Gambit selamba
Oleh Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor
mohdhelmi@hmetro.com.my
mohdhelmi@hmetro.com.my
KONTROVERSI...klip video Marilah Menari yang mencetuskan kontroversi.
Gambit ketika dihubungi semalam, menafikan dakwaan bahawa klip video nyanyian Prema Yin dan dibintangi Shahz Jaszle itu tidak bermoral dan mengghairahkan.
Dia yang diminta penjelasan mengenai lakonan video klip itu lantas memberikan alasan video terbabit mengisahkan kehidupan sepasang suami isteri yang mengalami keruntuhan rumah tangga apabila masing-masing mempertahankan ego sendiri sebelum hubungan itu dibaiki semula.
“Saya berniat baik kerana kandungan video itu sebenarnya memaparkan kehidupan suami isteri yang berhadapan krisis rumah tangga malah tidak berniat langsung menayangkan adegan lucah atau seks.
“Bagi saya video itu tidak salah, lagi pun ianya dimuatkan dalam You Tube untuk pasaran Amerika..terpulanglah kepada masyarakat di negara ini untuk menilai sama ada menerimanya atau tidak,” katanya.
‘Bulan maduku’
Oleh Siti A’isyah Sukaimi
sitiaisyah@nstp.com.my
sitiaisyah@nstp.com.my
BERCUTI...Salih bersama empat isteri dan anak bergambar bersama sebelum berlepas ke Beijing.
Beliau bersama empat isteri, Norlizah Mamat, 46, Norraha Hamat, 42, Norfara Wahida Sulaiman, 32, dan Samihah Sheikh Amy, 25, bersama tujuh anak berlepas ke Beijing, China, semalam untuk bercuti enam hari.
Percutian itu juga adalah pakej bulan madu kepada isteri keempatnya yang genap seminggu dinikahi di Masjid Jamek Bandar Kulaijaya, Johor, Isnin lalu.
Menurutnya, percutian bersama keluarga itu peluang yang dinanti-nantikan selama ini kerana jarang sekali dapat berkumpul bersama memandangkan masa lapang yang terhad.
“Sebelum ini kami memang sukar merancang percutian beramai-ramai kerana ada yang sibuk bekerja dan belajar serta tidak dapat memohon cuti bersama.
“Jadi, inilah peluang keemasan, malah rezeki kami sekeluarga lebih-lebih lagi apabila sudah bertambah ahli keluarga baru. “Kesempatan ini kami manfaatkan sebaik mungkin walaupun empat anak tak dapat menyertainya kerana bekerja dan belajar,” katanya, ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Percutian dianjurkan Asmadi Group Travel and Tours Sdn Bhd itu turut disertai 40 peminat dari Johor Bahru, Johor. Mereka berlepas ke negara tembok besar itu melalui pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) jam 9 pagi.
Salih berkata, percutian disertai bersama peminat itu menambahkan lagi suasana ceria selain mengeratkan hubungan sedia ada.
“Ia juga dapat mendekatkan diri saya dengan peminat di samping menghargai mereka yang sentiasa memberi sokongan kepada kerjaya saya,” katanya.
Mengulas mengenai kehidupannya sekarang, Salih berharap dapat menjalankan tugas selaku suami dan bapa serta memainkan peranan yang baik terhadap seisi keluarganya dengan lebih adil dan bertanggungjawab.
Katanya, beliau mahu memperbaiki dan mempertingkatkan semua aspek dalam kehidupan keluarga.
“Saya sudah pun menghadapi detik bersama keluarga besar ini setiap hari. Saya bersyukur dengan kehidupan sekarang dan berharap ia terus berjalan seperti biasa, malah bertambah baik lagi,” katanya.
Bertelagah baki wang hantaran
Oleh Rashidi Karim
am@hmetro.com.my
am@hmetro.com.my
KESAL...Aizat menunjukkan laporan polis dibuatnya disamping barang hantaran untuk bakal isteri.
Begitu antara kandungan SMS diterima jurujual kenderaan dikenali sebagai Aizat 37, daripada bakal isterinya menyebabkan majlis ijab kabul pasangan berkenaan yang sepatutnya diadakan kira-kira jam 10 pagi semalam, dibatalkan.
Semuanya berpunca daripada pertelagahan baki wang hantaran yang sepatutnya dipersetujui kedua-dua pihak dilangsaikan ketika majlis akad nikah semalam.
Justeru, Aizat yang berasa dirinya dipermainkan dan ditipu keluarga gadis berkenaan membuat laporan di Balai Polis Kangar, kira-kira jam 10 pagi.
Aizat berkata, dia menerima SMS terbabit daripada bakal isterinya berusia 20 tahun yang dikenali sejak tiga bulan lalu jam 11.44 malam kelmarin iaitu 11 jam sebelum majlis akad nikah dijadual berlangsung di sebuah masjid di Simpang Empat, dekat sini.
Tunang batal nikah melalui SMS
KANGAR - Impian seorang jurujual kereta di sini untuk berkahwin dengan gadis pilihannya berkecai selepas tunangnya itu membatalkan majlis pernikahan mereka melalui satu kiriman khidmat pesanan ringkas (SMS).
Lebih melukakan hati lelaki itu yang hanya mahu dikenali sebagai Aizat, 37, kiriman SMS oleh gadis tersebut dibuat kira-kira 11 jam sebelum majlis perkahwinan mereka diadakan di sebuah masjid di Simpang Empat di sini pukul 10 pagi semalam.
Ekoran terkejut dan terkilan dengan keputusan pasangannya itu, Aizat tidak dapat tidur semalaman dan akhirnya membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kangar di sini semalam.
"Saya buat laporan ekoran rasa ditipu dan teraniaya oleh tindakan tunang saya dan keluarga perempuan yang membatalkan majlis akad nikah secara tiba-tiba.
"Saya sepatutnya bernikah dan bersanding hari ini (semalam) di rumah pengantin perempuan, namun impian saya musnah tiba-tiba," katanya kepada pemberita di sini semalam.
Menurut Aizat, pasangannya yang dikenali sebagai Amira, 20, membatalkan pernikahan mereka atas alasan abang gadis itu yang merupakan wali perempuan berubah fikiran pada saat-saat akhir.
"Dalam SMS itu, Amira kata dia tidak boleh meneruskan perkahwinan kerana abangnya yang patut menjadi wali perkahwinan marah kerana saya pernah menuduh keluarga Amira sebagai zalim," ujarnya.
Menurut Aizat, sebelum itu dia ada terlepas cakap perkataan zalim itu ekoran tertekan dengan keluarga tunangnya itu yang berkeras mahu wang hantaran sebanyak RM8,860 diserahkan sebelum majlis pernikahan diadakan.
Sehidup semati
ALOR GAJAH - Hasrat pasangan suami isteri untuk menghadiri kursus haji sebagai persediaan untuk menunaikan rukun Islam kelima itu pada November tahun depan tidak kesampai- an apabila kedua-duanya maut selepas motosikal yang ditunggangi merempuh sebuah kereta Proton Waja semalam.
Kejadian pukul 9 pagi di Jalan Sungai Udang-Masjid Tanah berhampiran Depot Pengkalan Peluru Kem Masjid Tanah di sini itu menyebabkan Mohd. Nordin Dolan, 56, dan Ramlah Daud, 53, menemui ajal di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan parah di kepala dan badan.
Kejadian berlaku apabila motosikal jenis Honda Wave ditunggang Mohd. Nordin merempuh pintu kiri kereta tersebut yang terbabas ke laluan bertentangan. Pemandu kereta itu bersama isterinya hanya cedera ringan.
Difahamkan, sebelum kejadian, pasangan tersebut dalam perjalanan untuk mengikuti kursus haji di Masjid Putra di Masjid Tanah di sini.
Leher lelaki dijerut dengan baju
AMPANG JAYA – Rutin hidup seorang wanita tua adalah datang ke rumah anak lelakinya di sebuah apartmen di Pandan Utama di sini tiga hari sekali untuk mengemas dan mengambil baju kotor lelaki itu.
Bagaimanapun, semalam Yoke Ching, 65, tidak menyangka kunjungan ke rumah anak kesayangannya, Ng Kim Loong, 45, pada pukul 8 pagi di tingkat lapan apartmen tersebut membuatkan dia trauma apabila menemui mayat lelaki itu terlentang di atas katil dengan kaki dan tangannya diikat.
Leher pengurus sebuah kedai jam di pusat beli-belah Lot 10 Bukit Bintang di sini yang masih bujang itu turut dijerut selain terdapat kesan lebam di muka.
“Saya sangka dia sedang tidur ketika saya datang. Selepas tunggu di ruang tamu selama setengah jam, saya jadi pelik sebelum meninjau ke dalam bilik tidur.
“Alangkah terkejutnya saya apabila mendapati dia telah mati dengan tangan dan kakinya diikat. Lehernya pula dijerut dengan baju,” ceritanya ketika ditemui di sini semalam.
No comments:
Post a Comment