Monday, June 6, 2011

BILA DUIT@WANG BOLEH MEMUSNAHKAN ILMU YANG ADS

Ustaz Harun lucah

Oleh Asmah Rusman
asmah@hmetro.com.my

BERTAFAKUR...pengikut Ustaz Harun dalam sesi ceramah.
BERTAFAKUR...pengikut Ustaz Harun dalam sesi ceramah.
MEWAH...bangunan  markas pengikut Ustaz Harun.
MEWAH...bangunan markas pengikut Ustaz Harun.
KUALA LUMPUR: Bukan hanya mengaku dirinya jelmaan Imam Mahdi dan berkuasa mengalih posisi bulan, bintang dan matahari, malah Ustaz Harun tanpa segan silu beraksi ‘panas’ ketika menyampaikan ucapan atau syarahan kepada pengikutnya.
Perbuatan itu mencurigakan beberapa pengikut, tetapi peliknya kebanyakan mereka seolah-olah boleh menerima dakwaan dan perbuatan lelaki terbabit.
Ustaz Harun atau Harun Mat Saat, 45, paling dikehendaki Bank Negara Malaysia (BNM) bersama lima individu lain kerana dipercayai terbabit kes penipuan skim cepat kaya dan pengambilan deposit secara haram membabitkan penyelewengan bernilai ratusan juta ringgit. Setakat ini, asetnya bernilai RM200 juta dibekukan BNM.

Bekas pengikut, Kalam Abdullah, 30, berkata semua ucapan yang didakwa lelaki itu sebagai syarahan agama mempunyai isi kandungan cerita lucah dan seks.

“Dia tanpa segan silu menyebut perkataan tidak senonoh dan beraksi ‘panas’ di depan kami walhal kelas itu dihadiri wanita dan topik yang dibincangkan tidak relevan dengan hal agama.
“Lebih menghairankan, sepanjang menjadi pengikutnya saya tak pernah melihat dia menunaikan solat dan sering menolak ajakan kami dengan pelbagai alasan,” katanya.


‘Arwah ayah rindu tatap wajah cucu’

Oleh Intan Mas Ayu Shahimi dan Ahmad Othman
am@hmetro.com.my

TERBUNUH...(dari kiri), Nur Dahyah, Zaimudin dan Rokiah
TERBUNUH...(dari kiri), Nur Dahyah, Zaimudin dan Rokiah
PONTIAN: “Minggu lalu ayah telefon dan suruh kami sekeluarga balik kampung kerana dia rindu dan mahu menatap wajah cucunya.
“Itulah kali terakhir saya mendengar suaranya sebelum mendapat khabar dia meninggal dunia dalam kemalangan di Kota Tinggi, petang semalam (kelmarin),” kata Muhamad Tab Zainuri, 29, anak angkat Allahyarham Zaimudin Yasir, 67, dan isterinya, Rokiah Kamiran, 58.

Dalam kejadian ketika hujan lebat kira-kira jam 3 petang kelmarin, pasangan warga emas itu maut bersama seorang cucu mereka, Nur Dahyah Fauzi, 11 bulan, selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki hilang kawalan dan terbabas di Kilometer 71 Jalan Johor Bahru-Mersing, dekat Kota Tinggi.
MPV berkenaan dipandu menantu mereka, Fauzi Ibrahim, 45, membawa lima lagi penumpang iaitu isterinya, Zubaidah Zaimudin, 36, dan empat anak mereka iaitu Muhammad Afik,10; Muhammad Zahin, 9; Hanizah, 6, dan Muhammad Sakimi, 3.

Mereka dalam perjalanan pulang ke Parit Sikom, Pontian, selepas bersiar-siar di Mersing sempena cuti sekolah.

Menurut Muhamad Tab, dia terkilan kerana tidak sempat pulang ke kampung sebelum pemergian arwah kerana terpaksa bertugas di Jementah, Pahang. “Selama 26 tahun arwah ayah dan mak menjaga saya dengan sempurna. Saya tak pernah dibezakan dengan anak kandung mereka. “Kedua-duanya memang tegas dalam mendidik anak, namun arwah ayah lebih bersikap pendiam dan mak banyak menceriakan suasana,” katanya ketika ditemui di Parit Sikom di sini, semalam.

Muhamad Tab berkata, dia sekeluarga masih terkejut dan sedih dengan kehilangan arwah serta anak saudara mereka.

Anak sulung Zaimudin, Zaitun, 43, berkata ibu dan ayahnya ada membeli buah tangan termasuk keropok ketika dalam perjalanan pulang untuk diberikan kepada mereka sekeluarga.
“Namun sayangnya, hasrat mereka tidak kesampaian dan kejadian ini sungguh mengejutkan kami sekeluarga,” katanya kali terakhir bertemu ibu bapanya ketika menziarah mereka di Parit Sikom, dua minggu lalu.

Jenazah Zaimudin, Rokiah dan cucu mereka, Nur Dahyah dibawa ke Parit Sikom, Pontian selepas selesai urusan bedah siasat pada jam 1.30 pagi semalam untuk dikebumikan, Sementara itu, Zubaidah dirujuk ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru, manakala Muhammad Afik dan Hanizah dirujuk ke Hospital Sultan Ismail (HSI); Fauzi, Muhammad Zahin dan Muhammad Sakimi pula menerima rawatan di Hospital Kota Tinggi.

No comments:

Post a Comment