Serang hendap tukul kepala majikan
Oleh Suraya Roslan
surayaroslan@hmetro.com.my
surayaroslan@hmetro.com.my
CEDERA...kepala Kartena yang berjahit. Gambar kecil, Fitriani.
Dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi itu, Kartena yang hendak memasuki kereta untuk menghantar anak sulungnya ke tadika berhampiran terkejut apabila dipukul lebih 30 kali di kepala dan badan oleh pembantu rumahnya yang baru sebulan bekerja.
“Ketika itu saya memasukkan anak bongsu berusia dua tahun ke dalam kereta dan tiba-tiba diserang dari belakang sebelum dipukul bertubi-tubi,” katanya ketika ditemui di Hospital Pakar Seremban, di sini, semalam.
Menurutnya, pembantu rumah dikenali sebagai Fitriani, 19, dari Aceh, Indonesia, menarik rambut dan mengheretnya ke dalam rumah dan memukulnya.
“Ketika itu saya melihat dia mengambil gunting, tetapi saya menggigit tangannya membuatkan gunting itu terlepas. Kalau tidak pasti saya mati,” katanya.
Ayah, anak bertempur
Oleh Adnan Mohamad
am@hmetro.com.my
am@hmetro.com.my
LAPOR...Aishah menunjukkan laporan polis.
Kejadian kira-kira jam 10.30 pagi itu menggemparkan kira-kira 20 pelanggan yang sedang menikmati hidangan di kedai berkenaan.
Menurut saksi, dua beranak terbabit dilihat mengadakan perbincangan secara baik, tetapi keadaan tiba-tiba berubah apabila kedua-dua mereka gagal mengawal perasaan masing-masing dan mula bergaduh sehingga mencetuskan suasana kecoh.
Difahamkan, si anak berusia 20-an mahu membela nasib ibunya sering diugut bapanya, berusia 50-an, dan bengang dengan sikap bapanya yang berdolak-dalik ketika mahu menyelesaikan kes perceraian dengan isterinya itu.
Seorang saksi yang juga pemilik kedai makan berkenaan, Fadzilah Ismail, 52, berkata ketika kejadian, dia sedang membancuh minuman untuk pelanggan.
HAFIZ...enggan ulas lanjut
Kajol berkata demikian ketika diminta mengulas kontroversi terbaru membabitkan dirinya yang disiasat Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) akibat keceluparannya mengaku bukan Islam ketika dihadapkan di Mahkamah Rendah Syariah Tanah Merah, 21 Jun lalu dan digam stesen radio swasta terkenal Kelantan, Manisfm.
Bagaikan ‘berhati kering’ Kajol selamba memberitahu tidak ambil kisah sebarang berita yang disiarkan mengenai dirinya.
Bagaimanapun, kajol atau nama sebenarnya, Mohd Hafiz Jeffri yang terkenal dengan lagu irama Bollywood itu enggan mengulas lanjut mengenai kontroversi membabitkan dirinya.
“Tiada komen, siarlah apa berita pun,” katanya menerusi sistem pesanan ringkas (SMS) kepada Harian Metro.
10 Perkara Membatalkan Syahadah
Secara dasar utama terdapat sepuluh hal yang boleh membatalkan keislaman seseorang.1. Syirik; (Nauzubillah… mohon perlindungan Allah daripada kesyirikan)
Syirik membawa maksud ‘menyamakan selain-NYA dengan Allah dalam hal-hal yang menjadi kekhususan Allah
Lantaran syirik adalah batil yang paling batil, kezaliman yang paling zalim, maksiat yang paling keji kerana menyamakan makhluk yang bersifat pinjaman dan lemah dengan Khaliq yang maha sempurna dari segala sisi.
“Sesungguhnya orang yang mempersekutukan (sesuatu dengan ) Allah, maka pasti Allah mengharamkan kepadanya syurga, dan tempatnya ialah neraka, tidaklah ada bagi orang-orang zalim itu seorang penolong pun” (Al-Maa-idah:72)
2. Menjadikan makhluk tertentu sebagai perantara antara dirinya dengan Allah; Umpamanya berdoa/memohon syafaat serta bertawakal kepada perantara tersebut. ( Nauzubillah… mohon perlindungan Allah daripada kesyirikan)
Berwaspadalah kita dengan hal yang kedua ini. Para ulama bersepakat bahawa hal sedemikian disebut kekufuran. Amatlah bahaya bagi umat Islam yang kekurangan pengetahuan rendah. Seperti meyakini bomoh, meyakini sesama makhluk. Kita dituntut berikhtiar tetapi tidak boleh memutuskan terhadap konsep tauhid. Manusia sendiri terbatas dan yang mengizinkan dan menyembuhkan tetaplah Allah yang maha berkuasa.
Antara Allah dan makhluknya tidak ada perantara, sebab itulah kita boleh sahaja terus berdoa memohon kepadaNYA. Ingatlah barangsiapa yang mengadakan perantara antara dirinya dengan Allah dalam memperoleh manafaat dan menolak mudharat; baik perantara itu berupa malaikat, nabi, kuburan, mahupun yang lainnya, mempersembahkan sembelihan, bertawakal kepada selain-NYA, maka telah jatuh kepada kufur.
3. Tidak mengkafirkan orang-orang musyrik. Begitu pula meragukan kekafiran mereka atau membenarkan pendapat mereka, barangsiapa yang melakukan hal tersebut maka dia telah kafir. . ( Nauzubillah… mohon perlindungan Allah daripada kesyirikan)
Keislaman seseorang tidak sempurna selama mana dia belum mengkafirkan orang-orang musyrik. Jika ragu dan bimbang atau berkata ”Tidak ada masalah dengan mereka” setelah adanya kejelasan mengenai kekafiran mereka, maka dia termasuk kafir seperti mereka.
Masalah ini kurang diambil perhatian oleh kebanyakan orang yang mengaku bersyahadah. Ada yang terjerumus tanpa disedari. Ada yang tidak mengkafirkan orang yang terjerumus ke dalamnya sehingga dia menjadi sama sepertinya, jika telah dikemukakan hujah kepadanya.
Termasuk kategori membenarkan pendapat mereka, setiap orang yang menilai baik sesuatu yang bertentangan dengan Islam, baik dari Yahudi, Nasrani, Sosialisme, Sekularisme, mahupun kelompok kafir dan sesat lainnya.
4. Berkeyakinan bahawa selain petunjuk Allah melalui Rasulullah saw adalah lebih sempurna. Atau hukum selain hukum Allah lebih baik. Contohnya adalah orang yang lebih mengutamakan hukum taghut daripada hukum yang allah tetapkan maka dia adalah kafir. . ( Nauzubillah… mohon perlindungan Allah daripada kesyirikan)
Perhatikan dan kaji apa yang menimpa orang-orang yang menolak hukum Allah dan Rasul-NYA. Memilih hukum buatan manusia yang penuh kekurangan, segalanya tidak dapat memberi manafaat kepada sirinya sendiri apalagi orang lain, dan tidak juga boleh mencegah mudharat, musibah, siksaan, kekacauan, kezaliman dan ketidakamanan.
5. Membenci sesuatu yang dibawa Rasulullah saw sekalipun dia mengamalkannya. Barangsiapa yang melakukan maka dia telah kafir. . ( Nauzubillah… mohon perlindungan Allah daripada kesyirikan)
Keadaan ini termasuk dalam satu kemunafikan i’tiqadi (keyakinan). Barangsiapa membenci sesuatu yang dibawa oleh Rasulullah saw, apalagi membenci Al-Quran, misalnya membenci amal maaruf nahi mungkar, atau membenci orang yang menegakkannya ataupun yang lain yang diperintahkan di dalam Al-Quran dan Hadith, maka dia telah kafir.
6. Mengolok-olok sesuatu dari ajaran Rasulullah saw, pahala atau azab Allah. Orang yang melakukan ini dihukum kafir. . ( Nauzubillah… mohon perlindungan Allah daripada kesyirikan)
” Katakanlah ”Apakah dengan Allah, ayat-ayatNYA, RasulNYA kamu selalu berolok-olok?’ Tidak usah kamu beralasan (minta maaf) kerana kamu telah kafir sesudah beriman..” ( At-Taubah: 65-66)
Melalui Fathul Majiid; Abdurrahman Bin Hasan merakamkan ”Orang yang bercanda dengan hal itu (sesuatu yang disebutkan di dalamnya nama Allah, al-Quran, Rasulullah saw), maka dia telah kafir.
Jangan sekali-kali meremehkan atau membuat bahan lawak atau bergurau dengan apa yang telah menjadi ketetapan Allah dan segala ajaran yang dibawa oleh Rasulullah saw.
7. Sihir. Di antaranya adalah ash-sharf (guna-guna untuk memalingkan seseorang dari sesuatu) dan al-’athf (guna-guna untuk menarik sesuatu). Barang siapa yang melakukan hal tersebut atau menyetujuinya, maka dia telah kafir. ( Nauzubillah… mohon perlindungan Allah daripada kesyirikan)
Dalam bahasa Arab sihir disebut as-sihr, sifatnya terjadi secara rahsia (sembunyi-sembunyi) pada akhir malam.
Ash-sharf – memalingkan seseorang dari apa yang dicintainya.
Al-Athf – berusaha menarik hati seseorang mencintai sesuatu dengan cara syaitan.
Apa pun kaedah yang digunakan dalam kehidupan selama mana menggunakan unsur sihir maka akan membatalkan akidah.
”Dan mereka itu (para tukang sihir) tidak memberi mudharat dengan sihirnya kepada seorang pun, kecuali dengan izin Allah (Al-Baqarah; 102)
8. Memberi sokongan dan menolong orang-orang musyrik untuk memusuhi kaum Muslimin. . ( Nauzubillah… mohon perlindungan Allah daripada kesyirikan)
Siapa sahaja di kalangan orang yang bersyahadah memberi bantuan dan sokongan kepada kaum musyrik untuk melawan kaum muslimin, maka dia telah kafir. Lazimnya lahir dari kemunafikan iaitu lahiriahnya nampak baik, batinnya sangat buruk atau dari orang yang tidak memahami agama dengan sebaik-baiknya.
Justeru timbul di dalam hatinya kedengkian dan permusuhan terhadap kaum muslimin serta kecintaan kepada musuh-musuh Islam.
Hal ini tidak akan terjadi kepada seorang mukmin yang memiliki iman, ilmu, dan kecintaan kepada Islam.
9. Berkeyakinan bahawa sebahagian orang boleh tidak mengikuti syariat Muhammad saw. . ( Nauzubillah… mohon perlindungan Allah daripada kesyirikan)
Meyakini perkara di atas, atau sudah tidak memerlukannya lagi atau menyarankan untuk keluar darinya, maka jelas keislaman telah terlepas dari dirinya.
Hal demikian banyak berlaku kepada sufi ekstrim dan yang seangkatan dengannya. Terpedaya dengan tipu muslihat syaitan, yang mana menganggap diri telah sampai kepada tahap ilmu dan ma’rifat untuk keluar dari syariat sehingga semua kewajipan telah gugur darinya. Perbuatan ini jelas kufur dan terkeluara dari ajaran Islam.
Ingatlah kita semua tidak akan lebih daripada Rasulullah saw. Seperti kata Syeikh Abdul Qadir Jailani di dalam kitab ”Wasiat Kerohanian’ ; ”apa yang diharamkan ke atas Muhammad saw maka haramlah ke atas kami, apa yang dihalalkan ke atas Muhammad saw maka halallah ke atas kami kerana kami tidak akan lebih mulia daripada Muhammad saw”
10. Berpaling dari agama Allah, tidak mahu mempelajarinya dan tidak mengamalkannya. . ( Nauzubillah… mohon perlindungan Allah daripada kesyirikan)
”Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang telah diperingatkan dengan ayat-ayat Rabbnya, kemudian ia berpaling darinya. Sesungguhnya kami akan memberikan pembalasan kepada orang-orang yang berdoa” (As-Sajdah;22)
Yang dimaksudkan berpaling dari agama Allah ialah menolak hal-hal yang wajib bagi setiap orang untuk mempelajari dan mengamalkannya, iaitu mengetahui ushuluddin (poko-pokok agama) dan hal-hal yang harus diketahui oleh setiap muslim.
Banyak orang-orang yang menolak mempelajari hal-hal seputar agama yang diwajibkan bagi mereka dan mengamalkannya, baik secara lahir dan batin. Akibatnya ada yang terjerumus ke dalam syirik besar, kekufuran, kemunafikan, bahkan ditambah dengan hal-hal haram lainnya, sementara dia tidak menyedarinya.
Akhirnya sentiasalah memohon hidayah dan keselamatan di dunia dan akhirat kepada Allah swt bagi diri kita sendiri, keluarga, saudara-saudara, sahabat-sahabat dan semua kaum muslimin. Sesungguhnya kita semua tiada daya dan upaya melainkan segalanya atas keizinanNYA dan hanya milik Allah Yang maha tinggi lagi maha agung.
10 perkara yang membatalkan Islam
maka kita dapati dalam masyarakat kita, sekalipun ramai orang yang mengetahui apa itu perkara yang membatalkan wudhu’, apa itu perkara yang membatalkan solat (sembahyang), yang membatalkan haji, yang membatalkan puasa, tetapi malangnya mereka tidak tahu apakah perkara yang membatalkan dua kalimah syahadah yang telah mereka ucapkan, ataupun membatalkan Islam itu sendiri.
Jika dilihat dari segi aturan – Haji, Zakat, Puasa, solat, semuanya itu berada selepas daripada ucapan 2 kalimah syahadah. Bagaimana mungkin seorang Muslim memahami perkara-perkara yang membatalkan solatnya, membatalkan zakatnya, atau membatalkan puasanya atau hajinya, tetapi dalam masa yang sama dia tidak mempelajari apakah perkara yang membatalkan dua kalimah syahadahnya, yang sekaligus boleh menyebabkan terbatalnya keseluruhan Islamnya.
Inilah penjajahan pemikiran yang diterima oleh kita. Di masjid atau di surau, guru-guru lebih menumpukan kepada soal fiqah, soal batalnya solat, soal-soal batalnya puasa, sehingga kadangkala mereka terlupa untuk mengajar murid-murid mereka ataupun orang ramai apakah perkara yang boleh membatalkan Islam seseorang.
Dan kesan batalnya Islam itu lebih besar dari pada batalnya sembahyang ataupun batalnya puasa, kerana batalnya sembahyang seseorang dan puasa seseorang itu boleh diganti, tetapi batalnya Islam menyebabkan seseorang itu murtad dan terkeuar dari Islam.
Ramai para pemikir Islam memikirkan hal ini, sehingga maulana Abul Hasan ‘Ali An-Nadwi menulis sebuah buku dan risalah, yang mengingatkan orang Islam, sehingga beliau menamakan risalah itu sebagai Riddah la Aba Bakrin Laha (“Murtad yang tidak ada Abu Bakar menghadapinya”).
Pada zaman dahulu, apabila berlakunya murtad, Allah SWT telah membangkitkan Abu Bakar as-Siddiq, yang merupakan khalifah Rasulullah S.A.W, yang bertanggungjawab menghadapi golongan murtad ini. Pada zaman ini, ramai orang Islam yang murtad, tidak ada sesiapa yang peduli. Bahkan murtad itu dilakukan secara terang-terangan.
Apabila kita menyedari hal ini, maka semua para ulama dan semua kita yang sedar hendaklah berusaha memahami aqidah Islam. Bekas mufit Arab saudi iaitu Sheikh Abd Aziz Abdillah bin Baz (rahimahullah) yang sudahpun meninggal dunia telah mengambil pendekatan baru bagi menghindarkan berlakunya perkara murtad ini dengan mengeluarkan risalah untuk jemaah haji dan umrah yang datang menunaikan haji dan umrah yang dinamakan sebagai Dalilul hajji wal-mu’tamir (Panduan Haji dan Umrah). Beliau memasukkan di dalamnya terlebih dahulu perkara-perkara yang membatalkan Islam, kerana menyedari bahawasanya seseorang apabila menunaikan haji, sedangkan Islamnya batal, hajinya tidak memberi manfaat kepadanya. Kerana syarat kepada kesahihan amal, ataupun syarat diterimanya sesuatu amal soleh, yang pertama hendaklah betul aqidahnya, kedua ikhlas kerana Allah dan ketiga, menepati apa yang diajar oleh Rasulullah S.A.W.
Dibawah ini sepintas lalu perkara-perkara yang menjadi penyebab utama di zaman ini yang disenaraikan di dalam risalah tersebut yang menyebabkan seseorang itu batal Islamnya yang dinamakan sebagai nawaqidul Islam (Perkara-Perkara yang membatalkan Islam).
- Syirik
- Perantara
- Enggan mengkafirkan
- Yakin yang lain
- Membenci syariat
- Mempersenda Islam
- Sihir
- Bantu kafir musuhi Islam
- Kecualikan dari Syariat
- Berpaling dari agama
mp3
20110211-(IQ)- '10 perkara membatalkan Islam dan 8 kaedah keislaman'.layari..
Takuti perkara membatalkan Islam
Oleh Ustaz Zainudin Hashim
Setiap Muslim yang waras cara berfikirnya, akan sentiasa bertindak bersesuaian dengan ajaran yang ada dalam al-Quran dan apa yang diajarkan oleh baginda Rasulullah s.a.w. Ini kerana kedua-dua sumber itu merupakan rujukan paling tepat dan benar untuk mendapatkan keredaan Allah SWT sekali gus melonjakkannya menjadi Muslim hakiki.
Kerana keyakinan yang ada dalam pemikiran Muslim yang baik itu, ialah bahawa kehidupannya tidak berakhir semasa hidup di dunia, malah ia berkesinambungan hingga ke hari akhirat, iaitu hari di mana seluruh makhluk bernama manusia akan berhimpun di Padang Mahsyar.
Sama ada manusia yang percaya kepada Allah, atau yang menentang-Nya, manusia bermana Islam, atau Kapitalis, Komunis, Sekular, Sosialis, Hindu, Buddha, Kristian, Yahudi, semua sekali akan dihadapkan depan Allah untuk diperhitung amalan-amalan mereka.
Yang mengikut, patuh serta tunduk kepada ajaran al-Quran dan menerima ajaran Rasulullah s.a.w. tanpa sebarang ragu dan pastinya akan diberi syafaat untuk memasuki syurga.
Sementara yang puluhan tahun hidup di dunia, kemudian memilih jalan kesesatan dengan mengamalkan pegangan akidah yang menyimpang jauh daripada Islam, sudah pasti mereka akan dihumban ke dalam api neraka.
Justeru, bagi mengekalkan iman, akidah, Islam pada tahap yang memberangsangkan, maka setiap Muslim itu perlu mengetahui perkara-perkara yang boleh membatalkan akidah, Islam, atau juga disebut dua kalimah syahadah bertujuan untuk menyelamatkan dirinya di akhirat bersama dengan Rasulullah s.a.w. Ia terlalu banyak untuk diperkatakan, tetapi dalam kesempatan ini, hanya beberapa perkara pokok sahaja disenaraikan.
Perkara-perkara yang membatalkan Islam
1. Terlibat pada perkara syirik atau mengadakan sekutu dalam beribadah kepada Allah.
2. Menjadikan sesuatu atau seseorang sebagai wasilah (perantara) dalam doa, syafa'at dan tawakkal.
3. Tidak mengkafirkan orang-orang musyrik, menyangsikan kekafiran mereka malah membenarkan keyakinan mereka.
4. Meyakini bahawa petunjuk selain petunjuk Nabi Muhammad s.a.w. adalah lebih sempurna dan lebih baik.
5. Membenci hal-hal yang berasal daripada ajaran Rasulullah s.a.w. walaupun mengamalkannya.
6. Mengolok-olok sebagian ajaran yang dibawa Rasulullah s.a.w. seperti pahala atau balasan yang akan diterima.
7. Melakukan sihir, karena pelakunya dihukumi kafir.
8. Menyokong orang kafir serta memberikan bantuan dan pertolongan kepada orang musyrik untuk memerangi Muslimin.
9. Beranggapan bahawa manusia dengan mudah boleh terkeluar dari syariat atau ajaran Nabi Muhammad s.a.w.
10. Berpaling dari agama Allah SWT baik kerana tidak mahu mempelajarinya atau kerana tidak mahu mengamalkannya.
11. Mengganggap suatu hukum atau undang-undang selainnya lebih baik daripada syari'at Rasulullah s.a.w. dan lebih mengutamakan hukum thaghot daripada hukum Rasulullah s.a.w. Apabila ada seseorang meyakini bahwa undang-undang yang dibuat manusia lebih utama dan lebih baik daripada syari'at Islam, maka ia telah kafir.
12. Apabila seseorang Muslim itu menganggap bahawa syariat Islam sudah tidak sesuai lagi dengan perkembangan zaman, atau bahkan beranggapan bahawa agama Islam hanya menyangkut hubungan ritual antara hamba dengan Rabbnya dan tidak ada kaitannya sama sekali dengan masalah duniawi. Demikian pula apabila seseorang memandang bahawa pelaksanaan syari'at Islam, misalnya masalah rajam dan qishash, sudah tidak sesuai lagi dengan peradaban modern (atau Hak Asasi Manusia).
13. Begitu pula mereka yang beranggapan bahawa seseorang dibolehkan untuk tidak berhukum dengan hukum atau syari'at Allah SWT dalam hal kemasyarakatan dan hukum-hukum lainnya, maka ia telah kafir, meskipun belum sampai pada keyakinan bahawa hukum yang dianutnya lebih utama dari hukum Islam.
14. Bertawakal dan bergantung kepada selain daripada Allah.
15. Ingkar nikmat Allah sama ada yang terang atau yang sembunyi, yang mudah difikirkan atau yang memerlukan kajian.
16. Bekerja atau berkhidmat dengan tujuan selain daripada Allah kerana Allah tidak menyukainya.
17. Menggubal undang-undang mengikut kemahuan manusia bukan mengikut ketentuan Allah.
18. Menumpukan segala ketaatan kepada selain Allah dengan cara yang tidak disukai-Nya.
19. Menjalankan hukum selain dari hukum Allah atau tidak merujuk kepada hukum Allah dalam sesuatu perkara.
20. Benci atau menentang sesuatu perkara yang berhubung dengan Islam atau menbenci agama Islam seluruhnya.
21. Mencintai kehidupan dunia mengatasi kecintaan akhirat dan menjadikan dunia ini sebagai matlamat utama yang unggul dalam hidupnya.
22. Menghina sesuatu daripada kitab Allah atau sunnah Rasulullah s.a.w. atau orang-orang alim yang menegakkannya atau mempersendakan hukum-hukum daripada hukum Allah atau syiar-syiar Islam.
23. Menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah dan sebaliknya.
24. Tidak beriman dengan semua sumber-sumber (punca) hukum daripada kitab Allah dan As-Sunnah.
25. Melantik orang-orang kafir dan munafik menjadi pemimpin serta tidak mencintai orang-orang yang berakidah Islam dan mukmin.
26. Tidak beradab dalam pergaulan dengan Rasulullah s.a.w.
27. Rasa takut, lemah hati di dalam menegakkan Tauhidullah dan rasa lapang, terbuka dan riang dalam menegakkan perkara-perkara syirik.
28. Menyatakan bahawa al-Quran terdapat pertentangan di antara ayat yang dan isi yang terkandung di dalam ayat itu.
29. Tidak mengetahui tentang marifat Allah dan pengenalan yang jelas serta ingkar dengan sifat-sifat ketuhanan-Nya dan ingkar nama-nama-Nya.
30. Tidak mengetahui atau mengenali Rasul dengan betul atau menafikan adanya sifat-sifat yang terpuji yang diberikan oleh Allah kepadanya atau menghina sifat-sifat kepujian atau mengitiqad bahawa baginda adalah contoh utama bagi manusia.
31. Mengkafirkan orang yang mengucap dua kalimah syahadah serta tidak mengkafirkan orang yang telah ingkar syahadah dan tidak menghalalkan berperang dengan mereka.
32. Membuat sesuatu pekerjaan (ibadah) bukan kerana Allah, sujud dan tawaf berkiblatkan kepada selain Baitullah dengan niat mendekati Allah.
33. Banyak jenis syirik yang menggugurkan syahadatain yang dinamakan syirik kecil seperti mengerjakan solat kerana hendak mendapatkan pujian, bersedekah kerana sungutan orang atau supaya orang datang kepadanya seolah-olah dia berjihad iaitu supaya orang mengenang jasa dan namanya.
Dan banyak lagi yang perlu diketahui secara mendalam dan terperinci yang mesti digarap oleh setiap Muslim menerusi kuliah-kuliah akidah yang tidak boleh dipelajari secara santai, kerana ia merupakan asas dan benteng yang kuat daripada terjebak pada penentangan terhadap Allah sekali gus layak mendapat kutukan-Nya. - lanh _
Prev: Siapakah Mustafa Kamal Attaturk Yang Sebenarnya?
Next: Suami Hilang Seks...Kenapa

No comments:
Post a Comment