Sunday, June 5, 2011

CURAH HATI SEORANG WANITA.....LAMAN SOSIALNYA...INGINKAN JODOH LELAKI YANG BAIK IAITU SOLEH SERTA TAKWA...ITU SEMUA HARAPAN WANITA....WANITA BAIK ALLAH AKAN JODOH JUGA DENGAN LELAKI BAIK.....

..%%chenta&kasih tie_qah%% .. kenapa mnusia tak pnh bersyukur ngn ap yg ad?saat ku buka hatiku,ku buka ruang,ku berikan hatiku tuk mu tapi kau sia2kan?kau permainkan?disaat hati ku mula kcewa n patah hati, tertutup n tak pcya pada cinta kau hadir pinta kemaafan..kau hadir seolah2 tiada ap yg berlaku..kau hadir minta ku brikan ruang kmbali..kau hadir mnuntut janji...tapi maf hatiku benar2 terluka n kni aku tak percya pada sebuah perhbungn lagi...mapkan ku

About Me


  • tak suke sgt tapi kadang2 layan j time ngah frust tau bosan..pape n what ever asal hatiku hepy
  • seram..ganas...medik...indon..n cina
  • indon...semanis kurma..cina
  • majalah n buku motivasi
  • badminton,bola jaring..lari2 pon ok hahaha
  • sesuatu yang indah
  • kuarga bahagia iallah
  • secret ahahaha
  • simple j senang yg penting kemas n,serios dalam satu perhubungan
  • membina keluarga bahagia bersama org yg amat ku cintai..dan myintaiku jua myayangi driku...malah menjadi isteri yg baik n solehah iallah
  • jika kalian tidak jujur dalam persahabatan ini lbih baik kalian del profil saya.....................krn saya benci org tidak jujur n ikhlas
  • do you want my num hp? i dont have but i have public phone...hahahaaha
  • aku wanita punya hati n persaan jdi tolong jngan pmainkan hati n perasaanku.. aku wanita biase tiada kistimewaan,,tlallu bbnyk kkurangan..bimbinglah aku jika aku mlakukan ksilapan...bukan buang aku n ajk driku kearah kesesatan........
Dosa yang Lebih HEBAT dari ZINA



Pada suatu senja yang lenggang, terlihat seorang wanita berjalan terhuyung-huyung. Pakaiannya yang serba hitam menandakan bahawa dia berada dalam duka cita yang mencekam. Kerudungnya menangkup rapat hampir seluruh wajahnya. Tanpa rias muka atau perhiasan menempel di tubuhnya. Kulit yang bersih, badan yang ramping dan roman mukanya yang ayu, tidak dapat menghapus kesan kepedihan yang tengah meruyak hidupnya.
Ia melangkah terseret-seret mendekati kediaman rumah Nabi Musa a.s. Diketuknya pintu pelan-pelan sambil mengucapkan salam. Maka terdengarlah ucapan dari dalam "Silakan masuk". Perempuan cantik itu lalu berjalan masuk sambil kepalanya terus merunduk. Air matanya berderai tatkala dia berkata,
"Wahai Nabi Allah. Tolonglah saya, Doakan saya agar Tuhan berkenan mengampuni dosa keji saya."
"Apakah dosamu wahai wanita ayu?" tanya Nabi Musa a.s terkejut.
"Saya takut mengatakannya." jawab wanita cantik.
"Katakanlah jangan ragu-ragu!" desak Nabi Musa.
Maka perempuan itupun terpatah bercerita,
"Saya ......telah berzina." 
Kepala Nabi Musa terangkat, hatinya tersentak. Perempuan itu meneruskan,
"Dari perzinaan itu saya pun......lantas hamil. Setelah anak itu lahir, langsung saya....... Cekik lehernya sampai......tewas", ucap wanita itu seraya menangis sejadi-jadinya.
Nabi Musa berapi-api matanya. Dengan muka berang dia mengherdik perempuan tersebut. 
"Nyah kamu dari sini! Agar siksa Allah tidak jatuh ke dalam rumahku karena perbuatanmu. Pergi!"
...teriak Nabi Musa sambil memalingkan mata karena jijik.

Perempuan berwajah ayu dengan hati bagaikan kaca membentur batu, hancur luluh segera bangkit dan melangkah surut. Dia terhantuk-hantuk ke luar dari dalam rumah Nabi Musa. Ratap tangisnya amat memilukan. Ia tak tahu harus ke mana lagi hendak mengadu. Bahkan dia tidak tahu mahu dibawa ke mana lagi kakinya. Bila seorang Nabi saja sudah menolaknya, bagaimana pula manusia lain bakal menerimanya?

Terbayang olehnya betapa besar dosanya, betapa jahat perbuatannya. Ia tidak tahu bahawa sepeninggalnya, Malaikat Jibril turun mendatangi Nabi Musa. Sang Ruhul Amin Jibril lalu bertanya,
"Mengapa engkau menolak seorang wanita yang hendak bertobat dari dosanya? 
Tidakkah engkau tahu dosa yang lebih besar daripadanya?" Nabi Musa terperanjat.
"Dosa apakah yang lebih besar dari kekejian wanita pezina Dan pembunuh itu?" Maka Nabi Musa dengan penuh rasa ingin tahu bertanya kepada Jibril.
"Betulkah ada dosa yang lebih besar daripada perempuan yang nista itu?" 
" Ada !" jawab Jibril dengan tegas.
"Dosa apakah itu?" tanya Musa kian penasaran.
"Orang yang meninggalkan solat dengan sengaja dan tanpa menyesal. Orang itu dosanya lebih besar dari pada seribu kali berzina.Mendengar penjelasan ini Nabi Musa kemudian memanggil wanita tadi untuk menghadap kembali kepadanya. Ia mengangkat tangan dengan khusyuk untuk memohonkan ampunan kepada Allah untuk perempuan tersebut.
Nabi Musa menyedari, orang yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja dan tanpa penyesalan adalah sama saja seperti berpendapat bahwa sembahyang itu tidak wajib dan tidak perlu atas dirinya. Berarti mereka seakan-akan menganggap remeh perintah Tuhan, bahkan seolah-olah menganggap Tuhan tidak punya hak untuk mengatur dan memerintah hamba-Nya. Sedang orang yang bertaubat dan menyesali dosanya dengan sungguh-sungguh bererti masih mempunyai iman didadanya dan yakin bahwa Allah itu berada di jalan ketaatan kepada-Nya. Itulah sebabnya Tuhan pasti mahu menerima kedatangannya.
Dalam hadis Nabi SAW disebutkan : Orang yang meninggalkan solat lebih besar dosanya dibanding dengan orang yang membakar 70 buah Al-Qur'an, membunuh 70 nabi Dan bersetubuh dengan ibunya di dalam Ka'bah. Dalam hadis yang lain disebutkan bahwa orang yang meninggalkan solat sehingga terlewat waktu, Kemudian dia mengqadanya, maka dia akan disiksa dalam neraka selama satu huqub. Satu huqub adalah delapan puluh tahun. Satu tahun terdiri dari 360 Hari, sedangkan satu Hari di akhirat perbandingannya adalah seribu tahun di dunia.Dasyatnya azab neraka.
Demikianlah kisah Nabi Musa Dan wanita pezina Dan dua hadist Nabi, mudah-mudahan menjadi pelajaran bagi Kita Dan timbul niat untuk melaksanakan kewajiban solat dengan istiqamah.Insyallah.



  •  
    Di sebuah pondok usang milik seorang hamba, akal dan hati berbual berkenaan kasih dan cinta..
  • Akal : Assalamualaikum, sahabat.
    Hati : Waalaikumussalam...
    Akal : Apa khabar iman anda?
    Hati terdiam...
    Akal bertanya sekali lagi.
    Akal : Apa khabar iman anda?
    Hati : Kurang sihat mungkin.
    Akal : Mengapa?   
    Hati : Aku merindui dia segenap jiwaku...
    Akal : Dia yang mana, sahabatku?
    Hati : Kedua dia. Dia yang hakiki, juga dia yang entah kemana akhirnya..
    Akal : Tidak mengapa, Itukan fitrah manusia.
    Hati : Tapi rinduku kepadanya kadangkala membuat jiwaku runsing. Fikiranku melayang terbang jauh ke angkasa. Kadangkala ketika beribadah juga aku teringat dia.
    Akal : Cintamu padanya, juga cintamu padaNya, cinta padaNya kan yang lebih utama.
    Hati : Tapi... Aku benar cinta dia. Aku benar rindu dia. Aku mencintainya kerana Allah. Kami saling menasihati kepada kebaikan. Aku mahu mengejar syurga bersamanya.
    Akal : Apa makna cinta?       
    Hati : Kasih dan sayang.
    Akal : Bagiku cinta itu gila.
    Hati : Mengapa pula?
    Akal : Apabila kita mencintai seseorang, kita asyik teringatkan dia. Apa yang dikata jangan, sebaik mungkin kita elakkan. Apa yang diminta, seboleh mungkin kita usaha. Bila ada yang lain mendekati, bergelodak rasa cemburu. Apa kau rasa begitu?
    Hati : Ya. Begitu yang aku rasa.
    Akal : Apa kau tahu apa pula ibadah?
    Hati : Orang kata ibadah itu taat dan patuh.
    Akal : Ibadah itu juga adalah cinta.
    Hati : Bagaimana dimaksudkan begitu?
    Akal : Ibadah itu cinta. Berkasih-kasihan dengan Tuhan.
    Hati terdiam lagi...
    Hati : Jadi... Apa sebenarnya yang ingin kau sampaikan wahai akal?
    Akal : Fikirkan, kalau kau benar mencintai dia kerana Allah, apa kau ada mengadu kepadaNya?
    Hati : Aku puas sudah berdoa. Aku mendoakannya empat puluh kali setiap hari. Siang dan malam! Tegas hati..
    Akal : Apa kau berdoa kepadaNya hanya kerana apabila kau terasa jauh dengannya? Apa kau hanya melipatgandakan ibadahmu ketika jiwamu rasa tak tenang?
    Hati diam dan tertunduk...
    Akal : Bagaimana boleh kau katakan cintamu kerana Allah. Sedangkan kau mengabaikan Dia ketika cintamu dengannya sedang indah bercahaya. Sabarlah wahai hati. Doamu mungkin tidak makbul sekelip mata. Barangkali Allah akan memakbulkannya di lain masa. Barangkali Allah ada hadiah yang lebih berharga untukmu!
    Aliran sungai merah terasa semakin deras mengalir ke kepala...
    Akal : Cinta kepada manusia yang gila seperti itu, hanya layak disandarkan kepada Allah. Allah menarik cintamu kerana Allah lebih mencintaimu. Allah merindui doa dan tangisan hambanya. Allah mahu kau kembali mengindahkan cintamu kepadaNya!
    Hati mulai menangis... Sepi... Kesal...

  • kerana aku wanita

    kerana aku wanita
    pandangan Adam mampu tembus ke dasar hatiku

    kerana aku wanita
    ingin disayangi itu fitrah diriku

    kerana aku wanita
    mudah terpikat dengan keindahan akhlak seorang lelaki

    kerana aku wanita
    emosiku selalu mengatasi logik akalku

    kerana aku wanita
    air mata teman setiaku

    kerana aku wanita
    sensitivitiku terhadap sesuatu amat tinggi

    DAN..

    kerana aku wanita
    aku damba pertolongan darimu Adam


    peliharalah bicaramu denganku
    jangan bermain kata denganku
    takut rosak hatiku

    kerana aku wanita
    akhlakmu ukuran dimataku


    peliharalah akhlakmu dan imanmu
    jangan kau burukkan darjatmu pada mataku
    takut rosak thiqohmu

    kerana aku wanita
    maka peliharalah susunan kata-katamu


    kerana aku mudah terasa
    namun aku bukan lemah
    sekadar ingin kau tahu hati ini mudah tercalar

    kerana aku wanita
    peliharalah dirimu dari mencemuhku


    saat titisan jernih mengalir dari mataku
    kerana itu cara untukku
    meluahkan perasaanku
    supaya hatiku tenang kembali

    kerana aku wanita
    aku memang sangat peka


    maka fahamilah kecerewetanku ada sebabnya


  • 99 Cara Untuk Bahagia Dunia dan Akhirat

    01. Bersyukur apabila mendapat nikmat;
    02. Sabar apabila mendapat kesulitan;
    03. Tawakal apabila mempunyai rencana/program;
    04. Ikhlas dalam segala amal perbuatan;
    05. Jangan membiarkan hati larut dalam kesedihan;
    kesulitan;
    06. Jangan menyesal atas sesuatu kegagalan;
    07. Jangan putus asa dalam menghadapi
    kesulitan;
    08. Jangan usil dengan kekayaan orang;
    09. Jangan hasad dan iri atas kesuksessan
    orang;
    10. Jangan sombong kalau memperoleh
    kesuksessan;
    11. Jangan tamak kepada harta;
    12. Jangan terlalu ambitious akan sesuatu
    kedudukan;
    13. Jangan hancur karena kezaliman;
    14. Jangan goyah karena fitnah;
    15. Jangan berkeinginan terlalu tinggi yang
    melebihi kemampuan diri.
    16. Jangan campuri harta dengan harta yang
    haram;
    17. Jangan sakiti ayah dan ibu;
    18. Jangan usir orang yang meminta-minta;
    19. Jangan sakiti anak yatim;
    20. Jauhkan diri dari dosa-dosa yang besar;
    21. Jangan membiasakan diri melakukan dosa-dosa
    kecil;
    22. Banyak berkunjung ke rumah Allah (masjid);
    23. Lakukan shalat dengan ikhlas dan khusyu;
    24. Lakukan shalat fardhu di awal waktu,
    berjamaah di masjid;
    25. Biasakan shalat malam;
    26. Perbanyak zikir dan do'a kepada Allah;
    27. Lakukan puasa wajib dan puasa sunat;
    28. Sayangi dan santuni fakir miskin;
    29. Jangan ada rasa takut kecuali hanya kepada
    Allah;
    30. Jangan marah berlebih-lebihan;
    31. Cintailah seseorang dengan tidak
    berlebih-lebihan;
    32. Bersatulah karena Allah dan berpisahlah
    karena Allah;
    33. Berlatihlah konsentrasi pikiran;
    34. Penuhi janji apabila telah diikrarkan dan
    mintalah maaf apabila karena sesuatu sebab tidak
    dapat
    dipenuhi;
    35. Jangan mempunyai musuh, kecuali dengan
    iblis/syaitan;
    36. Jangan percaya ramalan manusia;
    37. Jangan terlampau takut miskin;
    38. Hormatilah setiap orang;
    39. Jangan terlampau takut kepada manusia;
    40. Jangan sombong, takabur dan besar kepala;
    41. Berlakulah adil dalam segala urusan;
    42. Biasakan istighfar dan taubat kepada Allah;
    43. Bersihkan rumah dari patung-patung berhala;
    44. Hiasi rumah dengan bacaan Al-Quran;
    45. Perbanyak silaturrahim;
    46. Tutup aurat sesuai dengan petunjuk Islam;
    47. Bicaralah secukupnya;
    48. Beristeri/bersuami kalau sudah siap
    segala-galanya;
    49. Hargai waktu, disiplin waktu dan manfaatkan
    waktu;
    50. Biasakan hidup bersih, tertib dan teratur;
    51. Jauhkan diri dari penyakit-penyakit bathin;
    52. Sediakan waktu untuk santai dengan
    keluarga;
    53. Makanlah secukupnya tidak kekurangan dan
    tidak berlebihan;
    54. Hormatilah kepada guru dan ulama;
    55. Sering-sering bershalawat kepada nabi;
    56. Cintai keluarga Nabi saw;
    57. Jangan terlalu banyak hutang;
    58. Jangan terlampau mudah berjanji;
    59. Selalu ingat akan saat kematian dan sedar
    bahawa kehidupan dunia adalah kehidupan sementara;
    60. Jauhkan diri dari perbuatan-perbuatan yang
    tidak bermanfaat seperti mengobrol yang tidak
    berguna;
    61. Bergaullah dengan orang-orang soleh;
    62. Sering bangun di penghujung malam, berdoa
    dan beristighfar;
    63 Lakukan ibadah haji dan umrah apabila sudah
    mampu;
    64. Maafkan orang lain yang berbuat salah
    kepada kita;
    65. Jangan dendam dan jangan ada keinginan
    membalas kejahatan dengan kejahatan lagi;
    66. Jangan membenci seseorang karena pahaman
    dan pendiriannya;
    67. Jangan benci kepada orang yang membenci
    kita;
    68. Berlatih untuk berterus terang dalam
    menentukan sesuatu pilihan
    69. Ringankan beban orang lain dan tolonglah
    mereka yang mendapatkan kesulitan.
    70. Jangan melukai hati orang lain;
    71. Jangan membiasakan berkata dusta;
    72. Berlakulah adil, walaupun kita sendiri akan
    mendapatkan kerugian;
    73. Jagalah amanah dengan penuh tanggung jawab;
    74. Laksanakan segala tugas dengan penuh
    keikhlasan dan kesungguhan;
    75. Hormati orang lain yang lebih tua dari kita
    76. Jangan membuka aib orang lain;
    77. Lihatlah orang yang lebih miskin daripada
    kita, lihat pula orang yang lebih berprestasi dari
    kita;
    78. Ambilah pelajaran dari pengalaman
    orang-orang arif dan bijaksana;
    79. Sediakan waktu untuk merenung apa-apa yang
    sudah dilakukan;
    80. Jangan sedih karena miskin dan jangan
    sombong karena kaya;
    81. Jadilah manusia yang selalu bermanfaat
    untuk agama,bangsa dan negara;
    82. Kenali kekurangan diri dan kenali pula
    kelebihan orang lain;
    83. Jangan membuat orang lain menderita dan
    sengsara;
    84. Berkatalah yang baik-baik atau tidak
    berkata apa-apa;
    85. Hargai prestasi dan pemberian orang;
    86. Jangan habiskan waktu untuk sekedar hiburan
    dan kesenangan;
    87. Akrablah dengan setiap orang, walaupun yang
    bersangkutan tidak menyenangkan.
    88. Sediakan waktu untuk berolahraga yang
    sesuai dengan norma-norma agama dan kondisi diri
    kita;
    89. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan
    fisikal dan mental kita menjadi terganggu;
    90. Ikutilah nasihat orang-orang yang arif dan
    bijaksana;
    91 . Pandai-pandailah untuk melupakan kesalahan
    orang dan pandai-pandailah untuk melupakan jasa kita;
    92. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan
    orang lain terganggu dan jangan berkata sesuatu yang
    dapat menyebabkan orang lain terhina;
    93. Jangan cepat percaya kepada berita jelek
    yang menyangkut teman kita sebelum dipastikan
    kebenarannya;
    94. Jangan menunda-nunda pelaksanaan tugas dan
    kewajiban;
    95. Sambutlah huluran tangan setiap orang
    dengan penuh keakraban dan keramahan dan tidak
    berlebihan;
    96. Jangan memforsir diri untuk melakukan
    sesuatu yang diluar kemampuan diri;
    97. Waspadalah akan setiap ujian, cobaan,
    godaan dan tentangan. Jangan lari dari kenyataan
    kehidupan;
    98. Yakinlah bahwa setiap kebajikan akan
    melahirkan kebaikan dan setiap kejahatan akan
    melahirkan kerusakan;
    99. Jangan sukses di atas penderitaan orang dan
    jangan kaya dengan memiskinkan orang



    • Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
      Ya Allah…
      Seandainya telah Engkau catatkan…
      Dia milikku tercipta buatku…
      Satukanlah hatinya dengan hatiku…
      Titipkanlah kebahagiaan antara kami…
      Agar kemesraan itu abadi…
      Ya Allah…
      Ya Tuhanku yang Maha Mengasihani…
      Seringkanlah kami melayari hidup ini…
      Ketepian yang sejahtera dan abadi…
      Maka jodohkanlah kami…
      Tetapi Ya Allah…
      Seandainya telah Engkau takdirkan
      Dia bukan milikku…
      Bawalah dia jauh daripada pandanganku…
      Luputkanlah dia dari ingatanku…
      Dan periharalah aku dari kekecewaan…
      Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti…
      Berikanlah aku kekuatan…
      Menolak bayangannya jauh ke dada langit…
      Hilang bersama senja yang merah…
      Agarku sentiasa tenang…
      Walaupun tanpa bersama dengannya…
      Ya Allah yang tercinta…
      Pasrahkanlah aku dengan takdir-Mu…
      Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan
      Adalah yang terbaik untukku…
      Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui…
      Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini…
      Ya Allah…
      Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku…
      Di dunia dan akhirat…
      Dengarkanlah rintihan daripada hamba-Mu yang daif ini…
      Jangan Engkau biarkan aku sendirian…
      Di dunia ini mahupun di akhirat…
      Menjuruskan aku ke arah kamaksiatan dan kemungkaran…
      Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman…
      Agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup…
      Ke jalan yang Engkau redhai…
      Dan kurniakanlah kepadaku keturunan yang soleh dan solehah…
      Ya Allah…
      Berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan akhirat…
      Dan periharalah kami dari azab api Neraka…
      Amin…amin…Ya rabbal ‘aalamin.


      “Apabila hati terikat dengan Allah, kembalilah wanita dengan asal fitrah kejadiannya, menyejukkan hati dan menjadi perhiasan kepada dunia – si gadis dengan sifat sopan dan malu, anak yang taat kepada ibu bapa, isteri yang menyerahkan kasih sayang, kesetiaan dan ketaatan hanya pada suami.”
      Bait-bait kata itu aku tatapi dalam-dalam. Penuh penghayatan. Kata-kata yang dinukilkan dalam sebuah majalah yang ku baca. Alangkah indahnya jika aku bisa menjadi perhiasan dunia seperti yang dikatakan itu. Ku bulatkan tekad di hatiku. Aku ingin menjadi seorang gadis yang sopan, anak yang taat kepada ibu bapaku dan aku jua ingin menjadi seorang isteri yang menyerahkan kasih sayang, kesetiaan dan ketaatan hanya untuk suami, kerana Allah.
      Menjadi seorang isteri….kepada insan yang disayangi…..idaman setiap wanita.ya allah kabuli pmintaan hambamu amin...



      •  Isteri Muqarrobin
        Isteri yang tidak meminta dari suaminya kecuali yang perlu sahaja. Yang tidak perlu dia tidak akan memintanya bahkan kalau suaminya memberi yang tidak perlu dia tolak dengan baik. Tapi kalau yang diperlukan pun tidak ada, dia tetap sabar. Namaun dia tidak akan mendesak suaminya. Dia tetap bersabar dengan keadaan itu. Itulah golongan Muqarrobin. Golongan ini juga susah hendak dicari di zaman kebendaan ini, di zaman orang memburu dunia, di zaman orang memandang dunia adalah segala-galanya.


      • Isteri Siddiqin
        Isteri yang tidak akan meminta apa-apa dari suaminya sekalipun yang perlu (dharuri). Apa yang disediakan suaminya, dia terima dengan penuh malu dan bersyukur. Kalau ada, adalah. Kalau tidak ada, dia bersabar. Tapi meminta tidak. Apatah lagi yang tidak perlu, kalau diberi pun dia tolak bahkan adakalanya yang perlu pun dia tolak dengan baik, dia lebih suka menolong suaminya. Itulah golongan yang bersifat orang yang Siddiqin. Golongan ini payah hendak dicari terutama di akhir zaman ini, macam hendak mencari belerang merah atau gagak putih. Ini adalah perempuan luar biasa.........................


        Upload Photos Flower Pics Funny Pics
      • Pesanan IMAM GHAZALI kepada anak perempuannya pada hari perkahwinannya:

        ANAKKU!

        Engkau sekarang akan berpindah dari rumah tempat engkau dibesarkan. Dan akan berada di tempat tidur yang engkau tidak engkau kenal. Dan rakan hidup yang engkau tidak biasa dengannya. Itulah suamimu..

        Jadikanlah dirimu ibarat seorang khadam kepadanya. Nescaya dia pula akan menjadi khadam kepadamu. Jangan engkau memaksa-maksa apabila engkau meminta sesuatu daripadanya. Itu akan membuatkan dia berasa benci kepadamu. Jangan pula engkau menjauhkan diri, nescaya dia akan melupakan engkau. Dan kalau dia pula menjauhkan diri secara marah kerana sesuatu sebab yang tertentu. Maka yang eloknya jauhkanlah dirimu daripadanya semasa marah.

        Peliharalah hidung, telinga dan matanya…Janganlah membiarkan dia menghidu sesuatu daripadamu melainkan yang harum. Janganlah membiarkan dia mendengar melainkan perkataan yang baik. Dan janganlah membiarkan dia melihat sesuatu daripadamu melainkan yang cantik
        belaka
      • HARGAILAH...

        Bila kita syg org tu
        Kita terima je apa yg org tu kata
        Tp bila dia kata kita?
        Ati kata takpe semua manusia tak sempurna.
        Bila kita syg org tu
        Kita tunggu dia lama pun x per
        Tp bile dia tunggu kita? Dia marah2
        Ati kata ala..adatlah ada yang menunggu dan ditunggu.
        Bila kita syg org tu
        Kita x tido pun x pe janji layan dia yg tgh bosan,
        Tp bila kita bosan Ada dia layan kita?
        Ati kata x pe dia busy kot.
        Bila kita syg org tu
        Kita gaduh ngan dia, kita diam je
        Tp dia heboh 1 dunia
        Ati kate x pe, dia tension tu.
        Bila kita syg org tu
        Kita call nak cakap dgn dia
        Tp dia gayut dgn org lain.. Bila jd camtu,
        Ati kata x pe, dia ada hal nak cakap dgn kwn dia.
        Bila kita syg org tu
        Kita bercerita dgn dia, cerita ngan tunggul lg baik
        Tp biler dia bercerita ngan kita. Kita dgr, sepatah2 kita ingat
        Ati kata x pe syg katakan.
        Bila kita syg org tu
        Kita n dia lapar
        Tp kita bg semua roti kita kat dia
        Ati kata, ala jagalah hati dia, sian dia.
        Bila kita syg org tu
        Kita sanggup bg dia rest bila dia letih,
        Tp bila kita letih, dia nak jugak kita layan dia bila dia bsn.. Adil ke?
        Ati kata, ala bukan selalu pun.
        Bila kita syg org tu
        Kita jadi macam org gila dgr dia sakit,
        Tp bila kita sakit, Dia siap bole kuar ngan kwn2 dia
        Ati kata, ala x pe, x kn dia nak berkepit ngan kita 24 jam.
        Bila kita syg org tu
        Kita x penah pentingkan diri sendiri
        Tp dia hpokrit tahap cipan gaban
        Ati kata x per, dia mmg camtu kena lah terima.
        Bila kita syg org tu
        Nmpk lalat kat makanan dia, kita halaukan
        Tp dia lak kalau Nampak lalat kat makanan kita, dia biarkan je
        Ati kata, takpelah, takkan dia asik nk buat semua benda utk kita.
        Bila kita syg org tu
        Kita x sanggup tgk dia derita
        Tp dia x prnh hargai diri kita,
        Ati kata, tau x betapa kita syg kan dia?
        Bila kita syg org tu


        KITA SANGGUP TINGGALKAN DIA SELAMA2NYA UTK DIA BAHAGIA
        TP ADAKAH DIA TAHU PENGORBANAN KITA?
        ATI KATA, X PE, JANJI DIA BAHAGIA..


        tp sebenarnya kita juga yg merana........
        قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ
        تُنْكَحُ الْمَرْأَةُ ِلاَ رْبَعٍ لِمَا لِهَا وَلِحَسَبِهَا وَلِجَمَا لِهَا
        وَلِدِيْنِهَا فَاظْفَرْ بِذَاتِ الدِّيْنِ تَرِبَتْ يَدَاكَ


        Telah bersabda Rasulullah s.a.w.
        Perempuan itu dinikahi kerana empat perkara :

        kerana kecantikannya...
        atau kerana keturunannya...
        atau kerana hartanya...
        atau kerana agamanya.
        Maka pilihlah yang beragama, agar selamatlah dirimu diakhirat kelak

        Hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim
        Rasulullah S.A.W mengingatkan umatnya bahawa dalam usaha mencari pasangan, jangan hanya mengutamakan kepentingan dunia semata-mata. Yang paling penting adalah aspek agama dan akhlak pasangan yang bakal dikahwini. Jadi beragama adalah teras kepada kejayaan bahtera kehidupan.

      •  

      Apakah hukum umat Islam turut menyambut Hari Valentine pada 14 Februari dan bagaimana hendak menyedarkan golongan tersebut agar menghentikan perbuatan itu yang menjadi amalan kebanyakan remaja yang bercinta?JAWAPAN: Menyambut Valentine Day (Hari kekasih) hukumnya haram.Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud, “Dan janganlah kamu menghampiri zina sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan keji dan satu jalan yang jahat.’’ (al-Isra: 32)Mafhumnya, Allah s.w.t. tidak mengharamkan zina semata-mata malahan apa-apa yang boleh membawa kepada zina juga hukumnya haram.Apa yang jelas dalam sambutan Valentine Day ialah pergaulan bebas di antara lelaki dan perempuan. Justeru, bagi menzahirkan rasa cinta, pelbagai aktiviti dilakukan yang jelas haram dan bertentangan dengan Islam. Apa yang pasti ialah pasangan kekasih akan mengadakan pertemuan demi melahirkan perasaan cinta. Pada waktu itu yang ketiga ialah syaitan yang menghasut mereka supaya melakukan perkara-perkara terkutuk.Nabi telah menegah kita daripada meniru budaya Yahudi dan Nasrani dengan sabdanya yang bermaksud, “Nescaya kamu akan turut jejak langkah mereka (Yahudi dan Nasrani ) sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehingga kamu akan turuti mereka walaupun mereka masuk ke dalam lubang biawak. Lantaran sahabat bertanya: Adakah mereka itu Yahudi dan Nasrani? Baginda menjawab: Siapa lagi kalau bukan mereka.’’Islam mengharamkan sambutan seperti itu bagi menghalang berlakunya perkara yang lebih buruk. Islam menghalang demi membatasi perhubungan lelaki dan perempuan supaya masing-masing dapat memelihara kehormatan diri.Menyambut Valentine Day adalah bertentangan dengan syiar dan norma-norma budaya masyarakat Islam Melayu. Malah budaya itu diimport dari Eropah yang menghalalkan perhubungan lelaki dan perempuan atas dasar suka sama suka.Perlu difahamkan kita sbgai umat islam...
      CIRI2 WANITA SOLEHAH
      Tidak banyak syarat yang dikenakan oleh Islam untuk seseorang wanita menerima gelaran solehah, dan seterusnya menerima pahala syurga yang penuh kenikmatan dari Allah s.w.t.
      Mereka hanya perlu memenuhi 2 syarat iaitu :
      1. Taat kepada Allah dan RasulNya
      2. Taat kepada suami
      Perincian dari dua syarat di atas adalah sebagai berikut : 
      1. Taat kepada Allah dan RasulNya
      Bagaimana yang dikatakan taat kepada Allah s.w.t. ?
      - Mencintai Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. melebihi dari segala-galanya.
      - Wajib menutup aurat
      - Tidak berhias dan berperangai seperti wanita jahiliah
      - Tidak bermusafir atau bersama dengan lelaki dewasa kecuali ada mahram bersamanya
      - Sering membantu lelaki dalam perkara kebenaran, kebajikan dan taqwa
      - Berbuat baik kepada ibu & bapa
      - Sentiasa bersedekah baik dalam keadaan susah ataupun senang
      - Tidak berkhalwat dengan lelaki dewasa
      - Bersikap baik terhadap tetangga
      2. Taat kepada suami
      - Memelihara kewajipan terhadap suami
      - Sentiasa menyenangkan suami
      - Menjaga kehormatan diri dan harta suaminya selama suami tiada di rumah
      - Tidak bermasam muka di hadapan suami
      - Tidak menolak ajakan suami untuk tidur
      - Tidak keluar tanpa izin suami
      - Tidak meninggikan suara melebihi suara suami
      - Tidak membantah suaminya dalam kebenaran
      - Tidak menerima tamu yang dibenci suaminya
      - Sentiasa memelihara diri, kebersihan & kecantikannya serta rumah tangga
      Dunia adalah perhiasan, perhiasan dunia yang terbaik adalah Wanita yang solehah.

      Janji dan Sumpah Iblis Terhadap Wanita

      Iblis laknatullah membisikkan kepada para wanita bahawa apa jua pakaian termasuk hijab tidak ada kaitannya dengan agama, sebaliknya ia hanya sekadar pakaian atau gaya hiasan.

      Apabila seorang wanita masih bertahan dengan prinsip hijabnya, maka syaitan beralih dengan strategi yang lebih halus.

      Bagaimanakah caranya?
      1. Membuka Bahagian Tangan

      Kebiasaannya telapak tangan sudah terbuka, maka syaitan membisikkan kepada para wanita agar ada sedikit peningkatan fesyen, iaitu membuka bahagia hasta (siku hingga telapak tangan).

      "Ah!Tidak apa-apa, kan masih pakai tudung dan pakai baju panjang."Begitu bisikan syaitan.

      Akhirnya si wanita menampakkan tangannya dan ternyata para lelaki melihatnya juga seperti biasa.

      Maka syaitan berbisik, "Hah,tak apa-apa kan?"
      2. Membuka Leher dan Dada

      Setelah menampakkan tangan menjadi kebiasaan, maka datanglah syaitan untuk membisikkan perkara baru lagi.

      "Kini buka tangan sudah menjadi lumrah, maka perlu ada peningkatan fesyen yang lebih maju lagi, iaitu terbuka bahagian atas dada kamu, tetapi jangan sebut sebagai pakaian terbuka, hanya sedikit untuk mendapatkan hawa agar tidak panas. Cubalah! Orang pasti tidak akan peduli kerana sebahagian sahaja yang terbuka."

      Maka dipakailah pakaian fesyen terbaru yang terbuka bahagian leher dan dadanya dari fesyen setengah lingkaran hingga fesyen berbentuk "V".
      3. Berpakaian tapi Telanjang

      Syaitan berbisik lagi, "Pakaianmu hanya begitu-begitu saja, cubalah fesyen yang lebih bagus! Banyak kain yang agak tipis, lalu bentuknya dibuat agak ketat biar lebih indah dan cantik dipandang."

      Maka tergodalah si wanita. "Mungkin tidak ada masalah, kan potongan pakaiannya masih panjang, hanya bahan dan fesyennya sahaja yang berbeza, agar nampak lebih feminin," begitu syaitan menokok-nambah.

      Maka, jadilah mereka wanita yang disebut oleh Nabi s.a.w sebagai kasiyat 'ariyat (berpakaian tapi telanjang).
      4. Agak Terbuka Sedikit

      Setelah para muslimah mengenakan pakaian yang ketat, maka syaitan datang lagi.

      "Pakaian seperti ini membuat susah berjalan atau duduk, kerana sempit, kan lebih baik dibelah hingga lutut atau mendekati peha? Dengan itu kamu lebih selesa."

      Lalu dicubalah idea baru itu, dan memang benar dengan dibelah mulai dari bahaian bawah hingga lutut atau mendekati peha ternyata lebih selesa dan mudah untuk duduk atau menaiki kenderaan.
      5. Tudung Semakin Kecil

      Kini syaitan melangkah dengan tipu daya lain yang lebih "power".

      Tujuannya adalah agar para wanita menampakkan bahagian auratnya. "Oh, ada yang terlupa! Kalau kamu pakai baju sedemikian, maka tudung yang besar tidak sepadan lagi. Sekarang kamu cari tudung yang lebih kecil agar serasi dan sepadan. Orang tetap akan menamakannya tudung."
      6. Terdedah

      Si wanita ternyata selesa dengan fesyen baru yang dipakainya seharian. Syaitan datang memberi idea lagi. "Rambutmu sangat cantik. Bukankah lebih selesa jika tudungmu dilepaskan. Kamu bebas mencuba fesyen rambut yang pelbagai. Malah, kamu boleh mewarnakan mengikut warna yang kamu suka supaya kelihatan lebih menawan."

      Maka, sekali lagi syaitan berjaya mempengaruhi si wanita supaya mendedahkan rambutnya.
      7. Membuka Seluruh

      Syaitan kembali berbisik, "Kalau langkah kakimu masih kurang selesa, maka cubalah kamu cari fesyen yang lebih menarik. Bukankah kini banyak skirt separuh betis dijual di pasaran? Tidak usah terlalu terdedah, hanya kira-kira 10 sentimeter sahaja. Nanti kalau kamu sudah biasa, baru cari fesyen yang di atas paras lutut"

      Benar-benar bisikan syaitan telah menjadi penasihat peribadinya.

      Maka terbiasalah dia memakai pakaian terdedah.

      Terkadang si wanita berfikir, apakah ini tidak bersalahan dengan agama?

      Namun bisikan syaitan menyahut, "Ah, jelas tidak bersalahan. Kan sekarang zaman sudah semakin moden. Kamu hanya mengikut arus fesyen masa kini."

      "Tetapi, apakah ini tidak menjadi fitnah bagi kaum lelaki?" hati si wanita curiga.

      "Fitnah? Ah, kalau kaum lelaki melihat bahagian tubuh wanita yang terbuka, malah senang dan mengatakan
      ooh atau wow, bukankah ini bererti sudah tidak ada fitnah lagi, kerana sama-sama suka?" syaitan menghasut.

      Begitulah sesuatu yang seakan-akan mustahil untuk dilakukan.

      Namun syaitan tidak pernah berhenti membisikkan hasutan-hasutan jahat sehingga ke saat kematian seorang anak Adam itu.

      Hingga pada suatu ketika nanti akan muncul idea untuk mandi di kolam renang atau di pantai secara terbuka, di mana hanya dua bahagian sahaja yang ditutupi iaitu kemaluan dan buah dada!!!

      Ingatlah, syaitan laknatullah hanya pandai menjanjikan kita dengan janji-janji palsu yang halus dan memikat, janji untuk keseronokan dunia, tetapi sebenarnya janji itu palsu dan racun yang mematikan! Nauzubillah...



      8C Sebab Suami Benci Isteri
      8C ini lambang keperibadian muslimah yang lemah akhlaknya. Berpelajaran tinggi belum tentu tinggi akhlaknya. Tapi kita insan yg mudah lupa, alpa dan lalai, ada masa2 tertentu, mungkin juga kerana sifat suami & anak anak; keadaan sekeliling yang buat kita mempunyai salah satu ciri2 8C tu.
      C1. CABAR
      Lelaki mempunyai ego mereka tersendiri. Jadi mereka tidak suka dicabar terutama sekali oleh wanita. Wanita perlu tahu batas tindakan mereka agar lelaki tidak rasa tercabar. Isteri kalau bergaduh dengan suami mulalah kata “Kalau awak berani cubalah cari perempuan lain! Dr Fadillah kata JGN CABAR SUAMI… nanti suami buat betul-betul isteri juga yg putih mata…

      C2. CABUL
      Cabul ni bermaksud keji dari segi perangai sehingga seseorang wanita itu langsung tidak malu. Misalnya bergaul bebas dgn lelaki yang bukan muhrim tanpa menghirau batas pergaulan. Juga perbuatan &tutur kata2 isteri yang tak sopan (isteri hilang sifat malu)seperti keluarkan kata2 yg tidak baik pada mertua…
      C3. CELUPAR
      Wanita yang cantik akan kelihatan hodoh jika mulutnya celupar. Celupar lebih kurang cabul juga. Isteri selalu cakap yang tidak manis, selalu terlepas cakap pada suami sehingga membuat suami jauh hati.
      C4. COMOT
      Terdapat wanita yg cantik tetapi comot. Comot ini samada melibatkan wajah wanita itu, penampilannya yg selekeh, kerja yg dilakukan sertatindak-tanduknya. Contohnya, isteri bila nak keluar rumah baru nak bersolek dan comel tapi kat rumah comot. Suami pula di tempat kerja asyik pulak nampak yg comel2 aje… Ada isteri kata – mekap untuk suami, tapi kat rumah tak praktik pun.
      C5. CEMBURU
      Cemburu perlu dalam sesuatu hubungan. Tetapi wanita yg terlampau cemburu hingga pasangannya merasa terkongkong akan membawa padah kepada perhubungan mereka. Ini membuatkan lelaki akan rasa diri mereka tidak dipercayai. Suami lemas kalau isteri cemburu berlebih-lebihan… sikit2 dok telefon suami kat tempat kerja. Suami baru balik kerja dah kita tanya macam-macam. Suami balik
      lewat overtime dah syak yg bukan2…
      C6. CEREWET
      Kata ulama hati wanita terletak pada mulutnya. Oleh itu wanita perlu mengawal percakapannya. Suami tak suka bila isteri cerewet tak bertempat. Contohnya kalau suami bawa makan luar, isteri nak tempat yang class2 aje. Restoran nak ada air-cond aje.
      C7. CINCAI
      Buat kerja rumah cincai, masak cincai, kemas rumah cincai, jaga anak cincai. Dr Fadillah kata suami paling benci bila isteri cincai jaga anak… anak dah masuk longkang tapi mak dok lepak depan tv lagi….
      C8 CUAI
      Kebiasaan lelaki tidak suka jika pasangannya cuai terutama apabila ia melibatkan masa.. Misalnya apabila suami menetapkan keluar jam 3 tetapi pada masa yg ditetapkan isteri masih sibuk bersiap, bersolek, mengemas. Ini akan membuatkan mereka benci kerana situasi sebegini.


      • Pesan Nabi sebelum tidur - 1 minit sahaja 

        Assalamualaikum... Untuk manfa'at bersama........ 


        SEBELUM Tidur
        Perkara Sebelum Tidur( Tafsir Haqqi )
        Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : "Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara , yaitu :
        1. Sebelum khatam Al Qur'an ,
        2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir ,
        3. Sebelum para muslim meredhoi kamu ,
        4. Sebelum kau laksanakan haji dan umroh....
        "Bertanya Aisyah :
        "Ya Rasulullah.... Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?"
        Rasul tersenyum dan bersabda : "Jika engkau tidur bacalah : Al Ikhlas tiga kali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an. 

        Bismillaahirrohmaanirrohiim , Qulhualloohu ahad' Alloohushshomad' lam yalid walam yuulad' walam yakul lahuu kufuwan ahad' ( 3 x )
         
        Membacalah sholawat untukKu dan para nabi sebelum aku , maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat. 

        Bismillaahirrohmaanirrohiim , Alloohumma shollii 'alaa syaidinaa Muhammad wa'alaa aalii syaidinaa Muhammad ( 3 x ) 

        Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredhoi kamu. 

        Astaghfirulloohal adziim aladzii laa ilaaha illaa huwal hayyul qoyyuum wa atuubu ilaih ( 3 x )
         
        Dan , perbanyaklah bertasbih , bertahmid , bertahlil , bertakbir maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umroh

        Bismillaahirrohmaanirrohiim , Subhanalloohi Walh amd ulillaahi walaailaaha illalloohu alloohu akbar(3 x )
         

        Sekian untuk ingatan kita bersama. 
        * Kalau rajin..Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Muslim yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang
        yang mengajarnya meskipun dia sudah mati
      • MAC



        Berpersonaliti yg menarik dan menawan serta mudah didampingi. Sgt pemalu dan pemendam rasa. Sgt baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati. Sgt sensitif pd perkataan yg dituturkan dan alam persekitaran. Suka pada kedamaian. Sgt peka kepada orang lain. Sesuai dgn kerjaya yg memberi khidmat kepada org lain. Tidak cepat marah dan sangat amanah. Tahu balas budi dan tahu kenang budi. Pemerhatian dan penilaian yg sangat tajam. Kecenderungan utk berdendam jika tidak dikawal. Suka berangan - angan. Suka melancong. Sgt manja dan suka diberi perhatian yg sangat tinggi. Kelam kabut dalam memilih pasangan. Suka dgn hiasan rumahtangga. Punya bakat seni dalalm bidang muzik. Kecenderungan kepada benda yang istimewa dan baik. Jgn terlalu moody.


        • Nasihat Kehidupan
          1. KETIKA MENCARI CALONJanganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.

          2. KETIKA MELAMARAnda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.

          3. KETIKA AKAD NIKAHAnda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi menikah di hadapan Allah

          4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHANCatat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa'kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do'a mereka.

          5. KETIKA MALAM PERTAMABersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.

          6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGASedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.

          7. KETIKA BIDUK RUMAH TANGGA GOYANGJangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justeru semakin erat berpegang tangan

          8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK.
          Cintailah isteri atau suami anda 100%

          9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK.Jangan bagi cinta anda kepada (suami) isteri dan anak anda, tetapi cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.

          10.KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUMYakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.

          11.KETIKA EKONOMI BERKEMBANGJangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita

          12.KETIKA ANDA ADALAH SUAMIBoleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggung jawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.

          13.KETIKA ANDA ADALAH ISTERITetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.

          14.KETIKA MENDIDIK ANAKJangan pernah berpikir bahawa orang tua yang baik adalah orang tua yang tidak pernah marah kepada anak,kerana orang tua yang baik adalah orang tua yang jujur kepada anak ....

          15.KETIKA ANAK BERMASALAHYakinilah bahawa tidak ada seorang anakpun yang tidak mahu bekerjasama dengan orang tua, yang ada adalah anak yang merasa tidak didengar oleh orang tuanya.

          16.KETIKA ADA PIL.Jangan diminum, cukuplah suami, isteri sebagai ubat.

          17.KETIKA INGIN AMAN DAN HARMONISGunakanlah formula 7 K1 Ketaqwaan
          2 Kasih sayang
          3 Kesetiaan
          4 Komunikasi dialogis
          5 Keterbukaan
          6 Kejujuran
          7 Kesabaran
        • ya allah..
          seandainya telah kau catatkan dia milikikku tercipta untuk diri ku satukanlah hatinya dengan hatiku titipkanlah kebahagiaan...
          ya allh ku mohon apa yg kau telah kau takdirkan dia adalah yg terbaik untukku..




        • RaPuH

          DeTiK wAkTu tErUs BeRjAlAn
          BeRhIaS GeLaP dAn tErAnG
          sUkA dAn dUkA tAnGiS dAn tAwA
          TeRgOrEs BaGaI LuKiSaN

          sErIbU mImPi bErJuTa sEpi
          HaDiR BaGaI tEmAn sEjAtI
          d! aNtArA leLaHnYa JiWa
          DaLaM rESaH dAn AiR MaTa
          kUpErSeMbAhKaN KePaDa MU
          yAnG tERiNdAh dAlAm hIdUp

          MeSkI Ku rApUh DaLaM lANgKaH
          kAdAnG XsEtIa PaDa MU
          NaMuN cInTa dAlAm JiWa
          HnYa PaDa MU

          mAaFkAnLaH b!La HaTI
          TaK sEmPuRnA mEnCiNtAi MU
          DAlAm DadA kU HaRaP haNyA
          d!Ri MU yAnG BeRtAhTa

          DeTiK WaKtU tErUs BeRLaLu
          SeMuNyA bERaKhIr PaDa MU

        • TUHANKU...Andainya Dia MilikKu
          Seandainya Kau ciptakan dia wujud
          menjadi milikku,
          tercipta buat diriku,
          dekatkanlah dia dengan diriku...

          Tetapi TUHANKU...
          Jika dia tercipta bukan untukku,
          tidak menjadi milikku,
          bawalah dia jauh dariku,
          lupakanlah dia dari ingatanku,
          hilangkanlah dia dari
          pandanganku...

          Kupohon dan kurayu padaMu yang Satu
          Engkau hapuskanlah perasaan ini,
          peliharalah aku dari rasa kecewa,
          berikanlah aku kekuatan,
          meskipun tanpa dirinya...

          TUHANKU....
          Engkau gantikanlahyang telah hilang.
          tumbuhkanlah yang telah patah,
          walau tiada yang sama dengan dirinya...

          TUHANKU...
          Seandainya benar dia telah ditakdirkan untukku,
          kupohon agar Kau sentiasa
          memperkuatkan cintanya,
          sebagaimana kuatnya cintaku padanya...
        • JENIS - JENIS JODOH 

          SyUrGa cInTa...JeNis-jEnIs JoDoH... yG pErTaMa : JoDoH dArI sYaiTaN... KaMu BeRdUa bErKenALaN.....BerPegAnGaN taNgAn....TeRus BerBuaT mAksIaT....MenGanDuNg...KeMudIaN KaMu bErdUa BerKaHwIn.... yG kEdUa : JodOh dArI JiN... KaMu BerDuA bErKenALaN....teTapI hAnYa sALaH sEoRanG yG beNar2 SuKa....yG sUka aKaN MenYihIr yG seOrg laGi sUpaYa mEnYuKai...kEmUdIaN kAmu MenGahwInInYa.... yG kEtIGa : JodOh DarI ALLaH... KaMu bErDuA bErKeNaLan.....TerUs MenUsUk kE KaLbU....yG LeLaKi aKan TerUs MeMinAnG yG pErEmPuaN....PiNanGan dItEriMa.....KamU bErDua BerKahwIn.....InsyAllah...berkekalan hingga Ke aKhIr HaYat.....ItULaH yG dIKaTaKan SyUrgA cInTa..... JodOh yG mANaKah MenJadI piLihAn? BerILaH cInTa dAn KasIh SyG pAdA oRg yG bEnAr2 BeRhAk....LeLaKi yG iKhLas dAn jUjUr..tIdAk aKaN seSeKaLi mErOsaKkAn pAsAnGaNnYa....pErNahKaH pAsAnGaN aNdA mEnGiNgAtKaN teNtaNg sOLat seTiaP kALi aNdA LeKa?pErNaHkAh pAsAnGaN aNdA mEnGaJaR aNdA sEpotOnG iLmU aGaMa?....hAnYa aNdA yG tAu jOdOh yG mCm mAnE aNdA dPt...aWass...jGn saLah LanGkAh....
        •  
          Bila Allah cepat makbulkan Doamu, Maka DIA Menyayangimu,
          Bila DIA Lambat Makbulkan doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu,
          Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu, Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu.
          Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun... Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya.



          KOMEN

          BIASA MANUSIA INGIN YG BAIK..CANTIK SERTA INDAH....BERSIH DAN KEMAS...BELAIAN...KASIH SAYANG...ROMANTIK...KETAATAN...SALING MEMAHAMI...DLL YANG BAIK2...SOALANNYA...ADAKAH KITA ADA CIRI2 YG DIKEHENDAKI ITU....

No comments:

Post a Comment