Friday, September 9, 2011

DAH KAHWIN ...MEROGOL@ZINA....HANYA TUJUH TAHUN DAN SEBATAN...UNDANG ISLAM..REJAM HINGGA MATI...MAKA AKHIRAT JAWABLAH..PENZINA...SERTA PENGHUKUM YANG BUKAN IKUT SYARIAT ALLAH....ALLAH BAGI HIDUP...ALLAH BAGI REZEKI....ALLAH BAGI OKSIJEN UNTUK HIDUP DLL...BAB HUKUM ALLAH KITA LANGGAR SEMACAM....

5 lelaki ‘tawan’ 11 pelanggan

Oleh Georgie Joseph
georgie@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Suasana tenang di sebuah restoran makanan laut di Jalan Kuchai Lama, di sini bertukar kecoh apabila lima lelaki bersenjatakan parang ‘menawan’ 11 pelanggan termasuk pemilik premis berkenaan sebelum merampas pelbagai barangan berharga termasuk wang tunai berjumlah kira-kira RM21,200, awal pagi kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi itu, sebuah kereta jenis Honda Accord berwarna kelabu berhenti di hadapan restoran berkenaan sebelum semua suspek tiba-tiba turun lalu menyerbu pelanggan yang sedang menjamu selera.

Pemilik restoran, Cha Cheng Yong, 50, berkata, suspek kemudian meletakkan parang ke leher beberapa pelanggan dan mengugut mereka untuk mengeluarkan semua barangan berharga atau mereka akan bertindak lebih kasar.

“Kami semua ketakutan pada masa itu kerana mereka bersenjatakan parang.


“Kami terpaksa menyerahkan segala barangan berharga termasuklah wang tunai, barang kemas, telefon bimbit, kad bank, jam tangan, malah dokumen penting seperti kad pengenalan dan lesen memandu pun mereka rampas,” katanya.

Sekeluarga terancam along tagih RM70,000



TERIMA UGUTAN...Rokiah sekeluarga membuat aduan kepada PPIM.
TERIMA UGUTAN...Rokiah sekeluarga membuat aduan kepada PPIM.
KUALA LUMPUR: Sebuah keluarga kini hidup dalam ketakutan selepas diburu along yang meminta bayaran RM70,000 selepas seorang ahli keluarga mereka meminjam wang sebanyak RM3,000 untuk membayar bil hospital di Klang.
Mangsa hanya dikenali sebagai Rokiah, 50, berkata, along dan konconya ada pergi ke premis perniagaannya minggu lalu dan menggugut meminta wang sebanyak RM70,000.

Katanya, along berkenaan mahu wang pinjaman itu dilunaskan segera sekiranya mereka mahu selamat.
“Selepas itu, konconya datang lagi ke kedai saya meminta wang sebanyak RM35,000 tetapi ia masih tidak mampu dilunaskan oleh saya kerana jumlahnya terlalu besar.

“Kelmarin, mereka datang lagi meminta wang RM25,000 tetapi saya tiada wang sebanyak itu. Mereka turut mengugut kami sekeluarga hingga kami takut untuk keluar rumah,” katanya di sini, semalam.

Menurutnya, kejadian itu amat menakutkannya sekeluarga kerana konco along terbabit kerap datang meminta wang padahal jumlah pinjaman anaknya tidak seberapa tetapi kadar bunga dikenakan amat tinggi dan berlipat kali ganda.

Katanya, anaknya membuat pinjaman dengan along berkenaan April lalu kerana suaminya sakit. Pinjaman itu terpaksa dilakukan bagi membiayai bil hospital.

“Saya tidak menyangka perkara ini menjadi semakin rumit apabila kami sekeluarga pula diburu along terbabit yang menuntut hutang mereka dengan jumlah yang banyak.
“Pada awal pinjaman, anak saya ada membayar sebanyak RM50 sehari bagi tempoh dua minggu dan berhenti apabila kesempitan wang,” katanya yang tidak tahan dengan gangguan along menyebabkan dia sekeluarga nekad membuat laporan di Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) sebelum membuat laporan polis untuk tindakan lanjut.

Penyamun acu parang kebas wang RM110



KAJANG: Seorang pekerja sebuah kedai serbaneka berdepan detik cemas sejurus seorang lelaki bersenjatakan parang tiba-tiba menyerbu masuk kedai berkenaan dan mengacukan parang sebelum melarikan wang tunai berjumlah RM110 di Taman Bukit Angsana, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi itu, mangsa bersama seorang lagi rakan sekerjanya sibuk menyusun barangan dalam kedai berkenaan sebelum didatangi seorang lelaki yang disangkakan pelanggan.

Menurut sumber, sebaik tiba di kawasan kaunter, suspek menghampiri mangsa dan tiba-tiba mencekak kolar bajunya.
“Suspek kemudian menarik mangsa pergi ke kaunter bayaran kedai berkenaan dan memaksanya menyerahkan wang hasil jualan harian kedai berkenaan.

“Mangsa pada mulanya enggan menuruti arahan suspek bagaimanapun terpaksa akur kerana bimbang diri dan rakannya akan dicederakan suspek,” katanya. Sumber berkata, sebaik suspek mendapat wang diinginkan, dia melarikan diri dengan sebuah motosikal yang diletakkan berhampiran premis berkenaan dengan seorang lagi rakan suspek menunggu di luar untuk memerhatikan keadaan.

Katanya, mangsa dan rakannya membuat laporan polis di Balai Polis Bandar Damai Perdana.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang, Superintendan Azman Ayob ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian berkenaan.


Warga emas cari kayu ditemui mati dalam semak



KUALA LUMPUR: Seorang warga emas berusia 74 tahun meninggal dunia akibat sesak nafas selepas keluar mencari kayu terpakai bagi membuat kraftangan di Jalan Usahawan, Setapak, di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 12 tengah hari itu, Kamaruddin Mat Zain, 74, dijumpai terbaring di dalam semak di atas timbunan kayu.

Isteri mangsa, Sofia Abu Bakar, 68, berkata, suaminya keluar rumah kira-kira jam 10 pagi mencari kayu terpakai kerana mahu membuat kapal terbang kraftangan.
“Saya berasa tidak sedap hati kerana hingga jam 12 tengah hari suami masih tidak pulang kerana kebiasaannya, arwah pergi selama satu jam saja.

“Perasaan tidak sedap hati saya terjawab apabila seorang jiran yang melalui kawasan itu melihat arwah terbaring dalam semak dalam keadaan tidak bernyawa,” katanya.

Menurutnya, dia bergegas ke tempat kejadian dan terkejut melihat suaminya yang sihat sebelum itu meninggal dunia dalam sekelip mata.

“Sebelum ini, arwah selalu pitam kerana usia yang sudah lanjut, namun tidak menyangka akan pergi meninggalkan saya dan anak secepat ini.

“Tiada tanda pelik sebelum arwah meninggal dunia dan seperti biasa arwah minum air teh dan nasi sebelum keluar melakukan aktiviti memandangkan sudah lama bersara,” katanya.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul, Superintendan Othman Abu Bakar berkata kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Amukan gila talak

SUNGAI PETANI: Seorang bekas pengawal keselamatan bagai hilang pertimbangan apabila bertindak merampas senapang patah milik bapanya akibat perselisihan faham selepas bekas isterinya yang kini menetap di Perlis didakwa enggan rujuk semula dengannya dalam kejadian amuk di Kampung Teluk Wang Besar, di sini, semalam.
Berikutan keengganan bekas isterinya itu, lelaki berusia 30-an terbabit dikatakan mengamuk kira-kira jam 3.30 petang.

Sumber berkata, sebelum kejadian, lelaki berkenaan bertengkar dengan adik lelakinya apabila dia naik angin secara tiba-tiba lalu masuk ke dalam bilik bapanya yang berusia 60-an dan mengambil selaras senapang patah yang disimpan di dalam almari.
Menurutnya, keadaan berkenaan mengakibatkan kedua ibu bapanya berlari keluar untuk menyelamatkan diri.

“Mengikut maklumat awal, lelaki terbabit dipercayai mengamuk kerana kecewa dengan sikap bekas isterinya enggan rujuk semula selepas pasangan terbabit berpisah kira-kira setahun lalu.

“Lelaki itu sudah dua kali pergi ke Pejabat Agama Daerah untuk mengambil borang, tetapi hasratnya (merujuk semula) tidak mendapat layanan daripada wanita terbabit,” katanya.

Menurutnya, lelaki berkenaan yang turut mempunyai satu tali pinggang peluru dipercayai mengancam akan melakukan tindakan luar dugaan.

Berikutan itu, polis yang dihubungi berikutan kejadian itu, mengepung rumah milik ibu bapa suspek berkenaan sebagai langkah berjaga-jaga, selain mendapatkan bantuan bekas isterinya untuk memujuk lelaki itu agar bagi menyerah diri.
Ketika kejadian, tiga anak lelaki terbabit yang dipeliharanya, berada di rumah ibu saudaranya berhampiran.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Daerah Kuala Muda, Deputi Superintendan Ricky Tey berkata pihaknya berjaya menahan lelaki 35 tahun terbabit sebaik dia keluar mencari bekas isterinya yang berada di rumah berhampiran, kira-kira jam 9.50 malam.

Menurutnya, lelaki terbabit tidak membawa sebarang senjata api ketika polis menahannya untuk membantu siasatan.

“Polis turut merampas sepucuk senapang patah dan lebih 30 butir peluru dalam rumah terbabit untuk siasatan dan suspek akan disiasat mengikut Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971,” katanya.


Mangsa buli terus diugut

Oleh Riadz Radzi
riadz@hmetro.com.my

ALOR SETAR: “Anak saya teruk dibelasah, tetapi hukuman kepada penyerangnya hanya buang asrama,” kata Abu Bakar Mohd Salleh, 43, bapa kepada Danial Wafiy Nuruddin, 14, yang kecewa dengan pengurusan sebuah sekolah agama di Jitra kerana didakwa gagal mengambil tindakan tegas terhadap pelajar senior yang memukul anaknya itu.
Dalam kejadian 2 April lalu di asrama lelaki sekolah berkenaan, Danial Wafiy cedera di muka, mulut dan badan selepas dibelasah termasuk dipukul menggunakan kayu kerusi oleh seorang pelajar tingkatan tiga dipercayai bermotifkan cemburu.

Difahamkan, pelajar senior terbabit berang kerana tidak berpuas hati selepas mendapat tahu mangsa dijadikan adik angkat oleh seorang pelajar perempuan tingkatan empat di sekolah itu.

Kejadian itu turut dirakam menggunakan telefon bimbit dan rakaman video dihantar ke telefon bimbit mangsa.


Video selama 50 saat itu menunjukkan mangsa hanya berseluar dalam ditumbuk bertubi-tubi dan disepak sehingga rebah sebelum dipukul berkali-kali di kepala menggunakan sebatang kayu kerusi.


Rezeki 4 isteri, 11 anak

Oleh Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor
mohdhelmi@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: “Alhamdulillah, rezeki perkahwinan dengan empat isteri tidak terhenti di sini, kerana kami sekeluarga bersepakat menceburkan diri dalam dunia perniagaan selepas melancong ke Beijing, China 5 Jun lalu.
“Ini rezeki empat isteri dan 11 anak hasil pegangan agama berlandaskan al-Quran diperjuangkan selama ini,” kata penyampai radio terkenal, Salih Yaacob, 50, kini berjinak dengan dunia perniagaan sejurus memperkenalkan beberapa produk berjenama ‘SY, I Follow’ membabitkan puluhan juta ringgit.

Antara produk dihasilkan menggunakan ‘tagline’ itu adalah kopi, sos cili, kicap, minyak wangi, baju, topi, serbuk kunyit, serbuk kari, air minuman serta beberapa produk lain yang mendapat kerjasama beberapa syarikat di bawah Industri Kecil dan Sederhana (IKS).
Terbaru, kopi berkhasiat (SY) Cafe, empat dalam satu dilancarkan pada Hari Keusahawanan sempena Karnival Usahawan Desa (KUD) anjuran Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLBW).

Majlis pelancaran pada 22 September ini di Putrajaya dijangka dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan dihadiri menterinya, Datuk Seri Shafie Afdal.

Produk SY Cafe didatangkan dalam tiga bentuk pembungkusan iaitu 18 peket sekotak, 4 peket sekotak (kotak mini) dan juga papan khas 20 peket untuk jualan di restoran mengandungi khasiat Tongkat Ali, Cordyseps, Tribulus dan Maca.

Lebih membanggakan apabila empat isteri dan kebanyakan anaknya turut memajukan perniagaan terbabit.

“Ini yang saya perjuangkan dalam hidup. Selama ini orang hanya mengaitkan saya dengan isteri empat tetapi beristeri empat membuatkan rezeki bertambah murah apabila perniagaan diusahakan membabitkan nilai puluhan juta ringgit,” katanya.


Enam berparang kebas mesin wang

Oleh Amir Abd Hamid
amir@hmetro.com.my

SHAH ALAM: Sebuah lagi restoran India Muslim atau mamak dirompak pada awal pagi semalam yang dipercayai dilakukan kumpulan sama dalam kejadian pada 28 Ogos lalu.
Dalam kejadian jam 5.30 pagi semalam, pemilik restoran di Seksyen 24, di sini, Ashraf Ali, 49, berkata, rompakan berlaku terlalu pantas kira-kira dua minit apabila tiga lelaki termasuk bersenjatakan parang meluru masuk ke restorannya.

Menurutnya, seorang daripada suspek itu menetak peti sejuk berisi ais krim menggunakan parang untuk menakutkan pelanggan dan pekerjanya, manakala rakan suspek merosakkan talian rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di suis utama.

“Kejadian itu menyebabkan 10 pekerja serta 10 pelanggan lari menyelamatkan diri ke pintu belakang.


“Perompak mengambil satu komputer riba dan telefon yang ditinggalkan pelanggan. Mesin wang di kaunter pembayaran juga dirampas kumpulan perompak itu,” katanya.


Trio perkosa pelajar kena hukum



SHAH ALAM: Seorang lelaki berstatus suami dihukum penjara tujuh tahun dan empat sebatan oleh Mahkamah Tinggi di sini, selepas didapati bersalah merogol pelajar tingkatan empat di sebuah rumah kosong di Klang dekat sini, tiga tahun lalu.
Hakim Slamat Yahya membuat keputusan itu terhadap Mohamad Firdaus Esa, 26, dan memerintahkan hukuman bermula dari 1 April 2008.

Bagaimanapun, dua rakannya yang juga remaja bawah umur pelajar tingkatan empat didapati bersalah atas kesalahan sama masing-masing dan dikenakan bon berkelakuan baik selama tiga tahun dengan jaminan RM5,000 setiap seorang.
Terdahulu, Slamat pada penghakimannya berpuas hati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap pertuduhan. Sepanjang perbicaraan, seramai 10 saksi pendakwaan dan tiga saksi pembelaan tampil memberi keterangan. Mengikut pertuduhan, ketiga-tiga didakwa merogol mangsa di sebuah kondominium di Taman Sejahtera, Klang, pada 3 dan 6 Mac 2008. Bagi setiap pertuduhan, mereka didakwa mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan. Pada prosiding semalam, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Maisarah Kamal, manakala tertuduh diwakili oleh peguam, Pritam Singh Deol dan Aminuddin Mohd Ramli. Terdahulu, pihak pembelaan memohon mahkamah menjatuhkan hukuman ringan dengan mengambil kira latar belakang anak guam mereka. Menurut mereka, tiada bukti menunjukkan bahawa kecederaan dialami oleh mangsa.

Nurul Maisarah bagaimanapun memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal kerana perbicaraan kes itu yang sudah melewati tiga tahun dan memakan kos pendakwaan yang banyak.

Beliau berkata, mahkamah juga harus mengambil kira bahawa peruntukan undang-undang melindungi mangsa bawah umur dalam kejadian rogol meskipun perbuatan itu dilakukan atas kerelaan. “Saya pohon satu hukuman berbentuk pengajaran supaya semua tertuduh insaf,” katanya. Difahamkan, mangsa yang lari dari rumah meminta bantuan tertuduh kedua yang juga teman lelakinya. Kekasihnya itu menempatkan teman wanitanya itu di sebuah rumah kosong, sebelum dia dan dua rakannya merogol mangsa.

No comments:

Post a Comment