijrah. `Iyad berhujah bahawa tiada perselisihan lagi bahawa Khadijah pernah solat bersama baginda saw selepas kefarduan Solat diturunkan. Juga tiada yang berselisih bahawa Khadjah mati sebelum hijrah samada 3 tahun atau 5 tahun sebelum hijrah. Tiada perselisihan juga bahawa kefarduan solat berlaku pada malam Isra’. Namun, hujahnya boleh diteliti kembali kerana menurut al-`Askari Khadijah mati 7 tahun sebelum hijrah. Ada pendapat menyatakan 4 tahun sebelum hijrah. Ibn al-A`rabi menyatakan beliau mati tahun berlakunya hijrah. Israk Mikraj dan Perspektif Pemahamannya | |
25/06/2011 08:05:54 Peristiwa nubuwah ini diabadikan dalam (Q-17/1) yang isinya berkenaan dengan kisah peristiwa Isra’ dan Mikraj ialah sebuah perjalanan besar seorang Rasul sebagai pembuka cakrawala pandang manusia pada alam semesta, bahkan yonder (lebih jauh melesat) mencapai alam Malakut. Perjalanan Rasul dalam meniti maha-peta alam itu berawal dari Bumi - melintas lapisan- lapisan tujuh lapisan langit yang masing-masing memiliki bermiliar tata surya dan berjuta galaksi- sampai di suatu tempat yang disebut Sidratilmuntaha yang oleh para astronom diidentifikasikan sebagai ‘The Huge Dark Outest Space’ - alam gelap-pekat yang mahaluas di luar jagad raya’. Dan bahkan Rasul terus menembus sampai pada alam Malakut-ialah maqom bersemayamnya Dzat Yang Maha Kuasa. Mikraj- dengan demikian memberikan informasi dikotomis yang jelas tentang alam tempat para mahluq Nya - yaitu Bumi-Jagad raya atau universe- Sidratil Muntaha - Surga - Neraka di satu sisi dan Mustawa sebagai maqom bersemayamnya Tuhan di sisi yang lain. Maha-peta itu diinformasikan untuk Linuriyahu Min Ayatina agar manusia mengerti dan meyakini secara ilmu -yakin tentang alam raya ciptaan dan kekuasaan Tuhan Yang Maha Kuasa. Dalam hadith diriwayatkan bahwa pada suatu pagi hari tanggal dua puluh tuju Rojab seusai Rasulullah ‘ Diperjalankan’ - asraa oleh Tuhannya itu beliau di serambi Masjidil Haram menceritakan peristiwa itu di hadapan orang banyak yang di antaranya ada Abu Jahal dengan teman-temannya serta Syayidina Abu Bakar beserta sahabat-sahabatnya. Sontak setelah Rasul selesai menceritakan kisah perjalanan itu Abu Jahal langsung berdiri dan bertanya pada Syayidina Abu Bakar. “Wahai Abu Bakar masihkah sekarang kamu mempercayai Muhammad setelah jelas-jelas dia membual tentang perjalanannya yang sama sekali tidak masuk akal sehat. Bepergian dari Mekah terus ke Palestina langsung naik ke langit hanya dalam satu malam”. Abu Bakar menjawab- Wahai Abu Jahal sekiranya Muhammad menyampaikan sesuatu yang lebih tidak masuk akal dari pada cerita itu aku akan tetap mempercayainya - karena semua itu adalah afngal perbuatan Tuhan Yang menciptakan alam raya ini. Dua kutub pemahaman yang bertolak belakang seratus delapan puluh derajat itulah letak adanya implikasi pemahaman yang menarik untuk pijak kajian dalam tulisan ini. Kutub Abu Jahal Abu Jahal adalah representasi dari pemahaman yang didasarkan pada cara - Rasional Human Empirik - ialah pemahaman yang didasarkan pada asas kemampuan manusia belaka. Jadi parameternya adalah logika empirik manusia saja yang di antaranya berdasarkan pada beberapa pertanyaan sebagai berikut: Yang berkaitan dengan ‘jarak’- logikanya mana mungkin manusia dapat mencapai langit yang sejauh itu. Yang berkaitan dengan ‘waktu’ - logikanya mana mungkin jarak sejauh itu dapat ditempuh dalam satu malam. Yang berkaitan dengan ‘kekuatan’ - logikanya mana mungkin ada kendaraan yang mampu melintas langit nan seluas itu. Dan seterusnya. Jadi jelas sekali bahwa Abu Jahal di kala mendengarkan kisah perjalanan itu hanya memiliki parameter human empiris saja, dia tidak memiliki wacana ghoibiyah yang lebih jauh, sehingga dia tidak dapat memahami bahwa Muhammad itu tidak lebih dari sekadar ‘objek’ saja yang ‘diperjalankan ‘ oleh Yang Maha Kuasa. Kutub Sy Abu Bakar as Sy Abu Bakar as. pada sisi lain merupakan representasi dari pemahaman Rasional Analitis. Beliau pada saat mendengarkan kisah perjalanan itu telah memiliki kekayaan informasi ghoibiyah yang memadai sebagai parameter untuk bahan analisisnya. Informasi ghoibiyah itu di antaranya: Pertama, (Q: 32-2 )- Dialah yang menciptakan tujuh bumi dan langit di dalam enam masa kemudian bersemayam di atas Ars/Arsistawa’; Kedua, (Q : 17 - 1) - Maha suci Allah yang telah memperjalankan hambaNya dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang saat itu diberkatiNya seluruh alam untuk menjelaskan bukti-bukti kekuasaanKu dan sesungguhnya Dia lah Dzat yang Maha Mengetahui dan Maha melihat. Dengan modal pemahaman dari message wahyu seperti di atas itulah maka Sy Abu Bakar dengan mudah dapat menyimpulkan bahwa peristiwa Isra’ dan Mi’raj itu benar adanya sebab ranah itu memang berada pada Kekuasaan Tuhan. Kutub Zaman Moderen Kita sebagai representasi pemikiran moderen tentu memiliki kekayaan wawasan yang berbeda dengan zaman di saat itu, saat peristiwa itu terjadi. Kekayaan Iptek yang kini kita miliki ditambah dengan pengalaman jiwa yang kita rasakan saat ini tentu membawa sikap dan kepribadian yang berbeda pula. Ada kecenderungan diantara kita menganggap bahwa peristiwa itu sekadar merupakan sebuah cerita lama - asatirul awwaliin, sehingga tidak tertarik. Namun bagi para Ulil Absor yaitu orang-orang yang cinta ilmu pengetahuan khususnya ilmu astronomi, mereka ingin sekali melihat kebesaran Tuhan lewat ciptaanNya yang berujud jagad raya itu. Dan mereka ingin melihat korelasi antara ayat-ayat qouliyah dan ayat-ayat kauniyah itu, seperti misalnya dalam: (Q - 25/25) - Bumi dan Benda-benda Angkasa itu dahulunya merupakan ‘al qhomam ‘ - semacam kabut putih. Dari ayat ini kita jadi teringat dengan sebuah teori terjadinya benda-benda langit itu yang asal mulanya dari kabut putih, dan teori ini dikemukakan oleh Khan Laplaz dan Edward Suez yang dikenal dengan Teori Planetisimal. (Q - 41/11)- yaktina toungan au karhan - yang dikonotasikan sebagai terjadinya Big - Bang yaitu ledakan dahsyat sebagai awal dari terciptanya heavenly bodies itu dalam enam masa, yang sampai sekarang inipun masih terbentuk benda-benda langit yang baru. (Q - 53/13-17) - nginda Sidratil Muntaha- yang diidentifikasikan sebagai batas yang paling luar dari jagad raya ini yang jarak jangkaunya sampai bermiliar tahun cahaya. (Q - 32/5) - Dialah yang mengatur segala urusan dari langit (laukhil Mahfud = high-sophisticated computeric-system) ke Bumi (universe), kemudian urusan itu naik kepadaNya (terekam di Laukhil Mahfot dalam satu detik saja) yang kadar umpamanya jika ditempuh dengan suatu yang paling cepat yang kamu ketahui (kecepatan cahaya dunia) akan makan waktu tempuh selama seribu tahun kecepatan cahaya. Luar biasa, Tuhan mengatur jagad raya dengan nurNya dari Laukhil Mahfud dengan kecepatan seribu tahun lebih cepat dari kecepatan cahaya yang diketahui manusia. Hal ini jelas sekali bahwa ada relativitas kecepatan dan relativitas jarak. Semua itu berjalan secara sistem komputer yang maha canggih, super - sophisticated - computerc-system milik Tuhan. Kini kajian kita semakin menarik dan mengasyikkan, upaya untuk memadukan antara ayat qouliyah( wahyu ) dan ayat kauniyah (ciptaan) guna menarik sebuah pemahaman yang padu sampai menumbuhkan keyakinan yang rasional yang disebut ‘Ngilmu Yakiin’. Untuk upaya itu penulis berkeinginan sekali untuk ber-sharing secara personal, dengan siapapun guna memperkaya wawasan yang lebih luas. Penulis yakin masih banyak signal-signal ghoibiyah yang terkandung dalam message,wahyu itu seperti misalnya yang dinyatakan dalam - sanurihim ayatina fil afaqi wa fii anfusihim - sungguh telah Aku perlihatkan kepadamu wahai para manusia mengenai bukti-bukti kekuasanKu yang berupa jagad raya ini dan juga yang berujud dirimu sendiri (agar kamu memperhatikan dan mempelajarinya sehingga kamu sekalian yakin akan kekuasaanKu.) Fil afaqii -yaitu mempelajari jagad raya seperti telah dijelaskan dalam perjalanan Isra’ wal Mi’raj di atas,dan fii anfusihim - mengenai diri manusia sendiri. Tentu saja banyak ayat-ayat lain yang memberikan keterangan mengenai manusia yang sudah barang tentu tidak dibahas pada kolom ini. Akhirnya segala sesuatu tergantung pada manusia sendiri untuk tidak atau mempelajarinya, Laa ikroha fiddiin-tidak ada paksaan dalam agama, karena sudah jelas mana yang hak dan mana yang batil. Dengan demikian nampak jelas betapa ‘demokratnya’ Tuhan itu. q - o. (3092-2011). *) Fadlan, Abdi Dalem Masjid Tawangsari Ngayogyakarta. Telp (0274) 372775. |
Israk Mikraj dan Komitmen Iman
Oleh : Duski Samad
Dekan Fakultas Tarbiyah IAIN Imam Bonjol
Padang Ekspres • Sabtu, 25/06/2011 11:11 WIB • 180 klik
Umat Islam di Indonesia setiap tanggal 27 Rajab bulan qamariyah—tahun ini bertepatan dengan tanggal 29 Juni 2011—melaksanakan peringatan hari besar Islam Israk Mikraj. Israk Mikraj dikatakan sebagai peringatan ulang tahun diwajibkannya perintah shalat yang pertama kali diterima Rasulullah SAW ketika munajat di sidratul muntaha.
Israk dan Mikraj yang menakjubkan 15 abad yang silam itu, kecuali memberikan kekuatan batin (lit-tasbit) bagi Nabi Muhammad SAW pribadi, di saat-mana penghinaan dan peneroran telah mencapai klimaksnya, juga menjadi ujian bagi umat Islam, baik di kala itu maupun sekarang dan masa datang, apakah akan menambah kokohnya iman dan takwa kepada Allah Yang Maha Kuasa, atau sebaliknya semakin goyah dan rapuh.
Pentingnya komitmen iman dalam mengerti dan meyakini kebenaran Israk Mikraj adalah karena peristiwa itu ditunjukan oleh ayat Allah SWT. Informasi tentang Israk-Mikraj tidak saja sebagai ayat-ayat qur’aniyah yang wajib diimani, tetapi juga merupakan ayat-ayat kauniyah, yaitu bukti dari sebagian tanda-tanda Kemahakuasaan dan Kemahaagungan Allah SWT. Pada perjalanan panjang di malam hari itu, kepada Nabi Muhammad SAW sengaja diperlihatkan berbagai tanda kekuasaan-Nya (linuriyahu min ayatina), sejak akan berangkat (tinggal landas) dari Masjid al-Haram (Mekkah) ke Masjid al-Aqsa (bait al-Muqaddis-Pelestina).
Maha suci Allah, yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari al-Masjidil Haram ke al-Masjidil Aqsha yang telah Kami berkahi sekelilingnya [Al-Masjidil Aqsha dan daerah-daerah sekitarnya dapat berkat dari Allah dengan diturunkan nabi-nabi di negeri itu dan kesuburan tanahnya.] agar Kami perlihatkan kepadanya sebagian dari tanda-tanda (kebesaran) kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha mendengar lagi Maha mengetahui. (QS. Asra’, 17:1).
Pesan iman dalam peristiwa Israk-Mikraj bukan saja menakjubkan umat manusia, tetapi sekaligus membuktikan bahwa ilmu dan kodrat Allah meliputi dan menjangkau, bahkan mengatasi segala yang finite (terbatas) dan yang infinite (tak terbatas), tanpa terbatas waktu dan ruang. Israk-Mikraj Nabi Muhammad SAW memang patut dikenang dan diperingati, karena sarat dengan hikmah menarik dan mengasyikkan. Dan, ia bukan hanya menyangkut nilai-nilai atau aspek imani dan histori, tetapi lebih dari pada itu dapat mendorong dan membuka cakrawala umat; memperluas wawasan sain dan teknologi.
Komitmen Iman
Pentingnya komitmen iman bagi manusia adalah, karena salah satu komponen penting kehidupan manusia adalah keyakinan. Keyakinan dalam bahasa agama disebut iman. Unsur pokok dari iman adalah keyakinan adanya sang Maha Kuasa, Maha Pencipta dan maha-maha lainnya. Keyakinan tentang kebertuhanan itu dinamakan dengan tauhid. Implementasi tauhid yang tepat diungkapkan dalam Al Quran.
Dan, sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan Kami lebih dekat kepadanya dari pada urat lehernya,. (yaitu) ketika dua orang malaikat mencatat amal perbuatannya, seorang duduk di sebelah kanan dan yang lain duduk di sebelah kiri. Tiada suatu ucapan pun yang diucapkannya melainkan ada di dekatnya malaikat pengawas yang selalu hadir. Dan, datanglah sakaratul maut dengan sebenar-benarnya. Itulah yang kamu selalu lari daripadanya. Dan ditiuplah sangkakala. Itulah hari terlaksananya ancaman. (QS.50:15-20).
Iman, adalah keyakinan dan sistem hidup seorang muslim, merupakan landasan di atasnya ditegakkan amal dan segala aktivitas hidup. Iman bukan sekadar pernyataan keyakinan dan kepercayaan, tetapi ”Menyatu dengan pengakuan dalam hati, pengucapan dengan lidah, dan pembuktian dengan amal perbuatan” (HR: Thabrani). Keyakinan tauhid yang dirumuskan dalam kalimat ”Laa Ilaaha illa Allaha” (tidak ada Tuhan yang lain kecuali Allah), apabila ditinjau dari sudut ilmu bahasa Arab, terlihat sebagai berikut: Laa= tidak , ilaaha = Tuhan, illa = melainkan(kecuali), Allaha = Allah. Jadi lengkapnya; Tidak ada Tuhan, melainkan Allah! Dan, jika dilihat dari segi sastra bahasa Arab, maka huruf Laa dinamakan huruf nafiyah (menidakkan), huruf illa disebut huruf istisna, artinya huruf yang mengecualikan. Apabila huruf nafiyah itu bergandengan dengan huruf istisna dalam satu kalimat, maka hal itu mengandung pengertian isbat, artinya positif dan memastikan. Jadi, pasti atau positif bahwa Tuhan itu ialah Allah.
Keyakinan tauhid yang telah membathin, dalam bahasa lain disebut juga sudah menjadi komitmen diri, dapat membebaskan seseorang dari dominasi benda-benda atau kekuatan lain yang bersifat duniawi, bebas dari rasa takut dan syirik. Orang yang berkeyakinan tauhid, seyogianya dapat mengidentifikasikan kehendaknya dengan kehendak Tuhannya, atau setidak-tidaknya seirama dengan sifat dan kehendak-Nya; yaitu menyenangi apa yang disenangi-Nya dan membenci apa yang dibenci-Nya; ”like and dislike of God” tulis Abul A’la al-Maududi. Sejalan dengan Sabda Rasulullah SAW: ”Takhallaqu bi akhlaqillahi” (Tumbuhkanlah dalam dirimu sifat dan akhlak Allah). Keyakinan tauhid, pengakuan yang bulat dan mutlak kepada ke-Esaan-Nya, merupakan mobilitas yang menggerakkan seluruh aktivitas manusia dalam hidupnya, dalam perjuangannya dan dalam pembangunan yang dilakukannya. Jadi, iman kepada Allah SWT (tauhidullah) adalah faktor yang sangat penting dalam kehidupan manusia yang perlu dibina, dipupuk dan dimantapkan secara berkesinambungan, melalui dan berintegrasi dengan ilmu, amal dan ikhlas. Firman Allah SWT: ”Sesungguhnya kafirlah orang yang berkata bahwa Allah itu salah satu dari tiga. Tidak ada Tuhan lain selain Allah Yang Maha Tunggal. Jika mereka tidak menghentikan perkataannya itu, pastilah azab siksaan akan menimpa orang yang kafir dari golongan mereka.” (QS al-Maidah: 73).
Agar iman sebagaimana disebutkan di atas dapat berdaya dalam diri setiap insan, maka orang mestilah mampu menjaga dirinya. Menjaga diri dalam makna mampu membuat diri menjadi tahan terhadap godaan kesesatan yang selalu mengintai setiap langkah kehidupannya. Memperkokoh keyakinan bahwa kebenaran pasti dapat menolak kesalahan. Kebathilan pasti tidak dapat merusak yang hak. Lebih dari itu setiap diri haruslah membangun kepercayaan diri yang tangguh akan adanya pertanggungjawaban akhirat pada setiap jiwa.
Firman-Nya mengingat: artinya: Hai orang-orang yang beriman, jagalah dirimu; Tiadalah orang yang sesat itu akan memberi mudharat kepadamu apabila kamu telah mendapat petunjuk[kesesatan orang lain itu tidak akan memberi mudharat kepadamu, Asal kamu telah mendapat petunjuk. tapi tidaklah berarti bahwa orang tidak disuruh berbuat yang ma’ruf dan mencegah dari yang munkar]. Hanya kepada Allah kamu kembali semuanya, Maka Dia akan menerangkan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan. (QS. 05:105)
Komitmen sebagaimana dijelaskan di atas secara teoritis dimiliki oleh setiap insan yang beragama, masalahnya komitmen itu belum lagi terhunjam kuat ke dalam hati nuraninya, sehingga belum efektif menjadi karakter. Karakter keberimanan dapat menjadi penangkal sikap munafik dan tidak teguh terhadap kebenaran. Perilaku menyimpang, korupsi, penyalahgunaan wewenang, tidak punya malu, bangga atas kejahatan, menguasai hak-hak publik secara tidak sah adalah bentuk perilaku orang yang tidak memiliki karakter sebagai orang beriman.
Patut sekali diingatkan bahwa melemahnya komitmen iman adalah pangkal bala dari musibah krisis dan kehilangan kepercayaan antarberbagai komponen anak bangsa ini. Mengingat pentingnya meneguhkan komitmen iman, maka peringatan Israk Mikraj dan hari besar Islam lainnya dapat dijadikan momen untuk menyadarkan kita semua agar menjadikan iman itu efektif dan fungsional dalam diri, amin. (*)
[ Red/Redaksi_ILS ]
Israk Mikraj, Salat dan Pencegahan Korupsi
28/06/2011 08:06:19 Tidak dapat kita pungkiri, bahwa “penyakit masyarakat” yang bernama korupsi — merupakan “penyakit” yang sudah sangat kronis di tengah-tengah masyarakat dunia, dengan segala formulasinya dan sulit untuk disembuhkan.Ironisnya, mayoritas masyarakat kita adalah muslim. Padahal Islam secara tegas, sejak 14 abad yang lalu diwahyukan — menolak dan mengharamkan segala model bentuk perbuatan korupsi dan kolusi tersebut. Artinya, setiap orang yang diberikan amanah untuk mengelola sebuah jabatan tidak diperbolehkan menyalahgunakan wewenang dan kekuasaannya untuk tujuan memperkaya diri sendiri atau memperkaya keluarganya.
Orang-orang yang tidak amanah itu kemudian diklasifikasikan sebagai orang-orang yang munafik dengan indikator seperti yang terdapat di dalam hadist berikut ini: “Ayatul munafikin salasa, idza haddasa kadzaba, wa’idza wa’ada akhlafa, waidza tu’minu khana (ciri-ciri orang munafik itu ada tiga, apabila berbicara suka berdusta, apabila berjanji suka ingkar, dan apabila dipercaya suka berkhianat).” (Shahih Bukhari: Hadist No 31).
Budaya yang berkembang di tengah-tengah masyarakat kita di setiap bulan Rajab adalah memperingati momentum Israk dan Mikraj Nabi Muhammad SAW yang didalamnya diturunkan risalah maha penting, yakni salat lima waktu. Salat merupakan ibadah primer bagi umat Islam, karena salat adalah bagian dari rukun Islam. Selain itu, ibadah yang pertama kali akan dihisab (diperhitungkan) di hari kiamat kelak adalah ibadah salat (inna awalu maa yuhasabu min yawmil abdi sholatuhu). Dan salat juga memiliki fungsi pencegahan, di mana orang yang melakukan salat yang baik dan khusyuk secara otomatis pula akan tercegah dari perbuatan fasik dan mungkar (inna sholata tanha ‘anil fahsa iwal munkar).
Pertanyaannya kemudian, mengapa masih saja banyak umat Islam yang tidak amanah dan juga ikut melakukan korupsi? Ada beberapa variabel yang dapat digunakan untuk menjelaskan gejala ini, yakni:
1. Banyak umat Islam yang ber-Islam pada wilayah identitas saja, atau sering diistilahkan sebagai Islam KTP dan Islam abangan. Artinya, mereka mengaku sebagai muslim — menikah dengan tata cara Islam tetapi tidak melaksanakan salat. Kalaupun salat, dilakukan hanya sesekali saja seperti ketika momen perayaan Idul Fitri dan Idul Adha. Dengan demikian sangat wajar jika cluster ini banyak melakukan berbagai kemaksiatan — salah satunya korupsi, karena memang tidak melaksanakan salat secara disiplin. Jika tidak salat, tentu tidak akan ada efek pencegahan psikologis terhadap perbuatan maksiat (fasik) dan mungkar.
2. Banyak pula umat Islam yang melaksanakan salat, tetapi tidak menghayati salatnya secara baik dan benar. Pendekatan ini dapat menjawab pula, mengapa banyak orang yang kelihatannya alim (alumni perguruan tinggi agama atau alumni pesantren) tetapi tetap saja ikut melaksanakan berbagai kemaksiatan dan korupsi karena salatnya tidak khusyuk dalam rangka ibadah. Bisa saja salatnya sekadar kamuflase atau karena riya (ingin mendapatkan pujian dan apresiasi sebagai orang yang saleh). Padahal ibadah yang dilandasi dengan niat riya; itu juga sama sekali tidak berarti, seperti yang dijelaskan di dalam hadist berikut ini: “Arriya’u yukhbitul ‘amal kama yukhbitusyirku (riya itu akan menghabiskan amal pada diri seseorang seperti halnya perbuatan syirik).
Maka, di dalam momentum Israk dan Mikraj 1432 Hijriyah ini, ada baiknya umat Islam merefresh segala ajaran dan nilai-nilai penting yang terdapat di dalam peringatan momentum Israk Mikraj ini. Bahwa peristiwa Israk Mikraj membawa risalah salat lima waktu dan salat adalah ibadah preventif, yang mendidik setiap orang yang melaksanakannya untuk istiqomah menjauhi perbuatan fasik dan mungkar. Ibadah salat yang dilaksanakan dengan tekun dan konsisten akan juga melahirkan kesalehan sosial dan toleransi yang indah dengan penganut agama lain, sehingga orang yang rajin salat adalah pribadi-pribadi yang lemah lembut, tawadhu dan selalu menghormati perbedaan.
Semoga pula momentum peringatan Israk Mikraj, tidak sekadar menjadi ritual budaya tahunan yang datang dan berlalu begitu saja, tanpa kesan dan tanpa pesan. Wallahu A’lamu Bishawwab. q - o. (3103-2011).
*) H Iip Wijayanto SIKom MSi, Pemerhati Masalah Sosial dan Agamawan.
Isra Mikraj dan Peta Timteng
- Oleh Tjipto Subadi
Timteng sejak dulu dikenal sebagai wilayah suci karena itu selalu menjadi pusat perebutan pengaruh dan hegemoni berbagai kekuatan dunia, sejak zaman Iskandar Zulkarnain hingga kini. Pergolakan politik itu juga tidak bisa dilepaskan dari perebutan pengaruh berbagai kekuatan besar dunia. Apalagi 75 persen cadangan minyak dunia ada di wilayah tersebut.
Sebagai nabi dan rasul terbesar sepanjang zaman, sekaligus penutup, Nabi Muhammad SAW adalah revolusioner hebat, mampu menggerakkan revolusi besar-besaran terhadap bangsa Arab, bahkan dunia. Hanya dalam waktu sangat singkat, beliau mampu mengubah perilaku bangsa Arab, dari kemusyrikan ke tauhid, dari biadab ke berperadaban agung, dari berbudaya rendah ke berbudaya tinggi.
Kesuksesan luar biasa Nabi SAW telah ditulis dalam jutaan buku dan kitab oleh ulama dan cendekiawan hingga kaum orientalis. Maka tidaklah mengherankan jika sosiolog sosialis Prancis, Michael Hart menempatkan Nabi SAW sebagai manusia terbesar dan teragung sepanjang masa, di antara 100 tokoh yang mampu mengubah sejarah dunia.
Dalam kitabnya Qira’ah Siyasiyah Li Sirah Nabawiyah, Prof Dr Syekh Muhammad Rawwas Qal’ah Jie, guru besar dari Universitas Kuwait, menjelaskan tiga dimensi politik dalam peristiwa Israk Mikraj Nabi Muhammad SAW.
Pertama; dimensi kepemimpinan dunia. Pasalnya, kepemimpinan dunia sebelumnya ada di tangan bangsa Israel sebab dua agama samawi sebelumnya yakni Yahudi dan Nasrani diturunkan dan menjadi agama bangsa itu. Tetapi pengemban agama tersebut sudah tidak layak lagi memimpin dunia karena telah mendistorsi agama dan mengganti petunjuk-petunjuknya. Maka kehadiran Nabi Muhammad SAW di Masjidil Aqsha di Baitul Maqdis dalam peristiwa Isra Mikraj menjadi penanda bahwa agama Islam yang dibawanya dan umat Islam yang dipimpinnya bakal memegang tampuk kepemimpinan dengan membawa dunia pada rahmatan lil alamin.
Kedua; dimensi kepemimpinan ideologis. Rasululah Muhammad SAW menjadi imam ketika shalat bersama para nabi sebelumnya di Masjidil Aqsa. Hal itu menunjukkan Nabi SAW adalah pemimpin para nabi yang mayoritas berasal dari bangsa Israel, sehingga terjadi pergeseran kepemimpinan dunia dari bangsa Israel kepada umat pengikut Nabi Muhammad SAW.
Ketiga; dimensi kekuasaan. Perjalanan Isra Nikraj Nabi SAW dari Masjidil Haram di Mekkah ke Masjidil Aqsa di Baitul Maqdis di Palestina, menunjukkan wilayah Palestina yang saat itu menjadi wilayah Romawi, kelak menjadi wilayah kekuasaan Islam. Hal itu terbukti hanya 6 tahun setelah Nabi SAW wafat dan pemerintahan Islam di Madinah di bawah Kalifah Umar bin Khattab, dan Baitul Maqdis (Yerusalem) berhasil dibebaskan pasukan Islam yang dipimpin panglima perang Amir bin Ash secara damai tanpa keluar setetes darahpun.
Pertanyaan, apakah peringatan Isra Mikraj tahun ini akan menandai terjadinya era baru di wilayah Timteng? Pertama; sudah jelas peta politik akan segera berubah secara besar-besaran. Kalau sebelumnya mayoritas rezim di wilayah itu pro-AS dan kekuatan Barat, sekarang makin berkiblat ke kekuatan Islam dan Timur seperti China, Jepang, dan India.
Kawasan Timteng akan berubah makin demokratis meski memerlukan proses panjang. Kedua; negara zionis Israel jelas yang paling dirugikan dengan pergolakan politik yang melanda negara-negara Arab. Mesir yang semula sangat pro-Israel, kini bersahabat dengan Iran yang menjadi musuh utama Israel di kawasan itu.
Ketiga; sebagaimana dikatakan Syekh Muhammad Rawwas Qal’ah Jie, kota suci Baitul Maqdis di Palestina sesungguhnya milik umat Islam, tempat Nabi Muhammad SAW menjadi imam shalat di Masjidil Aqsha yang diikuti para nabi. Maka menjadi tugas 1,7 miliar umat Islam seluruh dunia untuk membebaskan kota suci ketiga bagi umat Islam itu, setelah Mekkah dan Madinah, dari pendudukan negara zionis Israel. (10)
— Dr Tjipto Subadi MSi, dosen Program Pascasarjana Universitas Muhammadiyah Surakarta (UMS)
Israk Mikraj Momen Berbenah
Padang Ekspres • Rabu, 29/06/2011 11:04 WIB • (mg8) • 21 klik
Padang, Padek—Peringatan Israk Mikraj Nabi Muhammad SAW yang jatuh pada hari ini, momentum bagi bangsa Indonesia bangkit dari keterpurukan dengan memaknai substansi shalat di tengah karut-marut kehidupan bernegara, berbangsa, dan bermasyarakat. Dari Sabang sampai Merauke, terjadi kemerosotan moral pemimpin dan dan yang dipimpin, yang mengarah pada negara gagal.
Tak terkecuali di Bumi Minangkabau. Di negeri berfalsafah Adat Basandi Syarak, Syarak Basandi Kitabullah, juga mengalami degradasi akhlak menyusul terseretnya sejumlah kepala daerah dan mantan kepala daerah, pejabat dan mantan pejabat di daerah ini dalam pusaran korupsi.
Pergaulan bebas generasi muda yang menempatkan Sumbar 10 besar penderita HIV/AIDS dan pengungkapan narkoba secara nasional. Maraknya cakak kampuang, pelajar dan mahasiswa, hingga sederet kerusakan akhlak anak bangsa lainnya. Ini cerminan ibadah shalat lima waktu dalam sehari yang dikerjakan umat Muslim, belum mampu mencegah dari perbuatan munkar.
Demikian benang merah yang dikemukakan Rektor Institut Agama Islam Negeri (IAIN) Imam Bonjol terpilih, Makmur Syarif, Ketua Pimpinan Muhammadiyah Sumatera Barat, Dasril Ilyas, Ketua Rois Syuriah Nadhlatul Ulama Sumatera Barat, Asasriwarni dan cendekiawan muslim yang juga Ketua Majelis Dakwah MUI Sumbar, Duski Samad, memaknai peringatan Israk Mikraj secara terpisah, kemarin.
Makmur Syarif menyebutkan, substansi mendasar dari perintah shalat itu adalah mengikuti seluruh perintah dan menjauhi larangan Allah. ”Masalahnya, perintah tidak dijalankan, larangan justru dilanggar. Korupsi, zina, minuman keras, narkoba, itu kan larangan semua, tapi masih juga banyak dilakukan. Berarti nilai shalatnya belum diaplikasikan di kehidupan sehari-hari,” jelasnya ketika dihubungi Padang Ekspres, tadi malam.
Dasril Ilyas menekankan, solusi memperbaiki akhlak umat sebenarnya sudah ada dalam patron adat Minang. Namun, patron itu sejauh ini baru sebatas jargon yang belum diterapkan dalam kehidupan masyarakat. ”Dalam adat Minang, kita mengenal ada istilah tigo tungku sajarangan; niniak mamak, alim ulama, dan cadiak pandai,” jelas Dasril. Niniak mamak adalah mereka yang memangku adat, seyogianya memberi pengajaran dalam bentuk contoh-contoh yang baik kepada kemenakan atau generasi penerus. Ulama, berdakwah menyebarkan ajaran agama.
Terakhir, cadiak pandai atau kalangan terpelajar, membuat dan menjalankan peraturan yang mampu mengayomi masyarakat. ”Jika ketiganya bersinergi dengan baik, persoalan di masyarakat saya kira tidak akan muncul serumit sekarang. Makanya, peran ketiganya harus jalan, bukan hanya sekadar jargon,” katanya.
Ketua Rois Syuriah Nadhlatul Ulama Sumatera Barat, Asasriwarni menyebutkan, ada enam hal dasar yang bisa dipetik dari perintah shalat lima waktu. Pertama, dimensi waktu. Shalat mengajarkan umat Islam untuk konsisten terhadap waktu. Implementasinya adalah dalam segala jenis pekerjaan, setiap orang mesti disiplin dengan waktu. ”Allah janjikan neraka wel bagi yang melalaikan shalat. Artinya, sia-sialah mereka yang tidak disiplin dengan waktu,” terangnya.
Kedua, dimensi taharah. Shalat menuntut umat Islam suci atau menjaga kebersihan. Ketiga, dimensi menutup aurat, harus diaplikasikan dalam bentuk berpakaian sopan. ”Bukan seperti gaya berpakaian remaja sekarang,” kata Asasri. Keempat, dimensi mengarah ke kiblat, artinya menuju satu tujuan sama. Selanjutnya dimensi berjamaah, mengajarkan umat saling mengingatkan. ”Seperti shalat, jika imam salah harus ditegur. Begitu juga dalam kehidupan, jika pemimpin menyimpang wajib diingatkan. Kalau tidak bisa diingatkan, ya ganti pemimpin,” tegasnya.
Dimensi terakhir, menurutnya, meramaikan masjid, yang berarti menggambarkan kehidupan rukun antarsesama umat. ”Semua itu cukup dengan mengambil makna dari pesan shalat. Kalau pesan shalat itu diaplikasikan dalam kehidupan sehari-hari, insya Allah aman negeri kita,” terang Dekan Tarbiyah IAIN Imam Bonjol Padang itu.
Sedangkan Duski Samad, melihat ada tiga hal yang perlu dimaknai dari pesan Israk Mikraj. Pertama, mempertegas komitmen iman setiap individu. Kedua, mengingatkan diri umat Islam tentang pentingnya ibadah, menumbuhkan rasa atau meningkatkan kecerdasan emosional. Ketiga, sambung Duski, dimaknai sebagai upaya menggali ilmu pengetahuan untuk terus dimanfaatkan bagi kemaslahatan umat.
Duski menambahkan, sebagai pemimpin yang mengemban amanat masyarakat, pemerintah harus menjadi contoh yang mengajak pada kebaikan. Sebab, pemerintah yang membuat regulasi atau aturan yang jadi contoh bagi masyarakat. (mg8)
Peristiwa Israk Mikraj
Hari Ahad ini, 12 September, 2004 bersamaaan dengan 27 Rejab, 1425 adalah tarikh satu tarikh penting dalam sejarah Islam di mana umat Islam akan memperingati satu peristiwa agung iaitu Israk Mikraj.
Israk Mikraj adalah satu peristiwa yang sangat luarbiasa yang telah dilalui Rasulullah s.a.w. Rasulullah telah melalui Israk dari Masjidil Haram, Mekah ke Masjidil Aqsa di Palestine. Mikraj pula merujuk kepada perjalanan Nabi merentas tujuh lapis langit hingga ke Sidratul Muntaha dan ke Mustawa. Semua itu berlaku hanya dalam satu malam.
Peristiwa Israk dan Mikraj berlaku setelah Nabi menempuh tahun dukacita di mana Nabi telah kehilangan orang yang paling dikasihi dalam hidupnya, iaitu isteri baginda, Siti Khadijah, dan bapa saudara baginda, Abu Talib. Mereka berdua adalah tokoh penting yang telah membantu usaha dakwah baginda di peringkat awal. Tidak lama kemudian, berlakulah pula peristiwa Taif, di mana baginda telah meghadapi cobaan yang sangat mencabar. Nabi telah dihina, dicerca dan dikecewakan oleh penduduk Taif yang telah menolak usah dakwah baginda.
Bayangkanlah bagaimana remuk redamnya perasaan Nabi ketika itu. Hilang teman hidup yang telah berkorban segala-galanya untuk Nabi dan perjuangan Islam, kemudian dikecewakan, dimalukan dan dicederakan oleh bangsanya sendiri. Baginda keseorangan dalam menghadapi tentangan musyrikin jahiliah.
Di saat kesedihan yang amat sangat itulah Jibril datang membawa pesan gembira untuk mengiringi Nabi untuk israk dan mikraj bertemu Pencipta nya. Itulah hadiah yang paling bermakna ketika baginda memerlukannya.
Peristiwa Israk Mikraj ini mengandungi banyak pengajaran yang boleh dijadikan iktibar. Namun, saya begitu tertarik dengan 2 pengajaran penting daripadanya iaitu
1. Kewajiban solat lima waktu telah dianugerahkan kepada umat Muhammad. Kewajiban solat diwahyukan terus tidak seperti kewajiban ibadat lain seperti zakat dan puasa yang diturunkan sebagai wahyu dan disampaikan melalui Jibril. Itu menunjukkan betapa penting dan istimewanya solat. Kewajiban solat juga adalah hadiah yang paling berharga kepada Nabi untuk merawat segala kesedihan dan kemurungan yang baginda hadapi.
Solatlah sebenarnya jalan penyelesaian kepada segala masalah yang kita hadapi. Andai kita berhadapan masalah yang berat yang tak tertanggung, kekecewaan yang tak terbendung, kebuntuan mencari jalan keluar, keresahan dan kekosongan jiwa, kembalilah kepada Allah. Carilah pengampunanNya dan berbicaralah terus dengan Nya.
Hamburkanlah segala duka lara dan resah gelisah jiwa kepada Yang Maha Pencipta, dalam setiap sujud kita. Jangan disimpan kemarahan kita kepada manusia. Lepaskanlah segala kekecewaan kita itu dan mengadulah kepada Yang Maha Bijaksana.
2. Israk Mikraj juga menguji keimanan kita untuk beriman kepada Allah dan Rasulnya dalam hal-hal yang di luar jangkauan pemikiran kita. Sahabat Nabi seperti Abu Bakar beriman dan percaya dengan sepenuh hati bahawa Nabi memang telah pergi ke Palestine dan merentasi 7 langit pada satu malam.
Bayangkanlah jikalau perkara yang sama itu disampaikan pada kita sekarang. Adakah kita akan mempercayai dan beriman dengannya sebagaimana Abu Bakar? Atau kita akan mula menggunakan logik akal kita lalu akan menolak kesahihan peristiwa itu dengan alasan tak masuk akal dan tak logik? Kita akan mula mengeluarkan teori sains yang kita tahu yang menafikan manusia boleh merentasi 7 langit hanya dalam satu malam. Mungkinkah jugakah kita akan ketawa sinis dan mempersendakan berita itu sebagai karut?
Sesungguhnya peristiwa Israk Mikraj jika dihayati dengan sesungguhnya, akan mengukuhkan keimanan kita dan memperkuatkan rasa takjub kepada kekuasaan Allah dalam mengatur kehidupan makhluk Nya. Peristiwa Israk Mikraj mengajar untuk percaya kepada perkara ghaib dan percaya kepada Al-Qur’an dan Hadith sebagai panduan dan penyelesai kepada masalah hidup manusia.
BENARKAH : Batu Terapung Dalam Peristiwa Isra’ Mikraj Di Palestin
Setiap kali menjelang kalendar Rejab sempena kedatangan tarikh peristiwa Isra’ Mikraj, pasti gambar-gambar ini disebarkan ke serata dunia maya dan hasilnya, ramailah yang mempercayainya..
Berikut adalah gambar-gambar palsu yang kononnya ia adalah Batu Terapung atau Batu Tergantung seperti yang tercatat dalam peristiwa Israk Mikraj, tersebar meluas di dalam internet. Dan juga.. Ia diguna pakai dalam khutbah multimedia di masjid-masjid di KL..!
Gambar PALSU 1
Gambar PALSU kononnya Batu Terapung / Tergantung di Palestine ini terus disebarkan dan amat kurang bagi mereka yang bertanya akan kesahihannya. (He-eh..? Kan terapung tu ustaz..? )
Gambar PALSU 2
Gambar PALSU 3
Gambar PALSU 4
Gambar PALSU 5
Tadaa.. ‘Breaking The Magician Code: The Magic Secret Reavealed’. Teknik murahan rupanya.. Guna Photoshop..
Jadi.. Mana yang ASLInya..?
___________________________ …
Berikut yang penulis sertakan adalah gambar ASLI dan SAHIH Batu Terapung yang disebut dalam peristiwa Isra’ Mikraj..
Berikut adalah soal-jawab dari seorang hamba Allah dengan Dato’ Dr. Haron Din mengenai Batu Terapung / Tergantung seperti yang dinyatakan dalam sejarah Isra’ Mikraj baru-baru ini.
SOALAN:
Dato’, saya telah melihat gambar dalam internet dan mendengar beberapa ceramah Israk Mikraj, ada penceramah menunjukkan gambar batu besar yang tergantung-gantung di Masjidil Aqsa, Baitulmaqdis. Adakah benar batu itu tergantung-gantung (tidak berpihak di bumi) dan terlepas daripada tarikan graviti. Pohon Dato’ perjelaskan apakah yang sebenarnya. – ZAINAL AHMAD
JAWAPAN Dato’ Dr Haron Din:
Tempat Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam Dimikrajkan
Ulama umumnya berpendapat Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bermikraj dari satu tempat di Baitulmaqdis yang disebut sebagai Qubbatul Mikraj (kubah tempat dimikrajkan). Tempat itu juga dikenali sebagai Sakhrah Baitulmaqdis.
Pengalaman Al-Imam Abu Bakar Ibnul ‘Arabi
Dalam kitab al-Israk wal-Mikraj oleh Khalid Saiyyid Ali di halaman 82, atas tajuk yang bermaksud ‘Tempat Nabi bermikraj’, disebut di bawahnya suatu penulisan (yang bermaksud): “Berkatalah al-Imam Abu Bakar Ibnul ‘Arabi, ketika membuat penjelasan (syarah) Kitab al-Muwattak oleh Imam Malik disebutkan, batu besar di Baitulmaqdis adalah suatu keajaiban Allah SWT.
“Batu itu berdiri sendiri di tengah-tengah Masjidil Aqsa, tergantung-gantung dan terpisah daripada semua bahagiannya dengan bumi. Tidak ada yang memegangnya, melainkan Yang Memegang langit, daripada jatuh menimpa bumi.”
“Di puncaknya dari arah selatan, itulah tempat kaki Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam berpijak untuk menaiki Buraq, di sebelah itu agak condong. Dikatakan kerana kegerunannya atas kehebatan baginda Sallallahu ‘Alaihi Wasallam maka batu itu tergantung, saya sendiri takut untuk berada di bawahnya, kerana takut batu itu menghempap saya kerana dosa-dosa saya.”
“Setelah beberapa ketika kemudian, saya pun memberanikan diri dan masuk berteduh di bawahnya, maka saya dapat melihat pelbagai keajaiban. Saya dapat menyaksikan ia dari semua arah. Saya benar-benar melihatnya terpisah dari bumi. Ada arah yang lebih jauh terpisah dari bumi daripada arah yang lain.”
Inilah penulisan yang saya rujuk daripada penulisan seorang ulama besar yang dikenali dengan nama Ibnul ‘Arabi. Daripada sinilah timbul cerita demi cerita yang menyatakan batu tempat Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam tergantung-gantung. Itu adalah cerita dahulu. Ada sandarannya, ada catatannya dalam kitab-kitab yang berautoriti, termasuk daripada kitab yang saya sebutkan tadi.
Batu Terapung Pada Hari Ini Dari Pengalaman Dato’ Dr Haron Din
Ada pun mutakhir ini, saya sendiri berpengalaman, telah masuk dan melihat batu tersebut, yang sekarang tempat itu dikenali sebagai Qubbatul Sakhrah (kubah yang di bawahnya ada batu). Sekarang ini sudah berada di belakang daripada Masjid al Aqsa.
Jika dilihat Masjid al-Aqsa, imam akan dilihat berada nun jauh daripada arah kiblat dan berakhir kawasan masjid dengan Qubbatul Sakhrah ini.
Meneliti Batu Terapung
Saya telah memasuki tempat ini, berpeluang melihat batu itu dan masuk ke bawahnya. Memang batu itu benar-benar wujud dan terletak di tengah-tengah bangunan. Gambaran sekarang ini, batu itu jika dilihat daripada bawah, seolah-olah seperti sebuah payung besar, seperti gua yang kita berada di bawahnya. Saya menganggarkan keluasan tempat itu, sebesar ruang solat untuk 20 atau 25 orang, jika untuk masuk bersesak-sesak boleh sampai 150 orang.
Keadaan Berubah
Merenung batu itu dengan cermat, saya dapati ia sekarang terletak di atas fondisi konkrit batu yang kukuh. Di segenap arahnya berpijak ke atas fondisi itu dan tidak nampak pun ia tergantung seperti yang dijelaskan di atas. Semasa lawatan itu, saya kebetulan bertemu dengan Imam Besar Masjid al-Aqsa yang berada di situ, di samping pemandu pelancong kami. Mereka menyatakan memang dahulu batu besar yang macam payung itu tergantung-gantung.
Kegerunan Hati Manusia
Oleh kerana banyak pembesar-pembesar negara dan banyak pelawat-pelawat luar datang, mereka terperanjat dan amat gerun dengan keadaan batu itu, banyak yang tidak berani masuk di bawah batu itu, kerana takut tiba-tiba batu itu menghempap. Memandangan hal keselamatan penting dan mengelak daripada berlakunya berbagai tanggapan orang ramai ke atas keadaan yang unik itu, maka pihak berkuasa mengambil tindakan membina fondisi yang menyambung batu itu dari bumi.
Mengapa Berubah..?
Ketakutan pembesar-pembesar zaman ini samalah seperti yang dirasai oleh al-Imam Aku Bakar Ibnul ‘Arabi seperti dalam bukunya.
Maka atas itulah batu tersebut sudah tidak lagi kelihatan tergantung-gantung, tetapi ia menjadi seperti sebuah bangunan yang di bawahnya boleh dimasuki, ia kelihatan seperti sebuah batu biasa yang dapat dilihat. Wallahua’lam.
SEBARKAN: Sila copy dan paste pesanan di bawah ini bermula dari tanda ** hingga ** serta sebarkan kepada kenalan anda melalui e-mail, messenger, blog atau laman sesawang yang anda kenali bagi menyampaikan info yang benar ini kepada kenalan anda dan kenalan-kenalan mereka.
** Salamun’alaik.. Mohon kongsi dgn para jemaah sekalian..
Ramai sgt yg sebar gambar palsu.. Ini gambar sahih terkini dari bumi Palestine..[GAMBAR TERKINI] BENARKAH: Batu Terapung Dalam Peristiwa Isra’ Mikraj Di Palestin..? Sila ke;
http://qhazanah.wordpress.com/2009/07/21/benarkah-batu-terapung-dalam-peristiwa-isra-mikraj-di-palestin/
Syukran.. **
Untuk menerokai keadaan lebih jelas di sekitar Masjid Al Aqsa dan Qubbatul Sakhra serta melihat keadaan sebenar di bawah Batu Terapung seolah-olah anda berada di Palestine sila klik di sini.
Terima kasih buat antum semua yang sudi menziarahi halaman Qhazanah, ada buah tangan menanti. Dapatkan wallpaper sempena menghayati sejarah Isra’ Mikraj.Perjalanan Istimewa Israk Mikraj
27 Rejab mencatatkan peristiwa penting dalam kerasulan Nabi Muhammad SAW iaitu perjalanan Israk Mikraj perjalanan Baginda dari Masjidil Haram di Makkah ke Masjidil Aqsa di Baitulmaqdis di Palestin serta dari Masjidil Aqsa ke Sidratil Muntaha di langit ketujuh.Firman Allah bermaksud: “Maha suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Masjidil-Haram ke Masjidil Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya (dengan diturunkan nabi-nabi di negeri itu dan kesuburan tanahnya), agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (Surah al-Isra’, ayat 1)Peristiwa ini berlaku setahun sebelum hijrahnya Nabi SAW ke Madinah bersamaan tahun 721 Masihi. Ia berlaku di tengah-tengah tekanan dan hinaan yang kuat yang dialami oleh Rasulullah dan sahabat daripada kelompok Musyrikin Makkah seperti Abu Jahaldan Abu Lahab.
Israk Mikraj adalah satu perjalanan kilat Nabi Muhammad pada malam hari atas kudrat dan iradat Allah
dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa. Baginda kemudian naik ke langit sampai ke Sidratil Muntaha, bahkan ke Mustawa dan sampai di bawah Arasy Allah (suatu tempat di mana alam ini diatur) dengan menembusi tujuh lapis langit, lalu kembali semula ke Makkah pada malam yang sama.
Kisah-kisah dalam peristiwa Israk dan Mikraj mengandungi sesuatu yang amat menakjubkan kerana ia tidak sama dengan cara perjalanan ditempuh oleh manusia biasa. Perjalanan ini adalah perjalanan istimewa menggunakan kenderaan Allah yang kelajuannya tidak boleh ditandingi dengan apa saja kenderaan yang direka oleh manusia.
Dalam peristiwa itu Rasulullah SAW diperlihatkan kekuasaan Allah serta balasan yang bakal diterima umatnya di akhirat nanti. Firman Allah bermaksud: “Dan demi sesungguhnya! (Nabi Muhammad SAW) telah melihat (Jibril dalam bentuk rupanya yang asal) pada waktu yang lain iaitu di Sidratil Muntaha. “Dekatnya ada syurga tempat tinggal, (Muhammad melihat Jibril) ketika Sidratil Muntaha diliputi oleh sesuatu yang meliputinya.”
“Penglihatan (Muhammad SAW) tidak berkisar daripada menyaksikan dengan tepat (akan pemandangan yang indah disitu yang diizinkan melihatnya), dan tidak pula melampaui batas. “Demi sesungguhnya Baginda telah melihat sebahagian daripada sebesar-besar tanda-tanda (yang membuktikan luasnya pemerintahan dan kekuasaan) Tuhan-Nya.” – (Surah an-Najm, ayat 13-18).
Antara pengajaran dalam peristiwa itu ialah mengenai wanita. Dalam perjalanan Israk dan Mikraj, Rasulullah SAW turut melewati satu kawasan berbau sungguh harum dengan bau-bauan kasturi. Lalu Baginda bertanya kepada Jibril kawasan apakah yang sedang mereka lalui. Jibril menjawab: “Itulah makam Masyitah, seorang wanita penghulu syurga.” Beliau ialah adalah pengasuh anak Firaun, pemerintah kejam di Mesir yang mengaku dirinya Tuhan. Masyitah berfizikal lemah, mempunyai semangat kuat dan jiwa keIslaman sehingga mampu menafikan keangkuhan Firaun.
Masyitah ialah pelayan raja. Beliau adalah seorang rakyat yang masih sedar dan beriman kepada Allah tetapi disebabkan kekejaman Firaun, beliau dan ramai lagi terpaksa menyembunyikan keimanan mereka. Pada suatu hari, ketika Masyitah menyikat rambut puteri Firaun, tiba-tiba sikat itu terjatuh. Dengan tidak sengaja, beliau menyebut nama Allah. Apabila puteri itu mendengar perkataan “Allah”, dia bertanya kepada Masyitah, siapakah Allah itu. Masyitah pada mulanya enggan menjawab tetapi selepas didesak berkali-kali, beliau akhirnya memberitahu bahawa Allah adalah Tuhan Yang Esa dan Tuhan Sekalian Alam.
Puteri itu mengadu kepada Firaun mengenai perkara itu menyebabkan Firaun terlalu marah apabila mengetahui Masyitah menyembah tuhan selainnya. Masyitah dipaksa Firaun memperakui dirinya (Firaun) sebagai Tuhan, tetapi dengan penuh keberanian beliau berkata: “Tuhan aku dan Tuhan kamu adalah Allah.”
Perkataan itu menimbulkan kemarahan Firaun, lalu memerintahkan dibuat patung lembu daripada tembaga untuk diisi minyak bagi merebus Masyitah. Menteri Firaun, iaitu Hamman, salah seorang penghuni neraka, diperintahkan Firaun untuk membunuh Masyita. Firaun memerintahkan patung lembu itu diletakkan di atas api sehingga panas menggelegak dan mengarahkan Masyitah dan ahli keluarganya dilontar seorang demi seorang.
Pada waktu giliran bayinya hendak dimasukkan ke dalam lembu itu untuk direbus, Masyitah hampir mengaku kalah dan menyerah kepada kemahuan Firaun kerana terlalu sayangkan anaknya. Tetapi dengan kehendak Allah, berlaku kejadian luar biasa apabila bayi itu dengan fasih berkata: “Wahai ibuku! Teruskanlah dan jangan menyerah kalah, sesungguhnya engkau di atas (jalan) kebenaran.” Masyitah dan keluarganya mempertahankan keimanan mereka dengan mengatakan Allah Tuhan Yang Esa dan Firaun hanya manusia biasa. Lalu semuanya syahid dibunuh Firaun.
Keberanian seorang wanita memperjuangkan kebenaran dan keimanan ini dirakam dan diingati setiap tahun olehseluruh manusia melalui peristiwa Israk Mikraj. Semua ahli keluarga Masyitah mendapat balasan syuhada daripada Allah kerana mempertahankan akidah sehingga mati.
Dalam perjalanan itu, Baginda turut diperlihatkan 10 jenis seksaan yang menimpa wanita yang membuatkan Rasulullah SAW menangis setiap kali mengenangkannya.
Dalam perjalanan itu, antaranya Baginda diperlihatkan perempuan yang digantung dengan rambut dan otak di kepalanya mendidih. Mereka adalah perempuan yang tidak mahu melindungi rambutnya daripada dilihat lelaki lain.
Seksaan lain yang diperlihatkan Baginda ialah perempuan yang digantung dengan lidahnya dan tangannya dikeluarkan daripada punggung dan minyak panas dituangkan ke dalam kerongkongnya. Mereka adalah perempuan yang suka menyakiti hati suami dengan kata-katanya.
Baginda juga melihat bagaimana perempuan digantung buah dadanya dari arah punggung dan air pokok zakum dituang ke dalam kerongkongnya. Mereka adalah perempuan yang menyusui anak orang lain tanpa keizinan suaminya.
Ada pula perempuan diikat dua kakinya serta dua tangannya sampai ke ubun dan dibelit beberapa ular dan kala jengking. Mereka adalah perempuan yang boleh solat dan berpuasa tetapi tidak mahu mengerjakannya, tidak berwuduk dan tidak mahu mandi junub. Mereka sering keluar rumah tanpa mendapat izin suaminya terlebih dulu dan tidak mandi iaitu tidak bersuci selepas habis haid dan nifas.
Selain itu, Baginda melihat perempuan yang makan daging tubuhnya sendiri manakala di bawahnya ada api yang menyala. Mereka adalah perempuan yang berhias untuk dilihat lelaki lain dan suka menceritakan aib orang lain.
Baginda juga melihat perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka. Mereka adalah perempuan yang suka memasyhurkan diri sendiri supaya orang melihat akan perhiasannya. Seksaan lain yang dilihat Baginda ialah perempuan yang kepalanya seperti kepala babi dan badannya pula seperti keldai. Mereka adalah perempuan yang suka mengadu domba dan sangat suka berdusta.
Ada pula perempuan yang Baginda nampak rupanya berbentuk anjing dan beberapa ular serta kala jengking masuk ke dalam mulutnya dan keluar melalui duburnya. Mereka adalah perempuan yang suka marah kepada suaminya dan memfitnah orang lain.
Dan banyak lagi peristiwa yang dilihat oleh Nabi Muhammad SAW.
Berdasarkan kepada peristiwa Israk Mikraj, kita memperolehi pelbagai pengajaran berharga yang terkandung di dalamnya untuk direnungi serta dihayati. Antara pengajaran berguna tersebut ialah:
1. Manusia harus sentiasa mengadakan hubungan dengan Allah, baik di kala ditimpa kesusahan mahupun di kala mendapat kesenangan. Ini kerana hanya Allah yang berkuasa memberikan pertolongan, menghilangkan segala kesedihan, dukacita dan kesusahan pada diri manusia. Sebagaimana yang diceritakan, Nabi telah ditimpa beberapa musibah sebelum terjadi Israk Mikraj. Dalam keadaan demikian, datang perintah untuk Israk Mikraj, iaitu untuk berhadapan dengan Allah swt. Ini memberi pengajaran kepada kita agar mendekatkan diri kepada Allah sewaktu didatangi musibah dan pelbagai permasalahan dalam kehidupan. Caranya ialah dengan melaksanakan semua perintah-Nya dan menjauhi semua larangan-Nya di samping terus meningkatkan ketakwaan dan amal ibadat.
2. Menjauhi perkara mungkar dan maksiat. Semasa Israk Mikraj, tepatnya sewaktu Nabi diajak meninjau keadaan neraka, baginda ditunjukkan berbagai bentuk penyeksaan dahsyat yang sedang dialami oleh berbagai kaum sebagai akibat daripada segala macam bentuk kejahatan yang pernah mereka lakukan. Misalnya Nabi diperlihatkan kepada satu kaum yang memecahkan sendiri kepala mereka dengan batu besar, setelah pecah ia kembali bertaut seperti sediakala. Nabi juga melihat bentuk penyeksaan yang lain seperti seksaan bagi pemakan riba, penzina, pengumpat, yang suka memfitnah dan lain-lain lagi. Ini semua memberi iktibar supaya kita yang hidup di dunia ini tidak melakukan segala perbuatan tercela itu dan juga pekerjaan lain yang jelas dilarang Allah kerana begitulah seksaan yang bakal diterima oleh seseorang di akhirat nanti sekiranya perbuatan yang dilarang Allah itu dilakukan.
3. Perintah solat sebagai suatu bentuk ibadah yang Allah sendiri menggariskan ketentuan mengenainya. Kewajipan solat berbeza dengan kewajipan yang lain seperti puasa, zakat dan haji. Ini adalah kerana kewajipan solat diterima langsung oleh Nabi daripada Allah sewaktu bertemu Allah pada malam Mikraj tanpa perantaraan malaikat Jibrail. Ini menunjukkan keistimewaan dan kelebihan solat berbanding ibadah-ibadah lain, dan solat juga amalan yang paling awal dihisab di akhirat kelak. Dengan solat, kita berpeluang untuk berdialog langsung dengan Allah, iaitu ketika bersolat.
4. Mengakui dan tunduk kepada kebesaran Allah sebagai pencipta agar keyakinan terhadap kekuasaan-Nya benar-benar bersemi di jiwa manusia. Ini kerana sewaktu Israk Mikraj, Allah memperlihatkan kepada Nabi akan keagungan dan berbagai keajaiban ciptaan-Nya yang terdapat di alam tinggi bernama langit itu seperti Sidratul Muntaha, syurga dan lain-lain lagi.
5. Anjuran memberi salam. Di sepanjang perjalanan Mikraj, Nabi tidak pernah lupa mengucapkan salam kepada rasul yang baginda temui. Ini mengingatkan kita kepada keutamaan memberi salam dan galakan supaya selalu memberi salam kepada saudara sesama Islam sebagai tanda penghormatan dan untuk mengeratkan hubungan.
6. Mengingatkan usia dunia yang sudah tua yang mana dibayangkan melalui pertemuan Nabi dengan seorang nenek tua. Ia memberi gambaran kepada kita yang umur dunia sudah lanjut dan hampir berlaku kiamat. Hakikat ini memperingatkan setiap Muslim bahawa segala kemewahan dan kesenangan dunia hanyalah bersifat sementara. Hanya ketakwaan dan amal salih menjadi bekalan untuk ke akhirat.
7. Berwaspada dengan rayuan dan tipu daya iblis, di mana sewaktu Israk, pada awal perjalanan lagi jin ‘Afrit telah mengejar baginda dengan membawa obor untuk menghalang perjalanan Nabi dan berusaha memperdayakan baginda. Peristiwa ini memperingatkan kita bahawa syaitan dan iblis tidak akan jemu-jemu untuk menyesat dan memperdayakan umat manusia dengan pelbagai cara.
Peristiwa Israk Mikraj Nabi Muhammad S.A.W. – 27 Rejab
Bulan Rejab kian hampir melabuhkan tirainya. Maka semakin terasa dekatnya diri ini untuk bertemu dengan bulan mulia lagi penuh rahmat iaitu Ramadhan al-Mubarak. Namun seringkali dilupai bahawa di penghujung bulan Rejab ini berlaku suatu peristiwa yang besar dan penuh bermakna bagi seluruh umat Islam khususnya. Peristiwa yang dimaksudkan ini ialah peristiwa Israk Mikraj yang berlaku pada malam 27 Rejab tahun ke-11 daripada kerasulan Nabi Muhammad S.A.W menurut jumhur ulama. Di bawah merupakan rentetan peristiwa-peristiwa yang berlaku sebelum, semasa, dan selepas peristiwa Israk Mikraj.
1. Sebelum Israk dan Mikraj
Rasulullah S. A. W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika’il. Hati Baginda S. A. W.. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam (‘alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman. ke dalam dada Rasulullah S. A. W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan “khatimin nubuwwah”. Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan “Israk” itu.
2. Semasa Israk (Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa):
Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S. A. W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:
i. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah. ii. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A. S. menerima wahyu daripada Allah; iii. Baitul-Laham (tempat Nabi ‘Isa A. S. dilahirkan);
Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S. A. W. menghadapi gangguan jin ‘Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :
- Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S. A. W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad “Fisabilillah” yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.
- Tempat yang berbau harum. Rasulullah S. A. W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Mayitah (tukang sisir rambut anak Fir’aun) bersama suaminya dan anak-anak-nya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir’aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir’aun sebagai Tuhan).
- Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).
- Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.
- Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.
- Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.
- Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.
- Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.
- Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.
- Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.
- Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.
- Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S. A. W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.
- Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.
Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.
Rasulullah S. A. W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.
3. Semasa Mikraj (Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah):
Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S. A. W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).
1. Langit Pertama: Rasulullah S. A. W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A. S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.
11. Langit Kedua: Nabi S. A. W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi ‘Isa A. S. dan Nabi Yahya A. S.
111. Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A. S.
1v. Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A. S.
v. Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A. S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.
v1. Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A. S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.
v11. Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma’mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S. A. W., Nabi Ibrahim A. S. bersabda, “Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha’if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu lah HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH”. Mengikut riwayat lain, Nabi Irahim A. S. bersabda, “Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA lah ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA lah HAULA WA lah QUWWATA ILLA BILLAHIL- ‘ALIYYIL-’AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga”. Setelah melihat beberpa peristiwa! lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).
11x. Tangga Kelapan: Di sinilah disebut “al-Kursi” yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S. A. W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.
1x. Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur ‘Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.
x. Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S. W. T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:
Allah S. W. T : Ya Muhammad. Rasulullah : Labbaika. Allah S. W. T : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan. Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan ‘Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan. Allah S. W. T : aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah ‘Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.
4. Selesai munajat, Rasulullah S. A. W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A. S. kemudian Nabi Musa A. S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S. A. W. merayu kepada Allah S. W. T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.
5. Selepas Mikraj
Rasulullah S. A. W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu’alam.
(Sumber : Kitab Jam’ul-Fawaa`id)
Kesimpulannya, peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.
Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.
Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.
Mafhum Firman Allah S. W. T. : “Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.”
(Surah Al-Israa’: Ayat 1). wallahua’lam..
(Surah Al-Israa’: Ayat 1). wallahua’lam..
SUMBER:
http://fullfilth.blogspot.com
Israk dan Mikraj dan Kemuliaan Bulan Rejab
Para pelajar yang dikasihi,
Susunan ; team arab-families.com
AwangMinyakAtarKebia.
Dalam keseronokan kita bercuti di musim panas 2009 ini samada di Amerika Syarikat atau pulang menemui keluarga tercinta di Malaysia, tanpa disedari, kita sudahpun berada di pertengahan bulan Rejab dalam tahun Hijrah 1430 ini.
Setiap bulan dalam kalendar Islam mempunyai keistimewaan tersendiri. Umpamanya bulan Ramadan dengan arahan wajib berpuasa dan dikurniakan satu malam yang dinamakan ‘Lailatul Qadar’. Demikian pula bulan Zulhijjah umat islam diseru menunaikan haji di Mekah. Kemudian terdapat ibadat korban yang besar pahalanya. Rabiul Awal pula mencatat sejarah besar dengan kelahiran junjungan Nabi Muhamad saw.
Bulan Rejab juga sarat dengan peristiwa besar yang menguji keimanan umat Islam. Peristiwa Israk dan Mikraj yang berlaku pada Rasulullah saw sesungguhnya menguji keyakinan umat Islam ketika itu. Peristiwa yang berlaku ke atas Rasulullah saw itu dianggap tidak masuk akal oleh golongan kafir dan munafik pada masa itu. Malah ia turut diragui oleh sebilangan umat Islam yang tipis imannya. Peristiwa Israk dan Mikraj memang menakjubkan, yang berlaku pada malam 27 Rejab, tahun ke-11 daripada kerasulan Nabi Muhammad saw. Peristiwa besar ini amat luar biasa yang dialami oleh Nabi saw dan dianggap sebagai satu anugerah daripada Allah swt. Ini sebagai tanda keagungan dan kebesaranNya. Peristiwa Israk dan Mikraj juga sebagai satu anugerah tertinggi yang hanya dikurniakan kepada junjungan Nabi saw – ianya tidak dikurnaiakan kepada makhluk lain sama ada malaikat, jin atau manusia.
Pada bulan Rejab, selepas 11 tahun baginda saw dilantik sebagai Rasul, disifatkan oleh ahli sejarah sebagai ‘Amulhuzn’ (tahun dukacita) bagi Rasulullah. Ini berikutan baginda saw telah ditimpa dua musibah berturut-turut. Baginda telah kehilangan dua insan tersayang; iaitu kewafatan Siti Khadijah, isteri tercinta. Kemudian Nabi saw menerima musibah dengan kematian bapa saudara baginda, Abu Talib. Kedua-dua insan ini banyak membantu Nabi saw dalam usaha meyebarkan syiar Islam. Sanggup menghadapi ancaman dan cabaran daripada kafir Quraisy. Sanggup bersusah-payah dan menghadapi serba kemungkinan dan fitnah jahat daripada penentang Islam.
Demikianlah Allah swt telah menghiburkan Nabi saw dengan peristiwa Israk dan Mikraj – membasuh kedukaan dan kenestapaan yang bersarang di hati Rasulullah. Israk bererti perjalanan Nabi saw dari Masjidil Haram di Mekah ke Masjidil Aqsa di Baitul Maqdis di Palestin. Peristiwa ini dirakamkan dalam al-Quran, sepertimana firman Allah yang bermaksud:
“Maha suci Allah yang telah menperjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidil Haraam (di Mekah) ke Masjidil Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesunguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (Q.S. Al-Israa’:1)
Mikraj pula bermaksud perjalanan baginda saw dari Masjidil Aqsa ke Sidratulmuntaha di langit ketujuh, sebagaimana digambarkan dalam al—Quran yang bermaksud:
“Dan demi sesungguhnya! (Nabi saw) telah melihat (malaikat Jibril dalam bentuk rupanya yang asal) sekali lagi di sisi Sidartulmuntaha; yang di sisinya terletak syurga Jannatul-Makwa. Nabi Muhammad melihat Jibril dalam bentuk rupanya yang asal pada kali ini ialah) semasa Sidratulmuntaha itu diliputi oleh makhluk-makhluk dari alam-alam ghaib, yang tidak terhingga. Penglihatan (Nabi Muhammad) tidak berkisar daripada menyaksikan dengan tepat (akan pemendangan yang indah di situ yang diizinkan melihatnya), dan tidak pula melampaui batas. Demi sesungguhnya ia telah melihat sebahagian dari sebesar-besar tanda-tanda (yang membuktikan luasnya pemerintahan dan kekuasaan) Tuhan-Nya.” (Q.S. An-Najm: 13-18)
Semasa dalam perjalanan israk dan mikraj ini Nabi saw telah diperlihatkan dengan pelbagai peristiwa suka dan duka; menghibur dan menakutkan silih berganti. Nabi saw diiringi oleh Malaikat Jibril sepanjang peristiwa Israk dan Mikraj ini (kecuali ketika Rasullah saw ke SidratulMuntaha bertemu Allah swt)). Nabi saw ditunjukkan pelbagai bentuk penyeksaan ketika meninjau neraka. Misalnya Nabi saw diperlihatkan kepada satu kaum yang memecahkan sendiri kepala mereka dengan batu besar, pecah dan kemudian bertaut kembali seperti sediakala. Ini adalah hukuman bagi mereka yang ingkar mengerjakan solat. Nabi juga melihat seksaan terhadap pemakan riba, penzina, pengumpat, pembuat fitnah dan lain-lain. Ini semua memberi peringatan agar kita menjauhinya semasa di dunia ini.
Nabi juga melihat keseronokan dan kesukaan mereka yang berada di dalam syurga. Nabi tercium bau yang semerbak daripada Mashitah, tukang sisir rambut anak Firaun. Nabi juga melihat sekumpulan orang yang tidak putus-putus menuai hasil (tanaman)- menandakan bahawa balasan bagi mereka yang suka menderma dan bersedekah semasa hayat mereka. Peristiwa besar dalam Israk dan Mikraj ini ialah apabila Rasulullah saw menerima perintah mengerjakan solat. Berbeza dengan ibadat lain seperi puasa, haji, zakat, ibadat solat diterima secara langsung daripada Allah swt.
Sesungguhnya peristiwa yang berlaku ke atas Nabi saw ini mencetuskan kontroversi di kalangan masyarakat Arab pada masa itu. Mereka tidak yakin dengan cerita Rasullah diisrak dan dimikrajkan dalam masa semalaman sahaja. Mereka menganggap itu hanyalah khayalan belaka. Bahkan tidak lebih daripada mainan mimpi. Malah bagi mereka yang sedia memusuhi baginda saw terus melemparkan tohmahan mengatakan: Muhammad sudah gila! Mana mungkin pada akal mereka, perjalanan dari Mekah ke Palestin dengan kenderaan unta mengambil masa selama sebulan, boleh dilakukan oleh Nabi hanya semalaman sahaja. Begitu juga mereka juga menolak dakwaan Nabi saw naik ke langit juga pada malam yang sama. Mereka memperolok-olokkan baginda saw dengan pelbagai ejekan. Mereka menolak mentah-mentah apa yang Nabi ceritakan.
Bagi orang-orang Arab yang memang menentang Nabi saw, mereka menjaja ke merata tempat peristiwa yang dianggap ganjil ini. Bagi mereka yang mula menunjukkan minat agama yang dibawa Muhammad saw, mula menjauhkan diri. Mereka yang lemah iman pula terus tertewas dan kembali kepada agama asal .Namun bagi mereka yang kuat iman, tetap tidak berganjak dan tetap mengakui kebenaran Muhammad saw. Saidina Abu Bakar sendiri tanpa ragu-ragu mengiakan apa yang Nabi saw alami. Justeru beliau digelar asSidiq (benar).
Sesungguhnya dengan kuasa Allah dan kehendakNya apa sahaja boleh berlaku. Nabi saw menggunakan kenderaan Buraq (sepantas kilat) dalam peristiwa Israk dan Mikraj ini. Sekiranya ia berlaku pada zaman ini, mungkin tidak siapa yang menganggap ia suatu yang mustahil. Dengan menggunakan kenderaan moden serta canggih seperti yang terdapat masa kini, beritahu sahaja ke mana sahaja ceruk rantau kita jelajahi tetap dipercayai, sekiranya kita berkemampuan. Dengan kemahuan dan keupayaan kita boleh sampai ke bulan atau lain-lain planet, juga menjejak kaki ke mana-mana sahaja yang kita hajati.
Susunan
Atase Pendidikan (Agama)
MSD Washington DC
2009
PERISTIWA ISRAK DAN MIKRAJ
MARILAH kita meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah Subhanahu Wataala dengan penuh keyakinan dan keikhlasan dengan melakukan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita menjadi insan yang bertakwa dan beriman serta selamat di dunia dan di akhirat.
Firman Allah Subhanahu Wataala dalam Surah Al-Israa' ayat 1 yang tafsirnya :
"Maha Suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya (Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam) pada malam hari dari Masjidilharam di Mekah ke Masjidil Aqsa yang Kami berkati sekelilingnya untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda kekuasaan dan kebesaran Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui".
Peristiwa Israk dan Mikraj merupakan antara mukjizat terbesar Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam selepas Al-Quran dan merupakan peristiwa agung dan mulia di mana Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam telah diisrakkan dari Masjidilharam ke Masjidil Aqsa dan dari sana Baginda dimikrajkan ke langit. Seterusnya Baginda telah menyaksikan tanda-tanda kebesaran pemerintahan dan kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Dalam peristiwa Israk tersebut, Baginda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam telah diperlihatkan dengan berbagai-bagai kejadian dan peristiwa aneh yang menunjukkan keadaan perbuatan manusia berserta balasan yang bakal mereka terima. Ini adalah sebagai satu ujian kepada manusia terhadap keimanan dan ketakwaan mereka. Dengan demikian mudah-mudahan akan menambah lagi keimanan dan rasa takut untuk membuat kemungkaran.
Dan sebagaimana lazimnya, pada setiap 27 Rejab, kita akan merayakan sambutan Israk dan Mikraj dengan berbagai-bagai majlis ilmu dan keagamaan. Akan tetapi sejauh manakah penghayatan kita terhadap kisah-kisah yang telah diperlihatkan dalam peristiwa Israk dan Mikraj itu? Adalah tidak bermakna dan tidak bererti jika kita hanya memperingatinya sahaja, sedangkan tidak mengambil iktibar dan tidak membawa kepada perubahan yang positif kepada diri kita. Maka rugilah orang-orang yang mensia-siakan usia dan terus leka dan lalai dalam kehidupan. Sesungguhnya dengan ketaatan dan keimanan kepada Allah Subhanahu Wataala sahajalah yang akan dapat menyelamatkan kita dari kemusnahan baik di dunia mahupun di akhirat.
Di antara hikmah berlakunya Israk dan Mikraj itu, di mana Allah Subhanahu Wataala telah memperlihatkan berbagai-bagai kejadian aneh, tidak lain melainkan untuk menjadi peringatan dan pengajaran kepada manusia supaya membuat perubahan positif dan membina terhadap diri mereka. Sebagai contoh, jika dahulunya mengabaikan dan malas untuk bersembahyang maka setelah menghayati peristiwa ini dan mengambil pelajaran dan iktibar daripadanya, ia akan berubah menjadi rajin menunaikannya. Jika dahulunya makan riba, maka sekarang telah berubah dan tidak akan melakukannya lagi, begitulah seterusnya akan mentaati perintah Allah Subhanahu Wataala dan meninggalkan larangan-Nya, bukan terus-menerus bergelumang dengan dosa dan maksiat dan langsung tidak mahu mendengar teguran dan nasihat, ibarat kata perumpamaan 'masuk telinga kanan, keluar telinga kiri'.
Sesungguhnya banyak kejadian-kejadian yang telah diperlihatkan kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam sewaktu Baginda diisrakkan. Antaranya :
Pertama : Baginda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam telah melihat segolongan manusia yang memukul-mukul kepalanya sendiri sehingga hancur luluh, akan tetapi sekejap kemudian kepala itu kembali seperti asalnya. Perbuatan itu dilakukan berulang-ulang kali, begitulah keadaannya berterusan. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bertanya kepada Jibril Alaihissalam,'Siapakah mereka itu?' Jibril menjawab : 'Mereka adalah sebagai gambaran golongan umat tuan yang suka melalaikan waktu sembahyang sehingga habis waktunya'.
Kita umat Islam wajib mengerjakan sembahyang fardu lima waktu sehari semalam serta menjaga waktunya. Tetapi apa yang berlaku, terdapat sebilangan orang yang masih lalai untuk melaksanakan ataupun melambatkan sembahyangnya sehingga luput waktunya dengan alasan sibuk dengan urusan kerja, keluarga dan sebagainya. Sesungguhnya jika ia seorang yang beriman, ia akan menjaga sembahyangnya dengan sempurna baik dari perlaksanaannya mahupun waktunya. Firman Allah Subhanahu Wataala dalam Surah Al-Maun ayat 4-5 yang tafsirnya :
"Maka kecelakaan besar bagi orang-orang ahli sembahyang iaitu mereka yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan sembahyangnya".
Kedua : Baginda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam telah melihat segolongan manusia yang masing-masing menghadapi dua bekas, bekas yang satu berisi daging yang sudah masak dan yang satu lagi berisi daging yang mentah. Tetapi yang anehnya, mereka memilih untuk makan daging yang mentah. Lalu Baginda pun bertanya kepada Jibril Alaihissalam : 'Siapakah mereka itu?' Jibril menjawab: 'Mereka adalah gambaran di antara umat tuan yang suka berzina. Mereka sebenarnya masih suka melepaskan nafsu syahwatnya dengan perempuan lain walaupun mereka telah beristeri. Begitulah pula halnya dengan perempuan yang telah bersuami secara sah, akan tetapi mereka juga melakukan zina dengan lelaki lain yang bukan suaminya'.
Sesungguhnya Allah Subhanahu Wataala telah mengingatkan hamba-hamba-Nya untuk tidak mendekati perbuatan zina sebagaimana firman-Nya dalam Surah Al-Israa' ayat 32 yang tafsirnya :
"Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat yang membawa kerosakan".
Zina adalah perbuatan keji dan hina yang merosakkan diri akhlak keturunan dan masyarakat.
Di antara keburukan zina ialah keruntuhan moral dan akhlak, melahirkan anak haram yang akibatnya seseorang itu boleh bertindak di luar batasan dan di luar naluri seorang manusia seperti berusaha untuk menggugurkan anak dalam kandungan dan lebih dahsyat lagi sanggup membuang anak yang baru dilahirkan itu hidup-hidup. Perbuatan itu dilakukan kerana malu dan juga kerana hendak menyembunyikan perbuatan kotor yang telah dilakukan itu.
Sebagai orang Islam, kita hendaklah mematuhi ajaran dan hukum-hukum yang telah ditetapkan oleh agama Islam, bukan mengingkarinya dan hanya menurut kehendak hawa nafsu tanpa memikirkan buruk perbuatan yang dilakukan. Itulah gunanya akal yang dikurniakan kepada manusia supaya manusia berfikir dan bertindak dengan waras dan betul.
Akhirnya marilah kita sama-sama mengambil iktibar dari gambaran-gambaran yang diperlihatkan dalam peristiwa Israk dan Mikraj itu sebagai panduan dan pembimbing menuju kebaikan dan kesempurnaan, mudah-mudahan kita selamat dari segala bencana dan malapetaka dunia dan selamat dari azab api Neraka.
Firman Allah Subhanahu Wataala dalam Surah Al-Israa' ayat 60 yang tafsirnya :
"Dan ingatlah tatkala Kami wahyukan kepadamu wahai Muhammad, bahawa sesungguhnya Tuhan meliputi akan manusia dengan ilmu-Nya dan kekuasaan-Nya dan tiadalah Kami menjadikan pandangan pada malam Mikraj yang telah Kami perlihatkan kepadamu melainkan sebagai satu ujian bagi manusia dan demikian juga Kami jadikan pokok yang dilaknat di dalam Al-Quran dan Kami beri mereka takut dengan berbagai-bagai amaran, maka semuanya itu tidak menambahkan mereka melainkan dengan kekufuran yang melampau-lampau".
"Maha Suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya (Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam) pada malam hari dari Masjidilharam di Mekah ke Masjidil Aqsa yang Kami berkati sekelilingnya untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda kekuasaan dan kebesaran Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui".
Peristiwa Israk dan Mikraj merupakan antara mukjizat terbesar Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam selepas Al-Quran dan merupakan peristiwa agung dan mulia di mana Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam telah diisrakkan dari Masjidilharam ke Masjidil Aqsa dan dari sana Baginda dimikrajkan ke langit. Seterusnya Baginda telah menyaksikan tanda-tanda kebesaran pemerintahan dan kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Dalam peristiwa Israk tersebut, Baginda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam telah diperlihatkan dengan berbagai-bagai kejadian dan peristiwa aneh yang menunjukkan keadaan perbuatan manusia berserta balasan yang bakal mereka terima. Ini adalah sebagai satu ujian kepada manusia terhadap keimanan dan ketakwaan mereka. Dengan demikian mudah-mudahan akan menambah lagi keimanan dan rasa takut untuk membuat kemungkaran.
Dan sebagaimana lazimnya, pada setiap 27 Rejab, kita akan merayakan sambutan Israk dan Mikraj dengan berbagai-bagai majlis ilmu dan keagamaan. Akan tetapi sejauh manakah penghayatan kita terhadap kisah-kisah yang telah diperlihatkan dalam peristiwa Israk dan Mikraj itu? Adalah tidak bermakna dan tidak bererti jika kita hanya memperingatinya sahaja, sedangkan tidak mengambil iktibar dan tidak membawa kepada perubahan yang positif kepada diri kita. Maka rugilah orang-orang yang mensia-siakan usia dan terus leka dan lalai dalam kehidupan. Sesungguhnya dengan ketaatan dan keimanan kepada Allah Subhanahu Wataala sahajalah yang akan dapat menyelamatkan kita dari kemusnahan baik di dunia mahupun di akhirat.
Di antara hikmah berlakunya Israk dan Mikraj itu, di mana Allah Subhanahu Wataala telah memperlihatkan berbagai-bagai kejadian aneh, tidak lain melainkan untuk menjadi peringatan dan pengajaran kepada manusia supaya membuat perubahan positif dan membina terhadap diri mereka. Sebagai contoh, jika dahulunya mengabaikan dan malas untuk bersembahyang maka setelah menghayati peristiwa ini dan mengambil pelajaran dan iktibar daripadanya, ia akan berubah menjadi rajin menunaikannya. Jika dahulunya makan riba, maka sekarang telah berubah dan tidak akan melakukannya lagi, begitulah seterusnya akan mentaati perintah Allah Subhanahu Wataala dan meninggalkan larangan-Nya, bukan terus-menerus bergelumang dengan dosa dan maksiat dan langsung tidak mahu mendengar teguran dan nasihat, ibarat kata perumpamaan 'masuk telinga kanan, keluar telinga kiri'.
Sesungguhnya banyak kejadian-kejadian yang telah diperlihatkan kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam sewaktu Baginda diisrakkan. Antaranya :
Pertama : Baginda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam telah melihat segolongan manusia yang memukul-mukul kepalanya sendiri sehingga hancur luluh, akan tetapi sekejap kemudian kepala itu kembali seperti asalnya. Perbuatan itu dilakukan berulang-ulang kali, begitulah keadaannya berterusan. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bertanya kepada Jibril Alaihissalam,'Siapakah mereka itu?' Jibril menjawab : 'Mereka adalah sebagai gambaran golongan umat tuan yang suka melalaikan waktu sembahyang sehingga habis waktunya'.
Kita umat Islam wajib mengerjakan sembahyang fardu lima waktu sehari semalam serta menjaga waktunya. Tetapi apa yang berlaku, terdapat sebilangan orang yang masih lalai untuk melaksanakan ataupun melambatkan sembahyangnya sehingga luput waktunya dengan alasan sibuk dengan urusan kerja, keluarga dan sebagainya. Sesungguhnya jika ia seorang yang beriman, ia akan menjaga sembahyangnya dengan sempurna baik dari perlaksanaannya mahupun waktunya. Firman Allah Subhanahu Wataala dalam Surah Al-Maun ayat 4-5 yang tafsirnya :
"Maka kecelakaan besar bagi orang-orang ahli sembahyang iaitu mereka yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan sembahyangnya".
Kedua : Baginda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam telah melihat segolongan manusia yang masing-masing menghadapi dua bekas, bekas yang satu berisi daging yang sudah masak dan yang satu lagi berisi daging yang mentah. Tetapi yang anehnya, mereka memilih untuk makan daging yang mentah. Lalu Baginda pun bertanya kepada Jibril Alaihissalam : 'Siapakah mereka itu?' Jibril menjawab: 'Mereka adalah gambaran di antara umat tuan yang suka berzina. Mereka sebenarnya masih suka melepaskan nafsu syahwatnya dengan perempuan lain walaupun mereka telah beristeri. Begitulah pula halnya dengan perempuan yang telah bersuami secara sah, akan tetapi mereka juga melakukan zina dengan lelaki lain yang bukan suaminya'.
Sesungguhnya Allah Subhanahu Wataala telah mengingatkan hamba-hamba-Nya untuk tidak mendekati perbuatan zina sebagaimana firman-Nya dalam Surah Al-Israa' ayat 32 yang tafsirnya :
"Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat yang membawa kerosakan".
Zina adalah perbuatan keji dan hina yang merosakkan diri akhlak keturunan dan masyarakat.
Di antara keburukan zina ialah keruntuhan moral dan akhlak, melahirkan anak haram yang akibatnya seseorang itu boleh bertindak di luar batasan dan di luar naluri seorang manusia seperti berusaha untuk menggugurkan anak dalam kandungan dan lebih dahsyat lagi sanggup membuang anak yang baru dilahirkan itu hidup-hidup. Perbuatan itu dilakukan kerana malu dan juga kerana hendak menyembunyikan perbuatan kotor yang telah dilakukan itu.
Sebagai orang Islam, kita hendaklah mematuhi ajaran dan hukum-hukum yang telah ditetapkan oleh agama Islam, bukan mengingkarinya dan hanya menurut kehendak hawa nafsu tanpa memikirkan buruk perbuatan yang dilakukan. Itulah gunanya akal yang dikurniakan kepada manusia supaya manusia berfikir dan bertindak dengan waras dan betul.
Akhirnya marilah kita sama-sama mengambil iktibar dari gambaran-gambaran yang diperlihatkan dalam peristiwa Israk dan Mikraj itu sebagai panduan dan pembimbing menuju kebaikan dan kesempurnaan, mudah-mudahan kita selamat dari segala bencana dan malapetaka dunia dan selamat dari azab api Neraka.
Firman Allah Subhanahu Wataala dalam Surah Al-Israa' ayat 60 yang tafsirnya :
"Dan ingatlah tatkala Kami wahyukan kepadamu wahai Muhammad, bahawa sesungguhnya Tuhan meliputi akan manusia dengan ilmu-Nya dan kekuasaan-Nya dan tiadalah Kami menjadikan pandangan pada malam Mikraj yang telah Kami perlihatkan kepadamu melainkan sebagai satu ujian bagi manusia dan demikian juga Kami jadikan pokok yang dilaknat di dalam Al-Quran dan Kami beri mereka takut dengan berbagai-bagai amaran, maka semuanya itu tidak menambahkan mereka melainkan dengan kekufuran yang melampau-lampau".
PERISTIWA ISRAK DAN MIKRAJ
Bin Khalid
(Gambar Hiasan, semasa lawatan kami ke Masjid di Geneva)
PERISTIWA ISRAK DAN MIKRAJ
Salam sejahtera dan salam bahagia.
Sabtu- 10hb Julai 2010- Negara Brunei Darussalam merayakan Sambutan Israk dan Mikraj.
Israk dan Mikraj adalah merupakan peringatan kepada umat Islam.
Menurut beberapa riwayat mengenai peristiwa Israk dan Mikraj seperti yang disebut oleh Ibnu Hajar al- Haithami dalam kitabnya az-Zawajir juzuk 2 halaman 41, dalam perjalanan itu juga Baginda Rasulullah s.a.w menghadapi gangguan jin “Afrit dengan api obor dan dapat menyaksikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib.
Antaranya :
Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. Apabila dituai, hasil ( buah ) yang baru, keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang Rasulullah s.a.w diberitahu oleh Jibril.
Itulah kaum yang berjihad “Fisabilillah” yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.
Tempat yang berbau harum Rasulullah s.a.w diberitahu oleh Jibril. Itulah bau kubur Masyitah ( tukang sikat rambut anak Firaun ) bersama suaminya dan anak-anaknya. ( termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya ) yang dibunuh oleh Firaun kerana tetap teguh beriman kepada Allah ( tak mahu mengakui Firaun sebagai Tuhan ).
Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipercahkan, kepala mereka sembuh kembali. Lalu dipercahkan pula tanpa henti. Demikian dilakukan berkali-kali.
Jibril memberitahu Rasulullah . Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud ( sembahyang ).
Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan.
Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahanam. Kata Jibril. Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.
Satu kaum lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada disisi mereka. Kata Jibril, Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri/suami.
Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibril itulah orang yang makan riba.
Lelaki yang menghimpun sekumpulan kayu dan dia tak terdaya memikulnya tapi terdaya memikulnya tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibril . Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.
Satu kaum yang sedang mengunting lidah dan bibir mereka dengan mengunting besi berkali-kali . Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibril : Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.
Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibril : Itulah orang yang memakan daging manusia ( mengumpat ) dan menjatuhkan maruah ( mencela, menghinakan ) orang.
Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubung itu. Kata Jibril : Itulah orang yang bercakap besar ( takbur ) Kemudian menyesal tapi sudah terlambat.
Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya . Kata Jibril : Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia dariapada akhirat.
Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah tidak menghiraukannya. Kata Jibril ; Itulah orang yang mensiakan umurnya sampai ke tua.
Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibril : Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.
Setibanya di Masjid Al Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan semua para Nabi dan Rasul menjadi makmum.
Rasulullah s.a.w terasa dahaga, lalu dibawa Jibril dua bejana yang berisi arak dan susu . Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail, Baginda membuat pilihan yang betul . Jika arak itu dipilih nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.
Selepas menyaksikan pelbagai panorama, akhirnya sampailah mereka di Baitul Maqdis.
Di sana telah menanti satu jemaah para Nabi terdahulu. Nabi Muhammad s.a.w solat tahiyatul masjid dan Jibril menyuruh Nabi mengimai solat bersama barisan Nabi terdahulu.
Kemudian Nabi dihidangkan dengan tiga gelas minuman berisi susu, arak dan madu. Nabi memilih gelas berisi susu, minuman fitrah manusia.
Selesai upacara Israk, sampai ketika Nabi Muhammad di Mikrajkan. Sejenis tangga yang canggih seakan escalator membawa Nabi ke angkasa. Maka bermulakan episode mikraj dari langit pertama hingga ke tujuh dan kemudianya ke Sidaratul Muntaha.
Setiap kali melalui lapisan langit, Jibril memberi salam dan sebaik malaikat penjaga langit membuka pintu. Nabi Muhammad s.a.w diperkenalkan dengan Nabi yang sedia menunggu di situ. Kesemua Nabi mendoakan kesejahteraan ke atas Nabi Muhammad s.a.w.
Di langit pertama, Baginda berjumpa Nabi Adam a.s bapa segala manusia.
Di langit kedua berjumpa dengan Nabi Isa dan Yahya a.s.
Di langit ketiga berjumpa dengan Nabi Yusof a.s
Di-langit keempat berjumpa dengan Nabi Idris a.s
Di-langit kelima berjumpa dengan Nabi Harun a.s
Di langit keenam berjumpa dengan Nabi Musa a.s.
Di langit ke tujuh berjumpa dengan Nabi Ibrahim a.s
Setelah digambarkan kepada Baginda beberapa keadaan ketika dimikrajkan ( satu kelebihan diberikan kepadanya ) . beberapa peristiwa ngeri khususnya terjadi kepada golongan wanita yang dikatakan penghuni neraka yang paling ramai berdasarkan satu riwayat hadis.
Perkara itu berlaku kepada Baginda yang diperlihatkan keadaan golongan wanita ahli neraka yang digantung dengan rambutnya , otak mendidih, nanah dan darah keluar daripada rongga terbuka dengan baunya yang cukup hanyir.
Ada wanita yang digantung dengan lidahnya kemudian dituangkan air yang mendidik dari api neraka ke dalam rongganya.
Daripada fenomena peristiwa yang berlaku antara Nabi dan Jibril dalam isu Israk dan Mikraj sepanjang perjalanan yang digambarkan kepada Rasulullah s.a,w adalah untuk jadi bahan renungan sepanjang zamanm terutamanya umat hari ini yang semakin hilang keyakinan diri kepada Allah selaku Pencipta.
Salam sejahtera dan salam bahagia.
Sabtu- 10hb Julai 2010- Negara Brunei Darussalam merayakan Sambutan Israk dan Mikraj.
Israk dan Mikraj adalah merupakan peringatan kepada umat Islam.
Menurut beberapa riwayat mengenai peristiwa Israk dan Mikraj seperti yang disebut oleh Ibnu Hajar al- Haithami dalam kitabnya az-Zawajir juzuk 2 halaman 41, dalam perjalanan itu juga Baginda Rasulullah s.a.w menghadapi gangguan jin “Afrit dengan api obor dan dapat menyaksikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib.
Antaranya :
Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. Apabila dituai, hasil ( buah ) yang baru, keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang Rasulullah s.a.w diberitahu oleh Jibril.
Itulah kaum yang berjihad “Fisabilillah” yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.
Tempat yang berbau harum Rasulullah s.a.w diberitahu oleh Jibril. Itulah bau kubur Masyitah ( tukang sikat rambut anak Firaun ) bersama suaminya dan anak-anaknya. ( termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya ) yang dibunuh oleh Firaun kerana tetap teguh beriman kepada Allah ( tak mahu mengakui Firaun sebagai Tuhan ).
Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipercahkan, kepala mereka sembuh kembali. Lalu dipercahkan pula tanpa henti. Demikian dilakukan berkali-kali.
Jibril memberitahu Rasulullah . Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud ( sembahyang ).
Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan.
Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahanam. Kata Jibril. Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.
Satu kaum lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada disisi mereka. Kata Jibril, Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri/suami.
Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibril itulah orang yang makan riba.
Lelaki yang menghimpun sekumpulan kayu dan dia tak terdaya memikulnya tapi terdaya memikulnya tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibril . Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.
Satu kaum yang sedang mengunting lidah dan bibir mereka dengan mengunting besi berkali-kali . Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibril : Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.
Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibril : Itulah orang yang memakan daging manusia ( mengumpat ) dan menjatuhkan maruah ( mencela, menghinakan ) orang.
Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubung itu. Kata Jibril : Itulah orang yang bercakap besar ( takbur ) Kemudian menyesal tapi sudah terlambat.
Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya . Kata Jibril : Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia dariapada akhirat.
Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah tidak menghiraukannya. Kata Jibril ; Itulah orang yang mensiakan umurnya sampai ke tua.
Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibril : Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.
Setibanya di Masjid Al Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan semua para Nabi dan Rasul menjadi makmum.
Rasulullah s.a.w terasa dahaga, lalu dibawa Jibril dua bejana yang berisi arak dan susu . Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail, Baginda membuat pilihan yang betul . Jika arak itu dipilih nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.
Selepas menyaksikan pelbagai panorama, akhirnya sampailah mereka di Baitul Maqdis.
Di sana telah menanti satu jemaah para Nabi terdahulu. Nabi Muhammad s.a.w solat tahiyatul masjid dan Jibril menyuruh Nabi mengimai solat bersama barisan Nabi terdahulu.
Kemudian Nabi dihidangkan dengan tiga gelas minuman berisi susu, arak dan madu. Nabi memilih gelas berisi susu, minuman fitrah manusia.
Selesai upacara Israk, sampai ketika Nabi Muhammad di Mikrajkan. Sejenis tangga yang canggih seakan escalator membawa Nabi ke angkasa. Maka bermulakan episode mikraj dari langit pertama hingga ke tujuh dan kemudianya ke Sidaratul Muntaha.
Setiap kali melalui lapisan langit, Jibril memberi salam dan sebaik malaikat penjaga langit membuka pintu. Nabi Muhammad s.a.w diperkenalkan dengan Nabi yang sedia menunggu di situ. Kesemua Nabi mendoakan kesejahteraan ke atas Nabi Muhammad s.a.w.
Di langit pertama, Baginda berjumpa Nabi Adam a.s bapa segala manusia.
Di langit kedua berjumpa dengan Nabi Isa dan Yahya a.s.
Di langit ketiga berjumpa dengan Nabi Yusof a.s
Di-langit keempat berjumpa dengan Nabi Idris a.s
Di-langit kelima berjumpa dengan Nabi Harun a.s
Di langit keenam berjumpa dengan Nabi Musa a.s.
Di langit ke tujuh berjumpa dengan Nabi Ibrahim a.s
Setelah digambarkan kepada Baginda beberapa keadaan ketika dimikrajkan ( satu kelebihan diberikan kepadanya ) . beberapa peristiwa ngeri khususnya terjadi kepada golongan wanita yang dikatakan penghuni neraka yang paling ramai berdasarkan satu riwayat hadis.
Perkara itu berlaku kepada Baginda yang diperlihatkan keadaan golongan wanita ahli neraka yang digantung dengan rambutnya , otak mendidih, nanah dan darah keluar daripada rongga terbuka dengan baunya yang cukup hanyir.
Ada wanita yang digantung dengan lidahnya kemudian dituangkan air yang mendidik dari api neraka ke dalam rongganya.
Daripada fenomena peristiwa yang berlaku antara Nabi dan Jibril dalam isu Israk dan Mikraj sepanjang perjalanan yang digambarkan kepada Rasulullah s.a,w adalah untuk jadi bahan renungan sepanjang zamanm terutamanya umat hari ini yang semakin hilang keyakinan diri kepada Allah selaku Pencipta.
(Gambar Hiasan, Masjid di Geneva)
Salam bahagia dan salam sejahtera sekali lagi di hari yang mulia ini.
Seperti lazimnya, dihari Israk dan Mekraj ini, Ana mengambil sedikit ruang untuk sama sama kitani bertazkirah.
Tajuk yang Ana pilih pada ruang ini ialah “Petua Jika Awda Kesempitan Rezeki”.
Sekiranya awda sekarang berada di dalam keadaan terdesak, ditimpa kesusahan, memerlukan wang untuk sesuatu perkara mustahak, maka ikutilah petua Rasulullah s.a.w.
Didalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Huzaifah r.a , apabila Rasulullah s.a.w mengalami kesulitan, Baginda akan segera mengerjakan solat . Solat yang dimaksudkan ialah solat sunat.
Ini selaras dalam firman Allah swt di dalam Surah Al Baqarah ayat 45, “Dan Mintalah pertolongan ( Kepada Allah ) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali orang-orang yang khusyuk “.
Di dalam riwayat yang lain di ceritakan oleh Abdullah bin Salam r.a ketika Rasulullah s.a.w mengalami kesempitan rezeki, Baginda memerintahkan mereka mendirikan solat dan membaca ayat 132 Surah Taha.
Firman Allah swt di dalam ayat berkenaan : ‘Dan perintahkanlah keluargamu dan umatmu mengerjakan sembahyang dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepada mu ( bahkan ) kamilah yang memberi rezeki kepada mu ( ingatlah ) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa.’.
Seperti lazimnya, dihari Israk dan Mekraj ini, Ana mengambil sedikit ruang untuk sama sama kitani bertazkirah.
Tajuk yang Ana pilih pada ruang ini ialah “Petua Jika Awda Kesempitan Rezeki”.
Sekiranya awda sekarang berada di dalam keadaan terdesak, ditimpa kesusahan, memerlukan wang untuk sesuatu perkara mustahak, maka ikutilah petua Rasulullah s.a.w.
Didalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Huzaifah r.a , apabila Rasulullah s.a.w mengalami kesulitan, Baginda akan segera mengerjakan solat . Solat yang dimaksudkan ialah solat sunat.
Ini selaras dalam firman Allah swt di dalam Surah Al Baqarah ayat 45, “Dan Mintalah pertolongan ( Kepada Allah ) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali orang-orang yang khusyuk “.
Di dalam riwayat yang lain di ceritakan oleh Abdullah bin Salam r.a ketika Rasulullah s.a.w mengalami kesempitan rezeki, Baginda memerintahkan mereka mendirikan solat dan membaca ayat 132 Surah Taha.
Firman Allah swt di dalam ayat berkenaan : ‘Dan perintahkanlah keluargamu dan umatmu mengerjakan sembahyang dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepada mu ( bahkan ) kamilah yang memberi rezeki kepada mu ( ingatlah ) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa.’.
AwangMinyakAtarKebia.
Pengajaran peristiwa Israk dan Mikraj
PERISTIWA Israk dan Mikraj merupakan perjalanan dan mukjizat agung yang dikurniakan oleh Allah kepada manusia yang paling layak dan teragung, Rasulullah SAW.
Dalam perjalanan tersebut diperlihatkan kepada Baginda SAW pelbagai gambaran dan pemandangan dari alam penuh rahsia yang kesemuanya itu mengandungi pelbagai hikmah dan hakikat yang akhirnya bersangkut paut dengan apa yang berlaku di alam zahir ini dari urusan dan kehidupan para hamba.
Peristiwa Israk dan Mikraj penting untuk dihayati terutamanya manusia zaman kini yang semakin jauh dari dapat menyelami hikmah-hikmah Ilahi. Sesungguhnya Israk dan Mikraj menyimpan pelbagai rahsia dan membongkar pelbagai pengajaran, peringatan dan kelebihan terutamanya kedudukan Rasulullah SAW yang istimewa di sisi-Nya.
Pengajaran Tentang Solat
Antara pengajaran terpenting yang diperolehi daripada perjalanan Israk dan Mikraj ialah tentang solat. Di antara kefarduan solat dan mukjizat Israk dan Mikraj, terdapat hubung kait yang begitu mendalam dan erat, sehingga munasabahlah dinamakan solat itu sebagai al Mikraj al Ruhi.
Apabila Mikraj Nabi kita SAW dengan jasad dan rohnya ke langit sebagai suatu mukjizat, maka Allah SWT menjadikan bagi umat Muhammad SAW Mikraj Roh pada setiap hari sebanyak lima kali. Di mana roh dan hati mereka pergi menemui Allah bagi memastikan mereka bebas dari kekangan hawa nafsu dan menyaksikan keagungan Allah, kekuasaan serta keesaan-Nya, sehingga mereka menjadi orang yang mulia di atas permukaan bumi ini.
Kemuliaan yang diperolehi bukan dengan jalan penindasan, kekuatan dan kemenangan, tetapi dengan jalan kebaikan dan ketinggian, jalan kesucian dan kemuliaan serta jalan solat.
Tidaklah solat itu sekadar robot atau pergerakan alat-alat yang tidak mempunyai makna, tetapi ia adalah sebuah madrasah yang mendidik kaum mukminin atas semulia-mulia makna kebaikan, kecintaan dan kemuliaan dalam menempuh kesesakan hidup, hiruk-pikuk dan kejahatannya.
Solat merupakan sebesar-besar amalan dalam Islam. Sesiapa yang memeliharanya, maka dia akan memperolehi kebahagiaan dan keuntungan. Sesiapa yang meninggalkannya, maka dia akan memperolehi kecelakaan dan kerugian.
Allah SWT telah memfardukan solat ke atas hamba-hamba-Nya yang beriman supaya ia menjadi penghubung dengan hadrat-Nya, peringatan tentang keagungan-Nya dan tanda kesyukuran hamba-Nya atas nikmat yang dicurahkan-Nya.
Ia merupakan asas bagi mencapai kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan akhirat. Sabda Rasulullah SAW: "Amalan pertama yang dihisab bagi hamba pada hari kiamat adalah solat. Sekiranya solatnya itu baik, maka baiklah segala amalannya. Sekiranya solatnya itu rosak, maka rosaklah segala amalannya yang lain". (Diriwayatkan oleh al Tabrani di dalam al Awsot juga disebut di dalam Majma' al Zawaid (1/291)).
Tidak menjadi suatu perkara yang pelik apabila solat dijadikan sebagai kepala amalan. Sesungguhnya dengan melazimkan diri menunaikan solat secara sempurna dengan khusyuk dan khudhu' kepada Allah, akan menanam di dalam jiwa sifat muraqabah kepada-Nya.
Sesiapa yang telah mencapai muraqabatullah, akan berasa takut kepada-Nya, bertakwa kepada-Nya, menunaikan perkara yang menjurus kepada keredaan-Nya, berkata benar apabila berbicara, menunaikan janji apabila berjanji, menunaikan amanah, bersabar ketika ditimpa kecelakaan dan bersyukur dengan nikmat-Nya.
Firman Allah SWT dalam surah al-Maarij ayat 19 hingga 23: Sesungguhnya manusia itu dijadikan bertabiat resah gelisah (lagi bakhil kedekut). Apabila dia ditimpa kesusahan, dia sangat resah gelisah. Dan apabila dia beroleh kesenangan, dia sangat bakhil kedekut; kecuali orang-orang yang mengerjakan solat. Iaitu mereka yang tetap mengerjakan solatnya.
Seorang hamba yang memelihara solatnya dengan sempurna, tidak akan terleka daripada muraqabatullah dalam kesibukan dan urusan sehariannya. Sesungguhnya sesiapa yang memelihara solatnya dengan menunaikannya dengan khusyuk, akan diampunkan dosanya dan dikasihi oleh Tuhannya.
Sabda Rasulullah SAW: "Sesungguhnya setiap solat itu menghapuskan kesalahan yang dilakukan di hadapannya". (riwayat Imam Ahmad dan al Tabrani).
Sabda Baginda SAW lagi: "Sesiapa mengetahui bahawa solat itu adalah hak yang wajib, maka dia masuk syurga". Diriwayatkan oleh Imam Ahmad, al Baihaqi dan al Hakim).
Sesiapa yang tidak memelihara solatnya, maka dia diharamkan di dunia daripada memperolehi nikmat keberkatan, taufik dan kebaikan serta akan diazab selepas kematiannya dengan dihentakkan kepalanya ke batu.
Setiap kali kepalanya itu pecah, akan dikembalikan seperti keadaan asalnya. Dia juga akan datang pada hari kiamat tanpa cahaya, petunjuk keimanan dan diharamkan terselamat dari azab, kehinaan dan kerendahan.
Wahai kaum Muslimin! Bertakwalah kalian kepada Allah dan peliharalah solat serta tunaikanlah kerana Allah pada waktunya dengan khusyuk. Tiada yang menghalang kalian untuk menunaikannya walaupun disebabkan kesejukan dan juga pekerjaan.
Bermujahadahlah sehingga kalian tidak mengabaikan menunaikan solat Subuh pada waktunya tatkala kalian berseronok menikmati kelazatan tidur dan ketika malas. Begitu juga bermujahadahlah sehingga kalian tidak lalai menunaikan solat Asar kerana terlalu sibuk mendahulukan pekerjaan.
Berhati-hatilah kalian agar harta, perniagaan, kemegahan, takhta, pemerintahan dan kementerian tidak menyibukkan kalian dari menunaikan solat.
Jadilah kalian dari kalangan mereka yang tergolong dalam firman Allah SWT yang maksud-Nya: (Ibadat itu dikerjakan oleh) orang-orang yang kuat imannya yang tidak dilalaikan oleh perniagaan atau berjual-beli daripada menyebut serta mengingati Allah, dan mendirikan solat serta memberi zakat; mereka takutkan hari (Kiamat) yang padanya berbalik-balik hati dan pandangan. (Mereka mengerjakan semuanya itu) supaya Allah membalas mereka dengan sebaik-baik balasan bagi apa yang mereka kerjakan, dan menambahi mereka lagi dari limpah kurnia-Nya; dan sememangnya Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya dengan tidak terhitung. (al-Nur: 37 dan 38)
Daripada Abdullah ibn Amru berkata, pada suatu hari, Nabi SAW menyebut tentang solat dengan sabdanya: "Sesiapa yang memelihara solat maka baginya cahaya, petunjuk dan kejayaan pada hari kiamat. Sesiapa yang tidak memeliharanya, maka tiada baginya cahaya, petunjuk dan kejayaan. Pada hari kiamat, dia akan bersama Qarun, Firaun, Haaman dan Ubai ibn Khalaf". (riwayat al Tabrani dan Ibnu Hibban)
Daripada Abi Hurairah r.a berkata, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Apakah pandangan kalian, jika ada sebatang sungai di pintu rumah salah seorang dari kalian, dia mandi di dalam sungai tersebut pada setiap hari sebanyak lima kali. Adakah masih ada suatu kotoran yang tinggal pada badannya?" Sahabat menjawab, "Tidak ada suatu kotoran pun yang tinggal". Sabda Baginda SAW, "Begitu jugalah perumpamaannya dengan solat lima waktu yang dengannya Allah menghapuskan kesalahan-kesalahan. (riwayat al Bukhari dan Muslim)
Banyak lagi pengajaran yang terdapat dalam peristiwa Israk dan Mikraj terutamanya beberapa keistimewaan yang dikurniakan kepada Rasulullah SAW bagi menunjukkan kepada kita tentang ketinggian martabat Baginda SAW.
Semoga kita digolongkan di kalangan orang-orang yang celik mata hati sehingga kita dapat menghayati hikmah dan pengajaran di sebalik peristiwa agung, Israk dan Mikraj.
Penghayatan Israk dan Mikraj timbulkan keinsafan
PERISTIWA Israk Mikraj berlaku pada malam 27 Rejab, tahun ke-11 daripada kerasulan Nabi Muhammad SAW. Dua peristiwa yang amat besar dan luar biasa yang dialami oleh Rasulullah SAW dianggap sebagai satu penganugerahan yang tinggi nilainya dari segi kerohanian. Kedua-dua peristiwa itu adalah kurnia Allah kepada Baginda untuk memperlihatkan tanda keagungan dan kekuasaan-Nya. Peristiwa itu mengandungi banyak pengajaran yang perlu dijadikan teladan oleh umat Islam bagi menimbulkan keinsafan dalam diri mereka. Antaranya:Kuasa Allah tidak terbatas dan Dia boleh melakukan apa saja yang dikehendaki-Nya seperti membawa Rasulullah SAW dari kota Makkah ke Baitulmaqdis serta dibawa menghadap ke hadrat-Nya di Sidratil Muntaha dalam tempoh singkat iaitu satu malam.Perkara itu kerana apabila Rasulullah menceritakan peristiwa ini kepada masyarakat umum di Makkah, mereka mentertawakan Baginda. Hanya Saidina Abu Bakar mempercayai kata-kata Rasulullah SAW dan beliau diberi gelaran As-Siddiq yang bermaksud orang yang benar.Sebelum Rasulullah SAW diIsrakkan, Baginda menjalani suatu ‘pembedahan’ untuk membersihkan hati serta dimasukkan unsur rohani, iman dan hikmat.Ini menunjukkan bahawa pada peringkat pertama untuk bertemu Allah, kita perlu membersihkan diri dan jiwa daripada pelbagai sifat buruk serta menanamkan sifat baik dan ihsan dalam diri. Dengan jiwa tenang, penuh keimanan dan ketakwaan, kita akan beroleh kemudahan untuk bertemu dan menghadap Allah.Pelbagai peristiwa yang dilihat dan dialami Rasulullah SAW ketika Israk bersama malaikat Jibril memberikan gambaran menyeluruh perihal manusia di bumi ini dalam menjalani kehidupan sebagai khalifah Allah. Ada yang melakukan kebajikan, sementara yang lain kekal dalam kemaksiatan.Manusia akan diadili berdasarkan amalan mereka dan menerima balasan yang setimpal daripada Allah berpandukan kepada apa dikerjakan.Allah juga menunjukkan kepada Rasulullah SAW serta umatnya iman dan akidah teguh adalah asas kepada sifat keIslaman sejati dan akan diberi balasan baik oleh-Nya.Rasulullah SAW memilih susu berbanding arak yang ditawarkan oleh Jibril.Ini jelas menunjukkan bahawa susu adalah minuman berkhasiat. Arak pula tidak disukai Baginda dan Allah kerana memabukkan dan akan menyesatkan umat Islam daripada mengingati Allah.Beberapa tempat disinggahi Rasulullah SAW untuk mengerjakan solat seperti Madinah, Bukit Tursina dan Masjidil Aqsa adalah tempat yang terpilih dan mulia. Oleh itu, jika kita berkesempatan untuk berkunjung ke sana, adalah sunat untuk mengerjakan solat di tempat itu.Allah Maha Pengampun lagi Maha Mendengar. Bermula daripada perintah umat Islam diwajibkan mengerjakan solat 50 kali sehari semalam, atas permohonan Rasulullah SAW sebagai kekasih-Nya berulang kali (sebanyak sembilan kali), Allah mengurangkannya kepada lima kali saja sehari semalam seperti yang kita kerjakan hari ini.Surah Al-Fatihah dan ayat Kursi adalah ayat suci al-Quran banyak keberkatannya sekiranya dibaca dan diamalkan dalam kehidupan seharian. Hal ini kerana surah ini dinyatakan dengan jelas oleh Allah kepada Rasulullah SAW ketika mengadap-Nya.Kejadian yang berlaku perlu diperhalusi oleh umat Islam bagi memantapkan akidah dan keimanan kita.Isra dan Mikraj hanya kisah dongeng
Assalamualaikum setelah Abu Talib dan Khadijah yang menjadi pelindung wafat kedudukan Rasulullah saw di Mekah semangkin terdesak dengan gangguan berterusan oleh pihak Kuraisy. Dalam kesedihan yang amat sangat, suatu malam pada tahun 621M ketika Rasulullah berada di rumah saudara sepupunya, Hindun Abu Talib, Baginda telah didatangi oleh Jibrail dengan diiringi Israfil lalu diISRAkan menaiki Buraq dari Masjidil-Haram ke Madinah, Bukit Tursina, Baitul-laham dan berakhir di Masjidil-Aqsa. Daripada Masjidil-Aqsa Rasulullah diMIKRAJkan ke langit dengan menaiki tangga yang diturunkan daripada Syurga ke Baitul-Makmur (betul-betul di atas Baitullah, Mekah), Sidratul-Muntaha, Mustawa, Sharirul-Aqlam, Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab bertemu dan berdailog dengan ALLAH swt.
Dalam MIKRAJ Rasulullah telah ditunjukan dengan berbagai peristiwa antaranya :
1. Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.
2. Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).
3. Perempuan yang digantung dengan rambut dan otak di kepalanya mendidih. Mereka adalah perempuan yang tidak mahu melindungi rambutnya daripada dilihat lelaki lain.
Di Arsy, Allah swt telah memerintahkan umat Rasulullah untuk solat 50 kali sehari. Setelah berjumpa Nabi Musa, Rasulullah turun naik beberapa kali bertemu Allah swt untuk memohon mengurangkan jumlah solat sehingga berakhir dengan ketentuan solat 5 kali sehari. Rasulullah S. A. W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama.
Mungkinkah Isra dan Mikraj ini hanya kisah dongeng untuk sebahagian besar umat Islam. Kenapa tidak walaupun berbagai peringatan telah diberi tetapi umat Islam ramai yang tidak solat, tidak menutup rambut dan berzina sehingga berlaku kes buang bayi yang tidak terkawal tanpa rasa takut. Sedihnya apabila dengar komen seorang wanita “Saya belum bersedia pakai jilbab, insyallah saya akan pakai bila terbuka hati”.
Adakah Isra dan Mikraj hanya kisah dongeng untuk mereka ini?
Firman Allah S. W. T. : “Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.”(Surah Al-Israa’: Ayat 1)
kisah israk mikraj nabi muhammad saw, |
Perjalanan Rahasia : The Secret Journey
(ditulis oleh: Ahnaf H.)
Perjalanan ini terjadi pada tahun ke 11 dari Kenabian, satu Tahun sebelum Hijrah. Perjalanan ini kemudian dikenal dengan Israk Mikraj. Seperti tersebut dalam Alquran juz 15 surat Bani Israil, di awali dengan kata " Subhana ",yang berarti Maha Suci. Mengapa sebagai perjalanan rahasia, apakah karena peristiwa tersebut terjadi pada malam hari ketika semua orang terlelap tidur, sepi, atau karena Nabi dilarang untuk mempublikasikan perjalanan tersebut kepada keluarga dan ummatnya?.
Sebentar kita simak surat Bani Israil ayat 1 itu : " Subhana lladzi asra bi`abdihi lailam_minal masjid haram ilal Masjidil Aqsa alladzi baarokna haulahu li nuriyahu min ayatina. Innahu huwassamiun Basyir. " Artinya, seperti dikutip dari Buku Tafsir kurang lebih: " Maha suci Allah yang telah memperjalankan hambanya pada suatu malam dari masjid haram ke masjid aqsa, yang sekelilingnya kami berkahi sebagai bagian dari tanda kekuasaan kami. Sesungguhnya Dia Maha mendengar lagi maha Mengetahui.
Allah memerintah Nabi Muhammad melakukan perjalanan rahasia untuk memperkuat legitimasi kenabian dan kerasulannya. Bukan cuma itu ada suatu perintah yang akan Allah berikan dan kemudian disampaikan kepada ummatnya untuk dipatuhi dan dijalankan. Apakah perintah itu, tentu saja Sholat 5 waktu. Sholat sebagai ritual khusus kaum muslim dan hanya untuk Allah ditujukannya, Allah yang memberi pahalanya. Sebelum perintah sholat 5 waktu yang dibawa sebagai oleh-oleh dari miraj ke sidratil Muntaha , memang sudah ada perintah sholat, hanya waktunya terbatas, belum spesifik : Subuh Dhuhur, asar Maghrib isya.
Mengenai teknis perjalanan Rahasia, Allah menugasi Malaikat Jibril. Dia: tampil sebagai sosok yang cerdas dan kuat, secara fisik dan mental, dialah yang mendampingi Nabi Muhammad. Oleh karena Nabi itu manusia biasa, yang juga memiliki keterbatasan fisik dan mental, dan belum pernah mengadakan perjalanan spektakular jauh untuk ukuran manusia, (sebab perjalanan seperti ini bagi para malaikat adalah biasa) dengan mengendarai binatang yang berjalan secepat cahaya, maka Jibril melakukan sterilisasi terhadap isi dada Nabi (jantung dan hati) dari kotoran yang materil atau immateri, yang penjelasan logis nya mungkin sulit dijelaskan, sebab maksudnya untuk mensucikan dan menguatkan. Menguatkan dari apa, karena akan ada visualisasi yang dilihat selama perjalanan tersebut. Contoh sederhana, seandainya kita ketika mengadakan perjalanan dengan kendaraan tiba-tiba melihat ada Kecelakaan lalulintas, korbannya tewas mengenaskan, apakah kita cukup kuat menyaksikan. Atau kendaraan kita melewati pasar buah yang segar ; apakah kita cukup kuat untuk tidak tergoda ingin membeli mencicipi. Dan yang lebih penting adalah: apakah Nabi akan kuat menghadap Allah, yang divisualisasikan dengan pancaran cahaya-cahaya warna warni yang indah indah, dimana tempat itu di sebut sebagai Sidratil Muntaha . di Mustawa. Ternyata memang beliau cukup kuat, sebab sudah dilakukan prosesi pembersihan dan pengisian kekuatan iman, oleh Malaikat Jibril tadi.
Kembali ke perjalanan Rahasia, bahwa terjadi selisih pendapat diantara Mufassirin tentang apakah ketika isra mikraj itu ruh nya Nabi saja atau dengan jasadnya, biarlah itu menjadi perbedaan yang tak perlu dijadikan polemik, sebab memang ada ruang untuk berbeda itu disebabkan pemaknaan kata perkata dalam bahasa Arab, atau tutur bebrapa oranng sahabat nabi atau versi Aisyah dari keluarga, yang mengatakan tidak menyaksikan ada gerakan fisik Nabi pada waktu malam itu, kalau beliau tidur atau tafakkur (meditasi) di Masjid itu memang beliau lakukan. Maka dengan adanya perbedaan pemahaman ini justeru membuat kejelasan bahwa " perjalanan isra Mikraj " adalah perjalanan rahasia, maksudnya, menjadi rahasia Allah, sehingga sulit diterima akal pada zaman itu dan juga hingga kini. Untung nya zaman kini sudah ada teknologi penerbangan atau pesawat jet, atau ilmu astronomi, sehingga membantu akal kita menerima yang tak mungkin menjadi mungkin.
Mengenai binatang Buraq, sidratil muntaha , surga, itu juga menjadi rahasia Allah, sebab itu perkara Ghaib, tapi Nabi menyaksikan dan merasakan dengan sadar secara fisik dengan mata kepalanya.
Sebagai umat islam, jangan sesekali menuduh Nabi Muhammad itu tukang dongeng, atau dia berhalusinasi, atau dia sekedar melihat bintang bertaburan di langit malam gurun sahara,yang dihiasi dengan kilapan meteor jatuh, yang terbakar di atmosfir bumi tampak lenyap di horison.
Yang perlu digaris bawahi adalah Nabi menceritakan itu semua benar-benar terjadi. Jika tidak benar terjadi tidak lah mungkin Ada gelar "Ash shiddiq" buat Abu Bakar, (orang pertama yang percaya) terjadinya Wisata Spiritual: sebagaimana pendapat Abdul Munir Mulkhan (dosen UIN Sunan Kalijaga Yogyakarta).
Bahkan ada riwayat yang mengatakan adanya saksi dari orang Kafir Mekkah, yang sedang berdagang yang mendengar suara Nabi, ketika sudah berada di Palestina:
" Hei..., itu seperti suaranya Muhammad ya, ya, jawab yang lain. Ngapain dia di sini ? "
Oleh karena itu jika ummat islam ingin melihat pancaran cahaya warna warni Allah di akherat dan masuk surga, maka kerjakan sholat 5 waktu.,berbuat baik kepada sesama manusia, Ditambah Sholat nawafil, di malam hari. Malam hari waktu yang tepat untuk berkontemplasi dan mendekatkan diri sedekat dekatnya dengah Allah SWT. Jika anda, kita semua mengalami kesulitan mendekat dengan Allah (baca: sholat tidak khusyu, fokus). berarti ada sesuatu hal dalam diri : hati dan fikiran < apa sebabnya> hanya diri kita yang dapat mengidentifikasi masalah atau mendiagnosa dosa dosa dan kesalahan. Mungkin kita banyak bohong, ada dengki, cemburu berlebihan, harta yang tidak halal dan syah, kawan-kawan yang munafik dan lain-lain. Maka lakukanlah proses pensucian dan penguatan, taubat sejati, isi mangkok otak di kepala dengan ilmu agama dan yang mendukung sehingga nantinya akan ada transformasi energy.
Peristiwa Israk Mikraj-Perintah Solat 5 Waktu | ||||||
Majlis Ugama Islam Singapura Khutbah Jumaat 10 Ogos 2007 / 26 Rejab 1427 Peristiwa Israk Mikraj Pengukuh Keimanan Saudaraku yang dirahmati Allah, Marilah sama-sama kita bertakwa kepada Allah swt dengan sebenar-benar takwa. Marilah kita hayati perjalanan hidup Rasulullah saw yang penuh dengan keihsanan dan kesejahteraan. Moga-moga dengan kita mengenal Baginda Rasulullah serta keperibadiannya dapat kita mengambil iktibar dan pengajaran darinya. Saudaraku, Esok, 27 Rejab merupakan satu tarikh yang penuh bersejarah untuk umat Islam. Pada malam inilah telah berlaku satu kejadian yang istimewa ke atas Baginda Rasulullah saw. Kejadian ini merupakan ujian untuk menetukan keteguhan iman umat Islam pada ketika itu. Peristiwa israk dan mikraj merupakan suatu tanda kebesaran Allah swt. Saban tahun kita diingatkan dengan peristiwa agung ini yang pernah dilalui Rasulullah saw. Kerana ianya mempunyai banyak pengajaran yang boleh dijadikan iktibar buat kehidupan kita. Allah swt berfirman di dalam surah Al Israk ayat 1: Yang bermaksud: "Maha Suci Allah, yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al Masjidil haram ke Masjidil Aqsa yang telah Kami berkahi sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebagian dari tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat." Kisah israk dan mikraj adalah sebuah kisah yang benar-benar berlaku ke atas Rasulullah saw. Ianya merupakan suatu peristiwa yang sukar difahami dan diterima kebenaranya oleh masyarakat yang hidup pada zaman tersebut. Perjalanan ke Baitul maqdis daripada kota Mekah, yang biasanya memakan masa lebih sebulan lamanya telah dapat dipendekkan dan berlaku dalam masa satu malam. Bagaimanakah agaknya penerimaan masyarakat ketika itu? Sudah tentu mereka susah hendak menerima kebenaran cerita Rasulullah saw. Kaum musyrikin yang memang tidak percayakan ajaran Baginda, makin yakin bahawa Baginda sudah gila. Mereka makin lantang mencemuh dan mengejek Baginda. Sebahagian orang-orang Islam yang tidak kuat imannya, mula menyoalkan kebenaran Rasulullah saw. Sehingga diriwayatkan ada beberapa orang yang murtad setelah mendengar kisah ini. Tetapi di dalam keadaan yang membingungkan seperti itu, Abu Bakar merupakan orang pertama yang membenarkan kisah Rasulullah saw. Dia tampil kehadapan dan menyatakan kepercayaannya kepada kebenaran kisah Baginda. Di atas sebab itu beliau digelarkan As Siddiq yakni yang membenarkan. Saudaraku, Kepercayaan Abu Bakar ra terhadap Rasulullah merupakan suatu yang harus kita jadikan iktibar dan pengajaran. Beliau tidak ragu-ragu membenarkan kisah Baginda. Walaupun kisah tersebut merupakan kisah yang ajaib dan di luar bayangan manusia pada zaman itu. Beliau tidak menghiraukan cemuhan dan ejekan yang dilemparkan terhadap Baginda malah menyokong Baginda. Inilah dia prinsip yang ditunjukkan oleh Sayidina Abu Bakar. Sejarah membuktikan kesetiaan dan kejujuran Saiyidina Abu Bakar terhadap perjuangan Rasulullah s.a.w, dan keyakinannya bahawa Rasulullah adalah utusan Allah. Maka layaklah Saiyidina Abu Bakar digelar oleh Rasulullah s.a.w dengan gelaran As-Siddiq, yang membenarkan. Dan dengan kenyataan Rasulullah s.a.w itu tadi, Saiyidina Abu Bakar berhak pula mempunyai sanjungan dari Allah Ta’ala, sebagaimana dinyatakan di dalam firmannya dalam surah Az-Zumar Ayat 33 : Yang bermaksud: "Dan orang yang membawa kebenaran (Muhammad) dan membenarkannya , mereka itulah orang-orang yang bertaqwa" Saudaraku, Begitu keimanan para sahabat terhadap Baginda Rasulullah saw sedangkan pada ketika itu pemikiran mereka tidak dapat menjangkau keajaiban yang berlaku dalam peristiwa israk dan mikraj. Bagaimana pula keimanan kita? Pada hari ini kisah Israk dan mikraj tidak lagi menjadi keraguan kepada kita. Dengan mudah kita percaya kebenaran peristiwa ini kerana kita telah nampak dan ketahui betapa cepatnya seseorang dapat belayar dari suatu tempat ke suatu tempat yang lain. Manusia juga telah dapat berjaya menembusi langit dan mampu terbang ke angkasa lepas. Dengan penemuan-penemuan baru melalui sains dan teknologi ia bukan sahaja memudahkan kehidupan seharian kita, malah ia telah membantu untuk lebih meyakinkan kita terhadap keajaiban-keajaiban yang diterangkan di dalam Al-Quran. Amatilah firman Allah surah Ar-Rahman ayat 55: Yang bermaksud: "Hai jemaah jin dan manusia, jika kamu sanggup menembus (melintasi) penjuru langit dan bumi, maka lintasilah, kamu tidak dapat menembusnya melainkan dengan kekuatan." Dengan ilmu yang manusia ada seharusnya membantu meningkatkan iman kita mengenai kebenaran Al-Quran dan ajaran yang dibawa oleh Rasulullah saw. Namun masih banyak lagi ilmu yang perlu kita kuasai untuk mengetahui mengenai keajaiban dan rahsia Allah swt. Sudah pasti terdapat hikmah mengapa sebahagian perkara masih dirahsiakan daripada pengetahuan manusia. Justeru itu kita perlu terus hidupkan dan tanamkan minat untuk mencari ilmu pengetahuan. Kerana dengan ilmu pengetahuan sahaja akan mengukuhkan lagi keimanan kita pada Allah swt dan membuktikan kepada kita akan kebenaran Al-Quran. Sepertimana firman Allah swt dalam surah fussilat ayat 53: Yang bermaksud: "Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami di segenap ufuk dan pada diri mereka sendiri, sehingga jelaslah mereka bahawa Al-Quran itu adalah benar. Dan apakah Tuhanmu tidak cukup (bagi kamu) bahawa sesungguhnya Dia menyaksikan segala sesuatu?" Semoga melalui peristiwa israk mikraj yang penuh dengan keajaiban ini mendorong kita untuk terus meneroka akan keajaiban ciptaan Allah swt. Semoga dengan sikap mencari dan meneroka akan mengukuhkan lagi iman pada Allah dan Rasulnya dan menjadikan kita sebuah masyarakat yang cinta pada ilmu dan menyumbang pada kesejahteraan agama, nusa dan bangsa. Next: Hikmah Dari Perintah Solat |
Maaf kalau topik nie dah ada yang post...
Peristiwa Israk Mikraj berlaku setahun selepas penghijrahan Rasullah SAW ke Madinah.Dari riwayat sahih diceritakan beberapa kejadian yang berlaku sebelum Rasullah SAW dibawa berjalan ke Israk dan Mikraj.Baginda dibawa Jibril ke Baitul Muqaddis dari rumahnya.Bersama Jibril ada bekas ( bejana) berisi hikmat dan iman lalu dimasukkan ke tubuh Rasullah SAW setelah selesai proses membelah dada dan penyucian hati dengan air zam-zam.
Kemudian Allah SWT membawa Buraq,iaitu makluk yang panjang dan berwarna putih serta boleh melangkah sejauh mata memandang.Lalu Rasullah SAW ditemani Jibril berangkat (Israk ) ke Baitul Muqaddis dengan menaiki Buraq.
Dari Baitul Muqaddis baginda Mikraj ke langit pertama hingga ke tujuh.Sepenjang perjalanan itu Allah SWT telah memperlihatkan pelbagai kejadian aneh dan pelik sebagai balasan hambanya di dunia yang melakukan kebaikan dan kemungkaran.
Peristiwa paling besar dan penting diterima Rasullah SAW ialah perintah Allah yakin solat.Sewaktu tiba di Sidratul Muntaha
Rasullah SAW menerima perintah supaya umatnya menunaikan solat fardu sebanyak 50 waktu sehari semalam.
Setelah menerima perintah itu Rasullah SAW dan Jibril bersiap untuk turun ke bumi.Pada ketika itu baginda bertemu Nabi Musa AS yang bertanyakan hal itu.Setelah mendengar penjelasan Rasullah Nabi Musa berkata, "Kembalilah ke Tuhanmu dan mintalah sedikit keringan kerana bilangan itu tidak terdaya dilakukan uamtmu ya Muhamad."
Rasullah SAW dan Jibril kembali menghadap tuhan.Selepas dipohon keringanan itu,maka jumlah solat dikurangkan kepada 40 kali.Apabilka berjumpa dengan Nabi Musa As kembali, dia meminta Rasullah SAW menemui Allah Taala sekali lagi supaya jumlah itu dapat dikurangkan lagi.
Beberapa kali Rasullah SAW berulang alik bertemu Allah SWT sehinggalah Allah mengurangkan kepada 10 kali dan akhirnya menjadi 5 kali sehari semalam saja.Nabi Musa masih merasakan umat Muhamad masih tidak mampu melaksanakan ibadat 5 waktu itu,tetapi Rasullah SAW nekad untuk tidak lagi menghadap Allah SWT kerana baginda malu untuk berdepan dengan Allah Taala.
Biarpun jumlah solat dikurangkan menjadi 5 waktu saja namun ganjaran pahalanya seperti menunaikan solat 50 waktu.