Thursday, October 20, 2011

BANYAK PERKARA PATUT DIBERI FAHAM LEBIH2 BAB UNDANG2 ISLAM@HUDUD...MUZIK DIDULUKAN...DALAM BAB FEQAH DISEBUT SEBAGAI CONTOH...MECAHKAN GITAR TAK WAJIB GANTI SEBAB GITAR ITU HARAM....

Dinikahkan imam mati

Oleh Fardy Bungga
fardy@hmetro.com.my

KUNAK: Temberang sepasang kekasih yang dicekup khalwat kononnya mereka sudah dinikahkan seorang imam di sini, minggu lalu, memakan diri apabila imam dimaksudkan itu sebenarnya sudah meninggal dunia, empat bulan lalu.
Sebelum kejadian, pasangan kekasih itu ditahan penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) selepas dipercayai berkhalwat di sebuah bilik hotel bajet di pekan ini, kira-kira jam 10 malam kelmarin.

Serbuan dilakukan selepas penguat kuasa mendapat maklumat mengenai seorang wanita berusia 30 tahun dipercayai melakukan perkara tidak senonoh dengan pasangan berusia 20 tahun di hotel berkenaan.

Malah, penguat kuasa terpaksa menunggu hampir sejam sebelum pintu bilik dibuka seorang lelaki berpakaian lengkap dan pemeriksaan mendapati seorang wanita yang juga lengkap berpakaian berselimut di atas katil.


Seolah-olah tidak ada apa yang berlaku, pasangan terbabit mengaku suami isteri dan baru dinikahkan seorang imam di sebuah kampung berhampiran.

Hukuman berat tidak selesai masalah cerai



KUALA LUMPUR: “Mengenakan tindakan yang lebih berat terhadap pasangan yang bercerai tanpa alasan munasabah tidak akan menyelesaikan masalah ini kerana ia perlu dibincangkan secara menyeluruh di semua peringkat bagi mengetahui puncanya.
“Jika kita melaksanakan hukuman berat tetapi tidak mengetahui punca masalah perceraian itu, ia tidak akan menyelesaikan masalah kerana kita perlu mengkaji punca sebelum mengambil sebarang keputusan,” kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, semalam.

Beliau berkata, demikian ketika mengulas keputusan kerajaan negeri Kelantan yang sedia menimbangkan pelaksanaan hukuman lebih berat termasuk penjara atau sebat terhadap pasangan bercerai tanpa alasan kukuh.
Perkara itu dinyatakan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan negeri itu, Wan Ubaidah Omar ketika menjawab soalan tambahan Hassan Mahamood (Pas-Tawang) pada Persidangan Dewan Undangan Negeri, baru-baru ini.

Jamil berkata, perbincangan itu perlu membabitkan pakar agama, pakar kaunseling, peguam dan pasangan yang menghadapi perceraian bagi mengetahui punca dan jalan penyelesaiannya.

“Tidak semua masalah perceraian yang berlaku di negara ini berkaitan dengan permasalahan agama saja, malah ada di kalangan mereka menghadapi kesukaran ekonomi mengakibatkan pasangan tertekan lalu mengambil keputusan bercerai,” katanya selepas Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan Koperasi dan Agihan Zakat 2011, semalam.

Sementara itu, beliau turut mengumumkan jumlah kutipan zakat bagi Wilayah Persekutuan pada tahun ini meningkat 29 peratus iaitu dari Januari hingga September.

Peningkatan itu membabitkan RM235 juta berbanding tempoh sama tahun lalu iaitu RM181 juta.
Menurutnya, kutipan zakat perniagaan turut meningkat kepada RM43 juta berbanding RM26 juta dalam tempoh sama tahun lalu.

Pada majlis itu, sebanyak lapan koperasi termasuk Koperasi The New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP) Berhad menyerahkan zakat perniagaan mereka.

Misteri kontena berat terungkai



Toyota Hilux antara kenderaan yang banyak menjadi sasaran sindiket mencuri kenderaan antarabangsa untuk dieksport ke luar negara.



KUALA LUMPUR – Curiga dengan berat empat buah kontena yang diisytiharkan berisi peralatan pam air membawa kepada penemuan 12 buah trak pikap Toyota Hilux curi yang dalam proses dieksport ke luar negara.
Rahsia kegiatan jenayah itu terbongkar apabila polis membuat serbuan di Pelabuhan Klang di sini pada Isnin lalu.
Ketika ditemui, kesemua 12 buah kenderaan yang dianggarkan bernilai RM90,000 setiap sebuah itu dalam proses dieksport ke luar negara dipercayai untuk pasaran di Kingston, Jamaica.
Setiap sebuah kontena itu diisi dengan tiga buah kenderaan Toyota Hilux. Setiap kenderaan itu pula disusun atur dengan cara kenderaan itu digantung pada bumbung kontena.
Ia bertujuan menjimatkan ruang kontena bagi mengisi lebih banyak kenderaan curi untuk dieksport.
Difahamkan, perkara tersebut terbongkar selepas kakitangan yang bertugas di pelabuhan itu curiga dengan berat kandungan setiap kontena tersebut yang diisytihar berisi pam air.
Semua barangan itu disebut untuk dihantar ke Bangkok, Thailand.
Satu sumber berkata, polis sedang menjalankan siasatan bagi mengenal pasti pemilik setiap kenderaan tersebut tetapi tidak menolak kesemua kenderaan itu dicuri di sekitar Selangor dan Negeri Sembilan.
“Sebelum dieksport setiap kenderaan itu dihantar ke sebuah gudang di Kampung Baru Subang untuk tujuan pembungkusan sebelum dimasukkan ke dalam kontena.
“Kita percaya kesemua Toyota Hilux itu akan diseludup ke negara-negara luar termasuk di Asia Barat,” kata sumber itu kepada Kosmo! di sini semalam.
Namun Bangkok dipercayai dijadikan sebagai negara transit sebelum semua kenderaan curi itu dihantar ke negara-negara di Asia Barat.

Didenda RM3,000 kerana ugut ibu sendiri




MUHAMMAD FUAD didakwa mengugut ibu kandungnya dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kangar semalam.


KANGAR – Seorang anak yang tergamak mengugut untuk menikam ibu kandung sendiri menggunakan besi penebuk susu semata-mata melebihkan teman wanitanya dijatuhi hukuman denda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret di sini semalam.
Muhammad Fuad Halipah, 22, dari Kampung Bunga Emas, Simpang Empat di sini didakwa di mahkamah atas tuduhan melakukan ugutan jenayah ke atas ibunya, Azani Saad, 53, mengikut kesalahan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan.
Dia dituduh berniat menyebabkan ibunya berasa cemas apabila mengancam hendak menikam dengan alat penebuk susu dalam satu pertengkaran antara mereka di kantin pentadbiran Martikulasi Arau dekat sini pada 12 Oktober lalu.
Perselisihan antara dua beranak itu difahamkan berlaku setelah Azani tidak berpuas hati dengan tindakan Muhammad Fuad yang mahu memberi pinjam Toyota Vios kepada teman wanita anaknya itu.
Tertuduh yang merupakan seorang penganggur ditahan 13 Oktober lalu kira-kira pukul 6 petang di Taman Lanchang Jejawi, Arau setelah ibunya membuat laporan polis berhubung ancaman anaknya itu.
Tidak cukup dengan itu, beberapa hari kemudian pada 20 Oktober lalu tertuduh didakwa memaksa ibunya menyediakan wang sebanyak RM1,500 serta geran kereta kerana mahu dibawa ke Thailand.
Dalam pendengaran kes tersebut, Muhammad Fuad mengaku bersalah selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Majistret Zuhair Rosli.

Tipu kad pengenalan



CHOON HUI (kiri) bersama Michael (tengah) dan Kian Fatt menunjukkan salinan kad pengenalan yang disalahgunakan untuk mendaftar perniagaan di Kuala Lumpur semalam.



KUALA LUMPUR – Dua pemuda mendakwa kad pengenalan mereka telah disalahgunakan oleh pihak tertentu bagi mendaftar syarikat perniagaan tanpa pengetahuan mereka.
Mangsa pertama, Thiang Choon Hui, 32, berkata, dia terkejut apabila kad pengenalannya digunakan bagi menjalankan perniagaan cakera padat video (VCD) dan cakera video digital (DVD) cetak rompak.
“Saya menerima surat daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna yang mengatakan saya menjalankan perniagaan haram pada September lalu.
“Saya hairan dengan dakwaan itu kerana saya tidak pernah menjalankan sebarang perniagaan dan hanya bekerja sebagai ejen insurans,” ujarnya pada sidang akhbar di Biro Pengaduan dan Perkhidmatan Awam MCA di sini semalam.
Turut hadir ketua biro tersebut, Datuk Michael Chong.
Jelas Choon Hui, dia melaporkan perkara tersebut kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia, namun didakwa pernah mendaftar sebuah syarikat pada 2009 yang mempunyai empat cawangan di sekitar Seri Kembangan dan Puchong.
Katanya, kad pengenalannya dipercayai disalahgunakan oleh pihak tertentu selepas ia hilang pada tahun 2007.

Pak Awang serah diri di balai



JAMSHAH (dua dari kiri) menunjukkan pistol yang dirampas ekoran tangkapan seorang lelaki pada sidang akhbar di Kuala Terengganu semalam.



KUALA TERENGGANU – Kurang 24 jam selepas wajahnya didedahkan media, seorang lelaki yang dipercayai telah melepaskan tembakan ke arah seorang tukang cat dalam satu kejadian kelmarin akhirnya menyerah diri.
Suspek yang dikenali sebagai Pak Awang berusia 55 tahun itu tampil menyerah diri di Balai Polis Paka pada pukul 7 petang kelmarin selepas gerakan memburunya dilakukan pihak polis.
Ketua Polis Terengganu, Datuk Jamshah Mustafa berkata, hasil tangkapan itu, suspek yang bekerja sebagai pemandu lori telah membawa polis ke sebuah stor berhampiran rumahnya di Kampung Cacar, Paka dekat sini.
“Pemeriksaan lanjut ke dalam stor berkenaan polis menemui sepucuk pistol jenis .38 selain 16 butir peluru hidup dan satu kelongsong peluru yang diletakkan di dalam dua tin,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.
Menurutnya, suspek telah menyerah diri disebabkan tekanan ekoran wajahnya telah didedahkan kepada pihak umum menerusi televisyen dan akhbar.
Ujar beliau lagi, polis sedang menyiasat mengenai kemungkinan suspek turut terlibat dengan jenayah lain ekoran tindakan suspek memiliki senjata api.
“Kita percaya suspek mendapatkan senjata api ini daripada negara jiran dan motif suspek melepaskan tembakan ke arah seorang tukang cat dalam kejadian berkenaan adalah disebabkan dendam,” katanya lagi.

Nyaris dijerat polis menyamar



TAN menunjukkan laporan polis kepada pegawai di Pusat Khidmat dan Aduan BN, di Ipoh semalam.



IPOH – Seorang pengurus wanita sebuah syarikat di sini menarik nafas lega apabila terselamat daripada menjadi mangsa penipuan sindiket menyamar sebagai pegawai polis Bukit Aman.
Wanita yang mahu dikenali sebagai Tan itu berkata, dia kononnya dikehendaki oleh polis Hong Kong kerana akaun banknya telah digunakan untuk transaksi penggubahan wang haram oleh dua lelaki yang ditangkap di negara tersebut.

Katanya, sindiket tersebut menggunakan modus operandi dengan menghubungi mangsa menggunakan nombor daripada perisian komputer supaya nombor yang tertera pada telefon bimbit mangsa kelihatan sama seperti nombor dari tempat mereka menyamar.
“Saya dihubungi seorang lelaki memperkenalkan diri sebagai Asisten Supritendan Chang Wei Teck pada petang semalam (kelmarin)
“Dia kemudian bertanyakan sama ada saya mengenali dua penjenayah yang kononnya telah ditangkap di Hong Kong kerana terlibat dalam kegiatan wang haram,” katanya pada sidang akhbar di Pusat Khidmat dan Aduan Barisan Nasional (BN) Perak Kawasan Ipoh Barat di sini semalam.
Katanya, ‘pegawai polis’ Bukit Aman terbabit memberi nombor telefon seorang pegawai berpangkat Inspektor di Hong Kong kepadanya dan meminta beliau menghubungi 'polis' itu untuk urusan lanjut.


Ubah salah tanggap bidang muzik




Muhamad Razin


SHAH ALAM – Karnival Buat Elok Saja Tau (BEST) anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang akan diadakan pada 28 hingga 30 Oktober ini membuktikan muzik boleh dinikmati oleh umat Islam dengan batas-batas yang dibenarkan syarak.
Malah muzik yang menyeru ke arah kebaikan boleh membentuk nilai yang positif dalam diri individu terutama remaja untuk menolak gejala sosial yang semakin berleluasa ketika ini.
Menurut ahli kumpulan nasyid Mestica, Muhamad Razin Che Mud, tidak salah sekiranya seseorang itu berkarya dalam bidang muzik selagi perbuatan itu tidak bertentangan dengan hukum agama.
Dia memberitahu, kewujudan beberapa tanggapan negatif terhadap pemuzik membuatkan ada pihak yang memandang serong terhadap penggiat seni dengan melabel mereka sebagai jahil agama.
Katanya, antara kata-kata kurang enak yang menyinggung golongan pemuzik seperti ‘pemuzik tidak sembahyang kerana mereka bermain instrumen’ harus disangkal sama sekali.
“Siapa kata pemuzik tidak taat kepada agama dan tidak sembahyang? Tanggapan ini tidak benar dan ia merupakan tanggungjawab kami pada konsert di karnival itu nanti untuk membetulkan persepsi berkenaan,” katanya ketika ditemui Kosmo! di sini semalam.



Hadis Ke Tiga Puluh Lima : -


LIMA BELAS MAKSIAT YANG AKAN MENURUNKAN BALA


H.R. TERMIZI



Daripada Ali bin Abi Thalib ra ... Rasulullah SAW Bersabda: " Apabila umat ku telah membuat lima belas perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka iaitu:

1. Apabila harta negara hanya beredar pada orang-orang tertentu.

2. Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan.

3. Zakat dijadikan hutang.

4. Suami memperturutkan kehendak isteri.

5. Anak derhaka terhadap ibunya.

6. Sedangkan ia berbaik-baik dengan kawannya

7. Ia suka menjauhkan diri daripada ayahnya.

8. Suara sudah ditinggikan di dalam masjid.

9. Yang menjadi ketua satu kaum adalah orang yang terhina di antara mereka.

10. Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.

11. Khamar (arak) sudah diminum di merata tempat.

12. Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki).

13. Para artis-artis disanjung-sanjung.

14. Muzik banyak dimainkan.

15. Generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat).

Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi atau pun mereka akan dirobah menjadi makhluk lain".





Dunia pada hari ini telah membuat segala apa yang telah disabdakan Rasulullah SAW ini, cuma mungkin belum sampai ke peringkat akhir.

No comments:

Post a Comment