Thursday, June 9, 2011

BILA KEDEGILAN BERTIMPA2....SATU MENOLAK HUKUM ALLAH....DUA ...MENGABAI MAJLIS2 ILMU...LAIN PERKATAN MALAS BELAJAR ISLAM...INGAT LAMBAT MATI SERTA RASA2 MASUK SYURGA....

‘Bantu kumpul maklumat’

Oleh Hayati Ibrahim
ya_t@hmetro.com.my

BERSALAMAN...Ismail (kanan) bersalaman dengan peserta Persidangan Jenayah Kewangan Antarabangsa 2011, semalam.
BERSALAMAN...Ismail (kanan) bersalaman dengan peserta Persidangan Jenayah Kewangan Antarabangsa 2011, semalam.
PUTRAJAYA: Polis memerlukan maklumat daripada orang ramai bagi membolehkan tindakan segera diambil terhadap ustaz Harun yang paling dikehendaki Bank Negara Malaysia (BNM) kerana terbabit dalam penipuan skim cepat kaya dan pengambilan deposit haram bernilai jutaan ringgit.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, pihaknya berusaha mengumpul maklumat sebelum tindakan sewajarnya diambil.

“Kami cuba mengumpulkan segala maklumat yang kami dapat dan kami harap mereka mempunyai keterangan tertentu untuk tampil ke hadapan (untuk memberikan maklumat)...dan usaha masih kita jalankan.
“Serah kepada kami untuk buat kerja, sampai masa... cukup keterangan kita akan bertindak,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Persidangan Jenayah Kewangan Antarabangsa (ICFC) 2011 anjuran Fakulti Perakaunan dan Institut Penyelidikan Perakaunan, Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai tindakan terhadap ustaz Harun atau nama sebenarnya Harun Mat Saat, 45, beralamat terakhir di 70, Rumah Murah Kos Rendah, Telaga Daeng Satu, Seberang Takir, Kuala Terengganu, yang dikehendaki BNM kerana pengambilan deposit dengan jumlah cukup besar itu.

Akhbar ini sejak bulan lalu mendedahkan mengenai lelaki yang paling dikehendaki BNM itu kerana menjadi dalang bagi projek pelaburan dijalankan syarikatnya, Dina Gruop Sdn Bhd, tetapi sehingga kini gagal dikesan.

Dua ahli lembaga pengarah syarikat terbabit sudah ditahan dan sedang menjalani proses perbicaraan, namun Harun dan dua lagi pengarah syarikat itu M Bakri Kamaruddin, 50, dan Zainal Md Yusof, 47, menghilangkan diri.

Siasatan mendapati akaun ketiga-tiga mereka memiliki wang tunai RM200 juta, menyebabkan akaun mereka kini dibekukan BNM.
Dalam perkembangan lain, Ismail berkata, berdasarkan statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM), kadar kes jenayah komersial di negara ini sejak enam tahun lalu meningkat sehingga 168 peratus.

Katanya, 8,952 kes jenayah komersial dilaporkan sepanjang 2005 membabitkan kerugian RM799,059 dan meningkat kepada 24,023 kes membabitkan kerugian RM917,982 pada 2010.

“Kami percaya peningkatan ini berlaku akibat sikap manusia yang tamak dan haloba.

“Sehubungan itu, kami mesti lihat daripada segi sistem yang kami ada untuk mengawal di institusi perbankan dan perniagaan.

“Kami mesti ada satu sistem yang telus dan padat mengurangkan peluang bagi mereka yang mempunyai niat jahat melakukan jenayah kewangan ini,” katanya.

Beliau berkata, polis juga menyelesaikan siasatan mengikut Akta Anti Pengubahan Wang Haram dan Anti Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLATFA) membabitkan 244 kes penggubahan wang haram dan laporan transaksi yang mencurigakan.

Bayi terjerlus jatuh laut

Oleh Junaidi Ladjana
djuns@hmetro.com.my

MAYAT DITEMUI...Musat menunjukkan lokasi Alben ditemui.
MAYAT DITEMUI...Musat menunjukkan lokasi Alben ditemui.
LOKASI KEJADIAN...lokasi Alben terjatuh di dalam lubang tandas.
LOKASI KEJADIAN...lokasi Alben terjatuh di dalam lubang tandas.
KOTA KINABALU: Seorang bayi lelaki berusia lapan bulan yang baru pandai merangkak, maut, selepas terjatuh ke dalam laut menerusi lubang tandas rumahnya di perkampungan atas air di Kampung Tanjung Aru Baru, semalam.
Mangsa, Alben Abdullah ditemui terapung di laut kira-kira 25 meter daripada rumahnya oleh seorang jiran, jam 2.40 petang dan dihantar ke Hospital Queen Elizabeth (QEH) sebelum disahkan meninggal dunia.
Mangsa dipercayai merangkak keluar daripada bilik menuju ke bilik mandi sebelum terjatuh ke dalam lubang tandas tanpa disedari bapa saudaranya, Rasil Abdul, 27, yang menjaganya ketika itu.

Ketika kejadian ibunya tiada di rumah kerana bekerja di sebuah restoran di bandar raya ini dan bayi berkenaan dijaga Rasil.


Menurut Rasli, sebelum kejadian, Alben berada di dalam bilik bersamanya.
“Saya sempat bermain dengannya dan ketika itu Alben sangat gembira sebelum dia keletihan dan tertidur. Selepas Alben tidur, saya turut terlelap di sisinya,” katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.

Pujukan Pak Nil selamat nyawa

Oleh Wan Asrudi Wan Hassan, Mohd Firdaus Ibrahim dan Muhaamad Hafis Nawawi
am@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Tindakan pantas pengacara popular, Aznil Nawawi, 48, atau lebih dikenali sebagai Pak Nil bukan saja menyelamatkan nyawa seorang pendengar radio yang mahu membunuh diri, malah menyelesaikan masalah pinjaman lelaki terbabit yang diburu along sejak lapan bulan lalu.
Kemuliaan hati Aznil terserlah apabila dia memberikan wang RM1,000 kepada mangsa untuk melunaskan hutang itu demi menyelamatkan nyawa lelaki terbabit.
Difahamkan, lelaki berusia 28 tahun yang kini menganggur selepas berhenti kerja nekad membunuh diri kerana dia dan keluarganya sering diganggu along selepas meminjam wang sejak lapan bulan lalu.

Akibat tidak tahan dengan ugutan along, mangsa yang tertekan mahu mengambil jalan mudah dengan meminum racun bagi menyelesaikan masalahnya itu.


Namun, lelaki terbabit mengirim SMS menerusi program Merisik Khabar, Riuh Pagi di stesen radio Era FM, kelmarin, dipercayai sebagai amanat terakhirnya kerana buntu selepas ahli keluarga enggan membantunya menyelesaikan masalah berkenaan.

Hilang lepas jumpa lelaki Bangladesh



KUALA LUMPUR: “Saya bimbang dengan keselamatan bapa yang gagal ditemui sehingga kini selepas keluar rumah berjumpa seorang lelaki warga Bangladesh pada 10 Mei lalu atas urusan kerja,” kata Tey Chin Soon, berhubung kehilangan bapanya, Tey Yu Hing, 59.
Chin Soon, 26, berkata bapanya yang bekerja sebagai ejen hartanah sejak lima tahun lalu berkenalan dengan seorang lelaki Bangladesh ketika berurusan mencari rumah sewa di Taman Pasir Gudang, Johor.

“Malah, sejak itu, bapa saya terbabit perniagaan mencari pekerja asing bersama lelaki itu dan bapa memberi RM160,000 bagi membuka syarikat berkenaan.
“Bagaimanapun, pada 10 Mei lalu, bapa saya keluar rumah kira-kira jam 9 pagi dengan memandu Proton Persona untuk berjumpa lelaki itu dan sehingga kini masih tidak pulang,” katanya pada sidang media di Wisma MCA, di sini, semalam.

Menurut Chin Soon, pada hari kejadian ibunya menerima panggilan daripada bapanya pada jam 6.37 petang, namun ibunya tidak sempat menjawab kerana sibuk menyediakan hidangan makan malam.

“Selepas memasak, ibu yang perasan bapa menghubunginya lantas menelefon semula, namun tidak berjawab malah telefon itu dimatikan.

“Pada mulanya kami tidak mengesyaki apa-apa sehingga bapa tidak pulang ke rumah,” katanya.

Selain itu, katanya, dia yang bimbang terjadi sesuatu kepada bapanya mencari mangsa di kawasan berhampiran rumah sewa lelaki Bangladesh terbabit keesokan harinya.
“Saya juga melihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sebuah stesen minyak dan mendapati pada jam 9.12 pagi bapa masih kelihatan di situ.

“Selepas itu, bapa pergi ke rumah lelaki Bangladesh terbabit yang berhampiran stesen minyak itu sebelum hilang,” katanya.

Chin Soon berkata, ibunya membuat laporan di Balai Polis Seri Alam, Johor dan pada 18 Mei lalu sebelum kereta bapanya ditemui di Jalan Dedap 23, Johor Jaya dengan enam saman berkaitan kesalahan letak kereta.

“Lelaki Bangladesh itu juga sehingga kini gagal dihubungi. Saya pernah pergi ke rumahnya untuk mencari bapa, namun dia sudah hilang,” katanya.

Pengarah cabul 6 pelajar


GEORGETOWN: Seorang pengarah sebuah syarikat bertindak licik kononnya mampu menawarkan markah tinggi bagi penilaian latihan amali disyarikatnya sebelum mengambil kesempatan mencabul enam pelajar institut pengajian tinggi awam (IPTA) dalam kejadian di Pulau Tikus, di sini, kelmarin.
Tidak berpuas hati dengan tindakan lelaki lingkungan 50-an itu, enam mangsa terbabit bersepakat membuat laporan di Balai Polis Pulau Tikus kira-kira jam 9 pagi, kelmarin.

Difahamkan, semua mangsa berusia 20-an itu ditawarkan penilaian baik dan markah tinggi asalkan mereka mengikut kehendak pengarah syarikat terbabit.
Menurut sumber, semua pelajar itu baru memulakan latihan amali di syarikat terbabit.

Katanya, terbabit turut menjanjikan kenaikan elaun latihan jika pelajar terbabit dapat memenuhi tuntutan nafsu serta arahannya.

“Difahamkan, mereka semua pelajar jurusan perakaunan yang membuat latihan amali di syarikat yang menyediakan latihan untuk menjadi kru penerbangan.

Bingkas lari nampak mayat



IPOH: Seorang pengguna jalan raya lari lintang-pukang selepas dikatakan terserempak mayat wanita dipercayai mangsa pembunuhan kejam di dalam belukar berhampiran Taman Rishah, dekat sini, petang kelmarin.
Mayat wanita itu ditemui dalam keadaan ngeri dengan kedua-dua pergelangan tangannya dikelar, manakala dahi, pipi kanan dan belakang lehernya ditetak, kira-kira jam 6.30 petang.

Mayat itu ditemui seorang lelaki yang sedang melalui Jalan Raya Ipoh - Lumut dari arah Ipoh, sebelum berhenti di satu kawasan berdekatan persimpangan lampu isyarat dan pergi ke arah belukar untuk membuang air kecil sebelum terhidu bau busuk.
Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh, Superintendan Ibrahim Abu Bakar berkata, mangsa tidak menghiraukan bau busuk yang disangka bangkai haiwan kerana mahu melepaskan hajat membuang air kecil “Bagaimanapun, ketika mahu membuang air kecil di belukar itu, lelaki terbabit terlihat objek mencurigakan sebelum melarikan diri kerana mendapati ia mayat manusia sebelum membuat laporan polis.

“Sepasukan polis yang digegaskan ke lokasi kejadian menemui mayat seorang wanita berkulit putih, berkemeja-T biru gelap dan berseluar dengan beberapa kesan kecederaan di badannya,” katanya.

Ibrahim berkata, hasil bedah siasat oleh pakar forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) mendapati ada kesan kecederaan pada kedua-dua pergelangan tangan, dahi, pipi kanan dan bahagian belakang leher mangsa dipercayai akibat dikelar atau ditetak menggunakan senjata tajam.

200 pekerja Vietnam, Bangladesh bertempur gara-gara wanita



NILAI: Gara-gara seorang wanita, kira-kira 200 pekerja asing warga Vietnam dan Bangladesh sanggup merusuh sesama sendiri menyebabkan 23 daripada mereka cedera dalam satu pergaduhan di asrama sebuah kilang tekstil di Taman Semarak, di sini, malam kelmarin.
Difahamkan, rata-rata pekerja lelaki berusia lingkungan 20-an hingga 30-an itu membawa senjata seperti batang besi dan kayu untuk ‘bertempur’ di kawasan kilang berkenaan sebelum berlanjutan hingga ke kawasan asrama didiami mereka.

Namun, tindakan pantas ratusan pegawai dan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan serta Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban termasuk dua pasukan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) berjaya meleraikan pergaduhan itu.
Hasil pemeriksaan kemudian mendapati seramai 23 lelaki warga asing mengalami kecederaan termasuk tiga daripada mereka yang dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) untuk menerima rawatan lanjut.

Polis yang menerima maklumat mengenai insiden rusuhan itu pada jam 9 malam kelmarin berjaya mengawal keadaan lapan jam kemudian iaitu kira-kira jam 5 pagi semalam. Mendedahkan perkara itu, Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Abd Manan Mhd Hassan, berkata, siasatan awal pihaknya mendapati kejadian berpunca tindakan seorang pekerja Bangladesh cuba mengurat seorang wanita Vietnam ketika bekerja syif malam pada Isnin lalu.

“Wanita itu bagaimanapun tidak mahu melayan lelaki berkenaan dan mengadu kepada rakan senegara lain yang turut bekerja di kilang sama.

“Akibat rasa tidak puas hati, lelaki itu kemudian dibelasah menyebabkan berlaku ketegangan yang melarat hingga malam tadi (semalam),” katanya pada sidang media, di sini, semalam.

Menurut beliau, pergaduhan antara dua kumpulan itu pada awalnya berlaku di kilang tekstil itu sebelum berlanjutan ke asrama mereka yang terletak kira-kira dua kilometer dari situ.
“Keadaan bagaimanapun berjaya dikawal daripada menjadi lebih teruk dan pemeriksaan mendapati kira-kira 200 pekerja terbabit dalam pergaduhan berkenaan. Seramai 23 orang cedera dipukul dengan objek tumpul termasuk tiga yang dibawa ke HTJS,” katanya.

Abd Manan berkata, pihaknya belum melakukan sebarang tangkapan bagi membantu siasatan yang diklasifikasikan mengikut Seksyen 148, Kanun Keseksaan kerana merusuh.

“Sebagai langkah berjaga-jaga, kita kini menempatkan 150 pegawai dan anggota termasuk satu pasukan FRU sekali gus memastikan kawasan asrama itu selamat,” katanya.

Mat Bangladesh buat onar dalam LRT



KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga Bangladesh berusia 28 tahun dipercayai gila seks ditahan polis selepas menunjukkan kemaluannya kepada penumpang lain di dalam tren Transit Aliran Ringan (LRT), KLCC, di sini, kelmarin.
Sehari sebelum ditahan, lelaki terbabit dikatakan meraba seorang penumpang wanita berusia 26 tahun sehingga menyebabkan berlaku kekecohan dalam pengangkutan awam berkenaan.

Bagaimanapun, tindakan suspek meneruskan rutin peliknya itu kelmarin di kawasan sama memakan diri apabila dia ditahan dua anggota polis yang melakukan rondaan cegah jenayah di kawasan berkenaan kira-kira jam 8.30 pagi.
Menurut sumber, suspek ditahan ketika menunjukkan kemaluannya kepada penumpang lain dalam LRT itu.

“Biarpun berlaku sedikit pergelutan, suspek berjaya ditahan sebelum dibawa ke Balai Polis Dang Wangi, untuk tindakan lanjut,” katanya.

Menceritakan semula kejadian yang berlaku Isnin lalu, sumber polis berkata, mangsa yang menaiki LRT dari Gombak mendakwa diraba seorang lelaki warga asing ketika dalam perjalanan menuju ke KLCC.

“Lelaki terbabit dikatakan duduk di sebelah mangsa dan melakukan perbuatan aneh dengan menggerakkan badannya namun tidak dipedulikan mangsa.

“Suspek yang berang dengan keadaan itu kemudian meraba paha wanita berkenaan. Tindakan suspek menyebabkan mangsa berang sebelum memarahinya.
Berang dengan keadaan itu selain bimbang kejadian sama berulang, mangsa tampil membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi, di sini.

Bapa tiri durjana

Oleh Siti Nor Hidayatidayu Razali
idayu@hmetro.com.my

SEPANG: Kerana wang saku, seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun rela dijadikan hamba seks bapa tirinya sejak enam tahun lalu di rumah mereka di Bandar Baru Salak Tinggi, dekat sini.
Difahamkan, remaja terbabit dinodai bapa tirinya berusia 62 tahun setiap kali ketika ibu dan kakaknya keluar bekerja. Mangsa diugut suspek supaya merahsiakan kejadian berkenaan daripada ahli keluarga.

Namun, tidak tahan dengan perbuatan keji lelaki itu remaja terbabit nekad membuat laporan di Balai Polis Bandar Baru Salak Tinggi, di sini, kelmarin.
Menurut sumber polis, kejadian bermula sejak mangsa berusia 11 tahun ketika dia dan suspek berduaan di rumah. Mangsa dikatakan meminta wang saku daripada suspek namun disuruh berbaring dan menanggalkan pakaian.

“Remaja itu yang takut diugut tidak diberi wang saku menurut arahan dan dirogol bapa tirinya. Kejadian malang itu berulang setiap kali dia meminta wang belanja.

“Walaupun tidak rela diperlakukan sebegitu oleh bapa tirinya, remaja terbabit terpaksa menyerahkan kesucian setiap kali diminta kerana tidak mahu menyusahkan ibunya untuk mendapatkan wang belanja,” katanya di sini, semalam.

Sumber berkata, bapa tiri mangsa turut mengugut akan memutuskan hubungan kekeluargaan dan membuangnya, jika tidak mahu melakukan hubungan seks.

“Perkara ini menakutkan mangsa hingga dia terpaksa merahsiakan perkara itu daripada pengetahuan ibu dan kakaknya kerana takut ditinggalkan bapa tiri yang menjadi tempat bergantung mereka sekeluarga.
“Remaja itu yang kini sudah sedar akan kesilapan yang dilakukan bapa tirinya dan mahu melindungi diri terus membuat laporan polis,” katanya.

Menurut sumber, remaja terbabit kini mahu berhenti sekolah kerana malu dengan sikap bapa tirinya yang sanggup melakukan perbuatan terkutuk kepada dirinya.

Katanya, remaja malang itu kini berubah sikap daripada pendiam kepada lebih liar apabila suka melepak dengan kawan bagi melepaskan tekanan dan tidak mahu dibelenggu dengan masalah itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sepang, Superintendan Imran Abd Rahman mengesahkan laporan.


Mengamuk isteri tak layan nafsu

Oleh Zaitie Satibi
am@hmetro.com.my

KUANTAN: Seorang buruh yang didakwa memukul isterinya menggunakan jag air plastik hingga cedera gara-gara wanita itu menolak permintaan untuk mengadakan hubungan seks menggunakan cincin penambat zakar dipenjara empat bulan kerana gagal membayar denda RM1,500 oleh Mahkamah Majistret, di sini, semalam.
Tertuduh, Shahadan Norham, 50, dari Batu 7, Jalan Gambang, di sini, didakwa dengan sengaja menyebabkan cedera kepada isterinya berusia 55 tahun dengan menghentak jag air plastik mengandungi ais di kepala wanita berkenaan di rumah mereka, jam 5 petang, 28 Mei lalu.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana sengaja menyebabkan kecederaan mangsa yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda RM2,000.
Shahadan didakwa di mahkamah sama kali pertama pada 1 Jun lalu, tetapi tidak mengaku bersalah dan dikenakan ikat jamin RM2,000. Namun, tertuduh tidak membayar wang jaminan itu dan dihantar ke Penjara Penor sehingga kesnya disebut semula semalam.

Bagaimanapun, tertuduh kemudian mengaku bersalah selepas kesnya disebut semula di depan Majistret Nordiana Abdul Aziz, manakala pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa, Cif Inspektor Azman Ariffin.

Mahkamah kemudian mengarahkan tertuduh membayar denda RM1,500, tetapi dia gagal membayar wang itu dan dihantar semula ke penjara.

Akhbar ini pada 4 Jun lalu melaporkan seorang wanita mengalami penderitaan sejak empat tahun lalu kerana didera secara seksual oleh suami yang mengamalkan kaedah pelik ketika menjalinkan hubungan kelamin.

Wanita terbabit mendakwa suaminya menggunakan cincin penambat zakar ciptaan sendiri yang diperbuat daripada pelbagai alat seperti besi rantai kunci, biji manik, benang, gelang getah dan kepala jarum peniti.
Akibat tidak tahan menanggung penderitaan, wanita itu kemudian membuat tiga laporan di Balai Jaya Gading dan laporan terakhir dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan, 29 Mei lalu, selepas tertuduh mengetuk kepalanya dengan jag.

No comments:

Post a Comment