Wanita nyaris maut motosikal terbabas
TERLENTANG...Siti Qursiah cedera parah dalam kemalangan, semalam.
Dalam kejadian jam 10 pagi itu, Siti Qursiah Mohd Zain, 21, dari Taman Desa Chembong, Rembau, cedera di muka dan tangan akibat terjatuh atas jalan.
Saksi dikenali sebagai Hashim, 25, berkata, dia melihat wanita itu yang menunggang motosikal Honda EX5 dalam perjalanan dari arah Seremban menuju Senawang.
Katanya, sebaik tiba di lokasi kejadian, dia melihat sebuah Perodua Alza menghimpit motosikal mangsa menyebabkan wanita itu terbabas ke bahu jalan sebelum terjatuh.
“Saya nampak mangsa berguling beberapa kali selepas terjatuh sebelum terbaring kesakitan di atas jalan.
“Saya terkejut melihat kejadian itu, namun kemudian berusaha menahan beberapa kenderaan bagi membantu wanita itu.
“Kami cuba membantunya, tetapi dia tidak dapat bergerak sebelum menghubungi ambulans kerana risau dengan keadaannya yang seperti tidak sedarkan diri,” katanya ketika ditemui, semalam.
Menurutnya, mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJS) dengan menaiki sebuah ambulans.
Ikat, samun, rugi RM30,000
Oleh Siti Nor Hidayatidayu Razali
idayu@hmetro.com.my
idayu@hmetro.com.my
Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 pagi itu, pasangan terbabit sedang nyenyak tidur sebelum dikejutkan dengan kehadiran tiga lelaki berparang dalam bilik tidur mereka.
Menurut sumber polis, mangsa terkejut selepas mendapati tiga lelaki dipercayai warga asing yang memakai topeng itu mengacukan parang ke arah mereka dan diberi amaran agar tidak melawan.
Katanya, mereka kemudian mengikat mangsa dengan menggunakan kain, manakala isterinya pula diikat menggunakan wayar elektrik.
“Mereka diletakkan di atas katil dengan dikawal seorang perompak bagi mengelakkan pasangan itu melepaskan diri.
“Mangsa dipaksa memberitahu tempat menyimpan barang berharga dalam rumah itu sekiranya mahu selamat,” katanya di sini, semalam.
Sumber berkata, bimbang dicederakan, mangsa memberitahu tempat barang berharga mereka disimpan.
“Selepas menggeledah rumah mangsa, ketiga-tiga perompak itu melarikan diri. Mangsa yang melepaskan diri dari ikatan kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Kajang,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab mengesahkan menerima laporan dan siasatan lanjut sedang dijalankan.
Guna taktik ‘perempuan tipu perempuan’
Dua wanita tempatan berusia 30 hingga 40 tahun itu digunakan sindiket untuk memudahkan mereka menyamar dan berkomunikasi menggunakan laman sosial facebook atau Tagged dengan ramai mangsa sebelum mereka diperdaya membabitkan kerugian RM850,000.
Suspek wanita itu turut dibayar untuk menyamar sebagai pegawai Kastam Diraja Malaysia (KDRM) atau syarikat penghantaran kurier bagi meyakinkan mangsa untuk memasukkan wang ke dalam akuan ditetapkan.
Kegiatan penipuan licik itu bagaimanapun ditumpaskan selepas dua wanita tempatan diberkas bersama 13 ahli sindiket lain hasil beberapa serbuan awal bulan ini di Perak, Selangor dan Kuala Lumpur.
Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata, suspek didalangi 12 lelaki warganegara Nigeria dan seorang wanita Singapura, diberkas 7 Oktober lalu selepas polis melakukan siasatan rapi berhubung 44 laporan kes penipuan itu.
Menurutnya, ahli sindiket terlebih dahulu berkenalan dengan mangsa yang kebanyakannya wanita tempatan menerusi laman sosial facebook.
“Mangsa kemudian diperdaya dengan pelbagai janji palsu iaitu bakal menerima kiriman bungkusan hadiah berisi wang tunai dan barangan kemas,” katanya pada sidang media di sini semalam.
Katanya, beberapa ahli sindiket lain menyamar sebagai pegawai Kastam atau syarikat penghantaran kurier sebelum menghubungi mangsa dan memberitahu kononnya bungkusan hadiah itu ditahan. “Mangsa dipujuk supaya membuat bayaran pelepasan dengan memasukkan sejumlah wang ke dalam akaun bagi mendapatkan bungkusan itu.
Mohd Shukri berkata, hasil penahanan itu pihaknya merampas beberapa peralatan digunakan sindiket itu termasuk beberapa komputer riba, telefon bimbit dan wang tunai berjumlah RM11,500.
Penjenayah mahu lupus bukti
Ketua Polis negeri, Datuk Mohd Shukri Dahlan, berkata pihaknya mengesahkan ketiga-tiga mangsa itu dipukul dan ditetak oleh sekumpulan penjenayah bertujuan mahu melupuskan bukti.
“Kami juga masih gagal mengenal pasti identiti ketiga-tiga mangsa dan buat masa ini, salah seorang yang terselamat itu masih dirawat di Hospital Gerik untuk rawatan lanjut kerana kakinya patah selain mengalami kecederaan teruk akibat ditetak di dahi,” katanya di sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang kelmarin, ketiga-tiga pekerja itu ditemui di bawah Jambatan Kenderong di Kilometer 8.9 Jalan Gerik- Kupang.
Dua daripada mangsa pecah kepala akibat terhentak dengan batu sungai selepas dicampak manakala seorang lagi terselamat namun tidak bermaya selain cedera parah. Ketiga-tiga mangsa ditemui di dasar jambatan setinggi 40 meter itu oleh penduduk kampung yang kebetulan melalui lokasi kejadian untuk mencari pucuk paku.
Ketika ditemui, mangsa yang terselamat berusia 31 tahun ditemui dalam keadaan parah dengan kesan lebam di seluruh tubuh serta luka sedalam 2.5 sentimeter di bahagian dahi dipercayai kesan tetakan parang. Dua mangsa dipercayai meninggal dunia sejak empat hari lalu kerana mayat sudah bertukar menjadi hitam dan bengkak serta berulat ketika diangkat anggota polis.
Mohd Shukri berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan lanjut untuk mengenal pasti punca kejadian, tetapi tidak menolak kes itu berunsurkan jenayah kerana kesan kecederaan ditemui pada tubuh mangsa.
“Siasatan turut mendapati ketiga-tiga mangsa berdaftar dengan sebuah agensi pekerjaan di Klang, Selangor. Ketiga-tiga mereka dalam perjalanan ke Pulau Pinang untuk bertemu dengan seorang lelaki dikenali sebagai Rana,” katanya.
Pancung leher selesai balah
Oleh Junaidi Ladjana
djuns@hmetro.com.my
djuns@hmetro.com.my
Sebelum kejadian di Ladang Hangsam, di sini jam 10 pagi kelmarin, mangsa Rashid Sahibu, 43, dikatakan menegur dan meminta suspek berhenti kerja serta melakukan pekerjaan lain.
Teguran itu menyebabkan suspek yang berusia 24 tahun berang, sebelum berlaku pertengkaran antara mereka hingga suspek hilang sabar.
Tanpa diduga, suspek menuju ke stor di ladang itu dan mengambil sebilah parang sebelum kembali kepada mangsa dan terus memenggal leher rakannya itu.
Tindakan itu menyebabkan mangsa menggelupur dan berlumuran darah sebelum mati di tempat kejadian, manakala suspek yang cuba ditahan rakan mangsa, melarikan diri.
Hasrat jaga bayi ditolak
Oleh Alias Abd Rani
lias@hmetro.com.my
lias@hmetro.com.my
Difahamkan, kekasih mangsa berusia 27 tahun dikatakan bersetuju mengahwini pelajar berusia 16 tahun itu selepas menyedari gadis itu mengandung hasil keterlanjuran mereka, namun mendapat tentangan daripada keluarga masing-masing dipercayai kerana faktor bawah umur.
Berikutan itu, pelajar terbabit dikatakan ‘naik hantu’ lalu membunuh bayi perempuan baru dilahirkan dengan mengelar sebanyak tujuh kali badan bayi malang itu menggunakan pisau pemotong sayur dalam bilik asrama sekolahnya.
Menurut sumber, maklumat awal daripada keluarga pasangan terbabit menjelaskan, mereka menyatakan hasrat untuk berkahwin beberapa hari sebelum kejadian.
“Mungkin disebabkan tekanan perasaan dihadapi selepas hasrat mangsa untuk berkahwin dengan lelaki yang bertanggungjawab menyebabkan dia mengandung ditolak keluarga kedua-dua belah pihak, pelajar terbabit mengambil jalan pintas dengan membunuh bayi tidak berdosa itu bagi melepaskan kemarahan,” katanya.
Harian Metro semalam melaporkan, seorang pelajar bertindak mengelar bayi selepas melahirkannya dalam bilik asrama kira-kira jam 7.40 pagi kelmarin.
Kejadian menggemparkan itu berlaku apabila bayi dilahirkan cukup sifat sebelum dia mengelar bayinya yang masih hidup itu dengan pisau pemotong sayur sepanjang 15 sentimeter.
Sebelum kejadian, pelajar terbabit dikatakan gagal hadir ke kelas sehingga menimbulkan rasa curiga seorang guru lelaki berusia 41 tahun yang kemudian ke bilik asramanya.
Sekurang-kurangnya tujuh kesan kelaran ditemui di belakang tubuh, leher, tangan, rusuk selain perut bayi itu sehingga menyebabkan isi perut terburai.
Susulan kejadian itu, guru lelaki yang menjumpai mayat bayi terbabit membuat laporan sebelum sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Betong bergegas ke lokasi kejadian.
Sementara itu, polis mendapat kebenaran Mahkamah Majistret Sri Aman, di sini, bagi menahan reman pelajar terbabit yang masih dirawat di Hospital Betong selama tujuh hari bermula hari ini.
Perintah reman dikeluarkan Majistret Nazari Bujang bagi membolehkan polis menjalankan siasatan termasuk mengumpul maklumat mengenai kejadian itu.
Difahamkan, pada masa sama, polis turut berusaha menjejak seorang lelaki yang juga kekasih kepada pelajar berkenaan bagi membantu siasatan.
“Dua kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 302, Kanun Keseksaan ke atas pelajar terbabit kerana didakwa membunuh, manakala teman lelakinya, Seksyen 376, kanun sama kerana merogol,” katanya yang mengakui tidak ada sebarang tangkapan dilakukan sehingga kini.
‘Kenapa wanita saja dipersalahkan’
“Kita tidak boleh biar perkara ini berlaku sebab kalau tepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi. Lelaki atau wanita yang bertanggungjawab atas pembunuhan kejam ini mesti dihadapkan ke mahkamah,” kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil.
Beliau mengulas mengenai kejadian pembunuhan kejam terhadap seorang bayi perempuan dekat Betong, Sarawak semalam yang dipercayai menjadi mangsa kelar oleh ibunya sebaik dilahirkan di sebuah asrama sekolah di situ.
Pelajar berkenaan yang berusia 16 tahun bertindak mengelar bayinya sehingga mati dan perut terburai dengan pisau pemotong sayur.
Shahrizat berkata, kaum lelaki yang terbabit dengan kerja (pembuangan bayi) itu perlu dihadapkan ke mahkamah serta hukuman setimpal harus dilaksanakan terhadap jenayah yang dilakukan.
“Tindakan harus dikenakan bagi memastikan pembelaan sewajarnya diberikan kepada keluarga terbabit yang terpaksa menanggung tekanan emosi.
“Perkara ini tidak boleh dibiarkan dan saya meminta polis segera menjalankan siasatan mencari bapa kepada anak tidak berdosa itu,” katanya dalam majlis rakaman perutusan sambutan Hari Kanak-kanak Sedunia di, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga (LPPKN), di sini, semalam.malam.
Kira-kira 70 kanak-kanak dari Taska Permata Timang, Prasekolah Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil, Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Wilayah Persekutuan dan Taska Sri Cahaya turut diraikan.
Maut lepas mengurat
Difahamkan, mayat lelaki yang belum dikenal pasti identiti itu ditemui seorang pekerja di tapak berkenaan jam 7 pagi ketika hendak memulakan kerjanya.
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan berkata, siasatan awal mendapati pembunuhan terbabit adalah bermotifkan cemburu.
“Suspek belum dikenal pasti, namun berdasarkan maklumat, kemungkinan suspek adalah penduduk kawasan itu,” katanya.
Pelukan terakhir
Oleh Nor Aziah Othman
am@hmetro.com.my
am@hmetro.com.my
Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang itu, mangsa, Abdul Wahid Musa, 21, meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala dan badan selepas Land Rover dinaikinya dihempap pokok berkenaan.
Fatimah berkata, arwah yang juga anak tunggalnya baru memulakan tugas di ladang berkenaan pada 3 Oktober lalu selepas berkursus di bawah kelolaan kilang memproses minyak sawit di Bangi, Selangor dalam jurusan operator mekanikal.
“Sebelum berangkat dari rumah (di Kampung Parit Besar Darat, Rengit, Batu Pahat, Johor) pada 2 Oktober lalu, arwah beriya-iya memeluk saya seakan-akan mahu berpisah lama dan tidak sangka hari ini (semalam) dia betul-betul meninggalkan saya.
“Kini, dia sudah tiada dan itu kali terakhir saya memeluk dan menciumnya,” katanya ketika ditemui di Hospital Port Dickson (HPD), semalam.
Rakan mangsa, Shaiful Nizam Mahathir, 30, berkata sebelum kejadian, arwah duduk di bahagian depan kenderaan itu, namun tiba-tiba mahu berpindah ke belakang untuk duduk bersamanya.
“Kejadian berlaku terlalu pantas dan saya hanya sedar apabila sebatang pokok sawit tumbang lalu menghempap kenderaan kami.
“Arwah mengalami kecederaan parah di kepala terus terkulai di pangkuan saya dan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.
Menurutnya, kejadian berlaku ketika hujan lebat dan ribut hingga menumbangkan pokok berkenaan.
“Kami sedih dengan kejadian yang mengakibatkan kehilangan seorang pekerja yang berdedikasi dan rajin. Kami harap keluarga mangsa bersabar dengan dugaan ini,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Baljeet Singh yang dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.
Wahid putar alam
Oleh Ibrahim Isa dan Siti Nadirah Hafidzin
am@hmetro.com
am@hmetro.com
Tukang putar alam itu bukan setakat mampu memujuk mangsa untuk menukar nama pada geran tanah, malah menyerahkan hampir semua harta padanya kononnya akan digunakan untuk membina hotel selain melabur dalam sektor hartanah.
Seorang daripada mangsa yang dikenali sebagai Noor, 50, dari Pekan Nenas, Pontian, berkata keluarganya ditimpa bencana sejurus saat pertama bertemu Wahid.
“Semuanya bermula apabila Wahid datang ke kampung kami pada awal Januari lalu dan berkawan dengan keluarga kami.
“Wahid memaklumkan dia datang untuk menghabiskan masa terluang selain mempunyai tugasan berkaitan projek yang bakal dibinanya di Pasir Gudang,” katanya di sini, semalam.
Menurut Noor, gaya percakapan dan tingkah laku Wahid yang tidak ubah seperti ustaz itu membuatkan mereka sekeluarga terpukau dengan lelaki terbabit.
Bukan itu saja, keluarga Noor turut mempelawa Wahid tinggal sementara di kediaman mereka sementara urusannya selesai.
“Bermula dari saat itu, kami sekeluarga seperti berada di dalam taklukannya apabila ibu sanggup menyerahkan semua geran tanah pusaka berkeluasan 10 ekar kepada Wahid tanpa bimbang atau curiga.
Menurut Noor yang bekerja dengan syarikat swasta di Singapura, dia turut terpedaya dengan tipu helah Wahid yang mengajaknya berkongsi membuka perniagaan dalam bidang perhotelan.
Noor berkata, disebabkan minat mendalam dalam perniagaan, tanpa berfikir panjang dia bersetuju dengan tawaran dan menyerahkan kepada Wahid RM30,000 sebagai modal pendahuluan membuka perniagaan itu.
“Pada mulanya, semua berjalan lancar kerana Wahid masih tinggal di rumah kami. Bagaimanapun, menjelang Februari, dia memberi alasan mahu ke Kuala Lumpur bagi menguruskan perihal tanah dan perniagaan yang kami amanahkan kepadanya.
“Kami sekeluarga percaya 100 peratus alasan Wahid, malah dia juga sempat berpesan supaya kami mendoakan yang terbaik buatnya sepanjang berurusan di Kuala Lumpur,” katanya.
Menurut Noor, keluarganya langsung tidak mengesyaki apa-apa hinggalah mereka gagal menghubungi lelaki itu.
“Kami cuba menghubunginya beberapa jam selepas dia berangkat ke Kuala Lumpur, tetapi panggilan berkenaan masuk ke peti suara telefon bimbitnya.
“Pada mulanya kami tidak mengesyaki apa-apa tetapi selepas beberapa kali, kami mula rasa tidak sedap hati, dan sejak itu dia langsung gagal dihubungi,” katanya.
Menurut Noor, keluarganya ada ke kampung Wahid di Pekan, tetapi keluarga lelaki terbabit memaklumkan mereka sendiri sudah bertahun tidak mendapat khabar berita daripadanya.
Noor berkata, kejadian berkenaan memberi kesan besar kepada keluarganya kerana bukan setakat kerugian wang, malah turut kehilangan hak milik tanah pusaka.
“Tanah pusaka berkenaan terletak di sekitar daerah ini dan nilainya pasti mencecah ratusan ribu ringgit,” katanya.
“Kami tidak tahu apa yang perlu dilakukan untuk memastikan tanah pusaka berkenaan tidak jatuh ke tangan individu lain,” katanya.
Noor membuat laporan di Balai Polis Pekan Nenas pada 4 Mac lalu dan berharap pihak berkuasa segera menahan Wahid untuk siasatan.
“Sehingga kini, kami masih tidak berjaya menjejakinya dan berasa hampa atas kejadian ini. Kami harap ia tidak berulang terhadap keluarga lain,” katanya.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Pontian, Deputi Superintendan Wan Razali Wan Iberahim ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan itu.
“Kes masih disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu, sehingga kini suspek masih gagal dikesan,” katanya.
Tujuh lelaki acu parang
Oleh Norul Awatif Romli
am@hmetro.com.my
am@hmetro.com.my
Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi, Isnin lalu itu, mangsa, Mohammad Najmuddin Abd Aziz, 25, disamun 100 meter dari bank berhampiran sebelum dia memasukkan wang jualan berkenaan ke dalam bank itu.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop berkata, mangsa yang berjalan ke bank tiba-tiba didatangi lapan lelaki yang menaiki lima motosikal.
“Ada antara suspek itu mengugut mangsa menggunakan parang dengan meletakkan senjata tajam itu di leher mangsa.
“Kami percaya mangsa bergelut dengan penjenayah terbabit menyebabkan mangsa luka di tangan kanan dipercayai terkena parang.
“Mangsa dimasukkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini bagi rawatan lanjut dan dibenarkan keluar hospital hari ini (semalam),” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Mengulas lanjut, Mohamad berkata, berdasarkan siasatan awal, kelapan-lapan suspek berusia lingkungan 30-an itu warga negara tempatan dan mereka membawa dua parang ketika kejadian.
“Polis giat melancarkan gerakan memburu semua suspek.
“Orang ramai yang melihat kejadian dan mempunyai maklumat mengenai suspek diminta menghubungi mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan,” katanya.
No comments:
Post a Comment