Pelatih Puspen merusuh
LEDANG - Seramai 21 pelatih Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (Puspen), Muar mengambil kesempatan melarikan diri dalam kejadian rusuhan di pusat berkenaan di Sengkang, Bukit Gambir di sini malam kelmarin.
Bagaimanapun polis berjaya menahan semula seramai 16 daripada 21 pelatih yang meloloskan diri dalam kejadian itu.
Timbalan Ketua Polis Daerah Ledang, Deputi Supritendan Mohd. Salleh Abdul Razak berkata, kejadian rusuhan itu bermula apabila sekumpulan pelatih bertindak membakar beberapa bangunan termasuk bangunan pentadbiran, bangunan pemulihan dan stor serta pondok pengawal.
Menurutnya, pelatih berkenaan juga merosakkan lapan kenderaan dan dua motosikal di pusat berkenaan.
Katanya, pihak polis yang menerima panggilan pada pukul 9.15 malam telah tiba di tempat kejadian lima minit kemudian bagi mengawal keadaan rusuhan tersebut.
"Selepas pemeriksaan dilakukan, didapati terdapat 21 daripada 377 pelatih menghilangkan diri, pihak polis dengan segera menggerakkan operasi bagi menjejaki pelatih yang melarikan diri," katanya yang memberitahu punca rusuhan tersebut masih dalam siasatan.
Sindiket penipu antarabangsa lumpuh
PHNOM PENH - Beratus-ratus warga China dan Taiwan ditangkap di seluruh Asia termasuk Malaysia dalam satu operasi antarabangsa untuk menumpaskan komplot penipuan melalui telefon merentasi sempadan, kata pegawai-pegawai di beberapa negara semalam.
Kebanyakan tangkapan dibuat di Indonesia dan Kemboja dengan masing-masing 177 orang dan 166 orang ditahan dalam satu serbuan merentasi sempadan.
Serbuan dilakukan untuk mematahkan modus operandi penjenayah yang menggunakan perkhidmatan telefon Internet untuk menipu wang ribuan mangsa di rantau berkenaan.
Di Malaysia, polis menangkap 27 rakyat China dan 10 warga Taiwan di Sabah kerana menipu orang ramai supaya membayar saman trafik palsu.
Seramai 14 daripada yang ditahan di Sabah itu adalah wanita.
103 ditipu ejen pelancongan palsu
GEORGE TOWN - Hasrat kira-kira 103 orang termasuk 30 warga emas untuk bercuti ke Kota Kinabalu, Sabah kelmarin tidak kesampaian apabila mereka rupa-rupanya menjadi mangsa penipuan sebuah ejen pelancongan palsu.Kesemua mangsa hanya menyedari mereka ditipu ketika mahu mendaftar masuk di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) Bayan Lepas di sini pada pukul 6 petang kelmarin tetapi diberitahu tiada penerbangan ke Kota Kinabalu pada waktu itu.
Pakej pelancongan yang menggunakan risalah penginapan dari Internet itu didakwa oleh mangsa-mangsa itu diuruskan seorang koordinator percutian yang dilantik seorang lelaki yang mendakwa bekerja di sebuah syarikat penerbangan tempatan.
Bekas pengurus Giat Mara didakwa buat tuntutan palsu
BUTTERWORTH - Bekas Pengurus Kanan Pusat Komuniti Giat Mara Pongsu Seribu, Kepala Batas dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini semalam kerana mengemukakan tuntutan palsu berjumlah RM31,500 pada 4 Disember 2006.Tertuduh, Muhammad Zaini Md. Noor, 51, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan.
Dia dituduh mengemukakan butiran pesanan palsu bertarikh 6 September 2006 kepada Pembantu Tadbir Kanan pusat itu, Sariza Mohamad Rodhi bagi Syarikat Syahmis Utara Enterprise.
Ia bagi kontrak membekal, menghantar, memasang dan menguji satu unit papan litar suis utama 600A Lekapan Lantai sedangkan tiada pembekalan dibuat.
Muhammad Zaini didakwa mengikut Seksyen 11(c) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 16 Akta yang sama.
Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM), Fieza Fazlin Fandi yang mengendalikan kes tersebut menawarkan ikat jamin RM15,000 dengan alasan kesalahan tersebut serius.
Lagi makmal syabu dibongkar
AMPANG JAYA - Sebuah lagi makmal memproses dadah syabu dibongkar polis ekoran penahanan dua lelaki dan penemuan 23 kilogram dadah bernilai RM4.6 juta berserta 40 kilogram cecair syabu di sebuah kondominium Taman Ampang Utama di sini kelmarin.
Cecair syabu yang dirampas itu nilainya boleh mencecah RM10 juta.
Suspek berusia 26 dan 29 tahun ditahan oleh polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya selepas menerima maklumat orang awam pada pukul 1.40 petang selepas melihat gelagat dua lelaki mencurigakan berlegar-legar di tempat letak kereta di kondominium tersebut.
Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, ekoran penangkapan dua suspek itu, polis kemudian menemui bungkusan lutsinar dadah jenis syabu yang kesemuanya seberat 23 kilogram diletakkan dalam satu bagasi yang dibawa mereka.
"Siasatan lanjut, polis kemudian menyerbu sebuah rumah di tingkat 15 kondominium itu.
"Rumah itu disyaki dijadikan makmal untuk memproses dadah selepas polis menemui syabu belum siap diproses dalam bentuk cecair," kata beliau pada sidang akhbar di IPD Ampang Jaya di sini semalam.
Tindakan tembak mangsa wajar
KANGAR - Setelah 15 bulan berlangsung, prosiding inkues mengenai kematian seorang peniaga, Mohammad Tawfiq Noorzan (gambar kecil), 22, yang ditembak polis pada 2009 lalu berakhir semalam dengan Mahkamah Majistret memutuskan tindakan polis menembak pemuda terbabit adalah wajar.Majistret Nurshahida Abdul Rahim memberitahu, mahkamah berpendapat tiada unsur jenayah di sebalik kematian Mohammad Tawfiq dan kematian peniaga itu dikategorikan sebagai miss adventure (tidak dirancang).
Menurut Nurshahida, terdapat melebihi keraguan munasabah iaitu tidak ada sebarang kecuaian terhadap kematian Mohammad Tawfiq.
"Setelah meneliti fakta kes, mempertimbangkan bantahan pihak peguam dan hujah pendakwa raya serta peguam bela, kewajaran untuk mempertahankan diri didapati tiada unsur jenayah dalam kematian peniaga itu.
"Kematian mangsa berlaku tanpa dirancang untuk menjaga kepentingan awam dan keselamatan diri," kata beliau.
UMAT ISLAM MENGIKUTI
LANGKAH-LANGKAH YAHUDI DAN NASRANI
LANGKAH-LANGKAH YAHUDI DAN NASRANI
H.R. MUSLIM
Daripada Abu Said Al-Kudri ra berkata : Bahawasanya Rasulullah SAW bersabda :" Kamu akan mengikuti jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka". Sahabat bertanya, " "Ya Rasulullah! Apakah Yahudi dan Nasrani yang kau maksudkan?" Nabi SAW menjawab, " Siapa lagi kalau bukan mereka".
Umat Islam yang mengikut jejak langkah apapun "cara hidup" orang-orang Yahudi dan Nasrani, hinggalah dalam urusan orang kecil dan perkara-perkara yang tidak munasabah. Contohnya, jikalau orang Yahudi dan Nasrani masuk ke lubang biawak yang kotor dan sempit sekalipun, orang Islam akan terus mengikut mereka.
Zaman sekarang ini kita dapat melihat kenyataan sabdaan Rasulullah SAW ini. Ramai orang Islam yang kehilangan pegangan di dalam kehidupan. Mere hanya meniru "cara hidup" Yahudi dan Nasrani samada mereka sedar atau tidak. Ramai orang Islam yang telah terperangkap dengan tipu helah Yahudi dan Nasrani dan ramai pula orang yang menjadi alat dan tali barut mereka.
Ya Allah ! Selamatkan lah kami daripada mereka.
ZAMAN DI MANA ORANG TIDAK PEDULIKAN
DARI MANA MENDAPATKAN HARTA
DARI MANA MENDAPATKAN HARTA
H.R. NASAK (nun..sim..alif.hamzah)
Daripada Abu Hurairah ra berkata : Bersabda Rasulullah SAW : "Akan datang suatu zaman seseorang tidak memperdulikan dari mana ia mendapatkan harta, apakah dari sumber yang halal atau pun haram."
Di zaman sekarang ini merupakan zaman ketandusan rohani dan zaman materialisme, segala sesuatu adalah bernilai dengan nilai harta. Manusia cakar mencakar untuk memperolehi sebanyak mungkin kekayaan. mereka tidak memperdulikan dari mana datangnya harta yang diperolehi, apakah dari sumber yang halal atau dari sumber yang haram. Yang penting, harta dapat dikumpulkan sebanyak-banyaknya untuk memenuhi kehendak nafsu atau pun untuk melayan kehendak isteri atau anak-anak mereka.
Kenapa Hati Ini Kaku?
Berkata seorang ulama;
Bagaimana akan dapat terangnya hati seseorang itu yang gambar dunia ini terlukis pada cermin hatinya? Atau bagaimanakah akan dapat menuju Allah padahal dia masih terikat dengan nafsu syahwatnya?Atau bagaimana akan dapat memasuki hadrat Allah taala padahal dia belum suci dari kelalaiannya( janabah)? Atau bagaimana dia berharap akan dapat mengerti rahsia-rahsia yang halus padahal dia belum bertaubat dari kekeliruannya?
rasanya kalau dapat baca text Arab tentu akan lebih faham apa yang penulis ini maksudkan..
katanya juga: Takkan mungkin berkumpul dua perkara yang berlawanan dalam satu tempat dan masa, mustahil akan terkumpulnya jahat dan baik, begitu juga mustahil akan terkumpul diam dan gerak, cahaya dan kegelapan. Demikian pula nur (cahaya) iman berlawanan dengan kegelapan akibat masih bersandar kepada sesuatu selain dari Allah. Demikian pula berjalan menuju Allah haruslah bebas dari belenggu hawa nafsu.
FirmanNya:
'Bertaqwalah kepada Allah dan Allah akan mengajarkanmu '
Rasulullah sendiri bersabda:
'Siapa yang mengamalkan apa yang telah diketahui maka Allah akan mewariskannya apa yang tidak diketahuinya'
Sahl bin Abdullah Atustary r.a berkata: kebaikan itu terhimpun dalam 4 pekara, dan dengan itu akan tercapai peringkat kewalian:
a) Lapar
b) Diam
c) Menyendiri
d) Bangun malam...
Innallaha ghafurun rahim.. sesungguhnya Allah penerima taubat dan penyanyang.. mungkin orang yang mendengar adalah lebih baik dari yang memberi...
Wallahualam..
- Artikel iluvislam.com
No comments:
Post a Comment