Tuesday, October 18, 2011

SOMBONGNYA KITA...HINGGA SUSAH NAK BERALAH@BERTOLAK ANSUR DALAM BANYAK BAB...HINGGA DALAM MENOLAK HUKUM ALLAH...TAK SOKONG LAIN BAB....TAPI LEBIH TERUK MENGHALANG DARI TERLAKSANA HUKUM ALLAH...NON MUSLIM MENOLAK MEMANG PATUT..INI YANG MENGAKU MUSLIM TAPI MENOLAK DAN MENENTANG ...AGAK2 AKIDAH TAK ROSAK KE....

Wajib minta kebenaran mahkamah




khairul anam Che Ibrahim (depan) bersama abang sulungnya, Khalilullah (kanan) ketika hadir di Kompleks Balai Islam Lundang, Kota Bharu semalam.


KOTA BHARU – Mahkamah Tinggi Syariah di sini semalam memerintahkan jutawan syarikat bas Ekspres Mutiara supaya mendapatkan kebenaran bertulis daripada mahkamah terlebih dahulu jika beliau mahu melakukan transaksi terhadap harta sepencarian bersama arwah isterinya bernilai jutaan ringgit yang kini dituntut oleh kesemua 11 orang anaknya.
Keputusan tersebut dibuat oleh Hakim Abu Bakar Abdullah Kutty selepas Che Ibrahim Che Ismail, 56, selaku responden memberitahu mahkamah bahawa beliau tidak berhasrat untuk menjual, melupus atau memindah milik hartanya dan hal itu diterima baik anak-anaknya.
Abu Bakar dalam penghakimannya berpendapat anak-anak jutawan tersebut yang hadir di mahkamah semalam mempunyai hak dan berkepentingan dalam kes itu.
“Dengan itu, saya arahkan supaya responden kena dapatkan perintah bertulis daripada mahkamah sekiranya mahu menjual, memindah milik atau melupus harta yang dipertikaikan itu,” kata Abu Bakar.
Anak kelima Che Ibrahim iaitu Khairul Anam, 26, yang tampil pada prosiding di mahkamah bersama abang sulung, Khalilullah, 31 bagi mewakili sembilan adik-beradik lain akur dengan keputusan mahkamah itu.
“Kalau bapa saya tidak mempunyai hasrat sebegitu, tidak apalah.
“Tapi saya harap kenyataannya itu direkodkan dan sekiranya bapa saya memungkirinya, tindakan menghina mahkamah boleh dikenakan ke atasnya,” ujar Khairul Anam yang kini merupakan peniaga kecil-kecilan.
Ketika ditanya Abu Bakar apakah pembangunan yang mahu dilakukan akan menjadikan nilai hartanah itu terus bertambah, Che Ibrahim berkata: “Ya diyakini nanti akan terus bertambah.”
Abu Bakar membuat keputusan itu dalam prosiding permohonan anak-anak jutawan berkenaan untuk mendapatkan perintah interim inter parte bagi menghalang responden daripada melakukan sebarang transaksi terhadap harta berkenaan.
Kes induk iaitu saman tuntutan harta sepencarian tersebut akan didengar pada 22 November ini.
Che Ibrahim hadir di mahkamah semalam dan diwakili peguam Alawi Mohd. Rashid.
Sejurus kes tersebut selesai diputuskan, Alawi menyuarakan permohonan anak guamnya di depan hakim supaya mahkamah melarang media daripada membuat liputan terhadap kes itu kerana ia boleh menjejaskan reputasi perniagaan responden.

Perangkap SMS pelacur




CONTOH SMS yang dihantar sindiket.


KUALA LUMPUR – Golongan isteri dan kaum hawa kini mempunyai sebab kukuh untuk memeriksa kotak simpanan khidmat pesanan ringkas (SMS) dalam telefon bimbit suami dan kekasih masing-masing berikutan terdapat satu taktik baharu bapa ayam dalam mempromosikan pelacur untuk lelaki berhidung belang.
Sindiket yang berselindung di sebalik sebuah pusat refleksologi itu dilihat begitu bijak memperdayakan sesiapa sahaja yang membaca SMS tersebut kerana ia seolah-olah kelihatan seperti mereka sedang mempromosikan model kereta.
Kosmo! yang menjejaki premis di Salak Selatan di sini itu sebaik dimaklumkan mengenai taktik tersebut mendapati ia benar seperti yang didakwa.
Sumber memberitahu, antara SMS yang dihantar secara rambang itu ialah “Pelanggan dihormati, berkunjunglah ke bilik pameran kami di sini, terdapat 10 model kenderaan baharu yang sedia dipandu uji.”
Namun, maksud sebenar sindiket ialah untuk menjemput penerima SMS berkunjung ke premis tersebut manakala 10 model kenderaan itu pula merujuk kepada pelacur baharu.
“SMS tersebut sengaja direka begitu untuk mengelak kegiatan pelacuran di situ dari dikesan pihak berkuasa,” ceritanya ketika ditemui.
Terdapat juga kandungan SMS lain yang dihantar khusus untuk merangsang penerimanya supaya segera melanggan pelacur asing. Antara SMS itu termasuk:
“Terkini! Pusat servis kami kini mempunyai lima tenaga pakar dari luar negara yang sedia memberi perkhidmatan kepada anda. Dua mekanik dari China, dua dari Vietnam dan satu dari Thailand.”
Menurut sumber itu, mekanik yang dimaksudkan dalam SMS tersebut adalah wanita asing yang bertindak sebagai pelacur.


Padah curi lori waktu subuh



SEORANG pegawai polis menunjukkan lori lima tan yang ditemui semula selepas cuba dicuri seorang lelaki di Jeli, Kelantan pada Jumaat lalu.



JELI – Perbuatan jahat seorang lelaki yang melarikan sebuah lori milik seorang peniaga berbalas apabila dia bukan sahaja dapat ditahan malah, kaki kanannya patah ketika melompat dari kenderaan itu dalam cubaan melarikan diri di Kampung Chat Rimau, Tanah Merah, Jumaat lalu.
Kejadian pukul 7 pagi itu berlaku apabila lori yang sedang dilarikan suspek berusia 33 tahun itu dikepung di Tanah Merah oleh polis dan sebuah kumpulan pencegah jenayah setempat, Sahabat Keselamatan Tanah Merah-Machang-Jeli (SKTMJ) yang melancarkan operasi mencari sebaik menerima laporan.
Ketua Polis Daerah Jeli, Deputi Supritendan Sheik Azahar Sheik Omar berkata, sebaik ternampak polis, suspek terus terjun dari lori seberat lima tan tersebut menyebabkan kaki kanannya patah.
Katanya, sebelum itu, suspek didakwa telah mencuri lori seorang peniaga berusia 48 tahun pada pukul 5.45 pagi di sebuah rumah kedai di bandar Jeli.
“Pengadu yang bangun untuk solat Subuh di surau berdekatan hairan apabila terdengar bunyi enjin lorinya dihidupkan. Sebaik dia keluar, dia cuba membuka pintu kenderaan itu tetapi gagal sebelum dia masuk semula untuk mengambil kunci.
“Bagaimanapun, ketika dia keluar semula, dia dapati lorinya telah lesap sebelum membuat laporan polis dan menghubungi SKTMJ untuk menjejaki kenderaan miliknya itu,” katanya di sini semalam.

Warga Kanada maut nahas



MAYAT dua lelaki yang ditemui lemas selepas kereta yang dinaiki terjunam dalam Sungai Bunos, Kuala Lumpur semalam.



KUALA LUMPUR – Dua lelaki warga asing termasuk seorang rakyat Kanada menemui ajal apabila kereta yang dinaiki bersama seorang teman terbabas sebelum terjunam ke dalam Sungai Bunos berhampiran Jalan Ampang di sini semalam.
Dalam kejadian pada pukul 3.45 pagi itu, seorang pelajar kolej swasta, Sau Cheng Fun, 20, dari Jinjang Utara di sini terselamat dengan kecederaan di tengkuk.
Ketika kejadian, ketiga-tiga pemuda itu dalam perjalanan dari arah Jalan Sultan Ismail ke Jalan Munshi Abdullah.
Kejadian tersebut dipercayai berlaku ketika kereta jenis Honda Accord berwarna putih yang dipercayai dipandu salah seorang mangsa hilang kawalan ketika melalui kawasan tersebut sebelum terbabas dan terjunam ke dalam sungai itu.

19 rumah rosak ribut sejam



SEORANG warga emas, Leha Endut mengemas bahagian dapur rumahnya selepas dilanda ribut di Arau, Perlis semalam.



ARAU – Sebanyak 19 buah rumah di Kampung Stesen di sini mengalami kerosakan apabila bumbung rumah mereka diterbangkan angin kencang dalam kejadian ribut yang berlaku hampir sejam bermula pukul 5.30 petang kelmarin.
Salah seorang mangsa, Norlaila Lazim, 45, berkata, dia menyedari bumbung rumahnya diterbangkan ribut selepas mereka sekeluarga pulang daripada melawat ahli keluarga di kampung berdekatan.
“Tiada siapa memberitahu rumah kami kena ribut, semasa masuk ke kampung, saya dah risau tengok beberapa buah rumah sudah tiada bumbung.
“Sangkaan itu ternyata benar apabila rumah saya sendiri rosak teruk dilanda ribut menyebabkan saya pada mulanya tidak berani masuk ke dalam rumah kerana bimbang terkena renjatan elektrik,” katanya kepada pemberita semasa lawatan Ahli Dewan Undangan Negeri Tambun Tulang, Datuk Seri Shahidan Kassim yang turut menyerahkan bantuan segera seperti beras dan makanan termasuk wang saku.

19 orang cedera, lapan kenderaan berlanggar



BEGINILAH keadaan beberapa buah kenderaan yang terbabit dalam kemalangan berhampiran Taman Bukit Mas, Seremban semalam.



SEREMBAN – Seramai 19 orang cedera selepas lapan buah kenderaan terbabit dalam kemalangan di persimpangan lampu isyarat berhampiran Taman Bukit Mas di sini semalam.
Jurucakap polis berkata, kemalangan kira-kira pukul 8.30 pagi itu berlaku selepas sebuah kereta jenis Mercedes dari arah Seremban telah merempuh sebuah lori yang datang dari arah Tampin.
“Ekoran perlanggaran itu, lima buah kereta dan sebuah van turut terbabit dalam kemalangan kerana kesemua pemandu gagal memberhentikan kenderaan masing-masing akibat jarak yang dekat antara satu sama lain,” katanya di sini semalam.

Bekas tentera dipenjara 26 bulan


NUURHISYAM (kanan) dan Syahmie berjalan keluar dari Mahkamah Majistret Ipoh semalam.


IPOH – Seorang bekas anggota tentera dijatuhi hukuman penjara 26 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini semalam selepas mengaku bersalah melupuskan barang curi milik Timbalan Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Perak, Dr. Rohani Kasim yang mati dibunuh Ogos lalu.
Nuurhisyam Shukor, 22, yang juga rakan serumah suspek utama kes pembunuhan itu, Syahmie Hassan, 20, membuat pengakuan tersebut di hadapan Majistret Rabiatul Adawiyyah Che Khalid.
Dia didakwa melupuskan gelang emas curi berbentuk sembilan urat rantai bernilai RM6,000 milik mangsa sehari selepas kejadian pembunuhan tersebut.





BERSYUKURLAH...BUKAN KITA...ALLAH KURNIAKAN...JIKA DARI KITA...BOLEH KITA BUAT YANG CANTIK2...KACAK2...DAN PANDAI2 SAJA...

‘Aku pun boleh’

Oleh Mohd Rafi Mamat
am@hmetro.com.my

GEMBIRA...Mohd Khairi dan isterinya (kanan) gembira menimang cahaya mata sulung.
GEMBIRA...Mohd Khairi dan isterinya (kanan) gembira menimang cahaya mata sulung.
PEKAN: “Saya bersyukur impian insan cacat seperti saya menimang cahaya mata kini menjadi kenyataan. Hanya Allah saja yang mengetahui betapa bertuah dan gembiranya hati ini.
“Rasa rendah diri kerana cacat sebelum ini kini semakin terhakis dengan kehadiran anak lelaki yang akan menyerikan lagi rumah tangga yang dibina Mei tahun lalu,” kata Mohd Khairi Othman, 35, orang kelainan upaya (OKU) tanpa kedua-dua belah tangan dan kaki sejak dilahirkan.

Mohd Khairi yang terkenal dengan kegigihan mengusahakan ternakan ikan air tawar sangkar di Sungai Pahang, di sini, sejak lebih 10 tahun lalu, mendirikan rumah tangga dengan Zaleha Mohd Nafis, 37, dan mereka kini menetap Kampung Tanjung Pulai, dekat sini.
Katanya, sejak isterinya disahkan mengandung perasaan gembira mula terbit di hatinya terutama untuk membuktikan kepada masyarakat insan cacat sepertinya masih berpeluang melayari kehidupan berkeluarga dengan sempurna.

Katanya, tidak dinafikan perasaan bimbang anak yang bakal dilahirkan mengalami nasib sama dengannya setiap hari membuatkan selepas solat dia berdoa semoga Allah dapat membantu.

“Sepanjang isteri mengandung, sebanyak tiga kali proses imbasan dilakukan bagi mengetahui jantina seterusnya keadaan anak yang bakal lahir, saya berpuas hati kerjasama yang diberikan pihak Hospital Pekan dan Pusat Kesihatan Paloh Hinai, di sini, begitu membanggakan.

“Saya yakin pegawai perubatan yang melakukan pemeriksaan memahami perasaan saya, mereka memberi sokongan dan motivasi kepada saya supaya terus berdoa hinggalah imbasan kali ketiga dilakukan saya dapat melihat anak dalam keadaan normal,” katanya kepada Harian Metro, di sini, semalam.

Beliau berkata, walaupun saiz anak lelakinya agak kecil dengan berat 2.49 kilogram, dia bersyukur proses kelahiran di wad bersalin Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Selasa lalu berjalan lancar tanpa sebarang masalah pada kedua-dua insan disayanginya itu.

No comments:

Post a Comment