Mogadishu antara bandar paling bahaya
|
MOGADISHU – Bandar Mogadishu di Somalia dianggap antara yang paling tidak selamat di dunia kerana kejadian tembakan curi yang dilepaskan oleh beberapa kumpulan militia yang saling bermusuhan kerap berlaku.
Kejadian tembakan curi itu berlaku selepas kumpulan bersenjata yang bersekutu dengan Al-Qaesa, Al-Shebab melarikan diri dari bandar ini.
Kumpulan tersebut melarikan diri pada bulan lalu dari Mogadishu selepas kalah dalam pertempuran dengan tentera kerajaan Somalia yang diiktiraf masyarakat antarabangsa termasuk Kesatuan Afrika (AU).
Namun, kumpulan itu memberi amaran akan melakukan serangan gerila di bandar ini seperti serangan bom kereta dan pembunuhan.
Walaupun kerajaan sementara Somalia kini menguasai sepenuhnya Mogadishu buat kali pertama selepas Perang Saudara berlaku pada 1991, para pemberontak masih mengawal bahagian selatan dan tengah Somalia yang kini dilanda masalah kebuluran.
Di bandar ini, kehidupan berlangsung seperti biasa dengan jalan-jalan raya sibuk dengan bas mini, orang ramai duduk minum teh di deretan rumah manakala penjaja menjual buah-buahan segar.
Pasukan pemantau media, Wartawan Tanpa Sempadan (RSF) menyenaraikan Somalia sebagai negara paling banyak kematian buat kakitangan media.
Seramai 23 kakitangan media mati sejak 2007. Jumlah itu tidak termasuk mangsa terbaharu iaitu kakitangan Bernama TV, Noramfaizul Mohd Nor, 39, yang mati ditembak manakala jurukamera TV3, Aji Saregar Mazlan, 27, cedera di Mogadishu kelmarin.
Tembakan itu dilepaskan oleh kumpulan penyerang yang tidak dikenali.
Dalam kejadian itu, seorang pegawai keselamatan dengan tentera kerajaan yang disokong AU, Abdukarim Ali berkata, kakitangan media itu menaiki sebuah kenderaan dalam konvoi yang disertai bersama beberapa lelaki militia swasta yang kerap diupah oleh rakyat asing untuk melindungi ancaman penculikan di bandar ini.
“Lelaki-lelaki itu (kakitangan Bernama TV dan jurukamera TV3) ditembak dengan peluru semasa mereka berada di dalam kereta,” kata Abdukarim. – Agensi
‘Saya terdengar dua das tembakan’
|
MOGADISHU – “Saya masih tidak percaya kejadian yang menimpa kami. Hakikat jurukamera saya, Noramfaizul Mohd. Nor, maut akibat terkena tembakan peluru sesat pada petang Jumaat, masih belum dapat saya terima,” demikian kata wartawan BernamaTV, Khairulanuar Yahaya.
Beliau dan Noramfaizul, 39, adalah antara 54 anggota Misi Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia di Mogadishu, Somalia yang berlepas pada 28 Ogos lalu dan dijadual tiba di tanah air hari ini.
Kejadian tembakan itu berlaku ketika krew BernamaTV, TV3, Astro Awani dan RTM bergerak dari pusat operasi ke asrama tempat mereka tinggal sejauh kira-kira satu kilometer, selepas membuat liputan pemberian bantuan kepada mangsa kebuluran.
“Saya duduk di bahagian paling hadapan di sebelah pemandu kenderaan pacuan empat roda itu, manakala Noramfaizul duduk di bahagian paling belakang di sebelah kanan bersebelahan jurukamera TV3, Aji Saregar Mazlan yang turut cedera.
Baju, kasut raya jadi hadiah terakhir
JOHOR BAHRU – Baju dan kasut raya yang dibeli jurukamera BernamaTV, Noramfaizul Mohd. Nor, 39, pada awal Ramadan lalu menjadi hadiah terakhir paling bermakna buat isteri dan anak-anaknya sebelum dia meninggal dunia akibat terkena tembakan curi ketika membuat liputan di Mogadishu, Somalia kelmarin.
Isteri Allahyarham, Norazrina Jaafar, 37, berkata, baju dan kasut untuk dia dan dua orang anak mereka, Mohd. Irfan, 8, dan Mohd. Naufal, 3, akan disimpan sebagai kenangan.
Meskipun sedih dengan pemergian suami, Norazrina tetap reda dan menganggap ia qada dan qadar Tuhan.
“Yang pergi tetap pergi. Saya akan pikul amanah untuk membesarkan anak-anak kami sebaik mungkin,” katanya ketika ditemui di rumah ibunya di Taman Sentosa di sini semalam.
Eksekutif Perhubungan Awam di sebuah agensi kerajaan itu menjelaskan, arwah pernah berpesan supaya dia menerima ketentuan dan reda dengan segala yang berlaku sekiranya terjadi sesuatu ke atas dirinya.
“Dia tidak pernah membantah arahan tugasan di mana- mana,” katanya.
Noramfaizul dilaporkan terkena tembakan kelmarin sewaktu membuat liputan Misi Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia di Mogadishu, Somalia.
Kejadian berlaku ketika Noramfaizul bersama rakan media elektronik lain berada di dalam kenderaan pacuan empat roda menuju ke sebuah pusat komersial untuk menghantar berita.
Raya bertukar duka
JERLUN – Kegembiraan sebuah keluarga menyambut Syawal bertukar duka apabila anak mereka ditemui mati lemas dalam sungai di Kampung Masjid, Kuala Sanglang di sini Jumaat lalu.
Mangsa, Syabil Syakirin Jasmi (gambar), 5, dikatakan terjatuh ke dalam sungai selepas gagal mengawal basikal yang ditunggangnya ketika melintasi jambatan kecil di kampung berkenaan pada pukul 2.30 petang.
Menurut bapanya, Jasmi Ludin, 39, ketika kejadian dia berada di rumah setelah pulang daripada menunaikan solat Jumaat. Dia tidak sedar anak bongsu daripada dua beradik itu keluar rumah.
Namun, selepas dimaklumkan oleh anak sulungnya, Nur Syafaa, 8, yang adiknya tiada di rumah, dia dan ahli keluarga yang lain keluar mencarinya tetapi gagal.
“Kemudian saya menerima panggilan telefon daripada seorang rakan yang ternampak basikal dan sebelah selipar Syabil di atas jambatan manakala sebelah lagi terapung di dalam sungai.
“Apabila saya sampai di situ, Syabil sudah dikejarkan ke klinik berhampiran sebelum dibawa ke Hospital Tunku Fauziah di Kangar. Saya diberitahu dia meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke sana,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Sanglang di sini semalam.
Jasmi menambah, dia dimaklumkan, Syabil masih sedar ketika diselamatkan dengan nasi keluar dari mulut manakala matanya terbuka luas.
Hasrat sambut tetamu musnah
ALOR GAJAH – Harapan sebuah keluarga untuk meraikan hari lebaran dan menunggu tetamu datang tidak kesampaian apabila rumah mereka musnah dalam satu kebakaran di Kampung Ayer Bawah di sini kelmarin.
Dalam kejadian pada pukul 12.45 tengah hari itu, kesemua 11 penghuni rumah tersebut terselamat.
Menurut mangsa, Rafeah Hassan, 47, sebelum kejadian, dia yang tinggal di rumah pusaka itu bersama suami, Rahmat Mohd. Idris, 47, sejak enam tahun lalu bersama lima anak mereka sedang menonton televisyen.
Selain keluarga Rafeah, turut berada di dalam rumah ketika itu ialah empat lagi saudaranya yang datang beraya di rumah.
“Semasa sedang leka menonton televisyen, tiba-tiba salah seorang anak saya menjerit mengatakan terlihat api dari atas bumbung rumah,” katanya ketika ditemui semalam.
Tuan rumah laung azan
MARANG – Kemeriahan 14 keluarga menyambut hari raya Aidilfitri di sini bertukar bencana apabila rumah mereka rosak dipukul ribut di Kampung Pulau Kerengga dekat sini kelmarin.
Kejadian kira-kira pukul 5 petang itu turut menyebabkan suasana menjadi kelam-kabut dengan pelbagai barangan dan perhiasan hari raya bertaburan diterbangkan angin.
Lebih malang lagi, tiga daripada 14 rumah yang dilanda ribut rosak teruk menyebabkan setiap mangsa mengalami kerugian kira-kira RM15,000.
Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa berlaku.
“Paling menyedihkan semasa kejadian, ada tuan rumah yang sedang melayan tetamu. Mereka terpaksa berlindung di tempat selamat bagi mengelak kecederaan.
“Ada juga yang lari bertempiaran dan melaungkan azan ketika ribut itu datang,” katanya ketika ditemui di sini semalam.
Ketika kejadian, Ramli berkata, dia sedang duduk berehat di depan rumahnya sebelum melihat atap daripada sebuah rumah jiran berhampiran diterbangkan angin dan jatuh betul-betul di hadapan rumahnya. Menurutnya, kejadian itu berlaku kira-kira 10 minit sahaja.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Masyarakat dan Wanita Terengganu, Datuk Yahya Katib berkata, pihaknya telah dimaklumkan mengenai kejadian itu dan akan mengambil tindakan segera bagi membantu kesemua mangsa.
“Kita telah mengarahkan pihak berwajib untuk membuat penilaian bagi urusan bantuan,” ujarnya.
3 anak polis maut nahas
04/09/2011 5:20pm
JOHOR BAHARU - Tiga adik-beradik lelaki maut apabila kereta yang mereka naiki bertembung dengan sebuah kereta lain di kilometer 113.6 Jalan Labis-Yong Peng awal hari ini.
Mereka ialah Ahmad Zakhwan Patah Raji, 19, serta dua adiknya, Ahmad Zahinuddin, 18, dan Ahmad Zarif, 12.
Timbalan Ketua Polis Batu Pahat, Superintendan Adnan Azizon berkata, dalam kejadian 2.45 pagi itu, Ahmad Zakhwan yang memandu kereta Kancil hilang kawalan dan memasuki lorong bertentangan menyebabkan kenderaannya bertembung kereta Proton BLM milik Ho Hong Shou.
"Semua mangsa sedang dalam perjalanan dari Kelantan untuk menyambut Aidil Fitri bersama ayah mereka Koperal Patah Raji Muhamad yang bertugas di Balai Polis Simpang Renggam,” katanya.
Ahmad Zakhwan meninggal dunia di tempat kejadian manakala adik-adiknya meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Batu Pahat.
Sementara itu, Ho, 20, cedera ringan dan dibawa ke hospital berkenaan. - Bernama
2 mati lemas di Laguna Semerak
04/09/2011 1:58pm
PASIR PUTEH - Dua remaja mati lemas manakala tiga lagi
terselamat dalam kejadian pasir jerlus di Laguna Semerak di sini, petang semalam ketika mereka mencari siput laut semasa berkelah di kawasan teluk itu.
Kejadian pasir jerlus kira-kira 3.30 petang itu meragut nyawa Nik Norfatin Izati Nik Mohd Noor, 15, dan Nik Norhidayah Nik Man, 11, yang secara kebetulan berada di kawasan yang sama ketika mencari siput laut.
"Kedua-dua mangsa dipercayai terjerlus dan terperangkap di kawasan curam ketika kejadian itu," kata Penjaga Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh Kaharuddin Yahya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.
Kedua-dua mangsa itu yang menetap di Pasir Puteh bagaimanapun tidak mempunyai pertalian persaudaraan. Nik Norfatin Izati adalah murid Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gaal dan Nik Norhidayah pula ialah pelajar Sekolah Kebangsaan Bukit Awang di Pasir Puteh.
Menurut Kaharuddin, tiga saudara sepupu Nik Norhidayah, yang menyertai acara berkelah bersamanya dan keluarga sempena cuti Hari Raya Aidilfitri, bagaimanapun sempat diselamatkan oleh orang ramai yang turut berada di kawasan tersebut.
Mangsa yang terselamat ialah Norhayati Shamsuddin, 14, dari Pasir Puteh, Mohd Halim Mohd Zahid, 12, dari Johor, dan Nabila Mohd Azmi, 15, dari Bangi, Selangor.
Norhayati dan Mohd Halim diberi rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Tengku Anis di sini manakala Nabila pula dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Baharu untuk mendapat rawatan lanjut.
Kaharuddin berkata 14 anggota bomba dan penyelamat serta Unit Skuba dari
Kota Baharu menjumpai mangsa yang terperangkap dalam pasir jerlus itu kira-kira pukul 5 petang semalam tidak jauh dari tempat kejadian.
Dengan kematian tersebut menjadikan mereka mangsa ke-28 yang terkorban di kawasan teluk berkenaan sejak lebih 10 tahun lepas, katanya.
Sementara itu, bapa Nik Norfatin, Nik Mohd Noor Junoh, 39, ketika ditemui di Hospital Tengku Anis di sini hari ini berkata ketika kejadian beliau berada tidak jauh dari tempat anaknya mencari siput.
"Saya sedar (kejadian itu) apabila terdengar suara riuh rendah suara orang menjerit dan setelah mendekatinya rupa-rupanya anak saya hilang ditelan arus," katanya.
Beliau menerima kejadian itu sebagai takdir ketentuan Ilahi. - Bernama
Pasangan nyaris maut ketika berasmara
CHANGSA – Satu pasangan yang berasmara dalam sebuah kereta nyaris maut kerana mereka tidak mematikan enjin kereta, lapor sebuah akhbar semalam.
Pasangan itu pada mulanya berasmara dalam kereta yang diletakkan di tempat letak kereta di atas bumbung sebuah bangunan di sini, selatan China baru-baru ini.
Mereka tidak mematikan enjin kerana mahu menikmati hawa dingin ketika berasmara.
Namun, si lelaki, Qiao Hou tertolak gear menyebabkan kereta berkenaan mengundur dan merempuh penghadang tempat letak kereta.
Kereta itu tidak terjatuh sebaliknya bahagian belakang kenderaan tersebut tergantung pada ketinggian 18.28 meter.
Kekasih Hou menjerit menyebabkan beberapa orang bergegas membantu mereka keluar dari kenderaan itu.
– Agensi
No comments:
Post a Comment