Friday, July 1, 2011

BILA TAK SABAR...GOPOH GAPAH DARI SYAITAN....MARAH JUGA DARI HASUTAN SYAITAN....TINGGALKAN DAN BERHATI2 HASUTAN SYAITAN INI...

Bunuh kawan pasal bilik air



MOHD. HASNAN menunjukkan bilik air yang menjadi tempat Juli mati ditikam rakannya di Kampung Bakar Batu, Johor Bahru semalam.



JOHOR BAHRU – Seorang lelaki Indonesia bertindak membunuh rakannya hanya kerana mangsa enggan membenarkannya menggunakan bilik air dalam kejadian di Jalan Pantai, Kampung Bakar Batu di sini semalam.
Kejadian pukul 6.30 pagi itu menyebabkan buruh yang dikenali sebagai Juli, 37, mati akibat ditikam di dada dengan pisau pemotong sayur.
Sebelum kejadian, suspek mengetuk pintu bilik air dan meminta Juli yang sedang mandi supaya keluar kerana dia ingin mengambil wuduk bagi menunaikan solat Subuh.
Geram dengan tindakan mangsa yang enggan menuruti kehendaknya, suspek berusia 30-an itu bertindak menendang pintu lalu berlaku pertengkaran.
Suspek yang gagal mengawal emosi kemudian mengambil sebilah pisau lalu menikam mangsa sebelum melarikan diri.
Rumah yang mempunyai dua bilik itu disewa mangsa bersama isterinya.
Pemilik rumah berkenaan, Mohd. Hasnan Anbia, 31, berkata, dia bergegas ke situ sebaik terdengar bunyi wanita menjerit dan menangis.

Maut rebut bilik air

Oleh Salman Hamat
salman@hmetro.com.my

JOHOR BAHRU: Gara-gara berebut bilik air, seorang lelaki warga Indonesia maut ditikam rakannya sendiri dalam kejadian di sebuah rumah di Jalan Pantai, Kampung Bakar Batu di sini, kira-kira jam 6.30 pagi, semalam.
Sebelum kejadian, mangsa dikenali sebagai Mat Juli, 37, sedang mandi sebelum pintu bilik air diketuk berkali-kali rakan serumahnya.
Sejurus mangsa keluar, berlaku pertengkaran di antara mereka dan suspek kemudian mencapai pisau pemotong sayur sebelum menikam rusuk kanan mangsa menyebabkan dia mati di lokasi kejadian.

Abang ipar mangsa, Bahri Pusai, 28, berkata, mangsa bercadang pulang ke kampungnya bersama isteri selepas membuat permohonan pengampunan melalui program pemutihan.


Katanya, sebelum kejadian, dia sering bertemu mangsa yang menyatakan hasratnya untuk pulang ke kampung dan hanya menunggu tarikh dihantar pulang selepas permohonannya diterima.

Jual isteri bayar kereta

Oleh Mohd Firdaus Ibrahim dan Raja Noraina Raja Rahim
mfirdaus@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Seorang suami durjana memaksa isterinya melacur semata-mata ingin mendapatkan wang untuk menjelaskan ansuran bulanan keretanya.
Kejadian kira-kira jam 11 pagi kelmarin, di Bukit Bintang, di sini, bukan kali pertama wanita berusia 25 tahun itu diperlakukan sedemikian, sebaliknya lebih sepuluh kali dalam tempoh hampir setahun lalu.
Suami yang berusia lewat 20-an dan tidak mempunyai pekerjaan tetap itu memaksa isterinya menjual tubuh apabila kesempitan wang dengan dia bertindak sebagai ‘bapa ayam’ untuk mencari pelanggan.

Tidak tahan dengan tindakan jijik suaminya, mangsa yang meloloskan diri daripada kawalan suaminya membuat laporan di Balai Polis Tun H S Lee, di sini, tengah hari kelmarin.


Sumber polis berkata, dalam laporannya mangsa memberitahu dia melarikan diri daripada suaminya selepas selesai melayan seorang pelanggan di sebuah hotel murah di Bukit Bintang.

Rahsia Iskandar



ZAKARIA menunjukkan sebilah pedang dan beberapa barangan curi lain yang dirampas daripada empat lelaki pada sidang akhbar di Sentul, Kuala Lumpur semalam.



KUALA LUMPUR – Tembelang sekumpulan empat penjenayah bergelar Geng Iskandar termasuk ketuanya yang menjadikan sebuah kondominium di Jalan Ipoh di sini untuk menyimpan kereta dan barang curi sejak setahun lalu terbongkar apabila diserbu pada 23 Jun lalu.
Ketika empat suspek berusia di antara 21 dan 37 tahun termasuk seorang wanita yang merupakan kekasih ketuanya ditahan pada pukul 8.30 malam, polis mendapati ruang tamu kondominium tersebut dipenuhi dengan parang, pedang, barang elektrik dan barang kemas curi.
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan berkata, selain itu, pihaknya turut merampas kereta dan kenderaan curi jenis Nissan Sentra, Nissan Latio, Nissan Silvia, Nissan X-trail, Toyota Estima, Proton Perdana dan Exora yang kesemuanya bernilai RM2 juta.
Katanya, polis turut merampas dua buah motosikal jenis Yamaha Nouvo dan Ducati 900. Kesemua kenderaan itu dicuri sejak beberapa bulan lalu.
“Modus operandi kumpulan ini ialah akan memecah masuk rumah mangsa dan melarikan barang elektrik termasuk kenderaan.
“Mereka kemudian akan mencuri cukai jalan kereta yang sama jenis untuk ditampal pada kereta curi untuk digunakan bagi melakukan jenayah,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

6 bulan 12kg



LUAR BIASA...Ahmad Faleeq Darwish jadi perhatian ramai dengan kemontelannya.
LUAR BIASA...Ahmad Faleeq Darwish jadi perhatian ramai dengan kemontelannya.
BESUT: Seorang bayi berusia enam bulan yang mempunyai berat lebih 12 kilogram (kg) di Kampung Gaung, Jerteh dekat sini dianggap luar biasa hingga menarik perhatian orang ramai.
Ahmad Faleeq Darwish Abdullah, anak bongsu daripada empat beradik yang membesar dalam keadaan sihat dan kini mampu memakai seluar pendek milik abangnya, Fayyadh Darish berumur 4 tahun. Ahmad yang diukur setinggi 65 sentimeter itu anak kepada pasangan Abdullah Mohamad, 52, dan Zulida Mat Isa, 38, dilahirkan secara normal pada 14 November tahun lalu dengan berat 3.6 kilogram dan tidak pernah diberikan susu lain selain menyusu susu ibunya.

Ketika kunjungan ke rumah pasangan itu, Zulida memberitahu, lazimnya bayi seusia anaknya itu mempunyai berat badan kira-kira tujuh kilogram.
Katanya, ketika mengandung selama sembilan bulan, beliau hanya memakan makanan biasa dan tidak mengambil apa-apa makanan tambahan dan apabila bersalin berat bayinya itu sama seperti bayi lain.

“Tetapi kami menyedari Ahmad Faleeq Darwish cepat membesar berbanding dengan bayi yang sebaya dengannya,” kata beliau.

Menurutnya, dia ada membawa bayinya itu ke klinik kesihatan ibu dan anak di Jerteh untuk pemeriksaan biasa tetapi diberitahu bayinya itu tidak mengalami masalah obesiti kerana hanya mengambil susu ibunya. - Bernama


Syaitan Cetus Sifat Marah

Oleh Mohd Fadly Samsudin
fadly@hmetro.com.my

MARAH satu daripada sifat tercela (mazmumah) yang dibenci Allah s.w.t dan Rasulullah s.a.w. Perasaan marah yang gagal dikawal sebenarnya boleh menimbulkan sifat keji lain seperti dendam, dengki, sombong dan angkuh.

Gagal mengawal emosi atau cepat naik angin biasanya berlaku ketika seseorang itu hilang pertimbangan.

Memang benar ada yang mengatakan 'aku sudah meletup, memang aku tak boleh buat apa-apa.' Tetapi lebih baik kita belajar menenangkan diri sebelum menghamburkan sebarang bentuk perkataan kepada pihak lain.

Selain itu, melihatkan status diri sebagai insan yang berakal membolehkan kita menilai dulu sesuatu perkara sebelum melakukan sebarang tindakan yang bersandarkan desakan emosi semata-mata.

Ketika dalam keadaan marah, manusia sebenarnya dikuasai syaitan yang akhirnya akan berlaku suasana tegang seperti kawan bertengkar sesama kawan atau anak mengherdik ibu bapanya.

Allah s.w.t berfirman bermaksud: "Dan Tuhanmu (Allah ) perintah, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa.

"Jika salah seorang daripada keduanya atau kedua-duanya sekali sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaan, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan 'uh', dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan mulia (yang bersopan-santun)." (Surah al-Israk ayat 23).

Tidak kurang juga sifat marah yang timbul sesama kita, lebih-lebih lagi jika tiada persefahaman dalam sesuatu perkara. Satu pihak mula marah dengan pihak lain dan seterusnya mula timbul tuduh menuduh dan berprasangka buruk sesama sendiri.

Lebih buruk, jika perasaan marah itu gagal ditenteramkan walaupun sebelah pihak mungkin sedaya upaya mententeramkan keadaan.

Sebagai umat Islam, Nabi Muhammad s.a.w menganjurkan kita beberapa teknik bagi mengawal perasaan marah.

Cara terbaik dengan mengeluarkan kata-kata berhikmah. Kata-kata yang baik terbit daripada hati yang suci dan boleh menjadi pedoman kepada manusia.

Dari satu sudut lain, sifat pemarah senjata bagi menjaga hak dan kebenaran. Justeru, seseorang yang tidak mempunyai sifat marah akan dizalimi serta dicerobohi haknya.

Tetapi perkara tercela adalah sifat marah yang tidak kena pada tempatnya. Justeru, sebelum mengeluarkan kata-kata yang tidak elok ditutur, lebih baik sekiranya segera beristighfar.

Namun, kita sebenarnya tidak boleh menjadikan marah itu sebagai ukuran tepat untuk menggambarkan perasaan tidak puas hati.

Kita masih mempunyai masa bagi mengawal percakapan daripada menuturkan kata-kata berunsur herdikan, cacian seterusnya membibitkan perasaan marah yang tiada taranya.

Ini kerana setiap manusia mempunyai hati dan perasaan yang perlu dijaga. Kita sebenarnya tidak boleh sewenang-wenangnya mengambil jalan 'pintas' iaitu terus memarahi tanpa menyelidiki pokok pangkalnya. Sudah tentu, tindakan marah kita itu akan menjadi sia-sia serta menjarakkan hubungan persaudaraan.

Walaupun orang yang dimarahi itu melakukan kesilapan, sekurang-kurangnya mereka perlu memberi peluang daripada melemparkan perasaan marah berkenaan.

Marah boleh, tetapi jangan menjadi orang yang mempunyai sifat pemarah. Sebenarnya, apa yang terkandung daripada sifat marah itu perasaan benci terutama jika emosi menebal itu gagal dikawal sehingga terhambur perkataan cabar mencabar sehingga sanggup memberi ancaman kecederaan dan bunuh kepada individu lain.

Rasulullah s.a.w menganjurkan umatnya supaya tidak menjadi seorang yang pemarah seperti diriwayatkan Abu Hurairah, ada seorang lelaki berkata kepada Rasulullah: "Berpesan kepadaku! Baginda berkata: Jangan marah. Orang itu mengulangi lagi beberapa kali minta supaya dipesan. Namun baginda masih tetap berkata: Jangan marah!" (Riwayat al-Bukhari).

Bagi mengubati penyakit marah ini, Islam mengajar umatnya menahan diri ketika marah dan sabar apabila melawan hawa nafsu yang meluap-luap itu.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya marah adalah secebis api yang dinyalakan dalam hati. Tidakkah engkau melihat kepada kedua-dua matanya yang merah dan urat-urat lehernya yang menggelembung? Maka apabila salah seorang daripada kamu berasakan sesuatu dari yang demikian, maka rapatkan diri kamu ke muka bumi (duduk menenangkan diri atau sujud kepada Allah)." (Riwayat al-Tirmidzi).

Sebenarnya, sifat marah itu dicetuskan syaitan yang dijadikan daripada api. Oleh itu ingatlah api itu boleh dipadamkan dengan air. Apabila seseorang itu sedang marah, sebaiknya dia hendaklah segera berwuduk, kerana air yang disapukan pada anggota wuduk bukan saja dapat menjauhkan diri daripada godaan dan hasutan syaitan, malah ia dapat menyejukkan muka dan anggota badan kita yang 'membara' akibat marah itu.

Rasulullah s.a.w bersabda bermaksud: "Apabila seseorang daripada kamu marah, maka hendaklah ia mengambil wuduk. Maka sesungguhnya marah itu daripada secebis api." (Riwayat Abu Daud).

Mereka yang dapat menahan dirinya daripada dikuasai sifat marah akan mendapat ganjaran setimpal dengan usahanya. Rasulullah bersabda bermaksud: "Janganlah kamu marah dan bagi kamu balasan syurga." (Riwayat al-Bukhari).

Sekiranya kita dimarahi, janganlah pula menambah buruk lagi keadaan. Kita harus memainkan peranan bagi memadamkan api kemarahan itu.

Firman Allah s.w.t yang bermaksud: "Dan juga (lebih baik dan lebih kekal bagi) orang yang menjauhi dosa besar serta perbuatan keji; dan apabila mereka marah (disebabkan perbuatan yang tidak patut terhadap mereka), mereka memaafkannya." (Surah al-Syura ayat 37).

Antara langkah untuk mengawal dan mendidik diri supaya lebih bersifat tenang:

1. Cuba pertimbangkan keadaan yang menyakiti hati itu. Fikirkan sama ada kemarahan kita itu mempunyai alasan kukuh atau tidak.


2. Jangan menyalahkan orang lain. Beri tumpuan kepada punca sebenar yang mencetuskan kemarahan kerana ia mungkin juga berpunca daripada diri kita sendiri.


3. Perbaiki keadaan selepas kita berada dalam keadaan tenang dan terkawal. Jangan lepaskan kemarahan kepada orang lain semata-mata kerana tidak puas hati dengan individu lain.


4. Dapatkan rehat dan tidur secukupnya selain makan makanan berkhasiat kerana apabila badan letih, ia akan menyebabkan seseorang itu lebih cepat naik marah.


5. Amalkan senaman ringkas selama beberapa minit setiap hari bagi mengurangkan ketegangan.


6. Jadi seorang pendengar yang baik. Sifat orang pemarah adalah dia sangat sukar mendengar pendapat orang lain kerana merasakan tindakan serta pendapatnya mengatasi orang lain.


7. Jauhi amalan yang menjadi punca perkelahian seperti suka merendah-rendahkan, memperlekeh serta mengherdik orang lain lalu digantikan dengan sifat memuliakan orang.

8. Amalkan bacaan A'uzubillah himinasyaitaannirrajiim (Aku berlindung kepada Allah s.w.t daripada syaitan direjam) selain tidak meninggalkan solat kerana di dalamnya terdapat kesan hebat yang boleh menerbitkan perasaan tenang jika diamalkan dengan sepenuh ikhlas.

Gopoh : Amalan syaitan

SATU daripada penyakit kalbu yang berbahaya dan boleh menjatuhkan manusia ke jurang maksiat dan boleh meluputkan pahala segala kebajikan ialah tindakan bergopoh-gapah (isti'jal). Mengikut Imam al-Gazali, gopoh-gapah merupakan penyakit kalbu yang mendesak seseorang agar segera mengerjakan sesuatu urusan sebaik-baik sahaja terlintas di hati, tanpa perancangan dan pertimbangan terlebih dulu. Urusan itu lalu dikerjakan dengan terburu-buru nafsu. Khususnya dalam berbuat amal kebajikan, ada orang yang ingin segera mencapai martabat yang tinggi, lalu dengan tergopoh-gapah mengerjakan ibadat supaya segera mencapai hajatnya itu. Orang yang bergopoh-gapah seperti itu hanya akan bersungguh-sungguh mengerjakan ibadatnya pada peringkat awalnya saja. Apabila hajatnya, matlamat ibadatnya, tidak tercapai dalam masa yang singkat, dia mudah menjadi lemah dan terus kecewa, lantas dia meninggalkan kesungguhannya itu. Kesungguhan dan kegopohannya itu menyebabkan dia kepenatan dan tidak terdaya lagi hendak meneruskan ibadatnya. Sudahnya, kerja ibadatnya terbengkalai dan cita-cita ingin mencapai martabat idamannya itu luput dengan begitu
saja. Dalam keadaan bergopog-gapah, kerapkali seseorang itu melakukan kesilapan sampai melakukan kerja di luar kebajikan pula atau menyeleweng dari syariat.

Umpamanya, jika berbicara, akan tergelincirlah lidah menuturkan kata-kata yang keji atau sia-sia. Jika makan atau minum, akan termakan atau terminum secara berlebihan atau pun makanan dan minuman yang haram atau syubahat menjadi pilihan. Mendoakan keburukan untuk diri sendiri atau untuk orang lain juga termasuk dalam penyakit bergopoh-gapah, sebagaimana firman Allah yang mafhumnya: "Dan manusia mendoakan kehajatan sebagaimana dia mendoakan kebaikan dan adalah manusia itu bersifat gopoh-gapah" (al-Isra' : 11) Dalam keadaan tertentu, memang ada orang yang mendoakan keburukan untuk orang lain. Umpamanya, seseorang yang dizalimi akan membanyakkan doa supaya penzalim yang berkenaan mendapat pembalasan segera daripada Allah. Jika doanya itu dimakbulkan, tentulah hatinya berasa senang dan puas, tetapi dia dikira telah melakukan kerja maksiat kerana tindakannya itu.

Lawan "gopoh-gapah" itu ialah "anaah", iaitu ciri kalbu yang membimbing seseorang supaya berlambatan dan tenang, penuh hemat atau berhati-hati mengerjakan sesuatu urusan, yakni terlebih dulu dikaji-selidik, dibuat perancangan dan pertimbangan yang saksama dan berpandangan jauh dengan membuat andaian-andaian tentang kemungkinan akan berlakunya keburukan atau risiko, lalu lebih dulu dirancang cara-cara mengatasinya.

Keadaan yang demikian adalah merupakan ciri-ciri asas sifat warak. Sifat warak ini penting kerana pokok kepada ibadat itu ialah warak iaitu berhati-hati dan teliti dalam tindakan, penuh hemat dalam membuat pertimbangan terhadapa segala urusan. Jika sebaliknya, maka itulah yang dikatakan: Apabila berbicara, pembicaraannya akan tergelincir daripada kebenaran. Apabila makan, akan termakan makanan yang haram atau syubahat. Demikianlah juga dalam urusan yang lain. Dengan yang demikian, maka luputlah sifat waraknya. Amalan atau ibadat tanpa warak tidak akan menghasilkan kebajikan.

Menurut Imam al-Ghazali : Sifat anaah itu merangkumi dua prinsip, iaitu tawaqquf dan taanni. Maksud tawaqquf ialah terlebih dahulu menyelidiki sesuatu urusan sebelum memulakan pelaksaannya sehingga ternyata kebenaran dan kebaikannya, manakala taanni bermaksud, berhati-hati-hati pada permulaan dan semasa melaksana sesuatu urusan supaya berjalan dengan lancar dan sewajaranya, sehingga tercapai matlamat. Tindakan berhati-hati dalam beribadat dan menangani segala urusan (mengikut konsep anaah) itu amat dituntut, manakala tergesa-gesa atau tergopoh-gapah (al-'ajalah) itu ditegah.

Rasulullah bersabda, maksudnya: "Tergopoh-gapah itu tindakan syaitan kecuali dalam lima perkara, iaitu mengawinkan anak perawan, membayar hutang, menguruskan mayat,
melayani tetamu dan bertaubat daripada dosa".

Wallahu a'lam.

Penulis : MUHAMMAD ISA AL-JAMBULI
Sifat Gopoh Dan Bahayanya   

SIFAT GOPOH DAN BAHAYANYA

Salah satu di antara sifat atau tabiat semulajadi manusia ialah bersifat
gopoh. Ini jelas telah dinyatakan di dalam Al Quran yang bermaksud:
“Dijadikan manusia itu sangat gopoh”. Oleh kerana ia sifat semulajadi
manusia maka ia dibekalkan sejak kecil lagi seperti juga dengan sifat-sifat
yang lain seperti marah, merajuk, mahu dipujuk, suka dipuji dan sebagainya.
Sifat gopoh ini adalah sifat hati yang dapat dilihat secara lahirnya
melalui perbuatan yang dilakukan. Perlu juga diketahui bahawa sifat gopoh
sangat berkait rapat dengan sifat sombong. Gopoh boleh berlaku dari segi
perbuatan, percakapan,keputusan, tindakan, perjalanan, makan minum dan
lain-lain. Ia berlaku dalam semua peringkat manusia iaitui diri, keluarga,
masyarakat dan negara.
Seorang pemimpin kalau gopoh sangat bahaya seperti boleh berlaku peperangan
yang akan mengakibatkan banyak nyawa, harta benda, alam sekitar dan kasih
sayang musnah dalam tempoh yang sekejap sahaja. Ini terbukti atas apa
yang berlaku pada 11/9/01 yang lepas di mana WTC di New York dan Pentagon
di Washington yang diserang telah mengorbankan bukan sedikit nyawa. Dengan
alasan serangan itu Amerika dan sekutu-sekutunya dengan begitu gopoh
sekali (tak sampai seminggu dah dapat ‘klu’ siapa master mindnya !!)
membuat keputusan untuk menyerang balik Afghanistan yang didakwa
melindungi Usamah bin Muhammad bin Laden. Bayangkanlah apa yang terjadi
nanti sekiranya betul-betul berlaku serangan besar-besaran ke atas negara
Afghanistan. Bukankah keputusan yang dibuat itu terlalu gopoh dan
tergesa-gesa. Betullah bahawa sifat gopoh itu datang dari syaitan.

Berbalik kita kepada tajuk asalnya, oleh kerana Allah lah yang membekalkan
sifat ini, jadi ia juga di antara ujian kepada manusia. Apakah boleh berjaya
atau tidak, manusia itu mendidik dan mendispinkan diri agar menjadi manusia
yang tenang. Biasanya manusia yang gopoh itu kerana jiwanya tidak tenang.
Sentiasa gelisah dan resah, lebih-lebih lagi jika ditimpa ujian. Ujian
golongan bawahan seperti miskin, orang tidak peduli, orang benci dll. Ujian
golongan biasa seperti ada saingan di dalam merebut jawatan, dilucutkan
jawatan, rugi di dalam perniagaan, tidak dilantik lagi menjadi menteri.

Manusia itu jika tidak berusaha mendidik dan bermujahadah dengan nafsu yang
gopoh-gapah dan benih gelojoh ini , maka benih gopoh yang semulajadi yang
Allah cipta dalam diri manusia ibarat benih pokok. Ia akan bertunas, berdaun
dan berbatang akhirnya membesar subur dan berbuah di waktu itu. Sifat
gopohnya benar-benar berakar umbi dan mendarah mendaging di dalam diri
manusia hingga menjadi tabiat, sikap dan seterusnya menjadi budaya hidupnya.

Apabila sifat gopoh telah mendarah mendaging, maka diwaktu itu amat sulit
sekali untuk membuangnya dan dengan sifat gopoh yang telah begitu subur di
dalam diri itu dia sedar bahawa tabiat gopohnya itu sangat menyusahkan dan
menyiksakannya. Namun untuk membuangnya amat sulit sekali. Kecuali berusaha
dan bersungguh-sungguh berjuang berhempas-pulas pula memerangi sifat gopoh
itu serta memohon kepada Allah SWT selalu agar membantunya membuang sifat
gopoh itu mungkinlah boleh. Justeru itulah manusia itu, sejak kecil lagi
memerlukan didikan yang berdasarkan Islam terutamanya oleh ibu bapanya.
Kemudian bagaimana hendak membentuknya agar jangan subur kerana membuangnya
100% dalam diri manusia adalah mustahil. Rasulullah bersabda yang lebih
kurang maksudnya “anak-anak itu ibarat kain putih, ibu bapanyalah yang
mencorakkannya samada jadi Yahudi, Nasrani atau Majusi atau manusia yang
berguna”. Rasulullah tak kata cikgu, kawan, pemimpin atau orang lain
yang corakkan anak kita tapi Rasulullah kata ibu bapanya. Para ibu bapa
atau yang bakal jadi ibu ayah kena ambil perhatian serius perkara ini agar
menjadikan rumahtangga sebagai satu institusi pendidikan yang berjaya
lahirkan anak-anak yang bertaqwa kepada Allah dan berguna pada manusia dan
makhluk Allah yang lain. Masalahnya sekarang ramai lagi para ibu bapa yang
lebih kurang macam Yahudi dan Nasrani juga dalam banyak sudut. Kalau begitu
bagaimana mungkin dapat melahirkan anak yang soleh.

Memanglah setiap yang negatif itu adalah mudah dikawal waktu benihnya lagi.
Apabila menjulur sahaja, pangkas, potong akhirnya dia akan bantut tapi kalau
dia dibiarkan menjadi sebatang pokok yang besar maka diwaktu itu kalau
dibiarkan menjadi sebatang pokok yang besar maka waktu itu sudah amat susah
dan sulit sekali untuk memusnahkannya.

Merbahayanya Sifat Gopoh.

Sifat gopoh jika ia telah dibiarkan tidak dididik dan tidak diasuh daripada
seorang yang kecil hingga terbiar sampai dewasa bahkan sampai tua, sifat
gopoh itu sangat merosakkan pada diri yang mempunyainya dan juga orang lain.
Di antara kejahatan dan keburukan yang timbul dari sifat gopoh:-

1. Mudah mengeluarkan kata-kata atau percakapan tanpa berfikir dahulu baik
buruknya. Akhirnya banyak tersalah . Rasulullah SAW bersabda: " Barangsiapa
yang percaya dengan Allah dan hari kemudian maka hendaklah ia berlaku baik
dan diam," Bila salah cakap banyaklah dosa akhirnya rosakkan diri dengan
masuk dalam api neraka. Sebab itulah kalau orang tuduh, kutuk, maki kita
depan-depan lebih baik diam saja dan pergi ambil wudhuk. Jangan cepat
menjawab kerana kalau kita melulu (gopoh) memberi aksi balas maka yang
sekilo akan jadi satu tan, yang seinci akan jadi semeter. Aduh! Susahnya nak
tahan kalau orang kutuk kita depan-depan. Anda boleh?

2. Dalam pergaulan dan perbincangan, orang yang ada sifat gopoh itu mudah
sahaja memotong cakap orang ramai menyebabkan orang tersinggung, banyak
orang benci, akhirnya berlaku perpecahan hati yang akan membawa perpecahan
yang lebih besar lagi. Maklumlah kita lebih tahu dan lebih betul, pangkas
dan potong sajalah cakap orang, takut-takut orang lain terkeliru, salah
faham dan tak mendapat maklumat sebenarnya, kononyalah.

3. Gopoh membuat sesuatu keputusan tanpa memikirkan lebih dahulu atau tanpa
berunding dengan orang-orang yang boleh dipercayai. Akhirnya keputusan itu
tersalah atau tidak jitu. Akibatnya penyesalan yang tidak berkesudahan.
Contohnya seorang hakim yang buat keputusan tergesa-gesa atau dipaksa oleh
pihak lain akan menyebabkan tertuduh menerima hukuman walaupun tidak
bersalah; atau menerima hukuman yang tidak setimpal seperti kes seorang
bekas ketua polis sebuah negara di zaman pra-sejarah beribu tahun dahulu,
yang hanya dipenjarakan 2 bulan setelah didapati bersalah menumbuk
sampai lebam biru pekat mata kanan musuhnya yang sebelum itu kawan baiknya.

4. Mudah menuduh atau menghukum, akibatnya selalu sahaja tersalah. Banyak
orang yang terfitnah dengan sebab kegopohan kita . Sedangkan fitnah itu
lebih dahsyat daripada pembunuhan. Teraniayalah orang itu. Kalau mereka
tidak sabar atau gopoh pula, dia akan menyerang kita. Seterusnya memusuhi
kita atau terheret kita ke mahkamah. Contohnya macam yang no 3 di atas
tapi saya nak tambah sedikit lagi tabiat pemerintah dan sebahagian
ulama-ulama makan gaji yang suka sangat tuduh golongan-golongan yang tak
sejalan dengan fikrah mereka sebagai sesat dan menyeleweng lantas
dikeluarkan fatwa golongan-golongan ini sesat, wajib dijauhi, tentang
kerajaan, militan dan sebagainya. Banyak yang sudah jadi mangsa seperti
Tabligh, PAS, Arqam tapi yang paling dahsyat adalah Arqam sampai terus kena
haram dan pemimpinya kena tahan ISA sampai hari ini serta ratusan juta
asetnya lenyap begitu saja. Ini kerja ulama dan pemerintahlah ni. Habis
semua rosak kalau ulama dan umara' rosak. Dalam semua kes-kes tuduhan ke
atas golongan-golongan yang tak sehaluan, sejalan dan dirasakan mencabar
kerajaan saya dapati tidak ada langsung ‘right to be heard’ ke atas
tertuduh. Semua jentera kerajaan termasuk badan-badan agama dan pihak
keselamatan diperkudakan agar menghalalkan fatwa atau kata-kata pemimpin
besar itu. Kiasannya begini, mulut tertuduh ditutup dan tangan tertuduh
diikat seterusnya dibelasah habis-habisan tanpa memberi hak mempertahankan
diri. Ini sangat bercanggah dengan undang-undang sekular apatah lagi
undang-undang Allah. Mungkin di rimba ada sistem sebegini. Akibat itu yang
tertuduh akan terzalim dan rakyat yang lain akan terkeliru. Rakyat yang
mendapat maklumat yang salah ini akan bertindak mengikut apa yang
diberitakan. Akibatnya berlakulah perselisihan dan perbalahan serta
perpecahan di kalangan umat Islam. Sekarang ianya sedang berlaku di negara
kita dan di dunia ini.

5. Daripada sifat gopoh itu mudah memukul orang, menyerang dan membunuh
orang. Timbullah kerosakan dari kejahatan dalam masyarakat. Selapas itu akan
berlaku dendam-mendendam . mungkin nanti masing-masing membawa klik atau
kawan-kawan masing-masing. Maka kerosakannya lebih besar lagi. Contoh,
Saddam serang Kuwait, Kuwait tak kuat nak lawan Saddam maka rajanya
As-Sabah jemput Amerika dan tentera bersekutu serang Saddam balik. Arab
Saudi pun tolong bagi tanah pada Amerika buat pengkalan tentera, Kuwait tak
payah cakaplah. Russia dan China sekutu Saddam tak sokong US. Ramai Umat
Islam lain tak sokong juga tapi Amerika tak kira, dia serang juga. Akhirnya
setelah lebih 10 tahun lebih 1 juta rakyat Iraq terkorban sama ada kena
peluru, bom, tak cukup makan atau penyakit. Satu dunia jadi kecoh. Inilah
akibat dari gopoh yang dilakukan oleh pemimpin. Semuanya gopoh termasuk
Saddam juga.

6. Daripada sifat gopoh, kita selalu sahaja mendapat malu padahal malu itu
menghilangkan maruah kita. Hilang wibawa kita. Hilang keyakinan orang.
Contohnya tuduhan melulu kerajaan Amerika bahawa pengebom di Oklahoma City
US beberapa tahun dulu dilakukan oleh militan Islam, akhirnya tertangkap
orang kulit putih satu agama dan satu negara dengan mereka yang
melakukannya. Bukankah ini memalukan si penuduh yang buat tuduhan
tergopoh-gapah. Hilanglah maruah mereka dan keyakinan manusia kepada
mereka.
Sabda Nabi Muhammad s.a.w. 
MAKSUD..

1. Agama itu nasihat.
2. Doa itu pati pada ibadat.
3. Manusia dibangunkan dengan siapa dia suka.
4. Tidak gopoh-gopoh dari Allah, bergopoh dari syaitan.
5. Majlis itu amanah.
6. Malu sebahagian dari iman.
7. Arak punca maksiat.
8. Orang yang beriman, tiada ada dendam & mulia. Orang yang celaka (terkutuk), berdendam.
9. Perbuatan zalim, bangkit dihari akhirat akan gelap.
10. Orang yang mula memberi salam, bebas dari takbur.
11. Dunia ini penjara kepada orang beriman, syurga kepada orang kafir. Maka apabila berpisah daripada dunia, maka keluar dari penjara.
12. Kayu Sugi (Siwak) sesuatu yang bersih (suci), sesuatu yang diredha ( disukai) oleh Allah.
13. Locing (muzik) adalah serunai syaitan.
14. Tangan yang diatas (memberi), lebih baik dari tangan dibawah (menerima).
15. Mengumpat lebih dahsat dari zinah menghilangkan pahala.
16. Berkadaan bersih sabahagian daripada iman.
17. Al-Qur'an itu penghujah (pembila) kepada engkau atau pendawa atas engkau.
18. Perempuan-perempuan adalah tali-tali jerat syaitan perangkap syaitan).
19. Orang yang memberi makan dan bersyukor, ia adalah seperti orang yang berpuasa dan ia adalah orang yang sentiasa bersabar.
20. Sifat sederhana dalam perbelanjaan separuh daripada kehidupan (kebahagian).
21. Sifat menghormati, kasih sayang kepada manusia separuh daripada kebijaksanaan.
22. Orang yang bertaubat dari pada dosa dia adalah seperti saorang yang tiada dosa.
23. Zikirullah adalah tujuh ratus kali lebih utama daripada membelanjakan sesuatu pada jalan Allah.
24. Bahawa pintu-pintu syurga ada lapan pintu, salah satu daripadanya diuntukan bagi orang yang berzikir sahaja.
25. Barang siapa menhormati dan memuliakan ahli-ahli bida'ah maka dia adalah menolong buat meruntuhkan agama.
26. Hendaklah kamu mengajar mayat-mayat mu akan mengucap kalimah LAA ILAHA ILLALLAH ketika ia meninggal maka diwajibkan syurga baginya.
27. Barang siapa menyembunyikan kesalahan seorang orang Islam, Allah akan menyembunyikan kesalahannya di dunia ini dan diakhirat Allah menolong hambaNya selagi hambaNya itu menolong saudaranya yang beragama Islam.
28. Semoga Allah s.w.t. merahmati seseorang yang menggantung tali (rotan) dalam rumahnya untuk mengajar keluarga rumahnya.
29. Seseorang yang terluput satu solatnya adalah seumpama seorang yang telah hilang segala kekayaan dan keluarganya.
30. Hendaklah bersyukur kepada Allah diatas segala nikmatNya.
31. Bagi orang alim itu tiga alamatnya: Bercakap yang benar menjauhkan yang haram dan merendahkan diri.
32. Manusia yang paling bahagia dengan Shafaatku ialah orang berkata LAA ILAAHA ILLALLAAH dengan ikhlas dari hatinya.
33. Sesungguhnya Allah mengharamkan api neraka terhadap orang yang mengatakan LAA ILAAHA ILLALLAH yang betul-betul menuntut keredaan Allah.
34. Sebaik-baik hamba, darjatnya pada Allah dihari kiamat ialah orang-orang yang banyak berzikir kepada Allah.
35. Siapa selawat ke atas ku seribu kali tiada mati ia sehingga digembirakannya dengan syurga (diperlihatkannya).
36. Paling hampir seorang hamba Allah dari Tuhannya ialah ketika mana dia dalam sujud, maka banyaklah berdoa padaNya.
37. Dan siapa selawat ke atas ku seribu kali, maka Allah mengharamkan tubuhnya atas api neraka.
38. Orang yang bahagia (beruntung) itu tiga alamatnya: Makanan yang halal, duduk bersama orang-orang alim ( ulamak) dan sembahyang lima waktu bersama imam.
39. Nabi Muhammand S.A.W. bersabda: Engkau hendaklah percaya:
? Kepada Allah iaitu diriNya dan yang berkaitan denganNya.
* Hari Kiamat.
* Para -para Malaikat.
* Kitab-kitab yang lalu.
* Semua Nabi-nabi.
* Kebangkitan selepas mati.
* Takdir ialah segala yang baik atau jahat datang daripada Allah.
* Engkau mengaku bahawa tiada ada Tuhan yang selayaknya disembah
melainkan Allah dan Nabi Muhammad s.a.w. ialah pesuruhNya.
* Bahawa pada ketika setiap sembahyang, engkau dirikan sembahyang pada
ketika waktunya yang betul setelah mengimbil wudhu dengan sempurna.
* Bayar zakat.
* Puasa pada bulan Ramadhan.
* Mengerjakan Haji jikalau kamu ada kekayaan (mampu).
* Kamu hendaklah mengerjakan dua belas sembahyang Muakkad setiap hari,
(Mengikut hadis yang lain, dua belas rakaat itu di nyatakan sebagai dua rakaat sebelum sembahyang Fardhu Subuh atau Fajar dan sembahyang2sunat
sebelum dan selepas sembahyang fardhu
* Engkau janganlah terlepas sembahyang Witir pada Waktu malam.
Sembahyang Witir adalah wajib (kurang daripada fardhu dan lebih penting
daripada sunat) dan ianya khususnya ditegaskan.
* Engkau janganlah menyengutukan sesuatu dengan Allah.
* Engkau jangan mendurhakai kedua ibubapamu.
* Engkau janganlah memakan harta anak-yatim (secara tidak adil).
* Engkau janganlah meminum miniuman keras.
* Engkau janganlah melakukan zina.
* Engkau janganlah bersumpah palsu.
* Engkau janganlah menurut nafsu haiwan kamu.
* Engkau janganlah mengumpat saudara Muslim kamu.
* Engkau janganlah membuat dakwaan palsu terhadap perempuan yang suci
(atau lelaki yang suci).
* Engkau janganlah ada perasaan jahat terhadap saudaramu yang Islam
* Engkau Janganlah menghabiskan masamu dengan melakukan perkara yang
sia-sia.
* Engkau jangan mencampuri orang-orang yang menghabiskan masanya dengan
tiada punya tujuan.

Nabi Muhammand S.A.W. bersabda: Engkau hendaklah percaya:
?
* Engkau jangan memanggil orang pendek Hai!, kamu yang pendek dengan
niat untuk mencari keaibpan dirinya atau mengunakannya untuk mengejek-
ngejek tidak dibenarkan.
* Engkau jangan melakukan jenaka dengan menjadikan orang, lain sebagai
mangsanya.
* Engkau jangan membuat fitnah terhadap orang slam yang lain.
* Engkau hendaklah bersyukur kepada Allah diatas segala nikmatNya
* Engkau hendaklah istiqamah (tetap teguh) didalam menghadapi penanggungan dan malapetakaan.
* Engkau janganlah berasa tidak ambil pedulik dengan azab Allah.
* Engkau janganlah memutuskan tali persaudaraan diantara keluarga
* Engkau mesti menunaikan kewajipanmu terhadap keluargamu.
* Engkau jangan sekali-kali mengutuk akan mana-mana makhluk Allah
* Engkau hendaklah selalu mengingati dan memuji-muji Allah dengan mengucap (SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHHUAKBAR).
* Engkau janganlah terlepas dari sembahyang jumaat dan sembahyang sunat
Aidil Fitri (sembahyang hariraya).
* Engkau hendaklah percaya apa saja yang baik dan buruk yang menimpa
kamu adalah ditakdirkan dan tidak dapat dielakan dan juga apa saja yang
kamu tertinggal kamu ditakdirkan untuk melakukannya.
* Engkau jangan tinggalkan membaca Al-Al-Qur'an didalam apa saja keadaan
40. Sesiapa taat kepada Ku ( Nabi Muhammad s.a.w. ) maka ia ta'at kepada Allah.
41. Orang yang bijak ialah sesaorang yang menghitungkan
(menilai) dirinya serta ia beramal dan amalan yang dibuat untuk selepas mati.
42. Orang yang bodoh, mereka yang mengikut dirinya
(mengikut keinginan hawa nafsunya) dan beranggan-anggan pada Allah.
43. Orang yang beriman ialah tempat berjinak. Sebaliknya tidak ada kebaikan dan tidak boleh berjinak dan keperluan daripadanya.
44. Kekayaan ini akan menimbulkan sifat berpura-pura di dalam hati seperti mana air menumbuhkan tumbuh-tumbuhan.
45. Jika umatku mengetahui dengan sebenar-benarnya, akan keutamaan bulan Ramadhan, maka mereka berharap seluruh tahun itu sepatutnya menjadi bulan Ramadhan.
46. Berpuasa pada bulan Ramadhan dan berpuasa sebanyak tiga hari setiap bulan, menjauhkan fikiran jahat daripada hati (membersihkannya)
47. Zikir yang termulia ialah LAA ILLAHA ILLALLAH dan doa yang terbaik ialah ALHAMDULILLAH.
48. Wahai orang-orang yang beriman, ingatlah dunia ini hanyalah tempat tinggal sementara saja, akhirat jua tempat tinggal untuk selama-lamanya.
49. Siapa yang kasih kepada Allah, dia akan kasih orang yg Allah kasih.
50. Siapa yang kasih orang yang Allah kasih, maka dia akan kasih kepada amalan orang yang Allah kasih.
51. Barang siapa yang kasih kepada amalan orang yang Allah kasih, maka Allah akan kasih akan dia, hingga tiada orang yang mengasihi akan dia dan mengenalinya.
52. Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada tubuh badan kamu dan tidak juga kepada paras rupa kamu, tetapi kepada hati-hati kamu.
53. Siapa yang menunjukan kepada kebaikan, dia memperolehi pahala sebanyak orang yang memperbuatnya. (iaitu membuat kebaikan itu).
54. Sesaorang yang berbicara akan sesuatu tampa menghiraukannya sedikitpun, walahal dengan kerananyalah ia akan dilemparkan ke dalam neraka jahanam.
55. Tidak akan masuk syurga orang yang dalam hatinya terdapat rasa takbur (rasa besar hati) meskipun sebesar atom.
56. Tidak beriman seseorang kamu melainkan bila aku (Rasulullah) lebih dicintainya dari bapanya, anaknya, dirinya dan seluruh manusia.
57. Solat itu merupakan tiang agama, maka barang siapa yang menegakkan -nya bererti telah menegakan agama dan barang siapa yang meninggalkannya bererti ia telah merobohkan agama.
58. Apakah hak-hak ibubapa?. Baginda menjawab: Mereka adalah jannahmu dan jahannammu, yakin kesukaan mereka akan membawamu ke syurga sebaliknya kemarahan mereka mengheretmu ke neraka.
59. Apabila seorang anak yang taat melihat dengan perasaan kasih sayang dan cinta terhadap kedua ibubapanya, ganjaran bagi pandangan yang sedemikian ialah sama dengan haji yang makbul.
60. Kamu hendaklah perintahkan orang-orang supaya berbuat baik dan menegah dari perkara-perkara yang mungkar, kalau tidak Allah akan menurunkan azab yang pedih ke atas kamu dan doa kamu tidak akan diterima olehNya.
61. Umur umatku akan datang adalah diantara 60 hingga 70 tahun sahaja, sebaliknya adalah sedikit bilanganya.
62. Barang siapa melihat sesuatu kemungkaran dilakukan di hadapannya maka hendaklah dia menegahnya dengan tanganya, jika dia tidak berkuasa maka hendaklah dia menegahnya dengan lidahnya dan jika dia tidak dapat berbuat demikian maka hendaklah dia merasa benci didalam hatinya dan ini adalah Iman yang selemah-lemahnya.
63. Barang siapa membenci maksiat di dalam hati sajapun, ia adalah seorang yang benar-benar beriman. (Tetapi adalah iman yang paling lemah ).
64. Hendaklah kamu berzikir sebanyak-banyaknya sehingga orang menyatakan kamu gila dan orang-orang munafik mengangapkan kau ahli ria.
65. Nabi S.A.W. bersabda: Sejuk pandangan mataku ialah dalam bersolat.
66. Sabda Rasulullah S.A.W.:
a. Siapa yang memberi makan kepada orang yang lapar, dia akan diberi makan
di hari kiamat di padang mahsyar ketika mana tidak makanan yang akan
dimakan dan terlalu sangat lapar.
b. Siapa yang memberi pakaian kepada orang yang bertelanjang (tiada berbaju) maka Allah akan beri pakaian kepadanya dipadang Mahsyar ketika mana
tiada seorang pun yang berpakaian.
c. Siapa memimpin orang buta dengan tangan kirinya, maka dia akan dipimpin
oleh orang buta dengan tangan kanannya di hari kiamat di padang Mahsyar.
67. Setiap kesulitan yang menimpa seorang muslim, maka hal itu bisa jadi penghapus dosanya, walaupun hanya kerana tersusuk duri.
68. Aku diminta dibukakan pintu syurga, maka bertanyalah penjaganya `Siapa anda ?' Jawabku `Muhammad' lalu ia berkata `Sesungguhnya aku diamanahkan supaya tidak membukanya (pintu syurga) untuk seseorang pun sebelum engkau?.
69. Tanda iman adalah mencintai (para sahabat) Ansar dan tanda kemunafikan adalah membenci (para sahabat) Ansar.
70. Izinkanlah orang-orang perempuan pada malam hari (pergi bersolat) di masjid.
71. Allah menolak taubat mereka yang membunuh orang mukmin.
72. Sedekah itu bermula dengan dirimu, kemudian keluargamu. Jika berlebihan maka untuk kerabatmu dan seterusnya.
73. Mulakanlah sedekah itu dengan orang yang menjadi tanggunganmu.
74. Bergembiralah kamu dan orang-orang di belakangmu, bahawa sesungguhnya barang siapa bersaksi tiada Tuhan selain Allah dengan benar tampa kesaksiannya ia masuk syurga.
75. Pekara haram yang paling dimurkai oleh Allah adalah talak.
76. Laki-laki yg paling dimurkai Allah adalah yang bengis, yang suka bermusuhan.
77. Abu Bakar dan Umar adalah pemimpin-pemimpin orang-orang tua, ahli syurga dari yang mula-mula dan yang akhir-akhir selain para Nabi dan Rasul.
78. Jibril telah datang kepadaku menyampaikan khabar gembira ` Sesungguhnya barang siapa dari umatku mati (dengan) tidak mempersekutukan sesuatu kepada Allah dia masuk syurga.
79. Barangsiapa dari umatku membaca selawat atasku satu kali Allah menetapkan sepuluh kebaikan, menghapuskan daripadanya sepuluh keburukan, mengangkat untuknya sepuluh darjat.
80. Barang siapa mendirikan rumah ibadah (masjid) bagi Allah menjaga kebersihannya, maka Allah akan menyediakan sebuah rumah di syurga bersama seorang bidadari.
81. Mimpi yang paling tepat/benar pada waktu sahur.
82. Allah beri keberatan pada orang yang bersahur .
83. Mencari rezki yang halal suatu yang difardukan, setelah ditunaikan suatu fardu yang pertama.
84. Sesuatu yang sedikit dan mencukupi lebih baik dengan sesuatu yang banyak dan melekakan.
85. Tuntutlah ilmu dari buaian hingga akhir hayat/liang lahat.
86. Sesiapa yang menuntut ilmu Allah akan mudahkannya jalan kesyurga.
87. Menuntut ilmu satu kefarduan.
88. Celakalah mereka, sesiapa yang datang dan perginya Ramadhan tampa mendapat keampunan.
89. Orang yg beriman, dia adalah seperti seorang lelaki jika mengadu matanya, seluruh anggota badan akan membantu. Dan jika mengadu sakit kepala, seluruh badan akan mengadu sakit.
90. Orang yang bijak ialah orang yg sentiasa selalu beringat berkerja untuk akhirat dan orang yang lalai/rugi adalah orang yang lupa meyadiakan bekalan untuk akhirat.
91. Barang siapa yg matinya mensaksi hak dunia, Allah Taala akan jadi kan ia miskin dimata (sisi) Allah.
92. Barang siapa hendak memulakan sesuatu dengan niat untuk akhirat, Allah Taala akan jadikan ia kaya dalam hatinya.
93. Ada tiga tanda orang munafik:
1. Apabila berbicara ia berdusta
2. Apabila berjanji ia mungkar
3. Apabila dipercayai ia berkhianat
94. Didunia ini, anak Adam benci 2 perkara.
a. Berani kepada mati - mati lebih baik daripada kita difitnah.
b. Benci kepada sedikit harta - pada hal harta sedikit hisab di akhirat.
95. Manusia diakhirat akan ditanya, dimana ketika kamu sihat dan air apa yang kamu minum.
96. Datangilah ladangmu (isterimu) sebagimana kamu suka, berilah ia makan apabila engkau makan, berilah ia pakaian, jangan engkau menghinanya atau memukulnya.
97. Datanglah undangan apabila kamu diundang.
98. Sentiasalah kamu menggunakan minyak zaiton, sesunguhnya ia di keluarkan dari kayu yang diberkati.
99. Bermula kebaikan ialah cantik akhlak dan dosa sesuatu yang membimbangkan (menakutkan) dalam diri engkau dan kamu tidak suka bahawa perkara yang dibuat diketahui orang.
100. Fasik itu adalah helang, tikus, kala jengking dan anging gila.
101. Apabila sesaorang yang sembahyang tiada sembahyang selepas itu.
102. Apabila sesaorang mengetahui siapa dikiri dan dikanan ketika ia sembahyang, akan rosaklah sembahyangnya.
103. Andai kata sesaorang itu sembahyang sedang ia mengantuk, berhentilah sembahyang itu.
104. Ketika sembahyang janganlah kamu menguwap, menguwap ketika sembahyang perbuatan ganguan syaitan.
105. Sesungguhnya sembahyang itu mengelakan daripada melakukan dosa besar dan dosa kecil (kejahatan/kemungkaran).
106. Tiada erti kaya memiliki harta, banyak kebun tetapi yang kaya sesungguhnya ialah kaya jiwa.
107. Tidakkah dua ekor singa lapar dimasukan kedalam kandang kambing sangat bahaya. Adalah lebih bahaya orang-orang berpangkat dan berharta dan mencintainya daripada akhirat.
108. Buat perkara baik jangan bertangguh-tangguh kerana mati itu datang mengejut. Jangan sekali-kali kita terpengaruh dengan lemah lembut.
109. Aku benci kepada orang munafik tetapi hendaklah kamu bersabar.
110. Apabila kamu merasa terbuku di dalam hati, hendaklah sembahyang sunat Istikarah 7 kali.
111. Tiap-tiap manusia dijadikan secara mudah oleh Allah.
112. Ibubapalah guru yang pertama mendidik anak-anak.
113. Tunaikan amanah kepada orang-orang mempercayaimu dan jangan engkau mengkhianat orang yang mengkhianatimu.
114. Pendekkanlah misai-misai kamu dan biarkanlah janggut-janggut.
115. Dihalalkan memakai emas dan sutera bagi kaum perempuan umatku dan diharamkan atas kaum lelaki.

Marah Itu Dari Syaitan

Topik dalam kolum Mega Fokus hari ni.. Beberapa cara mengatasi marah untuk dikongsi:

Mengubah posisi - Rasulullah SAW bersabda "Apabila salah seorang dari kamu marah dan ketika itu ia dalam keadaan berdiri, maka hendaklah ia duduk. Kerana itu akan menghilangkan marahnya. Dan kalau tidak, maka hendaklah ia berbaring" (Riwayat Muslim)

Berwuduk - Rasulullah SAW bersabda "Marah itu datangnya daripada syaitan dan syaitan itu diciptakan dari api, sedangkan api itu hanya dipadamkan dengan air. Oleh itu, apabila salah seorang antara kamu marah, maka hendaklah ia berwuduk" (Hadis Riwayat Abi Daud)

Minum Air

Mendiamkan diri ketika marah

Berlindung kepada Allah daripada syaitan

Meluahkan perasaan marah dalam keadaan dan masa yang sesuai

Berfikiran positif

Belajar menyampaikan kemarahan secara positif. Elakkan daripada memekik atau bertindak garang

Bawa bertenang seperti menarik nafas

Senyum, kerana senyuman mampu meredakan marah - So senyumlah selalu :) Bak kate Malique dan Najwa dalam lagu Senyum "kalau kita senyum, semua orang berjangkit, bila semua orang senyum, dunia tiada penyakit" 




 Allah Ta’ala telah menyebutkan di dalam banyak ayat dalam al-Qur`an bahwa syaitan adalah musuh yang nyata bagi kita. Di antaranya firman Allah Ta’ala, artinya, “Dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan; karena sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu.” (QS. al-Baqarah: 168).

Dan Allah Ta’ala juga telah menjelaskan, betapa syaitan sangat bersungguh-sungguh untuk menyesatkan hamba-hamba Allah Ta’ala dari jalanNya, memalingkan mereka agar tidak beribadah kepada Allah Ta’ala semata (mentauhidkannya). Bahkan syaitan menakut-nakuti manusia dan mengganggu mereka di setiap hal dan di setiap aktiviti yang dilakukan oleh manusia.

 Maka tidak hairan kalau kita mendapatkan fenomena kerasukan  jin  yang acap kali terjadi pada seseorang yang berakhir dengan tragedi yang menyedihkan seperti orang tersebut menjadi gila atau dijemput ajalnya yang disebabkan oleh gangguan jin tersebut. Dan sekaligus menunjukkan betapa kita ini lemah, sehingga perlu  kepada perlindungan yang dapat melindungi kita dari gangguan syaitan ini. Dan tidak kita ragukan lagi bahawa tidak ada perlindungan yang dapat melindungi kita dari itu semua melainkan meminta perlindungan tersebut dari Dzat Yang Maha kuasa Allah Ta’ala yang menciptakan syaitan tersebut.


Ibnu al-Qayyim rahimahullah menyebutkan di dalam kitab Bada`i’u al-Fawa`id pada akhir juz ke dua, sepuluh sebab yang dengannya seorang hamba berlindung dari syaitan, yakni:

1)      Perlindungan Pertama: mengucapkan, Isti’adzah (أَعُوذُ بِاللَّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ.). Artinya: “Aku berlindung dengan Allah dari godaan syaitan yang direjam.”

Kemudian beliau menyebutkan dalil-dalilnya. Di antaranya, firman Allah Ta’ala , artinya, “Dan jika kamu ditimpa sesuatu godaan syaitan, maka berlindunglah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (QS. al-A’raf: 200)

Dan tidak diragukan lagi, bahwa Isti’adzah (memohon perlindungan kepada Allah Ta’ala) merupakan seutama-utamanya pendekatan diri (kepada Allah Ta’ala). Isti’adzah (itu sendiri) artinya, adalah perlindungan dan penjagaan sedangkan hakikatnya adalah pergi dari sesuatu yang anda takuti kepada orang (dzat) yang dapat melindungi anda.

2) Perlindungan kedua: Membaca dua surat al-Mu’awwidzatain (surat al-Falaq dan an-Nas).
Sesungguhnya kedua surat ini (al-Falaq dan an-Nas) memiliki pengaruh yang dahsyat dalam menjaga atau melindungi seorang hamba yang ikhlas dari kejahatan syaitan dan tipu dayanya yang lemah. Sebagaimana yang disebutkan dalam hadits, “Tidaklah berlindung orang-orang yang meminta perlindungan dengan yang lebih utama dari keduanya” (Surat al-Falaq dan Surat an-Nas)”. (HR. Abu Daud, dishahihkan oleh al-Albani).

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, “Wahai Ibnu ‘Abbas radhiallahu ‘anhu, mahukah kamu aku beritahu tentang sesuatu perlindungan yang paling utama yang dengannya orang-orang berlindung?. Dia menjawab, “Ya, wahai Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam” Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, “‘Qul A‘udzu bi Rabbi al-Falaq’ (surat al-Falaq) dan ‘Qul A’udzu bi Rabbi an-Nas’ (surat an-Nas), kedua surat ini.” (HR. Abu Dawud, dan dishahihkan oleh al-Albani). Karena pada keduanya terdapat permohonan perlindungan kepada Allah Ta’ala dari semua kejahatan/ keburukan. Ibnu Qayyim rahimahullah menguatkan, bahwa gangguan (was-was) berasal dari jin dan manusia.

3) Perlindungan ketiga: Membaca ayat kursi.

Dalilnya adalah hadits Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari, “Apabila kamu hendak berbaring di tempat tidurmu, maka bacalah ayat kursi, maka niscaya Allah Ta’ala akan senantiasa menjagamu dan syaitan pun tidak akan mendekatimu sampai waktu pagi tiba.” (HR. al-Bukhari). Dan banyak sekali dalil-dalil dari sunnah Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam tentang keutamaannya.

4) Perlindungan k empat: Membaca surat al-Baqarah.

Hal ini berdasarkan hadits Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu, “Janganlah kalian menjadikan rumah kalian seperti kuburan. Sesungguhnya rumah yang dibacakan surat al-Baqarah di dalamnya tidak akan dimasuki oleh syaitan.” (HR. Muslim)

5) Perlindungan kelima: Penutup/ dua ayat terakhir dari surat al-Baqarah.

Sebagaimana yang terdapat dalam hadits shahih yang marfu’, “Barangsiapa yang membaca dua ayat terakhir dari surat al-Baqarah dalam satu malam niscaya keduanya menjaganya dari segala kejahatan.” (Muttafaq ‘alaih). Dan dalam hadits yang lain, “Dan jika keduanya tidak dibacakan (dua ayat terakhir surat al-Baqarah) di dalam suatu rumah selama tiga malam, maka niscaya syaitan akan mendekatinya.” (HR. at-Tirmidzi, dishahihkan oleh al-Albani).

6) Perlindungan keenam: Membaca awal surat Haa Miim (surat al-Mu’min) sampai firman Allah Ta’ala, “Hanya kepada-Nyalah tempat kembali (semua makhluk)” dan ayat kursi.

Dalilnya adalah sebagaimana hadits yang diriwayatkan oleh at-Tirmidzi dari Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu secara marfu’, “Barangsiapa membaca Haa Miim (surat al-Mu’min) sampai (firman Allah Ta’ala), “KepadaNya lah tempat kembali” dan ayat kursi di waktu pagi niscaya dia akan terjaga dengan keduanya sampai dia berada di petang hari dan barangsiapa yang membaca keduanya di waktu sore niscaya dia akan terjaga dengan keduanya hingga dia berada di pagi hari.”

7) Perlindungan ke tujuh: Membaca,

(لَا إِلَهَ إِلا اللَّهَ وَحْدَهُ لا شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ),
artinya, “Tidak ada tuhan yang berhak diibadahi kecuali Allah semata, tidak ada sekutu bagiNya, milikNya kerajaan dan bagiNya segala pujian dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu,” sebanyak seratus kali.


Berdasarkan hadits Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, “Barangsiapa membaca, (لَا إِلَهَ إِلا اللَّهَ وَحْدَهُ لا شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ ) “Tidak ada tuhan yang berhak diibadahi kecuali Allah semata, tidak ada sekutu bagiNya, milikNya kerajaan dan bagiNya segala pujian dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu, sebanyak seratus kali dalam sehari, maka baginya pahala seperti/ sebanding dengan memerdekakan sepuluh orang budak, dan dicatat baginya seratus kebaikan, dihapuskan darinya seratus kesalahan atau dosa dan ia menjadi pelindung baginya dari godaan syaitan pada hari itu sampai ia berada di petang, dan tidak ada seorang pun yang membawa sesuatu yang lebih utama dari apa yang dibawa olehnya kecuali seorang yang mengamalkan lebih banyak dari itu.” (HR. al-Bukhari dan Muslim).

8) Perlindungan kelapan: Memperbanyak dzikir kepada Allah Ta’ala.

Banyak sekali hadits-hadits yang menjelaskan tentang hal tersebut, dan sungguh benar, bahwa syaitan lari, apabila mendengar adzan dikumandangkan dan begitu juga pada semua dzikir. Di antara hadits-hadits tersebut adalah hadits yang diriwayatkan oleh at-Tirmidzi, bahwasannya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, “Aku menyuruh kalian untuk berdzikir kepada Allah Ta’ala, sesungguhnya perumpamaan hal itu seperti perumpamaan seorang yang dikejar oleh musuhnya dengan cepat, sampai ia mendatangi sebuah benteng yang kokoh, lalu melindungi dirinya dari mereka. Begitu pun seorang hamba tidak lah ia menjaga atau melindungi dirinya dari godaan syaitan kecuali dengan berdzikir kepada Allah.” (HR. at-Tirmidzi, dia berkata, “Hadits Hasan Gharib Shahih”).

9)Perlindungan Kesembilan: Melakukan wudhu dan shalat.

Dan ini merupakan seagung-agungnya penjagaan atau perlindungan.

Ketika dalam keadaan marah dan syahwat, maka sungguh keduanya adalah api sedangkan wudhu dan shalat dapat memadamkannya. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, “Sesungguhnya marah itu dari syaitan, sedangkan syaitan diciptakan dari api, dan sesungguhnya api hanyalah dipadamkan dengan air, maka apabila salah seorang di antara kalian marah, hendaklah dia berwudhu.” (HR. Ahmad dan Abu Dawud).

10) Perlindungan Ke sepuluh: Menahan pandangan, ucapan, makan, dan berinteraksi dengan manusia secara berlebihan.

Hal ini dilarang kerana syaitan masuk bersamaan dengan sikap berlebihan ini. Dan kerana pandangan merupakan salah satu panah Iblis.

Sumber: Bada`i’u al-Fawa`id, Ibnu al-Qayyim rahimahullah dan An-Nuqath al-‘Asyarah adz-Dzahabiyah, Abdur Rahman bin ‘Ali ad-Dusari.

Marah itu percikan api dari Syaitan

Marah...
Marah merupakan bisikan syaitan. Ditambah pula dengan gelojak hawa nafsu. Syaitan menjadi pemangkin perasaan marah.

Sabda Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Sesungguhnya kemarahan itu dari syaitan dan syaitan itu dicipta dari api, dan api itu hanya boleh dipadamkan dengan air. Maka, apabila seseorang di antara kamu marah, hendaklah dia berwuduk."

(HR Abu Daud)

Marah...
satu perasaan yang ingin sangat untuk di elakkan walaupun sukar untuk dielakkan..
Manusia mana yang sukakan kemarahan,kan..

Marah...
Kawal lah perasaan amarah mu..
kelak akan binasakanmu...

Mohon lah pada Allah .. agar memberikan kesabaran kepada mu wahai ummat Allah..
Jangan terlalu mengikut amarah mu...sekiranya wujud @ timbul perasaan marah, luahkan kepada Allah.. Allah sahaja yang mampu memberikan ketenangan kepadamu... 

wallahuallam...

Marah itu dari syaitan

RASULULLAH SAW bersabda: "Marah itu datangnya daripada syaitan dan syaitan itu diciptakan daripada api, sedangkan api itu hanya dipadamkan dengan air. Oleh itu apabila salah seorang di antara kamu marah, maka hendaklah ia berwuduk" (Hadis Riwayat Abi Daud) .

"Sebab itu, ketika berdepan dengan orang yang sedang marah, kita disarankan untuk berwuduk dan mengerjakan solat sunat.

"Keadaan itu mampu melegakan keadaan kerana air yang digunakan berwuduk itu mampu meredakan kemarahan."

Perkara tersebut dijelaskan oleh Pensyarah Jabatan Undang-undang Islam, Kulliyah Undang-undang Ahmad Ibrahim, Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Prof. Madya Datin Dr. Paizah Ismail ketika diminta mengulas mengenai bagaimana mengatasi panas baran dalam kaedah Islam.

Jelas beliau, sifat marah atau panas baran ada dalam setiap diri seseorang. Namun ia bergantung kepada sejauh mana seseorang itu mengawal.

"Orang yang bersikap panas baran sebenarnya sedang berdepan dengan syaitan. Syaitan yang sedang mengapi-apikan dirinya supaya bertindak lebih ganas.

"Jadi elakkan api kemarahan itu dengan meminum sedikit air.

"Walaupun sedikit ia mampu mengurangkan api kemarahan yang sedang membara itu.

"Malah dalam Quran sendiri memberitahu air adalah kepada penawar yang menyembuhkan segala penyakit.

"Selain itu, kita juga disaran untuk mengubah posisi diri ketika sedang dalam keadaan marah.

"Keadaan itu juga mampu meredakan keadaan yang tengah membara itu.

"Sebab itu apabila kita marah, kita perlu cepat-cepat memperingati Allah dengan beristighfar. Yang paling baik bersolat bagi mengelakkan keadaan semakin serius. Keadaan itu sekali gus mampu mengurangkan api kemarahan yang ada pada dirinya,'' ujarnya.

Tidak dinafikan semua orang mempunyai sifat marah apabila ada sesuatu yang tidak kena, namun dalam Islam sendiri kita perlu mengawasi tindakan tersebut bagi mengelakkan daripada terus berlarutan.

Dalam situasi tersebut, berikan ruang individu itu meluahkan untuk melepaskan ketidakpuasan hati, sementara kita pula yang menjadi pendengar janganlah pula cuba memprovokasi keadaan tetapi sebaliknya cukuplah menjadi pendengar setia.

"Dalam situasi itu, dengarlah luahannya dengan keadaan tenang sekurang-kurang memberikan kelegaan dan ketenangan untuk meluahkan apa yang tersirat di hatinya,'' ujarnya lagi.

Sekiranya dimarahi anggaplah itu sebagai perantara untuk individu berkenaan melepas ketidakpuasan yang berlaku.

Cara mengatasi marah dalam Islam ialah:

* Mengubah Posisi. Rasulullah SAW bersabda: "Apabila salah seorang di antara kamu marah dan ketika itu ia dalam kedudukan berdiri, maka hendaklah ia duduk. Kerana hal itu akan menghilangkan marahnya. Dan kalau tidak, maka hendaklah ia berbaring." (Riwayat Muslim)

* Berwuduk. Rasulullah SAW bersabda: "Marah itu datangnya daripada syaitan dan syaitan itu diciptakan daripada api, sedangkan api itu hanya dipadamkan dengan air. Oleh itu apabila salah seorang di antara kamu marah, maka hendaklah ia berwuduk." (Hadis Riwayat Abi Daud).

* Minum air.

* Mendiamkan diri ketika marah.

* Berlindung kepada Allah daripada syaitan.

* Meluahkan perasaan dan masalah dalam keadaan masa dan tempat sesuai.

* Berfikiran positif.

* Belajar menyampaikan kemarahan secara positif dan terhormat. Elakkan daripada memekik atau bertindak garang.

* Bawa bertenang seperti menarik nafas.

* Senyum kerana senyuman mampu meredakan tekanan.

Mengawal perasaan marah

KAWAL kemarahan anda pada masa anda hampir naik radang dan melakukan sesuatu yang anda mungkin akan menyesalinya kemudian.
1.Tarik nafas panjang dan perlahan, kemudian kira dari satu hingga 10 apabila anda berasa bahang  kemarahan semakin meluap. Gunanya masa pernafasan ini ialah untuk menahan diri anda daripada melakukan sesuatu secara terburu-buru.
2. Cuba pertimbangkan keadaan yang menyakiti hati itu daripada semua sudut pandangan, bukan saja daripada diri anda, kerana mungkin pihak yang tersinggung itu tidak mempunyai pilihan lain. Pertimbangkan sama ada kemarahan anda itu mempunyai alasan yang kuat.
3. Fikir mengenai matlamat dan sebab yang menjadi punca kemarahan anda. Jangan cepat menyalahkan orang. Fokus ke atas punca sebenar yang mencetuskan kemarahan anda.
4. Ambil tindakan positif untuk memperbaiki keadaan itu selepas anda berada dalam keadaan fikiran lebih terkawal. Sebagai contoh, sekiranya anda merasakan ketua anda melayani anda secara tidak adil, tenangkan diri dulu dan kemudian bersemuka dengannya mengenai perkara itu. Kawal diri daripada melepaskan kemarahan dan melepaskan geram kepada orang bawahan atau rakan sejawat anda.
5. Keletihan boleh membuatkan anda lebih cepat marah dan mudah menjadi marah. Pastikan anda mendapat tidur yang cukup dan makan makanan berkhasiat.
6. Wujudkan satu program senaman yang tetap untuk melepaskan ketegangan dan sifat agresif masih ada secara fizikal.
7. Sekiranya anda tahu akan isu khusus yang membangkitkan kemarahan, elakkan daripada berhadapan dengannya.
8. Lambat atau berasa ketinggalan mungkin boleh mencetuskan kemarahan anda dengan lebih mudah. Jadualkan hari anda dengan memberikan masa lebih daripada cukup untuk berulang-alik dan membuat kerja lain yang perlu.
9. Elakkan melihat sesuatu keadaan dengan terlalu serius. Cuba cari sesuatu yang melucukan kerana ketawa boleh melenyapkan kemarahan dengan cepat 
Petua ISLAM Untuk Mengawal Perasaan Marah

1. Hendaklah melatih diri dengan akhlak yang mulia seperti sabar, lemah lembut, berhati-hati dalam membuat keputusan. Sifat ini hendaklah berpandu kepada contoh yang paling baik iaitu contoh yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w terutamanya contoh yang terdapat dalam Sunnahnya yang bersifat amali. Hendaklah mengawal dan menguasai diri ketika didatangi perasaan marah, iaitu dengan mengingati akibat buruk yang akan menimpa dan kelebihan pahala orang yang menahan marah serta memaafkan sahaja seseorang melakukan kesalahan yang menyebabkan dia marah, firman Allah S.W.T: “…Dan orang yang menahan kemarahan-nya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah) Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik.” (Ali Imran3-134)
2. Memohon kepada Allah supaya menjauhkannya daripada syaitan yang dilaknat. Panduan ini dinyatakan didalam Al-Quran melalui firman Allah S.W.T.: “Dan jika engkau dihasut oleh sesuatu hasutan daripada syaitan, maka mintalah perlindungan kepada Allah, sesungguhnya Allah Amat Mendengar lagi Amat Mengetahui.” (al-A’raf 7:200)
3. Meninggalkan tempat yang menyebabkan seseorang itu marah. Sabda Baginda: “Apabila seseorang kamu marah, sedang dia berdiri, maka duduklah, jika marahnya berhenti (maka baiklah) jika belum, maka hendaklah dia berbaring.” (Abu Daud)
4. Mengambil wuduk, sabda Nabi s.a.w.: “Sesungguhnya marah itu dari syaitan. Syaitan itu dijadikan daripada api,apabila kamu marah, maka hendaklah dia mengambil wuduk.” (Abu Daud) Oleh kerana besarnya bahaya marah, Nabi s.a.w. melarang keras seseorang daripada marah, dengan menyifatkan orang yang berjaya menahan diri daripada perasaan marah sebagai pahlawan yang berani. “Bukannya kuat (kerana dapat mengalahkan orang) dengan bergusti, tetapi kekuatan sebenarnya ialah orang yang dapat mengawal dirinya ketika marah.” (Al-Tirmizi

 

KHUTBAH JUMAAT

Tajuk :
Kemarahan Itu Dari Syaitan

OLEH : Ustaz Hj Mohd Zakuan Hj Tak

Sidang jumaat yang dirahmati.

Marilah kita bersama sama bertaqwa kepada Allah SWT, yakni dengan mengerjakan segala suruhannya, dan meninggalkan segala larangannnya. Mudah mudahan kehidupan kita akan diberkati di dunia dan di akhirat.

Berdirinya saya dimimbar jumaat yang mulia ini, adalah tidak lain dan tidak bukan untuk memberi peringatan agama kepada diri saya sendiri dan juga tuan tuan sidang jemaah yang dihormati Allah sekalian seperti mana firman Allah yang berbunyi:

“ Berilah peringatan, sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada sekalian mukmin “….az-zumar ayat 55.

Sidang jumaat yang berbahagia.

Di bulan febuari yang baru kita tinggalkan, banyak isu trajidis masyarakat yang dilapurkan di akhbar akbar tempatan, Bagi yang membacanya membuatkan kita menggeleng kepala, beristiqfar dan mengurut dada dan berfikir apa sudah terjadi kepada masyarakat majmuk di Negara ini yang mengalami penyakit social masyarakat yang semakin meruncing. Berita yang menakutkan, berita yang membimbangkan dilapurkan ada sahaja berlaku pada setiap hari.

Kelmarin berita seorang bapa tua yang dipukul oleh anak lelakinya sendiri dengan sebatang kayu yang berang dan tidak puas hati dengan cara pembahagian agihan harta pusaka. Diikuti pula dengan gemparnya berita seorang guru wanita yang terlalu marah dan telah menggunakan kasut tumit tingginya untuk mengetuk kepala anak muridnya hingga cedera dan bengkak dan ada yang menerima jahitan dikepala. Kemudian diikuti pula dengan laporan kes samun di ladang getah, yang begitu mudah, penyamun tadi mencantas tangan mangsa hingga putus, hanya untuk melarikan wang bukannya 2 billion, tetapi sekadar RM2,000 sahaja.

Berita trajidis tidak berakhir disini sahaja, malah keluar pula berita seorang suami yang terlalu marahkan isterinya, telah mencurahkan asid dibelakang badan isterinya kerana mengesyaki isterinya bermain kayu tiga dengan lelaki lain, dimana sebaik sahaja terlihat pesanan sms dari telefon bimbit isterinya. Selepas kejadian, kerana marah yang tidak tertahan, begitu mudah sisuami meneguk asid beracun tadi dengan niat membunuh diri, yang mengakibatkan beliau menjadi arwah 2 hari lalu, dan jenazahnya telahpun selamat dikebumi.

Ini tidak termasuk berita dari luar Negara yang semakin muak untuk ditatapi, tiada cerita lain melainkan cerita bom sana sini dan mencatatkan berapa mangsa yang mati. Kemelut pembunuh berani mati yang terjadi di negara negara Islam diserata dunia sudah tidak boleh debendung lagi. Ada sahaja korban yang melibatkan anak anak kecil dan orang orang yang tidak berdosa mati pada setiap hari. Terutama dinegara Iraq. Agaknya inilah sebahagian dari cubaan Allah terhadap penduduk penduduk di atas dunia ini, dan ianya menjelaskan kepada kita semua, bahawa dunia ini semakin bergolak dan semakin sampai ke penghujunnya usia tuanya.



Ayat Quran

Sidang jumaat yang dikasihi.

Namun cerita trajidis membunuh zuriat sendiri yang berlaku di Georgetown seminggu yang lalu pasti merentap hati dan perasaan sesiapa saja yang membacanya, kerana belum pun reda dua kejadian pembunuhan menyayat hati berlaku di Sentul, Kuala Lumpur, dimana seorang bapa berbangsa Cina telah mencekik kedua anaknya yang berusia 9 dan 7 tahun sehingga mati, manakala bapa malang tersebut turut mati akibat membunuh diri dengan meminum bahan peluntur yang berlaku pada 14 febuari yang lalu, dan sebelum itu pada 9 febuari pula, dimana salah seorang anak perempuan kembar berusia 5 tahun ditemui mati dibungkus dengan karung guni serta ditanam disebuah kebun kelapa sawit berhampiran pekan Taiping, yang dipercayai dibunuh oleh bapanya sendiri, Kini timbul pula kejadian anih terbaharu yang mengemparkan dimana seorang ibu muda berbangsa Melayu yang berusia 30 ‘an sanggup membunuh kejam dua anak lelakinya sendiri yang sedang nyenyak tidur.

Hadirin jumaat yang dikasihi,

Kita sedih lagi terkilan malah bercampur marah dan geram, kerana peristiwa ini dilakukan oleh anak bangsa kita sendiri yang menganut agama Islam yang suci ini. Islam mengutuk keras perbuatan membunuh yakni mengambil nyawa orang lain, Nyawa dibalas dengan nyawa, apatahlah lagi yang dibunuh itu zuriat kita sendiri. Bayangkan bayi yang berumur 5 bulan dan abangnya yang berumur 6 tahun, pastinya mengelepar kesakitan kerana tengkok mereka dijerut sesuatu bagi bertujuan membunuh mereka, yang dilakukan oleh ibu mereka sendiri yang tidak dapat mengawal perasaan marah yang dirasuk iblis dan syaitan.

Kita menyangka kejadian bunuh membunuh anak sendiri seperti ini, tidak akan boleh berlaku di negara kita yang aman damai dan mewah ini. Kalaupun berlaku ianya mungkin dari orang yang tidak mempunyai aqidah dan pegangan agama yang betul ataupun tidak siuman maupun gila.

Hadirin muslimin yang dikasihi.

Daripada siasatan awal kes ini, dikatakan berlaku perselisihan antara ibu muda berkenaan dengan suaminya kerana marah dan tidak berpuas hati terhadap tindakan suaminya yang curang sehingga sanggup menjadikan anak sendiri sebagai galang ganti bagi membalas dendam.

Daripada analisa pakar psikiatri, kejadian yang tidak berperi kemanusian ini adalah berpunca daripada rasa tertekan dan amarah yang meluap luap yang diikuti perbuatan tidak berperi kemanusiaan yang selalunya berbaur negatif. Kebanyakan yang berlaku adalah kerana tidak dapat mengawal atau melepaskan tekanan perasaan, timbul salah faham dan terlalu mengikut perasaan marah yang meluap-luap, tetapi tuan tuan yang dihormati, bahawa marah sehebat mana pun akan dapat dikawal jika kita redzo dan sabar serta pasrah dan akur bahawa segala galanya adalah ujian dari Allah SWT. Kita sedang diuji Tuhan. Ianya perlu diselesaikan secara berhemah dan ditangani secara berhikmah. Kita tidak boleh bertindak terburu buru, mengikut kata iblis dan kehendak nafsu, kerana marah itu nyatanya dari syaitan dan tugasan syaitan itu ialah menghasut manusia kearah kejahatan dan kesesatan.

Ayat quran

“Syaitan itu sentiasa membawa kamu kepada kesesatan”

Hakikatnya ketika marah itu, seronoknya diawal, pahitnya kemudian. Kita berasa seronok memarahi sesaorang yang bersalah, kerana orang yang kita balasah itu telah menerima habuan maki hamun kita, kita berasa puas, sebaliknya seandainya ketika itu kita menahan marah, memang pahit sekali pada awalnya, kerana kita mungkin dituduh dayus dan terlalu sabar, tetapi manis akhirnya. Walaupun hati kita sakit tetapi kesabaran itu manis apabila kita berjaya menahan hati dan nafsu amarah.

Didalam Islam digariskan panduan dan ilmu yang perlu dituntutii agar dapat mengawal diri dari menahan kemarahan. Marah adalah salah satu sifat mazmuhah, yakni sifat terkeji yang perlu dijauhi.

Sidang jumaat yang dikasihi.

Bersifat keji yakni marah atau cepat panas baran eloklah segera dijauhi terutama didalam mengharungi kehidupan kemelut rumah tangga. Pergeseran rumah tangga kerap terjadi kepada pasangan pasangan muda yang hari ini yang terdedah dengan pelbagai isu yang kebanyakkannya mengundang resiko yang bahaya. Isu membawa isteri orang ketika pulang dan pergi ketempat kerja, isteri intim dengan suami orang, isu penghantaran SMS yang berbau cinta, yang mana membuatkan banyak fitnah berlaku yang boleh menggugat hubungan rumah tangga sesaorang. Maka jika berlaku pertelingkahan dari isu seumpama ini, maka janganlah kita cepat marah dan melenting dan bertindak terburu buru tanpa soal selidik. Yang menyebabkan bermulanya berlaku pertengkaran kecil. kemudiannya akan berlaku pukul memukul dan sepak terajang, sedangkan Islam mengajar umatnya, tidak membenarkan memukul muka sesaorang isteri itu melainkan ditempat yang harus dipukul. Kadang kadang konfrantasi dengan isteri ini berlanjutan hingga anak anak yang tidak berdosa akan menjadi mangsa penderaan ibubapa, Lantaran memendam marah dendam berapi yang membara Mengakibatkan banyak perbuatan kejam boleh berlaku atas berpuncanya dari sifat MARAH kedua pasangan suami isteri tadi, kerana marah yang tidak dapat dikawal lagi, ada suami yang sanggup menceraikan isterinya dengan talak tiga sekali gus, yang akhirnya bila kebenaran telah diketahui baharu timbul rasa penyesalan yang amat sangat. Malangnya orang kita sangat suka menyesal kemudian seperti kata pepatah melayu “ Sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tidak berguna “ Maka sudah terlambat kerana nasi sudah menjadi bubur, terlajak perahu boleh diundur, terlajak cakap menyesal yang tidak sudah. Yang pastinya atas penceraian kita, anak anak yang tidak berdosa menjadi mangsa konflik ini,.

Saudara kaum muslimin yang dihormati.

Bersifat marah itu adalah berpunca dari perasaan panas hati kerana sesuatu sebab yang tertentu seperti tersinggung perasaan atau dihina, ditipu dan terasa diri dibuli. Apabila sesoarang itu marah, maka syaitan dan iblis akan menguasai nafsu untuk mengheret sesoorang itu menjadi lebih marah lagi, hingga kadang kadang akan bertindak diluar batasan kemanusian. Cuba kita lihat jika sesaorang itu terlalu marah maka telinganya, wajah mukanya akan menjadi merah padam, seluruh anggota mengeletar dan tidak dapat mengawal perasaan dan akan bertindak ageresif jika dicabar. Rasulullah pernah bersabda :

“Marah itu merosakkan iman, seperti jadam merosakkan madu” dan sabda baginda juga:

“ Tiada marah seseorang itu melainkan ia hampir kepada api neraka jahannam “

Maka apabila sesaorang itu marah maka perlunya segera kita mengambil wudu’ sepertmana sabda Rasulullah SAW”

“Bahawa marah itu daripada syaitan, dan syaitan itu dijadikan daripada api, dan sesungguhnya api itu dipadam dengan air, oleh itu apabila seseorang daripada kamu marah maka hendaklah ia mengambil wudu’”………

Mudah mudahan dengan khubah pendek yang didengari hari ini, semoga ianya menjadi panduan kehidupan agar diri kita semua dapat mengawal emosi marah yang sering terjadi kepada diri kita sendiri. Islam menganjurkan sepaya sifat marah itu biar bertempat. Ketahuilah bahawa semulia mulia insane ialah orang yang sabar ketika mengharungi api kemarahan didalam diri sendiri.



KHUTBAH JUMAAT
02 Mac 2007 / 12 Rabiulawal 1428 H
Tajuk : Kemarahan Itu Dari Syaitan

OLEH : Ustaz Hj Mohd Zakuan Hj Tak

Sidang jumaat yang dirahmati.

Marilah kita bersama sama bertaqwa kepada Allah SWT, yakni dengan mengerjakan segala suruhannya, dan meninggalkan segala larangannnya. Mudah mudahan kehidupan kita akan diberkati di dunia dan di akhirat.

Berdirinya saya dimimbar jumaat yang mulia ini, adalah tidak lain dan tidak bukan untuk memberi peringatan agama kepada diri saya sendiri dan juga tuan tuan sidang jemaah yang dihormati Allah sekalian seperti mana firman Allah yang berbunyi:

“ Berilah peringatan, sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada sekalian mukmin “….az-zumar ayat 55.

Sidang jumaat yang berbahagia.

Di bulan febuari yang baru kita tinggalkan, banyak isu trajidis masyarakat yang dilapurkan di akhbar akbar tempatan, Bagi yang membacanya membuatkan kita menggeleng kepala, beristiqfar dan mengurut dada dan berfikir apa sudah terjadi kepada masyarakat majmuk di Negara ini yang mengalami penyakit social masyarakat yang semakin meruncing. Berita yang menakutkan, berita yang membimbangkan dilapurkan ada sahaja berlaku pada setiap hari.

Kelmarin berita seorang bapa tua yang dipukul oleh anak lelakinya sendiri dengan sebatang kayu yang berang dan tidak puas hati dengan cara pembahagian agihan harta pusaka. Diikuti pula dengan gemparnya berita seorang guru wanita yang terlalu marah dan telah menggunakan kasut tumit tingginya untuk mengetuk kepala anak muridnya hingga cedera dan bengkak dan ada yang menerima jahitan dikepala. Kemudian diikuti pula dengan laporan kes samun di ladang getah, yang begitu mudah, penyamun tadi mencantas tangan mangsa hingga putus, hanya untuk melarikan wang bukannya 2 billion, tetapi sekadar RM2,000 sahaja.

Berita trajidis tidak berakhir disini sahaja, malah keluar pula berita seorang suami yang terlalu marahkan isterinya, telah mencurahkan asid dibelakang badan isterinya kerana mengesyaki isterinya bermain kayu tiga dengan lelaki lain, dimana sebaik sahaja terlihat pesanan sms dari telefon bimbit isterinya. Selepas kejadian, kerana marah yang tidak tertahan, begitu mudah sisuami meneguk asid beracun tadi dengan niat membunuh diri, yang mengakibatkan beliau menjadi arwah 2 hari lalu, dan jenazahnya telahpun selamat dikebumi.

Ini tidak termasuk berita dari luar Negara yang semakin muak untuk ditatapi, tiada cerita lain melainkan cerita bom sana sini dan mencatatkan berapa mangsa yang mati. Kemelut pembunuh berani mati yang terjadi di negara negara Islam diserata dunia sudah tidak boleh debendung lagi. Ada sahaja korban yang melibatkan anak anak kecil dan orang orang yang tidak berdosa mati pada setiap hari. Terutama dinegara Iraq. Agaknya inilah sebahagian dari cubaan Allah terhadap penduduk penduduk di atas dunia ini, dan ianya menjelaskan kepada kita semua, bahawa dunia ini semakin bergolak dan semakin sampai ke penghujunnya usia tuanya.

Ayat Quran

Sidang jumaat yang dikasihi.

Namun cerita trajidis membunuh zuriat sendiri yang berlaku di Georgetown seminggu yang lalu pasti merentap hati dan perasaan sesiapa saja yang membacanya, kerana belum pun reda dua kejadian pembunuhan menyayat hati berlaku di Sentul, Kuala Lumpur, dimana seorang bapa berbangsa Cina telah mencekik kedua anaknya yang berusia 9 dan 7 tahun sehingga mati, manakala bapa malang tersebut turut mati akibat membunuh diri dengan meminum bahan peluntur yang berlaku pada 14 febuari yang lalu, dan sebelum itu pada 9 febuari pula, dimana salah seorang anak perempuan kembar berusia 5 tahun ditemui mati dibungkus dengan karung guni serta ditanam disebuah kebun kelapa sawit berhampiran pekan Taiping, yang dipercayai dibunuh oleh bapanya sendiri, Kini timbul pula kejadian anih terbaharu yang mengemparkan dimana seorang ibu muda berbangsa Melayu yang berusia 30 ‘an sanggup membunuh kejam dua anak lelakinya sendiri yang sedang nyenyak tidur.

Hadirin jumaat yang dikasihi,

Kita sedih lagi terkilan malah bercampur marah dan geram, kerana peristiwa ini dilakukan oleh anak bangsa kita sendiri yang menganut agama Islam yang suci ini. Islam mengutuk keras perbuatan membunuh yakni mengambil nyawa orang lain, Nyawa dibalas dengan nyawa, apatahlah lagi yang dibunuh itu zuriat kita sendiri. Bayangkan bayi yang berumur 5 bulan dan abangnya yang berumur 6 tahun, pastinya mengelepar kesakitan kerana tengkok mereka dijerut sesuatu bagi bertujuan membunuh mereka, yang dilakukan oleh ibu mereka sendiri yang tidak dapat mengawal perasaan marah yang dirasuk iblis dan syaitan.

Kita menyangka kejadian bunuh membunuh anak sendiri seperti ini, tidak akan boleh berlaku di negara kita yang aman damai dan mewah ini. Kalaupun berlaku ianya mungkin dari orang yang tidak mempunyai aqidah dan pegangan agama yang betul ataupun tidak siuman maupun gila.

Hadirin muslimin yang dikasihi.

Daripada siasatan awal kes ini, dikatakan berlaku perselisihan antara ibu muda berkenaan dengan suaminya kerana marah dan tidak berpuas hati terhadap tindakan suaminya yang curang sehingga sanggup menjadikan anak sendiri sebagai galang ganti bagi membalas dendam.

Daripada analisa pakar psikiatri, kejadian yang tidak berperi kemanusian ini adalah berpunca daripada rasa tertekan dan amarah yang meluap luap yang diikuti perbuatan tidak berperi kemanusiaan yang selalunya berbaur negatif. Kebanyakan yang berlaku adalah kerana tidak dapat mengawal atau melepaskan tekanan perasaan, timbul salah faham dan terlalu mengikut perasaan marah yang meluap-luap, tetapi tuan tuan yang dihormati, bahawa marah sehebat mana pun akan dapat dikawal jika kita redzo dan sabar serta pasrah dan akur bahawa segala galanya adalah ujian dari Allah SWT. Kita sedang diuji Tuhan. Ianya perlu diselesaikan secara berhemah dan ditangani secara berhikmah. Kita tidak boleh bertindak terburu buru, mengikut kata iblis dan kehendak nafsu, kerana marah itu nyatanya dari syaitan dan tugasan syaitan itu ialah menghasut manusia kearah kejahatan dan kesesatan.

Ayat quran

“Syaitan itu sentiasa membawa kamu kepada kesesatan”

Hakikatnya ketika marah itu, seronoknya diawal, pahitnya kemudian. Kita berasa seronok memarahi sesaorang yang bersalah, kerana orang yang kita balasah itu telah menerima habuan maki hamun kita, kita berasa puas, sebaliknya seandainya ketika itu kita menahan marah, memang pahit sekali pada awalnya, kerana kita mungkin dituduh dayus dan terlalu sabar, tetapi manis akhirnya. Walaupun hati kita sakit tetapi kesabaran itu manis apabila kita berjaya menahan hati dan nafsu amarah.

Didalam Islam digariskan panduan dan ilmu yang perlu dituntutii agar dapat mengawal diri dari menahan kemarahan. Marah adalah salah satu sifat mazmuhah, yakni sifat terkeji yang perlu dijauhi.

Sidang jumaat yang dikasihi.

Bersifat keji yakni marah atau cepat panas baran eloklah segera dijauhi terutama didalam mengharungi kehidupan kemelut rumah tangga. Pergeseran rumah tangga kerap terjadi kepada pasangan pasangan muda yang hari ini yang terdedah dengan pelbagai isu yang kebanyakkannya mengundang resiko yang bahaya. Isu membawa isteri orang ketika pulang dan pergi ketempat kerja, isteri intim dengan suami orang, isu penghantaran SMS yang berbau cinta, yang mana membuatkan banyak fitnah berlaku yang boleh menggugat hubungan rumah tangga sesaorang. Maka jika berlaku pertelingkahan dari isu seumpama ini, maka janganlah kita cepat marah dan melenting dan bertindak terburu buru tanpa soal selidik. Yang menyebabkan bermulanya berlaku pertengkaran kecil. kemudiannya akan berlaku pukul memukul dan sepak terajang, sedangkan Islam mengajar umatnya, tidak membenarkan memukul muka sesaorang isteri itu melainkan ditempat yang harus dipukul. Kadang kadang konfrantasi dengan isteri ini berlanjutan hingga anak anak yang tidak berdosa akan menjadi mangsa penderaan ibubapa, Lantaran memendam marah dendam berapi yang membara Mengakibatkan banyak perbuatan kejam boleh berlaku atas berpuncanya dari sifat MARAH kedua pasangan suami isteri tadi, kerana marah yang tidak dapat dikawal lagi, ada suami yang sanggup menceraikan isterinya dengan talak tiga sekali gus, yang akhirnya bila kebenaran telah diketahui baharu timbul rasa penyesalan yang amat sangat. Malangnya orang kita sangat suka menyesal kemudian seperti kata pepatah melayu “ Sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tidak berguna “ Maka sudah terlambat kerana nasi sudah menjadi bubur, terlajak perahu boleh diundur, terlajak cakap menyesal yang tidak sudah. Yang pastinya atas penceraian kita, anak anak yang tidak berdosa menjadi mangsa konflik ini,.

Saudara kaum muslimin yang dihormati.

Bersifat marah itu adalah berpunca dari perasaan panas hati kerana sesuatu sebab yang tertentu seperti tersinggung perasaan atau dihina, ditipu dan terasa diri dibuli. Apabila sesoarang itu marah, maka syaitan dan iblis akan menguasai nafsu untuk mengheret sesoorang itu menjadi lebih marah lagi, hingga kadang kadang akan bertindak diluar batasan kemanusian. Cuba kita lihat jika sesaorang itu terlalu marah maka telinganya, wajah mukanya akan menjadi merah padam, seluruh anggota mengeletar dan tidak dapat mengawal perasaan dan akan bertindak ageresif jika dicabar. Rasulullah pernah bersabda :

“Marah itu merosakkan iman, seperti jadam merosakkan madu” dan sabda baginda juga:

“ Tiada marah seseorang itu melainkan ia hampir kepada api neraka jahannam “

Maka apabila sesaorang itu marah maka perlunya segera kita mengambil wudu’ sepertmana sabda Rasulullah SAW”

“Bahawa marah itu daripada syaitan, dan syaitan itu dijadikan daripada api, dan sesungguhnya api itu dipadam dengan air, oleh itu apabila seseorang daripada kamu marah maka hendaklah ia mengambil wudu’”………

Mudah mudahan dengan khubah pendek yang didengari hari ini, semoga ianya menjadi panduan kehidupan agar diri kita semua dapat mengawal emosi marah yang sering terjadi kepada diri kita sendiri. Islam menganjurkan sepaya sifat marah itu biar bertempat. Ketahuilah bahawa semulia mulia insane ialah orang yang sabar ketika mengharungi api kemarahan didalam diri sendiri.




No comments:

Post a Comment