Tiada niat bunuh bayi
Oleh ZAID SALIM
am@hmetro.com.my
am@hmetro.com.my
Tindakan wanita berusia 23 tahun dari Kuala Terengganu itu dipercayai dilakukan selepas panik melihat bayi dikandungnya lahir tanpa diduga ketika membuang air besar di tandas.
Difahamkan, ketika kejadian, kandungan wanita itu dikatakan berusia lebih lapan bulan dan dia dijangka bersalin awal bulan depan.
Siasatan polis mendapati bayi dikandung wanita terbabit adalah anak luar nikah dipercayai hasil hubungan sulit dengan teman lelakinya.
Malah, keterlanjurannya dikatakan diketahui keluarganya tetapi tidak menyangka wanita berkenaan hamil.
Guna taktik ‘tanya dan rembat’ sebelum samun
Oleh MOHD FAUZI ABDULLAH
fauzie@hmetro.com.my
fauzie@hmetro.com.my
Difahamkan, geng berkenaan licik menyusun strategi hanya mensasarkan golongan wanita atau lelaki warga emas yang tinggal berseorangan di kediaman mereka sebelum menyamun rantai atau gelang emas dipakai mangsa.
Seorang suspek terbabit akan memberhentikan kenderaan di depan pintu pagar kediaman mangsa sebelum berpura-pura memanggil tuan rumah untuk bertanya alamat ke rumah seseorang.
Manakala tiga lagi rakannya yang lain akan menunggu di dalam kereta sambil berpura-pura membaca surat khabar.
Mangsa yang tidak mengesyaki apa-apa akan terus melayan pertanyaan suspek.
Namun, tiba-tiba suspek bertindak agresif merentap rantai atau gelang tangan emas dipakai apabila keadaan ketika itu ‘mengizinkan’ sebelum pantas masuk ke dalam kereta serta melarikan diri.
Dalam kejadian baru-baru ini, seorang pesara berusia 60 tahun kerugian RM3,000 apabila rantai emas dipakainya direntap selepas menerima ‘kunjungan’ geng terbabit.
Mangsa yang enggan dikenali berkata, ketika kejadian dia tinggal berseorangan di rumahnya apabila didatangi empat lelaki berusia lingkungan 20 tahun.
“Ketika dia menunjukkan kepada saya alamat itu, tiba-tiba sepantas kilat rantai emas yang saya pakai direntap sebelum melarikan diri dengan sebuah kereta,” katanya.
Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Mohamad Mansor mengesahkan pihaknya menerima beberapa laporan mengenai kejadian seumpama itu.
Katanya, pihaknya percaya kegiatan itu didalangi suspek yang tinggal di luar daerah ini yang hanya datang secara bermusim untuk melakukan jenayah.
“Selain siasatan lanjut dilakukan untuk menangkap suspek, polis menasihatkan orang ramai supaya jangan melayan pertanyaan ‘orang asing’ jika bersendirian di rumah atau mencurigakan.
“Jangan sesekali keluar dari rumah dan melayan mereka kerana mungkin ia helah sindiket berkenaan untuk melakukan jenayah,” katanya sambil memaklumkan, ada juga beberapa kejadian yang tidak dilaporkan mangsa.
Menurutnya, modus operandi dilakukan suspek adalah taktik bermusim untuk memerangkap mangsa yang tinggal bersendirian dalam rumah sebelum menyamun mereka.
Suspek curi kereta turut disyaki rogol, bunuh
Suspek berusia 37 tahun itu kini ditahan reman di Balai Polis Banting selama tujuh hari untuk siasatan berhubung kes berkenaan.
Ketua Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Adnan Abdullah, berkata suspek juga melarikan diri daripada lokap Balai Polis Banting, tujuh tahun lalu, ketika ditahan untuk siasatan kes berkenaan.
“Lelaki itu ditahan kerana terbabit dengan kes melarikan sebuah kereta mewah, baru-baru ini, dan hasil siasatan lanjut mendapati suspek turut terbabit dengan kes rogol dan bunuh.
“Polis akan membuka semula kertas siasatan kes berkenaan dan siasatan turut mendapati suspek pernah terbabit dengan kes peras ugut yang dilaporkan pada 1999,” katanya.
Harian Metro sebelum ini melaporkan pada 9 Mac 2004, seorang gadis dilaporkan dirogol sebelum mayatnya ditanam dengan simen konkrit oleh seorang lelaki bagi mengelak dikesan.
Dalam kejadian di Taman Wira, Jalan Wira 24, Banting, lelaki terbabit menggunakan jengkaut bagi mengorek lubang sedalam 1.7 meter sebelum menutupkan kawasan itu dengan simen.
Gadis berkenaan sebelum itu dilaporkan hilang oleh keluarganya pada 26 Februari 2004 selepas keluar bersama seorang lelaki pada jam 9 malam. Susulan kehilangan itu, keluarga mangsa membuat aduan di Biro Pengaduan Awam MCA.
Kekasih ditahan culik
Oleh ZAID SALIM
am@hmetro.com.my
am@hmetro.com.my
Namun, hasratnya terbantut selepas tindakannya diketahui bapanya yang kemudian membuat laporan polis sehingga membawa kepada penahanan gadis itu dan pasangannya, kelmarin.
Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Rohaizat Abd Ani, berkata gadis berusia 19 tahun daripada Kuala Ibai, di sini, menghubungi teman lelakinya yang berada di Kelantan untuk datang menjemputnya di Stesen Bas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu.
Teman lelaki terbabit akur dan dia bersama seorang rakan datang menjemput gadis terbabit dengan menaiki kereta Proton Iswara sebelum mereka ke Kelantan.
“Bapa gadis itu menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Setiu sebaik mendapat tahu anak gadisnya bersama dua lelaki berada di sebuah stesen minyak di Penarik.
Orang ramai terkejut pemuda bunuh diri
Oleh MOHD HUSNI MOHD NOOR
mhusni@hmetro.com.my
mhusni@hmetro.com.my
Dalam kejadian jam 5.45 petang kelmarin di Jalan Datuk Onn Jaafar, mangsa dikenali sebagai Sem Khai Choong, 29, berasal dari Jalan Sultan Iskandar Shah, di sini, maut di lokasi kejadian akibat cedera parah di kepala dan bahagian dalaman badan.
Seorang saksi yang enggan dikenali berkata, dia melihat mangsa berlegar-legar dalam keadaan gelisah di tingkat empat kawasan tempat letak kereta itu.
Beliau berkata, selang beberapa minit kemudian, dia terkejut apabila mangsa tiba-tiba terjun dari bangunan berkenaan.
“Saya dan beberapa orang awam lain meluru ke tingkat bawah untuk memeriksa keadaan mangsa yang ketika itu nyawa-nyawa ikan dan tidak bergerak lagi,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini, petang kelmarin.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Azisman Alias berkata, mayat lelaki itu ditemui orang awam, jam 5.45 petang semalam dalam keadaan berlumuran darah di tingkat bawah bangunan itu.
Beliau berkata, orang awam yang melalui kawasan terbabit terkejut melihat sekujur tubuh lelaki dalam keadaan terbaring di atas jalan raya berhampiran pasar raya itu.
“Orang awam yang melihat mayat lelaki itu segera menghubungi polis bagi melaporkan kejadian. Mangsa maut dipercayai akibat cedera parah di kepala dan beberapa bahagian badan.
Katanya, pihaknya masih meneruskan siasatan bagi mengenal pasti punca kematian mangsa.
Azisman berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk bedah siasat.
Diami bangsal
Laporan dan foto SAFURI KAMARUDIN
am@hmetro.com.my
am@hmetro.com.my
Bangsal yang menjadi kediaman pasangan Mohd Zam Ishak, 30, dan Solehah Abdul Rahman, 30, serta dua anak mereka, Muhammad Arif Zakuan, 3, dan Nur Arisya Umairah, 1, itu juga tidak mempunyai bekalan elektrik dan air sehingga terpaksa mendapatkannya daripada jiran yang bersimpati.
Mohd Zam berkata, pendapatannya sebagai penoreh dan bekerja kampung yang tidak seberapa menyukarkannya membina rumah baru yang lebih selesa untuk keluarga, terutama anak yang masih kecil.
“Saya sedih dengan keadaan dilalui tetapi tidak pernah berputus asa untuk memberi kebahagiaan kepada keluarga supaya anak tidak terbiar dan merasai keperitan hidup demi masa depan mereka.
“Biarpun menghuni di bangsal, saya tetap berusaha mengubah hidup meskipun pada anggapan orang lain usia saya muda namun kemiskinan hidup menghalang segala-galanya,” katanya.
No comments:
Post a Comment