Wednesday, June 29, 2011

Khutbah Jumaat...singapura..Hikmah Pertistiwa Israk dan Mikraj


Khutbah Jumaat

Hikmah Pertistiwa Israk dan Mikraj

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Marilah kita bertaqwa kepada Allah, dengan melaksanakan segala perintahNya dan meninggalkan segala larangan dan tegahanNya.

Sekarang ini kita sudah berada di penghujung bulan Rejab, suatu bulan yang diharamkan berperang. Ia adalah bulan yang mulia, bulan dimana berlakunya sebuah peristiwa yang agung, iaitu peristiwa Israk dan Mikraj Rasulullah s.a.w. Peristiwa ini terakan dalam firman Allah s.w.t dalam surah Al-Isra’, ayat 1:
Ertinya: Maha suci Allah yang telah menjalankan hambanya pada waktu malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang Kami berkati sekelilingnya, untuk Kami memperlihatkan kepadanya tanda-tanda kami, sesungguhnya Dia  Maha Mendengar lagi Maha Melihat.

Perisitwa Israk dan Mikraj ini diriwayatkan berlaku pada malam 27 Rejab tahun ke 11 selepas Rasulullah s.a.w diangkat menjadi Rasul. Ketika tersebut  Rasulullah s.a.w yang sedang berihat di rumah di rumah Ummu Hani, sepupu Rasulullah s.a.w. Tiba-tiba dating malaikat Jibril a.s menjemput Rasulullah mengenderai seekor binatang yang dipanggil Buraq. Binatang tersebut membawa Rasulullah s.a.w dan malaikat Jibril dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa dan kemudian dari Masjidil Aqsa ke Sidratul Muntaha di langit yang ketujuh untuk bertemu Allah s.w.t.

Rasulullah s.a.w kemudian pulang ke kota Mekkah sebelum terbit matahari keesokannya. Pelayaran Rasulullah s.a.w dari Kota Mekkah ke Baitul Maqdis dan pulang kembali ke Kota 

Mekkah dalam masa tidak sampai satu malam, tidak dapat dipercayai oleh orang-orang Musyrik di kota Mekkah. Malah, mereka yang lemah iman mereka, turut tidak mempercayai peristiwa ini hingga sebahagian dari mereka keluar dari ugama Islam.

Saudara-saudara sekelian,
Peristwa israknya Rasulullah s.a.w iaitu perjalanan dari kota Mekkah ke Baitul Maqdis dalam kurang dari satu malam, membawa bersamanya beberapa pengajaran. Antara pengajaran yang boleh kita ambil adalah seperti berikut:

Pertama: Peristiwa ini adalah satu ujian dari Allah s.w.t terhadap keimanan orang-orang Islam. Siapakah diantara mereka yang utuh iman mereka dan yakin akan kebenaran Rasulullah s.a.w, dan siapakan yang ragu-ragu akan kebenaran Rasulullah s.a.w. Masyarakat ketika tersebut menganggap perjalanan begitu jauh dari Mekkah ke Baitul Maqdis dalam jangka waktu yang singkat seperti satu malam, adalah satu perkara yang mustahil. Maka ramai mendustakan Rasulullah s.a.w. Akan tetapi kita tahu sekarang ini bahawa ia bukanlah satu perkara yang mustahil kerana sudah ada kapalterbang yang boleh melakukan demikian. Begitulah saudara-saduara sekelian, Allah menguji keimanan setiap individu untuk dinilai betapa kukuh imannya. 

Pelajaran kedua adalah bahawa sebelum Rasulullah s.a.w dijemput untuk Israk dan Mikraj, dada Rasulullah s.a.w dibelah dahulu dan dikeluarkan hati beliau untuk mencucinya. Ini adalah satu pelajaran bahawa dalam kita berjalan menuju Allah s.w.t, dalam kita mendekatkan diri kepada Allah, hari kita mesti sentiasa dibersihkan dari sifat-sifat keji, apatah lagi unsure-unsur syirik dan kufur. Unsur syirik ini boleh terjadi apabila kita tidak menguatkan asas aqidah kita. Dan asas aqidah boleh diperkuatkan dengan mempelajari ilmu Tauhid.

Saudara-saudara sekelian,
Setelah Rasulullah s.a.w di israkkan dari Mekkah ke Baitul Maqdis, Rasulullah s.a.w di mikrajkan pula ke langit. Mikraj adalah perjalanan dari Baitul Maqdis ke langit yang penghabisa, ke Sidartul Muntaha untuk berjumpa Allah s.w.t.

Sesungguhnya dalam perjalanan Mikraj ini, Rasulullah s.a.w diperlihat dengan berbagai-bagai tanda kebesaran Allah. Antaranya adalah nikmat-nikmat di Syurga, dan berbagai azab api neraka yang menanti mereka yang engkar akan perintah Allah dan melakukan berbagai maksiat. Allah s.w.t telah memperlihatkan kepada Rasulullah keadaan manusia di neraka untuk menjadi i’tibar kepada manusia agar lebih bertaqwa kepada Allah s.w.t. 

Antara pengajaran yang boleh kita ambil dari peristiwa mikraj ini adalah seperti berikut:

Pertama: Allah s.w.t mensyariatkan, iaitu mewajibkan, solat lima waktu semasa Rasulullah menghadapNya ketika Mikraj ini. Ini menunjukkan betapa pentingnya ibadah solat ini. Dan Allah telah menunjukkan kepada Rasulullah s.a.w azab siksa yang menanti mereka yang tidak mengerjakan solat atau sengaja meninggalkan solat. Mereka akan memukul kepala mereka dengan besi yang tajam dan panas sehingga hancur kepala mereka. Setelah itu, Allah kembalikan kepala mereka seperti asal dan mereka pukul lagi sehingga hancur. Begitulah azabnya selama-lamanya. Saudara-saudara sekelian, ambil iktibar dari peristiwa ini. Janganlah kita tergolong dalam mereka yang disiksa dengan siksaan yang amat berat dan pedih ini. Lindungalah anak isteri kita dari azab siksa ini. Sesungguhnya solat adalah tiang agama. Siapa yang tidak mengerjakan solat, sesungguhnya dia telah merobohkan tiang agama. Orang yang tidak mengerjakan solat, dia menyamakan dirinya dengan orang kafir yang tidak dengan Allah. Firman Allah dalam surah Al-Ankabut ayat 45:

“Sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar. Dan sesungguhnya mengingati Allah (solat) adalah lebih besar keutamaannya dari ibadat-ibadat yang lain. Dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan”.

Pelajaran kedua yang boleh kita ambil dari persitiwa mikraj ini adalah ganjaran-ganjaran yang menanti mereka yang melakukan amal soleh. Antara nikmat Syurga yang menanti orang yang bersedekah dan mengeluarkan harta di jalan Allah, adalah bagai seorang yang menanam sebutir benih. Benih itu kemudian akan tumbuh kepada 7 cabang. Setiap cabang mempunyai 100 buah. Begitulah ganjaran yang menanti mereka yang menafkahkan harta mereka di jalan Allah.

Saudara-saudara sekelian,
Hari ini kita disajikan dengan peluang untuk menafkahkan sebahagian harta kita ke jalan Allah. Kita diberi peluang untuk membuat amal jariah, amal yang berterusan pahalanya walaupun kita sudah meninggal dunia. Amal yang akan 
membantu kita di kubur kelak. Marilah kita bersegara melakukan amalan tersebut.

Hari ini, masjid-masjid di Singapura mengadakan pungutan tabung bagi pelarian-pelarian rakyat Afghanistan yang perlukan bantuan kemanusiaan. Mereka adalah umat Islam, saudara-saudara kita. Maka menjadi tanggungjawab ke atas kita untuk membantu mereka bagi meringankan kesusahan yang ditimpa mereka.




No comments:

Post a Comment