Sunday, September 4, 2011

NALURI SEMUA MANUSIA NAK KELIHATAN CANTIK...CANTIK DAN SEGALA DARI ALLAH...MUNGKIN DENGAN MENGEKALKAN AIR SEMBAHYANG...DENGAN TIDAK MENINGGALKAN SOLAT...SERING BACA QURAN...BAIK AKHLAK DAN BERBUDI BAHASA..SOPAN SANTUN...TAAT PADA ALLAH...MENYEBABKAN MUKA KELIHATAN CANTIK..BERSERI2 DLL...

Lilit dengan dawai

Oleh SURAYA ROSLAN dan NOOZIEYANTIE ‘ALIA ADNAN
am@hmetro.com.my

PERIKSA... anggota polis wanita menarik bahan letupan jauh daripada kereta.
PERIKSA... anggota polis wanita menarik bahan letupan jauh daripada kereta.
PORT DICKSON: “Saya tidak menyangka bungkusan hitam yang dililit pada ekzos kereta itu adalah bahan letupan,” kata wanita dikenali sebagai Siti, 40-an, yang terkejut selepas cubaan meletupkan keretanya di Batu 1/2, berdekatan PD Walk, di sini, kelmarin.
Siti berkata, dia meninggalkan kereta bersama anak lelakinya berusia 14 tahun di tanah lapang dan pergi melakukan urusan bank tidak jauh dari situ.

“Selepas selesai, saya terus ke kereta yang diletakkan di sebuah tanah lapang sebelum terpandang objek itu.
“Mulanya saya menyangka ia bungkusan biasa, namun apabila membeleknya, saya hairan melihat dawai dililit kemas pada batang ekzos.

“Saya yang mula tidak sedap hati segera menghubungi bapa saudara untuk memeriksanya,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Menurutnya, bapa saudaranya datang untuk memeriksa dan mahu memotong lilitan dawai itu, namun dinasihatkan orang ramai supaya menunggu polis tiba.

“Kereta ini baru saya beli sebulan lalu dan saya tidak tahu motif orang yang meletakkan bahan itu.

“Saya tiada musuh dan tidak pernah mencari masalah dengan sesiapapun. Mujur saya dan anak tidak cedera dalam kejadian ini,” katanya yang juga kakitangan kerajaan.
Sementara itu, anak lelaki mangsa yang enggan dikenali memberitahu, sepanjang 30 minit dalam kereta, dia tidak melihat kelibat manusia melalui atau meletakkan sesuatu pada kereta.

“Saya tidak perasan atau mengesyaki sesuatu, malah selepas ibu sampai ke kereta dan memberitahu melihat sesuatu yang pelik pada ekzos, saya turun untuk memeriksanya tetapi masih tidak mengesyaki ia bahan letupan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Baljeet Singh berkata, pihaknya menerima panggilan jam 4.30 petang dan bergegas ke tempat kejadian untuk siasatan.

“Kami turut memanggil Unit Pengesan Bom dan didapati bungkusan itu sejenis bahan letupan disyaki mercun yang mampu memusnahkan tangki minyak kereta terbabit,” katanya di sini, semalam.

Katanya, bahan letupan itu mampu memusnahkan benda di sekelilingnya hampir 50 meter dan suspek yang melakukan perkara ini mempunyai niat mencederakan pemilik kereta itu.

“Hasil pemeriksaan awal, kami mendapati bahan itu dililit dengan sempurna dan kemas supaya tidak mudah jatuh jika kenderaan itu bergerak,” katanya.

Menurutnya, pihaknya berjaya memusnahkan bahan letupan terbabit pada jam 8.45 malam.

“Kita akan menyiasat kes ini daripada semua aspek dan mengesan motif suspek melakukan perkara ini,” katanya yang turut mengesahkan kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan iaitu dengan niat mendatangkan kecederaan,” katanya.

Budak 5 tahun lemas jatuh terusan

Oleh MOHAMAD HUSSIN
mohamad@hmetro.com.my

SANGLANG: “Arwah suruh saya belikan bunga api tetapi saya tidak bagi, tak sangka pula arwah pergi ke kedai secara senyap-senyap,” kata Jasmi Ludin, 39, bapa kepada Syabil Syakirin, 5, yang lemas dipercayai terjatuh ke dalam terusan selepas gagal mengawal basikal ditungganginya di Kampung Masjid, Kuala Sanglang, di sini, petang kelmarin.
Dalam kejadian jam 2.30 petang, mangsa dikatakan keluar dari rumah di Taman Sri Sanglang, di sini, 500 meter dari tempat kejadian untuk membeli bunga api di sebuah kedai berhampiran terusan itu.

Jasmi berkata, anaknya yang bersekolah di Tabika Kemas Kuala Sanglang memintanya membeli bunga api tetapi dia tidak mengendahkannya, menyebabkan arwah pergi ke kedai seorang diri.
“Saya tidak sangka dia keluar senyap-senyap dengan menunggang basikal. Kebetulan sebelum kejadian itu, kakaknya, Nursyifaa, 8, perasan adiknya tiada di rumah, menyebabkan kami semua pergi mencarinya di sekitar rumah tetapi tidak menemuinya.

“Beberapa minit kemudian saya menerima panggilan daripada penduduk kampung memberitahu anak saya lemas dalam terusan.

“Ketika sampai di situ, penduduk memaklumkan mereka sudah membawa anak saya ke klinik berhampiran. Bagaimanapun, dia meninggal dunia dalam perjalanan ke klinik,” katanya yang ditemui di rumahnya di Taman Sri Sanglang, di sini, semalam.

Beliau berkata, dia bergegas ke klinik itu sebelum doktor mengarahkannya menghantar arwah ke Hospital Tunku Fauziah (HTF), Kangar untuk tindakan susulan.

“Saya reda dengan ketentuan Ilahi. Arwah anak yang lincah dan aktif... kami sedih dengan kehilangannya,” katanya.
Sementara itu, saksi kejadian, Kamarudin Othman, 48, berkata ketika kejadian dia dalam perjalanan ke kedai runcit berdekatan rumah dan menemui sebuah basikal di atas jambatan.

“Selepas melihat ke arah sungai, saya dapati sepasang kasut kanak-kanak dibawa arus dan saya percaya sesuatu yang buruk berlaku, menyebabkan saya menghubungi abang saya, Zakaria, 54 untuk membantu.

“Lima minit selepas abang datang, dia menyelam ke dasar sungai dan menemui seorang budak lelaki lemas. Ketika dipapah, mangsa didapati dalam keadaan lembik.

“Biarpun tiga kali melakukan pertolongan cemas, usaha kami tetap gagal sebelum kami meminta pertolongan orang ramai membantu membawanya ke klinik,” katanya.


Tergamam terima panggilan telefon

Oleh IBRAHIM ISA
ibrahim@hmetro.com.my

JOHOR BAHRU: “Saya tidak sangka naluri ibu yang risaukan keselamatan Aji ada kebenarannya kerana anak sulung saya memberitahu, keadaan di Somalia jauh lebih ganas dan bahaya berbanding di Gaza.
“Sebaik menerima panggilan telefon daripada kakitangan TV3 memaklumkan Aji cedera terkena tembakan, saya tergamam, jantung bagaikan terhenti dan air mata mula mengalir,” kata Rohana Jamil, 50, ibu kepada jurukamera TV3, Aji Saregar Mazlan, 27, yang cedera ketika membuat liputan misi kemanusiaan Malaysia di Mogadishu, Somalia.

Menurutnya, sejak berangkat ke Somalia, 28 Ogos lalu, anak sulung dua beradik itu menghubungi ayahnya, Mazlan Mohd Sam, 52, setiap hari pada jam 5 petang bagi memaklumkan suasana di sana serta keadaan dirinya.
Namun, kata Rohana, kelmarin kebimbangannya semakin memuncak apabila Aji tidak menghubungi Mazlan seperti biasa.

“Sebelum ini, setiap kali Aji menelefon bapanya, dia beritahu keadaan di Somalia jauh lebih dahsyat daripada konflik di Gaza.

“Malah, setiap kali kami berbual, dia meminta kami sekeluarga mendoakan keselamatannya di sana hingga pulang ke tanah air, menyebabkan saya bertambah bimbang.

“Bagaimanapun, semalam (kelmarin) Aji tidak menelefon ayahnya, menyebabkan saya risau perkara buruk berlaku terhadapnya,” katanya di rumahnya di Taman Bukit Kempas, di sini, semalam.

Menurutnya, naluri ibu yang risaukan keselamatan anaknya menjadi kenyataan apabila menerima panggilan telefon pada jam 11.20 malam kelmarin daripada kakitangan TV3 yang memaklumkan Aji cedera terkena tembakan di Somalia.
Katanya, petugas TV3 terbabit turut meminta mereka sekeluarga mendoakan keselamatan Aji dan selamat pulang serta bersabar menghadapi dugaan itu.

“Saya sebenarnya berat hati melepaskannya mengikut misi kemanusiaan di Somalia, tetapi Aji banyak kali meminta kebenaran untuk ke sana. Jika difikirkan, dia pernah terbabit dalam beberapa misi kemanusiaan di Gaza dan Kaherah, namun sepanjang dia mengikuti misi kali ini, saya lebih bimbang berbanding sebelumnya,” katanya.

Mazlan pula bersyukur selepas diberitahu Aji kini stabil dan hanya cedera di tangan kanan tetapi turut sedih dan bersimpati terhadap nasib malang yang menimpa jurukamera Bernama TV, Noramfaizul Mohd Nor, 41, yang terbunuh akibat terkena tembakan dalam kejadian sama.

“Jam 5 pagi esok (hari ini), kami sekeluarga akan ke Kuala Lumpur kerana diberitahu Aji dan semua anggota misi kemanusiaan berkenaan, termasuk jenazah Noramfaizul, dijangka tiba jam 10 pagi.

“Bagaimanapun, kami masih tidak tahu lokasi ketibaan mereka dan menunggu maklumat lanjut daripada pegawai misi kemanusiaan itu,” katanya.

Suami pesan didik anak

Oleh SITI NORHIDAYATIDAYU RAZALI dan SURAYA ROSLAN
metahad@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: “Suami berpesan supaya menjaga anak kerana dia mahu berjuang untuk negara,” itu kata-kata terakhir jurukamera Bernama TV, Noramfaizul Mohd Nor, 41, kepada isterinya, Norazrina Jaafar, 37, sebelum mati akibat terkena tembakan curi ketika membuat liputan Misi Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia di Mogadishu, Somalia, kelmarin.
Norazrina berkata, arwah bapa penyayang dan menyuruhnya mendidik dua anak mereka Mohd Irfan, 8, dan Mohd Naufal, 3, dengan didikan sempurna.

Katanya, arwah juga memohon maaf sebelum berlepas ke Mogadishu dengan dihantar oleh ibu dan bapa mentuanya serta dua anak.
“Saya tidak sangka, arwah meninggalkan kami dengan begini cepat kerana tiada perubahan ketara dalam dirinya, selain sering keluar negara kerana bertugas,” katanya yang tiba di rumah ibu mentuanya di Serdang, dekat sini, jam 5.30 petang.

Turut hadir Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir.

Sementara itu, ketika ditemui di Johor Bahru, Norazrina yang berasal dari Taman Sentosa, Johor Bahru berkata, dia reda dengan pemergian Allahyarham.

“Saya reda terhadap kehilangan Allahyarham. Ia qada dan qadar Allah SWT. Saya menerimanya,” katanya.

Norazrina berkata, arwah pernah mengikuti beberapa tugasan berisiko tinggi sebelum ini, namun menganggap ia sebahagian daripada tugasnya sebagai jurukamera berita.
“Sebelum ini, Allahyarham turut mengikuti penghantaran misi bantuan kemanusiaan di kawasan gempa bumi di New Zealand. Tugasan dianggapnya sebagai arahan yang perlu dipatuhi,” katanya.

Di Seremban, Nur Aniwah Yazid, 23, tunang jurukamera TV3, Aji Saregar Mazlan berkata dia hanya mengetahui kejadian menimpa tunangnya pagi semalam menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) oleh sepupunya
 
 

Noramfaizul rakyat kedua terkorban



KUALA LUMPUR: Allahyarham Noramfaizul Mohd Nor, 41, adalah rakyat Malaysia kedua terbunuh di Somalia selepas Prebet Mat Aznan Awang, 30-an, yang ditembak mati dalam serang hendap oleh sekumpulan militia bersenjata tidak dikenali di Pasar Bakara, dekat Mogadishu, pada 1993.
Kejadian berlaku pada jam 11.40 malam waktu Mogadishu, ketika pasukan Anggota Batalion Malaysia (Malbatt) menjalankan operasi membantu dan menyelamat dua kompeni Renjer Amerika Syarikat yang dikepung militia Somalia.

Prebet Mat Aznan daripada 19 Rejimen Askar Melayu Diraja yang berpangkalan di Sungai Petani, Kedah, yang memandu kereta perisai Malbatt ketika diserang hendap, meninggalkan seorang balu dan dua anak.
Selain Prebet Mat Aznan, kejadian itu turut mencederakan sembilan anggota tentera lain iaitu PW II Rofei Jasin, Lans Koperal (LC) Sabri Ahmad, LC Sulaiman Aziz, LC Abdullah Din, LC Rosdi Abdullah, Prebet Nor Azam Baharom, Prebet Rizal Ismail dan Prebet Aziz Barakatullah dan seorang yang tidak diketahui identitinya.KUALA LUMPUR: Allahyarham Noramfaizul Mohd Nor, 41, adalah rakyat Malaysia kedua terbunuh di Somalia selepas Prebet Mat Aznan Awang, 30-an, yang ditembak mati dalam serang hendap oleh sekumpulan militia bersenjata tidak dikenali di Pasar Bakara, dekat Mogadishu, pada 1993.

Kejadian berlaku pada jam 11.40 malam waktu Mogadishu ketika pasukan Anggota Batalion Malaysia (Malbatt) menjalankan operasi membantu dan menyelamat dua kompeni Renjer Amerika Syarikat yang dikepung militia Somalia.

Prebet Mat Aznan dari 19 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) yang berpangkalan di Sungai Petani, Kedah, yang memandu kereta perisai Malbatt ketika diserang hendap, meninggalkan seorang balu dan dua anak.

Selain Prebet Mat Aznan, kejadian itu turut mencederakan sembilan anggota tentera lain iaitu PW II Rofei Jasin, Lans Koperal (LC) Sabri Ahmad, LC Sulaiman Aziz, LC Abdullah Din, LC Rosdi Abdullah, Prebet Nor Azam Baharom, Prebet Rizal Ismail dan Prebet Aziz Barakatullah dan seorang yang tidak diketahui identitinya.

Sekelip mata



MOGADISHU: “Saya masih tidak percaya kejadian yang menimpa kami. Hakikat jurukamera saya, Noramfaizul Mohd Nor, maut akibat terkena tembakan peluru sesat pada petang Jumaat, masih belum dapat saya terima,” menurut wartawan Bernama TV, Khairulanuar Yahaya.
Beliau dan Noramfaizul antara 54 anggota Misi Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia di Mogadishu, Somalia yang berlepas pada 28 Ogos lalu dan dijadual tiba di tanah air hari ini.

Kejadian berlaku ketika kru BernamaTV, TV3, Astro Awani dan RTM bergerak dari pusat operasi ke asrama tempat mereka tinggal kira-kira satu kilometer, selepas membuat liputan pemberian bantuan kepada mangsa kebuluran di sekitar Mogadishu.
“Saya duduk di bahagian paling depan di sebelah pemandu kenderaan pacuan empat roda itu, manakala Noramfaizul duduk di bahagian paling belakang di sebelah kanan bersebelahan jurukamera TV3, Aji Saregar Mazlan yang turut cedera.

“Kejadian berlaku sekelip mata ketika kenderaan kami membelok ke kiri untuk masuk ke persimpangan asrama. Saya mendengar dua das tembakan, diikuti kenderaan perisai pasukan pengaman Kesatuan Afrika melepasi kami. Beberapa detik kemudian, saya mendengar rakan media menjerit nama jurukamera saya yang tercedera.

“Keadaan menjadi kelam-kabut, dan saya melihat Noramfaizul yang rebah dibawa keluar dari kenderaan dan diberi rawatan di asrama tempat kami tinggal selama lima hari di Mogadishu.

“Noramfaizul cedera di bahu sebelum diberitahu beliau turut cedera di paru-paru dan meninggal dunia 6 petang waktu tempatan (11 malam waktu Malaysia),” katanya.

Jenazah dibawa pulang ke Malaysia pada Sabtu menaiki pesawat Charlie C-130 bersama-sama anggota misi lain dan dijangka tiba di Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pada jam 9 pagi ini.
Selain Somalia, Allahyarham pernah mengikuti tiga misi bantuan kemanusiaan anjuran Kelab Putera 1Malaysia.

“Dua misi bersama-sama saya sebagai wartawan membuat liputan mangsa kekejaman Israel di Gaza dan liputan bantuan kemanusiaan membantu mangsa banjir di Pakistan, tahun lalu serta misi kemanusiaan ke New Zealand membantu mangsa bencana gempa bumi awal tahun lalu,” katanya. — Bernama

Tangguh majlis tunang

Oleh MOHD JAMILUL ANBIA MD DENIN
anbia@hmetro.com.my

IPOH: Seorang gadis merana dan terpaksa menangguhkan majlis pertunangan selepas sambutan Aidilfitri gara-gara produk kecantikan digunakannya menyebabkan kulit mukanya menggelupas.
Mangsa yang sebelum ini membeli dan menggunakan produk krim itu dibelenggu rasa malu berikutan kulit wajahnya ditumbuhi nanah berdarah, selain parut yang menjijikkan akibat penggunaan produk itu.

Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Lin, 29, berkata mukanya menggelupas selepas menggunakan produk sebuah syarikat tempatan dipercayai berpunca daripada kandungan kimia Hydroquinone atau Tretinoin dalam produk ditawarkan.
Menurutnya, dia sebelum ini membeli produk itu awal Ogos lalu melalui rakannya yang menyarankan produk itu selepas mendapati warna kulit wajahnya tidak sekata.

“Saya mencuba produk kecantikan itu bagi memulihkan kulit dengan harapan ia mampu mencerah dan mencantikkan kulit wajah sebelum melangsungkan pertunangan pada 10 September ini,” katanya ketika ditemui semalam.

Menurutnya, dia yang mempunyai kulit sensitif menggunakan produk itu pada waktu malam seperti disarankan.

“Namun saya tidak sedap hati apabila kulit muka jadi radang kemerahan selain menggelupas dan jerawat yang sudah tiada muncul semula.

“Rakan saya menasihati supaya terus menggunakan krim yang berharga RM60. Namun kulit muka semakin rosak hingga saya mengambil keputusan menghentikan penggunaannya pada 20 Ogos lalu,” katanya.
Menurutnya, dia segera mendapatkan rawatan di sebuah klinik pakar di Ipoh sebelum doktor menasihatisupaya tidak lagi menggunakan krim yang dipercayai mengandungi kimia hydroquinone dan raksa.

“Saya menyesal menggunakan produk itu yang tidak mempunyai kelulusan Kementerian Kesihatan. Malah, ia pernah beberapa kali diserbu penguatkuasa farmasi kementerian, namun masih meneruskan kegiatan,” katanya.

Menurutnya, dia akan membuat aduan kepada pejabat Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) Ipoh, Perak bagi menuntut ganti rugi berhubung kejadian dialaminya.

Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Penguat Kuasa Farmasi Kementerian Kesihatan, Mazlan Ismail berkata, orang ramai perlu berhati-hati memilih produk kecantikan susulan penemuan berpuluh produk yang didapati mengandungi kimia terlarang.



Maut selepas 20 jam koma



ALOR GAJAH: Selepas lebih 20 jam bertarung nyawa, seorang juruteknik yang parah dalam kemalangan akhirnya menemui ajal di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Melaka, di sini, malam kelmarin.
Mohd Ariff Salam, 36, yang tidak sedarkan diri kerana cedera parah di kepala, meninggal dunia jam 7.35 malam.

Mohd Ariff yang menunggang motosikal jenis Suzuki seorang diri terbabit dalam kemalangan dengan sebuah Perodua Kancil yang tiba-tiba membuat pusingan U di Jalan Garing, Durian Tunggal, jam 11.30 malam Khamis lalu.
Berikutan itu, juruteknik terbabit melambung sebelum terjatuh di atas jalan dan cedera parah di kepala.

Timbalan Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Deputi Superintendan Abd Rahman Jid berkata, mangsa dikejarkan ke Hospital Melaka untuk rawatan.

“Bagaimanapun, lelaki itu mati 20 jam selepas kejadian kerana parah. Pemandu Perodua Kancil iaitu wanita berusia lingkungan 30-an tidak cedera.

“Polis masih menjalankan siasatan lanjut dan meminta kerjasama orang ramai yang ada maklumat supaya tampil membantu,” katanya di sini, semalam.

Ajal selepas baiki motor



KUANTAN: Seorang penunggang motosikal yang baru selesai membaiki motosikalnya di sebuah kedai berdekatan, maut selepas dirempuh sebuah bas di persimpangan lampu isyarat Jalan Bukit Ubi, di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 11.15 pagi, Hoi Chien Teck, 34, dari Kampung Sungai Soi, di sini, meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan selepas terperosok di bawah bas.

Difahamkan, ketika kejadian, mangsa baru selesai membaiki motosikalnya di bengkel berhampiran tempat kejadian sebelum meneruskan perjalanan menuju ke Jalan Gambut, di sini.
Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohd Jasmani Yusof, berkata mangsa kemudian cuba melintas jalan di depannya tanpa menyedari kehadiran bas yang dalam perjalanan dari Maran ke Terminal Makmur.

Katanya, ketika itu lampu isyarat di laluan bas membawa 20 penumpang berkenaan hijau, menyebabkan pemandunya meneruskan perjalanan tanpa menyangka mangsa akan melintas dengan motosikalnya.

“Akibat rempuhan itu, mangsa yang menunggang sendirian disahkan meninggal dunia di tempat kejadian sebelum mayatnya dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini untuk bedah siasat,” katanya.

Mohd Jasmani berkata, pemandu dan penumpang bas berkenaan tidak cedera dan polis sudah merekodkan keterangan pemandu berusia 59 tahun itu untuk membantu siasatan.

No comments:

Post a Comment