Pemandu bas cuba rogol penumpang dicekup polis
JASIN - Perbuatan biadap seorang pemandu bas ekspres warga Indonesia yang memasang video lucah sebelum cuba merogol seorang penumpang di atas lantai kenderaan itu memakan diri apabila dia ditahan dalam kejadian di Bukit Kajang, Bemban di sini kelmarin.Kejadian pukul 10.45 malam itu disedari oleh anggota polis yang sedang melakukan rondaan cegah jenayah selepas berasa pelik melihat sebuah bas ditinggalkan dalam keadaan enjinnya tidak dimatikan di tepi jalan, manakala pemandu dan penumpang tidak kelihatan.
Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Supritendan Che Suza Che Hitam berkata, sebaik didekati, anggota berkenaan terkejut apabila terdengar suara wanita menjerit.
Parkir asmara pasangan curang
Oleh Mohd Sabran Md Sani
sab@hmetro.com.my
sab@hmetro.com.my
TAK SENONOH...rakaman CCTV menunjukkan adegan berahi pasangan dalam kereta di tempat parkir terbabit.
Mereka membawa kenderaan secara berasingan untuk mengelak gerak-geri dihidu kenalan atau keluarga masing-masing sebelum melakukan aksi terlarang di kawasan gelap di dalam kereta mereka.
Difahamkan, walaupun waktu rehat hanya sejam, pertemuan singkat terbabit digunakan sebaik mungkin untuk melepaskan rindu.
Perkara itu didedahkan seorang kakitangan pasar raya berkenaan yang mengakui terkejut melihat gelagat suami dan isteri curang yang menjadikan parkir pasar raya itu untuk bermadu kasih.
Dia yang enggan dikenali berkata, bukti perlakuan tidak senonoh itu kerap kali disaksikannya bersama pekerja lain menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di setiap ruang tempat meletak kenderaan itu.
Bas ekspres menuju neraka
Oleh Norfaisal Jahuri
am@hmetro.com.my
am@hmetro.com.my
BUKTI...bas yang dipercayai menjadi tempat seorang wanita hampir dirogol malam kelmarin.
Dalam kejadian jam 10.45 malam kelmarin, pemandu berusia 38 tahun itu melencongkan bas dipandunya ke ladang sawit di Jalan Tiang Dua-Bukit Kajang sebelum cuba merogol mangsa.
Wanita warga Indonesia yang bekerja sebagai tukang urut refleksologi di Kuala Lumpur itu menegur pemandu berkenaan kerana menayangkan filem lucah ketika dia menjadi penumpang terakhir dalam bas.
Bagaimanapun, lelaki itu tidak mengendahkannya, malah terus membuka seluarnya sebaik memberhentikan bas di kawasan sunyi.
Namun, wanita berkenaan bernasib baik kerana kebetulan dua anggota polis yang menaiki kereta peronda melalui kawasan itu dan terus memeriksa selepas melihat keadaan bas mencurigakan.
Patah tulang dirempuh kuda
GEORGE TOWN – Kegembiraan empat sekeluarga menikmati percutian di pantai Batu Feringghi dekat sini menjadi mimpi ngeri apabila seorang kanak-kanak cedera parah dirempuh seekor kuda yang ditunggangi lelaki tempatan semalam.
Ketika kejadian pada pukul 10.45 pagi itu, mangsa Arina Kirana Azrin, 5, sedang bermain pasir di pantai bersama kakaknya, Athirah Balqis, 12, di hadapan Hotel Parkroyal yang didiami keluarga mereka di sini.
Tanpa disedari, mangsa tiba-tiba dirempuh seekor kuda yang ditunggangi seorang lelaki menyebabkan kanak-kanak itu melambung dan berpusing beberapa kali sebelum dia terjatuh tidak jauh dari lokasi tempat dia bermain.
Akibat kejadian itu, mangsa yang datang dari Putrajaya pada Isnin lalu mengalami patah tulang selangka kiri dan terpaksa dirawat di Hospital Pulau Pinang (HPP).
Semasa kejadian, didakwa tiada seorang pengusaha atau penjaga kegiatan pantai mengawal kuda yang dinaiki lelaki tempatan itu.
Selepas kejadian itu, penunggang kuda terbabit menghilangkan diri.
Bagaimanapun, dikatakan terdapat dua anggota penguat kuasa Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) berada di lokasi kejadian namun tiada bantuan diberikan kepada mangsa mahupun tindakan diambil ke atas penunggang kuda terbabit.
Payudara bernanah
Oleh Muhaamad Hafis Nawawi
mhafis@hmetro.com.my
mhafis@hmetro.com.my
SAKIT...Mei Ling menunjukkan resit bayaran pembedahan pembesaran payudara kepada Michael Chong.
Niat wanita terbabit, Tham Mei Leng, 30, ingin memberi kejutan kepada pasangannya selepas lelaki itu sering bersungut dia mahu kekasihnya kurus dan berpayudara besar menyebabkan mangsa nekad melakukan pembedahan itu bagi memenuhi tuntutan teman lelakinya.
Bagaimanapun, kejutan yang diharapkan tidak kesampaian sebaliknya dia menanggung kesakitan sehingga kini akibat pembedahan itu tidak berjaya malah menyebabkan payu daranya bernanah dan kehitaman.
Lebih menyedihkan RM13,100 yang digunakan untuk kos pembedahan itu menjadi episod hitam dalam hidupnya apabila tubuh badannya menjadi hodoh sehingga percintaannya selama lima tahun dengan teman lelaki terputus gara-gara lelaki itu tidak dapat menerima kekurangan dirinya.
Mei Leng berkata, penderitaan dialaminya kini bermula pada 11 Mac 2010, apabila kenalan mencadangkannya membuat rawatan kecantikan di premis di sini.
No comments:
Post a Comment