Sunday, September 4, 2011

DALAM HUKUM MENUNAIKAN HAJI PUN BOLEH GUGUR WAJIB DAN BOLEH TANGGUH JIKA KEADAAN HURU HARA IAITU TIDAK SELAMAT.....

16 kucing mati

Oleh Na’imah Mohamed
na’imah@hmetro.com.my
TERBIAR...kucing yang dibiarkan di luar premis.
TERBIAR...kucing yang dibiarkan di luar premis.
PETALING JAYA: Sebuah pusat penjagaan haiwan ‘diserbu’ pemilik haiwan selepas mendapati haiwan peliharaan mereka yang ditinggalkan di situ dibiarkan kelaparan sehingga ada yang mati di Damansara Damai, di sini, semalam.
Dalam serbuan jam 9.30 pagi itu, beberapa pemilik haiwan yang disertai 20 sukarelawan datang menuntut haiwan peliharaan mereka yang ditinggalkan di situ sejak 27 Ogos lalu sempena cuti Aidilfitri.
Menurut seorang sukarelawan yang hanya mahu dikenali sebagai Emi, 36, mereka mendapat maklumat mengenai pusat jagaan berkenaan di laman sosial facebook selepas beberapa pemilik menyelar perbuatan pemilik pusat terbabit yang menjaga haiwan peliharaan mereka sambil lewa dan dipulangkan dalam keadaan yang teruk.

“Mereka dijanjikan dengan penjagaan rapi sedangkan selepas dihantar pulang, haiwan peliharaan mereka kurus kering dan berbau busuk.


“Oleh itu, kami mengumpulkan beberapa sukarelawan dan pemilik haiwan untuk menyiasat apa sebenarnya berlaku di pusat jagaan terbabit,” katanya.

Syukur anak mati jihad

SERDANG: “Saya bersyukur anak meninggal dalam jihad. Ketika pengebumian tadi (semalam), wajahnya berseri-seri,” kata Naemah Abd Majid, 63, ibu Noramfaizul Mohd Nor, 40, selepas majlis pengebumian, semalam.
Naemah berkata, dia dan suami, Mohd Nor Mat Yassin, 66, bangga dengan pengorbanan anak lelaki tunggal daripada lima beradik itu bagi membantu mangsa kebuluran di Somalia.

Menurutnya, lebih membanggakan apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menganggap anaknya sebagai wira negara kerana bersedia bertugas di luar negara, khususnya di negara bergolak.
“Saya reda dan menyifatkan kejadian ini sebagai suratan takdir.

“Namun, naluri seorang ibu, kematian tetap diratapi kami sekeluarga kerana arwah adalah harapan keluarga,” katanya. Sementara itu, Mohd Nor berkata, dia tidak dapat melupakan permintaan terakhir arwah anaknya yang mahu isterinya menyediakan sambal ikan bilis kegemarannya untuk dibawa bersama.

“Setiap kali dia mahu bertugas di luar negara, arwah akan membawa sambal ikan bilis masakan ibunya.

“Menu ini wajib dibawanya dan tak sangka ini permintaan terakhirnya,” katanya yang menyifatkan anaknya pendiam, tetapi ceria.


Somalia cari dalang

SUBANG: Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman berkata, kerajaan Somalia di bawah pimpinan Presiden, Sheikh Sharif Sheikh Ahmed akan menghantar laporan siasatan berhubung kejadian menimpa jurukamera BernamaTV, Noramfaizul Mohd Nor, 40, dalam masa terdekat.
Beliau berkata, tiada tempoh ditetapkan bagi pihak berkuasa negara itu menghantar laporan berkenaan namun, mereka berjanji akan menghantarnya secepat mungkin sekali gus menghadapkan pelaku ke muka pengadilan.

“Memang tiada tempoh ditetapkan untuk kerajaan Somalia menghantar laporan ini, tetapi pihak kerajaan negara itu berjanji mengemukakannya secepat yang mungkin.
“Malah, mereka juga sangat bersungguh dan ikhlas mahu mencari dalang yang melakukan perbuatan berkenaan dan membawa mereka yang bertanggungjawab ke mahkamah,” katanya ketika ditemui di pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), di sini, semalam.

Beliau bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan beberapa menteri Kabinet lain menyambut ketibaan jenazah Noramfaizul yang maut selepas terkena tembakan curi ketika menjayakan misi bantuan kemanusiaan anjuran Kelab Putera 1Malaysia di Somalia sejak 28 Ogos lalu.

Ditanya sama ada berlaku kelonggaran soal kawalan keselamatan termasuk sukarelawan tidak dilengkapi alatan penting termasuk baju kalis peluru, Anifah berkata, baju khas itu biasanya disediakan sekiranya ke negara perang yang berisiko tinggi.

“Di kawasan ini (Mogadishu) tak perlukan baju kalis peluru kerana bukan lokasi yang aktif dengan kejadian tembak menembak (seperti medan perang), cukup dengan langkah keselamatan yang kita ambil secara serius.

“Ini dilaksana dengan kerjasama negara terbabit dan pasukan pertahanan Malaysia sendiri bagi memastikan setiap langkah mencegah diambil. Tetapi apa yang berlaku kepada Noramfaizul adalah sesuatu yang sukar dijangka,” katanya. Anifah turut memberitahu mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang ingin menjalankan misi bantuan kemanusiaan ke negara berisiko tinggi perlu mengemukakan laporan cadangan secara terperinci untuk diteliti Wisma Putra.
Katanya, selepas itu pihak berkenaan akan dipanggil berbincang termasuk bersama negara yang akan ditujui memastikan semua langkah diambil bagi menjaga keselamatan dan perlindungan diberi.




Bukan masa tuding jari, kata PM
Sep 4, 11 3:44pm
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata bukan masanya untuk menuding jari dan menyalahkan mana-mana pihak berhubung kematian jurukamera BernamaTV yang terkena tembakan peluru sesat Jumaat lalu.

Allahyarham Noramfaizul Md Noor terbunuh semasa menyertai misi bantuan kemanusiaan kelab Putera 1Malaysia ke Somalia, yang mana Najib adalah penaungnya.

Najib PC on Bernama cameraman"Ini merupakan sebahagian (daripada bidang kewartawanan). Kamu boleh mengambil langkah keselamatan tapi tiada jaminan sepenuhnya (mengenai keselamatan) sebaik anda berada di kawasan konflik seperti Libya, Mesir dan Gaza di mana banyak nyawa wartawan telah hilang," katanya.

Najib berkata apa yang penting sekarang ialah untuk mengambil iktibar dan cuba memastikan kejadian seumpama itu tidak berulang dalam misi kemanusiaan yang disertai Malaysia pada masa depan.

Beliau sebelum itu menyertai keluarga Noramfaizul di pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Subang bagi menunggu ketibaan jenazah Allahyarham dari Mogadishu hari ini.

somalia soldiers on truck 1Mengulas lanjut mengenai tugasan media di kawasan berisiko tinggi, Najib berkata ia biasanya melibatkan kawasan konflik.

"Kalau kita pergi bila keadaan sudah reda, tak ada lagi konflik, maknanya tak ada risiko. Tapi kalau kita hendak buat liputan terkini ketika sesuatu konflik masih tegang lagi, tentu sekali ada risiko sebab banyak pihak yang bertelagah, dia ada senjata.
"Collateral damage"

"Jadi bila ada senjata dalam tangan orang yang tak bertanggungjawab, yang tak profesional, yang ada tujuan tertentu, tentu sekali ada risiko walaupun kita tidak merupakan pihak yang menjadi sasaran," katanya.

Sehubungan itu, menurut perdana menteri, kejadian tidak diduga yang menimpa Noramfaizul boleh dikategorikan sebagai "collateral damage" (kebinasaan lingkungan).

noramfaizul mohd nor"Saya sifatkan Allahyarham sebagai seorang wira negara dan kita patut jadikan pengorbanan beliau itu sebagai satu model, cerita dan kisah yang merangsang semangat kita untuk terus memainkan peranan dalam misi kemanusiaan seterusnya," katanya.

Beliau yang merupakan penaung Kelab Putera 1Malaysia, berkata pengorbanan Allahyarham sekaligus menaikkan imej Malaysia sebagai sebuah negara yang sentiasa berada di saf hadapan dalam membantu negara lain yang mengalami malapetaka atau kesengsaraan, seperti kebuluran di Somalia.

Najib berkata kerajaan juga bersetuju menanggung kos pendidikan dua anak Allahyarham -- Mohd Irfan, 8, dan Mohd Naufal, 3.

Allahyarham Noramfaizul ialah anak sulung daripada enam beradik dan merupakan anak lelaki tunggal.

  • Cikgu Din Sas · Pengulas Tertinggi · Friends with Ummu Aiman
    Apa khabar dengan keluarga tentera Malaysia yang terkorban seperti Allahyarham Prebet Mat Aznan, 4 okt 1993, Allahyarham Staf Sarjan Azman Mohd Tahir 19 Julai 94.lain anggota Allahyarham Koperal Abd Kadir, Lans Koperal Azhar Suib. Adakah keluarga mereka dibela dan disantuni kerajaan.Mereka bertugas atas nama Kerajaan Malaysia. Bukannya atas nama Kelab Putera 1 Malaysia(UMNO).

  • Umngok Apco · Pengulas Tertinggi · Ungku Omar Polytechnic
    Pi sana siap buat liputan besar2an siap dgn konvoi pastu ambik gambar disepanjang jalan.. siap menyanyi lagu negaraku. UMNO saja mencari Publisiti kononnya beramal.. kalau nak beramal dgn membawa nama politik tolong guna duit UMNO sendiri... ini guna duit rakyat pastu jaja nama UMNO...yg jadi mangsa wartawan yg tak berdosa hanya semata2 utk memenuhi tuntutan ego pemimpin2 UMNO... lagi satu siap pasang bendera Malaysia banyak pada kenderaan.. Bangang betol tak cerdik bodoh macam lembu... dah tahu bendera malaysia tu sekali imbas sebijik mcm bendera kaffir Amerika dan tentulah sekali lihat kelibat bendera tu mereka ingat konvoi Amerika yg lalu dah terus tembak jerr... jangan nak salahkan mereka.. kalau dulu adik Amirul Rasyid Polis boleh tembak bertalu2 semata2 kerana syak dia bawak senjata api.. kini dah terkena batang hidung sendiri..org somalia Syak konvoi Malaysia tu adalah konvoi Amerika sbb bendera sama jerr...BANGANG NYERR KO WAHAI NAJIB DARIPADA HIDOP MENYUSAHKAN RAKYAT ELOK KO NI MAMPUS JERR....

  • Umngok Apco · Pengulas Tertinggi · Ungku Omar Polytechnic
    Kasihan UMNO kononnya nak buat swing pada piliharaya ke 13 dgn memutarkan dokumentari bantuan 1 putra UMNO di somalia sepanjang hari bagi mempengaruhi umat islam agar menyokong UMNO.. Sayangnya stategik tersebut tidak menjadi... kalau berani kasi tanyanglah masa musim pilihanraya nanti... kalau nak tgk org melayu meludah pasal kebodohan UMNO tu...

  • Umngok Apco · Pengulas Tertinggi · Ungku Omar Polytechnic
    ketua kelab Putera 1Malaysia si mamak anjing tu patut letak jawatan jerr.

  • Pakai Otak · Pengulas Tertinggi · Dgn Kawan 2
    Kejadian ini bukan tak diduga wahai najib. Sejak Kelab Putera 1malaysia ini inigin ke sanapun kami ini dah menduga pasti akan berlaku kejadian yg tidak diingini kerana sudah terang lagi bersuluh tempat itu adalah kawasan peperangan. Kalau iapun nak pergi sana sediakanlah keselamatan terbaik. Kita tahu tempat itu semua org bersenjata kenapa tak sediakan baju kalis peluru utk petugas2 yg terlibat. Datuk T yg pergi masjid iaitu tempat paling aman di dunia, korang sanggup sediakan baju kalis peluru...Apa punya otak..Patutlah digelar United Malay No Otak.

    • Marcus Teh · Pengulas Tertinggi
      United Malay knock out ..

    • Adnan Yasin · Pengulas Tertinggi · SMK Seri Sendayan
      AKU SETUJU DENGAN KAU NGAPA PM KAU NI BANGANG SANGAT,HEBOH NAK NAIKKAN IMEJ NEGARA KUNUN.BANGANG ....PUTERA 1MALAYSIA TU SATU HAL ESOK MAMAK TONGKANG TU YANG DAPAT NAMA.

    • Zain Sulaiman · Pengulas Tertinggi
      Apa jadi Rempit yang di taja kerajaan ke Kutut Utara buang duit kerajaan je. Yang buat duit mamak ni. Nyawa yang terkorban tak kira dapat wira je. Berapa banyak lagi mamak di negara ini nak muncul jadi wira macham mamak ni. Kat Penang banyak mamak yang menunggu.(Naina Muhamad)

  • Firdaus Fathurahman · Top Commenter · Sekolah atap rembia
    Mati dlm Putera terus dapat wira negara....askar yg mati dan cacat dalam pejuangan untuk negara selama ni mengapa tak bagi wira negara? PM 1Malaysia bagi statment hati2 cikit..dulu pemain badminton menang wira negara..dapat tanah mcm2 dapat tentera yang cacat hilang anggota tubuh badan pun tak dapat tanah...apa2 pun saya doakan arwah d tempatkan d sisi orang2 beriman ~amin~.

  • Hanisya Abdul Hamid · Top Commenter · S/u Pegawai Khas Ahli Parlimen Kapar at Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Kapar
    "BUKAN MASA TUDING JARI" kata Najib..wah sedapnya bagi stetmen ekk...sebab juru kamera tu asyik duk cover kemana Azeez Rahim pergi dan berada....cuba kalau juru kamera tu cover pemimpin2 Pakatan Rakyat...jangan kata 1 jari...20 jari termasuk jari kaki la asyik duk kena tuding terhenti2 oleh media2 penjilat kerajaan.....

  • King Jason · Top Commenter · Programmer/Analyst at Apple Inc.
    KAT MALAYSIA NIH..TAK DER SORANG PON ORG SUSAH MCM KAT SOMALIA,

    KAT MALAYSIA NIH.SEMUA ORG SENANG LENAG.TAK PERLU BANTUAN.

    SO TAK KIRA SESIAPA PUN..MARI KITA BANTU MONYET KAT HUTAN..
    ...See More

    • Ratu Aida Syawal · Top Commenter · Bangkok, Thailand
      Memang bukan mase tuding jari,kau da kenyang bersenang lenang cuti2 kat Perth dan2 nk lari tajuk......sudah la NAJIB

    • King Jason · Top Commenter · Programmer/Analyst at Apple Inc.
      dato Azeez ...aka mamak kimma umDOG..lepas ni team korang p uganda,zimbabwe,dan banyak lagi negara2 luar yg lain..tunjukkan yg negara kita ni tak ada rakyat yg susah..tersepit,laung2kan yg rakyat kita ni semua mewah2 belakja ya...kikiki

    • Ibrahim Tompang · Top Commenter
      king jason,knapa laa berfikir macam ni?apa kerajaan skrg tak pernah tlong rakyat mlaysia ker?semua rakyat malaysia secara langsung atau tidak,dapat kemudahan dari krajaan laa..cuba fikir baik2....cuba fikir kita sekampung,walau pun kita susah,tapi tak kan kita tak bole langsung tlong org yg lebih susah dlm kampong kita tuu...begitu jugak kerajaan malaysia...faham???kalau tk faham nanti anak saya akan terangkan lagi....

  • Mohd Amy Azmi · Sek men keb majidi baru
    yang terbaik tolong la dulu sedara2 dlm negara yg ramai lg susah baru la menyibuk tolong yg luar negara..buat kerja tu biar ikhlas jgn kejar nama saje..

    • Abd Rahim · Top Commenter
      tapi bkn salah wartawan tu pun. yg nak dapat nama siapa? yg pertaruh nyawa pulak sapa? takkan baju kalis peluru hanya dibekalkan waktu nak angkat sumpah je?

    • Wan Adib Wan Roslan · Top Commenter
      Nak tolong rakyat somalia x ada masalah. Tapi kena seimbang la. Rakyat kat dlm Malaysia ni nak kena jaga juga kebajikannya! Brg2 jgn la naik harga. Gaji2 penjawat awam kena la naik, jgn la asyik dok takuk sama aja. Pastu, klau nak bntu rakyat somalia pun, kenalah ikhlas, & jgn gunakannya sbagai platform utk popularkan diri kita. Dan x perlu la bawak wartawan ramai2, kan mcm ada udang disebalik mee tu! Klau kita buat ssuatu kje tu ikhlas, disitulah akan ada keberkatan. Sebaliknya klau x ikhlas & ada agenda lain, 'udang sebalik mee' pun x dpt, pahala '0'!...

    • Linda Hasanah · Top Commenter
      sekurang-kurangnya kite dah melakukan 1 effort utk org Islam.. dan aku bangga dgr rakyat kite disanjung tggi disana.. sebbkan usaha kite.. bukan takat ckp kosong je.. konon jaguh.. tp habuk pun tarak..

  • Bicara Che Wan · Top Commenter · TOK SIAK, MASJID KAYU, PULAU PINANG at Masjid Kayu
    MEMANG BENAR JODOH PERTEMUAN, AJAL MAUT DI TANGAN TUHAN.. KITA SEBAGAI HAMBA TIDAK PERLU MEMPERTIKAIKAN QADA DAN GADAR YANG TELAH DITETAPKAN ALLAH...

    HANYA SAHAJA, TERKADANG RAKYAT BERFIKIR APA PERLUNYA DIWUJUDKAN PELBAGAI PROGRAM KEMANUSIAAN ATAS NAMA UMNO/BN? MASING2 BERLUMBA-LUMBA UNTUK MENYEDIAKAN MISI ANTARABANGSA ATAS NAMA UMNO (PEMUDA UMNO/ PUTERA UMNO)?
    JIKALAU ATAS NAMA UNTUK MEMBANTU RAKYAT DALAM KESUSAHAN, DI NEGARA KIT SENDIRI KEMSIKINAN SUDAH BERJAYA DIATASIKAH?

    ...See More

    • Halimi Mohamad Said · UTM
      SETUJU SGT-SGT

    • Zain Sulaiman · Top Commenter
      TV3 ada program BERSAMAMU ada banyak fakir miskin yang di tayangkan kenapa Dato Azeez ini nak juga pegi ke Somalia tolong orang miskin di sana. Membazirkan duit rakyat Malaysia. Kenapalah kita UMNO meyokong orang macham ini. Peminpin berjiwa publicity bukan rakyat di dulukan. Banyak orang kat Baling perlu petolongan kenapa tak tolong orang tempat sendiri.

    • Dinns Kamar · Pulau Pinang
      kat BALING dah x laku..........ni semua hanya lakonan kepentingan diri

    • Mat Mamat · Top Commenter
      ZS: AKU INGAT PUAK2 KO NI TAK SUKA TENGOK TV3... CAKAP TAK SERUPA BIKIN...

    • Mdshafie Mdshah · SABS Kuantan
      betullah mat dia bukan sekadar tengok tv3 tapi baca surat kabar juga ingat baca harakah dan suara keadilan aja.aku kesian tengok diaorg ni komen macam budak lepasan upsr aja


Jadikan insiden sebagai iktibar

SUBANG: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, kejadian menimpa jurukamera BernamaTV, Noramfaizul Mohd Nor, 40, yang maut akibat terkena peluru sesat di Somalia seharusnya dijadikan iktibar dan tidak dijadikan penyebab untuk menuding jari, mencari kesalahan orang lain.
Katanya, semua pihak sepatutnya bersama memikirkan cara bagi mengelak kejadian sama daripada berulang, khusus apabila Malaysia menghantar pasukan sukarelawan untuk mengikuti misi bantuan kemanusiaan seterusnya.

Malah, beliau berkata, setiap sukarelawan termasuk petugas media yang dihantar juga sudah diberitahu mengenai risiko yang bakal ditempuh sepanjang menjayakan misi di kawasan berdepan krisis kerana tiada jaminan penuh.
“Ini sebahagian cabaran. Kita boleh latih mereka (pengamal media dan sukarelawan) beri penekanan langkah jaga keselamatan, tapi tiada jaminan sepenuhnya, sebaik anda berada di kawasan konflik seperti Libya, Mesir dan Gaza di mana banyak nyawa wartawan hilang.

“Bila kita pergi misi begini, soal keselamatan sudah diserahkan pada kawalan pihak berkuasa tempatan, mereka yang melaksana (berkawal memastikan sukarelawan dilindungi), kita tak boleh meminta luar daripada kawalannya.

“Namun kita boleh cuba untuk pastikan aspek keselamatan (diutamakan), tapi kadang ada juga kejadian tidak diduga berlaku (seperti menimpa Norumfaizul). Pakai baju kalis peluru pun boleh kena, askar kita yang ‘welltrain’ pun ada terkorban,” katanya. Beliau berkata demikian ketika ditanya pemberita sama ada Kelab Putera 1Malaysia, selaku penganjur misi bantuan kemanusiaan wajar dipertanggungjawabkan atas kelalaian menjaga keselamatan anggota sukarelawannya.

Najib sebelum itu bersama-sama keluarga Allahyarham menunggu ketibaan jenazah dari Mogadishu di pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di sini, semalam selain 54 lagi anggota misi bantuan kemanusiaan itu.

Memastikan kebajikan keluarga Noramfaizul terbela, penaung Kelab Putera 1Malaysia itu turut memberitahu bersedia memberi bantuan yang diperlukan terutama dari segi kos pelajaran dua anak lelaki mangsa yang masih kecil.
“Berkenaan keluarga (Noramfaizul) kita akan bagi bantuan sebaik-baiknya, saya akan berbincang (bersama Kabinet), melihat bagaimana kita boleh membantu terutama dari segi kos pelajaran anaknya, kita akan tanggung.

“Jumlah bantuan ini akan kita tentukan sedikit masa lagi,” katanya Najib meminta seluruh rakyat Malaysia menilai pengorbanan Noramfaizul sebagai wira negara yang bersemangat cekal dalam menjalankan tugas memastikan liputan berita terus sampai

Bernama teliti SOP

SUBANG: Mengambil iktibar kejadian menimpa seorang kakitangannya, Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) akan meneliti semula beberapa prosedur operasi standard (SOP) sebelum menghantar mereka mengikut tugasan di kawasan berisiko tinggi.
Pengurus Besarnya, Datuk Hasnul Hassan (gambar) berkata, pihaknya akan menilai kembali aspek tertentu yang perlu ditambah baik, terutama berhubung pemberian latihan dan penjagaan keselamatan.

“Kejadian menimpa jurukamera kami, Noramfaizul Mohd Nor, 40, memang tidak dijangka dan ketiadaannya memberi pengajaran supaya aspek penting diambil kira selepas ini terutamanya soal keselamatan.
“Pihak kami akan melihat kembali perkara itu bagaimana kita mahu memastikan semua kakitangan Bernama yang mengikuti tugasan di kawasan berisiko tinggi dan berbahaya dilindungi.

“Semuanya akan dinilai dan berbincang dengan pengurusan tertinggi, sekiranya ada apa-apa yang perlu diubah. Setakat ini pun wartawan kita dilindungi dua insurans yang diambil syarikat, kita sentiasa mengutamakan keselamatan mereka,” katanya.

Peluru tentera AU bunuh jurukamera BernamaTV
Sep 5, 11 8:59am
Tembakan yang membunuh jurukamera Bernama TV Noramfaizul Mohd Nor dan mencederakan seorang lagi jurukamera TV3 telah dilepaskan oleh tentera pengaman Kesatuan Afrika, lapor beberapa media Barat dan Afrika.

somalia soldiers on truck 1"Fakta sekarang agak kabur, saya telah bercakap secara peribadi dengan presiden Somalia mengenai kejadian itu dan saya secara ikhlas memberi jaminan bahawa siasatan penuh akan dijalankan. Tindakan sewajarnya akan diambil terhadap mana-mana askar yang didapati telah bertindak secara melulu, " lapor akhbar New York Times yang komander tentera pengaman Australia Mejar Jeneral Fred Mugisha.

Maklumat ini, bagaimanapun belum disampaikan dalam kenyataan kepada kerajaan Malaysia yang masih berusaha menentukan punca serangan dan dalang yang harus dipertanggungjawabkan di sebalik kejadian yang berlaku Jumaat lalu.

noramfaizul mohd norPerdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata beliau telah menghubungi kerajaan Somalia mengenai isu itu dan telah dijanjikan laporan penuh insiden berkenaan oleh Presiden Somalia Sheikh Sharif Sheikh Ahmed, sebaik sahaja sisatan selesai.

Pihak pembangkang, ahli keluarga dan badan-badan bukan kerajaan, sebelum ini mengecam penganjur misi bantuan kemanusiaan kelab Putera 1Malaysia ke Somalia, yang mana Najib adalah penaungnya.

Ini kerana mereka didakwa gagal memberi perlindungan dan latihan yang mencukupi kepada kumpulan waratwan yang dibawa ke Somalia bagi membuat liputan berkenaan.

Wartawan yang membuat liputan itu telah memaklumkan bahawa mereka tidak dibekalkan dengan jaket kalis peluru, mahupun diberi latihan khusus tentang apa yang perlu dilakukan bagi menghadapi bahaya zon pertempuran.

najib bernamatv cameraman 040911Najib pula pada sidang akhbarnya, semalam berkata bukan masanya untuk menuding jari dan menyalahkan mana-mana pihak berhubung kematian jurukamera BernamaTV yang terkena tembakan peluru sesat Jumaat lalu.

"Ini merupakan sebahagian (daripada bidang kewartawanan). Kamu boleh mengambil langkah keselamatan tapi tiada jaminan sepenuhnya (mengenai keselamatan) sebaik anda berada di kawasan konflik," katanya.


  • Rasa Selvan Karuppiah
    Hentikan Sementara Penghantaran Warga Malaysia Kemana - mana negara yang berisiko tinggi sebaliknya hantarkan sahaja bantuan makanan dan peralatan perubatan serta lain-lain bantuan sehingga suatu cara dikenal pasti bagi menjamin keselamatan warga malaysia yang terlibat dalam sebarang misi bantuan......Takziah kepada keluarga Noramfaizul Mohd Nor jurukamera Bernama....

    • Abgzii Ipohride · Pengulas Tertinggi · Perak di Ride
      Betul2..hapuskan dulu rasuah2 di organisasi Kerajaan,Pantau org Islam yg digoda PADERI2 ,pantau kemiskinan rakyat sendiri,jg kehormonian rakyat dan hapuskan perompak,peragut,pembunuh,perogol dan sebagainya...

    • Yunus Yusoff · Pengulas Tertinggi · Kuala Lumpur, Malaysia
      tv3/4............byk sngt buat fitnah

    • Gikal Samud · Pengulas Tertinggi · UITM
      malaysia dah makmur.. sangat susah cari orang meskin sebab itulah kita trpaksan bagi bantuan orang luar. dah tak ada yang layak terima di malaysia.

  • Lokman Bonyamin · Pengulas Tertinggi · Kolej Profesional Mara Beranang, Selangor
    serah pada ATM kita je urus pemberian bantuan, jgn nk berlagak hero wahai Kelab Putera 1Malaysia @ Putera UMNO.

    • Husien Ramlee · Pengulas Tertinggi · Bekerja di Contractor
      Takziah kepada keluarga Noramfaizul diatas pemergian wira negara.. Tahniah kepada Pengerusi Putera Umno Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim kerana tidak putus2 memberi khidmat bakti kepada masyrakat luar yang tidak berkemampuan.. ini menunjukan bangsa melayu sentiasa berada di saf hadapan membantu bangsa yang lain... tahniah dato anda adalah pemimpin sejati..

    • Lokman Bonyamin · Pengulas Tertinggi · Kolej Profesional Mara Beranang, Selangor
      pembodek dah masuk haha

    • Sin Taq · Pengulas Tertinggi · Lyon, France
      media,talian hayat umno/bn...terutama kepala pemerintah...bila ada permintaan dan suruhan media terpaksa lakukan..tgn2 mrk dan proksi akan paksa media adakan publisiti. Kelab umno 1 malaysia hanyalah sbg drama utk umno terus berdiri walau hakikatnya mereput membangkai...

    • Mat Yusoff Ismail
      Kontraktor, tk bodek tk masyukkkkkk.

    • Lokman Bonyamin · Top Commenter · Kolej Profesional Mara Beranang, Selangor
      periuk nasik tuh boh, UMNO BN yg bagi rezeki tu, sbb tu kena sokong walaupun tahu kebenaran

  • Din Udin · Pengulas Tertinggi · Kuala Lumpur, Malaysia
    dah sampai ajalnya. tak perlu lah tuduh menuduh di antara kita. tiada yg perfect dlm setiap apa yg kita semua lakukan.. tp harus ada pernambah baikan dr masa ke semasa. itu yg lebih utama. siapa sangka kawasan laluan yg di guard dgn tentera pengaman akhirnya diperlaku sebegitu rupa. jgn sempitkan pemikiran dgn terlalu nak kaitan semua benda dgn politik.

    • Shakri Othman · Pengulas Tertinggi · Friends with Samsudin Baharom
      kenapa tak boleh kait dgn politik..yg membawa dia org itu org politik...nak tunjuk bagus sabab nak jadi calon pilihanraya.....sedangkan kat malaysia ini berlambak lagi org miskin,yg tukar lapor rakyat malaysia miskin media pencacai bn juga....

    • Zamri Ismail · Pengulas Tertinggi
      amboi kena kat dia jangan disempitkan pemikiran dan disangkut paut dgn politik..tapi bab Jais..wang sagu hati warga emas..dan macam2 lagi la..puak pencacai duk kelentong kat TV ..tu ape???

    • Din Udin · Pengulas Tertinggi · Kuala Lumpur, Malaysia
      sila baca komen terbaru aku.hehe..

  • Ruslan Salleh · Cyberjaya
    yes betui tu....jangan la menunding jari tangan....menunding la dengan jari kaki sekali....hahaha dah kecut tu....saman je....

    • Shamsul Azmi
      Hairan kenapa perlu berbelas wartawan ikut serta utk berbuat amal??...bukankan lebih afdal kalau kerja kebajikkan dibuat senyap2 tanpa perlu bermegah2 dan menunjuk2...

    • Zain Sulaiman · Pengulas Tertinggi
      Keluarga si mati patut saman Dato Azeez dan kerajaan Malaysia. Bukan nak menunding jari tapi ini fakta jangan main dengan nyawa manusia kalau nak publicity.

    • Ruslan Salleh · Cyberjaya
      pilihan raya nie nak jadi wakil rakyat/ahli parlimen....kena la menunjuk nunjuk....

  • Cahaya Jati · Pengulas Tertinggi · Friends with Yob Tualang Sekah
    dari observation aku la, banyak benda yang UMNO ni cuba nak' tunjuk-tunjuk' buat baik, tp selalu jadi tak baik.....bukan apa tu....Allah nak bagi ingat.Allah tak redho......UMNO merancang tapi ALLAH MAHA MERANCANG.....so, buat apa2 tu, buat la kerana ALLAH....

  • Mawar Berduri · Top Commenter · English collage johor bahru
    Al-Fatihah kepada arwah dan takziah kepada keluarga Noramfaizul Mohd Nor jurukamera Bernama....memang ajal maut, jodoh pertemuan ditangan Allah ST, tetapi kalau nak "pergi" biarlah dengan cara yang terbaik bukan dipergunakan atas nama politik atau kepentingan satu-satu puak. Siapa yang kenal arwah sebelum kejadian ni melainkan MAMAK-MAMAK Satu Malaysia yang jadi spokesman, yang sering menonjolkan diri dikaca-kaca TV dan Media seumpama "HERO", tetapi bila hal begini berlaku dimana mereka? Walahualam.

  • Azmi Mohd · Top Commenter
    kenapa asyik sibuk untuk "beramal" diseberang laut? sedangkan ditempat sendiri byk lagi yg memerlukan? sbg contohnya,..kisah2 disebalik tabir serbuan JAIS tempoh hari...masih ramai warga kita terutamanya warga melayu/muslim yg memerlukan bantuan....adakah kita mencari "keGAHan" nama di persada dunia?

  • Gikal Samud · Top Commenter · UITM
    kera di hutan disusukan, anak dalam rumah ditinggal-tinggalkan. bila orang lain ambil prihatin terhadap sesama, melalak tak tentu hal. hairan bin ajaib pmku.

  • Nub Lan · Top Commenter
    porraahhh najib.. ko nk populariti nyawa org yg melayang..

  • Jamilullibra Jp · Top Commenter
    Pertama sekali saya mengucapkan Takziah kepada keluarga Allahyarham Noramfaizul Mohd Nor. Kita ada saluran tertentu untuk menghulurkan bantuan seperti Bulan Sabit Merah dan Palang Merah Antarabangsa dua pertubuhan ini adalah diakui tidak boleh diserang hendap ketika perang atau sebaliknya. Jika kita sedar tidak ada jaminan bermakna nyawa kita berada dihujung senjata berat hingga impaknya menembusi kenderaan yg dinaiki.Apa pula yg berlaku selepas ini. Fikirkan lah!

  • Zamri Ismail · Top Commenter
    Bagus bukan tak bagus misi pengaman ni..tapi rakyat Malaysia ramai lagi kebulur...air paip pun xde..jgn cakap le kat Sabah Sarawak..kat Pahang sendiri pun negeri PM ada kampung kena sedut air kat sungai baru ade air masuk umah..nak beraya pun xde air camne? sebab tu orang cakap jgn wat publisiti stunt..kepada Arwah..semoga rohnya dicucuri rahmat!

  • Pejuang Sambilan · Top Commenter · Accountant at Petroliam Nasional Berhad (Petronas)
    Harap Kelab Putra 1 Malaysia belajar sesuatu daripada kejadian ini. Pengerusinya Aziz Mamak jgn sibuk cari publisiti utk diri sendiri dan UMNO.

    • Sin Taq · Top Commenter · Lyon, France
      kembali ke msia apa yg d harapkan jika semuanya sukses,pastinya umno dgn bantuan media talibarut akan mencanang dan menggendang kuat apa yg mrk lakukan...namun Allah lebih mengatahui, kenapa memperalatkan rakyat utk kuasa dan kemewahan..??

    • Pejuang Sambilan · Top Commenter · Accountant at Petroliam Nasional Berhad (Petronas)
      Mogadishu - Kerajaan Somalia hari ini mengeluarkan laporan lengkap mengenai kematian jurugambar warga Malaysia yang diserang hendap.

      Antara yang berada dalam laporan tersebut ialah kekeliruan kumpulan2 pejuang membezakan bendera Malaysia dengan Amerika Syarikat

      "Kumpulan2 pejuang di Somalia tidak pernah dengar nama Malaysia. Dan sentimen anti Amerika (Syarikat), sangat tinggi di sini. Kami (kerajaan Somalia) sudah mengeluarkan garis panduan dan amaran mengenai sentimen anti Amerika Syarikat.

      Tetapi pihak Malaysia berkeras mahu mempamerkan bendera Malaysia kerana misi ini adalah misi publisiti politik negara mereka." Jelas jurucakap kerajaan Somalia.

  • Mark Paren · Top Commenter · Works at Dr Pepper
    saya suka ayat bukan masanya untuk menunding jari dan menyalahkan mana mana pihak:)...

    • Shakri Othman · Top Commenter · Friends with Samsudin Baharom
      kena batang hidung sendiri baru pandai bercakap bkn masa menuding jari...kalau kena kat pembangkang habis semua media pencacai umno siang malam pagi petang bkn tuding jari sahaja habis semua yg jijik/lucah/hina kena tuding....

  • Wan Hafizam · Top Commenter
    Apa lagi Najis, sedekah lah Rm 24 juta pada keluarga mangsa.....

  • Miagi Taro · Top Commenter
    yang hidup dapat nama...yang mati pasti akan dilupa...

    • Mohd Ayub Harun · Top Commenter · Friends with Umngok Apco
      yang mati keluarganya akan merana... berat mata memandang, berat lagi bahu memikul....beringat sebelum kena, berjimat sebelum habis....wallahualam..

  • Man Wayne · Top Commenter · Human resource management at Linton University College
    tembakan dari Sniper.
    Kalau peluru dari jenis AP sudah digunakan, tidak ada jaket kalis peluru yang boleh menyelamatkan anda kerana ia diguna untuk merobek dinding kereta perisai.
    MOTIF :Mungkin dalam senario yang menimpa media Malaysia, ada puak yang marah kerana bantuan tidak sampai kepada mereka, mungkin bantuan disampaikan kepada puak atau kabilah yang menjadi musuh mereka.

    • Man Wayne · Top Commenter · Human resource management at Linton University College
      Terlalu awal untuk menuduh tentera African Union melepaskan tembakan kerana dalam situasi perang seperti yang berlaku di Somalia, kita tidak tahu tuan empunya peluru, bukan ada cop pun pada peluru tersebut.
      Apa pun saya memuji keberanian wartawan dan blogger kita yang berani memasuki zon bahaya seperti ini untuk mendapatkan gambaran sebenar dari perpekstif rakyat Malaysia sendiri, takde lah kita dok kena tipu dengan media orang puteh macam CNN tu...

    • Xavier King Bos · Suzuran high school
      Keputusan hendak pergi ke Somalia di bawah Putera Umno sendiri pun bukan dibuat secara paksa tetapi di atas rasa sukarela wartawan atau jurukamera itu sendiri dan mereka sentiasa mempunyai pilihan untuk menolak tugasan itu
      Malangnya memang tabiat orang kita selalu mempolitikkan apa sahaja yang berlaku termasuk jika ia menyentuh kematian orang, dari kematian seorang penyokong pembangkang semasa demontrasi BERSIH 2.0 dahulu dan terkini Norafaizul.

    • Zain Sulaiman · Top Commenter
      Kita hantar NCIS atau CSI untu menyasat yang lebeh tepat, tapi ini tak akan belaku. Yang penting kenapa nak campur urusan negara orang sedang di Malaysia ini banyak lagi berita belum di laporkan. Biar pemberita CNN ke Aljazira yang buat laporan kita tengok di Astro. Yang nak nama Dato Azeez bukan UMNO. Bodoh nya orang UMNO dengar cakap Mamak ni.

  • Soby Jaafar · Top Commenter · Universiti Putra Malaysia
    Dimana2 pun kalau dah ajal mati juga....baliklah kepada yg maha kuasa.....jgn buat teori sendiri, atas motosikal pun terlanggar batu pun boleh pergi...tak siapa nak tangisi......udah2lah tu...dah pemergiannyer ditempah...terima ajelah risikonyer.......amin!

  • Nik Hiffny Athraz · I.T.I
    Al Fatihah buat Allahyarham....terkenang waktu berkerja di kawasan konflik di Sudan 2006.....4WD aku di tembak 3 das....nyawaku masih panjang lagi....

  • Jean Francoise · Top Commenter · Ampoo Bhodek Department F.L.O.M at Pejabat Perdana Menteri Sulawesi Selatan
    kena batang sendiri baru la reti ckp jgn tuding jari..haha.ni kalau kena dkt pembangkang mau masak semasak masak nya.

  • محمد ءززيزوددين ادريس · Top Commenter
    alkisah akhirnya tu la dianya modal jibaok ni.

  • Ray Shaz · Top Commenter · Kuala Lumpur, Malaysia
    mengecam penganjur misi bantuan kemanusiaan kelab Putera 1Malaysia ke Somalia, yang mana Najib adalah penaungnya.

    Ini kerana mereka didakwa gagal memberi perlindungan dan latihan yang mencukupi kepada kumpulan waratwan yang dibawa ke Somalia bagi membuat liputan berkenaan.

    Wartawan yang membuat liputan itu telah memaklumkan bahawa mereka tidak dibekalkan dengan jaket kalis peluru, mahupun diberi latihan khusus tentang apa yang perlu dilakukan bagi menghadapi bahaya zon pertempuran.

  • Azamai Abu Kassim · Top Commenter
    Menyertai umno seperti menukar agama yakni murtad! Dan mengikut dan menyertai program umno membawa kepada bala, malapetaka, celaka dan kemalangan sebab umno sebuah parti dajal celaka dan pemimpin mereka semua terdiri dari pengannas, penjenayah, pembunuh, penipu, perasuah, pencuri, perompak, perogol dan peragut!

  • Ong Kah Tai Tai · Top Commenter
    Orang Malaysia memang pemurah tapi bila berlaku sesuatu Hal mula nak tuduh menuduh macam yang komen komen tu bagus sangat..hidup bersupsidi patut bersyukur..Dan bagi idea untuk kebaikan bukan nak melaga lagakan..

  • Dhomdhom Dasuki · Top Commenter · SMEVO and SM Panji Alam
    Putera UMNO dan TV3 ke Somalia macam mahu pergi berkelah...atau macam mahu beri bantuan pilihanraya kat kampung-kampung Malaysia.....gila publisiti.

  • Dhomdhom Dasuki · Top Commenter · SMEVO and SM Panji Alam
    Alaa..takan tak boleh beli baju kalis peluru...sedangkan dah untung RM500 juta.

  • Mk Faith Retroholic · Top Commenter
    Al-Fatihah buat almarhum Noramfaizul. Dah janji dia dgn Yang Maha Esa. Tak perlulah nak tuding jari mahupun salah-menyalah sesama sendiri. Cuma satu yang aku tak berapa berkenan... apa jadah si Rosmah duk sama dlm sidang media tu??? Kalau setakat PM & TPM sahaja tak boleh ke???

  • Din Udin · Top Commenter · Kuala Lumpur, Malaysia
    semua mcm telorrr! sbb apa telor.. sbb bila mati.. kita mesti sokong PR jer.. sbb tu menjamin syurga kann... buat jahat ke baik.. itu boleh kira lain kali.. kalau niat baik tp ada kaitan dgn kerajaan.. sume tu sia2.. telor jer sume.

  • Farhan AG · Top Commenter · Multimedia University
    sekurangnya dapat membuka mata negara islam yang kaya lain.. sebab negara islam yang lain pengecut kumpul kekayaan.. dah cukup berjihad bantu orang islam di somalia..

  • Mac Gayver Melawan Arus · ITT Technical Institute
    BERAPA JUTA BAJU KALIS PELURU TU, SETAKAT 20 HELAI X LEH BELI KA?

  • Mohd Azrieyl · Top Commenter · SMGC
    tgok askar depa pn mcm org nk p menoreh ja, mcm mna la depa nk kawal org len dlm keadaan konflik mcm tue.....mmg bahaya......

  • Rafie Mohd
    kes terpencil. tapi bila yg terkorban (TAKZIAH BUAT AHLI KELUARGANYA) tu wartawan media(utk misi kelab putra 1 m'sia), perhatian smua pihak jadi keterlaluan. Kes terpencil saja.walau apa pun, penggunaan jaket kalis pluru mmg penting utk kurangkan risiko.

  • Zainuddin Abd Majid · Top Commenter · Kemaman, Terengganu, Malaysia
    redhalah dengan takdir Allah.Kita hanya merancang..Allah yang menentukan.

  • Pakchu Pkb · Top Commenter · The Ohio State University
    Binawee sunoh askar kulit hitamm, stop lah kegiatan , biar mreka laparr pun tak mengapa dari orang kita kehilangan nyawa,

No comments:

Post a Comment